You are on page 1of 21

EMB 412 Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu

Bahagian A: - 10%

Baca artikel bertajuk :

Masalah Pembelajaran : Tanda dan Simptom Kecacatan Komunikasi Lisan Murid


Pendidikan Khas oleh Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed.

Jawab soalan-soalan berikut:


Apakah tujuan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini? [3 markah]
Dalam meningkatkan keupayaan komunikasi pelajar, beberapa strategi yang telah
dikenal pasti. Huraikan strategi-strategi tersebut.[7 markah]

Definisi Masalah Pembelajaran


Kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah
dikenalpasti dan disahkan oleh pakar Profesional Klinikal sebagai mengalami kecacatan yang
menganggu proses pembelajaran.Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap
kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan seperti Kebolehan Kognitif, Tingkahlaku
Sosial atau Perkembangan Sosial, Penguasaan Bahasa ( Lisan atau Pertuturan ), Keupayaan
Membaca, Kemahiran Perkembangan ( Development Skills ), dan Kemahiran Matematik.

Definisi Pendidikan Khas


Terdapat pelbagai definisi tentang Pendidikan Khas. Contohnya seperti Sang ( 2000 ) menyatakan
bahawa Pendidikan Khas ialah Pendidikan yang disediakan untuk murid-murid yang menghadapi
masalah pembelajaran kerana masalah penglihatan, pertuturan, dan pendengaran serta masalah
dalam pembelajaran ataupun murid-murid yang pintar cerdas yang memerlukan pendidikan yang
lebih mencabar. Berlainan pula dengan pendefinisian oleh Jabatan Pendidikan Johor ( 1998 ) yang
menyatakan Pendidikan Khas ialah golongan mereka yang berkeperluan khas dengan memberi
penekanan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan individu murid dan pelajar
terhadap penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran pengembangan
( developmental skills ). Kementerian Pelajaran mula memperkenalkan Pendidikan Khas bagi
murid-murid bermasalah penglihatan dan pendengaran serta bermasalah pembelajaran mulai bulan
Julai, 1962 di bawah rancangan percantuman dengan pendekatan Pendidikan Inklusif, iaitu murid-

1
EMB 412 Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu

murid bermasalah pembelajaran belajar bersama-sama murid normal di dalam kelas yang sama.
Mereka di ajar oleh guru yang sama tetapi dibantu oleh guru sumber yang terlatih dalam program
Pendidikan Khas.

Konsep Pendidikan Khas


Pendidikan Khas boleh dimaksudkan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya.
Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan
juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital, dan institusi. Kurikulum untuk Pendidikan
Khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang diubah suai dengan tujuan memenuhi
keperluan-keperluan khas bagi memenuhi keperluan-keperluan khas bagi mired-murid yang
mengalami pelbagai jenis kecacatan atau kurang upaya.

Tujuan Kajian
Kajian yang dijalankan bertujuan mengenal pasti prevalen murid yang mengalami kecacatan
komunikasi lisan dalam kalangan murid pendidikan khas kategori bermasalah pembelajaran.
Kajian ini juga mengenal pasti simptom umum dan simptom spesifik kecacatan komunikasi lisan
yang dihadapi oleh murid berkenaan.

Selain itu, dapatan kajian dapat memberikan kesedaran kepada guru tentang kepentingan
memahami tanda dan simpton murid MKL. Pengetahuan dan kesedaran tentang tanda dan simpton
ini dapat meningkatkan kualiti komunikasi lisan antara guru-murid terutamanya dalam pendidikan
khas, yang kebanyakan daripada murid pendidikan khas bermasalah dalam komunikasi lisan. Jika
pengesanan awal dapat dilakukan terhadap murid bermasalah dalam komunikasi lisan, guru dapat
merancang dan menyediakan komunikasi alternatif bagi membolehkan murid berkenaan
melibatkan diri dan mendapat kefahaman semasa pengajaran berlangsung. Di samping itu, guru
juga dapat menyediakan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi
mereka. Oleh itu, kajian ini membawa kepentingan tersendiri kepada guru pendidikan khas dalam
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

2
EMB 412 Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu

Kaedah-kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah:


1. Reka bentuk kajian, lokasi dan persampelan kajian
2. Instrumen kajian
3. Prosedur kajian
4. Analisis data
5. Dapatan kajian
6. Perbincangan

Kajian yang berbentuk tinjauan keratan rentas (cross-sectional survey) dijalankan dengan
bertujuan untuk mengenal pasti tanda dan simpton masalah komunikasi lisan murid yang berada
dalam program pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

Dua jenis instrument telah digunakan dalam kajian iaitu senarai semak dan rekod murid. Senarai
semak ialah instrumen utama untuk mendapatkan data kajian. Data kajian melalui penggunaan
senarai semak diperoleh melalui kaedah pemerhatian secara langsung dan tidak langsung.
Maklumat yang tidak diperoleh melalui pemerhatian diperoleh melalui temu bual dengan ibu bapa
murid. Temu bual dengan ibu bapa dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang pemerolehan
dan penggunaan bahasa lisan murid semasa kecil sehingga memasuki alam persekolahan. Rekod
murid digunakan bagi mendapatkan profil murid serta pengesahan doktor tentang kategori murid
berdasarkan borang yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Di samping itu,
terdapat beberapa item dalam senarai semak yang memerlukan maklumat daripada rekod murid
dan temu bual ibu bapa.

