You are on page 1of 26

Institusi Pengajian Siswazah

Fakulti Pembangunan Manusia

KFP 60604
Kaedah Penyelidikan Kuantitatif
________________________________
Tugasan 1
Penulisan Bab 1,2,3

Disediakan Oleh
Mohd Azri Bin Jali
Nombor Matrik
M20202001547
Pensyarah
Dr Sabri bin Mohd Salleh
Tarikh Penghantaran
A B C
Sila gunakan font saiz 11, single line spacing (size 11 font, single line
spacing) – include all table (output, SPSS tables, figures etc as Lampiran /
Appendix after Chapter 3
Tajuk / Title Kesan modul Bei Bebacak (Jom membaca) terhadap pencapaian murid
pemulihan Orang Asli tahun 2 dalam topik membaca suku kata tertututp
VKVK di sebuah sekolah orang Asli di daerah Temerloh

1 Bab 1 Pengenalan Dahulu, pendidikan Orang Asli sering dipandang sepi, ketinggalan
dan kurang diberi liputan malah mereka juga kurang menonjolkan diri
dalam bidang pendidikan. Ini adalah kerana majoriti masyarakat Malaysia
menganggap bahawa kaum minoriti ini adalah mundur dan tidak mahu
menerima pembangunan atau pembaharuan. Oleh yang demikian, dasar
pendidikan untuk murid Orang Asli dan Penan telah digubal. Matlamat
utama dasar ini digubal adalah untuk mengurangkan kadar keciciran di
kalangan murid-murid Orang Asli di samping meningkatkan tahap
pendidikan mereka (KPM, 2012). Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
2013-2025, kerajaan menggariskan secara jelas tumpuan yang akan
dilaksanakan bagi meningkatkan taraf pendidikan mereka. Ini kerana kadar
keciciran yang tinggi dalam kalangan murid Orang Asli menyebabkan
pencapaian pendidikan dalam kalangan mereka agak rendah berbanding
purata kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).

Statistik dalam artikel Utusan Malaysia (Julai, 2007) menunjukkan


terdapat 34.31 peratus atau 1,322 daripada 3,853 pelajar Orang Asli yang
tamat tahun enam gagal untuk menyambungkan pelajaran ke tingkatan satu.
Perkara ini jelas menunjukkan penyertaan dan pencapaian pelajar Orang
Asli masih belum boleh dibanggakan. Oleh itu, langkah untuk
menguncupkan jurang pendidikan yang masih ketara akan tercapai dengan
menyediakan kaedah pembelajarn yang sesuai serta keperluan asas secara
berterusan. Sesuai dengan misi dan visi kerajaan untuk menjadi negara maju
menjelang tahun 2020 dan menjadikan rakyatnya mempunyai modal insan
berpengetahuan maka kita perlu memastikan setiap golongan masyarakat di
Malaysia mendapat pendidikan yang sewajarnya.
Rujukan:

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan DasarPendidikan,

KPM. (1994). Peranan pendidikan dalam Wawasan 2020.

Nadi Pendidikan, 8(1), hh.1-3. Kuala Lumpur: BPPP.

2 Bab 1
Latar belakang kajian Penggunaan kaedah pengajaran yang berkesan disertai dengan penggunaan
alat bantu mengajar seperti modul dan penglibatan pelajar yang aktif dalam
pengajaran diharapkan memberi kesan positif kepada iklim dan suasana
pembelajaran (Abd. Rashid, 2000). Walau bagaimanapun, penerimaan dan
penyusunan serta pembinaan kefahaman tentang sesuatu perkara yang
dipelajari banyak dipengaruhi oleh pengalaman dan cara seseorang itu
berfikir (Mok, 2010). Sememangnya amat sukar bagi guru meramal apa
yang boleh berlaku dalam bilik darjah yang dicirikan dengan kepelbagaian
latar belakang dan pengalaman pelajar (Choong, 2009).

Rujukan :
Abdul Rahim Abd Rashid. 2000. Model dan Pendekatan Pengajaran
Sejarah KBSM.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Chong Lean Keow PhD(2009). Murid dan Alam Belajar untuk Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman

Mok Song Sang. (2010). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan
Alam Belajar. Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

3 Bab 1 – Pernyataan proses untuk menyiapkan draf modul yang mana strategi dan aktiviti yang
masalah (Teori
ditetapkan adalah berdasarkan kepada Model ARCS Keller dan Teori
berkaitan kajian)
Efikasi Kendiri Bandura. Merujuk teori tersebut terdapat empat komponen
utama yang boleh mempengaruhi efikasi iaitu pengalaman dan pengetahuan
lepas, pemerhatian terhadap pengajaran orang lain, penilaian terhadap
pengajaran yang dijalankan dan perubahan fisiologi dan emosi.

Rujukan: Bandura, A. (1997). Self-Efficacy : The exercise of control. New


York : Freeman.
4 Bab 1 – Pernyataan Kajian terperinci yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan
masalah (Hujah pro
Penyelidikan. Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001)
dan kontra berkenaan
situasi sedia telah mendapati bahawa beberapa faktor telah menjadi penghalang kepada
kejayaan pelaksanaan program Pendidikan Pemulihan Khas membaca dan
menulis Antaranya ialah faktor kelemahan guru yang tidak berkemahiran
dalam merangka modul yang memberangsangkan.
Rujukan: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
(BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2002). Kajian
pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas di sekolah rendah.
Kuala Lumpur: BPPP
5 Bab 1 – Pernyataan Rumusannya, modul yang khas untuk mengajar murid pemulihan orang Asli
masalah – Rumusan perlu diwujudkan bagi membantu murid orang asli untuk menguasai
hujah kemahiran membaca dan menulis. Murid murid orang Asli perlu diupayakan
akan kemahiran membaca dan menulis . Menurut keeeves et.al seseorang
yang boleh membaca sudah memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang
membolehkannya melibatkan diri dalam aktiviti di mana literasi berfungsi
dalam kumpulan dan masyarakat dengan berkesan. Pencapaian dalam
bacaan, penulisan, dan kira-kira membolehkannya meneruskan kemahiran-
kemahiran ini untuk menuju kearah pembangunan masyarakat secara aktif
di negaranya sendiri.

