You are on page 1of 9

International Conference on Global Education IX

“Technological and Educational Empowerment Post COVID-19”

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)


BAHASA INGGERIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU BAHASA
INGGERIS DI DAERAH SEMPORNA ERA NORMA BAHARU

Suhaila Binti Jaabi, Mohamed Yusoff Bin Mohd Nor


Universiti Kebangsaan Malaysia
E-mail : sabrisuhaila8154@gmail.com, yusoff@ukm.edu.my

ABSTRAK

Guru dan pihak sekolah tidak akan terlepas dalam merancang, membina, mentadbir,
memeriksa, merekod dan melapor pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD) agar berjalan
dengan baik. Namun, antara cabaran yang dihadapi dalam melaksanakannya semasa pandemic
Covid-19 melanda, sistem pendidikan Malaysia akur dengan corak pembelajaran norma
baharu iaitu pembelajaran atas talian yang melibatkan semua peringkat sekolah dan pusat
pengajian tinggi sama ada dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Kajian ini bertujuan untuk
mengetahui tahap pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris dan tahap komitmen guru Bahasa
Inggeris di daerah Semporna, Sabah era norma baharu. Malah, ingin mengetahui hubungan
pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris dengan komitmen guru Bahasa Inggeris serta mengetahui
dimensi utama yang menyumbang kepada komitmen guru. Kajian ini menggunakan kaedah
kuantitatif dengan rekabentuk tinjauan yang melibatkan satu kumpulan responden iaitu guru
Bahasa Inggeris. Responden terdiri daripada 28 orang guru Bahasa Inggeris dari tiga buah
sekolah yang berlainan di daerah Semporna, Sabah melalui edaran instrument soalselidik maya
(googleform). Dapatan kajian mendapati skor min keseluruhan pada tahap pelaksanaan PBD
Bahasa Inggeris adalah sederhana (min=15.82 , sp=2.816) . Manakala, skor min keseluruhan
tahap komitmen guru Bahasa Inggeris adalah pada tahap tinggi,(min=18.07, sp=3.962).
Terdapat hubungan antara pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris dengan komitmen guru Bahasa
Inggeris sebanyak 60% r=0.603. Dapatan kajian tersebut, memberi implikasi terhadap teori,
dasar dan latihan yang berkaitan dengan komitmen guru Bahasa Inggeris dalam melaksanakan
PBD. Kesimpulannya, bagi komitmen guru Bahasa Inggeris berada pada tahap yang tinggi
hendaklah diberi latihan yang khusus dalam pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris agar penilaian
terhadap kualiti murid bersesuaian dengan tahap pencapaian yang diperolehi. Oleh itu,
dicadangkan agar kajian lanjutan melibatkan guru Bahasa Inggeris di sekolah kawasan
pedalaman diperluaskan dengan menambah lebih ramai responden dan lokasi kajian agar
maklumat menyeluruh berkaitan komitmen guru Bahasa Inggeris dalam pelaksanaan PBD
Bahasa Inggeris dapat digambarkan secara komprehensif dan menyeluruh.

Kata kunci : pentaksiran bilik darjah, komitmen guru, pendidikan bahasa inggeris, covid-19,
norma baharu

PENGENALAN

Sektor pendidikan di Malaysia perlu mengalami peralihan pemikiran yang dapat


merintiskan alaf baru dalam semua aspek pendidikan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia
dalam hub pendidikan serantau (Ambotang, 2013). Transformasi kurikulum dilakukan untuk
menambahbaikan pembelajaran dari aspek kandungan, pedagogi dan pentaksiran sejajar dengan
hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi mewujudkan murid
yang berilmu pengetahuan, mempunyai keupayaan untuk berfikir, memiliki sifat-sifat
kepimpinan, menguasai kemahiran dwibahasa, mengamalkan etika dan kerohanian serta
mempunyai identiti nasional (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) diperkenalkan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3/2011. PBS merupakan pentaksiran
holistik yang melibatkan pengukuran aspek kognitif, afektif dan psikomotor sejajar dengan FPK
yang menekankan aspek JERI.

