You are on page 1of 13

GAYA PEMBELAJARAN DAN PERSEKITARAN YANG MEMPENGARUHI MURID

SUKAR BELAJAR DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DAN


j-QAF: SATU KAJIAN RINTIS

Mohd Razimi Bin Husin 1


Abd. Aziz Bin Shukor, PhD 2
Ahmad Jazimin Bin Jusoh, PhD 2
1
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
2
Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan menilai gaya pembelajaran murid sukar belajar (SB) dan
memahami persekitaran yang mempengaruhi gaya pembelajaran mereka. Kajian dijalankan
terhadap murid-murid sekolah rendah yang berumur antara 10 hingga 12 tahun. Model
Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn dijadikan panduan dalam pemerhatian kerana model
ini dikatakan paling sesuai diaplikasikan kepada murid-murid SB. Kajian ini menggunakan
kaedah kajian kes di mana data kajian diperolehi melalui pemerhatian, temu bual dan
analisis dokumen. Seramai 5 orang peserta penyelidikan dalam kalangan murid SB di
sekolah rendah integrasi negeri Perak. Murid-murid yang dipilih adalah mempunyai ciri-
ciri kefungsian belajar yang hampir sama. Data-data yang diperolehi akan diperjelaskan
secara kualitatif. Kajian ini akan memperkembangkan lagi strategi pembelajaran dalam
kalangan murid SB serta membanntu penyelidik membina strategi atau model pembelajaran
kepada mereka. Kajian ini juga akan membantu penyelidik melaksanakan kajian berikutnya
dan menentukan dengan jelas sama ada murid dapat belajar dengan baik melalui
pembelajaran berasaskan gaya pembelajaran atau sebaliknya.

ABSTRACT

The objective of this study was to determine the learning styles of difficulties learning
students and to understand their environment that effected to their learning styles. The
participants were primary school students age 10 to 12 years old. The instruments used were
observation check list and interview check list based on the Dunn and Dunn learning-style
model to guide this study as noted that the Dunn and Dunn learning-style model the only
instruction strategy that had positively affected the achievement of students who received
remediation and special education. The study was explained through case study. The
instruments used were observation check list and interview check list. The participants of the
study had been purposely selected which comprised of 5 pupils with same category of
learning problem in Perak. The importance of the research is for the development of
knowledge itself and to build the pathway for the next research. Beside that, it will develop
strategy of learning. This study also will help researcher to do next research and find out
either there were an important factor that better when pupils taught through learning-style
approaches or otherwise.

Kata Kunci: Psikologi, Gaya Pembelajaran, Sukar Belajar, Pendidikan Khas, Pendidikan Islam
dan Kajian Kes

PENGENALAN

Latar Belakang Kajian

Pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran murid akan memberi kesan yang besar kepada
peningkatan pencapaian, sikap dan tingkah laku. Fine (2002) yang melihat secara statistik
menjelaskan bahawa pencapaian yang lebih tinggi dan sikap yang menyenangkan melalui pengajaran
Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 3, 2011 98
berasaskan gaya pembelajaran. Tingkah laku pelajar juga bertambah baik dengan melalui pengajaran
menggunakan kaedah gaya belajar. Susan Sze (2009) menyatakan bahawa murid-murid sukar belajar
(SB) selalunya mempunyai kekurangan kerana mereka tidak belajar dengan cara yang sama
sebagaimana murid-murid lain. Kajian khusus kepada murid SB bagi melihat cara belajar mereka
yang berbeza amat memberi makna kepada pendidikan negara.

Gaya Pembelajaran Menurut Dunn dan Dunn (1981) ialah cara setiap murid mula memberikan
tumpuan, memproses atau menyimpan maklumat baharu dan maklumat yang sukar. Semasa di dalam
kelas, setiap murid akan cuba memberikan tumpuan semasa guru mula mengajar dan mereka akan
cuba memproses maklumat yang disampaikan oleh guru tersebut lalu menyimpan maklumat tersebut
dalam minda sedar mereka. Apa yang membezakan seseorang murid antara satu sama lain ialah
bagaimana mereka memahami maklumat baharu tersebut dan bagaimana mereka memproses
maklumat tersebut. Hal inilah yang perlu difahami oleh bakal guru agar mereka dapat membantu
anak-anak murid mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdanP) di dalam kelas.
Menurut Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2002), ahli psikologi kognitif berpendapat pembelajaran
adalah proses mental yang aktif untuk mendapat ilmu, menyimpan, mengingat ilmu dan menggunakan
ilmu. Pandangan ahli psikologi kognitif yang lain ialah ilmu pengetahuan yang diperolehi adalah
hasil pembelajaran dan ianya melibatkan dorongan seseorang belajar (Woolfolk 1998). Model Gaya
Pembelajaran didasari oleh Model Memproses Maklumat. Memproses maklumat bermaksud aktiviti
mental manusia yang berkaitan menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkan semula untuk
digunakan (Woolfolk, 1998). Pemprosesan maklumat berlaku pada setiap individu sama ada yang
kuat dari segi mental atau yang lemah secara klinikal. Walaupun terdapat murid yang lemah IQ dan
mental secara klinikal tetapi bukan bererti mereka tidak boleh memproses maklumat.

Murid-murid SB sebahagiannya bijak seperti rakan sebaya yang lain, cuma mereka mengambil masa
yang lebih panjang untuk memproses maklumat dan memastikan jawapan yang diberi adalah betul.
Susan Sze (2009) mencadangkan kepada para pendidik supaya membentuk strategi untuk murid-
murid kurang upaya yang membolehkan mereka berinteraksi dengan orang lain. Murid-murid ini
telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang
menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap
kefungsian murid-murid dalam kebolehan-kebolehan tertentu. Murid-murid SB Tahap Tinggi
mempunyai kebolehan kognitif, menguasai bahasa lisan, boleh membaca dan mengira. Sebaliknya
murid TR tidak mampu menguasai kebanyakan kebolehan atau kemahiran di atas.

Murid-murid SB menerima Pendidikan Islam seperti biasa. Sejak tahun 2005 Kementerian Pelajaran
Malaysia telah memperkenalkan mata pelajaran j-QAF kepada murid-murid sekolah rendah termasuk
murid SB bagi mempertingkatkan penguasaan dan penghayatan murid dalam Pendidikan Islam dan j-
QAF. Walau bagaimanapun sebahagian murid SB masih di ajar menggunakan kaedah yang sama
seperti murid Pendidikan Islam dan j-QAF aliran perdana.

