You are on page 1of 13

KOMPETENSI GURU LUAR BIDANG TERHADAP KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHASA INGGERIS DALAM BILIK DARJAH

BANU A/P RAMANAN


MUA’AZAM MOHAMAD PHD

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

banuramanan84@gmail.com
muaazam18@gmail.com

Abstrak

Kertas konsep ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi guru luar bidang di sekolah rendah yang
mengajar subjek Bahasa Inggeris. Sejajar dengan objektif utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2015 guru yang kompeten adalah guru yang dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang efektif
terhadap pelajarnya. Pengajaran guru di luar bidang sebenarnya bukanlah sesuatu perkara yang baru namun isu ini
semakin serius dan sehingga kini kurang mendapat perhatian daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Guru yang kompeten adalah tunjang utama kepada pencapaian akademik pelajar. Maka, apabila seseorang guru
disuruh untuk mengajar subjek yang bukan daripada bidang pengkhususan mereka semasa di maktab/ Universiti
akan menghadapi cabaran yang boleh memberi kesan secara langsung kepada pencapaian murid. Penguasaan
Bahasa Inggeris memainkan peranan yang utama dalam proses perubahan sistem pendidikan kerana pembentukan
murid yang fasih dan yakin berbahasa mampu meningkatkan kebolehpasaran mereka serta memaksimumkan
peluang kerjaya dalam pasaran kerja dunia. Bagi mencapai objektif kajian analisis literatur telah dipilih dan diguna
pakai. Berdasarkan hasil analisis, kajian ini mendapati guru-guru yang mengajar subjek di luar daripada bidang
pengkhususan berdepan dengan pelbagai masalah. Mereka memerlukan bimbingan dan sokongan daripada semua
pihak. Selain itu, program-program untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru sangat penting
bagi menjamin mutu dan kualiti sistem Pendidikan Malaysia.
Kata kunci: Guru luar bidang, Tahap Kompetensi, Guru Bahasa Inggeris

COMPETENCY OF NON-OPTION ENGLISH LANGUAGE TEACHERS ON QUALITY OF


TEACHING AND LEARNING IN CLASSROOM

Abstract

This concept paper aims to identify the level of competence of non-option English language teachers in primary
schools. In line with the main objectives of Malaysian Education Development Plan (PPPM) 2013-2015,
competent teachers are those who can produce effective teaching and learning on their students. Teaching outside
of the specialised area is not a new phenomenon but the issue is getting serious and is getting less attention from
Ministry of Education Malaysia. Competent teachers are the main support for student academic achievement.
Therefore, when a teacher is asked to teach a subject that is not from their specialization area at college / university
will face a challenge that can directly affect the student's achievement. English proficiency plays a major role in the
process of transforming the education system because the formation of fluent and confident pupils is able to
enhance their marketability and maximize career opportunities in the world's work market. To achieve the
objectives of the literature review study was selected and adopted. Based on the results of the analysis, the study
found that teachers who taught subjects outside of specialization faced various problems. They need guidance and
support from all parties. In addition, programs to improve the quality of teaching and learning of teachers are
essential to ensure the quality and quality of the Malaysian Education system.

Key words: Non-option, English Language teachers competency level

1
KOMPETENSI GURU LUAR BIDANG TERHADAP KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA INGGERIS DALAM BILIK DARJAH

Pengenalan

Proses transformasi Sistem Pendidikan Malaysia memberi keutamaan dalam meningkatkan kualiti

pendidikan negara. Ini sejajar dengan Agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) di mana penting untuk

membangunkan modal insan untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan. Oleh itu, warga pendidik harus

kompeten dalam penyampaian ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai murni seiring dengan gaya abad ke-21

(Saad, N. M., Baharuddin, J., & Ismail, S. N. (2017).

Kualiti pengajaran menentukan kualiti pendidikan. Pembangunan modal insan berkualiti bergantung

kepada pendidikan berkualiti; yang mampu melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang kukuh,

berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara

maju (Nessipbayeva, 2012). Guru yang berkualiti tinggi mampu menyumbang kepada pendidikan yang berkesan.