Rujukan: (Sumber: Keeves & Bourke dalam Husen & Postlethwaite, 1994,
p.3468)
6 Bab 1 – Pernyataan
masalah – GAP yg ada Pencapaian murid yang lemah ini adalah kesan daripada motivasi yang
dari segi rekabentuk, rendah dalam kalangan murid Orang Asli. Motivasi yang rendah dalam
populasi, instrumen, kalangan murid Orang Asli ini kemungkinan disebabkan oleh kekurangan
analisis data kemudahan yang diberikan kepada murid Orang Asli. Keadaan ini
menyebabkan kebanyakan mereka hanya menamatkan persekolahan rendah
sahaja tanpa menyambung ke sekolah menengah (Sharifah Md Nor,
Samsilah Roslan, Aminuddin Mohamed, Kamaruddin Abu Hassan,
Mohamad Azhar Mat Ali, 2011).
Beberapa faktor ekonomi, geografi, dan budaya mengekang akses murid
Orang Asli untuk mencapai pendidikan berkualiti(Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2013). Pertama, kadar kemiskinan yang tinggi dan kecenderungan
tinggal di kawasan pedalaman menyebabkan ramai murid Orang Asli tidak
mendapat pendidikan prasekolah, dan memulakan Tahun 1 dengan asas
literasi dan numerasi yang rendah. Pemimpin sekolah dan guru menghadapi
kesukaran membantu murid Orang Asli dalam pelbagai aspek: daripada
membantu mereka berinteraksi dengan rakan sebaya yang bukan Orang Asli
hinggalah kepada meyakinkan mereka dan keluarga tentang pentingnya
menerima pendidikan asas dan lanjutan. Kekurangan kemudahan pendidikan
seperti kemudahan pakaian sekolah, bahan bacaan asas dan kedudukan
rumah yang jauh dari sekolah akibat daripada faktor ekonomi, geografi dan
budaya ini menjadi kekangan kepada murid Orang Asli untuk meneruskan
pembelajaran. Keadaan ini akan memberi kesan kepada tahap motivasi
pendidikan murid Orang Asli.
Rujukan
Azhar Mat Ali . (2011). Pentaksiran pendidikan. Kuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
7 Bab 1 –Tujuan kajian Tujuan kajian adalah, untuk melihat keberkesanan modul Bei bebacak
terhadap penguasaan 3m dalam kalangan murid orang Asli kelas pemulihan
di daerah temerloh
8 Bab 1 –Objektif kajian Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan
penggunaan modul pembelajaran Bei Bebacak sebagai alat bahan bantu
mengajar (ABBM) bagi kelas pemulihan khas tahun Dua, iaitu terhadap
pencapaian pelajar khususnya di antara pelajar lelaki dan perempuan di
sekolah Orang Asli di daerah Temerloh yang mempunyai masih lemah
dalam menguasai kemahiran membaca . Objektif kajian pula dinyatakan
seperti berikut:

i) Untuk menguji kesan penggunaan modul Bei Bebacak sebagai


alat bahan bantu mengajar (ABBM) kepada murid pemulihan
khas.
ii) Untuk menilai tahap pencapaian murid , kesan daripada
penggunaan modul Bei Bebacak .
iii) Untuk mengenalpasti pencapaian murid di antara murid lelaki
dengan murid perempuan selepas menggunakan modul
pembelajaran Bei Bebacak.

9 Bab 1 –Soalan kajian (i) Sejauh manakah kesan penggunaan modul sebagai alat bahan bantu
mengajar
kepada pelajar sederhana?

ii) Apakah tahap pencapaian murid setelah menggunakan modul


pembelajaran Bei Bebacak

iii) Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian pelajar lelaki dengan


pelajar perempuan yang menggunakan modul pembelajaran?
10 Bab 1 –Hipotesis nul Ho1: Tidak terdapat peningkatan dalam kemahiran membaca perkataan suku
kajian kata Tertutup VKVK dalam kalangan murid pemulihan tahun 2 dalam ujian
pasca berbanding
dengan ujian pra.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan pencapaian dalam kemahiran membaca


perkataan suku kata tertutup VKVK yang signifikan terhadap murid
pemulihan tahun 2 setelah menggunakan Modul Bei Bebacak.
Ho3: Tidak terdapat perbezaan pencapaian kemahiran membaca perkataan
suku kata tertutup VKVK yang signifikan antara murid pemulihan tahun 2
yang berlainan jantina setelah menggunakan Modul Bei Bebacak
11 Bab 1 Hipotesis Ha1:terdapat peningkatan dalam kemahiran membaca perkataan suku kata
alternatif kajian tertutup VKVK dalam kalangan murid pemulihan tahun 2 dalam ujian pasca
berbanding
dengan ujian pra.

Ha2: terdapat perbezaan pencapaian dalam kemahiran membaca perkataan


suku kata tertutup VKVK yang signifikan terhadap murid pemulihan
tahun 2 setelah menggunakan Modul Bei Bebacak.

Ha3: terdapat perbezaan pencapaian kemahiran membaca perkataan suku


kata tertutup VKVK yang signifikan antara murid pemulihan tahun 2 yang
berlainan jantina setelah menggunakan Modul Bei Bebacak
12 Bab 1 –Kerangka
kajian konseptual
kajian (dalam bentuk
rajah dan huraian
rajah) Pembinaan m modul
Pembinaan Pengajaran modul Pencapaian

murid

13 Bab 1 –Definisi
operasi kajian Pengajaran
(khususnya bagaimana Pengajaran ialah sesuatu proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
akan diukur pengetahuan atau kemahiran supaya murid-murid dapat mempelajari dan
pembolehubah dan menguasainya dengan berkesan (Mok, 2002). Pengajaran di dalam kajian ini
cara analisa dapatan) didefinisikan secara operasi sebagai penggunaan modul pembelajaran oleh
pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Orang Asli
Orang Asli adalah kaum minoriti yang terdapat di semenanjung Malaysia.
Orang Asli semenanjung Malaysia mempunyai 18 Suku kaum. Dalam 18
suku kaum ini terdapat perbezaan dari segi adat resam, budaya dan bahasa.
Bahasa pengantara bagi kaum orang Asli di semenanjung Malaysia adalah
bahasa Semai. Oleh itu bahasa Semai diajarkan di semua sekolah Orang
Asli.