Pernyataan Masalah

Sebahagian murid SB tidak diserapkan dalam pendidikan inklusif atas sebab kekurangan yang masih
ada pada mereka terutamanya IQ yang lebih rendah berbanding murid normal. Namun pendekatan
guru adalah sama dengan murid aliran perdana walaupun sukatan pelajaran mereka berbeza dari segi
jumlah kandungan. Dalam melaksanakan kurikulum Pendidikan Khas, guru-guru boleh mengubahsuai
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (PdanP), masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan
bantu mengajar bagi mencapai tujuan pendidikan (Akta Pendidikan 1996, 1997). Kaedah dan teknik
PdanP perlu bersesuaian dengan murid yang belajar. Guru yang baik akan memastikan PdanP
dilaksanakan berlandaskan gaya pembelajaran murid. Walaupun sebahagian besar murid berkeperluan
khas kurang bertindak balas kepada strategi PdanP dan kurang berinteraksi dan bertindak balas
terhadap persekitaran pembelajaran, namun perlu diberi perhatian bahawa tidak semua murid
Pendidikan Khas tidak dapat berinteraksi dengan PdanP secara berkesan. Walaupun mereka telah
disahkan oleh pakar profesional sebagai mangalami kecacatan, tetapi mereka mempunyai kategori

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 3, 2011 99


mengikut tahap kefungsian mereka. Sebahagian daripada mereka boleh menerima pelajaran dengan
baik. Bezanya kajian tidak dijalankan ke atas mereka.

Di Malaysia kajian tentang gaya pembelajaran banyak dilaksanakan di institusi-institusi pengajian


tinggi. Namun begitu tidak banyak kajian tentang gaya pembelajaran murid sukar belajar tahap tinggi
(SBTT) dilaksanakan walaupun dapatan-dapatan menyatakan betapa penting gaya pembelajaran bagi
menghasilkan PdanP yang berkesan. Kajian juga tidak dijalankan secara khusus dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam dan j-QAF (Mohd Razimi Husin, 2011). Di Malaysia kajian berkaitan banyak
dilaksanakan sekitar tahun 2000 hingga 2009. Prosiding konferen banyak membicarakan tentang
gaya pembelajaran yang melibatkan bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab
seperti yang dilaksanakan Zamri Mahamod dan rakan-rakan (2009).

Seterusnya, penilaian gaya pembelajaran murid SBTT boleh dilaksanakan dengan melihat kepada
kualiti gaya pembelajaran yang ditunjukkan murid-murid tersebut. Dalam penilaian ini, kualiti dan
kuantiti masa diambil kira. Masa yang dianggap sesuai dan dianggap berkualiti sekiranya murid-
murid mengamalkan sesuatu gaya dalam masa sekurang-kurangnya 10 minit atau kurang 10 minit
tetapi berulang melakukannya sekurang-kurangnya 3 kali dalam masa satu jam. Penilaian ini diambil
kira berdasarkan pencapaian Hasil Pembelajaran sebagaimana dikehendaki oleh guru dan setelah guru
membuat refleksi tentang pencapaian murid. Sekiranya maklumat tiada pada dokumen guru, maka
penyelidik perlu menanyakan soalan temu bual untuk mendapatkan kepastian (Mohd Razimi Husin
dan rakan-rakan, 2011). Penilaian juga perlu dilaksanakan bagi menentukan sama ada persekitaran
pembelajaran yang tepat dengan gaya pembelajaran murid mempengaruhi pencapaian atau sebaliknya.

Kajian lepas mengesyorkan agar temu bual ibu bapa dilakukan untuk melihat pengaruh ibu bapa
terhadap gaya pembelajaran murid sukar belajar kategori tahap tinggi ini (Mohd Razimi Husin dan
rakan-rakan, 2011). Professor Rita Dunn (dalam Borchetta dan Dunn, 2010) mendapati gaya
pembelajaran anak pertama sama dengan ibu bapanya dan gaya pembelajaran anak kedua selalunya
menggambarkan kepada ibu bapa lain. Apakah puncanya dua gaya berbeza wujud pada dua orang
adik-beradik? Hasil kajian Borchetta dan Dunn (2010) mendapati bahawa ibu bapa sendiri telah
mengenalpasti bahawa terdapat perbezaan sosiologi dalam kalangan anak-anak mereka. Gaya
pembelajaran seseorang juga berkembang melalui perasaan seseorang yang merasakan bagaimanana
mereka boleh belajar cara terbaik. Ini adalah pengaruh daripada pelbagai warna persekitaran
pembelajaran, persepsi, intelek dan personaliti individu (Susan Sze, 2009).

Menurut Omar (2011), antara peranan dan fungsi strategik dalam pengurusan Pendidikan Islam adalah
meneroka pendekatan dan kaedah-kaedah terkini dan penyerapan dalam Pendidikan Islam. Habib
(2011) mengemukakan persoalan berkaitan proses PDP Pendidikan Islam di Malaysia yang perlu
melibatkan minat murid dan kompetensi guru dalam menghadapi murid. Abdullah (2011),
menekankan bahawa guru Pendidikan Islam perlu memikirkan strategi terbaik untuk peningkatan
Pendidikan Islam. Namun, guru pelatih dan guru-guru terlatih Pendidikan Khas tidak diberikan
pendedahan secara kritikal dengan semua perkara ini yang melibatkan gaya pembelajaran murid SB.
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Iqra’ dan Amali (2005) tidak mengambil kira gaya
pembelajaran murid SB. Oleh itu sejauh manakah masalah penerokaan strategi secara individu
khususnya berlaku di sekolah.

Kajian-kajian berdekad yang lalu sehingga sekarang kebanyakkannya memfokuskan kepada murid
sekolah rendah dan menengah aliran perdana. Semenjak aliran Pendidikan Khas diperkenalkan di
sekolah integrasi di seluruh Malaysia, tiada kajian tentang gaya pembelajaran murid terbabit
dilaksanakan. Kajian juga tidak dijalankan secara khusus dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan
j-QAF. Oleh itu, kajian ini dijangkakan satu sumber kepada kurikulum murid SB di sekolah rendah
kerana kajian luar negara mendapati bahawa gaya-gaya pembelajaran adalah berbeza mengikut
peringkat umur dan keadaan (Crum dan Platt, 2009).

