You are on page 1of 24

2

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2011), mata pelajaran Sejarah telah


diperakukan sebagai mata pelajaran yang amat penting dalam memupuk semangat
kewarganegaraan, melahirkan perasaan cinta kepada tanah air, memahami tamadun
bangsa, mengukuhkan perasaan jati diri serta berupaya memainkan peranan merangka
wawasan masa depan negara. Malahan ia juga merupakan mata pelajaran wajib lulus
untuk Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Bagi memperkenalkan dan
memperkukuhkan lagi pengetahuan mengenai sejarah negara, mata pelajaran Sejarah
telah diperkenalkan di sekolah rendah mulai 2014 untuk mendedahkan kepada para
generasi bahawa pentingnya mempelajari sejarah.

Menurut Ismail Bin Said dan Rosadah Binti Nik Ali (2013) kurikulum
Pendidikan Sejarah adalah untuk menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran
sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta
kemahiran sejarah. Tambah daripada Ismail Bin Said (2013), kurikulum sejarah
menyepadukan pengetahuan, kemahiran, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik
dalam pelaksanaannya di dalam dan luar bilik darjah. Manakala menurut Radzli
(1993), kemahiran atau teknik belajar ialah cara-cara berkesan bagi seseorang pelajar
dalam menguasai isi pembelajaran. Ia merangkumi berbagai aspek kemahiran yang
saling bergantung antara satu sama lain. Antara kemahiran belajar yang berkesan ialah
teknik menggunakan masa, teknik membaca berkesan, teknik mendengar, teknik
mengambil nota, teknik menumpukan perhatian, teknik mengingati dan teknik
membuat rujukan.
3

1.2 PENYATAAN MASALAH

Pengenalan Pelajar cemerlang akademik sering menjadi tumpuan media massa apabila
mereka mendapat keputusan yang cemerlang pada tahap UPSR, PT3, SPM mahupun
STPM. Setiap pelajar cemerlang ini mempunyai strategi pembelajaran yang berbeza
dan tersendiri kerana masing-masing mempunyai personaliti yang berlainan dan
strategi pembelajaran yang bersesuaian (Rowinah Jakiwa, 2012).

Di luar negara, kajian tentang strategi pembelajaran lebih berfokuskan kepada


Stratregi Pembelajaran Bahasa ataupun SPB telah lama dijalankan. Kebanyakan kajian
luar negara tentang bagaimana pelajar-pelajar asing yang belajar Bahasa Inggeris (BI)
sebagai bahasa kedua (ESL) atau bahasa asing (EFL). Di Malaysia, kajian tentang
SPB mula mendapat perhatian dalam kalangan pendidik dan penyelidik bahasa sekitar
pertengahan tahun 1990-an. Hanya beberapa kajian SPB sama ada dalam Bahasa
Melayu (BM) ataupun BI telah dijalankan (Zamri ahamod, Mohamed Amin Embi &
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, 2010).

Bagi Lukman Nadjamuddin (2017), dalam kajiannya beliau pula membuktikan


bahawa strategi pembelajaran group investigation bergantung pada gaya berfikir
pelajar dan memberikan pengaruh yang signifikan terhadap hasil belajar sejarah.
Namun, strategi pembelajaran yang menjadikan murid ini mendapat keputusan yang
cemerlang dalam Sejarah ini jarang dikaji terutamanya bagi murid sekolah rendah
secara kaedah temubual. Sehubungan dengan itu, penyelidik ingin mengenal pasti
gaya pembelajaran pelajar yang diamalkan oleh pelajar yang cemerlang dalam mata
pelajaran Sejarah sekolah rendah. Penyelidik juga ingin mengkaji sama ada terdapat
hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian
akademik.

1.3 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini untuk mengenal pasti strategi pembelajaran murid cemerlang mata
pelajaran Sejarah di dalam kelas dan di luar kelas di sebuah sekolah yang terpilih di
Zon Debak daerah Betong, Sarawak berdasarkan kajian kes.
4

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti strategi pembelajaran murid cemerlang Sejarah sekolah rendah di


dalam kelas.

2. Mengenal pasti strategi pembelajaran murid cemerlang Sejarah sekolah rendah di


luar kelas.

1.5 SOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi menjawab beberapa persoalan tentang persepsi guru
terhadap penggunaan dan kepentingan teknologi mudah alih di prasekolah. Oleh itu,
persoalan kajian yang akan dijawab bagi memenuhi objektif kajian adalah seperti
berikut:

1. Adakah terdapat hubungan di antara strategi pembelajaran murid di dalam kelas


dengan keputusan cemerlang murid dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah
rendah?

2. Adakah terdapat hubungan diantara strategi pembelajaran murid di luar kelas


dengan keputusan cemerlang murid dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah
rendah?