Oleh itu, peranan guru sangat penting dalam menggalakkan semangat dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk

belajar di samping membantu meningkatkan kecerdasan dan kebijaksanaan (Kementerian Pendidikan Malaysia,

2014). Guru yang mempunyai kompetensi yang tinggi akan berjaya melahirkan pelajar yang berketerampilan dan

boleh menyesuaikan diri terhadap perubahan yang berlaku di sekelilingnya (Nur Mustafa, 2013, Sengottuvel, A.,

& Aktharsha, U. S. (2015).

Pernyataan Masalah

Bahasa Inggeris merupakan survival bangsa kerana hampir 99% dunia teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar utama. Golongan yang cerdik lahir

daripada masyarakat yang berpengetahuan. Maka warga pendidik bertanggungjawab dalam merealisasikan

aspirasi kerajaan iaitu Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang

bermatlamat untuk melahirkan murid yang dapat menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan fasih

dan yakin. Ini sejajar dengan visi sistem pendidikan Malaysia iaitu “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara

Sejahtera’. Menurut Yamat, Umar & Mahmood (2014), penguasaan bahasa penting dalam menjayakan proses

2
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, Selain itu, penguasaan bahasa memainkan peranan yang utama

dalam proses perubahan sistem pendidikan kerana pembentukan murid yang fasih dan yakin berbahasa mampu

meningkatkan kebolehpasaran mereka serta memaksimumkan peluang kerjaya dalam pasaran kerja dunia. Namun

begitu, aspirasi tersebut tidak akan tercapai jika guru-guru Bahasa Inggeris sama ada opsyen atau bukan opsyen

tidak bersedia dengan sepenuhnya untuk mengajar subjek tersebut. Guru-guru masih was-was menggunakan

Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah (Muhammad, A. et al., (2007). Ini kerana

terdapat kekangan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sebabkan oleh pengenalan elemen baru

dalam kurikulum Bahasa Inggeris contohnya pengenalan CEFR (Common European Framework) untuk tahun 1

dan tahun 2 sekolah rendah, kekurangan guru menyebabkan guru terpaksa mengajar subjek yang tidak mahir.

Keadaan ini akan memberi kesan kepada kualiti pengajaran guru seterusnya menjejaskan pencapaian murid (Goh

L.H. dan Kwong, J. (2010). Penyelidik merasakan kompetensi guru luar bidang terutama dalam subjek Bahasa

Inggeris perlu diberi keutamaan dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dianggap sebagai ciri-ciri utama

yang harus dimiliki oleh seorang guru yang kompeten.

Kompetensi Guru

Menurut Cambridge dictionary, kompetensi ialah kebolehan melakukan sesuatu tugasan secara efisien.

Freeman (2016) mendefinisikan kompetensi sebagai pengetahuan, kemahiran, tingkah laku, nilai motivasi dan

kepercayaan terhadap keperluan untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu tugasan. Manakala, Daud Ibrahim (2003)

menyatakan, kompetensi bermakna “competence, proficiency, skillful and skill”. Gunz, H. (1983) dalam karya

bukunya "The Competent Manager" telah membawa satu pendekatan baru dengan mendefinisikan kompetensi "an

underlying characteristic of a person" yang tersembunyi di dalam diri seseorang yang boleh dilihat dalam bentuk

"self-image, traits, motive and social roles" serta kemahiran dan pengetahuan yang mempunyai kesan langsung

terhadap prestasi kerja.

Konsep kompetensi merupakan asas kepada sumber pengurusan manusia (Malek, S., & Liew, S. L. (2002).