Objektif Kajian
Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 3, 2011 100
Objektif Umum

Terdapat dua objektif umum dalam kajian ini iaitu pertama, untuk meneroka gaya pembelajaran yang
paling berkesan terhadap murid Sukar Belajar Tahap Tinggi (SBTT). Kedua, melihat lebih mendalam
pengaruh-pengaruh lain yang memberi kesan kepada gaya pembelajaran murid.

Objektif khusus

Kajian ini dilakukan untuk:


i) mengenal pasti gaya pembelajaran murid sukar belajar tahap tinggi (SBTT).
ii) mengenal pasti dimensi baru yang wujud dalam gaya pembelajaran murid SBTT.
iii) menilai gaya pembelajaran murid SBTT.
iv) mengkaji factor persekitaran yang mempengaruhi gaya pembelajaran murid SBTT.

Soalan Kajian
i) Apakah gaya pembelajaran murid SBTT?
ii) Adakah wujud dimensi baru dalam gaya pembelajaran murid SBTT?
iii) Bagaimana menilai gaya pembelajaran murid SBTT?
iv) Bagaimanakah persekitaran mempengaruhi gaya pembelajaran murid SBTT?

Kepentingan Kajian

Diharapkan hasil kajian ini berguna untuk meningkatkan amalan pembelajaran yang berpaksikan
kepada gaya pembelajaran murid SBTT. Pendekatan dan strategi yang digunakan dijangkakan akan
dapat meningkatkan kemampuan murid menerima maklumat secara maksima. Hasil kajian ini akan
menjadi panduan kepada ibu bapa terhadap kesan sosialisasi kepada psikologi anak-anak SB serta
memperkayakan maklumat berkaitan dimensi yang wujud dalam gaya pembelajaran murid SBTT.
Aktiviti yang dipilih dijangkakan lebih berkualiti berdasarkan kaedah atau strategi yang selari dengan
cara murid SBTT belajar. Di samping itu adalah diharapkan hasil kajian ini dapat dimanfaatkan oleh
bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Jabatan Pendidikan Khas, Bahagian
Latihan Perguruan, Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Bahagian Perkembangan Kurikulum dan
dapat menjadi sumber rujukan kepada pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah di Institusi Pengajian
Tinggi dalam usaha mereka membina strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

TINJAUAN LITERATUR

Dunn dan Dunn (1981), mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai cara orang atau individu
menumpukan perhatian bagi memahami dan mengingati maklumat atau kemahiran baru. Mengikut
ahli psikologi mazhab kognitif, gaya pembelajaran ialah pelbagai cara individu membuat persepsi dan
memproses maklumat bagi membentuk konsep dan prinsip (Baharom Mohamad dan Iliyas Hashim,
2010). Gaya pembelajaran seseorang berkembang melalui perasaan seseorang yang merasakan
bagaimanana mereka boleh belajar cara terbaik. Ini adalah pengaruh daripada pelbagai warna
persekitaran pembelajaran, persepsi, intelek dan personaliti individu (Susan Sze, 2009). Oleh itu
setiap murid akan lebih tertumpu kepada gaya pembelajaran tertentu sahaja.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan Islam dan j-QAF, gaya pembelajaran
melibatkan faktor mempengaruhi persembahan bahan agama Islam secara sistematik kepada murid.
Umpamanya pemmbelajaran murid bergantung kepada jenis pelajar, latar belakang tempat tinggal,
umur dan latar belakang ibu bapa (Ahmad Mohd. Salleh, 2004). Jenis murid di sekolah terbahagi
kepada dua kategori mengikut keperluan pembelajaran murid. Pertama, pendidikan aliran perdana di
mana murid-murid yang tidak mengalami masalah fizikal dan mental. Kedua, aliran Pendidikan Khas
yang melibatkan murid-murid bermasalah fizikal dan mental. Menurut Chua Tee Tee dan Koh Boh
Boon (1992) Pendidikan Khas adalah satu program pendidikan yang dirancang khas untuk murid-
Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 3, 2011 101
murid istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Mereka juga
dikategorikan sebagai murid sukar belajar (SB). Bahagian Pendidikan Khas (1995), telah menekankan
strategi pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan gaya pembelajaran murid seperti memasukkan
elemen-elemen pendidikan khusus sesuai dan diperlukan oleh murid-murid serta melaksanakan
rancangan pendidikan individu.

Gaya pembelajaran mempunyai perkaitan yang rapat degan teori pembelajaraan kognitif yang
dipelopori oleh Jean Piaget. Fokus awal perbicaraan teori ini adalah kepada usaha mengembangkan
daya intelek pelajar. Piaget telah menegaskan bahawa manusia pada dasarnya mengalami
perkembangan intelek yang serupa mengikut empat peringkat; (i) iaitu peringkat deria-motor di mana
individu berinteraksi dengan persekitaran, pada ketika umur baru lahir hingga dua tahun, (ii) pra-
operasi yang berteraskan intuitif ketika berumur dua hingga tujuh tahun, (iii) operasi konkrit pada
umur tujuh hingga dua belas tahun dan (iv) operasi formal pada umur 12 tahun ke atas. Dalam
peringkat keempat, iaitu peringkat operasi formal, pelajar-pelajar didapati berkemampuan berfikir
secara teoritikal, pengabstrakan reflektif dan pemikiran berkadaran induktif atau deduktif. Ini
ditegaskan oleh Gardner (1982) iaitu sekiranya murid telah mencapai tahap pemikiran formal, mereka
akan mampu menguasai kebanyakan kemahiran berfikir. Proses untuk sampai kepada pemikiran
formal memerlukan suatu aktiviti pembelajaran yang teratur dan berterusan. Pembelajaran yang
melibatkan pelbagai aktiviti seperti perbincangan, bersoal-jawab, penyelidikan dan penerokaan
mampu mempercepatkan proses untuk mencapai tahap pemikiran formal (Flower et al., 2000). Piaget
percaya bahawa kanak-kanak membina pengetahuan sendiri. Piaget mencadangkan supaya mereka
diberi kebebasan untuk bermain, membuat uji kaji dan seterusnya mengambil bahagian dalam aktiviti
pembelajaran yang berpandu (Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad, 2011a). Menurut Piaget,
perubahan kognitif berlaku apabila hanya ketika konsep terdahulu melalui satu proses
ketidakseimbangan terhadap maklumat baru (Gruber dan Vaneche, 1977).