References/ Rujukan as per APA IPS UPSI


14 Batasan kajian Kajian ini memberi tumpuan kepada murid pemulihan khas yang terdiri
daripada tahun dua sahaja, kajian ini ingin melihat kepada aspek kesan
modul terhadap pencapaian murid pemulihan tahun dalam menguasai
kemahiran membaca suku kata tertutup VKVK. Kajian ini tidak melihat
kepada ssemua kemahiran pemulihan dan ianya hanya tertumpu pada
kemahiran membaca suku kata tertutup VKVK. Pengkaji membataskan
kajian ini di sekolah rendah Orang Asli yang terdapat di daerah Temerloh.
Batasan kajian ini juga tertumpu pada murid Orang Asli yang berada di
kelas pemulihan khas.
15 Kepentingan kajian Kajian keberkesanan Modul Bei Bebacak penting untuk membantu murid
murid lemah dalam bacaan terutamanya dalam bacaan yang melibatkan
penggunaan suku kata tertutup serta murid-murid Linus tegar menguasai
kemahiran membaca dan sekali gus membasmi buta huruf di negara ini.
Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang dipraktikkan dalam modul Bei
Bebacak ini juga diharapkan dapat memudahkan guru dalam proses
pembelajaran dan pengajaran kerana ia sesuai digunakan mengikut tahap
keupayaan murid dan disusun dengan cara yang sistematik.
16 Bab 2 – Pengenalan Pendidikan pemulihan ialah usaha dalam pendidikan untuk mengatasi
masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah. Selain dari yang
dinyatakan, pendidikan pemulihan juga berkonsepkan penumpuan kepada
kemahiran asas pembelajaran, iaitu 3M dan ia dikendalikan oleh guru-guru
pemulihan khas yang menerima latihan khas dalam bidang ini. Rasional
pendidikan pemulihan dipandang dari tiga aspek, iaitu aspek falsafah, teori
dan pencegahan
17 Bab 2 – Perbincangan Teori-Teori Pembelajaran Bahasa
berkaitan teori Pemerolehan bahasa merupakan proses perkembangan bahasa yang berlaku
pada manusia. Pemerolehan bahasa pertama biasanya dikaitkan dengan
perkembangan bahasa kanak-kanak dan pemerolehan bahasa kedua pula
dikaitkan dengan perkembangan bahasa orang dewasa. Dalam konteks
kanak-kanak, perkembangan bahasa bermaksud pemerolehan bahasa ibunda
kanak-kanak berkenaan.
Teori Kognitif
Pelbagai teori daripada bidang disiplin yang berbeza telah dikemukakan
oleh para pengkaji untuk menerangkan bagaimana proses pemerolehan
bahasa berlaku pada kanak-kanak. Piaget, ahli psikologi Model
Perkembangan Kognitif mengatakan kanak-kanak adalah pelajar yang aktif
dan mereka telah berfikir semenjak bayi (Piaget, 1960). Kajiannya
terhadap perkembangan berfikir manusia menunjukkan dalam jangka hayat
setiap individu, mereka melalui empat tahap berfikir iaitu semasa bayi (dari
lahir hingga berumur 1½ atau 2 tahun), peringkat umur prasekolah (1½ atau
2 tahun hingga 6 atau 7 tahun), peringkat umur kanak-kanak (6 atau 7 tahun
hingga 11 atau 12 tahun) dan peringkat remaja hingga dewasa (11 atau 12
tahun hingga seterusnya). Mengikut Piaget, kanak-kanak memperoleh
bahasa menerusi hubungan antara keupayaan persepsi kognitif dengan
pengalaman yang dialaminya.
Persekitaran kanak-kanak dan perkembangan neurologinya menentukan
pembelajaran. Oleh itu bahasa dan berfikir berkembang secara serentak
apabila anak-kanak melalui tahap-tahap berfikir tadi yang mana setiap
tahap memerlukan strategi kognitif yang semakin kompleks. Piaget percaya
keupayaan berbahasa adalah secara semula jadi. Namun begitu keupayaan
berkenaan mesti digerakkan dari persekitaran dan keprihatinan seseorang
individu itu untuk berkomunikasi.

Teori Psikolinguistik
Pandangan Piaget mengenai pemerolehan bahasa adalah selaras dengan
pandangan ahli-ahli Teori Nativistic/Psycholinguistic (Psikolinguistik)
seperti Chomsky (1965), Lenneberg (1967) dan McNeil (1970). Noam
Chomsky iaitu seorang ahli dan penyelidik bidang linguistik mengatakan
manusia dilahirkan dengan pembawaan semula jadi untuk menguasai
bahasa. Setiap kali mendengar sesuatu, otak manusia akan menganalisis apa
yang didengarnya dan merangsang sel saraf di pusat fungsi bahasa yang
terletak di bahagian otak kiri. Semua sel saraf dalam pusat bahasa ini
terbentuk untuk memahami bahasa melalui hubungan. Oleh itu jika
seseorang sentiasa berusaha untuk mengayakan aktiviti hubungan tersebut
dengan otak, dia akan dapat mempertingkatkan dan memajukan penguasaan
bahasanya (Chomsky, 1965).
Lenneberg juga mengatakan kanak-kanak mempunyai pembawaan semula
jadi untuk menguasai bahasa dan penguasaan ini berlaku sejajar dengan
perkembangan dan kematangan yang berlaku pada otaknya (Lenneberg,
1967). Ahli-Ahli psikolinguistik percaya manusia telah dibekalkan
keupayaan dan kesediaan mempelajari bahasa sejak lahir, manakala
persekitaran bertindak mencetuskan keupayaan tersebut. Hal ini disebabkan.
manusia mempunyai perkembangan otak dan urat-urat saraf yang paling
tinggi dan kompleks berbanding organisme lain. Dengan otak yang tinggi
ini, manusia dapat melakukan proses kognitif dengan lebih berkesan dan
membolehkannya mempelajari pelbagai hal (Atan, 1982). Mereka juga
berpendapat perkembangan bahasa kanak-kanak boleh ditentukan kecuali
jika berlaku sesuatu komplikasi pada fizikal atau mental kanak-kanak
berkenaan.
Teori Tingkah Laku
Berbanding dengan teori-teori di atas, Teori Tingkah Laku atau dikenali
juga sebagai Teori Pembelajaran dengan ahli-ahlinya seperti Skinner (1957),
Jenkins dan Palermo (1964) serta Braine (1971) mengatakan kanak-kanak
tidak mempunyai kemahiran memperoleh bahasa secara semulajadi. Namun
begitu mereka percaya kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk
mempelajarinya dan persekitaran memainkan peranan utama untuk
merangsang penguasaan tersebut. Mengikut ahli-ahli psikologi yang
mengkaji Teori Tingkah Laku berdasarkan perlakuan-perlakuan binatang
seperti tikus, anjing dan burung merpati, pemerolehan sesuatu lakuan terjadi
melalui ulangan sesuatu lakuan. Dalam kurun ke-19, J. B. Watson, profesor
psikologi di John Hopkins University telah membuat kajian dan menulis
artikel yang bertajuk Psychology as the Behaviorist View (1913).
Beliau hanya mengkaji lakuan dan telah membezakan antara lakuan sedar
dan yang tidak sedar. Guthrie pula dalam bukunya The Psychology of
Learning (1935) mengatakan pembelajaran berlaku kerana adanya
rangsangan yang diikuti oleh tindak balas. Mengikut Guthrie, sesuatu
perlakuan itu terjadi dalam satu keadaan tertentu. Apabila seseorang itu
berada dalam keadaan yang sama pada masa yang berlainan, dia akan
membuat lakuan yang sama. Apabila terjadi rangsangan dan tindak balas
secara berulangan seperti ini maka terhasillah pembelajaran. Mengikut B.F.
Skinner iaitu ahli psikologi yang paling masyhur dalam membahaskan teori
pembelajaran melalui perlakuan ini, sesuatu pembelajaran itu berlaku jika
terdapat rangsangan dan tindak balas yang berulangan. Dalam hal ini,
Skinner telah melakukan eksperimen dengan menggunakan burung merpati
yang dikurung dalam kotak yang mempunyai swis. Apabila swis tersebut
dipetik, satu lubang akan terbuka untuk memberi makanan kepada merpati
tersebut. Apabila merpati itu lapar dan mematuk swis itu, maka timbullah
rangsangan dan diberi balasan dengan makanan.
Keadaan ini ditafsirkan sebagai pembelajaran lakuan dan pembelajaran
berkenaan tidak jauh berbeza daripada apa yang diutarakan oleh Watson dan
Guthrie. Apa yang berbeza ialah Skinner mengemukakan tentang konsep
pengukuhan yang mana konsep ini dianggap sebagai asas dalam proses
pembelajaran. Pengukuhan akan berlaku apabila setiap perlakuan itu diberi
dengan suatu balasan yang menyenangkan, seperti makanan kepada burung
merpati dalam eksperimen tadi atau pun hadiah dalam konteks pembelajaran
dan pengajaran. Keinginan mendapatkan balasan ini akan menimbulkan
keinginan untuk melakukan perbuatan atau tindakan yang sama. Oleh sebab
itu perlakuan berkenaan akan diulang. Seterusnya pengulangan yang kerap
akan mengukuhkan proses pembelajaran.
Melalui kajiannya juga, Skinner telah dapat membezakan dua jenis
pembelajaran yang berlainan kerana ada dua jenis perlakuan tindak balas
iaitu perlakuan automatik dan perlakuan operan. Perlakuan automatik adalah
tetap dan berlaku secara tidak sedar, misalnya lutut akan terangkat (tindak
balas) apabila diketuk (rangsangan) oleh doktor. Perlakuan operan pula akan
berlaku dalam sesuatu lingkungan atau keadaan yang mana rangsangannya
tidak semestinya menerbitkan tindak balas tertentu yang tetap. Sebagai
contoh perlakuan memilih satu buku bukan sahaja kerana rangsangan grafik
kulitnya yang cantik, tetapi juga disebabkan rasa ingin tahu terhadap isi
buku itu. Mengikut Skinner lagi, kebanyakan perlakuan yang kita lakukan
adalah perlakuan jenis operan. Pandangan-pandangan di atas menunjukkan
setiap murid berupaya dan bersedia untuk melakukan bacaan. *Every
normal infant is born with the capacity to learn any language” (Rea &
Potter, 1989, hlm. 31). Oleh itu jika murid sukar untuk menguasai bacaan,
mesti ada sesuatu yang tidak kena padanya. Perkara ini mungkin berpunca
daripada kecederaan, kerosakan atau kecacatan yang berlaku pada otaknya
atau pun pada sesuatu anggota fizikalnya seperti mengalami masalah
penglihatan. Kesulitan itujuga mungkin disebabkan keadaan persekitaran
kanak-kanak tersebut tidak menggalakkan perkembangan bahasanya,
sedangkan “sebahagian besar daripada tingkahlaku manusia adalah hasil
pembelajaran dan hanya sebahagian kecil sahaja yang berupa pantulan yang
diwarisi semenjak ia dilahirkan” (Atan, 1982, hlm. 261). Oleh yang
demikian adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah khususnya Guru
Khas Pemulihan, guru darjah dan guru mata pelajaran untuk mengenal pasti
faktor-faktor yang menyebabkan kanak-kanak terbabit sukar menguasai
bacaan. Maklumat ini akan memandu guru untuk melakukan tindakan
seterusnya dengan mudah.
Rujukan
Potter, W. J., & Riddle, K. (2007). A content analysis of the media effects
literature. Journalism & Mass Communication Quarterly, 84(2), 90-104.