Kajian melalui proses atau prosedur yang telah ditentukan. Proses yang diikuti bertujuan
memastikan kajian ini mempunyai kebolehpercayaan dan keesahan yang tinggi. Pengumpulan data
dilakukan oleh pembantu penyelidik yang telah dilatih khas secara intensif tentang tatacara
melaksanakan kajian semasa mengikuti latihan perguruan. Pengumpulan data mengambil masa
selama dua bulan. Kesemua pembantu penyelidik mempunyai pengalaman antara satu hingga dua
tahun mengajar sampel yang dikaji. Oleh itu, mereka mempunyai pengalaman dan pengetahuan
3
EMB 412 Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu

terhadap sampel dan aspek yang diberikan penekanan dalam kajian. Berdasarkan urutan, prosedur
yang diikuti adalah seperti yang berikut:
1. Membina, mendapat dan menetapkan instrument
2. Melantik dan melatih pembantu penyelidik
3. Menterjemahkan instrumen senarai semak dalam bahasa Melayu
4. Mengenal pasti murid MKL
5. Menyemak profil murid
6. Membuat pemerhatian dan merekodkan respons murid berdasarkan item senarai semak
yang digunakan.

Komunikasi yang berkualiti ialah hasil daripada interaksi yang berkesan antara guru dengan murid.
Komunikasi yang baik dapat mendorong ke arah kecemerlangan dalam proses pembelajaran.
Dalam meningkatkan keupayaan komunikasi pelajar, beberapa strategi telah dikenal pasti iaitu :
1. Pencegahan awal dilakukan terhadap seseorang supaya masalah tidak berlaku atau aktiviti
terancang dilakukan supaya situasi yang dialami tidak bertambah buruk.
2. Pengajaran menggunakan gerak badan (body language) berbantukan gambar memudahkan
murid terlibat dalam pembelajaran.
3. Guru perlu mengetahui cara melaksanakan terapi pertuturan kepada murid mereka.

4. Penggunaan bahasa yang baik dan mudah difahami.


Penggunaan bahasa yang mudah difahami perlu diberi penekanan bagi menjamin
kejayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan berkesan apabila guru menggunakan
bahasa yang mudah difahami oleh murid.

5. Menggalakkan pelajar memberikan idea atau pandangan.


Pelajar perlu diberi peluang mengemukakan idea mereka ketika proses pembelajaran.
Idea atau pandangan murid yang diterima oleh guru memberikan kepuasan dan
perasaan ingin terus mencuba dalam kalangan murid. Hal ini, secara tidak langsung
akan berjaya memupuk sikap berani untuk berkomunikasi dan meningkatkan
kebolehan murid untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru.
4
EMB 412 Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu

6. Arahan yang jelas dan jitu.


Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan efektif apabila
sesuatu arahan yang diberikan jelas dan jitu, supaya pelajar dapat memahami dan
melakukan aktiviti yang dikehendaki dengan tepat dan berkesan. Penyampaian arahan
hendaklah secara khusus dan teguran diberi serta merta.

7. Memberikan rangsangan yang sesuai.


a) Bermain permainan yang mendidik
Ibu bapa yang penyayang sering membelikan pelbagai jenis permainan kepada
anak-anak mereka. Tetapi jarang sekali ibu bapa membeli permainan yang
merangsang minda atau permainan yang melatih koordinasi mata dan tangan anak-
anak mereka. Kemahiran koordinasi mata-tangan dan memberi tumpuan, sangat
berguna untuk membantu kanak-kanak belajar membaca.

b) Mewujudkan budaya membaca di rumah


Budaya membaca di rumah dapat merangsang minat membaca dalam kalangan
anak-anak. Selain membaca surat khabar, majalah dan buku-buku, ibu bapa
haruslah bercerita dan berbual mengenai perkara-perkara yang menarik. Hal ini
akan menarik minat anak-anak untuk mengetahui perkara yang berlaku dan secara
tidak langsung dapat membantu menimbulkan perasaan ingin membaca mengenai
gambar atau tajuk berita.

8. Suasana dan iklim bilik darjah.


Guru menjadi penganjur dan pelopor kepada murid-murid dalam meningkatkan
strategi komunikasi yang berkesan. Bilik darjah yang diuruskan dengan cekap akan
menyediakan peluang maksimun untuk proses pengajaran dan komunikasi.
Antara modifikasi fizikal yang boleh dilakukan dalam meningkatkan komunikasi ialah
dengan melakukan pengubahsuaian seperti penyusunan meja dan kerusi secara
berkumpulan untuk memupuk kemahiran berkomunikasi antara rakan-rakan.

5
EMB 412 Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu

KESIMPULAN
Untuk mengelakkan berlakunya masalah pertuturan dalam kalangan kanak-kanak, ibu bapa perlu
memastikan tahap pertuturan yang digunakan oleh mereka adalah bersesuaian dengan umur anak
mereka. Peluang untuk mereka mendengar bahasa dan menggunakannya perlulah mencakupi
persekitaran mereka. Jika ibu bapa atau penjaga selalu bercakap cepat, menggunakan perkataan
yang tidak seimbang dengan kebolehan kanak-kanak, mereka akan memberikan kesan yang
negatif kepada pertuturan kanak-kanak berkenaan. Penggunaan bahasa adalah untuk keperluan
intelek setiap kanak-kanak. Perkembangan intelek dipengaruhi oleh tahap penggunaan bahasa.
Seandainya kanak-kanak lambat bercakap, pembelajaran mereka pada mas a depan juga akan akan
terjejas. Persekitaran yang penuh dengan stimulasi perlu diberikan kepada kanak-kanak untuk
menggalakkan perkembangan bahasa mereka yang optimum.

6
EMB 412 Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu

Bahagian B: - 10%

Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu di Sekolah


Rendah Tidak Ditekankan di Sekolah

Sebagai seorang guru yang mengajar di sekolah, adakah anda bersetuju dengan pernyataan
di atas? Sokong jawapan anda dengan memberi contoh-contoh yang sesuai.