Piaget (1976) menyatakan bahawa otak manusia sentiasa mempunyai struktur organisasi. Sebarang
maklumat baru akan dihalusi dan ditafsirkan melalui proses yang dinamakan asimilasi. Sekiranya
maklumat baru yang diterima tidak selaras dengan skema di otak, maklumat baru ini akan diubahsuai
melalui proses akomodasi sebelum ditempatkan sebagai pengetahuan baru. Kedua-dua proses
asimilasi dan akomodasi saling bantu membantu dalam mengembangkan skema-skema. Maklumat-
maklumat baru yang terbentuk menjadi lebih baik lagi apabila aktiviti pembelajaran berjaya
mewujudkan konflik. Konflik akan menjadikan murid-murid berminat untuk mencari jawapan bagi
setiap permasalahan Dalam hal ini, Lawson (1995) telah membandingkan murid yang tidak diberikan
cabaran semasa menjalankan aktiviti adalah pasif berbanding murid yang diberikan cabaran demi
cabaran yang lebih banyak bertanya. Rosemary et al. (1994) menggambarkan perlakuan murid yang
mempunyai sifat inkuiri atau perasaan ingin tahu sebagai pembelajaran implisit.

Menurut Rosemary et al. (1994), pemahaman merangkumi proses integrasi maklumat baru dengan
maklumat lama. Maklumat baru dan lama dibandingkan bagi menentukan tahap keutamaan maklumat
itu. Keutamaan ini adalah meliputi aspek kepentingan maklumat itu dan kefahamannya. Penyelesaian
masalah meliputi proses menyelesaikan masalah bagi mencapai penyelesaian. Apabila masalah
diselesaikan, ia memberikan penunjuk atau kaedah bagi menyelesaikan masalah yang lain. Ingatan
pula meliputi proses mengulang kaji pemahaman maklumat yang baru sehingga dapat dipanggil
daripada memori tanpa sedar. Ia memudahkan proses pembelajaran berlaku kerana segala maklumat
mudah diperolehi dan menyebabkan berlakunya pembelajaran implisit.

Ausubel (1968) pula mengembangkan idea Piaget berhubung keberkesanan maklumat dengan
menyatakan bahawa murid perlu diberikan peluang untuk menjalankan aktiviti bagi memberi makna
kepada maklumat yang telah diproses sama ada melalui proses asimilasi ataupun akomodasi. Murid
perlu digalakkan memberikan contoh-contoh yang ada kaitan dengan pengalaman hidup mereka.
Dalam hal ini, Lock (1990) mencadangkan penggunaan contoh-contoh peristiwa semasa memudahkan
murid memberi makna kepada maklumat. Maklumat yang bermakna lebih mudah terhasil apabila
diperolehi melalui pengalaman-pengalaman yang terhasil apabila berinteraksi dengan persekitaran

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 3, 2011 102


(Mitchell, 1992; Nias dan Smith, 1988; McCarthey dan Ropheal, 1992). Oleh itu murid perlu bebas
berinteraksi dengan persekitaran supaya menambahkan pengalaman dan memudahkan mereka
membuat perkaitan dengan perkara-perkara yang dipelajari di dalam bilik darjah (Seligman 2000).
Terdapat murid yang sentiasa mengaitkan pengalaman mereka semasa proses pembelajaran berlaku.
Murid SBTT yang atif selalunya melontar idea berdasarkan pengalaman sendiri untuk
diperbincangkan (Mohd Razimi Husin et al., 2011). Berdasarkan model Felder Silverman dalam
dimensi aktif, individu atau murid jenis aktif suka belajar dalam kumpulan apabila setiap ahli
mengambil giliran bagi menerangkan topik-topik yang berlainan. Mereka gemar merangka soalan-
soalan yang bakal ditanya dan cuba menjawab sendiri (dalam Baharon Mohamad dan Iliyas Hashim,
2010).

Teori memproses maklumat yang dibincangkan oleh Gagne, Briggs dan Wagner (1992) menjelaskan
secara terperinci bagaimana pengetahuan yang diterima itu diproses untuk membentuk satu struktur
organisasi baru. Mengikut teori pemprosesan maklumat, bukan sahaja individu itu berbeza dalam
memproses, menyimpan serta mendapatkan semula maklumat, sebaliknya pengetahuan dan
kemahiran juga boleh disusun mengikut tingkat yang teratur bagi memudahkan seseorang individu
menguasai sesuatu kemahiran sebelum ia boleh maju ke peringkat lebih tinggi. Untuk mencapai
kefahaman yang tinggi dalam pembelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran perlulah dibentuk.
Gagne, Briggs dan Wagner (1992) mencadangkan penguasaan maklumat akan mencapai tahap
cemerlang apabila strategi P&P mengutamakan kemahiran kognitif, berbahasa, intelek, motor dan
sikap. Mengikut Gagne Briggs dan Wagner (1992) lagi pembelajaran akan melalui transformasi input
dan output. Proses pembelajaran ini memerlukan usaha merangsangkan segala sistem dalaman diri
pelajar. Beliau mencadangkan untuk mengaktifkan sistem dalaman diri pelajar, sebarang strategi
pembelajaran yang hendak dipraktikkan perlu melalui lapan fasa pemprosesan maklumat yang perlu
dilakukan iaitu; menumpu dan melakukan perhatian penjangkaan, penahanan, memilih persepsi,
pengkodan, menyimpan memori jangka panjang, gerak balas dan pengukuhan.

Dalam gaya pembelajaran, memahami dan mengingati maklumat merupakan perkara utama yang
diberi perhatian. Dunn dan Dunn (1978), merujuk gaya pembelajaran sebagai cara seseorang murid
menumpukan perhatian bagi memahami dan mengingati maklumat atau kemahiran baru. Mengikut
ahli psikologi mazhab kognitif, gaya pembelajaran mempunyai kaitan yang amat rapat dengan
pemprosesan maklumat di mana gaya pembelajaran ialah individu membuat persepsi dan memproses
maklumat bagi membentuk konsep dan prinsip melalui pelbagai cara tersendiri (Baharom Mohamad
dan Iliyas Hashim, 2010).