102
International Conference on Global Education IX
“Technological and Educational Empowerment Post COVID-19”

Guru mempunyai peranan yang utama dalam mentaksir pembelajaran murid serta
memerlukan kemahiran pentaksiran dalam menjamin kualiti pentaksiran di dalam bilik darjah.
Demi menjamin kualiti pendidikan yang menjurus kepada pembangunan modal insan „minda
kelas pertama‟, sistem peperiksaan sekarang telah diperkukuh dengan memperluaskan
konsepnya kepada pentaksiran. PBD adalah sebahagian dari komponen pentaksiran berasaskan
sekolah (PBS) yang merupakan kaedah penilaian murid dalam KSSR. Dengan pemansuhan
peperiksaan dalam kalangan murid tahap satu, PBD menjadi satu alat penilaian untuk menilai
prestasi murid. Keberkesanan dan kejayaan PBD banyak bergantung kepada komitmen guru.
Pentaksiran yang berkesan berupaya memberi maklumat kepada guru, pentadbir, ibu bapa dan
murid, berkaitan dengan pengetahuan murid dan kefahaman mereka.
Pelaksanaan PBD oleh para guru membolehkan pihak sekolah dan ibu bapa mendapat
maklum balas secara kualitatif dan kuantitatif tentang diri murid (Ahmad dan Mohamod, 2016).
Matapelajaran Bahasa Inggeris di dalam KSSR adalah matapelajaran teras dan tunjang
komunikasi di bawah bahasa tambahan bersama Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Iban
(KPM, 2013). Ia diajar sebagai bahasa komunikasi menggunakan pendekatan modular dengan
matlamat akhir agar murid dapat berkomunikasi menggunakan ungkapan-ungkapan mudah
dalam kehidupan seharian mereka. Bahasa Inggeris dinilai dalam Pentaksiran Pusat yang
terletak dalam kategori Pentaksiran Sekolah (PS) yang dinilai secara Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD) merangkumi Pentaksiran untuk Pembelajaran (Black & Wiliam, 1998), Pentaksiran
sebagai Pembelajaran (Klenowski , 1995; Shepard, 2000) dan Pentaksiran tentang Pembelajaran
(Allal, 2013) di bawah Pentaksiran Sekolah (KPM, 2018). PBD dijalankan seiring konsep
pembelajaran berterusan berteraskan perkembangan murid dalam KSSR.
Komitmen guru adalah sangat penting kepada organisasi sekolah untuk mencapai
matlamat sekolah kerana tugas guru bukan sekadar mengajar dan memberi ilmu, malah
menentukan maju dan mundur sesebuah negara ( Sabaruddin Yusof, 1993). Isu komitmen guru
perlu dikaji semula kerana melalui dapatan lain yang menunjukkan bahawa komitmen guru di
Malaysia masih di tahap sederhana ( Mohd Ramzan, 2014). Penularan wabak COVID-19
melanda dunia sejak 2019 lalu, telah menjejaskan pelbagai sector khasnya dalam system
pendidikan di Malaysia. Norma baharu yang dialami dalam sistem pendidikan tersebut, menjadi
banyak kekangan para guru dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran serta kesukaran
murid mendapatkan pembelajaran yang sempurna. Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah
(PdPr) yang mula dilaksanakan pada 9 November 2020, berikutan penutupan semua sekolah
yang diputuskan kerajaan bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19, guru diminta untuk
berada di stesen masing-masing dan tidak perlu hadir ke sekolah bagi melaksanakan PdPr sama
ada melalui penyediaan bahan mahupun menggunakan secara atas talian. ( Surat Pekililing
KPM 100-1/3/1-Jd 4 ).
Oleh yang demikian, PBD menjadi satu alat penilaian untuk menilai prestasi murid.
Keberkesanan dan kejayaan PBD banyak bergantung kepada komitmen guru. Pentaksiran yang
berkesan berupaya memberi maklumat kepada guru, pentadbir, ibu bapa dan murid, berkaitan
dengan pengetahuan murid dan kefahaman mereka. Ia amat signifikan dalam mengoptimumkan
penguasaan pembelajaran murid dan dalam usaha menambahbaik kualiti pengajaran guru.
Komitmen guru yang menjadi isu kepada ketidakmenjadian murid menjadi batu loncatan
kepada guru tersebut untuk sentiasa bersedia dengan cabaran yang mendatang tidak kira masa
dan tempat bertugas khususnya dalam era norma baharu.

Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan mengetahui tahap pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris dan tahap
komitmen guru Bahasa Inggeris di daerah Semporna, Sabah era norma baharu. Selain itu, untuk
mengetahui hubungan pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris dengan komitmen guru Bahasa
Inggeris di samping ingin mengetahui juga dimensi utama yang menyumbang kepada
komitmen guru. Pelaksanaan PBD memfokuskan aktiviti berpusatkan murid dan pentaksiran
secara formatif yang menilai kebolehan murid secara berterusan. Guru tidak seharusnya
memberi penilaian berdasarkan satu set pengujuan sahaja tetapi perlu mempelbagaikan bentuk
dan kaedah instrument agar dapat mentaksir perkembangan semasa murid dengan tepat. Kajian

103
International Conference on Global Education IX
“Technological and Educational Empowerment Post COVID-19”

ini penting, untuk pengkaji melihat sendiri dengan lebih dekat tahap pelaksanaan PBD Bahasa
Inggeris di daerah Semporna, Sabah di kalangan guru-guru Bahasa Inggeris. Bahkan, turut
mencari jawapan kepada hubungan pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris ke atas komitmen guru
Bahasa Inggeris khususnya semasa pandemic berlaku.