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bilik darjah, seseorang guru perlu kompeten dalam proses pengajaran

dan pembelajaran supaya objektif utama dapat di capai (David McNamara, 2006). Antara ciri-ciri kompetensi

yang harus dimiliki oleh seseorang guru ialah pengetahuan (cognitive domain), kemahiran (psychomotor domain)

3
dan sikap atau kualiti peribadi (affective domain). Ciri-ciri kompetensi tersebut mempengaruhi seseorang guru

dalam proses proses pengajaran dan pembelajaran (Roslan, 2013). Jika seseorang guru dapat memiliki kompetensi

yang sepatutnya maka ia akan membantu dalam peningkatan prestasi & kecemerlangan serta melaksanakan tugas

yang dipertanggungjawabkan dengan sempurna (Malek et al., 2002)

Kompetensi adalah gabungan daripada tiga apek utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu

ada pada seseorang untuk melaksanakan tugasan dengan sempurna (Mohd Sani Ibrahim et.al, 2015). Dalam

konteks pendidikan kompetensi guru sangat penting dan perlu diambil perhatian kerana guru merupakan tunjang

kepada sistem pendidikan. Mereka bertanggungjawab untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran berkesan

agar maklumat yang disampaikan adalah bermakna, menarik minat serta mudah untuk diingati dan diaplikasikan.

Kualiti dan kompetensi guru berkait antara satu sama lain di mana guru yang berkompetensi adalah guru yang

berkualiti. Kenyataan ini disokong oleh (KPM,2006) bahawa mereka yang mempunyai kualiti, keterampilan,

kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi seorang guru.

Kajian perbandingan di peringkat antarabangsa yang dibuat oleh Nunan (2003), mendapati polisi

pendidikan di kebanyakan negara kurang berjaya disebabkan kekurangan guru terlatih, kekurangan guru yang

berkemahiran dalam subjek bahasa, guru tidak padan dari segi kurikulum dan kandungan pedagogi, kekurangan

masa untuk pengajaran subjek bahasa, kekurangan bahan bantu mengajar serta kurang efikasi kendiri untuk

mengajar subjek bahasa.

Pengetahuan

Menurut Kamus Dewan (1999), pengetahuan membawa maksud satu bidang ilmu yang perlu diteroka dan

diketahui untuk dimiliki bagi membentuk sikap dan tingkah laku. Dalam bidang pendidikan, pengetahuan guru

dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah sangat penting. Ini dibuktikan oleh kajian yang dilakukan oleh

(Roslan, 2013) dimana pengetahuan dan kemahiran yang cukup adalah penting untuk membina minat dan sikap

guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam subjek bahasa Inggeris pengetahuan isi kandungan (PPK) Pedagogical content knowledge,

pengetahuan pedagogi (PP) content knowledge adalah berkaitan dengan pengetahuan mengenai strategi pengajaran

4
yang khusus. Vélez-Rendón (2002), mendefinisikan pengetahuan kandungan ialah pengetahuan tentang apa yang

diajar manakala pengetahuan pedagogi ialah pengetahuan tentang subjek yang diajar.

Shulman (1986), berpendapat Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) menjadi teras pengetahuan guru.

Penguasaan pengetahuan tentang kandungan isi pelajaran amat penting bagi seseorang guru bahasa Inggeris kerana

ia akan melengkapkan diri seseorang guru akan kemahiran dan kecekapan dalam pengajaran bagi mencapai

objektif pengajaran. Pengajaran yang berkualiti akan berlaku sekiranya perancangan dibuat dengan baik dan murid

akan memperoleh pembelajaran yang bermakna. Pengajaran yang berkualiti akan berlaku sekiranya guru memiliki

pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) dan pengetahuan kandungan (PK) (Julie Gess-Newsome, 2017).

Guru yang mengajar subjek yang bukan daripada bidang kepakaran akan menghadapi masalah untuk

mengajar dalam bilik darjah. Guru tersebut akan menghadapi masalah dan memberi kesan kepada kualiti

pendidikan (Ingersoll,1999). Guru-guru yang mengajar subjek luar bidang menggunakan kaedah tradisional iaitu

membacakan buku teks sedangkan kerajaan sedang bergiat menyeru guru-guru menggunakan pembelajaran abad

ke-21 dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Nessipbayeva, O, 2012). Selain itu, guru yang kurang

pengetahuan dan kemahiran dalam subjek yang diajar didapati kurang efikasi kendiri. Mereka yang kurang

bermotivasi akan menghindarkan diri daripada menjawab soalan-soalan murid berkenaan dengan isi kandungan

subjek (E.D Sharplin ,2014). Limited knowledge and ability of teacher in particular subject impose students’

disengagement, limits students’ critical thinking and interest in the subject cause to low achievement of students