Kanak-kanak masalah pembelajaran mewakili satu kumpulan yang unik dalam kalangan murid-murid
yang memerlukan cabaran tersendiri kepada para pendidik. Para pendidik perlu menggali keperluan
sebenar murid-murid SBTT sebagai panduan untuk merancang aktiviti bagi memenuhi keperluan
murid-murid tersebut. Menurut Martin dan rakan-rakan (2008), memilih pengajaran yang sesuai untuk
murid-murid SB merupakan satu masalah yang konsisten kerana tiada pendekatan khusus yang boleh
dicadangkan untuk semua murid. Tiada dua kanak-kanak yang mempunyai set keperluan yang sama,
dan keperluan-keperluan murid-murid masalah pembelajaran biasanya rumit di mana sukar
memproses maklumat, komunikasi, dan membaca perkataan-perkataan. British Ministry of Education
(2000) menghebahkan dapatan kajian kes terhadap tiga murid SB yang berbeza di mana dapatan telah
menunjukkan keperluan sebenar mereka yang sebahagiannya berbeza dan unik berbanding murid-
murid lain. Oleh sebab itu Dunn (2000) di New Zealand, telah lama mencadangkan supaya hasil
utama yang amat diperlukan untuk kurikulum kanak-kanak pendidikan khas adalah meninggikan
kualiti sifat semulajadi atau kecenderungan pembelajaran (learning dispositions). Artikel ini
mencadangkan supaya pengumpulan model pembelajaran boleh digunakan secara berkesan untuk
kanak-kanak pendidikan khas.
Terdapat kajian yang mana secara statistiknya pencapaian yang lebih tinggi dan atitud yang
menyenangkan melalui pengajaran berasaskan gaya pembelajaran dengan (p < .001). Tingkah laku
pelajar juga betambah baik dengan (p < .001) melalui pengajaran menggunakan kaedah gaya belajar
(Fine, 2002). Namun perlu diberi perhatian dengan dapatan yang menyatakan bahawa murid-murid

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 3, 2011 103


SB selalunya mempunyai kekurangan kerana mereka tidak belajar dengan cara yang sama
sebagaimana murid-murid lain (Susan Sze, 2009).

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Kajian kes
bersesuaian dengan hasrat dan matlamat kajian iaitu untuk memahami dan meneroka situasi atau
keadaan dan amalan seseorang dalam konteks kehidupan sebenar. Kajian kes terhadap murid-murid
sukar belajar akan menunjukkan keperluan sebenar mereka dan guru-guru boleh merancang untuk
memenuhi keperluan tersebut (British Ministry of Education, 2000). Hasil pemerhatian, temu bual
dan data dokumen dianalisis secara kualitatif. Penemuan data menggunakan alat-alat pengukuran
iaitu senarai semak pemerhatian, soalan-soalan temu bual dan profil murid. Hasil temu bual bertujuan
mendapatkan maklumat lanjutan berhubung dengan gaya pembelajaran murid. Data-data gaya
pembelajaran Pendidikan Islam akan dianalisis dengan menggunakan jadual pemerhatian
bersistematik berpandukan model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn. Analisis gaya pembelajaran
murid ini akan menentukan gaya pembelajaran mereka dan juga gaya pembelajaran yang tidak
berasaskan model Dunn dan Dunn.

Kajian kes ini melibatkan kes murid sukar belajar yang mempunyai tahap kefungsian yang tinggi.
Murid yang dipilih adalah murid yang boleh berinteraksi dengan baik, boleh menguruskan diri dan
berfungsi dengan baik, boleh bertindak berdasarkan kesan dan akibat serta mempunyai potensi untuk
meningkatkan dan mengembangkan diri mereka. Kajian kes digunakan untuk mengumpulkan data
kualitatif bagi memantap dan memahami sesuatu situasi atau fenomena, program, proses atau
kumpulan sosial secara mendalam (Merriam, 2002; Yin, 2003). Menurut Merriam (2002) lagi, kajian
kes sesuai untuk memperoleh pemahaman secara mendalam tentang masalah-masalah kritikal
berhubung sesuatu amalan; meluaskan lagi asas pengetahuan pelbagai aspek pendidikan;
mempertingkatkan atau memperbaiki amalan atau masalah yang dihadapi dalam sesuatu situasi.
Kajian kes ini akan melihat pola gaya pembelajaran sebagai fenomena yang diselidik dan murid-
murid SBTT sebagai konteks penyelidikan.

Sampel Kajian

Peserta kajian yang dipilih untuk tujuan pengumpulan data adalah yang terdiri daripada murid-murid
cemerlang dan guru-guru dalam kelas Pendidikan Khas. Pelaksanaan pengumpulan data adalah dalam
situasi kelas yang sebenarnya. Bagi pelaksanaan kajian kes, bilangan peserta kajian yang kecil adalah
mencukupi, memandangkan tujuan utama kajian kes adalah untuk membuat kajian secara embedded
tentang gaya pembelajaran. Lagipun, dalam kajian kes, persoalan sama ada kes-kes ini dapat mewakili
sampel yang lebih besar atau tidak, tidak dianggap berkait dengan kajian ini. Ini kerana, dalam
sesebuah kajian kualitatif, tujuan kajian adalah untuk memperolehi dapatan yang boleh memberikan
gambaran holistik dan bermakna, dan bukan berminat untuk memberi penemuan umum tentang
sesuatu kajian. Selain daripada murid dan guru, kajian ini melibatkan ibu bapa murid, rakan sebaya
dan persekitaran seperti masyarakat lain di sekolah dan masyarakat sekitar yang berdamping dengan
murid tersebut.

Alat Pengukuran

Dalam kajian ini data-data diperolehi menggunakan alat-alat pengukuran seperti senarai semak
pemerhatian, soalan-soalan temu bual dan profil murid. Hasil pemerhatian, temu bual dan data
dokumen dianalisis secara kualitatif. Hasil temu bual bertujuan mendapatkan maklumat lanjutan
berhubung dengan gaya pembelajaran murid. Analisis kualitatif adalah bertujuan untuk menjawab
persoalan kajian. Data-data gaya pembelajaran Pendidikan Islam dianalisis menggunakan jadual
pemerhatian bersistematik berpandukan model gaya pembelajaran Dunn and Dunn. Analisis gaya

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 3, 2011 104


pembelajaran murid ini akan menentukan gaya pembelajaran mereka dan juga gaya pembelajaran
yang tidak berasaskan model Dunn dan Dunn.