Ulasan Litaratur
Amalan PBD ataupun classroom assessment telah lama diimplementasikan dengan
jayanya oleh negara-negara maju seperti United Kingdom,Finland, New Zealand, Canada,
England dan lain-lain lagi (Kumutha Raman & Hamida Yamat, 2014) dan kemudian menjadi
ikutan negara-negara membangun termasuklah Malaysia. Meskipun telah lama dilaksanakan
semenjak tahun 2011 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010), hanya pada tahun 2018
barulah PBD dilaksanakan secara menyeluruh (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2018) dan
berfokus dengan pemansuhan peperiksaan dwi tahunan bagi murid tahap 1 (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2018). Pemansuhan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun
memberi kesan kepada budaya pendidikan di Malaysia yang sememangnya berorientasikan
peperiksaan (Noorzeliana Idris, 2016). Hal ini kerana guru terbiasa menggunakan kaedah
pentaksiran tradisional dalam amalan pentaksiran bilik darjah (Acar-Erdol & Yildizli, 2018).
Walaupun guru-guru telah mengikuti kursus PBD tetapi mereka masih tidak yakin dalam
amalan mentaksir murid. Hal ini disebabkan mereka kurang latihan, pengetahuan, kemahiran
dalam melaksanakan PBD. Kajian secara „online’ yang dibuat oleh LP (2012), mendapati 90%
guru Tahun 1, 2, dan 3 serta 83% guru tingkatan 1, tidak jelas tentang konsep pentaksiran.
Guru-guru ini menyatakan pentaksiran dilakukan selepas pengajaran sedangkan pentaksiran
boleh dilakukan semasa proses P&P (Stiggin, S., 2005). Sehubungan itu, perkara ini berlaku
kerana tiada pemantauan yang dibuat dan guru tidak diberi tunjuk ajar yang sepatutnya. Selaras
dengan saranan Shepard (2000), bahawa untuk mengubah paradigma sesuatu sistem pendidikan,
guru sebagai pelaksana dan agen perubahan perlu didedahkan secukupnya ataupun dilatih agar
mahir untuk melaksanakan perubahan tersebut. Oleh yang demikian pelaksanaan PBD akan
melibatkan isu kepercayaan, sikap, latihan, pengetahuan dan kemahiran guru (Shepard, 2000).
Selain itu, ketidaksediaan guru dalam pelaksanaan PBD juga menimbulkan pelbagai isu seperti
isu kesahan, kebolehpercayaan, praktikaliti, pentadbiran, pemantauan dan penyetaraan,
(Yaakop, 2002).
Kajian Suzana Abd Mutalib dan Jamil Ahmad (2012) pula mendapati guru gagal
memantau pembelajaran murid atas faktor kekurangan pengetahuan, penghasilan keputusan
yang tidak adil dan kelemahan perancangan pengajaran sehingga gagal mencungkil potensi
sebenar murid dan mengakibatkan pelaporan prestasi murid yang tidak tepat. Ravikumar
Varatharaj (2015) berpendapat bahawa masih terdapat ruang penambahbaikan dalam kalangan
guru untuk melaksanakan pentaksiran. Menurut Acar-Erdol dan Yildizli (2018), bentuk
pentaksiran ini adalah untuk mendapatkan gambaran tentang perkembangan dan kemajuan
pembelajaran, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid supaya tindakan susulan yang
sesuai sama ada untuk meningkatkan atau memperbaiki pembelajaran murid dapat diambil
secara serta-merta disamping dapat memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran
guru.
Kajian berbentuk kuantitatif oleh Norazilawati Abdullah, Noraini Mohamed Noh,
Rosnidar Mansor, Abdul Talib Hashim dan Wong (2015) melibatkan 112 orang guru Sains dari
21 buah sekolah menengah di Daerah Batang Padang, Perak. Hasil kajian menunjukkan tahap
dimensi proses dalam pelaksanaan pentaksiran Sains, iaitu kaedah pdp serta amalan pentaksiran
guru untuk menilai tugasan murid berada pada tahap yang tinggi. Kajian menunjukkan item
“saya menggunakan kaedah pentaksiran yang pelbagai sama ada secara formal atau tidak formal
mengikut kesesuaian” mempunyai skor min yang tertinggi. Sebaliknya, item “saya sentiasa
memberitahu hasil pentaksiran kepada murid dan ibu bapa atau penjaga” mendapat skor min
yang terendah.
Hasil kajian kualitatif Lee dan Mohd Zahuri Khairani (2018) di SK Hilir Perak dan Bagan
Datuk yang melibatkan 2 orang pentadbir sekolah dan 11 orang guru SK di bandar dan luar
bandar melaporkan bahawa guru-guru Pendidikan Seni Visual memilih instrumen pentaksiran