(Ingersoll, R.M, 2003&2004). Menurut Shulman (1986), seorang guru profesional mestilah memiliki tujuh

pengetahuan asas yang diperincikan dalam jadual 1:

Isi Pedagogi Kurikulum Pedagogi Isi Pelajar Konteks Matlamat


kandungan Am Kandungan Pendidikan
*Falsafah *Prinsip *Konsep *Kefahaman tentang *Ciri-ciri *Sejarah *Tujuan
subjek pengajaran dan kandungan mata psikologi sistem pendidikan
*Teori-teori *Strategi pengertian pelajaran dan *Latar pendidikan *Falsafah
tentang pengajaran kurikulum pedagogi belakang di Malaysia Pendidikan
subjek *Pengurusan *Teori-teori *Taakulan pedagogi keluarga *Matlamat Kebangsaan
Struktur bilik darjah kurikulum *Kefahaman tentang *Rakan pendidikan (FPK):
ilmu subjek *Pengurusan *Model- kandungan mata sebaya di Malaysia i..Asas
*Kandungan idea model pelajaran *Keadaan *Struktur pembinaan
subjek kurikulum  Transformasi komuniti pendidikan FPK.
 Persediaan *Prospek di Malaysia ii. Bentuk
 Gambaran kerjaya *Pengaruh dan prinsip

5
 Pemilihan perubahan pendidikan.
 Adaptasi ekonomi iii. Proses
 Pengajaran terhadap &
dan sistem dan pelaksanaan
pembelajaran corak pendidikan.
 Penilaian pendidikan iv. Kesan
 Refleksi *Pengaruh akhir
budaya pendidikan.
setempat
terhadap
sekolah
Jadual 1: Tujuh asas pengetahuan guru profesional (dipetik dan diubahsuai daripada Shulman, 1986)

Kompetensi guru bukan sahaja di lihat dalam pengetahuan kandungan malah di lihat juga kemahiran dalam

bidang pedagogi. Menurut Shulman (1986), pengetahuan pedagogi kandungan (PCK) membantu guru dalam

menggalakkan kefahaman konsep. Pengaruh pengetahuan pedagogi kandungan perlu diberi perhatian kerana guru

bukan sahaja harus menguasai kandungan subjek yang diajar, malah perlu juga berkemahiran bagaimana untuk

mengajar subjek tersebut ( Yu, J. H., Luo, Y., Sun, Y., & Strobel, J. (2012); Maher, 2011;Kim, Ham, & Paine,

2011).

Guru Bahasa Inggeris yang mempunyai pengetahuan kandungan akan mudah memilih strategi dan kaedah

yang sesuai dengan pelajar untuk pengajaran yang berkesan. Guru yang mampu mengetahui kebolehan murid,

memilih sumber bahan yang sesuai dengan murid mempelbagaikan strategi pengajaran dan pandai memilih

objektif pengajaran merupakan kriteria penting untuk menjadi seorang guru yang berkualiti.

Tellez dan Waxman, (2005) The National Board for Professional Teaching Standards (NBPTS) veitnam

membuat penetapan terhadap kualiti stadard khas untuk guru bahasa Inggeris antaranya ialah;

 Pengetahuan tentang Bahasa Inggeris (knowledge of English)

 Pengetahuan tentang kandungan pedagogi (knowledge of the subject matter)

 Pengetahuan tentang pengaruh budaya terhadap perkembangan linguistik murid

(knowledge of the influence of culture on students' linguistic development)

 Pengetahuan tentang murid dan keperluan murid (knowledge of students and students’ needs)

 Kompetensi pengajaran (teaching competencies)

6
 Kemahiran membuat penilaian (skills in using assessment)

 Sikap profesional dan diri sendiri ( professional attributes, and personal attributes)

Maka, pengetahuan dalam pelbagai aspek diperlukan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Bahasa Inggeris penting supaya menjadi seorang guru yang kompeten.