Prosedur Pengumpulan Data

Kaedah reduksi data digunakan dalam pengumpulan data kajian ini. Pengumpulan data lapangan
dibuat melalui proses pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Data-data tersebut disusun dalam
suatu catatan lapangan sebagai langkah awal dalam analisis data (Miles dan Hubermen, 1994).
Reduksi data atau penyaringan data dengan cara data-data awal tadi disaring, dirangkum, dipilih-pilih,
diambil hal-hal yang penting, dicari tema dan polanya. Melalui proses reduksi, data mentah yang
diperolehi di lapangan disusun menjadi sistematik sehingga mudah dikendalikan. Penyajian data
dibuat berdasarkan sekumpulan informasi yang telah disusun dari penyaringan data. Data yang ada
kemudian disatukan dalam unit-unit informasi yang menjadi rumusan kategori-kategori tertentu
dengan berpegang pada prinsip holistik dan dapat ditafsirkan tanpa maklumat yang ditokok tambah.
Dari perolehan data ini penyelidik dapat membentuk kesimpulan untuk tindakan lebih lanjut.
Penulisan data ini dalam bentuk naratif. Akhirnya kesimpulan akan membentuk makna untuk
menghasilkan pola, tema, persamaan, perbandingan dan hal-hal lain. Berikut adalah urutan yang akan
digunakan oleh penyelidik dengan menggunakan jadual-jadual yang sistematik:

Pemerhatian Bersistematik

Pemerhatian bersistematik dilaksanakan bagi memastikan dapatan di lapangan diperolehi dengan


sempurna dan memenuhi kesahan kajian. Secara ringkasnya pemerhatian bersistematik menggunakan
jadual bermasa untuk mendapatkan maklumat daripada peserta kajian semasa kajian lapangan
dijalankan. Dalam kajian ini setiap pecahan mengambil masa selama 6 minit berdasarkan aktiviti
yang dijalankan guru dan tingkah laku muri-murid yang diperhatikan. Menurut Kidder (1981),
pemerhatian bersistematik dibuat dengan mengambil kira beberapa langkah seperti :
Langkah 1: Memilih tingkah laku atau gaya pembelajaran untuk di perhatikan.
Langkah 2: Memilih seting pemerhatian yang sepatutnya.
Langkah 3: Memutuskan pelaksanaan pemerhatian secara recording.
Langkah 4: Memutuskan strategi peserta atau gaya pembelajaran peserta.
Langkah 5: Melatih pembantu penyelidik sekiranya perlu untuk memastikann dapatan tepat.
Langkah 6: Membuat analisis data.

Sistem Kod untuk Gaya Pembelajaran

Sistem kod digunakan untuk mengelakkan pengulangan berlaku pada data. Terdapat dua kategori kod
iaitu kod major dan kod sub. Kod major adalah untuk maklumat umum dan luas. Manakala kod sub
adalah untuk maklumat yang membahagikan kod major kepada beberapa bahagian (Bogdan dan
Biklen 1998). Kategori yang dikodkan akan di senaraikan dengan meringkaskannya atau
menggunakan nombor. Kemudian disenaraikan mengikut abjad atau mengikut kesesuaian
penyelidikan yang akan memudahkan untuk mengingatnya kembali. Untuk kajian ini penyelidik
menggunakan kod nombor mengikut urutan stimulus dan menggunakan abjad untuk urutan unsur
pada gaya pembelajaran model Dunn dan Dunn.

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 3, 2011 105


Reduksi Kumpulan dan Individu

Reduksi kumpulan dan individu bermula dengan pengisian data Senarai Semak Pemerhatian
Bersistematik Gaya Pembelajaran Berpandukan Model Dunn and Dunn. Pengisian data ini
berdasarkan data pemerhatian dan video. Seterusnya data disatukan secara kumpulan. Kemudian
penilaian dilaksanakan menggunakan data sebelum ini dengan mengambil kira gaya pembelajaran
individu dari segi kekerapan dan kualiti masa. Untuk mendapatkan data individu, data dimasukkan
kedalam jadual Gaya Pembelajaran Individu.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan menunjukkan terdapat tujuh ciri gaya pembelajaran utama wujud pada murid-murid ini.
Berasaskan stimulus persekitaran dalam unsur pola didapati kesemua murid ini suka belajar di tempat
formal yang ada kerusi dan meja dan bukan sebaliknya kerana murid-murid tidak kelihatan berbaring
atau duduk atas lantai. Pada stimulus fisiologi dalam unsur persepsi murid-murid mula memberi
tumpuan apabila dipamirkan gambar sebuah tandas semasa permulaan pengajaran dan pembelajaran
pada 5 minit pertama. Dalam unsur yang sama juga murid kemudian didedahkan dengan bacaan doa
melalui paparan pada manila kad yang ditulis doa masuk tandas. Didapati murid-murid ini dengan
sukarela membaca doa tersebut. Mereka adalah murid sukar belajar yang boleh membaca tulisan Arab
yang berbaris. Pada stimulus psikologi unsur reflektif mereka boleh mengikuti soal jawab dengan baik
berkaitan peralatan yang sepatutnya digunakan di tandas. Mereka mampu menjawab dengan tepat.
Pada minit ke-24 dalam salah satu PdanP, murid diberi lembaran kerja untuk dilengkapkan. Arahan
lembaran kerja tersebut adalah supaya murid-murid menulis nama peralatan adab-adab ke tandas.
Pada stimulus emosi unsur bertanggungjawab ini dilihat banyak pembabitan berlaku untuk penilaian.
Murid-murid mempunyai unsur bertanggungjawab untuk belajar namun masih perlu bimbingan
walaupun soalan pada aras rendah. Mereka juga tidak menunjukkan keyakinan diri apabila
bertanyakan jawapan yang betul walaupun mereka telah siap menjawab. Hakikatnya mereka murid
sukar belajar perlu diberi motivasi supaya mereka yakin dengan tindakan mereka. Guru mungkin
perlu membiasakan murid-murid dengan sikap berdikari dalam menyiapkan kerja. Murid-murid perlu
digalakkan untuk meminta guru menyemak setelah siap melaksanakan sesuatu tugas dan bukannya
bertanya jawapan semasa melaksanakannya kerana didapati jawapan yang ditulis murid-murid
walaupun tanpa penglibatan guru adalah tepat. Walau bagaimanapun mereka mempunyai kelebihan
tersendiri dengan sifat ingin tahu dan menggunakan kemahiran kognitif untuk mendapatkan maklumat
yang tidak dinyatakan oleh guru seperti bertanya pakaian tutup kepala bagi lelaki apabila ke tandas
kerana guru tidak menyertakan soalan tersebut pada lembaran kerja.