104
International Conference on Global Education IX
“Technological and Educational Empowerment Post COVID-19”

yang sesuai dengan tahap penguasaan murid berdasarkan instrumen yang dibekalkan oleh KPM.
Semasa mentaksir, latar belakang murid dan aspek pemikiran murid diambil kira oleh pihak
sekolah. Guru mendapatkan informasi-informasi murid melalui interaksi dengan guru yang
pernah mengajar murid tersebut. Cara menganalisis murid yang digunakan oleh guru adalah
berbeza mengikut situasi. Apabila mengetahui kelemahan murid, guru-guru akan memberi
bimbingan kepada murid serta merta. Pelaksanaan PBD oleh para guru membolehkan pihak
sekolah dan ibu bapa mendapat maklum balas secara kualitatif dan kuantitatif tentang diri murid
(Ahmad dan Mohamod, 2016).
Oleh yang demikian, pelaksanaan PBD bukan sahaja memberi impak kepada peningkatan
intelektual, malah memberi impak kepada tingkah laku murid kerana guru merupakan suri
teladan kepada murid. Kajian ini bertepatan dengan kehendak negara untuk mewujudkan
warganegara yang berpengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan,
mempunyai kesejahteraan diri dan mampu menjaga keharmonian keluarga, masyarakat dan
negara seperti yang tercatat dalam FPK.

Metodologi Kajian
Reka bentuk kajian ini berbentuk kaedah kuantitatif dengan menggunakan rekabentuk
tinjauan. Responden kajian yang terdiri daripada 28 orang guru Bahasa Inggeris dari tiga buah
sekolah yang berlainan iaitu Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna, Sekolah Kebangsaan
Balimbang dan Sekolah Agama Bantuan Rakyat Tun Sakaran di daerah Semporna, Sabah. Bagi
menjawab persoalan kajian, borang soalselidik maya sebagai instrument kajian dikenali sebagai
googleform dan analisis data telah dijalankan. Borang selidik tersebut mengandungi 20 item
yang mengukur pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris mengikut lima dimensi iaitu sebagai 1.
Pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris, 2. Pengurusan PBD Bahasa Inggeris, 3. Pengetahuan guru,
4. Kemahiran guru dan 5. Kekangan guru. Kajian turut menggunakan Skala Nisbah (Skala
Likert) yang mempunyai lima pilihan jawapan iaitu 1= Sangat Tidak Setuju, 2= Tidak Setuju,
3= Agak Setuju, 4= Setuju dan 5= Sangat Setuju.
Lokasi kajian terletak di daerah Semporna, yang terletak di pinggir pantai timur Sabah.
Pengkaji memilih lokasi kajian atas sebab berasal dari daerah tersebut dan telah menetap selama
37 tahun bahkan berkhidmat sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Balimbang sejak 2012
sehingga kini. Populasi yang dipilih oleh pengkaji terdiri daripada guru aliran Bahasa Inggeris
sekolah rendah sahaja. Manakala, sample kajian seramai 28 orang responden guru Bahasa
Inggeris dari tiga buah sekolah rendah yang berlainan di daerah yang sama. Pengkaji
mengumpul data dengan menggunakan instrumen kajian iaitu soal selidik secara talian. Setelah
semua data diperolehi, analisis soal selidik dibuat dengan menggunakan Statistical Package for
Social Science (SPSS) Versi 23. Untuk menentukan tahap pelaksanaan PBD guru, statistik
deskriptif seperti kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai dari data dikumpul dan diuji.
Tujuan pengkaji memilih analisis deskriptif untuk memproses data yang didapati adalah untuk
memberikan gambaran tentang min, sisihan piawai dan tahap (Alejandra M. Muñoz, Sarah
Kemp, Tracey Hollowood dan Joanne Hort, 2018).