18 Bab 2 – Perbincangan Kesimpulannya, Kejayaan atau Kegagalan Memulihkan Murid Bergantung


berkaitan dapatan kepada Keberkesanan bahan pengajaran atau modul yang disediakan
kajian yg TELAH (human nature) manusia boleh diubah. Kecerdasan boleh diubah.
dijalankan Persekitaran juga boleh diubah dan distuktur bagi menghasilkan kecerdasan
dan personaliti yang dikehendaki. Perubahan adalah tujuan pendidikan
(Wall, 1960). Pandangan yang diutarakan oleh Wall iaitu Pengarah National
Foundation for Educational Research di England dan Wales dalam
tulisannya yang bertajuk “Dull and Backward Children Post-War Theory
and Practice” lebih 40 tahun yang lalu menunjukkan betapa pendidikan
dapat membina dan membentuk diri manusia.
Pandangan tersebut boleh juga diaplikasi kepada pendidikan pemulihan
yang mana pendidikan ini merupakan satu usaha yang menyediakan
pelbagai keperluan dan kemudahan bagi tujuan menyekat, mengurang atau
menghapuskan segala masalah kekusutan pembelajaran yang berkaitan
dengan kognitif, sosial dan emosi seseorang murid (Khadijah Rohani, 1991).

Rujukan
Khadijah Rohani . (1991). Pedagogi kaeadah am mengajar:petaling jaya
Fajar Bakti Sdn Bhd
19 Bab 2 – Rumusan Bab Kesimpulannya, Kejayaan atau Kegagalan Memulihkan Murid Bergantung
2 kepada Keberkesanan bahan pengajaran atau modul yang disediakan
(human nature) manusia boleh diubah. Kecerdasan boleh diubah.
Persekitaran juga boleh diubah dan distuktur bagi menghasilkan kecerdasan
dan personaliti yang dikehendaki. Perubahan adalah tujuan pendidikan
(Wall, 1960). Pandangan yang diutarakan oleh Wall iaitu Pengarah National
Foundation for Educational Research di England dan Wales dalam
tulisannya yang bertajuk “Dull and Backward Children Post-War Theory
and Practice” lebih 40 tahun yang lalu menunjukkan betapa pendidikan
dapat membina dan membentuk diri manusia.
Pandangan tersebut boleh juga diaplikasi kepada pendidikan pemulihan
yang mana pendidikan ini merupakan satu usaha yang menyediakan
pelbagai keperluan dan kemudahan bagi tujuan menyekat, mengurang atau
menghapuskan segala masalah kekusutan pembelajaran yang berkaitan
dengan kognitif, sosial dan emosi seseorang murid (Khadijah Rohani, 1991).
20 Bab 3 – Kepentingan modul Bei Bebacak (jom membaca) tidak dapat dinafikan.
METODOLOGi – Melalui modul ini, kesulitan membaca murid terhadap bacaan mereka
Pengenalan terutamanya dalam kemahiran membaca suku kata VKVK dapat dilihat
melalui modul Bei Bebacak dan tindakan mengatasinya juga akan dapat
diatur dengan cepat dan tepat. Penguasaan kemahiran membaca pula
amatlah penting. Penguasaan terhadap kemahiran ini akan membolehkan
murid memahami dan mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran yang
dijalankan, di samping dapat menggunakannya bagi mengembangkan
pengetahuan melalui inisiatif membaca secara bersendirian (Abu Bakar,
1987).
Sehubungan dengan itu melalui modul Bei Bebacak ini proses bacaan wajar
dikaji dan diteliti secara sistematik dan mendalam dari semasa ke semasa,
khususnya dalam pencapaian mereka terhadap kemahiran membaca suku
kata tertutup. Hal Ini disebabkan pembelajaran dan pengajaran merupakan
salah satu peringkat terpenting dan merangkumi sebahagian besar daripada
keseluruhan pelaksanaan aktiviti kemahiran membaca. Pada peringkat inilah
proses pemulihan bacaan direalisasikan.
Hal ini bermakna pembelajaran dan pengajaran dan juga bahan pengajaran
dan pembelajaran seperti modul mempunyai peranan dan tanggungjawab
yang berat iaitu bagi melihat pencapaian murid terhadap topik membaca
suku kata tertutup VKVK. Peringkat inilah juga yang akan menentukan
sama ada tugas dan matlamat pemulihan yang dilaksanakan itu berjaya atau
sebaliknya. Seterusnya bab ini akan membincangkan tentang metodologi
kajian yang mengandungi perkara-perkara seperti reka bentuk kajian,
Populasi dan sampel , instrument kajian pengumpulan data, kajian rintis,
pembinaan modul, kutipan data dan analisis data