Pada minit ke-36 guru melakukan aktiviti kumpulan dengan mencantum puzzle. Murid-murid ini
dapat bekerjasama dengan baik dan berbincang sesama sendiri. Ini menunjukkan bahawa proses P&P
berjalan dengan lancar sekiranya guru mengambil kira stimulus sosiologi unsur berpasangan dengan
rakan sebaya diaksanakan. Semasa temu bual guru, didapati bahawa selain proses PdanP berjalan
dengan lancar, maklumat yang disampaikan diterima dengan mudah sekiranya unsur berpasangan ini
diakukan. Perhatian yang serius perlu diberikan bagi memastikan kaedah dan strategi yang amat
sesuai dilaksanakan dalam PdanP murid sukar belajar ini bagi memastikan sesuatu kemahiran dapat
diterima dengan mudah dan berkesan kerana antara kelemahan murid sukar belajar ini adalah
maklumat yang diperolehi tidak kekal lama dalam ingatan mereka berdasarkan maklumat yang
diperolehi semasa temu bual dengan guru mereka.

Selain daripada gaya di atas, dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat murid yang memerlukan
masa senggang di mana bergendang, menyanyi dan menggerakkan badan sebanyak lima kali dalam
masa sejam yang menunjukkan mereka bosan dengan gaya tertentu yang diterapkan oleh guru.
Daripada gaya negatif yang ditunjukkan, penyelidik boleh membuat penilaian untuk membuktikan
bahawa gaya tertentu yang diterapkan guru tidak sesuai dengan seseorang murid. Dapatan
menunjukkan tiada dimensi baru atau unsur baru yang wujud. Semua unsur gaya pembelajaran wujud
sebagaimana dinyatakan dalam modul Dunn dan Dunn.

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 3, 2011 106


Data temu bual diperolehi setelah temu bual ibu bapa peserta dijalankan. Soalan temu bual adalah
mempunyai kaitan dengan tujuh ciri yang wujud pada murid dalam hasil pemerhatian. Terdapat dua
pasangan ibu bapa yang memberi komitmen yang konsisten dalam sesi temu bual. Dapatan akan
ditulis mengikut urutan kod yang dihasilkan dalam sistem kod penyelidik.

Kod 1d
Dapatan menunjukkan ibu bapa bertegas dalam memastikan anak mereka duduk di tempat yang
disediakan semasa belajar di rumah.

Kod 2c
Dapatan menunjukkan salah seorang ibu bapa memberikan tanggung jawab dan
mempertanggungjawab kepada anak sepenuhnya. Namun ibu bapa akan membantu sekiranya anak
mereka memerlukan bantuan.

Kod 3c
Salah seorang ibu bapa menggalakkan anak mereka belajar bersama-sama rakan sebaya.

Kod 3e
Hasil temu bual menunjukkan salah seorang ibu bapa banyak belajar bersama anak mereka dan
disertakan dengan ahli keluarga yang lain semasa belajar dirumah.

Kod 4a
Di sekolah peserta didedahkan dengan bahan visual untuk membantu pembelajaran murid. Namun
penerapan yang berbeza dilaksanakan oleh kedua-dua pasangan ibu bapa semasa dirumah di mana
mereka mendedahkan anak-anak mereka ini dengan belajar melalui taktual dan kinestetik di mana ibu
bapa memastikan anak-anak mereka menyentuh sendiri bahan maujud serta melaksanakan sendiri
kemahiran secara amali.

Kod 4d
Dapatan temu bual menunjukkan ibu bapa melarang anak mereka dari bergerak dari satu tempat ke
tempat yang lain semasa belajar.

Kod 5c
Dapatan temu bual juga menunjukkan ibu bapa memberi masa yang panjang untuk anak mereka
berfikir unntuk memahami tugasan atau soalan.

CADANGAN DAN RUMUSAN

Untuk mendapatkan maklumat yang mempunyai kesahan yang tinggi, penyelidik dan juga guru perlu
mendapatkan maklumat tentang aktiviti yang digemari secara lisan dengan murid sukar belajar (SB)
kerana mereka mampu menyatakan keinginan dan minat mereka sendiri. Penyelidik dan guru boleh
menentukan selepas itu dimensi dan unsur yang paling sesuai diterapkan kepada murid SB ini. Selain
itu para penyelidik boleh mengesahkan dengan guru tentang hasil sesuatu aktiviti yang djalankan
sama ada tekal atau sebaliknya bagi memastikan dimensi dan unsur yang wujud dalam gaya
pembelajaran murid SB ini.

Soalan temu bual hanya bertumpu kepada perkara atau kod yang mempunyai kaitan dengan hasil
pemerhatian. Dapatan yang menyeluruh akan diperolehi sekiranya soalan temu bual tidak mengambil
kira hasil pemerhatian kerana pemerhatian dilaksanakan secara natural di lapangan. Mungkin banyak
stimulus dan unsur tidak dapat ditunjukkan oleh peserta.Selain itu kajian literatur dan eksperimen
perlu dilakukan bagi menentukan strategi yang berkesan bagi guru menghadapi murid SBTT dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Skinner (1974) mendapati terdapat kaedah tertentu
membolehkan seseorang lebih peka dan belajar dengan sempurna dalam mata pelajaran tertentu. Oleh
itu kaedah sesuai perlu digunakan sebagai kaedah mengajar mata pelajaran tertentu kepada murid ini.
Selain itu kajian lanjutan dan literatur perlu untuk mengenalpasti strategi yang sesuai terutamanya
Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 3, 2011 107
mengatasi unsur negatif yang boleh menjejaskan penerimaan murid terhadap pelajaran. Pendekatan
menggunakan Gaya Pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang optimum adalah amat
berguna sekiranya guru-guru dapat mengamalkan strategi yang sepatutnya dan bila-bila masa bersedia
melaksanakan yang terbaik untuk murid mereka. Perlu diingatkan bahawa guru-guru perlu
melaksanakannya dengan penuh ketabahan dan dengan prosedur yang betul bagi mencapai hasil yang
baik.

Kesimpulannya, usaha yang lebih amat perlu untuk mengamalkan pendekatan yang positif dalam
pendidikan di Malaysia terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan j-QAF yang
melibatkan murid SB. Walaupun para pendidik kabanyakannya telah mengamalkan pendekatan
tertentu, tetapi sedar atau tidak sedar kebanyakannya tidak dilaksanakan secara sistematik. Oleh yang
demikian elok sekiranya guru-guru diperkenalkan dengan prosedur yang sistematik untuk mencapai
keputusan yang optimum. Akhir sekali, penyelidik bersama pendidik-pendidik yang lain berharap
dapat menghasilkan satu model yang sesuai untuk murid-murid SB bagi mata pelajaran Pendidikan
Islam dan j-QAF sebagai panduan kepada guru-guru dan ibu bapa terbabit.