Kemahiran

Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (2005), kemahiran bermaksud kecekapan, kepandaian dan terlatih untuk

mengerjakan sesuatu. Kemahiran mengajar merupakan kaedah atau teknik yang digunakan untuk mencapai

objektif pengajaran. Strategi pengajaran yang digunakan dalam subjek Bahasa Inggeris sangat penting. Guru bukan

opsyen yang tiada kepakaran dalam subjek bahasa Inggeris akan menghadapi masalah dalam mempelbagaikan

aktiviti dan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kini, dengan pengenalan kurikulum KSSR (kurikulum standard sekolah rendah) dan CEFR (Common

European Framework) memerlukan guru yang berkemahiran tinggi dalam perancangan, pengendalian dan

penilaian. Guru-guru yang tidak kompeten akan gagal mengikuti globalisasi yang kian berlaku dalam dunia

pendidikan (Ingersoll, 1999). Mereka akan ketinggalan dan keadaan ini akan memberi impak yang negatif kepada

pencapaian murid seterusnya kualiti pendidikan. Kajian yang dijalankan oleh Park and Lee (2006), mendapati

majoriti responden menyatakan kebolehan untuk mengajar dengan baik adalah kriteria utama untuk menjadi

seorang guru Bahasa Inggeris yang efektif. Di negara Turkey, Çelik, Arıkan & Caner (2013) merumuskan dapatan

kajian terhadap kriteria untuk menjadi guru berkualiti dalam Bahasa Inggeris iaitu, guru perlu mempunyai

pengetahuan pedagogi dan kandungan, sikap peribadi yang baik, kemahiran profesional dan kelakuan dalam bilik

darjah.

Guru keluaran daripada maktab atau institut pengajian tinggi selalunya mengetahui kemahiran untuk

mengendalikan bilik darjah, strategi pengajaran dalam subjek kepakaran mereka sendiri. Namun, apabila mereka

disuruh mengajar subjek yang tiada latihan yang asas atau mencukupi akan menghadapi masalah daripada mula

hingga akhir pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah (J.C.Richard, 2011). Menurut Mok Soon Sang

(2008), kemahiran guru dalam memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam

pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan adalah sangat penting. Dalam

7
Bahasa Inggeris guru-guru perlu menguasai kemahiran cara memulakan pengajaran, teknik persoalan dan cara

membuat penilaian. Seseorang guru yang mempunyai kemahiran dan mampu mengaplikasikannya semasa proses

pengajaran dan pembelajaran akan berjaya mencapai objektif pelajaran. Proses pengajaran yang bermula dengan

peringkat permulaan, perkembangan dan diakhiri dengan peneguhan dan pengukuhan akan berjaya mengekalkan

motivasi pelajar untuk terus melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini diakui oleh

Muhammad, A. Et Al., (2007) di mana, para pendidik perlu dilengkapi dengan ilmu kemahiran dan pengetahuan

supaya mampu mengharungi cabaran dunia pendidikan yang berteknologi tinggi pada zaman ini. Jika seseorang

berpelajaran tinggi namun ia tidak akan menjamin seseorang itu menjadi profesional malah kebolehan untuk

mengaplikasikannya dalam pengajaran sahaja akan bantu meningkatkan profesionalisme guru (Mohamed, 1999).

Dalam pengajaran subjek Bahasa Inggeris seseorang guru perlu mengunakan pelbagai teknik contonya

kaedah tunjuk cara, bercerita, menjalankan kajian, simulasi, sumbang saran, main peranan, menyediakan

permainan, kaedah temu bual, tinjauan dan lawatan merupakan kaedah yang boleh digunakan mengikut kesesuaian

keadaan pembelajaran. Menurut Pennington et.al (2016), pengajaran Bahasa Inggeris sebenarnya bukan sahaja

memerlukan pengetahuan yang spesifik tentang bahasa malah kemahiran spesifik untuk berkomunikasi secara

efektif dengan murid yang tidak pandai Berbahasa Inggeris juga penting.

