You are on page 1of 6

1

‫سكـولـه رنـده عـرب جائــم الـفالح‬


SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM AL-FALAH
KUALA SUNGAI BARU, 78200 MELAKA
Tel: 06-3877736 / Fax: 3877736

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE 1/ 2022


TARIKH : 17 Mac 2022
HARI : Khamis
TEMPAT : Surau SRAAF

KEHADIRAN : 35/38

TIDAK HADIR :
1. En. Romizan Bin Ayob – Cuti Sakit
2. Pn. Nurazilah Binti Mat Hussin – Cuti Bersalin
3. Pn. Noor Azean Binti Rosli – Cuti Kuarantin

1. 0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab. Pengerusi mengucapkan terima


kasih kepada semua guru yang hadir untuk mesyuarat kali ini.

1.2 Pengerusi mengingatkan semua guru agar menjaga kesihatan diri dan SOP di
dalam kelas dan kawasan sekolah.

1.3 Pengerusi mengingatkan kepada guru agar menjaga etika sebagai seorang
guru dan menyusun kasut di bilik guru.

1.4 Beliau juga mengingatkan guru supaya jangan duduk dan bermain telefon
bimbit ketika mengajar.

1.5 Pengerusi juga telah melantik Pn. Laila Bin Abu Bakar sebagai Pengerusi Bilik
Guru bagi tahun 2022.
(Tindakan : Makluman)
2

2.0 KURIKULUM

2.1 Pengerusi memaklumkan supaya data terkini dimasukkan di dalam CUP 3 bagi
semua subjek. Tempoh pelaksanaan adalah 4 minggu dan perlu disertakan dengan
laporan dan intervensi.
(Tindakan : Semua guru)

2.2 Pengerusi memaklumkan bahawa peperiksaan tidak akan dilaksanakan dan


markah PBD 2021 hendaklah diselesaikan dengan segera dan masukkan di dalam
fail pencapaian murid.
(Tindakan : Semua guru)

2.3 GPK 1 memaklumkan guru-guru supaya mencetak laporan PBD 2021,


menyediakan satu fail khas dan memberikan satu salinan kepada ibu bapa.
(Tindakan : Guru kelas)

2.4 Beliau memaklumkan guru-guru akan bertugas mengikut kumpulan yang


diberikan sebanyak 7 kali dalam setahun.
(Tindakan : Semua guru)

2.5 GPK 1 memaklumkan bagi subjek diniyyah , penilaian hendaklah dibuat oleh
guru yang mengajar semasa pdpc kerana ujian selaras tidak akan dijalankan.
(Tindakan : Guru diniyyah)

2.6 GPK 1 mengingatkan guru-guru supaya tidak membeli buku teks atau buku
kerja di kedai luar dan perlu menggunakan buku kerja BLA dan buku tulis yang sedia
ada sahaja.
(Tindakan : Makluman)

2.7 Beliau mengingatkan guru-guru supaya sentiasa bersedia kerana pencerapan


guru akan dijalankan oleh pentadbir pada bila-bila masa waktu pdpc maksimum 3
kali dan minimum 2 kali.
(Tindakan : Semua guru)

2.8 Beliau juga mengingatkan guru-guru supaya menanda buku buku latihan dan
buku tulis murid dalam tempoh tiga hari selepas mengajar sesuatu tajuk.
(Tindakan : Semua guru)
3

3.0 JADUAL WAKTU DAN AJK GURU 2021

3.1 Penerangan tentang agihan mata pelajaran dan AJK oleh guru jadual, Pn.
Zubaidah Bin Mohamad.

3.2 Subjek tasmik al-Quran akan dijalankan di surau sekolah dan akan dipecahkan
kepada dua iaitu al-Quran dan jawi.

3.3 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru supaya masuk di dalam kelas
pairing dan jangan curi tulang.

3.4 Pemantapan jawi dari tahun 1 hingga tahun 6.

3.5 Setiap panitia hendaklah membuat keluaesan dan menyertai semua


pertandingan yang akan dianjurkan.

3.6 HEM mengingatkan kepada semua penyelaras program untuk menyerahkan


kertas kerja dan pelaporan kepada pentadbir dengan segera selepas selesai sesuatu
program barulah akan dikira merit.

3.7 Semua guru hendaklah menyediakan minit curai bagi semua mesyuarat yang
telah dijalankan sama ada bengkel, kursus atau taklimat dalam masa tiga hari dan
diserahkan kepada GPK 1.

