You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.

3 SESI 2022/2023
SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU ZAINUN
73000 TAMPIN

HARI : RABU
TARIKH : 16 FEBRUARI 2023
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : BILIK GERAKAN

KEHADIRAN :

1. Basri bin Haji Yusof Guru Besar


2. Ahmad Nizam bin Dzulkifli Guru Penolong Kanan Pentadbiran
3. Noor Paridah binti Abdul Hamid Guru Penolong Kanan HEM
4. Shaharin bin Mohd Sarep Guru Penolong Kanan Kokurikulum
5. Sharliza binti Abu Nawas Guru Penolong Kanan PPKI
6. Norrizah binti Lazin
7. Arul Kumar a/l Suppiah
8. Dhayalakshmi a/p Sethupathi Rajoo
9. Fatimah binti Haji Adam
10. Hasliyati binti Hasan
11. Nur Sabrina binti Roslan
12. Siti Norhazanaton binti Jaafar
13. Naterah binti Serat
14. Nor Aziati binti Mohamed Bukhari
15. Roslinda binti Sulaiman
16. Siti Aishah binti Ibrahim
17. Chandra a/p Sinniah
18. Nurdhiya Husna binti Baharin
19. Nor Azah binti Sarip@Khalid
20. Nur Syamimi binti Zakaria
21. Roszaina Zuhairah binti Rusti
22. Rosziah binti Mohd Taufek
23. Ruzita binti Abu Bakar
24. Salwa Azura binti Mohd Nasir
25. Sariah binti Atan
26. Rusminah binti Abu Hassan
27. Yusmadi bin Abdul Rahni
28. Noorain binti Mohd Sulaiman
29. Nur Syafawati binti Mohd Nawi
30. Muhammad Najib bin Alias
31. Nor Faneliza binti Mohd Embros
32. Syawaludin bin Hassan
33. Zulaikha binti Abd Rahman

TIDAK HADIR :
1. Khazimah binti Mahmud
2. Puspah A/P Janasekaran
3. Norizah binti Ab. Karim
4. Muhammad Fadhli bin Abdullah
5. Rohana binti A. Rahman
6. Anis Fatini binti Azami

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Terima kasih kepada semua guru yang telah mengadakan program-
program sekolah sepanjang sesi 2022/2023.

1.2 Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada semua guru yang


menyumbang kepada pembangunan murid yang cemerlang dari aspek
akademik, kokurikulum dan sahsiah.

1.3 Berharap ukhuwah antara sesama warga sekolah semaki rapat bagi sesi
2023/2024.

Tindakan : Makluman

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT KALI KE-2 SESI


2022/2023
Tiada sebarang pindaan.
Disahkan Oleh : Cikgu Muhammad Najib bin Alias
Disokong Oleh : Cikgu Yusmadi bin Abdul Rahni

3.0 PERKARA BERBANGKIT


Tiada.
4.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN OLEH GURU BESAR
4.1 Mesyuarat memaklumkan seramai 37 orang guru di daerah ini terlibat
dalam penempatan semula.

4.2 Mesyuarat menjelaskan penggunaan frasa baharu iaitu “Masyarakat


Madani” ditambah sebelum frasa “Berkhidmat Untuk Negara” dalam
semua surat rasmi kerajaan.

4.3 Mesyuarat menetapkan Mesyuarat Guru Bil 1 bertarikh 14.03.2023 pada


pukul 8.30 pagi.

4.4 Mesyuarat memaklumkan kunci-kunci bilik khas diserahkan kepada pihak


sekolah.

4.5 Mesyuarat memaklumkan terdapat perubahan jawatankuasa bagi sesi


2023/2024.

4.6 Mesyuarat memaklumkan keadaan Cikgu Khazimah masih di bawah


pengawasan doktor.

4.7 Mesyuarat mencadangkan agar Cikgu Puspah bagi membuat


pemeriksaan kesihatan yang lengkap.

4.8 Mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada unit PPKI atas jemputan
Majlis Anugerah PPKI pada hari Khamis bertarikh 16.02.2023.