Nilai Min Interpretasi


1.01 – 2.00 Rendah
2.01 – 3.00 Sederhana Rendah
3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi
4.01 – 5.00 Tinggi
Jadual 1 : Interpretasi Skor Min
Sumber : Nunally (1978) & Daniel (1972)

105
International Conference on Global Education IX
“Technological and Educational Empowerment Post COVID-19”

Nilai Pekali Kekuatan korelasi


Korelasi (r)
0.01 – 0.09 Boleh diabaikan
0.10 – 0.29 Rendah
0.30 – 0.49 Sederhana
0.50 – 0.69 Kukuh
0.70 – 0.99 Sangat Tinggi
1 Sempurna
Jadual 2 : Nilai Pekali Korelasi
Sumber : Davies (1970)

Jadual 1 menunjukkan interpretasi skor min mengikut statistik inferensi digunakan untuk
menjawab soalan kajian kedua dan ketiga. Salah satu syarat asas untuk statistik inferensi adalah
bahawa data yang dikumpulkan dari sampel harus diedarkan secara normal (Chua, 2013).
Manakala, jadual 2 menunjukkan nilai pekali kolerasi melalui ujian normaliti diukur sebelum
ujian t tidak bersandar dan Ujian Korelasi Pearson dijalankan bagi memastikan data untuk
pembolehubah pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris dan komitmen guru bertaburan normal. Bagi
mengetahui perbezaan antara tahap pelaksanaan PBD dan komitmen guru BI di daerah
Semporna, Sabah, ujian t tidak bersandar, kekerapan, min dan sisihan piawai digunakan.
Sebelum itu, Ujian Levene (Ujian F) dilakukan untuk melihat kesamaan varian bagi setiap
kategori pembolehubah bersandar yang dikaji. Ujian Korelasi Pearson pula digunakan untuk
mengenal pasti hubungan pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris dan komitmen guru di daerah
Semporna, Sabah. Ujian Korelasi Pearson adalah ukuran kekuatan dan arah perkaitan yang
wujud antara dua pembolehubah selanjar, iaitu sela dan nisbah (Ghazal Darusalam dan Sufean
Hussin, 2018).
Hasil kajian menunjukkan bahawa purata bagi tahap komitmen guru Bahasa Inggeris
adalah tinggi. Jelaslah, guru-guru Bahasa Inggeris mempunyai pandangan yang optimis tentang
pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris kendiri kerana guru-guru menilai mereka sendiri dalam
peringkat pelaksanaan PBD. Kajian ini bertepatan dengan pendekatan Teori Konstruktivisme
Lima Fasa Needham 1987 di mana pelajar digalakkan membina konsep sendiri dengan
menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan pengetahuan yang sedia ada pada mereka.

Dapatan Kajian
Demografi Responden
Seramai 28 orang responden daripada tiga buah sekolah berlainan dalam daerah yang
sama.10 orang guru berkenaan dari Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna, 8 orang Sekolah
Kebangsaan Balimbang dan 10 orang lagi dari Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Tun Sakaran
yang terdiri daripada guru Bahasa Inggeris telah dipilih dan melibatkan diri secara sukarela bagi
menyempurnakan kajian ini. Jumlah lelaki seramai 7 orang (25%) manakala 21 orang responden
perempuan (75%). Diwakili tahun berkhidmat responden kurang dari 10 tahun seramai 6 orang
(22%), diikuti responden berkhidmat 11 hingga 20 tahun seramai 5 orang (19%) dan 10.0% bagi
responden berkhidmat dari 21 hingga 40 tahun dengan jumlah 3 orang sahaja. Pengkaji turut
mengambil data umur responden yang bermula daripa kurang 30 tahun sderamai 3 orang sahaja
dengan peratusan sebanyak 10.0%. Bagi responden yang berumur 31 hingga 40 tahun terdiri
daripada 5 orang (19%), kemudian responden berumur 41 hingga 50 tahun seramai 3 orang
(10.0%) dan 3orang responden yang berumur lebih 50 tahun dengan peratusan 10.0%.
Seterusnya, maklumat diperoleh akan dianalisis secara induktif oleh pengkaji untuk
menjawab kesemua persoalan kajian berdasarkan pernyataan masalah yang timbul.

Persoalan Kajian 1 : Apakah Tahap Pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris di daerah


Semporna, Sabah?
Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama, didapati responden setuju menunjukkan
nilai yang paling tinggi dengan min 15.82 dan sisihan piawai 2.816 mengikut responden terlibat
seramai 28 orang. Jadual 3 menggambarkan bahawa pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris dapat

106
International Conference on Global Education IX
“Technological and Educational Empowerment Post COVID-19”

meningkatkan pencapaian murid di samping memberi penekanan kepada bentuk pentaksiran


yang dijalankan. Manakala, jadual 4 menunjukkan item soalan soalselidik yang menyentuh
mengenai pentaksiran tersebut turut dapat mengukur kemahiran murid berbanding pentaksiran
dalam pengusaan kandungan mata pelajaran sahaja. Kesemua kriteria pentaksiran yang terdapat
dalam PBD Bahasa Inggeris berdasarkan arahan dalam buku Panduan Pelaksanaan PBD yang
disediakan oleh KPM. Oleh yang demikian pelaksanaan PBD bagi semua mata pelajaran
bertujuan meningkatkan kepuasan, kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap sekolah
khasnya ibubapa mahupun penjaga.