Rujukan
Abu Bakar Nordin. (1987). Developing A Scale in Effective Domain: A
Procedural Model. Terbitan Tak Berkala 5. Fakulti Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia
21 Bab 3 – Senaraikan (i) Sejauh manakah kesan penggunaan modul sebagai alat bahan bantu
soalan kajian mengajar
kepada pelajar sederhana?

ii) Apakah tahap pencapaian murid setelah menggunakan modul


pembelajaran Bei Bebacak

iii) Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian pelajar lelaki dengan


pelajar
perempuanyang menggunakan modul pembelajaran?
22 Bab 3 – Rekabentuk
kajian dan bagaimana Kajian ini dijalankan untuk meneliti kesan modul Bei Bebacak yang telah
mengawal ancaman dibina kajian ini dijalankan keatas sebuah sekolah rendah kebangsaan orang
kepada kesahan dalam Asli yang terdapat di daerah Temerloh. Bagi melihat keberkesanan modul
dan kesahan luaran. ini kajian ini dijalankan terhadap murid pemulihan Orang Asli tahun 2 yang
Apakah IV dan DVnya mengalami kesulitan menguasai topik membaca suku kata tertutup VKVK.
atau predictor variable Kaedah kajian kes telah diguna pakai untuk melaksanakan kajian ini. Kajian
dan kriterion Variable eksperimen digunakan kerana penyelidik ingin meneliti secara terperinci
jika kajian perkaitan dan mendalam bagaimana kesan modul Bei Bebacak di laksanakan di
atau korelasi. sekolah sampel.
Seterusnya penyelidik ingin melihat apakah tahap pencapaian murid selepas
pengajaran menggunakan modul tersebut dijalankan. Selaras dengan tujuan
di atas, dua kumpulan yang terlibat dengan pelaksanaan modul ini ialah guru
pemulihan dan murid pemulihan di sekolah sampel telah dipilih sebagai
subjek kajian.. Guru Pemulihan Khas dan murid-murid pemulihan
merupakan sumber data utama dalam kajian ini kerana merekalah yang
terlibat secara langsung dengan pengajaran berasaskan modul Bei Bebacak
ini pemulihan bacaan, iaitu fokus kajian ini. Pihak-pihak lain dipilih sebagai
subjek kajian kerana mereka ada peranan dan tanggungjawab terhadap
pengajaran bermodul ini. Dengan itu mereka turut dapat membekalkan data
yang diperlukan dalam kajian ini.
Untuk mengutip data, tiga jenis teknik telah digunakan iaitu temu bual,
pemerhatian dan analisis dokumen. Untuk itu, tiga jenis instrumen telah
disediakan iaitu Panduan Temu Bual, Panduan Pemerhatian dan Panduan
Analisis Dokumen. Proses pengutipan dan penganalisisan data telah dibuat
secara serentak supaya penyelidik boleh bergerak pantas dalam memperoleh
data yang diperlukan dan juga untuk menjamin kebolehpercayaan terhadap
data dengan mengelakkan berlakunya unsur lupa jika data lambat dianalisis.
Analisis juga dibuat selepas pengutipan data bagi mendapatkan maklumat
yang menyeluruh, terperinci dan mendalam. Bagi memastikan data
dikendalikan dengan teratur serta dapat digunakan dengan mudah, berkesan
dan intensif, tiga kaedah analisis telah digunakan semasa proses pengutipan
data iaitu membuat ringkasan, membuat catatan refleksi dan membuat
catatan memo, manakala selepas proses pengutipan data pula kaedah
penyaringan data, pembentangan data dan membentuk kesimpulan telah
digunakan. Kebolehpercayaan data dibuat melalui kaedah pengutipan dan
penganasliisisan data yang dijalankan secara serentak serta kaedah low
inference descriptors (Maxwell, 1996). Kaedah pertama adalah untuk
mengelakkan lupa jika data lambat dianalisis, manakala kaedah kedua
adalah menggunakan penjelasan atau huraian yang paling hampir dengan
persepsi, penjelasan, komen dan perasaan yang diberikan oleh responden.
Kesahihan data ditentukan melalui lima cara iaitu dengan mengulang
pertanyaan, minta subjek baca apa yang telah penulis lapor atau buat
kesimpulan bagi memastikan ketepatan jawapan atau maksud yang
disampaikan daripada temu bual dan pemerhatian yang dijalankan,
memeriksa kesan penyelididk, membuat triangulasi dan berkongsi idea
dengan pihak yang ada pengetahuan dan pengalaman terhadap perkara yang
dikaji. Akhir sekali data dilaporkan dalam bentuk naratif dan pemaparannya
dibuat dalam lima tajuk utama dan dikuti oleh sub-sub tajuk. Penyampaian
yang sedemikian adalah supaya

Rujukan

Maxwell, J. 1996. Social dimensions of economic growth. Eric John


Hanson Memorial Lecture Series. University of Alberta.
23 Bab 3 – Populasi dan
Sampel – huraian siapa Populasi merujuk kepada sekumpulan individu, objek atau benda kejadian
mereka yang mempunyai ciri-ciri yang sama yang ingin dikaji. Menurut Rohana
Yusof, (2004:105), setiap individu atau objek dalam sesuatu populasi
berkemungkinan berbeza-beza dalam banyak segi, namun ianya mestilah
mempunyai tidak kurang daripada satu ciri yang sama. Manakala
persampelan merupakan pengambilan sebahagian pecahan daripada suatu
populasi sebagai mewakili populasi tersebut. Penulis telah memilih populasi
kajian ini daripada sebuah sekolah Orang Asli di daerah Temerloh. Dimana
dalam sekolah tersebut mempunyai kelas pemulihan khas. Manakala
persampelan, pengkaji telah mengambil murid pemulihan tahun dua yang
masih belum menguasai topic membaca suku kata tertutup VKVK

Rujukan
Rohana Yusof (2003). Penyelidikan Sains Sosial, Kuala Lumpur, PTA
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
24 Bab 3- Bagaimana Sampel kuantiatif digunakan. Iaitu sampel rawak mudah, rawak stara,rawak
persampelan cluster.
dijalankan serta
bilangan sampel dan Rawak mudah
kenapa dijalankan Memilih sampel secara rawak berdasarkan populasi yang diketahui.
Biasanya teknik undian dalam pemilihan sampel jenis ini lebih adil terhadap
populasinya

Rawak strata
Membuat strata terhadap populasi mengikut peratusan kemudiannya
memilih secara rawak berdasarkan peratusan yang dikehendaki.

Rawak cluster
Mengelompokkan sampel kepada beberapa kumpulan dalam populasinya
kemudian memilih secara rawak kumpulan-kumpulan tersebut.