1.6 BATASAN KAJIAN

Kajian ini adalah berkenaan strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar murid
cemerlang bagi mata pelajaran Sejarah sekolah rendah. Antara batasan-batasan dalam
kajian ini adalah ia terhad kepada sebuah sekolah sahaja iaitu SK Muton, Debak.
Kajian ini juga hanya dibuat terhadap 10 orang murid Tahun 5 SK Muton. Data yang
diperolehi tidak mewakili data keseluruhan sekolah rendah di Zon Debak daerah
Betong, Sarawak.
5

Kajian ini adalah berkenaan strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar murid
cemerlang bagi mata pelajaran Sejarah sekolah rendah. Antara batasan-batasan dalam
kajian ini adalah ia terhad kepada sebuah sekolah sahaja iaitu SK Muton, Debak.
Kajian ini juga hanya dibuat terhadap 10 orang murid Tahun 5 SK Muton. Data yang
diperolehi tidak mewakili data keseluruhan sekolah rendah di Zon Debak daerah
Betong, Sarawak.

1.7 DEFINISI ISTILAH, OPERASIONAL KONSEPTUAL

1.7.1 Strategi

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-


kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta
kemudahan secara optimum. Strategi adalah merupakan satu tindakan yang direka
untuk mencapai matlamat tertentu (Denscombe, 2010). Belajar pula adalah satu
aktiviti yang perlu dirancang. Melalui sebuah perancangan maka pelajar boleh belajar
dengan sistematik dan tersusun. Ini bermakna pelajar juga merancang belajar
sistematik untuk lulus dalam peperiksaan dengan cemerlang. Untuk cemerlang,
perancangan belajar serta kemahiran di dalam kelas seperti mencatat nota, membaca
dengan berkesan, mengingat dan menghafal, menggunakan sumber bahan dan belajar
secara kolberatif dalam kumpulan (Hassan, 1997). Menurut Yahya Othman, 2003;
Mohd Nashuha Jamidin et al., 1995, enam aspek kemahiran belajar iaitu kemahiran
mengurus masa, kemahiran membaca, kemahiran mencatat nota, kemahiran membuat
rujukan, kemahiran mendengar dan kemahiran menghadapi peperiksaan yang dijangka
akan mempengaruhi keputusan akademik dan belajar seseorang.
6

1.7.2 Pembelajaran

Pernbelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku pada pelajar akibat
daripada berinteraksi dengan persekitaran (Baharuddin et.al, 2001) Selain itu, ia juga
ditakrifkan sebagai menghalusi fikiran dan memperbaiki kebolehan berfikir seseorang,
mendalarni kefaharnan seseorang mengenai isu atau meningkatkan kefahaman
mendalarn mengenai fenomena seperti mendapatkan teknik yang lebih baik atau fakta
baru. (Shahabudin Hashim et.al, 2003). Menurut Ee Ah Meng (2003), pernbelajaran
juga boleh difaharni sebagai proses yang menghasilkan perubahan tingkah laku
seseorang individu sebagai reaksi terhadap satu-satu keadaan yang dihadapi.
Manakala bagi Lee Shok Mee (1998), pembelajaran sebagai pernerolehan maklumat
dan pengetahuan, penguasaan kernahiran dan tabiat, serta pernbentukan sikap dan
kepecayaan. Oleh itu, pembelajaran dalarn kajian ini ialah kaedah atau cara seseorang
pelajar utuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan memperoleh kejayaan yang
cernerlang dalam peperiksaan. Menurut Gagne (1974) dalarn Ghafar (2003),
pernbelajaran adalah perubahan pernikiran, kebolehan dan perangai seseorang yang
bukan disebabkan oleh proses tumbesaran atau pernbesaran. Proses ini biasanya
merupakan pertarnbahan kebolehan bagi sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang
berkaitan dengan minat, sikap dan nilai seseorang.

1.7.3 Strategi Pembelajaran

Strategi pembelajaran bermaksud tabiat, ragam belajar yang menjadi petunjuk kepada
pelajar bagaimana cara belajar dan perkara yang digemari untuk dipelajari (Wan
Hanim Suraya, 2003). Strategi pembelajaran didefinisikan dengan sebuah
perancangan yang mengandungi rangkaian kegiatan yang dibentuk dalam sebuah
tindakan (rangkaian kegiatan) yang dirancang untuk mencapai tujuan pendidikan
tertentu menurut Sanjaya, (2007 : 126). Manakala Kemp (1995) menjelaskan bahawa
strategi pembelajaran adalah suatu kegiatan pembelajaran yang harus dilaksanakan
guru dan pelajar agar tujuan pembelajaran dapat dicapai secara efektif dan efisien.
Sehubungan dengan itu, Dick and Carey (1985) juga menyebutkan bahawa strategi
7

pembelajaran itu adalah suatu set masteri dan prosedur pembelajaran yang digunakan
secara bersama-sama untuk mencapai hasil pembelajaran cemerlang pelajar.

1.7.4 Pelajar

Pelajar merupakan seseorang individu yang sedang menimba ilmu pengetahuan.