(Tindakan : Makluman)

4.0 GURU KELAS

4.1 GPK 1 memaklumkan berikut adalah senarai guru kelas bagi tahun 2022 :
BIL NAMA KELAS NAMA GURU KELAS
1. 1 Ibnu Abbas Cik Miza Hani Bin Meskam
2. 1 Ibnu Kathir Pn. Salminurazratul Aimi Binti Shamzolbahari
3. 2 Ibnu Abbas Pn. Hasliza Binti Sampol
4. 2 Ibnu Kathir En. Saidi Ikmal Safwan Bin Saidihood
5. 3 Ibnu Abbas Pn. Fatinatul Husna Binti Rusman
6. 3 Ibnu Kathir Pn. Norhakimi Binti Yunus
4

7. 4 Ibnu Abbas Cik ‘Atiyah Syazwani Binti Azman


8. 4 Ibnu Kathir Pn. Ainull Wadah Binti Hussin Neo
9. 5 Ibnu Abbas Pn. Nurazilah Binti Mat Hussin
10. 5 Ibnu Kathir Pn. Norshihana Binti Hamzah
11. 6 Ibnu Abbas En. Romizan Bin Ayob
12. 6 Ibnu Kathir Pn. Izzati Binti Zailan

(Tindakan : Makluman)

5.0 HAL EHWAL MURID

5.1 HEM menerangkan mengenai hak-hak bagi setiap murid dan 9 tadbir urus.

5.2 HEM memaklumkan murid-murid tahun 1 akan didaftarkan oleh ibu bapa
masing-masing melalui atas talian. Permohonan untuk kemasukan tahun 1 2022-2023
telah dibuka.

5.3 Beliau mengingatkan kepada guru kelas supaya sentiasa mengemaskini status
vaksinasi murid-murid .
(Tindakan : Guru Kelas)

5.4 Beliau juga mengingatkan guru kelas supaya mengemaskini maklumat murid
di apdm dan mengisi kehadiran murid selewatnya pukul 10 pagi.
(Tindakan : Guru Kelas)

5.5 Pengerusi mengingatkan supaya guru kelas sentiasa memastikan kelas bersih,
ceria dan kondusif.
(Tindakan : Guru Kelas)

5.6 Murid-murid hendaklah membasuh tangan menggunakan sabun yang


disediakan sebelum dan selepas makan. Murid membawa sapu tangan atau tisu untuk
mengalas makanan di meja.

5.7 Ujian kendiri Covid 19 akan dijalankan di sekolah pada setiap hari isnin iaitu
10% dari kehadiran keseluruhan.
5

5.8 HEM juga memaklumkan bahawa penggunaan penyukat suhu di pintu masuk
sekolah akan terus diguna pakai bagi memastikan murid yang demam atau
bergejala tidak masuk ke dalam kawasan sekolah.

5.9 Pemakaian tanda nama hendaklah diselesaikan selewatnya pada minggu ke


tiga persekolahan.

5.10 Hukuman merotan murid, dan hukuman dera kepada pelajar perempuan
adalah dilarang. Murid tidak boleh didenda di luar kelas.

6.0 KO KURIKULUM

6.1 GPK Koku memaklumkan bahawa perjumpaan koku akan bermula pada
minggu ke 2 persekolahan dan tamat dengan perkhemahan yang akan diadakan pada
januari 2023.

6.2 Laporan hendaklah diiisi secara manual.

6.3 Semua guru yang melatih murid bagi pertandingan ko akademik hendaklah
membuat persediaan awal.

6.4 Guru pembimbing bagi unit beruniform, kelab dan persatuan dan permainan
hendaklah menyediakan perancangan tahunan dengan 12 kali perjumpaan.

6.5 Surat lantikan bagi setiap jawatan akan disediakan.

6.6 Kokurikulum akan dijalankan pada setiap hari selasa bermula 2.45-4.45
petang.
(Tindakan : Makluman)

7.0 DINIYYAH

7.1 Sambutan aidiladha akan diadakan dan penyelaras yang dilantik ialah Pn.
Hasliza Binti Ab Jalil dan Pn. Intan Aimi Syahirah Binti Mat Saad. Guru-guru boleh
memilih untuk membuat aqiqah atau sedekah.
6

7.2 Program Ihya Ramadhan akan dijalankan KBS bagi tahap 1 dan tadarus al-
Quran bagi tahap 2.

7.3 Kelas tambahan UPKK akan dijalankan pada waktu petang bagi murid-murid
tahun 5 dan 6 yang mengambil peperiksaan.

Cadangan : Pn Zalilah mencadangkan supaya yuran dikutip dan guru-guru yang


mengajar kelas tambahan diberi bayaran bulanan.

7.4 Program wow berbahasa arab akan dijalankan seperti biasa mengikut tema
mingguan.

8.0 PENUTUP

Mesyuarat diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr dan Tasbih Kafarah dan tamat
pada jam 2:00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………….. .....................................
(HUSNA BINTI ABDUL KADIR)
Setiausaha Mesyuarat Guru SRAAF
Kuala Sg.Baru
78200 Melaka

You might also like