Rujukan
Fraenkel, J. R., & Wallen, N.E. 1996. How to Design and Evaluate
Research. USA: Mc.Graw-Hill Inc.
25 Bab 3 – Instrumen a.Huraian perihal instrument UJIAN
UJIAN – huraian ujian diagnostik (tentang minat/ sikap dan lain-lain contoh):
instrumen termasuk Mengenalpasti sesuatu masalah yang berlaku dan menentukan punca
huraian deskriptifnya, punca yang menimbulkan masalah itu. Diagnostik mempunyai tujuan-tujuan
cara mentadbirkannya yang konstruktif. Dalam prosese P&P, Ujian Diagnostik (UD) dapat
& penskoran serta memenuhi dua tujuan.
huraian kesahan dan Pertama menentukan kedudukan seseorang pelajar dalam pelajarannya.
kebolehpercayaan Kedudukan pelajar perlu diketahui sebelum memulai sesuatu pelajaran.
instrumen Dengan cara sedemikian barulah sesuatu pelajaran itu dapat diajar dengan
lebih berkesan kepada pelajar-pelajar yang ditempatkan pada peringkat yang
sesuai.
Kedua, untuk mengenalpasti sebab wujud kelemahan dalam pembelajaran
setelah punca kelemahan itu diketahui maka sesuatu P&P pemulihan dapat
dirancang dan dijalankan. Sebagai contoh, seorang guru ingin menilai
kebolehan pelajar menguasai kemahiran mewarna pada waktu pagi. Guru
perlu menilai dari aspek pilihan warna serta penggunaan teknik yang sesuai.
Dari penghasilan kerja pelajar tersebut guru mengumpul data, seterusnya
sudah dapat menilai kebolehan pelajar sama ada boleh menguasai, kurang
menguasai atau lemah. Dari sini guru akan merangka strategi pengayaan
atau pemulihan dengan meletakkan pelajar di dalam sesuatu kumpulan yang
sesuai dengan aras kebolehan mereka. (Guilford,J.P.:1967)
Justeru penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat
pertimbangan/membuat keputusan dalam mengkritik nilai, mutu, kualiti,
harga bagi sesuatu perkara. Gay (1985) berpendapat bahawa Penilaian ialah
proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data
bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu
tercapai. Penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat atau
data berbentuk kuantitatif atau kualitatif atau kedua-duanya sekali.

b. Bagaimana instrumen UJIAN di skor


melalui ujian pencapaian yang diadakan berdasar sukatan pelajaran,
selalunya dilapurkan dalam bentuk peratus (%), jumlah markah dan
peringkat peratusan
c. Bagaimana instrumen UJIAN di tabirkan
Instrumen ujian ditadbirkan melalui ujian bertulis, ujian subjektif,
pentaksiran.

d.Huraian mengenai kesahan dan kebolehpercayaan instrument UJIAN


Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan atau kestabilan
keputusan pentaksiran (Azizi Ahmad, 2010). Ini bermakna seseorang
individu itu akan mendapat skor yang sama daripada sesuatu instrumen
seandainya kebolehan individu itu adalah tekal atau trait yang hendak
diukur itu tidak berubah walaupun diukur berkali-kali dengan
instrumen yang sama. Justeru, penyelidik menggunakan kaedah
ketekalan dalaman bagi menentukan pekali kebolepercayaan iaitu
mencari pekali alfa atau dikenali sebagai Cronbach Alpha bagi setiap
konstruk dan keseluruhan instrumen penilaian tersebut melalui program
Statistical Package for Social Science (SPSS). Dalam kajian ini, setiap
item yang dibina daripada JSI yang berdasarkan kajian literatur adalah
tidak wajar untuk melakukan analisis faktor (Mohd Sahandri Gani et
al., 2014). Ini adalah kerana Chua (2006) menyatakan bahawa bagi
menentukan item individu yang harus dikekalkan atau disingkirkan,
data-data kajian rintis boleh dianalisis dengan analisis item (item
analysis) menggunakan program pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha.

Rujukan

Mohd Sahandri Gani Hamzah, Laily Paim, Sharifah Azizah Haron., &
Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah. (2013). Buku panduan pembinaan
instrumen “ Anda dan Kepenggunaan”. Tanjung Malim, Perak: Emeritus
Publications.

Gulford,J.P. (1967): The Nature of Human Intelligence. New York Mc


Graw Hill

26 Bab 3 – Instrumen a.Huraian perihal instrument SOAL SELIDIK


SOAL SELIDIK – Soal selidik ialah sau set soalan untuk mendapatkan maklumat sesuatu
huraian instrumen penyelidikan. Tujuan soal selidik mengikut Pratt (1980), digunakan bagi
termasuk huraian memudahkan pengkaji memungut data terhadap responden yang ada di
deskriptifnya, cara merata tempat dan masa responden terhad untuk mendapatkan maklumat
mentadbirkannya & yang tepat.
penskoran serta
huraian kesahan dan Item soal selidik
kebolehpercayaan 1.Item demografi
2.Item skala Likert
3.Item pangkatan
4.Item dikotumus
5.Item perbandingan
6.Item soalan terbuka

b. Bagaimana instrumen SOAL SELIDIK di skor


Dapatan kajian daripada soal selidik ini meliputi dua bentuk data iaitu data
kuantitatif dan data kualitatif. Data kuantitatif iaitu data yang diperolehi
daripada respon pilihan aneka jawapan dan skala likert yang digunakan
dalam item soal selidik. Kumpulan data ini akan dianalisis dengan
menggunakan perisian statistik Statistic Package for the Social Science
(SPSS) bagi huraian dalam bentuk frekuensi, peratus serta min.

c. Bagaimana instrumen SOAL SELIDIK ditadbir


Instrumen soal selidik ditadbir dengan penilaian daripada panel pakar bagi
melihat kepada kesahan dan kebolehoercayaan instrument soal selidik.

d.Huraian mengenai kesahan dan kebolehpercayaan instrument SOAL


SELIDIK

Kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen Kesahan dan kebolehpercayaan


sesuatu sesuatu instrumen adalah penting bagi memastikan dapatan yang
diperolehi boleh dipercayai dantidak dipersoalkan (Kerlinger & Lee, 2001).
dengan itu, memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen adalah
penting untuk mengesahkan kebolehpercayaan dan kualiti instrumen yang
digunakan. Langkah pertama memastikan kualiti instrumen ialah dengan
memastikan kesahan instrumen yang digunakan diikuti langkah seterusnya,
iaitu menentukan kebolehpercayaan. Kesahan Instrumen aspek kandungan
adalah aspek penting dalam memastikan item ujian yang digunakan benar-
benar sah. Kesahan sesuatu alat pengukuran atau instrumen merujuk kepada
sejauh mana instrumen berkenaan dapat mengukur aspek yang diperlukan

Rujukan :
Kerlinger, F.N. & Lee, H.B. 2000. Foundations of Behavioural Research.
4th Edition. Holt, NY: Harcourt College Publishers.