Berdasarkan takrifan daripada Kamus Dewan (1994), pelajar merupakan individu
yang mengalami proses pembelajaran sarna ada secara formal atau tidak formal.
Manakala menurut panduan yang tertulis dalam Buku Panduan Akademik Program
Diploma dan Sarjana Muda KUiTTHO (200I), mentakrifkan pelajar sebagai seseorang
yang telah didaftarkan untuk mengikut pengajian di Universiti. Pelajar adalah individu
yang mengikuti sesuatu proses pengajaran dalarn jangkamasa yang lama dalam
memahami sesuatu perkara yang dipelajari dalam meningkatkan lagi sahsiah diri.

1.7.5 Pelajar Cemerlang

Pelajar cemerlang akademik sering dikaitkan dengan mereka yang berupaya mencapai
kejayaan dalam kehidupannya. Pencapaian yang cemerlang dalam akademik dapat
dilihat daripada pencapaian seseorang dalam peperiksaan sama ada di sekolah atau
pusat pengajian tinggi (Dundang, 2006). Menurut Royo & Mahmood (2011),
kecemerlangan pelajar sering dikaitkan dengan keputusan yang baik disertai dengan
usaha mereka yang bersungguh-sungguh untuk terus kekal cemerlang berdasarkan
keputusan peperiksaan yang diperolehi. Keputusan peperiksaan ini dapat menilai
pencapaian pelajar sama ada pada tahap cemerlang, baik, sederhana atau lemah.

1.7.6 Sejarah

Menurut Md. Rasul Haron dan Faridah Mohamad Saad (2008) definisi mata pelajaran
Sejarah ialah mata pelajaran yang mengkaji atau mempelajari sejarah manusia dari
segi ekonomi, budaya dan sosial. Sejarah adalah amat penting dalam pembinaan
sesebuah negara kerana dapat mengetahui peninggalan sejarah terdahulu, bangunan
sejarah dan tempat bersejarah di dunia. Mata pelajaran sejarah penting dalam
8

melahirkan generasi muda akan datang yang akan memimpin sesebuah negara dengan
mengambil kira faktor sejarah Fazhani.

1.8 KESIMPULAN

Secara ringkasnya, bab ini telah menerangkan mengenai kajian yang dijalankan oleh
penyelidik, iaitu bermula dari pengenalan, pernyataan masalah, kerangka konseptual
kajian, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian dan definisi operasional
kajian. Kesemua aspek ini merupakan fokus pengkaji dalam menjalankan kajian
mengenai persepsi guru terhadap teknologi mudah alih di prasekolah.
9

BAB II

ULASAN KEPUSTAKAAN

2.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan tentang teknologi mudah alih dalam pendidikan khususnya
peringkat prasekolah berdasarkan kajian lepas serta laporan rasmi daripada sumber
yang sahih tidak kira dari dalam mahupun dari luar negara. Begitu juga, bab ini akan
mengulas dari aspek faktor guru, iaitu perkaitan umur serta pengalaman mengajar
terhadap persepsi mereka mengenai penggunaan serta kepentingan teknologi mudah
alih di peringkat prasekolah.

2.2 TINJAUAN LITERATUR

Kajian tentang strategi pembelajaran di kalangan murid yang mempelajari dan berjaya
memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan mata pelajaran Sejarah di
peringkat sekolah rendah di Malaysia masih kurang dijalankan. Kebanyakan kajian
yang telah dijalankan adalah berkaitan dengan strategi pembelajaran bahasa, iaitu
bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab (Zamri 2007). Sebaliknya, kajian
dalam mata pelajaran Sejarah hanya secara umum dan menjurus kepada kaedah yang
digunakan oleh guru dalam mengajar mata pelajaran Sejarah. Kajian mengenai
keberkesanan pengajaran mendapati bahawa wujudnya perkaitan antara kualiti
pengajaran guru dengan pembelajaran murid (Muhammad Faizal et al., 2014).
Sesebuah pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih efektif jika guru mengenal
pasti gaya pembelajaran murid (Azizi et. al, 2011).

Hasil kajian Awang, Ahmad & Abdul Rahman (2014), menyatakan bahawa
para pelajar mempunyai sikap positif terhadap kepentingan peta minda dalam
pembelajaran Sejarah. Majoriti responden mengakui peta minda mempunyai banyak
manfaat termasuklah mengingati fakta Sejarah. Namun tidak semua pelajar
menggunakannya dalam mengulangkaji pelajaran. Selain itu sebanyak 80% pelajar
10

menyatakan bahawa penggunaan peta minda oleh guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran meningkatkan kefahaman pelajar terhadap peristiwa Sejarah. Peta
minda yang berkesan hendaklah bersifat individu dan dibina dengan penuh kreativiti.
Bahkan 60% responden menyatakan bahawa penggunaan peta minda adalah antara
pendekatan pengajaran Sejarah yang terbaik (Lezah @ Lejah Binti Kiamsin & Rosy
Binti Talin, 2018)