Dalam situasi di negara Malaysia, murid-murid belajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau ketiga

selepas bahasa ibunda masing-masing (second or third language learner). Oleh itu, guru luar bidang yang mengajar

subjek tersebut perlu mempunyai kemahiran untuk berkomunikasi dengan murid. Guru-guru perlu tahu bila perlu

menggunakan Bahasa Inggeris dan bila perlu menggunakan bahasa Malaysia atau bahasa ibunda murid untuk

menerangkan perkataan yang murid tidak faham. Jika guru luar bidang tidak mahir berkomunikasi Bahasa Inggeris

maka efikasi kendiri mereka akan kurang. Ia akan menyebabkan motivasi untuk mengajar akan kurang. Keadaan

sedemikian ini boleh di pulihkan jika guru-guru tersebut berinisiatif untuk membangunkan diri sendiri dengan

menghadiri bengkel, seminar atau minta pertolongan dengan guru ketua Panitia.

Sikap

Seorang guru bukan hanya bertindak sebagai penyampai ilmu kepada murid malah berperanan mendidik

dan membimbing murid untuk menjadi model insan yang berpekerti mulia. Sikap dan personaliti guru

8
(traits/atributes) mempengaruhi kualiti pengajaran seseorang guru. Untuk menjadi guru yang efektif, guru Bahasa

Inggeris perlu memiliki sikap dan personaliti yang baik (Cropley & Cropley, 2011; Koster et al., 2005; Zampetakis,

Bouranta, & Moustakis, 2010) iaitu bermotivasi, bijak mengawal tekanan, berkeyakinan dan sentiasa berfikiran

positif.

Guru yang bersikap positif dan memberi motivasi kepada murid diakui berupaya menarik minat murid

dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Guru luar bidang yang berasa kurang bermotivasi akan gagal

menjadi seorang guru yang berkesan jika tidak mengambil apa-apa inisiatif untuk mengembangkan ilmu dalam

subjek yang diajar. Semangat dan minat untuk mengajar akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran.

Menurut Saedah Siraj dan Mohammed Sani Ibrahim (2012) tentang standard kompetensi guru Malaysia,

Nilai profesional seorang guru yang berkompeten adalah komitmen yang menjurus kepada pembangunan kendiri.

Sikap memahami tentang beban tugas yang di tanggung dan fleksibel untuk bertindak balas. Bekerjasama antara

satu sama lain supaya dapat membentuk iklim persekolahan yang sihat. Bermotivasi untuk meningkatkan tahap

profesional dengan menghadiri seminar, bengkel, forum dan sebagainya. Bersikap profesional dengan persekitaran

kerja iaitu, pentadbir, rakan sejawat, pelajar, ibu bapa.

Kajian kualitatif yang dilakukan di Vietnam oleh (Tran, 2015), mendapati murid-murid mengambil masa

yang agak lama untuk membincangkan sikap guru Bahasa Inggeris yang mereka inginkan. Antaranya ialah, guru

perlu masuk kelas tepat pada waktu, bersedia untuk mengajar dengan baik untuk setiap mata pelajaran. Motivasi

mengajar guru mempengaruhi murid untuk belajar. Selain itu, sikap guru seperti berdedikasi, menolong,

memahami kehendak murid antara sikap guru yang kompeten yang diingini oleh pelajar. Selain itu, sikap terbuka

guru seperti membalas e-mel, khidmat pesanan ringkas juga akan menjadikan guru menjadi kompeten. Sikap guru

mempengaruhi pencapaian murid. Ini diakui kajian-kajian yang dilakukan oleh (Foster, Toma, & Troske, 2013;

Ottmar, Rimm-Kaufman, Larsen, & Merritt, 2011; Provasnik & Young, 2003, Tran Le Huu Nghia, 2015).