Dimensi N=28 Min Sisihan Piawai


Pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris 28 15.82 2.816
Pengetahuan Guru Bahasa Inggeris 28 22.96 4.409
terhadap PBD Bahasa Inggeris
Jadual 3 : Tahap Pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris dan Pegetahuan Guru Bahasa Inggeris di
Daerah Semporna, Sabah

BIL ITEM SOALAN


1 Pelaksanaan PBD BI dapat membantu meningkatkan pencapaian murid
2 PBD BI memberi penekanan kepada bentuk pentaksiran yang mengukur penguasaan
kemahiran berbanding penguasaan kandungan mata pelajaran
3 Kriteria PBD BI berdasarkan arahan dalam buku Panduan Pelaksanaan PBD yang
disediakan oleh KPM
4 Pelaksanaan PBD meningkatkan kepuasan, kepercayaan dan keyakinan orang ramai
terhadap sekolah
Jadual 4 : Item Soalan Pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris dan Pegetahuan Guru Bahasa
Inggeris di Daerah Semporna, Sabah

Persoalan Kajian 2 : Apakah Tahap Komitmen Guru Bahasa Inggeris di daerah


Semporna, Sabah?
Berdasarkan jadual 5, persoalan kajian kedua dapat dijawab dengan mengutip data yang
telah diproses dalam SPSS dengan melihat keputusan analisis deskriptif tahap komitmen guru
pada nilai min, sisihan piawai dan interpretasi. Secara keseluruhan, tahap komitmen guru berada
pada tahap tinggi (min = 18.07, s.p = 3.962) bagi kekangan guru. Pengetahuan guru berada pada
tahap tinggi (min = 22.65, s.p = 4.409) dan kemahiraqn guru juga berada pada tahap tinggi ( min
= 22.43, s.p = 4.525). Walaupun guru-guru telah mengikuti kursus PBD tetapi mereka masih
tidak yakin dalam amalan mentaksir murid. Hal ini disebabkan mereka kurang latihan,
pengetahuan, kemahiran dalam melaksanakan PBD. Sehubungan itu, perkara ini berlaku kerana
tiada pemantauan yang dibuat dan guru tidak diberi tunjuk ajar yang sepatutnya. Selaras dengan
saranan Shepard (2000), bahawa untuk mengubah paradigma sesuatu sistem pendidikan, guru
sebagai pelaksana dan agen perubahan perlu didedahkan secukupnya ataupun dilatih agar mahir
untuk melaksanakan perubahan tersebut.

Pembolehubah Min Sisihan Piawai Interpretasi


Pengetahuan Guru 22.96 4.409 Tinggi
Kemahiran Guru 22.43 4.525 Tinggi
Kekangan Guru 18.07 3.962 Tinggi
Jadual 5 : Tahap Komitmen Guru Bahasa Inggeris

Persoalan Kajian 3 : Sejauhmanakah Hubungan diantara pelaksanaan PBD Bahasa


Inggeris dengan komitmen guru-guru Bahasa Inggeris di daerah Semporna, Sabah?
Ujian Kolerasi Pearson digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang ketiga
berdasarkan SPSS versi 23.0. Jadual 6 menunjukkan terdapat hubungan antara kedua-dua
pembolehubah yang amat signifikan secara positif dan kukuh berdasarkan Ujian Kolerasi

107
International Conference on Global Education IX
“Technological and Educational Empowerment Post COVID-19”

Pearson iaitu (r = 0.603, p < 0.01). Justeru itu, tahap pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris,
berbeza-beza mengikut pengalaman bertugas guru, pengetahuan sedia ada guru, kemahiran guru
melaksanakan PBD dan kekangan guru yang dihadapi semasa melaksanakan PBD terutamanya
semasa pandemic.

Pembolehubah Pelaksanaan Komitmen Guru


PBD
Pengetahuan Guru 1 0.907**
Kekangan Guru 0.603

Sig (1 ekor) .00


**Signifikan pada aras komitmen guru p < 0.01
Jadual 6 : Hubungan antara Pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris dengan Komitmen Guru
Bahasa Inggeris

Persoalan Kajian 4 : Apakah Dimensi utama dalam pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris
yang menyumbang kepada komitmen guru?
Bagi menjawab persoalan kajian yang keempat adalah dimensi kekangan guru dalam
melaksanakan PBD. Jadual 7 menunjukkan item soalan dimensi utama yang menyumbang
kepada komitmen guru Bahasa Inggeris dalam melaksanakan PBD Bahasa Inggeris di daerah
Semporna, Sabah. Kesemua kekangan tersebut menjadikan pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris
semakin membebankan para guru walhal ia sebenarnya memudahkan guru untuk menilai
kebolehan murid dengan membuat pentaksiran sekaligus dapat mewujudkan kemenjadian murid
seimbang.