Definisi Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Kemahiran mendengar dan bertutur adalah salah satu daripada unsur komunikasi yang
tertua dan terpenting dalam kehidupan seharian. Mendengar dan bertutur merupakan kemahiran
pertama dan utama yang harus dikuasai oleh murid-murid. Perkara ini disebabkan oleh, seseorang
itu akan dianggap sebagai fasih berbahasa tanpa perlu menguasai kemahiran membaca dan menulis.

Dalam proses pemerolehan bahasa umumnya, didapati bahawa sebelum perkataan atau
bunyi pertama keluar daripada mulut bayi, bayi itu telah terdedah terlebih dahulu kepada bunyi
bahasa. Hal ini bermakna bahawa kemahiran mendengar dan bertutur adalah kemahiran yang
paling asas dalam berbahasa. Selain itu, menurut AbdulAziz Abdul Talib (1993:65), seseorang
yang telah menguasai kemahiran mendengar dan bertutur secara automatik akan menguasai aspek
tatabahasa, perbendaharaan kata, fonologi dan semantik yang diserap dan dipelajari melalui
aktiviti mendengar sebagai proses menerima komunikasi dan aktiviti bertutur sebagai proses
menghasilkan bahasa.

Menurut Asmah Haji Omar (2004), beliau berpendapat mengikut rantaian kronologi,
kanak-kanak akan mendengar terlebih dahulu sebelum bertutur, bertutur lebih dahulu daripada
membaca dan mebaca lebih dahulu daripada menulis.

Kemahiran mendengar boleh didefinisikan kepada keupayaan murid mendengar dengan


teliti, memahami dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai konteks dan situasi
pengucapan seperti perbincangan, lakonan dan temu bual. Murid yang menguasai kemahiran
mendengar pasti akan berupaya memberikan tindak balas yang wajar dalam setiap aktiviti
pegajaran dan pembelajaran. Manakala, kemahiran bertutur pula merujuk kepada keupayaan

7
EMB 412 Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu

murid mengajukan pertanyaan dan menyampaikan maklumat, meluahkan pendapat, perasaan dan
idea secara lisan dengan sebutan baku, intonasi dan jeda yang betul. Aspek utama yang seharusnya
diberikan penekanan ialah bagaimana kesantunan berbahasa dalam pengucapan dan penggunaan
tatabahasa yang betul. Hal ini membolehkan pengajaran bahasa Melayu di sekolah berlansung
secara efektif dan dinamik.

C.M. Faeyten (1991) mengatakan bahawa sebahagian besar pengetahuan diperoleh melalui
pendengaran, tetapi hanya lebih kurang 25 peratus daripada apa-apa yang kita dengar akan diingati.
Oleh yang demikian, mendengar seharusnya dijadikan suatu aktiviti yang aktif di kelas. Selain itu,
pengajaran bahasa Melayu perlu melibatkan pendengaran daripada segi mental, iaitu memahami
dan menilai maklumat yang didengar. Mengikut kajian yang telah dijalankan, dianggarkan lebih
kurang 60 peratus daripada masa pengajaran dan pembelajaran adalah bagi tujuan mendengar.

Jelas di sini bahawa kemahiran mendengar secara berkesan akan mewujudkan suasana
komunikasi yang baik melaui penyaluran mesej secara dua hala dan pastinya akan menghasilkan
persefahaman secara optimum antara guru dan murid. Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran bahasa, murid-murid perlu menguasai kemahiran mendengar bagi memudahkan
proses menguasai kandungan mata pelajaran yang disampaikan guru. Bukan itu sahaja,
proses pengajaran dan pembelajaran guru juga akan berlangsung dengan lancar.

Menurut Roselan Baki (2006), manusia bercakap untuk tujuan-tujuan tertentu seperti
keseronokan, tujuan memaklumkan sesuatu, tujuan mempengaruhi dan tujuan menyelesaikan
masalah. Hal ini membuktikan bahawa kemahiran bertutur adalah kemahiran lisan yang amat
penting sama ada dalam situasi formal atau tidak formal. Setiap pertuturan yang berlaku
kebiasaannya mempunyai maksud tertentu. Pertuturan adalah sesuatu yang sinonim dalam
kehidupan seharian. Keupayaan menuturkan sesuatu akan mempercepatkan kefahaman murid-
murid, terutamanya berkaitan dengan komunikasi secara interpersonal. Pengajaran dan
pembelajaran kemahiran ini memerlukan pendekatan yang sesuai mengikut kreativiti para guru.
Hal yang demikian, guru haruslah memikirkan sesuatu aktiviti yang kreatif bagi menerapkan
kemahiran bertutur secara berkesan. Raminah Sabran (1991) pula mengatakan bahawa sekiranya
8
EMB 412 Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu

seseorang itu hendak meluaskan ilmu pengetahuan, mereka perlu menguasai kemahiran bertutur
supaya mahir dan cekap membaca.

Murid-murid di sekolah rendah khususnya perlulah diserapkan dengan kemahiran bertutur


sebaiknya agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian dengan baik. Oleh yang demikian,
kemahiran lisan yang meliputi kemahiran mendengar dan bertutur adalah penting dipelajari secara
intensif terutamanya murid-murid sekolah rendah. Perkara ini telah termaktub dalam Sukatan
Pelajaran Sekolah Rendah tahun 1983(Kementerian Pendidikan Malaysia 1983). Melalui
kemahiran yang diterapkan, murid-murid akan lebih cekap memahami aktiviti pengajaran bahasa
Melayu guru. Dapat dijelaskan bahawa kedua-dua kemahiran iaiatu kemahiran mendengar dan
bertutur adalah saling melengkapi dan diajarkan kepada muird-murid sekolah rendah agar mereka
dapat memahami dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi seterusnya
bertindak balas melalui pengucapan yang gramatis.

Pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bahasa Melayu di sekolah rendah
tidak ditekankan di sekolah, sebagai seorang guru yang mengajar di sekolah, saya bersetuju dengan
pernyataan ini disebabkan beberapa faktor seperti berikut:

1. Guru berpendapat bahawa kemahiran mendengar dan bertutur tidak begitu penting
berbanding dengan kemahiran menulis. Ini kerana guru mendapati kebanyakkan murid
lemah dalam kemahiran menulis, jadi guru lebih mengambil berat terhadap penulisan
sehingga mengabaikan kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur di dalam kelas.

2. Kurang mendapat respons positif daripada pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Guru menghadapi masalah tersebut berpendapat punca
utama pengabaian kemahiran mendengar dan bertutur berlaku disebabkan oleh faktor
pelajar itu sendiri yang gagal atau tidak berusaha mempertingkatkan kemahiran
mendengar dan bertutur mereka.

3. Masa yang diperuntukkan oleh guru untuk murid-murid bertutur dalam Bahasa Melayu
amat kurang. Punca ini merupakan sebab utama kedua-dua kemahiran itu tidak ditekankan
di sekolah. Guru tidak mempunyai masa yang lebih untuk melaksanakan kemahiran
mendengar dan bertutur kerana banyak sukatan pelajaran harus dihabiskan dalam masa
yang ditetapkan. 9
EMB 412 Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu

4. Sikap murid-murid yang tidak berminat untuk mengambil bahagian dalam proses
pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur menyebabkan pengajaran kemahiran
mendengar dan bertutur guru tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Jadi, lama-
kelamaan guru tidak lagi memberi tumpuan terhadap kedua-dua kemahiran ini.

5. Murid-murid kurang memahami bahasa pertuturan guru Bahasa Melayu terutamanya


murid cina. Jadi, punca ini memerlukan tindakan guru untuk mempermudahkan
bahasanya supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan lancar.
Terdapat guru menggunakan bahasa ibunda untuk memberi penjelasan kepada murid-
murid dan tidak menghadkan murid-murid mesti bertutur dalam Bahasa Melayu di dalam
kelas. Jadi, lama-kelamaan kemahiran mendengar dan bertutur dalam Bahasa Melayu
tidak lagi ditekankan.

6. Guru tidak pernah membaca bahan bacaan lain untuk menambahkan kecekapan berbahasa
mereka. Sikap kurangnya inisiatif ini memudaratkan keadaan dan menyebabkan
kemahiran mendengar dan bertutur langsung diabaikan memandangkan guru juga
mengalami kekurangan dari kemahiran bahasa tersebut.

7. Guru kurang menampakkan usaha untuk mengadakan sesi kemahiran mendengar dan
bertutur kerana menghadapi masalah kawalan kelas. Apabila dua kemahiran itu diajar,
biasanya keadaan dan suasana dalam bilik darjah akan menjadi bising kerana komunikasi
dan interaksi guru-pelajar berlangsung. Untuk mengelakkan masalah tersebut, guru
mengambil jalan mudah untuk tidak mengadakan aktiviti berkenaan.

8. Sistem pendidikan negara kita yang berorientasikan peperiksaan menyebabkan guru-guru


mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar dan bertutur
yang langsung tidak diuji dalam peperiksaan awam telah mencetuskan pemikiran kepada
guru-guru untuk meminggirkan kemahiran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dua kemahiran ini dianggap boleh dikuasai secara semula jadi dan telah dikuasai sejak
kecil lagi, oleh itu, dua kemahiran tersebut tidak perlu diberi penekanan langsung.
10
EMB 412 Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu

Berikutan itu kemahiran bahasa yang lain, seperti menulis dan membaca, dianggap lebih
penting daripada kemahiran mendengar dan bertutur di sekolah rendah.

9. Guru kurang menekankan dua kemahiran itu disebabkan murid tidak suka memberi
pendapat secara lisan akibat penguasaan kosa kata yang kurang dan tidak yakin diri.
Murid-murid pula menganggap guru tidak memperuntukkan masa yang secukupnya untuk
mengajar dua kemahiran itu dan lebih memfokuskan kemahiran menulis dan membaca.
Sebenarnya punca-punca tersebut saling berkait, iaitu sikap guru yang mengabaikan
kemahiran mendengar dan bertutur dalam pengajaran dalam bilik darjah menyebabkan
murid-murid tidak yakin untuk memberi pendapat secara lisan.

10. Pengabaian kemahiran mendengar dan bertutur timbul berikutan kursus-kursus tentang
dua kemahiran itu jarang diadakan oleh KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) selain
guru menghadapi hambatan peperiksaan. Di pihak murid, mereka menghadapi masalah
gangguan bahasa ibunda. Mereka sentiasa berfikir dalam bahasa ibunda supaya
memahami pengajaran guru. Keadaan ini berkait rapat dengan faktor ahli keluarga dan
rakan-rakan sebaya yang cenderung bertutur dalam bahasa ibunda dengan mereka. Oleh
itu mereka rasa lebih selesa untuk berfikir dan bertutur dalam bahasa mereka. Malahan
mereka hanya menjawab dalam Bahasa Melayu apabila disoal oleh guru Bahasa Melayu.

