You are on page 1of 2

TAJUK ARTIKEL: Kesan modenisasi keatas hubungan kaum di Malaysia

Kekuatan artikel
Antara kekuatan yang terdapat dalam artikel ini ialah penulis berusaha untuk menunjukkan
kesan modenisasi keatas hubungan kaum di Malaysia. Penulis telah mendedahkan kepada
pembaca tentang kesan modenisasi ke atas hubungan kaum di Malaysia secara terperinci.
Dimana pembaca mendapat maklumat berkenaan kesan modenisasi merangkumi politik, social
dan ekonomi.

Selain itu, penulis telah memperkenalkan tentang dua kompenan yang terkandung
dalam usaha untuk mewujudkan kesatubangsaan iaitu ekonomi dan politik. Selain daripada
kesan positif modenisasi keatas hubungan kaum di Malaysia penulis juga telah menyatakan
kesan negatif modenisasi yang terkandung didalamnya ialah konflik etnik yang wujud dalam
bentuk politik, ekonomi dan sosial.

Melalui penulisan artikel ini juga pembaca didedahkan berkenaan dengan modenisasi
dalam kerangaka Malaysia. Oleh itu, pembaca akan memperolehi maklumat berkenaan dengan
kesan modenisasi keatas hubungan kaum Di Malaysia dalam konteks modenisasi kerangka
Malaysia

Kekuatan seterusnya ialah sumber rujukan bagi menghasilkan artikel ini. Penulis telah
mengambil rujukan yang mempunyai banyak fakta dan dapatan kajian. Penulis juga telah
memperkenalkan tentang kaitan antara modenisasi dan hubungan etnik. Kaitan antara
modenisasi dan hubungan etnik ini telah dirujuk dalam bahagian kajian lepas. Oleh, itu melalui
kajian lepas yang ditulis oleh penulis. Ini akan membantu pembaca untuk membuat rujukan
hubungan kaum di Malaysia.

Kajian ini juga telah menunjukkan tujuan kajian yang jelas. Dimana kajian ini dijalankan
untuk mengkaji bentuk hubungan yang wujud dan mengenal pasti faktor yang boleh
menggalakkan hubungan etnik yang lebih baik.
Kelemahan artikel

Kelemahan dalam yang terdapat dalam artikel ini ialah artikel ini tidak menujukkan seperti
kajian. Artikel ini ditulis hanya untuk menerangkan berkenaan dengan kesan modenisasi keatas
hubungan kaum di Malaysia. Penulis sepatutnya mendedahkan metadologi kajian yang terdapat
dalam artikel ini. Selain itu, penulis tidak memfokuskan kesan modenisasi ini kepada semua
kaum di Malaysia.

Penulis hanya fokus kepada kaum Melayu, Cina dan India walhal di Malaysia terdapat
banyak kaum dan etnik. Kaum dan etnik yang selain daripada Melayu, cina dan India tidak
banyak dinyatakan dalam artikel ini.

Selain itu, fakta yang dinyatakan oleh penulis tidak terdapat sokongan oleh data yang
sahih dari sumber yang boleh dipercayai. Sebagai contoh, “penulis menyatakan bahawa
Malaysia adalah negara yang harus dicontohi.” Akan tetapi kenyataan yang dibuat oleh penulis
ini tidak nyatakan akan sokonganya oleh data yang sahih dan boleh dipercayai.

Dalam bahagian rujukan, penulis banyak merujuk kepada bahan rujukan yang lama iaitu
bahan rujukan yang penerbitannya ialah melebihi 5 tahun kebelakang. Dalam membuat kajian,
rujukan yang melebihi 5 tahun kebelakang adalah tidak sesuai untuk dijadikan rujukan.

You might also like