You are on page 1of 4

MESYUARAT PENGURUSAN SK PENDERAS PENGGAL PERTAMA (PENUTUPAN )

KALI KE 4 SESI 2022/2023

Tarikh: 2/6/2022

Masa: 12.10 tengahari

Tempat: Bilik gerakan

Guru yang tidak hadir:

1. Puan Azmalis binti Zubaidi

1.0 Ucapan aluan pengerusi

1.1 Pengerusi menyampaikan salam dan dan mengucapkan terima kasih kepada guru-guru
yang hadir pada mesyuarat pada petang ini

1.2 Tujuan mesyuarat adalah untuk menyampaikan beberapa perkara untuk disampaikan
kepada semua guru

1.3 Dalam ucapan aluan, pengerusi menyentuh tentang kajian tindakan dan beberapa perkara
tentang agenda mesyuarat yang lepas

2.0 Membentangkan minit mesyuarat yang lalu

2.1 Dibentang: Puan Zailawati

2.2 Disokong: Encik Ramli

3.0 Taklimat Guru Besar (Program 3K)

3.1 Guru besar meminta kepada guru yang mengendalikan program 3K (Kebersihan, Kesihatan
dan Keselamatan ) iaitu cikgu Fawwaz, Cikgu Tengku Nur Ain dan Cikgu Wati untuk bersedia
bagi melaksanakan program 3K

3.2 Guru besar juga menyentuh tentang isu kekurangan pekerja pembersihan sekolah.
3.3 Guru Besar minta semua guru untuk memainkan peranan dalam program 3K, semua guru
perlu prihatin terhadap keselamatan murid hal ini kerana keselamatan murid adalah
tanggungjawab guru

4.0 Taklimat Guru besar (Program Hari Orang Asal)

4.1 Program hari orang asal adalah diwajibkan bagi semua sekolah murid orang Asli untuk
sertai

4.2 SKMOA yang menyertai program hari orang asal perlu menghasilkan video amalan pdpc
terbaik.

4.3 Perlu menghasilkan 1 atau 2 video amalan terbaik yang boleh dikongsi

4.4 Hari orang asal akan bertempat di JPN

4.5 Guru Besar menyatakan perlu juga penghasilan video koperat sekolah iaitu video yang
berfokus kepada persekitaran sekolah, Guru dan staff sekolah.

5.0 Pelaporan PBD oleh Cikgu Yani


5.1 Cikgu Yani menyatakan bahawa maklumat PBD diminta oleh KPm
5.2 Program Linus berkemungkinan akan diwujudkan semula
5.3 Data PBD menunjukkan ramai murid yang berada pada TP 1 dan TP 2 dan intervensi perlu
dijalankan terhadap murid yang berada di TP 1 dan TP 2.
5.4 Guru besar minta supaya melaksanakan intervensi supaya ada perubahan dan peningkatan
pada tahap penguasaan murid.

6.0 Taklimat Guru Besar (Plan-plan intervensi)


6.1Guru besar membangkitkan tentang isu bahawa ramai murid masih tidak melepasi TP 3
6.2 Guru Besar minta semua guru berperanan dalam meningkatkan tahap penguasaan murid
6.3 Dalam program Plan semua guru diwajibkan untuk terlibat kerana prestasi murid adalah
tanggungjawab guru.

7.0 Taklimat oleh Cikgu Ramli GPK 1 (Unit Kurikulum )


7.1 Cikgu Ramli menyentuh tentang isu kekurangan guru di sekolah.
7.2 Cikgu Ramli mengucapkan terima kasih kepada guru yang terlibat dalam program SEGAK
7.3 Bagi yang mengambil cuti, CRK atau MC perlu dimaklumkan lebih awal supaya apabila
telah dimaklumkan awal ia akan memudahkan urusan relief dan guru yang mengambil MC
dokumen cuti sakit tersebut perlu dihantar kepada pembantu tadbir.

8.0 Taklimat oleh cikgu Taufek GPK HEM (Unit Hem)


8.1 Taklimat kehadiran murid, tindakan dibuang sekolah boleh dibuat terhadap murid yang tidak
hadir dengan kerap dan tanpa sebab.
8.2 Dokumen seperti MC atau sijil cuti sakit diperlukan jika murid tidak hadir ke sekolah.
8.3 Kerjasama daripada guru waktu pertama untuk catatkan kehadiran murid.
8.4 Cikgu menyentuh tentang isu kantin, maklumat pengusaha kantin perlu dikemaskini dan
juga akan ada pemantauan oleh PPD sebanyak 2 kali setahun.
8.5 Tentang perkara bantuan awal persekolah, lebihan bantuan perlu dipulangkan semula
kepada PPD
8.6 Tentang perkara HFMD ( Hand, foot, mouth, disease) maklumat status kesihatan murid
perlu dimaklumkan.

9.0 Taklimat oleh cikgu Syukri (Unit kokurikulum)


9.1 Cikgu Syukri memaklumkan bahawa SK penderas bakal menyertai 8 sukan di peringkat
daerah Temerloh
9.2 Sukan merentas desa akan berlangsung pada 16/6/2022 yang bertempat di Sk dato
Bahaman Lanchang
9.3 Pada tarikh 28/6/2022 akan berlangsung acara sukan bola baling di Sk Paya Ara
9.4 Sukan sepak takraw akan berlangsung pada tarikh 29/6/2022
9.5 Sukan olahraga juga akan berlangsung dalam masa terdekat
9.6 Sukan bola sepak akan berlangsung pada tarikh 18/6/2022 di SK Abu Bakar
9.7 Sukan bola jarring akan berlangsung pada tarikh 19/7/2022 di Sk Lanchang
9.8 Sukan bola tampar akan berlangsung pada tarikh 4/8/2022
9.9. Buku laporan aktiviti kokurikulum perlu dihantar sebelum cuti
9.10 Mesyuarat sukan tahunan perlu dibuat selepas habis cuti.

10.0 Hal hal lain.


10.1. Guru besar minta satu kertas kerja ringkas perlu dibuat untuk penyertaan sukan sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.40 Tenghari

Disediakan oleh, Disemak oleh


………………………….. …………………………
(Mohd Azri bin Jali) (Encik Hamdan bin Ahmad @ Abdul Razak
Guru bertugas mingguan Guru Besar Sk Penderas

You might also like