Tan dan Carol (2013) menyatakan bahawa kemahiran guru dalam


menggunakan aplikasi teknologi seperti video YouTube sebagai alat bantu mengajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah berjaya menarik minat dan
meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar kerana isi pengajaran disampaikan
secara telus. Guru-guru Sejarah seharusnya lebih kompeten dalam mempelbagaikan
dan menyesuaikan diri mereka dengan perkembangan ICT dalam dunia pendidikan
dengan mengaplikasikan sepenuhnya kemahiran teknologi maklumat yang mereka
miliki mengikut kesesuaian isi kandungan atau tajuk bagi menghasilkan proses
pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang lebih efektif. Kenyataan ini sesuai dan
seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin meningkat serta hasilnya diharap
dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran Sejarah.
Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan kajian oleh Mohd Mahzan Awang, Abdul
Razaq Ahmad, & Nur Syazwani Abdul Talib (2016), bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara kekerapan penggunaan sumber, kepelbagaian penggunaan sumber,
dan penggunaan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran dengan minat pelajar
terhadap mata pelajaran Sejarah. Penggunaan TMK di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap
pelajaran (Joseph Anjuman dan Wan Rozali Bin Wan Hussin, 2013:61)

Hasil daripada kajian (Rully Putri Nirmala Puji & Abdul Razaq Ahmad, 2015)
yang telah meninjau gaya pembelajaran guru pelatih dalam bidang kursus sejarah
dalam menerapkan kemahiran pemikiran sejarah dalam mengkaji gaya belajar
berdasarkan Model Myers Briggs Types Indicators menunjukkan bahawa gaya belajar
yang dominan ialah pada gaya belajar aspek Judging.
11

Azalina Abdul Wahap (2013), dalam kajiannya melalui model CIPP yang dijalankan
hasil kajian mendapati guru kurang menggunakan dan mempelbagaikan kaedah
pengajaran di dalam kelas. Namun semasa proses pengajaran dan pembelajaran
menggunakan ilustrasi komik, hasil dapatan pemerhatian tersebut menunjukkan
respondan lebih gemar melakukan pembelajaran secara berkumpulan dan seronok
untuk menghasilkan idea ilustrasi komik. Majoriti responden berpendapat bahawa
kaedah ini memudahkan pelajar untuk memahami subjek Sejarah dengan lebih baik.

Dengan berdasarkan model pembelajaran Felder dan Silverman (1988) yang


telah mengkategorikan gaya pembelajaran kepada empat dimensi utama, hasil
daripada 865 orang murid Tingkatan Dua daripada 30 buah sekolah menengah harian
di sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia yang dipilih melalui teknik
persampelan rawak mudah ini menunjukkan kajian M. Kaviza (2019) selari dengan
dapatan kajian Bickford dan Bickford, (2015) yang mendapati murid-murid yang
bersikap aktif dalam proses pembelajaran sejarah dengan meningkatkan naluri ingin
tahu dan berupaya untuk menyelesaikan soalan-soalan sejarah yang diberikan dapat
meningkatkan penguasaan kemahiran pemikiran sejarah mereka dengan lebih baik.
Menurutnya juga, pihak PPK, (2016) telah menetapkan lima kemahiran-kemahiran
yang perlu dikuasai oleh murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran
sejarah iaitu (1) kemahiran memahami kronologi merujuk kepada urutan waktu
sejarah, (2) kemahiran meneroka bukti merujuk kepada sumber-sumber sejarah, (3)
kemahiran membuat interpretasi merujuk kepada tafsiran sejarah, (4) kemahiran
membuat imaginasi merujuk kepada visualisasi peristiwa sejarah dan (5) kemahiran
membuat rasionalisasi merujuk kepada penyelesaian masalah.

Gaya pembelajaran merupakan kepelbagaian kaedah yang mampu untuk


meningkatkan prestasi akademik pelajar dan menjadi pemangkin kepada perubahan
sikap dan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah. Kajian- kajian lepas sama ada
pada peringkat sekolah menengah mahupun peringkat tinggi, keupayaan guru
merupakan elemen penting dalam memperolehi kecemerlangan pelajar dalam mata
pelajaran Sejarah. Setiap individu mengamalkan gaya pembelajaran yang berbeza dan
12

tersendiri. Terdapat pelajar yang lebih berminat dan cenderung kepada kaedah
pembelajaran kendiri sedangkan sekumpulan yang lain lebih cenderung kepada
kaedah aktiviti dalam kumpulan. Selain itu, terdapat juga pelajar yang memerlukan
panduan yang jelas sebelum memulakan sesuatu projek dan terdapat juga pelajar yang
sedia menerima sesuatu secara terbuka semasa memperolehi pengetahuan daripada
pelbagai sumber.

