You are on page 1of 3

KERTAS KERJA CADANGAN PROJEK MEMBINA SURAU SEKOLAH

KEBANGSAAN KG. RINCHING

1. PENDAHULUAN
Projek Membina Surau Sekolah Kebangsaan Kg. Rinching adalah merupakan
satu inisiatif pihak sekolah untuk meningkatkan prasarana sekolah dalam
menyediakan kemudahan warga sekolah yang beragama Islam
melaksanakan ibadat dengan lebih selesa. Surau ini juga adalah merupakan
syiar Islam yang membolehkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dilaksanakan
dengan lebih praktikal.

2. RASIONAL
1. Sekolah Kebangsaan Kg Rinching mempunyai kawasan atau tapak yang
sesuai untuk mendirikan sebuah surau yang anggaran keluasannya 950 kaki
persegi. Walau bagaimanapun kawasan tapak surau tersebut telah ditambak
kerana ianya merupakan sebuah gaung tapak pembuangan dan pembakaran
sampah.
2. Enrolmen murid Sekolah Kebangsaan Kg. Rinching telah mencecah lebih
kurang 340 orang murid, termasuk murid prasekolah dan murid kesemuanya
hampir 100% beragama Islam.
3. Surau sedia ada merupakan bangunan yang sudah diisytiharkan tidak
selamat digunakan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat
(PPDHL) dan Jabatan Kerja Raya Hulu Langat (JKR Hulu Langat) dan surau
berkenaan telah dirobohkan.

3. OBJEKTIF
Dengan adanya surau yang lebih kondusif ini, manfaat yang bakal diperolehi
adalah:
1. Warga Sekolah Kebangsaan Kg. Rinching (Murid 340 orang dan
Guru/Kakitangan 40 orang) dapat menjalani aktiviti ibadat dan keagamaan
dengan lebih selesa.
2. Menjadi pusat kegiatan aktiviti keagamaan sama ada di peringkat sekolah,
zon ataupun daerah.
3. Memberi kemudahan kepada para pelawat untuk menunaikan solat ketika
mengunjungi sekolah.

4. AHLI JAWATANKUASA PERANCANGAN


Penasihat 1 : Pn. Roslina binti Janor (Guru Besar SK Kg. Rinching)
Penasihat 2 : En. Razak bin Said (Mantan Guru Besar SK Kg. Rinching)
Penasihat Bersama : Tn. Hj. Mohd Ali Hanapiah bin Ali Murtada (YDP PIBG)
Pengerusi : Pn. Latipah bt. Said (GPK Pentadbiran dan Kurikulum)
Timbalan Pengerusi 1 : Pn. Jamaliah bt. Abd Hamid (GPK Kokurikulum)
Timbalan Pengerusi 2 : En. Azmi Nassaruddin b. Mohd Hashim (NYDP PIBG)
Penyelaras : En. Azman b. Ahmad (Ketua Panitia Pendidikan Islam)
Setiausaha : En. Muhammad Izla b. Abdul Majid (Setiausaha PIBG)
Pen. Setiausaha : Pn. Shazalina bt. Shahidan (Setiausaha Panitia
Pendidikan Islam)
Bendahari : Pn. Farahan bt. Mat Yusof (Bendahari PIBG)

Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa & Guru : En. Amir b. Salim (Ketua JKKK Kampung
Rinching Tengah)
En. Mohd Rafizi b. Maarof (Ibu Bapa)
En. Noraisham b. Mohd Nor (Ibu Bapa)
En. Mohd Helmi b. Mohd Zuber (Ibu Bapa)
En. Mohd Fairus Salji b. Abas (Ibu Bapa)
En. Halim b. Abdullah (Ibu Bapa)
Pn. Shahida Farah bt. Abd. Rahim (Ibu Bapa)
Pn. Hayati bt. Yusof (Ibu Bapa)
En. Mohd Azman b. Yusof (Guru)
En. Rusli b. Yusuf (Guru)
Pn. Wan Norizan bt. Wan Bakar (Guru)
Pn. Wan Nurharyanti bt. Wan Harun (Guru)
Pn. Syakirah bt. Sulaiman (Guru)
Pn. Haryati bt. Paimin (Guru)

5. CADANGAN TARIKH PELAKSANAAN : Februari 2017

6. ANGGARAN KOS : RM 105 000.00 (Ringgit Malaysia: Seratus Lima Ribu


Sahaja)

7. SPESIFIKASI BANGUNAN : Sebuah dewan solat berserta ruang mihrab.


Sebuah tempat wuduk untuk lelaki dan perempuan.
Sebuah bangunan tandas untuk lelaki dan
perempuan.

8. ALIRAN KERJA

- Penyediaan kertas cadangan


- Pembentangan kertas cadangan kepada PIBG
- Permohonan projek kepada PPD Hulu Langat, JPN Selangor, Jabatan Mufti
Sel. dan lain-lain
- Modal permulaan
- Penyediaan pelan bangunan
- Melantik kontraktor
- Menentukan kos keseluruhan
- Perancangan mengumpul modal
- Pelaksanaan kerja
- Merangka aktiviti pengimarahan surau
- Majlis perasmian

9. PENUTUP

Adalah amat diharapkan cadangan untuk membina sebuah surau khas di Sekolah
Kebangsaan Kg. Rinching ini dapat direalisasikan untuk manfaat warga
dan pengunjung-pengunjung sekolah. Semua pihak yang terlibat diharapkan dapat
memberi sepenuh kerjasama agar proses pembinaannya berjalan dengan lancar
dan meminimakan sebarang kesulitan.

Disediakan oleh : Disemak oleh: Disahkan


oleh:

. ..

You might also like