Rumusan
Kemahiran mendengar dan bertutur adalah dua aspek paling asas dan penting dalam kehidupan
seharian kita. Dua kemahiran itu perlu dipelajari secara sistematik dan beterusan di sekolah-
sekolah. Namun, kemahiran mendengar dan bertutur di peringkat sekolah rendah langsung
diabaikan akibat sistem pendidikan negara kita yang berorientasikan peperiksaan. Peperiksaan
awam yang hanya menitikberatkan kemahiran penulisan menyebabkan guru-guru terus
mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur. Keadaan tersebut meninggalkan kesan yang
mendalam dari jangka masa panjang di mana generasi yang dilahirkan tidak mampu
menyampaikan idea, pendapat atau pandangan yang bernas, kreatif dan kritis dengan memuaskan.
Justeru kesedaran dan kerjasama semua pihak sangat penting untuk memandu arah pendidikan
negara kita ke landasan Falsafah Pendidikan Negara, iaitu melahirkan insan yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
11
EMB 412 Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu

Bahagian C: - 20%

Tulis satu laporan yang bertajuk:


Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur di Sekolah Saya: Satu Kajian
Berasaskan Tinjauan

Mendengar dan bertutur merupakan satu daripada unsur komunikasi yang tertua, terpenting
dan paling kerap digunakan. Namun sebagai kemahiran dalam pembelajaran bahasa, mendengar
dan bertutur merupakan bahagian yang paling kerap diabaikan. Mendengar dan bertutur
merupakan kemahiran yang utama dan pertama dikuasai oleh kanak-kanak. Dalam proses
pemerolehan bahasa kanak-kanak didapati bahawa sebelum perkataan atau bunyi pertama keluar
dari mulut bayi, bayi itu telah terdedah lebih dahulu kepada bunyi bahasa dan bukan bahasa secara
sengaja atau tidak sengaja. Hal ini bermakna bahawa mendengar dan bertutur merupakan asas
kemahiran berbahasa. Salah satu sebabnya ialah mendengar merupakan suatu kemahiran yang
paling awal muncul berbanding dengan kemahiran-kemahiran yang lain. Dari segi urutannya dapat
dikatakan bahawa kanak-kanak akan mendengar lebih dahulu daripada bertutur, bertutur lebih
dahulu daripada membaca dan membaca lebih dahulu daripada menulis (Asmah Haji Omar, 2004).
Kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis dapat dibahagikan
kepada dua jenis kemahiran komunikasi. Kemahiran mendengar dan membaca dianggap sebagai
kemahiran menerima komunikasi, manakala kemahiran bertutur dan menulis dikelompok sebagai
kemahiran menyampaikan komunikasi. Kemahiran mendengar dan bertutur menggunakan media
lisan (audio-oral), sementara kemahiran menulis dan membaca menggunakan media tulisan (visual
grafik).

Kemahiran mendengar dan bertutur murid dalam Bahasa Melayu diperkembangkan di


sekolah saya dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang mengenai Bahasa Melayu seperti pada
minggu Bahasa Melayu, semua murid mesti bertutur dengan menggunakan Bahasa Melayu dengan
sesiapa sahaja di dalam sekolah. Selain itu, panitia Bahasa Melayu akan mengadakan program-
program atau permainan yang berkaitan dengan Bahasa Melayu, contohnya teka-teki, mencipta
pantun, teka silang kata, lakonan, kuiz, menyanyi, bercerita dan sebagainya. Melalui aktiviti-
aktiviti ini, murid-murid berpeluang menggunakan Bahasa Melayu untuk bertutur antara satu sama
lain. 12
EMB 412 Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu

Untuk memperkembangkan kemahiran mendengar dan bertutur, guru juga melaksanakan


sesi bercerita dalam kelas, murid dikendaki bercerita tentang sesuatu cerita di dalam kelas,
kemudian murid yang lain boleh mengemukakan soalan mengenai cerita tersebut dengan
menggunakan Bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga mengadakan pertandingan
bercerita, syarahan, menyanyi dalam Bahasa Melayu di sekolah pada setiap tahun.

Terdapat beberapa kepentingan kemahiran mendengar dan bertutur. Kepentingan


kemahiran mendengar dan bertutur atau juga dikenali sebagai kemahiran lisan dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah membolehkan seseorang itu berinteraksi dengan orang
lain secara tepat bagi menyatakan kehendak,perasaan, pengalaman dan berupaya mengutarakan
pendapat dan pandangan yang jitu serta berkesan. Contohnya dalam aktiviti perbincangan
kumpulan, murid yang telah menguasai kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur
akan mudah melakukan perbincangan kumpulan dengan cara memberikan buah fikiran yang berna
sberdasarkan pengalaman yang sedia ada pada murid tersebut melalui kemahiran bertutur dan
mendengar yang telah dikuasainya. Ini secara tidak langsung akan memberikan kesan yang positif
kepada proses perbincangan disamping dapat membantu rakan-rakan dalam kumpulan perbincang
memahami isi-isi perbincangan dengan memberikan pendapat serta contoh yang mudah difahami.

Kepentingan yang seterusnya adalah membolehkan murid-murid menyebut perkataan atau


ayat dengan betul, jelas dan tepat. Apabila murid-murid mendengar cikgu Bahasa Melayu mereka
menyebut perkataan, mereka akan berusaha untuk menyebut perkataan tersebut dengan gaya,
sebutan serta intonasi yang sama dengan apa yang guru mereka sebut. Ini secara tidak langsung
akan meningkatkan sebutan murid-murid tersebut dan akhirnya akan menyebabkan murid-murid
dapat menyebutayat dengan betul, jelas dan tepat. Ini akan memudahkan murid-murid dalam
proses berkomunikasi dengan individu lain ataupun melancaran proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas bukan hanya tertumpu kepada kelas Bahasa Melayu malahan semua
subjek yang dipelajari oleh murid-murid.

Kepentingan yang ketiga adalah membolehkan murid-murid bertutur menggunakan ayat


yang tersusun, perkataan yang sesuai dan perbendaharaan kata yang lebih luas. Contohnya dalam
kelas Bahasa Melayu, Cikgu Goh mengajar murid-muridnya bagaimana menggunakan ayat yang
13
EMB 412 Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu

tersusun dengan perkataan yang tepat ketika bercakap. Melalui kemahiran mendengar secara aktif,
murid-muridnya akan mendengar apa yang diujarkan oleh Cikgu Goh yang menggunakan bahasa
yang betul dengan penggunaan ayat yang tepat. Secara tidak langsung murid-muridnya akan
mengusai kemahiran bertutur dengan menggunakan ayat dan perkataan yang tepat.