2.3 GAYA PEMBELAJARAN

Gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar
dalam meperolehi pengetahuan (Dr Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012). Pelbagai teori
model gaya pembelajaran yang digunakan oleh setiap individu berbeza mengikut
kesesuaian, tahap penerimaan maklumat dan minat seseorang. Amalan gaya
pembelajaran yang tertentu, dapat meramal kejayaan kemahiran hidup pelajar (Azlina
et al, 2010), memberi persepsi positif untuk pencapaian akademik yang lebih efektif
(Abdul Raof et al, 2011; Azizi et al, 2011), membantu pelajar untuk menentukan,
menyusun strategi dan menetapkan matlamat pencapaian yang lebih tinggi
(Kamaruddin et al, 2011). Di samping itu, kepelbagaian gaya pembelajaran, tahap
kemahiran belajar, tret kemahiran berfikir, model pembelajaran yang tertentu dapat
memberi kesan yang berbeza terhadap tabiat pembelajaran pelajar (Azizi et al, 2002;
2006; Fernando, 2007) malahan dapat menentukan gaya pembelajaran yang
bersesuaian pada peringkat awal bagi memperolehi manfaat ke arah kecemerlangan
diri pelajar.

Gaya pembelajaran juga merupakan cara seseorang individu bertindak balas


terhadap dunia sekitarnya dan menggunakan gaya pembelajarannya untuk berinteraksi
dengan persekitarannya. Selain itu, terdapat beberapa pendapat lain mengenai konsep
gaya pembelajaran. Menurut Dunn & Dunn (1981) dalam buku Learning Style
Inventory Development and Research, sesetengah individu dapat belajar dengan amat
berkesan dalam keadaan yang sejuk, senyap dan teratur. Ada pula yang hanya boleh
belajar dengan adanya muzik. Menurut Felder & Silverman (1988), sesetgengah
pelajar boleh menerima sesuatu maklumat dalam apa cara sekalipun sama ada
tersusun atau tidak dan mereka berupaya menyelesaikan masalah yang kompleks
13

secara pantas. Mereka juga suka menghubungkaitkan antara satu perkara dengan satu
perkara yang lain. Menurut Honey & Munford pula, pengalaman individu akan
menentukan sama ada seseorang itu gemar pengalaman yang baru, menjalankan
refleksi, mencuba idea - idea baru atau bersifat objektif. Dengan itu, jelaslah gaya
pembelajaran berkaitan dengan pengalaman seseorang.

2.4 MODEL DUNN & DUNN (1978)

Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) menyatakan bahawa gaya
pembelajaran merupakan kaedah seseorang menumpu, memproses, menyerap dan
mengingat maklumat atau kemahiran yang baru dan sukar. Selain itu model ini
menekankan yang setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tertentu. Gaya
pembelajaran individu juga bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran. Faktor-faktor tersebut dapat disesuaikan dengan gaya
pembelajaran seseorang seterusnya akan dapat mengoptimumkan proses
pembelajaran. Dunn dan Dunn (1978) mengkategorikan gaya pembelajaran kepada
lima bahagian iaitu persekitaran, emosional, sosiologikal, fizikal dan psikologikal.

a) Persekitaran

Cahaya - Cahaya yang terang membantu untuk memudahkan


pembacaan
- Cahaya yang samar menyebabkan mengantuk dan
letih
- Cahaya yang terang menyebabkan mata silau

Bunyi - Memasang radio atau muzik ketika larut malam


untuk mengatasi suasana sunyi malam bagi
memberi lebih konsentrasi dan mengatasi suasana
sunyi dan bosan
- Suka akan suasana yang sunyi untuk menumpukan
14

sepenuh perhatian

Suhu - Suhu yang panas menyebabkan emosi tergangu


- Suhu yang terlampau sejuk menyebabkan kurang
tumpuan perhatian

Rekabentuk - Memerlukan tempat khas yang ada kerusi dan meja


supaya selesa belajar
- Pelajar yang mempunyai personaliti ekstrovert suka
belajar secara informal seperti atas lantai, kusyen
serta sofa

Jadual 2.2.1 : Gaya Pembelajaran Persekitaran

b) Emosi

- Ada pelajar yang memerlukan motivasi ekstrinsik atau


desakan untuk mendapatkan ganjaran dalam bentuk:

 Markah
 Gred
 Hadiah
 Kedudukan dalam kelas

Motivasi
- Ada pelajar yang memerlukan motivasi intrinsik iaitu
dorongan dalaman dalam bentuk