4.9 Mesyuarat memaklumkan segala keputusan adalah tertakluk kepada


pihak pentadbir.

4.10 Mesyuarat memaklumkan 32 orang guru di sekolah ini telah mendapat


markah PBPP 90 ke atas.

Tindakan : Makluman

5.0 UNIT KURIKULUM OLEH GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM


5.1 Mesyuarat mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru atas
komitmen yang hebat.

5.2 Mesyuarat memaklumkan Hari Apresiasi telah dijalankan dengan jayanya


dan penambahbaikan akan terus dilaksanakan pada Majlis Hari Apresiasi
sesi yang seterusnya.

5.3 Mesyuarat memaklumkan pengisian data PBD telah dilaksanakan.

5.4 Mesyuarat memaklumkan IdMe perlu menggunakan Microsoft Edge dan


tatacara pengisian telah dikongsikan di Whatsapp Group.
5.5 Mesyuarat memaklumkan markah UASA ialah 50.

5.6 Mesyuarat memutuskan bacaan Yassin akan dimasukkan ke dalam jadual


waktu.

5.7 Mesyuarat memutuskan PJ dan PK akan digabungkan dan guru yang


sama akan mengajar subjek ini.

5.8 Mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada semua ketua panitia subjek
teras yang telah menghantar penetapan guru mengajar subjek
teras bagi sesi 2023.

Tindakan : Makluman

8.0 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI OLEH PENOLONG KANAN PPKI


8.1 Mesyuarat memaklumkan penyertaan murid PPKI di peringkat sekolah dan
luar sekolah sangat memberangsangkan.

8.2 Mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada Panitia Bahasa Melayu


serta guru-guru inklusif terutamanya Cikgu Arul, Cikgu Hasliyati dan Cikgu
Tamizi bagi menjayakan program pendidikan inklusif.

Tindakan : Makluman

9.0 HAL-HAL LAIN


9.1 Cikgu Fatimah meminta penetapan guru kelas dimaklumkan lebih awal
supaya guru kelas mempunyai lebih banyak masa untuk pengurusan
kelas.
Tindakan : GPK Pentadbiran

9.2 Guru Besar, Cikgu Basri memaklumkan surau hanya digunakan untuk
solat sahaja. Kelas agama petang tidak boleh diadakan di surau atas
sebab penjagaan yang kurang memuaskan.
Tindakan : Makluman

9.3 Ustazah Nur Syafawati memaklumkan ada beberapa kenderaan yang


menghalang laluan utama untuk masuk ke sekolah pada awal pagi.
Tindakan : Makluman

9.4 Guru Besar, Cikgu Basri memaklumkan isu kenderaan yang menghalang
laluan masuk pintu sekolah telah diutarakan dalam mesyuarat PIBK yang
lepas.
Tindakan : Makluman
9.5 Cikgu Nor Azah memaklumkan dua orang Murid 5 Seroja akan berpindah
dan pengurusan dokumen masih dalam proses.
Tindakan : Makluman

9.6 Cikgu Chandra memaklumkan semua murid tahun 6 berada di dewan


pada hari Jumaat kerana ketiadaan kelas.
Tindakan : Makluman

9.7 Cikgu Chandra memaklumkan ibu bapa bagi murid tahun 6 akan
berurusan di pejabat untuk mendapatkan dokumen persekolahan.
Tindakan : Makluman

9.8 Cikgu Sabrina memaklumkan tentatif terkini bagi Majlis Sulaman Kasih,
Sanjungan Budi bertempat di Balairong Freeport bertarikh 17.02.2023
yang akan diadakan pada pukul 4.00 petang.
Tindakan : Makluman

9.9 Cikgu Salwa Azura meminta guru-guru mengisi PBD bagi semua subjek.
Tindakan : Semua Guru Subjek

10.0 PENUTUP
10.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.
10.2 Mesyuarat ditamatkan jam 2.30 petang.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

[NURDHIYA HUSNA BAHARIN] [BASRI BIN HJ YUSOF]


Setiausaha Kurikulum Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Tengku Zainun Sekolah Kebangsaan Tengku Zainun
73000 Tampin 73000 Tampin

You might also like