David Pratt (1980), Curriculum Design and Development. Internasional


Edition, USA: Harcuort Brace Jovonavich

Bab 3 – Instrumen
27 PEMERHATIAN – a. Huraian perihal instrumen PEMERHATIAN
huraian instrumen Pemerhatian yang digunakan ialah pemerhatian turut serta. Menurut
termasuk huraian Merriam (2002), pemerhatian adalah cara terbaik untuk mengumpul data
deskriptifnya, cara asal ‘first hand encounter’ tentang guru yang hendak dikaji. Kaedah ini
mentadbirkannya & digunakan untuk mengenal pasti sama ada guru yang dikaji menggunakan
penskoran serta teknik penyoalan yang dibincangkan semasa proses P&P Bahasa Melayu
huraian kesahan dan Pemulihan . Seorang pemerhati yang berada di tempat peristiwa berlaku
kebolehpercayaan boleh melihat tingkah laku sebagaimana ia benar-benar berlaku dan
mencatatkan ciri menonjol bagi tingkah laku subjek. Walaupun penyelidik
mengikuti tingkah laku subjek, pengkaji tidak mempengaruhi peserta kajian
ke arah tingkah laku tertentu. Dengan penghayatan tersebut, pengkaji
mempunyai persepsi yang benar mengenai maklumat yang dikumpul
(Mohd. Majid 2000). Borang bimbingan aras soalan kekerapan dan
kemahiran penyoalan yang digunakan bagi tujuan ini dibina oleh pengkaji
setelah membuat rujukan. Senarai semak membolehkan penyelidik
memfokus dan merekodkan tingkah laku yang dikehendaki sahaja. Senarai
semak dalam kajian ini digunakan ketika membuat pemerhatian terhadap
P&P guru-guru pemulihan Khas yang menjadi peserta kajian ini.

b. Bagaimana instrumen PEMERHATIAN di skor


Data daripada borang bimbingan kemahiran penyoalan ini dianalisis untuk
melihat kekerapan dan peratus guru menggunakan kemahiran penyoalan,
aras dan bentuk soalan serta lingkaran soalan. Min bagi setiap kemahiran,
aras dan bentuk soalan serta lingkaran soalan akan diambil kira untuk
mendapat gambaran yang menyeluruh.

c. Bagaimana instrumen PEMERHATIAN ditabirkan


Dalam kajian ini, intrumen borang bimbingan kemahiran penyoalan yang
digunakan untuk tujuan pemerhatian di dalam kelas.

d.Huraian mengenai kesahan dan kebolehpercayaan instrument


PEMERHATIAN

Bagi kajian ini pengesahan bagi semakan pemerhatian dan protokol temu
bual dilakukan secara 3 kaedah yang utama. Ini bagi memastikan setiap item
mempunyai tahap kesahan yang tinggi (Merriam, 2009; Marohaini, 2013).

i) Trigulasi
ii) Penilaian pakar
iii) Semakan semula oleh peserta bagi kajian rintis
Rujukan
Merriam, S. B. (2009). Qualitative Research: A Guide to Design and
Implementation (3rd ed). San Francisco, CA: Jossey-Bass.

Marohaini Mohd Yusoff. (2013). Penyelidikan Kualitatif, Pengalaman


Kerja Lapangan Kajian, (Edisi Pertama). Penerbit Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.
28 Bab 3 - Kajian rintis Kajian rintis bagi pelaksanaan modul telah dilakukan dengan bantuan
seorang jurulatih utama pemulihan khas. Tujuan kajian rintis ini adalah bagi
memastikan kesesuaian modul dari segi peruntukan masa, kejelasan arahan,
kesesuaian pembahagian submodul dan aktiviti-aktiviti yang disusun. Kajian
rintis dijalankan dalam tempoh sebulan sahaja kerana ia hanya melibatkan
satu tajuk kemahiran. Selepas kajian rintis dijalankan, soal selidik diedarkan
untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan.

29 Bab 3 – Prosedur
Pengumpulan data Kaedah Pengumpulan Data Tiga kaedah pengumpulan data telah diguna
pakai dalam kajian ini iaitu temu bual, pemerhatian dan penganalisisan
dokumen-dokumen yang berkaitan. Tujuan ketiga-tiga kaedah ini
digunakan adalah untuk mendapat maklumat yang selengkap, sedalam,
sejelas dan seterperinci mungkin tentang kesan modul Bei Bebacak yang
telah dibina, pemerhatian terhadap apa yang mereka lakukan serta
penganalisisan ke atas bahan-bahan yang berkaitan dengan modul terbabit
dapat menyerlahkan kesan modul tersebut. Seterusnya untuk memastikan
kelancaran penggunaan ketiga-tiga kaedah tersebut dan memastikan
maklumat yang diperlukan tidak tercicir daripada setiap kaedah yang diguna
pakai, garis panduan untuk setiap kaedah telah disediakan.
Temu bual
Di sekolah yang menjadi tempat penyelidikan, temu bual telah dijalankan
dengan pihak-pihak yang ada kaitan dalam mengendalikan pengajaran
berasaskan modul Bei Bebacak sama ada secara langsung atau sebaliknya.
Mereka ini terdiri daripada Guru Pemulihan Khas, Guru Besar, Guru
Penolong Kanan Akademik, guru kelas atau guru mata pelajaran Bahasa
Melayu murid-murid yang mengikuti pengajaran berasaskan modul
tersebut, Temu bual dengan Guru Pemulihan Khas adalah untuk
mendapatkan maklumat umum dan maklumat khusus berkaitan pelaksanaan
pengajaran bermodul tersebut aktiviti.
Maklumat umum adalah merangkumi perkara-perkara seperti keadaan
murid dan ibu bapa/penjaga murid pemulihan, serta usaha yang dirancang
untuk aktiviti menarik yang perlu ditambah dalam modul. Maklumat-
maklumat in juga telah diajukan dalam temu bual dengan Guru Besar kerana
selaku pentadbir sekolah, beliau tentu mempunyai persepsi dan idea tentang
pembinaan modul yang sesuai untuk murid pemulihan.
Selain Guru Pemulihan Khas, guru kelas atau Guru Bahasa Melayu murid
yang menghadapi masalah membaca merupakan sumber terpenting untuk
memperoleh maklumat tentang bahan pengajaran yang digunapakai ,
terutama maklumat yang berkaitan murid terbabit. Antaranya termasuklah
perkara-perkara seperti tahap penguasaan membaca murid, kesulitan
membaca yang dialami, faktor yang menyebabkannya serta keadaan diri
murid tersebut seperti status sosio ekonomi keluarga, emosi dan kesihatan
murid-murid. Selain itu guru kelas/mata pelajaran Bahasa Melayu juga
merupakan salah satu pihak terpenting dalam memastikan aktiviti pemulihan
bacaan dapat berjalan lancar dan berkesan.
Hal ini disebabkan mereka terlibat secara langsung dalam proses pencalonan
murid, serta khidmat bantu dan kepakaran mengajar mereka telah diguna
pakai untuk membantu Guru Pemulihan Khas bagi membina bahan
pengajaran seperti modul yang bersesuaian untuk murid pemulihan. Guru-
guru tersebut juga adalah pihak yang bertanggungjawab untuk
melaksanakan tindak susulan supaya kesulitan membaca tidak berulang
apabila murid pulang dari Kelas Pemulihan atau telah pulih dan
dikembalikan semula ke kelas. Peranan dan tanggungjawab yang
sedemikian menyebabkan banyak maklumat penting tentang bahan sesuai
yang patut diberikan kepada murid sasaran dapat diperoleh melalui temu
bual dengan guru kelas/mata pelajaran Bahasa Melayu.