 Keperluan
 Minat
 Sikap
 Emosi

Jadual 2.2.2 : Gaya Pembelajaran Emosi


15

c) Psikologikal

Analitik/ - Pelajar ini melakukan satu perkara dalam satu masa


global - Tiada tokok tambah

Impulsif - Individu gemar membuat keputusan yang cepat dan


/ sering mengikut gerak hati
reflektif

Jadual 2.2.3 : Gaya Pembelajaran Psikologikal

d) Fizikal

Makanan - Makan dan minum untuk mengelakkan mengantuk


dan - Ada yang berpendapat makan dan minum
Minuman mengurangkan daya tumpuan

Waktu - Lebih segar belajar pada waktu pagi


belajar - Ada yang gemar belajar pada waktu malam kerana
sunyi

Jadual 2.2.4 : Gaya Pembelajaran Fizikal

e) Sosiokologikal

Berpasangan - Mudah untuk berinteraksi secara dua hala

Orang - Orang dewasa digunakan untuk menyoal atau


dewasa mengemukakan soalan apabila menghadapi
masalah dalam pembelajaran

Jadual 2.2.5 : Gaya Pembelajaran Sosiokologikal


16

2.5 MODEL PEMBELAJARAN FELDER-SILVERMAN (1996)

Menurut model gaya pembelajaran Silverman (1996). Menurut model gaya


pembelajaran Silverman (1996) gaya pembelajaran boleh dibahagikan kepada empat
kategori pelajar iaitu aktif dan reflektif, konkrit dan intuitif, visual dan verbal serta
tersusun dan global.

a) Aktif dan Reflektif


Berikut adalah ciri-ciri seorang pelajar yang bersifat Aktif dan Reflektif:

Jadual 2.3.1 : Ciri-ciri seorang pelajar yang bersifat Aktif dan Reflektif

b) Konkrit dan Intuitif


Berikut adalah ciri-ciri seorang pelajar yang bersifat Konkrit dan Intuitif:

Jadual 2.3.2 : Ciri-ciri seorang pelajar yang bersifat Konkrit dan Intuitif
17

c) Visual dan Verbal


Berikut adalah ciri-ciri seorang pelajar yang bersifat Visual danVerbal:

Jadual 2.3.3 : Ciri-ciri seorang pelajar yang bersifat Visual danVerbal

d) Tersusun dan Global


Berikut adalah ciri-ciri seorang pelajar yang bersifat Tersusun dan Global:

Jadual 2.3.4 : Ciri-ciri seorang pelajar yang bersifat Visual danVerbal


18

2.6 MODEL PEMBELAJARAN HONEY & MUMFORD (1986)

Tidak Menurut Honey & Mumford (1986), istilah gaya pembelajaran digunakan untuk
menerangkan sikap dan tingkahlaku yang menentukan gaya pembelajaran individu
yang mengamalkannya. Honey & Mumford membahagikan gaya pembelajaran pelajar
kepada empat (4) domain utama iaitu aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis.

(i) Domain aktivis


Pelajar-pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini gemar mencari pengalaman baru.
Mereka berfikiran terbuka dan amat ingin mengambil tahu tentang perkara-perkara
yang baru. Mereka lebih suka terlibat dalam perbincangan sama ada secara terbuka
atau sebagainya. Pelajar jenis ini dapat bekerja dengan berdikari kerana mereka tidak
perlu dorongan daripada orang lain. Kesimpulannya, pelajar jenis ini merupakan
seorang yang peramah dan suka bersosial tetapi aktiviti yang dilakukan sering
tertumpu pada persekitaran diri sendiri.

(ii) Domain reflektif


Golongan pelajar ini belajar melalui pemerhatian dan berfikir terhadap apa yang telah
berlaku. Mereka suka mengumpul dan menganalisis data serta berfikir dengan cermat
sebelum membuat kesimpulan yang sesuai. Mereka berminat dalam mengulas
19

pengalaman dan suka membuat pemerhatian, memikir dan membuat refleksi kendiri
terhadap apa yang ada di persekitaran. Pelajar yang reflektif akan sentiasa mengimbas
kembali terhadap keputusan yang belum diambil ataupun telah diambil. Sikap mereka
tidak terburu-buru untuk membuat keputusan dan mereka suka mencari hakikat yang
sebenar. Selain itu, mereka akan mengumpulkan maklumat yang banyak berkaitan
dengan pembelajaran dan membuat analisis pengalaman tersebut. Biasanya, mereka
akan kerja dengan sistematik iaitu langkah demi langkah supaya mengelakkan
membuat kesilapan. Persepsi dan pengamatan mereka agak tajam dan sensitif. Dengan
itu, mereka sering melibatkan diri dalam mata pelajaran Sains yang membuat
kesimpulan berdasarkan pemerhatian sendiri dan pemerhatian orang lain.

(iii) Domain teoris


Golongan pelajar ini belajar melalui model, konsep dan pernyataan. Mereka bersifat
objektif iaitu melihat sesuatu idea dari semua sudut agar sesuatu situasi dapat dilihat
dengan lebih jelas. Rumusan yang dibuat adalah berasaskan bukti, analisis data dan
logik. Pelajar jenis ini mempunyai gaya pembelajaran teoris sentiasa memiliki fikiran
yang rasional dan logikal. Mereka mudah terangsang dengan teori dan model dan
sistem pemikiran yang praktikal atau menerima unsur logik. Selain itu, mereka
merupakan golongan yang kurang kreatif dan suka membentuk hipotesis daan
mengkaji fenomena yang berlaku di persekitaran mereka. Pada keseluruhannya,
mereka akan sentiasa menggunakan teori untuk membuat kesimpulan serta lebih
mementingkan rumusan yang berdasarkan bukti, analisis , kenyataan atau idea yang
wujud.