BIL ITEM SOALAN


1 Saya menghadapi kesukaran melaksanakan PBD kerana masalah ketidakhadiran
murid dalam talian
2 Saya sukar menghabiskan sukatan mata pelajaran kerana tumpuan pada pentaksiran
PBD yang berulang
3 Saya sukar mempelbagaikan instrument pentaksiran yang bersesuaian ketika
mentaksir murid khususnya semasa dalam talian
4 Saya menghadapi masalah dalam menentukan band dan tahap penguasaan murid
yang berubah-rubah penguasaanya ekoran hasil murid yang diragui semasa dalam
talian
5 Saya menghadapi kesukaran untuk melaksanakan PBD kerana waktu pengajaran
adalah terhad
Jadual 7 : Item Soalan Kekangan Guru Bahasa Inggeris melaksanakan PBD Bahasa Inggeris di
Daerah Semporna, Sabah

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Pelaksanaan PBD merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang pekembangan, kemajuan, kebolehan dan
pencapaian murid di samping memberi maklumbalas tentang pengajaran guru. Semua guru mata
pelajaran bersedia untuk melaksanakan PBD selaras dengan hasrat kementerian untuk
menghasilkan kemenjadian murid tidak kira di mana berada mahupun pandemic yang melanda.
Guru kena akur dengan tugasan yang diamanahkan bagi meningkatkan kepuasan, kepercayaan
dan keyakinan orang ramai tentang perubahan dasar yang dibuat kementerian.
PBD yang berkualiti dapat menentukan kemenjadian murid seperti yang dihasratkan.
Dengan pelaksanaan PBD yang berkesan, guru dapat mengumpul maklumat tentang
perkembangan, kemajuan dan penguasaan murid dalam proses pembelajaran mereka dan
seterusnya meningkat pencapaian murid secara keseluruhan. Kajian ini penting untuk membantu

108
International Conference on Global Education IX
“Technological and Educational Empowerment Post COVID-19”

guru dalam melaksanakan PBD, di samping memberi idea kepada guru untuk mempelbagaikan
kaedah pentaksiran serta kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan suasana bilik
darjah yang menyeronokkan. Walaubagaimanapun, dapatan kajian tersebut, memberi implikasi
terhadap teori, dasar dan latihan yang berkaitan dengan komitmen guru Bahasa Inggeris dalam
melaksanakan PBD.

Implikasi Teoritikal
Implikasi pada kajian ini, terhadap teori dan model konstruktivisme lima fasa Needham
adalah selari dengan pengetahuan guru dan kemahiran guru adalah kompetensi yang perlu
dikuasai oleh guru dalam pelaksanaan PBD itu sendiri. Kelima-lima fasa tersebut boleh
diamalkan di peringkat sekolah dengan hanya membuat sedikit penambahbaikkan dan
kesesuaian ketika dilaksanakan. Fasa orientasi : Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk
menimbulkan minat murid terhadap pelajaran. Contohnya, tayangan video, soal jawab dan
nyayian. Fasa Pencetusan Idea : Guru mengadakan aktiviti berbentuk perbincangan dalam
kumpulan kecil dan guru sebagai pembimbing untuk pembelajaran inkuiri.
Seterusnya, fasa Penstrukturan Semula Idea : Guru memberi tugasan berstruktur bagi
membolehkan pelajar mencabar idea rakan untuk dijana semula mengikut kefahaman masing-
masing dengan cara yang betul. Fasa Aplikasi Idea : Guru mengaplikasikan pengetahuan baru
dengan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Hal ini dapat mewujudkan pemahaman
yang baru dan menggalakkan inkuiri murid. Fasa kelima pula, fasa Refleksi : Murid
membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baru yang tercetus dan membuat
refleksi terhadap idea baru yang wujud. Murid menggunakan kaedah penulisan kendiri dengan
catatan sama ada secara berkumpulan mahupun individu. Oleh yang demikian, kelima-lima fasa
amat bersesuaian diamalkan di semua peringkat sekolah memandangkan kemenjadian murid
dalam teori ini amat jelas sekali dipraktikan bersama.

