You are on page 1of 10

ULASAN ARTIKEL

Tajuk Artikel:

Pendidikan Islam Golongan Masalah Pendengaran: Tinjauan Awal Isu Dan Cabaran Dari
Perspektif Guru

Nama Penulis:

Mohd Huzairi bin Awang @ Hussain, Hajarul Bahti binti Zakaria, Bani Hidayat bin Mohd
Shafie dan Nor Hayati Fatmi binti Talib dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus
Keningau, Sabah

Mohd Huzairi bin Awang @ Husain adalah Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Keningau, Sabah, berkelulusan Sarjana Muda Syariah (Fiqh dan Usul) Universiti
Malaya, Sarjana Syariah (Fiqh dan Usul) Universiti Malaya, Diploma Pentadbiran
Kehakiman dan Guaman Islam (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Diploma Pendidikan
(Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan). Kini, beliau merupakan calon Doktor Falsafah
Universiti Malaya.

Hajarul Bahti binti Zakaria adalah Pensyarah Institut Guru Malaysia Kampus Keningau,
Sabah, berkelulusan Sarjana Muda Usuluddin (al-Quran dan al-Hadith) Universiti Malaya,
Sarjana Usuluddin (al-Quran dan al-Hadith) Universiti Malaya, dan Diploma Pendidikan
(Qiraat Tarannum) Maktab Perguruan Islam. Kini, beliau merupakan calon Doktor Falsafah
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Manakala Bani Hidayat bin Mohd Shafie dan Nor Hayati Fatmi binti Talib masing-masing
adalah calon Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sumber Artikel:

Seminar Pengajian Islam Menjana Keintelektualan Ummah, Universiti Sains Islam Malaysia,
Vol. 1, Jun 2010

https://www.researchgate.net/publication/
279914497_PENDIDIKAN_ISLAM_GOLONGAN_MASALAH_PENDENGARAN_TINJ
AUAN_AWAL_ISU_DAN_CABARAN_DARI_PERSPEKTIF_GURU?enrichId=rgreq-
607af4fa-823b-4a3f-af2c-

1
1256e3c0a410&enrichSource=Y292ZXJQYWdlOzI3OTkxNDQ5NztBUzoyNDkxMDE5M
DAwNTQ1MjhAMTQzNjQwMTkyOTE4Ng%3D%3D&el=1_x_2

Artikel ini merupakan hasil kajian yang dilakukan oleh Mohd Huzairi bin Awang @ Hussain,
Hajarul Bahti binti Zakaria, Bani Hidayat bin Mohd Shafie dan Nor Hayati Fatmi binti Talib.

BAHAGIAN A: ULASAN MENYELURUH

Artikel ini membincangkan mengenai isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru yang
mengajar mata pelajaran pendidikan Islam di program pendidikan khas masalah pendengaran
sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam mengendalikan dan
membantu pelajar dalam menguasai mata pelajaran pendidikan Islam.

Artikel ini dimulakan dengan penulisan abstrak secara ringkas, pendahuluan, tujuan
kajian dan persoalan kajian. Seterusnya, penyelidik memasukkan juga metodologi kajian,
dapatan kajian, perbincangan dan penutup.

Artikel ini merupakan salah satu elemen didalam kurikulum kerana ia


mengetengahkan elemen pedagogi dalam pengajaran. Menurut Galen J. Saylor, William M.
Alexander dan Arthur J. Lewis (1981), kurikulum adalah satu rancangan bagi menyediakan
peluang-peluang pembelajaran dalam usaha mendidik seseorang. Oleh itu, peluang-peluang
pembelajaran merupakan satu aspek dimana seorang guru perlu memberikan pengajaran dan
pembelajaran kepada murid. Namun di sebalik proses pengajaran dan pembelajaran tersebut,
terdapat pelbagai masalah yang perlu diselesaikan bagi memperkemaskan nilai pendidikan
tersebut.