Selain itu, murid-murid juga akan memperkayakan penguasaan kosa katanya melalui
bertutur dan mendengar ketika di dalam kelas. Kepentingan kemahiran lisan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga adalah dapat meningkatkan keyakinan dan
kepercayaan diri serta menjadikan murid-murid berani bercakap, menyatakan perasaan dan
pendapat. Di dalam kelas, cikgu akan mengajar dengan menggunakan Bahasa Melayu yang tepat
dan sesuai. Apabila murid mendengar dengan aktif, mereka akan belajar menggunakan bahasa
yang sesuai dengan mahir. Apabila telah mahir, murid-murid akan lebih berani dan lebih yakin
untuk bersuara lebih-lebih lagi apabila guru bertanyakan soalan.Malahan sudah pasti jawapan yang
diberikan adalah merupakan pendapat atau idea-idea yang bernas kerana mereka sudah menguasai
kemahiran bertutur. Selain itu, kanak-kanak yang mempunyai keyakinan diri untuk bersuara ini
akan mempunyai ramai kawan kerana senang berkomunikasi dengan orang lain serta pendapatnya
mudah difahami melalui pertuturan yang jelas dan tepat.

Kepentingan yang terakhir adalah melatih murid-murid mendengar dan memahami


pertuturan dengan baik. Kemahiran mendengar secara berkesan dapat mewujudkan suasana
berkomunikasi yang baik dengan penyaluran mesej secara dua hala dan menghasilkan
persefahaman secara optimum. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelajar perlu
menguasai kemahiran mendengar supaya membolehkan mereka menguasai kandungan mata
pelajaran yang disampaikan oleh guru dalam pengajarannya. Keupayaan mendengar yang baik
juga satu kelebihan terutamanya bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran
berlangsung dengan lancar. Di dalam kelas, cikgu akan memberikan arahan tentang sesuatu
tugasan. Kemahiran mendengar amat diperlukan di dalam situasi ini. Sekiranya murid mendengar
dengan teliti, ini akan membantu murid-murid memahami kehendak arahan cikgu tersebut.
Apabila faham dengan arahan barulah mudah untuk murid-murid melaksanakan arahan yang telah
diberikan dengan tepat dan jayanya. Barulah proses pemerolehan ilmu berjalan dengan berkesan.
Selain itu, ia secara tidak langsung juga akan meningkatkan kemahiran mendengar seterusnya
14
EMB 412 Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu

memahami pertuturan dalam kehidupan seharian murid-murid. Daripada kepentingan-kepentingan


yang telah dinyatakan diatas, dapat disimpulkan kemahiran lisan amat penting dalam memastikan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur memerlukan guru


menguasai kaedah yang tepat. Kaedah merujuk kepada prosedur-prosedur mengajar yang wujud
berdasarkan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Pendekatan pengajaran
bahasa yang digunakan adalah berlandaskan teori linguistik dan psikologi. Oleh itu, sesuatu
kaedah yang digunakan tidak boleh bercanggah daripada pendekatan. Kaedah bersifat prosedur
yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti
dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu. Terdapat 5 Kaedah pengajaran kemahiran
mendengar dan bertutur yang digunakan di kelas iaitu:
1. Kaedah terus
2. Kaedah fonetik/ linguistik
3. Kaedah eklektik
4. Kaedah audio-lingual
5. Kaedah komunikatif

1. Kaedah terus
Kaedah ini merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai bahasa pertama
secara natural. Kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus, iaitu menggunakan terus bahasa
sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Kemahiran mendengar dan bertutur adalah
diutamakan kerana perkataan yang diajarkan adalah perkara yang digunakan sehari-hari.
Berdasarkan kaedah ini, perkataan konkrit contohnya, sudu diajarkan dengan menunjukkan
objek sudu. Perkataan abstrak contohnya, sayang pula diterangkan menggunakan perkataan
yang diketahui oleh murid-murid (tunjuk contoh ibu bapa mereka). Pengajaran sesuatu topik
baharu pula adalah berdasarkan sesuatu topik lain yang telah diajarkan tetapi mempunyai
kaitan dengan topik baharu tersebut. Sebagai contoh, untuk mengajar ayat yang terdiri daripada
kata nama + kata kerja + kata nama haruslah berdasarkan ayat yang telah diajarkan sebelumnya
Contoh ayat :
Saya minum (ayat sebelumnya)
Saya minum susu (ayat baru)
15
EMB 412 Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu

Kaedah ini mengutamakan kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar dan bertutur
dan bukannya pengetahuan tentang bahasa. Kelebihan penggunaaan kaedah ini ialah kesalahan
yang berpunca daripada gangguan bahasa ibunda dapat dikurangkan kerana murid-murid telah
dibiasakan dengan cara berfikir dan bertutur secara terus dalam bahasa sasaran.

2. Kaedah fonetik / linguistik


Pengajaran berdasarkan kaedah ini dimulakan dengan latihan pendengaran kemudian diikuti
dengan latihan penyebutan. Latihan penyebutan tersebut dimulakan dengan penyebutan bunyi,
perkataan, frasa dan ayat-ayat. Ayat-ayat yang dibina berdasarkan kaedah ini kemudiannya
digabungkan menjadi dialog dan cerita. Kaedah ini tidak menggunakan ejaan biasa tetapi
menggunakan simbol-simbol fonetik misalnya [ma?] untuk perkataan emak. Nahu atau
tatabahasa diajarkan secara induktif, iaitu contoh-contoh penggunaan tatabahasa itu
dikemukakan kepada murid-murid sebelum peraturan dan rumus-rumus itu diajarkan. Melalui
kaedah ini juga murid murid akan menulis karangan berdasarkan apa yang didengar atau
dibaca.