Penganalisisan Dokumen
Beberapa dokumen yang dapat membekalkan maklumat untuk kajian ini
telah dianalisis, termasuklah dokumen-dokumen seperti buku persediaan
mengajar Guru Pemulihan Khas, fail peribadi murid pemulihan, buku
kedatangan murid, buku tulis murid, rekod-rekod ujian murid serta
dokumen-dokumen yang menyatakan tentang keperluan melaksanakan
aktiviti pemulihan bacaan dan keperluan-keperluan yang wajar ada bagi
mengurus dan melaksanakannya. Tujuan penganalisisan dokumen-dokumen
tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat secara rasmi atau bertulis
tentang aktiviti pemulihan yang dilaksanakan itu. Penganalisisan dokumen-
dokumen berkenaan ternyata banyak memberi maklumat yang tepat dan
lengkap kepada perkara-perkara yang amat diperlukan dalam kajian ini.
Contohnya prestasi dan pencapaian murid dalam Ujian Diagnostik, buku
tulis dan rekod-rekod ujian dapat menunjukkan daerah kelemahan bacaan
murid-murid pemulihan seperti mana yang diberitahu oleh Guru Pemulihan
Khas dan guru-guru Bahasa Melayu murid tersebut.

30 Bab 3 – Prosedur
menganalisa data Statistik deskriptif - digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri variabel seperti
termasuk huraian ujian demografi responden dan sebagainya. Ia digunakan untuk membuat
statistic deskriptif dan kesimpulan mengenai data numerikal. Ia tidak boleh dibuat generalisasi
inferensi yg akan daripada sampel kajian kepada populasi. Contoh ujian statistik ialah
digunakan frekuensi, min, median, peratus dan sebagainya

Statistik inferensi - digunakan untuk menghuraikan perhubungan antara


variabel. Ia juga digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri sampel yang
dipilih daripada populasi. Daripada dapatan, ia dapat dijadikan sebagai
generalisasi sampel mengenai populasinya. Contoh ujian staistik yang
digunakan ialah ujian-t untuk melihat perbezaan diantara 2 variabel, ujian
korelasi untuk melihat perhubungan dan sebagainya.

Creswell (2008) pula menyatakan statistik deskriptif digunakan untuk


menjawab soalan berbentuk deskriptif. Apabila soalan kajian
mengkehendaki kita melihat perbezaan di antara variabel dan hubungan
diantara variabel maka statistik inferensi digunakan.

Rujukan
Creswell, J.W. (2008). Educational Research: Planning, Conducting, and
Evaluating Quantitative and Qualitative Research. Third Edition. New
Jersey: Pearson Education, Inc.

31 Bab 3 – Rumusan bab Kesimpulannya, pembinaan modul yang sesuai dengan murid adalah
3 penting bagi kita untuk membantu murid dalam mencapai sesuatu tahap
dalam topik yang dipelajari. Masalah lemah dalam membaca adalah satu
perkara yang perlu kita berikan perhatian sepenuhnya, terutamanya di
sekolah Orang Asli. Cabaran guru pemulihan dalam isu untuk membina
modul di sekolah murid orang Asli tidak boleh dipandang remeh dan perlu
perhatian pihak berkaitan agar jurang literasi dalam kalangan murid-murid
Orang Asli dapat diatasi justeru mendokong aspirasi kerajaan bagi
melahirkan generasi yang cemerlang.
LAMPIRAN APPENDIX – Semua yang berkait dgn penulisan anda/ those
that relates to your write up

LAMPIRAN
1. Jadual kesahan kandungan panel pakar beserta definesi operasi konsep, skor pakar dan minima 5 item
PAKAR 1 Falsafah dibina
(Prof. Madya Dr. Haji Jamaludin Bin Haji Ahmad)
a. Perlu ada penambahan falsafah dalam format Format disesuaikan
aktiviti.

b. Perlu ada pecahan modul dan aktiviti


berdasarkan teori

c. Dalam objektif aktiviti pastikan hanya merujuk


kepada satu maksud.

d. .Dalam proses pelaksanaan aktiviti perlu ditulis


lampiran

e. Tahniah

f. Modul yang dibina mengikut format

PAKAR 2 (Dr. Mohd Nazri Bin Hj. Abdul Rahman) Telah dirintis dari aspek
masa dan aktiviti
a. Peruntukan masa bagi setiap aktiviti perlu dinilai
semula.

b. Bagi aktiviti yang melibatkan pengetahuan atau


pengenalan boleh dikurangkan masa berbanding
modul yang melibatkan pemodelan / hands-on
ditambah masa.

Secara keseluruhan ia baik dan boleh dipraktikkan oleh guru.

PAKAR 3 (Prof. Dr. Mohammad Aziz Shah Bin Mohamed Arip) Falsafah dibina dan
format disesuaikan
a. Modul Peningkatan Efikasi Mengajar Pemulihan
Bahasa Melayu ini baik dan dapat mengajar
kandungan teoritikal yang ingin diajar.
Tahniah dan teruskan menjalankan kajian rintis.
PAKAR 4 (Dr. Azizah Binti Zain) Telah dirintis dari aspek
kandungan aktiviti
Perbetulkan kandungan supaya nampak kemas.

PAKAR 5 (Dr. Abdul Halim Bin Masnan) Telah dirintis dari aspek
kandungan aktiviti
a. Penggunaan elemen pembelajaran dalam KSPK
seperti belajar melalui bermain, projek, bertema,
boleh dimasukkan dalam modul ini.

Latihan komunikasi Bahasa Inggeris juga boleh diletakkan


dalam modul.

PAKAR 6 (Dr. Ramlan Bin Mustapha) Telah dirintis dari aspek


kandungan aktiviti
a. Pengkaji perlu pastikan, adakah setiap aktiviti yang
dilaksanakan menepati elemen teoritikal yang
digunakan.

Pastikan aras yang digunakan perlu selari dengan aktiviti dan


elemen modul

PAKAR 7 (Dr. Suraya Binti Zaidon) Telah dirintis dari aspek


kandungan aktiviti
Modul sesuai digunakan untuk tujuan yang dinyatakan.

PAKAR 8 (Prof. Madya Dr. Md Nasir Bin Masran) Penambahbaikan telah


dilakukan dalam
a. Keberkesanan modul akan menjadi lebih baik kandungan modul.
sekiranya ditambah dengan maklumat kandungan
teori, model dan contoh pada setiap modul sebagai
panduan fasilitator dan guru yang terlibat.
b. Modul yang baik adalah modul yang ada kandungan
yang hendak disampaikan dan aktiviti-aktiviti yang
relevan.
Nilai kesahan mengikut kesahan modul Rusell (1974) MPE-BI berdasarkan penilaian lapan panel
pakar (n=9)

Pernyataan P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 Peratus Keputusan


Pandangan Panel Pakar
Kandungan modul 10 9 7 7 10 9 8 8 8 84.4 Diterima
ini menepati sasaran
populasinya

Kandungan modul 9 9 8 7 10 10 8 8 7 84.4 Diterima


ini boleh
dilaksanakan dengan
sempurna
10 10 8 8 10 8 8 8 7 85.5 Diterima
Kandungan modul
ini bersesuaian
dengan masa yang
diperuntukkan
10 9 7 8 10 10 7 8 9 86.6 Diterima
Kandungan modul
ini boleh
meningkatkan
pengetahuan dalam
efikasi guru
mengajar Bahasa 9 9 7 8 9 8 7 8 9 82.2 Diterima
Inggeris

Kandungan modul
ini boleh
mengurangkan tahap
kebimbangan guru
mengajar pemulihan
bahasa melayu
16 Disember 2021

You might also like