Penyelidik membuat satu aspek tanggungjawab kepada umum mengenai pengajaran


pendidikan Islam yang menjadi tuntutan fardhu ain terhadap setiap muslim. Begitu juga
kepada golongan berkeperluan khas, khususnya kepada golongan bermasalah pendengaran.
Ini disebabkan mereka adalah sebahagian manusia biasa yang ditaklifkan beragama
mencakupi seluruh aspek kehidupan mereka. Oleh yang demikian, peranan seorang guru
sebagai orang kedua yang dekat dengan mereka adalah sangat berat bagi mendidik mereka
agar menjadi orang yang memahami dan dapat mengamalkan ajaran dalam agama Islam.

Kajian ini diperluaskan lagi dengan penyelidikan secara temu bual ke atas empat
orang responden mengenai profil peserta dan pelaksanaan mereka berkaitan pengajaran dan

2
pembelajaran pendidikan Islam ke atas pelajar bermasalah pendengaran. Profil peserta
diselidiki bermula dengan jantina, umur, pengalaman mengajar, pengalaman mengajar pelajar
bermasalah pendengaran, kelayakan akademik tertinggi, opsyen pengajaran, pendedahan
tentang pendidikan pelajar bermasalah pendengaran dan pengalaman mempelajari bahasa
isyarat.

Daripada analisis mengenai profil responden terutamanya pada opsyen pengajaran,


dua orang daripada mereka mempunyai opsyen pengajaran dalam pendidikan Islam,
manakala dua orang lagi mempunyai opsyen dalam pendidikan khas. Oleh yang demikian
dapat disimpulkan disini, guru yang mengajar pendidikan Islam di sekolah tersebut masing-
masing mempunyai kelayakan khusus, tetapi pengalaman dan ikhtisas adalah berbeza.

Dapatan temu bual juga menunjukkan bahawa pelaksanaan pembelajaran dan


pengajaran dilakukan pada waktu yang ditetapkan iaitu enam waktu bagi menengah rendah
dan empat waktu bagi menengah atas. Selain dari itu, pelajar juga tidak mempunyai asas
Islam yang kukuh, oleh yang demikian mereka mengharapkan bimbingan sepenuhnya dari
guru mereka. Ini mengakibatkan kesukaran mereka untuk memahami perkataan abstrak serta
istilah-istilah dalam pendidikan Islam. Selain dari itu, tumpuan serta daya ingatan yang
rendah juga menjadi satu isu utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung. Walaupun pelajar digabungkan dalam program pembelajaran bagi pelajar
bermasalah pendengaran, pelajar juga mempunyai ketidakupayaan yang lain, iaitu
penglihatan yang terhad dan masalah pembelajaran. Maka dapat diketahui disini bahawa aras
keupayaan setiap pelajar adalah berbeza dan tidak sama.

Pelajar bermasalah pendengaran juga tidak boleh bertutur secara jelas atau tidak
langsung. Ini menyebabkan mereka tidak boleh membaca al-Quran dan membaca bahan
pembelajaran dalam pendidikan Islam. Selain dari itu, pelajar juga mempunyai masalah
dalam mengeja dan membina ayat sendiri dalam bahasa Malaysia. Kedua-dua elemen ini
penting bagi proses literasi bagi seorang pelajar, iaitu membaca dan menulis.

Komunikasi juga adalah terhad dikalangan pelajar bermasalah pendengaran sahaja.


Mereka tidak bergaul atau tidak bercampur dengan pelajar-pelajar yang lain. Ini adalah faktor
kepada penggunaan kod tangan yang mereka gunakan biasanya hanya diketahui oleh
golongan bermasalah pendengaran sahaja.

Penglibatan ibu bapa juga adalah kurang bagi proses mendidik dan mengajar anak-
anak mereka yang mempunyai kelainan upaya ini. Bahkan mereka hanya melepaskan begitu

3
sahaja kepada guru di sekolah bagi memantau dan mendidik anak-anak mereka, terutamanya
dalam hal ehwal pendidikan Islam.