RUJUKAN

Abdul Rahim Hamdan, Mohamad Najib Ghaffar, Jamaluddin Ramli, Ahmad Johari Sihes. (2008).
Taksonomi gaya pembelajaran dan motivasi pelajar dewasa. Johor Bahru: Universiti Teknologi
Malaysia.

Ahmad Mohd. Salleh, (2004). Falsafah, sejarah dan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Akta Pendidikan 1996 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas). (1997). Jilid 41, No. 26,
Tambahan No. 94, Perundangan (A) 1998.

Ausubel, D. P. (1968). Educational psychology: A cognitive view. New York: Holt, Rinehart &
Winston. (Telah dibetulkan)

Baharom Mohamad dan Iliyas Hasyim. (2010). Gaya pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur:
PTS Professional.

Bogdan, R. C., dan Biklen, S. K. (1998). Qualitative research in education: An introduction to theory
and methods. Boston: Allyn dan Bacon Inc.

Borchetta, J., dan Dunn, R. (2010). Helping parents understand how children learn. Journal of
Education, 41 (2), 4 – 13.

British Ministry of Education. (2000). Teaching students with autism: A resource guide for schools.
Victoria: British Columbia.

Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Crum, M., dan Platt, B. (2009). Constructivist online environments: A case study using adult students
with learning disabilities pursuing a higher education degree. Walden University.

Dunn, L. M. (2000). Using "learning stories" to assess and design programs for young children with
special needs in New Zealand. Journal of Infants and Young Children, 13(2), 73, 10.

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 3, 2011 108


Dunn, R., Dunn, K., (1978). Teaching students through their individual learning styles: A practical
approach. Reston,VA: Reston Publishing Company Division of Prentice-Hall Publishers, Inc.
(Telah dibetulkan)

Fine, D. A (2002). Comparisons between the learning styles of special- and regular-education high-
school students and the effects of responsive teaching on the short- and long-term achievement,
attitudes, and behaviors of a sub-set of special-education adolescents. St. John's University New
York, School of Education and Human Services, 190; AAT 3041635.

Flower L.L., Elenoer, L., dan Lorraine, H. (2000). Learning to rival: A literate practice for
intercultural inquiry. Mahwah NJ: Lawrence Erlbaum.

Gagne, R. M. (1977). The condition of learning. (3rd ed). USA: Holt, Rinehart and Winston.

Gardner, H. (1982). The unschool mind: How children think and how schools should teach.
Educational Researchers, 18(8), 4-10.

Gruber, H., dan Vaneche, J.J. (1977). The Essential Piaget. New York: Basic Books.

Kidder, L. H. (1981). Research methods in social relations. Tokyo: Holt-Saunders.

Lock, R. (1990). Open-ended, problem-solving investigations: What to mean and how can we use
them? School Science Review, 71 (256), 63-72.

Lawson, A.E. (1995). Science teaching and the development of thinking. Belmont CA: Wadsworth
Publisher.

Martin, D., Martin, M., and Carvalho, K., (2008). Reading and learning-disabled children:
Understanding the problem. Youngstown State University in Youngstown: Heldref Publications.

Merriam, S. B. (2002). Qualitative research practice: Examples for discussion and analysis.CA:
Jossey-Bass Pub.

Miles, M., dan Huberman, M. (1984). Qualitative data analysis: A source book for new methods.
Beverly Hills, CA: Sage Publications

Mitchell, R. (1992). Testing for learning. How new approaches to evaluation can improve American
schools. New York: Free Press.

Mohd Razimi Husin, Abd. Aziz Shukor, Ahmad Jazimin Jusoh (2011). Menilai gaya pembelajaran
murid sukar belajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan j-QAF. Prosiding International
Conference and Exhibition on Research in Islamic and Arabic Language Education 2011, 26-28
September 2011. Hotel Awana Porto Malai Langkawi, Kedah, Malaysia.

CONTOH
Abdul Hanid Halit, Sidek Mohd Noah, Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Ab.Rahim Bakar.
(2004). Keberkesanan intervensi program kerjaya ke atas perkembangan kerjaya di tahap
penerokaan di kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Dungun, Terengganu. Kertas
kerja dibentangkan di ‘National Conference on Graduate in Education 2004’, 11 September
2004, Universiti Putra Malaysia, Hotel Residence UNITEN, Bangi, Selangor .

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 3, 2011 109


Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011). Kaedah dan strategi pengajaran kanak-kanak
berkeperluan khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Omar Abdull Karim. (2011). Pengurusan Pendidikan Islam: Apakah realiti memenuhi harapan. Dalam
Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Islam 2011, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 23 – 24
Februari 2011.

Piaget, J. (1976). Success and understanding. London: Routledge & Kegan Paul. (Telah
dibetulkan)

Ramlah Jantan, Mahani Razali (2002). Psikologi pendidikan: Pendekatan kontemporari. Kuala
Lumpur: McGraw-Hill Malaysia.

Rosemary, J., Stevenson, J., Palmer, A. (1994). Learning principles, processes and practices. New
York: Cassell Educational Limited.

Seligman, M. E. P. (2000). Learned optimism. New York: Knopf.

Skinner, B. F. (1974). About behaviorisme. New York: Knopf.

Susan Sze, (2009). Learning style and the special needs child. Journal of Instructional Psychology,
36(4), 362.

Woolfolk, A. E., (1988). Educational psychology. (3rd ed). New Jersey: Prentice Hall Inc.

Yin, R. K. (2003). Case study research: Design and methods. (3rd ed.). Newbury Park, CA: Sage.

Zamri Mahamod, Nor Rubiatul Maria Ahmad, Manisah Mohd Ali, Aliza Alias dan Mohd. Mokhtar
Tahar. (2009). Permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid bermasalah
pembelajaran.  Prosiding Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-
Kanak Berkeperluan Khas, 355-368. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod, Nur Afifah Mohd. Adzami, Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff, Mohamed Amin Embi
dan Kamarul Shukri Mat Teh. (2009). Penilaian kemahiran bertutur Bahasa Arab dalam kalangan
pelajar program Pendidikan Islam dan al-Quran. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-7:
Peringkat Serantau, 24-36. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 3, 2011 110

You might also like