Cadangan

Kompetensi guru merupakan satu cabang dalam mentransformasikan kurikulum pendidikan melalui PPM

2013-2025 bagi melahirkan generasi yang kreatif agar dapat bersaing dalam pasaran global. Namun begitu, guru

9
yang kurang kompeten akan memberi kesan yang mendalam kepada kualiti sistem pendidikan. Masalah kualiti

guru luar bidang Bahasa Inggeris boleh diatasi dengan memberi motivasi, pendedahan melalui kursus atau bengkel,

bimbingan daripada mentor contohnya SIC+, pentadbir sekolah PLC (profesional learning community) dan

sebagainya. Latihan yang berterusan diperlukan untuk menjadi guru yang kompeten. Hal ini membolehkan guru

untuk menerapkan teknik-teknik baru dalam menguasai pengetahuan kandungan dan pengetahuan pedagogi.

Kurangnya pengetahuan dan kemahiran akan mengakibatkan kesukaran kepada guru menjalankan pengajaran dan

pembelajaran dengan berkesan. Guru yang didedahkan dengan konsep inovasi dalam pendidikan akan membawa

perubahan besar terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Inovasi tersebut menyarankan

seseorang guru menggunakan pelbagai teknik, strategi dan kemahiran supaya memotivasikan pelajar untuk belajar.

Selain itu, pentadbir sekolah juga perlu memberikan sokongan bagi menggalakkan kesediaan guru.

Sokongan ini meliputi dengan memberikan bahan-bahan rujukan, sumber pengendalian pengajaran dan

pembelajaran. Guru-guru luar bidang juga perlu diberi kebebasan untuk menentukan pendekatan serta strategi

pengajaran yang digunakan dalam bilik darjah. Selain daripada itu, pemupukan sikap positif dalam diri guru akan

mampu berupaya meningkatkan kesediaan guru dalam pengajaran Bahasa Inggeris. Guru-guru yang mempunyai

sikap yang positif akan cuba untuk mengubah teknik, kaedah pengajaran kepada tahap yang lebih baik. Apabila

efikasi guru meningkatkan guru akan menjadi kompeten dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Guru

yang kompeten akan menghasilkan murid bermotivasi untuk belajar seterusnya meningkatkan pencapaian

akademik.

Kesimpulan

Kompetensi guru luar bidang dalam subjek Bahasa Inggeris merupakan salah satu langkah untuk

meningkatkan keupaayan guru luar bidang bagi menghadapi cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran dalam

bilik darjah. Guru-guru perlu menerima hakikat dan bersedia dari segi mental dan fizikal demi merialisasikan

aspirasi negara kita. Profesion keguruan merupakan profesion yang memerlukan pembangunan pengetahuan serta

peningkatan kemahiran yang baru seiring dengan arus globalisasi dalam dunia pendidikan. Oleh itu, adalah

10
menjadi tanggungjawab pihak pentadbir dan kementerian pendidikan Malaysia untuk membantu guru-guru luar

bidang dengan pembangunan profesionalisme perguruan untuk menjadi guru yang berkualiti.