3. Kaedah eklektik
Kaedah ini mengambil ciri-ciri yang baik daripada kaedah lain dan menggabungkannya.
Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif kerana gabungan ciri-ciri yang baik daripada
pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Berdasarkan kaedah eklektik, kemahiran-kemahiran
bahasa diajarkan mengikut susunan, iaitu bertutur, menulis, memahami dan membaca. Aspek
tatabahasa diajarkan mengikut situasi, iaitu sama ada secara deduktif ataupun induktif. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan meliputi latihan mendengar dan bertutur, bacaan
kuat dan bersoal jawab.

4. Kaedah audio-lingual
Kaedah ini merupakan gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio) dan
kemahiran bertutur (lingual). Kaedah ini mementingkan penggunaan bahan bantu belajar
berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio) dan piring hitam.
Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid ialah petikan bunyi haiwan, bunyi
sesuatu suasana misalnya suasana seram, senikata lagu, nyanyian, petikan cerita, sajak, dan
sebagainya. Melalui kaedah ini, murid-murid akan mendengar (contohnya bunyi sajak
16
EMB 412 Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu

daripada pita rakaman). Melalui pengalaman mendengar tersebut, murid-murid akan berlatih
menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengar termasuk nada dan intonasinya secara latih
tubi. Murid-murid seterusnya akan berlatih mendeklamasikan sajak dengan rakan secara
berpasangan atau berkumpulan. Melalui kaedah ini, murid-murid lebih mudah mengingat
maklumat yang didengar. Ingatan murid-murid juga dapat diperkukuh dengan cara mendengar
semula rakaman dan berbincang dengan rakan-rakan.

5. Kaedah komunikatif
Kaedah komunikatif mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang melibatkan
kognitif dan interaksi bahasa. Kaedah ini menitikberatkan pengajaran kecekapan bahasa, iaitu
tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya kemahiran mendengar dan bertutur. Ketika
murid-murid melalui proses pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna terlebih dahulu
sebelum dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu. Proses
menggambarkan makna dalam struktur ayat tertentu tersebut memerlukan guru-guru melatih
murid-murid menguasai kemahiran mendengar dan bertutur melalui aktiviti bahasa yang
bermakna. Sehubungan itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dalam kaedah komunikatif
ialah penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan sebagainya.

Walaupun terdapat banyak kepentingan dan kaedah-kaedah mengajar kemahiran


mendengar dan bertutur, tetapi masa yang diperuntukkan adalah tidak mencukupi. Kebanyakkan
guru tidak melaksanakan pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur kerana pengajaran
tersebut memerlukan masa yang lebih panjang, dan guru tersebut harus mempunyai kemampuan
mengawal kelas. Jika kelas kawalan seseorang guru lemah, pengajaran kemahiran mendengar dan
bertutur tidak dapat berjalan dengan berkesan dan ini akan membazirkan masa sahaja. Selain itu,
guru sekolah berpendapat bahawa kemahiran mendengar dan bertutur tidak penting berbanding
dengan kemahiran membaca dan menulis. Ini disebabkan sistem peperiksaan awam negara kita
tidak mengadakan soalan-soalan peperiksaan yang berkaitan dengan dua kemahiran tersebut. Jadi,
guru hanya mementingkan kemahiran mambaca dan menulis supaya dapat membantu murid-murid
dalam peperiksaan. Dengan ini, kemahiran mendengar dan bertutur tidak diberi penekanan di
sekolah.

17
EMB 412 Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu

Untuk mendapatkan maklumat tentang pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur,


saya telah menemubual dengan tiga orang guru Bahasa Melayu di sekolah saya. Ketiga-tiga orang
guru merupakan guru Bahasa Melayu yang berpengalaman iaitu Cikgu Goh Lin Ing, Cikgu
Noormalasari dan Cikgu Lai Chun Siong. Cikgu Goh Lin Ing ialah panitian Bahasa Melayu yang
amat berpengalaman. Ketiga-tiga orang guru ini telah lama mengajar Bahasa Melayu tahap 1 dan
tahap 2. Cikgu Lai dan Cikgu Goh pula merupakan guru Bahasa Melayu bagi Tahun 6.

Dalam temubual dengan Cikgu Goh Lin Ing, beliau berpendapat bahawa semua kemahiran
amat penting dan murid-murid harus menguasai kesemua kemahiran tersebut dengan baik.
Menurut Cikgu Goh, beliau memberikan keutamaan kepada pengajaran kemahiran mendengar dan
bertutur di dalam kelas terutamanya bagi murid tahap 1. Ini kerana beliau mengatakan bahawa
murid tahap 1 masih tidak menguasai kemahiran menulis dengan baik, jadi untuk membantu
murid-murid meningkatkan kemahiran menulis, beliau berpendapat bahawa murid-murid harus
menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan terlebih dahulu. Seseorang murid yang
boleh mendengar dengan cara yang betul, sudah tentu dia akan bertutur dengan baik dengan orang
lain. Melalui mendengar dan bertutur, murid-murid dapat mengemukakan pendapat sendiri dengan
menggunakan bahasa yang betul. Lama-kelamaan, murid-murid dapat menulis dengan apa yang
didengar dan ditutur. Kaedah-kaedah yang biasa digunakan ol eh Cikgu Goh dalam pengajaran
dan pembelajaran beliau ialah kaedah terus, kaedah eklektik dan kaedah audio-lingual. Teknik-
teknik yang digunakan dalam kelas ialah teknik soal jawab, teknik main peranan, teknik permainan
bahasa, teknik latih tubi bagi murid tahap 1, manakala bagi murid tahap 2, beliau lebih
menggunakan teknik perbincangan dan teknik penyelesaian masalah. Beliau melaksanakan
penilaian semasa waktu pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti penilaian untuk
mendapatkan maklum balas bagi aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh murid. Penilaian
yang dimaksudkan oleh beliau bukan hanya dalam bentuk formal, tetapi lebih merupakan penilaian
yang berterusan. Antara aktiviti yang dijalankan seperti aktiviti bercakap berdasarkan gambar,
aktiviti bercerita, ujian secara berkumpulan atau individu dan sebagainya.