(iv) Domain pragmatis


Golongan pelajar ini bersifat praktikal. Mereka gemar mencuba idea, teori dan teknik
untuk memastikan sama ada ia berguna dalam situasi sebenar. Mereka suka
menggunakan alat-alat konkrit bagi menyelesaikan masalah. Pelajar yang
mengamalkan gaya pembelajaran pragmatis memiliki fikiran yang rasional dan logikal
terhadap pembelajaran mereka. Mereka hanya pentingkan bukti dan hakikat yang
dapat dilihat oleh mereka sendiri. Perbandingan dengan perkara lain juga sering dibuat
supaya mereka dapat mencari jawapan yang paling tepat. Selain itu, mereka gemar
mencuba idea, teori dan teknik untuk menguji sama ada ia berguna atau tidak dalam
20

situasi yang sebenar. Kebanyakan golongan ini terdiri daripada lelaki yang banyak
menggunakan otak kanak yang mementingkan logikal.

2.9 RUMUSAN

Teknologi mudah alih merupakan satu potensi bagi memudahkan pengajaran dalam
kalangan guru. Kajian-kajian lepas menunjukkan teknologi mudah alih sebagai
pemudahcara dalam mengajar sesuatu konsep dan dalam masa yang sama
meningkatkan motivasi kedua-dua pengajar dan juga pelajar. Teknologi mudah alih
yang digunakan dengan betul akan memanfaatkan kedua-dua guru serta pelajar. Hal
ini kerana selain memudahkan proses belajar, teknologi mudah alih turut
meningkatkan motivasi kanak-kanak. Lantaran itu, guru perlu mengambil kesempatan
dan inisiatif bagi mengintegrasikan teknologi mudah alih dalam pengajaran dan
pemudahcaraan.
21

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat persepsi guru terhadap penggunaan
dan kepentingan teknologi mudah alih di prasekolah. Bab ini akan membincangkan
mengenai perancangan dan pengelolaan kajian yang merangkumi reka bentuk kajian,
lokasi kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis, tatacara
pengumpulan dan tatacara penganalisis data. Pemilihan instrumen dan perlaksanaan
perancangan yang telah dilakukan dapat menjawab objektif dan persoalan yang telah
dibincangkan dalam bab satu.

3.2 KERANGKA KONSEPTUAL

Strategi Pembelajaran Mata


Pencapaian Cemerlang
Pelajaran Sejarah

Rajah 3.1 Kerangka Konseptual

Satu kerangka teori kajian telah dibentuk disesuaikan daripada model Bryant (1974)
serta dapatan-dapatan kajian yang diperolehi (seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.0).
Dalam kerangka teori kajian, gaya pembelajaran akan mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar.
22

3.3 REKABENTUK KAJIAN

Rekabentuk kajian adalah kaedah bagi membolehkan maklumat diperolehi untuk


menjawab masalah kajian yang dibina. Rekabentuk kajian adalah sebagai keseluruhan
rangka kerja penyelidikan bagi menjawab dan mencapai objektif kajian. Kajian ini
dijalankan secara kualitatif terhadap kajian kes di sebuah sekolah di Zon Debak
daerah Betong, Sarawak. Pengkaji juga menggunakan pendekatan kajian kes kerana
pengkaji ingin melihat kes bagaimana strategi pembelajaran pelajar (yang hanya
berada di sekolah itu sahaja) memberikan keputusan yang cemerlang bagi mata
pelajaran Sejarah. Kajian ini juga bukanlah satu kajian yang menyeluruh, yang hanya
berfokuskan kepada satu sekolah sahaja di daerah Betong. Menurut Chandra dan
Sharma (2004) menyatakan kajian kes adalah kaedah untuk meneroka dan
menganalisis kehidupan unit sosial-sama ada orang perseorangan,keluarga,
institusi,budaya juga seluruh masyarakat. Kajian kes mempunyai beberapa kelebihan,
termasuklah fleksibeliti dari sudut menetapkan kepelbagaian pandangan manusia
(Parker, 2011).