Rujukan

Cambridge University Press. (2008). Cambridge Online Dictionary, Cambridge Dictionary Online. Retrieved
At April 23, 2008, From The Website Temoa : Open Educational Resources (Oer) Portal
At Http://Www.Temoa.Info/Node/324
Çelik, S., Arıkan, A., & Caner, M. (2013). In The Of Turkish Efl Learners: What Makes An Effective
Foreign Language Teacher? Porta Linguarum, 20, 287-297. Chen
Daud Ibrahim (2003). Mengenalpasti Masalah-Masalah Dalam Melaksanakan Standard Iso 9000. Tesis
Sarjana. Bangi : Ukm
David Mcnamara (2006). The Reform Of Teacher Education In England And Wales: Teacher Competence;
Panacea Or Rhetoric?, Journal Of Education For Teaching, 18:3, 273-
285, Doi: 10.1080/0260747920180305
Elaine Denise Sharplin (2014). Reconceptualising Out-Of-Field Teaching: Experiences Of Rural Teachers In
Western Australia, Educational Research, 56:1, 97-110, Doi: 10.1080/00131881.2013.874160
Freeman D (2016) Educating Second Language Teachers. Oxford: Oxford University Press.
Goh L.H. And Kwong, J. (2010). The Effect Of The Mbi Proficiency Course On The Perceived Proficiency And
Self-Efficacy Of Non-Option English Language Teachers: A Case Study. Paper Presented During
“Strengthening English Language Through Teacher Professional Development” Eltc-Ted Conference At
Royale Bintang Hotel, Seremban 5-7 July 2011.
Gunz, H. (1983). The Competent Manager: A Model For Effective Performance, Richard E. Boyatzis, Wiley, New
York, 1982. No. Of Pages: 308. Isbn 0–471–09031‐X. Price£ 21.75 (Us $29.50). Strategic Management
Journal, 4(4), 385-387.
Ingersoll, R.M. (2003). Out-Of-Field Teaching And The Limits Of Teacher Policy. Centre For The Study Of
Teaching And Policy And The Consortium For Policy Research In Education, University Of
Washington.
Ingersoll, R.M And Curran, Bk. (2004). Out-Of-Field Teaching: The Great Obstacle To Meeting The
“Highly Qualified’’ Teacher Challenge. Nga Centre For Best Practices. Issue Brief.
Jacks C. Richards (2011). Exploring Teacher Competence In Language Teaching. Language
Teacher, 35(4),3.
Jack E Miller (2015), A Guide For Those Teaching ‘Out Of Their Fields, The Clearing House: A Journal Of
Educational Strategies, Issues And Ideas, 43:4, 213-215
DOI:10.1080/00098655.1968.11477075

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2014). Modul Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Pbppp),
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kpm
11
Malek, S., & Liew, S. L. (2002). Model Kompetensi Dan Perkhidmatan Awam Malaysia. Jurnal Pengurusan
Awam, 1(2), 1-15.
Mok, S. S. (2008). Educational Psychology & Pedagogy: Learner And Learning Environment. Penerbitan
Multimedia.
Mohd Azizuddin, F., & Yahaya, A. (2008). Tahap Kompetensi Guru Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Sains
Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (Doctoral Dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).
Muhammad, A. Et Al., (2007). Tahap Profesionalisme Guru-Guru Pelatih Pendidikan Islam Dalam Latihan
Praktikum. Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial. Universiti Teknologi Malaysia. Vot
75215
Nessipbayeva, O. (2012). The Competencies Of The Modern Teacher. Bulgarian Comparative Education
Society.
Nghia, T. L. H. (2015). Vietnamese Students’ Perception Of English Teacher Qualities: Implications For
Teacher Professional Development. International Journal Of Academic Research In Education And
Review, 3(1), 7-19.
Nur Mustafa.(2013). Professional Competency Differences Among High School Teachers In Indonesia.
International Education Studies; 6(9).
Nunan, D. (2003). The Impact Of English As A Global Language On Educational Policies And Practices In
The Asia‐Pacific Region*. Tesol Quarterly Quarterly, 37(4), 589–613.
Https://Doi.Org/10.2307/3588214
Park, G.-P., & Lee, H.-W. (2006). The Characteristics Of Effective English Teachers As Perceived By High
School Teachers And Students In Korea. Asia Pacific Education Review, 7(2), 236-248.
Pennington, M. C., & Richards, J. C. (2016). Teacher Identity In Language Teaching: Integrating Personal,
Contextual, And Professional Factors. Relc Journal, 47(1), 5-23.
Saad, N. M., Baharuddin, J., & Ismail, S. N. (2017). Hubungan Antara Tahap Kompetensi Fungsional Guru
Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di Sekolah Menengah Di Negeri Kelantan. Proceedings Of The
Icecrs, 1(1).
Saedah Siraj& Mohammed Sani Ibrahim (2012, October). Standard Kompetensi Guru Malaysia. In Prosiding
Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA.
Spancer, L.M. And Spencer, S.M. (1993). Competence At Work. New York: John Wiley & Sons.
Sengottuvel, A., & Aktharsha, U. S. (2015). Teacher Effectiveness And Professional Competency In School
Education. Journal Impact Factor, 6(1), 181-190.
Vélez-Rendón, G. (2002). Second Language Teacher Education: A Review Of The Literature. Foreign
Language Annals, 35, 457-467.

12
13

You might also like