Bagi Cikgu Noormalasari yang lebih berpengalaman mengajar murid tahap 1, beliau
berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam kelas harus menarik
dan seronok untuk menarik minat murid mendengar dan bertutur dengan baik dan betul. Beliau
18
EMB 412 Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu

juga mengutamakan kepada pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur kerana kemahiran
mendengar dan bertutur merupakan kemahiran yang penting untuk murid berkomunikasi antara
satu sama lain. Murid-murid dapat menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik, ini
akan menyenangkan murid-murid membuat perbincangan dalam kumpulan. Beliau biasa
menggunakan kaedah terus, kaedah fonetik/ linguistik dan kaedah audio-lingual. Untuk menarik
minat murid-murid, beliau sering memberi peluang kepada murid-murid untuk bercerita di depan
kelas, menyanyi, berlakon dan sebagainya. Penilaian yang dilakukan oleh Cikgu Noormalasari
ialah melalui ujian secara individu, soal-jawab, berinteraksi, berpuisi dan lain-lain lagi.

Cikgu Lai Chun Siong ialah seorang cikgu Bahasa Melayu yang berpengalaman mengajar
murid tahap 2. Menurut Cikgu Lai, beliau lebih mengutamakan kepada kemahiran menulis dan
membaca berbanding dengan kemahiran mendengar dan bertutur. Ini disebabkan latihan atau
soalan peperiksaan tahap 2 lebih kepada kemahiran menulis, jadi kebiasaan guru yang mengajar
murid tahap 2 akan lebih menitikberat terhadap kemahiran menulis. Walaupun kemahiran menulis
dan membaca lebih diutamakan, tetapi kemahiran mendengar dan bertutur masih dilaksanakan
dalam kelas dengan kadar yang kurang sahaja. Kaedah yang digunakan oleh Cikgu Lai ialah
kaedah audio-lingual dan kaedah komunikatif . Beliau menggunakan radio atau pita rakaman untuk
memberi murid-murid mendengar petikan cerita, nyanyian, sajak dan sebagainya. Kemudian,
Cikgu Lai juga akan mengadakan sesi perbincangan secara kumpulan bagi murid-murid. Dengan
ini, murid-murid boleh berinteraksi antara satu sama lain. Cikgu pula menjadi fasilitator bagi
murid-murid. Teknik penilaian yang dilakukan oleh Cikgu Lai adalah sama seperti teknik yang
dilakukan oleh kedua-dua guru seperti ujian secara individu atau kumpulan, soal jawab, teknik
perbincangan, teknik penyelesaian masalah dan sebagainya.

Dalam temubual, ketiga-tiga orang guru tidak menafikan bahawa penguasaan yang baik
terhadap kemahiran mendengar dan bertutur akan membantu murid-murid dalam menulis dan
membaca. Mereka juga berpendapat jika hendak murid-murid menguasai kemahiran mendengar
dan bertutur dengan baik, guru harus memastikan murid-murid boleh mendengar dengan senyap
dan memberi sepenuh perhatian terhadap orang yang bercakap, mengajar murid mendengar dan
menganalisis isi yang penting, berfikir dengan selanjutnya tentang apa yang telah disampaikan.
Dengan ini, murid-murid baru dapat menguasai kemahiran mendengar dengan baik. Selain itu,
19
EMB 412 Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu

guru juga harus memastikan murid bertutur dengan cara dan intonasi yang betul dengan
menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai, tatabahasa yang betul, bahasa yang betul dan
sebagainya. Guru juga harus membimbing murid-murid bertutur dengan bersopan dan
menghormati antara satu sama lain semasa bertutur. Justeru, murid-murid akan menjadi seorang
yang mempunyai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik.

KESIMPULAN
Kemahiran mendengar dan bertutur sangat penting dalam kehidupan seseorang. Keperluan
mendengar dan bertutur secara berkesan dapat mewujudkan suasana berkomunikasi yang baik
dengan penyaluran mesej secara dua hala dan menghasilkan persefahaman secara optimum.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, murid perlu menguasai kemahiran
mendengar agar membolehkan mereka dapat menguasai kandungan mata pelajaran yang
disampaikan oleh guru dalam pengajarannya. Keupayaan mendengar dan bertutur yang baik juga
merupakan satu kelebihan terutamanya bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran
yang akan berlangsung dengan lancar.

20
EMB 412 Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu

RUJUKAN
1. Safani Bari, Mohd Mokhtar Tahar, & Adullah Yusof. (2006). Pengenalan Pendidikan Khas.

Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

2. Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2002). Kemahiran interpersonal untuk guru. Pahang:

PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

3. http://aliassidek.blogspot.my/2009/07/kemahiran-mendengar-dan-bertututr.html

4. http://amirosyatibashah.blogspot.my/2011/12/bahasa-melayu-kemahiran-mendengar.html

5. http://tulisapaapasaja.blogspot.my/2012/04/kemahiran-berbahasa.html

6. http://bahasamelayudnisenu.blogspot.my/2011/10/kemahiran-bertutur.html

21

You might also like