Implikasi Praktikal
Sungguhpun, sejak 2017 lagi PBD diperkenalkan di peringkat sekolah rendah hasil
dapatan didapati masih kurang memberangsangkan. Implikasi praktikal yang ketara sangat
banyak kepincangan dari aspek pelaksanaan PBD khususnya semasa era pandemic ini, sehingga
guru kurang mencapai objektif untuk menilai prestasi murid secara atas talian. Murid kurang
terlibat dalam PdPr mengekang guru melaksanakan penilaian rentetan kurang capaian internet
murid yang tidak mengizinkan mereka mendapat penilaian sempurna.

Implikasi Latihan dan Kepimpinan


Pihak berautoriti seperti Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mempunyai peranan
melaksanakan bimbingan dan pemantauan berfokus berkaitan PBD berkala ( Norita, 2019,
Haidzir, 2019). Kursus dan latihan yang khusus perlu diberikan secara berterusan agar guru
senantiasa dapat menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. Pendedahan pada kemahiran
ICT dan kelengkapan peralatan pengajaran juga perlu diberi perhatian agar pelaksanaan PBD
berjalan lancar dan berkesan kerana kita tidak dapat lari dari keperluan ICT yang semakin
mendesak mendepani masa depan revolusi industry 4.0. Pelbagai pandangan, bimbingan dan
bantuan daripada semua pihak berkepentingan amat diperlukan untuk memantapkan lagi
aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan Falsafah Negara.

Cadangan untuk Pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris


Cadangan terhadap dasar pelaksanaan PBD pula, perlu diperhalusi bersama dari aspek
pengurusan dan penilaian murid itu sendiri. Kerajaan perlu ambil prihatin terhadap rakyat yang
masih tercicir dari aspek capaian internet di kawasan-kawasan luar bandar. Penyediaan pusat-
pusat jalur lebar yang telah disediakan perlu dipantau setiap masa agar tidak ada lagi masalah
pembelajaran atas talian murid luar bandar berlaku. Begitu juga, dengan semua pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu bekerjasama memurnikan tujuan pelaksanaan
PBD agar murid yang dinilai bertepatan dengan bakat dan kebolehan yang mereka ada. Guru

109
International Conference on Global Education IX
“Technological and Educational Empowerment Post COVID-19”

khususnya, perlu memahami dan menguasai pelaksanaan PBD agar dasar yang diwujudkan ini
dapat dilestarikan bersama setaraf dengan pendidikan antarabangsa.

Cadangan Kajian Lanjutan


Cadangan agar kajian lanjutan melibatkan guru Bahasa Inggeris di sekolah kawasan
pedalaman diperluaskan dengan menambah lebih ramai responden 28 orang kepada 50orang
dan lokasi kajian 3buah sekolah kepada 5buah sekolah agar maklumat menyeluruh berkaitan
komitmen guru Bahasa Inggeris dalam pelaksanaan PBD BI dapat digambarkan secara
komprehensif dan menyeluruh.

RUJUKAN

[1] Akhbar Brahim & Siti Zaliha Reduan. (2002). Penilaian Prestasi Berasaskan Sekolah:
Pelaksanaan dan Kesediaan Guru. Kertas Kerja dibentangkan di Persidangan
Kebangsaan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah, Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang.
[2] Aniza Ahmad & Zamri Mahamod. (2015). Tahap Kemahiran Guru Bahasa Melayu
sekolah menengah dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah berdasarkan
Jantina, Opsyen dan Tempat Mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5 (1):18-
29.
[3] Arumugham, K.S. (2020). Kurikulum, Pengajaran Dan Pentaksiran Dari Perspektif
Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Asian People Journal (APJ), 3(1),151-161
[4] Bahagian Pembangunan Malaysia. (2019). Pentaksiran Bilik Darjah. Kementerian
Pendidikan Malaysia.
[5] Faizah A. Majid. (2011). School-based assessment Malaysia schools. The concerns of
English teacher. Journal Of US-China Education Review, 8(10): 1548-6613.
[6] Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Putrajaya Bahagian Pendidikan Guru.
[7] Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik
Darjah. Putrajaya Bhagian Pendidikan Guru.
[8] Varatharaj, R. (2015). Amalan Pentaksiran dalam PdP Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) di Sekolah Kluster. Jurnal Penyelididkan Dedikasi, 9, 1-17.
[9] Wiliam, D, & Thompson, M. (2017). Integrrating assessment with learning: What will
it take to make it work? Dlm Dwyer, C. A (ed), The future of assessment 9pp. 53-82).
Routledge.
[10] Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi & Nik Muhd Rahimi Mohd Yusoff. (2010).
Pentaksiran Bilik Darjah : Panduan Untuk Guru Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.
Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

110

You might also like