Pada sudut isu bahagian guru pula, guru berada dalam dilema sama ada ingin
melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi tuntutan peperiksaan
akhir atau tuntutan kehidupan. Namun, tugas hakiki seorang guru semestinya mengajar di
sekolah dan hanya akan melaksanakan tugas lain setelah habisnya waktu persekolahan.

Waktu pembelajaran dan pengajaran juga digabungkan. Contohnya, seorang guru


sepatutnya hanya mengajar satu kelas sahaja, tetapi disebabkan oleh batasan waktu, maka
guru terpaksa menggabungkan dua kelas. Bahan pembelajaran utama di dalam buku teks
pendidikan Islam yang dibekalkan juga tidak boleh digunakan. Ini disebabkan
ketidakupayaan mereka bagi memahami ayat-ayat yang kompleks di dalam buku teks
tersebut.

Penggunaan kod tangan dikalangan guru yang terlibat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ini juga adalah terhad disebabkan hanya mempunyai asas kod tangan sahaja.
Selain dari itu, Kod Tangan Bahasa Malaysia (KTBM) dan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)
adalah berbeza.

Penyelidik juga membincangkan mengenai dapatan yang diperolehi daripada temu


bual tersebut. Penyelidik menggabungkan kajian-kajian lepas dari sumber pelbagai sebagai
penguat untuk hujah bagi dapatan tersebut.

4
BAHAGIAN B: PENDAPAT PENGULAS

1. Latar Belakang
Artikel ini merupakan hasil kajian menggunakan kajian tinjauan melalui temu bual oleh
lima orang penyelidik berkaitan masalah yang dihadapi oleh empat guru Pendidikan
Islam dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam bagi
pelajar bermasalah pendengaran.

2. Sasaran Pembaca
Berdasarkan tajuk dan juga fokus kajian, artikel ini ditujukan kepada para profesional,
guru terutamanya dan ibu bapa yang terlibat secara penuh dengan Pendidikan Islam
dalam masalah pendengaran. Cara penyampaian maklumat juga adalah sesuai kepada
golongan guru kerana ia memberikan penekanan yang khusus kepada golongan
profesional, pendidik dan ibu bapa. Justeru, artikel ini juga boleh dijadikan bahan ilmu
kepada masyarakat umumnya bagi nilai tambah ilmu.

3. Penilaian Dan Reaksi


a) Tema
Tema utama artikel ini ialah mengenai masalah isu dan cabaran yang dihadapi
oleh guru Pendidikan Islam yang terlibat dalam program pendidikan khas
masalah pendengaran sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam
mengendalikan dan membantu pelajar dalam menguasai Pendidikan Islam.

b) Tesis
Penyelidik ada menyatakan pendirian mengenai tanggungjawab mengajar
pendidikan Islam terhadap golongan berkeperluan khas di samping
diperkuatkan dengan hujah-hujah daripada al-Quran dan beberapa sumber
kajian yang terpilih. Selain dari itu, penyelidik membuat sintesis dapatan
kajian bersama-sama dengan kajian-kajian lepas bagi menguatkan penulisan.

c) Ciri- Menarik, Menyeronokkan, spekulatif, analitikal atau perspektif


Artikel ini menarik kerana memberi maklumat kepada kita mengenai situasi
yang jarang diketengahkan dalam Pendidikan Islam bagi golongan bermasalah
pendengaran. Artikel ini menjelaskan tentang permasalahan yang dihadapi

5
oleh guru Pendidikan Islam dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam yang menjadi faktor kepada keberhasilan dalam
pembelajaran Pendidikan Islam bagi golongan bermasalah pendengaran. Isu
yang dibangkitkan juga adalah relevan sebagai penyelidikan dalam bidang
pendidikan.

d) Kesinambungan teori dan amalan


Dalam artikel ini, penulis tidak menyatakan sebarang teori. Namun ada
menyatakan mengenai amalan pengajaran dikalangan guru Pendidikan Islam
bagi golongan bermasalah pendengaran. Dari temu bual yang dilakukan,
penyelidik dapat mengaitkan perihal-perihal kurikulum keguruan contohnya
elemen pedagogi dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Khas seharusnya
ada pada diri setiap guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran ini.