3.3 LOKASI DAN RESPONDEN KAJIAN

Kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah di daerah Betong. Bilangan murid
sekolah tersebut adalah seramai 100 orang dan merupakan sekolah gred B dengan
bilangan guru seramai 13 orang. Bilangan kelas tahun lima ialah hanya sebuah dengan
bilangan murid seramai 16 orang. Pemilihan lokasi ini adalah berdasarkan alasan yang
praktikal munasabah yang difikirkan oleh penyelidik bagi memudahkan dan
melancarkan urusan kajian ini. Pemilihan responden iaitu 10 daripada 16 orang murid
Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Muton adalah berdasarkan keputusan Peperiksaan
Akhir Tahun Tahun Empat 2018 untuk mata pelajaran Sejarah. 10 orang responden ini
mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran Sejarah tahun 2018. Pemilihan
peserta dalam kajian kualitatif (kajian kes) tidak berasaskan kepada jumlah ataupun
kuantiti sampel seperti dalam kajian kuantitatif. Apa yang paling penting ialah subjek
yang dipilih dapat memberikan maklumat secara maksimum dan peserta kajian
23

tersebut memberikan maklumat yang hampir sama (sampai pada peringkat ketepuan
data; Azalina 2013).

3.4 PROSEDUR KAJIAN

Populasi Penyelidik sendiri akan memilih responden untuk kajian ini berdasarkan
markah mata pelajaran Sejarah Peperiksaan Akhir Tahun 2018. Prosedur dalam
menjalankan kajian ini ialah:

i. Menemubual guru mata pelajaran Sejarah untuk mendapatkan maklumat calon


responden yang mendapat keputusan cemerlang untuk PAT 2018.

ii. Mengambil masa yang sesuai untuk berjumpa dengan responden kajian.

iii. Menerangkan cara temubual yang akan dikendalikan dan halatuju kajian ini.

iv. Responden diberikan masa yang cukup ditemubual dimana temubual akan
dirakam.

v. Mengutip dokumen yang berkaitan seperti buku nota dan lembaran kerja untuk
dianalisa.

3.3.1 Memilih Kes Di Kalangan Pelajar Cemerlang

Oleh kerana kajian ini melibatkan kajian kualitatif melibatkan murid Tahun Lima
yang mendapat keputusan cemerlang mata pelajaran Sejarah di sebuah sekolah di
Betong, maka kaedah persampelan bertujuan dipilih kerana dipercayai dapat mewakili
objektif sesuatu penyelidikan berkaitan fenomena yang ingin dikaji. Kajian ini
dijalankan untuk mempelajari strategi pembelajaran yang digunakan oleh 10 murid
tersebut dalam belajar mata pelajaran Sejarah yang banyak melibatkan fakta.

3.3.2 Temubual Sebagai Instrumen Kajian

Terdapat beberapa jenis instrumen digunakan untuk mengumpulkan maklumat


penyelidikan ini. Salah satu daripadanya mempunyai kaitan dengan kaedah kualitatif
iaitu dengan menggunakan teknik temubual. Kaedah temubual yang dijalankan
24

terhadap 10 orang murid cemerlang ini akan dianalisa untuk melihat pola dalam
strategi pembelajaran mereka. Patton (1980) dalam kajian Normala, Mohd Sharif dan
Roslee (2005) menyatakan bahawa terdapat tiga jenis teknik temubual iaitu temubual
formal, temubual tidak formal dan temubual terbuka. Fontana dan Fey (1994) dan
Merriem (1998) juga menyatakan terdapat tiga jenis temubual iaitu temubual
berstruktur, temubual separa berstruktur dan temubual tidak berstruktur.

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan temubual berstruktur. Ini adalah kerana
menurut Merriem (1998) dengan menggunakan temubaul bersrtuktur yang bertujuan
untuk mengumpulkan maklumat yang tepat manakala temubual separa bersturktur
bersifat fleksibel. Temubual dalam kajian ini juga melibatkan temubual dengan murid
terpilih dan juga temubual bersama guru mata pelajaran Sejarah yang mengajar kelas
tersebut pada tahun 2018.

3.3.3 Kajian Dokumen Sebagai Instrumen Kajian

Selain daripada temubual, penyelidik turut menjalankan kajian dokumen ataupun


dokumen review ke atas 10 orang responden ini iaitu pemerhatian terhadap hasil kerja
murid terutamanya dari segi penghasilan nota-nota Sejarah sepanjang Tahun 2018.
Pemerhatian ke atas hasil kerja mereka adalah amat penting untuk menilai strategi
pembelajaran yang digunakan oleh responden dalam memahami mata pelajaran
Sejarah. Menurut McMillan dan Schumacher (2008) dokumen individu menerangkan
tentang tindakannya, pengalaman dan pemikiran individu tersebut. Pengkaji juga
boleh meminta dokumen ataupun catatan anekdot contohnya buku log,jurnal,nota
dalam rancangan mengajar atau rekod perkembangan anak-anak. Dokumen juga boleh
ditinjau dan diperhatikan semasa temubual ataupun penglibatan informen.
25

RUJUKAN

Abdul Aziz, N. A. 2013. Children’s interaction with tablet applications: gestures and
interface design. International Journal of Computer and Information
Technology, 2(3), 447–450

Abdul Halim bin Masnan. 2014. Amalan pedagogi guru permulaan. Tesis PhD.
Universiti Sains Malaysia.

Abedalaziz, N., Shahrir Jamaluddin & Chin, H.L. 2013. Measuring attitudes toward

You might also like