e) Persoalan kajian
Persoalan kajian yang diutarakan oleh penyelidik hanya menggunakan satu
persoalan sahaja. Penyelidik telah menjawab persoalan kajian dengan baik
melalui perbincangan hasil dapatan yang disintesiskan melalui perbincangan.

f) Metodologi kajian
Metodologi kajian adalah menggunakan kajian kualitatif. Kajian ini
menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan prosedur
temu bual kepada empat orang guru dari sekolah menengah pendidikan khas
masalah pendengaran. Metodologi ini sesuai disebabkan penyelidik ingin
mengetahui secara mendalam mengenai pengajaran dan pembelajaran yang
dilakukan oleh guru-guru tersebut di samping mengambil profil ringkas
mereka. Namun demikian, responden hanya terdiri dari empat orang.
Kemungkinan ini adalah disebabkan oleh masalah kos, guru yang kurang atau
perjalanan dan temu bual yang mengambil masa agak lama.

g) Kerangka konseptual
Artikel ini tidak secara jelas menerangkan kerangka konseptual kajian.

6
h) Kandungan
Penyelidik menggunakan elemen perintah Allah S.W.T. kepada kepentingan
Pendidikan Islam bagi meningkatkan amal dan takwa kepada Allah S.W.T.
Golongan kurang upaya termasuklah golongan yang bermasalah pendengaran
turut tidak terkecuali dalam mempelajari Pendidikan Islam. Bagi penyelidik,
beberapa aspek signifikan mempengaruhi pencapaian golongan bermasalah
pendengaran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Hal ini disebabkan
pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengajar mata
pelajaran Pendidikan Islam bagi menjayakan program pendidikan khas ini.
Oleh yang demikian, kajian ini adalah penting untuk menunjukkan betapa
pentingnya peranan seorang guru dalam meningkatkan pencapaian pelajarnya
walaupun pelajar tersebut bukanlah dalam kategori aliran perdana.

i) Dapatan kajian
Pada pendapat saya, dapatan kajian penyelidikan ini boleh dipercayai dan
meyakinkan walaupun hanya empat orang responden sahaja. Ini disebabkan,
tidak semua sekolah menengah mempunyai program khas bagi pembelajaran
pendidikan khas masalah pendengaran. Namun olahan bagi dapatan kajian
seharusnya diperbaiki lagi oleh penyelidik agar lebih kemas dan tersusun serta
lebih menarik untuk dibaca oleh pembaca.

j) Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen


Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen tidak dinyatakan oleh penyelidik.

k) Fakta utama
Saya bersetuju dengan fakta-fakta yang dikemukan oleh para penyelidik. Ini
disebabkan penyelidik menyediakan satu penyelidikan khusus kepada empat
orang guru yang terlibat secara penuh dalam pengajaran mata pelajaran
Pendidikan Islam bagi golongan bermasalah pendengaran di samping kajian-
kajian lepas sebagai pengukuhan terhadap dapatan tersebut. Hal ini dapat
membenarkan dan memperakukan bahawa tanggungjawab guru dalam

7
mendidik golongan bermasalah pendengaran tidak boleh dipandang ringan.
Lebih-lebih lagi bagi mengajar subjek keagamaan iaitu Pendidikan Islam.
l) Gaya penulisan
Penulisan artikel ini teratur dan berstruktur. Penyelidik menggunakan
pendekatan penulisan ilmiah bercorak penyelidikan. Ini memudahkan para
pembaca mengikuti siri perbincangan ilmiah oleh penyelidik secara
berperingkat-peringkat. Bahasa yang digunakan sesuai dengan bahasa
penyelidikan atau bahasa ilmiah saintifik yang memerlukan penggunaan
istilah-istilah tertentu dalam mengungkap dan membicarakan penyelidikan
yang dijalankan. Namun, pada penulisan pada dapatan temu bual, penyelidik
seharusnya membuat satu analisis khusus dan bukan dalam bentuk ringkasan
sahaja. Format penulisan adalah mengikut gaya penulisan APA.

m) Kredibiliti kandungan
Penyelidik juga meneroka isu-isu berkaitan dengan menggunakan pandangan
dan pendapat para ahli akademik dari pelbagai sumber. Penyelidik
mengemukakan perbandingan dapatan kajian melalui perbincangan mengenai
kajian-kajian tempatan sahaja. Sehubungan dengan itu, penyelidik cuba
mengesahkan dapatan kajian mempunyai persamaan dengan analisis kajian-
kajian oleh para ahli akademik yang lain.

n) Kekuatan dan kelemahan


Kekuatan artikel ini adalah menunjukkan kepada kita mengenai isu semasa
dalam bidang pendidikan yang seharusnya diambil berat oleh setiap
masyarakat. Bukan sahaja guru, namun pihak-pihak yang berwajib bagi
menyediakan ruang dan peluang bagi mereka iaitu golongan berkeperluan
khas bagi mempelajari ilmu agama. Kekuatan pada pengalaman dan ilmu
pedagogi yang khusus dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bagi
golongan bermasalah pendidikan khususnya seharusnya diketengahkan
sebagai satu isu utama. Walaubagaimanapun, kajian ini terhad kepada
perspektif melalui empat orang guru sahaja dan tidak menggunakan responden
yang lebih luas agar dapatan yang diperolehi lebih kukuh.

8
Pada pendapat saya, artikel ini turut mengubah cara berfikir saya mengenai
golongan bermasalah pendengaran. Ini disebabkan golongan agamawan
seharusnya tampil sebagai penyumbang utama untuk mendekati mereka.
Golongan ini hanya tidak mendengar atau tidak boleh bercakap sahaja, tetapi
mereka mempunyai naluri dan perasaan seperti golongan normal. Maka
kekuatan perhubungan dengan Allah S.W.T. seharusnya ada sebagai penguat
akidah mereka.

o) Pengetahuan tambahan kepada pengulas mengenai penyelidikan


Pada pendapat saya, penyelidikan ini dapat memberi input kepada saya
mengenai kaedah penyelidikan kualitatif secara ringkas. Saya juga seharusnya
tidak boleh berpandukan kepada artikel ini semata-mata bagi penulisan saya
pada akan datang. Ini disebabkan, penulisan artikel ini masih perlu diperbaiki
dari segi mutu dan format tulisan. Selain dari itu, ia boleh menjadi satu input
dalam bidang kurikulum kerana kurikulum bukan sahaja kandungan yang
perlu diselidiki. Namun keseluruhan elemen kurikulum tersebut. Contohnya
dari artikel ini kita dapat menilai mengenai pedagogi keguruan.

BAHAGIAN C: PENUTUP

Kesimpulan yang boleh dibuat daripada artikel ini ialah, hasil kajian penyelidikan ini
boleh dijadikan satu medium kepada pengubahsuaian atau penyempurnaan dalam
pembelajaran dan pengajaran pendidikan Islam bagi golongan bermasalah pendengaran.
Harapan saya pada kajian yang akan dilakukan oleh penyelidik lain akan datang ialah,
penyelidik seharusnya memperkembangkan penulisan mereka dan penulisan ini boleh
dijadikan sebagai batu loncatan bagi membuat satu penyelidikan bagi masalah pendengaran
dengan lebih luas lagi.

Dapat diketahui bahawa guru memainkan peranan yang penting dalam aplikasi
kurikulum pengajaran yang sesuai bagi golongan ini.

9
RUJUKAN

Mohd Huzairi Awang @ Hussain, Hajarul Bahti Zakaria, Bani Hidayat Mohd Shafie & Nor
Hayati Fatmi Talib.(2010). Pendidikan Islam Golongan Masalah Pendengaran:
Tinjauan Awal Isu Dan Cabaran Dari Perspektif Guru. Universiti Sains Islam
Malaysia, 23-25 Jun.

Saylor, J. Galen, Alexender, William M., & Lewis, Arthur J. (1981). Curriculum Planning
For Better Teaching and Learning. New York: Holt, Rinehart, and Winston

10

You might also like