You are on page 1of 77

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Dalam ini, penyelidik akan membincangkan perkara-perkara berikut iaitu


pernyataan masalah yang hendak dikaji, objektif kajian ini dibuat, persoalan kajian
yang perlu dijawab, pembentukan hipotesis kajian, batasan kajian semasa kajian
dijalankan dan definisi operasional bagi menerangkan maksud perkataan atau istilah
yang digunakan untuk kontek kajian ini.

Sistem pendidikan di Malaysia kini telah mengalami banyak perubahan yang


pantas selaras dengan kemajuan ekonomi, sosial dan politik untuk mencapai dasar
dan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun
2020. Beberapa syor, program dan dasar yang diperkenalkan dan digunapakai
sebelumnya seperti Laporan Penyata Razak (1957), Laporan Rahman Talib (1959),
Dasar Pelajaran Kebangsaan (1961) sehingga Akta Pendidikan (1996) merupakan
langkah yang telah diutarakan bagi mewujudkan suatu sistem pendidikan yang
bersepadu dalam proses melahirkan bangsa Malaysia seperti yang dihasratkan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1987), Wawasan Pendidikan (1997) dan Wawasan
2020. Selain itu, telah diperkenalkan juga dasar dan program yang mesti
dilaksanakan di sekolah seperti Kurikulum Lama Sekolah Rendah, Kurikulum Baru
Sekolah Rendah dan yang terbaru ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) serta Kurikulum Standard Sekolah Menengah yang diperkenalkan pada
1

tahun 2011. Ini bermakna segala kelemahan dalam sistem dan jentera pentadbiran
pendidikan haruslah diperbaiki dan pelaksanaan tranformasi pendidikan perlu
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pada 28 Januari 2010, Buku Program Tranformasi Kerajaan telah


dilancarkan oleh Perdana Menteri di mana pendidikan merupakan salah satu
daripada 6 fokus Bidang Keberhasilan Utama Negara atau National Key Results
Areas (NKRA) (KPM, 2010). Aspirasi NKRA pendidikan memberi penekanan
kepada beberapa elemen seperti pencapaian pelajar, pendidikan berkualiti,
peningkatan pencapaian sekolah, melahirkan pemimpin serta guru-guru yang
cemerlang dan berkualiti. Kerajaan juga telah menawarkan new deal atau satu
Baiah baru kepada semua guru besar dan pengetua dengan janji ganjaran
berasaskan pencapaian cemerlang

sekolah. Malah sekolah yang menunjukkan

pencapaian yang cemerlang dalam akademik akan diangkat sebagai Sekolah


Berprestasi Tinggi. Oleh itu, kejayaan dan kegagalan NKRA akan dinilai melalui
Indeks Prestasi Utama sesebuah sekolah iaitu pencapaian akademik sekolah tersebut.
Jelaslah, kesungguhan kerajaan memperkasakan bidang pendidikan dapat dilihat
melalui pelbagai pembaharuan dalam NKRA. Namun demikian, kecemerlangan dan
keberkesanan sesebuah sekolah bergantung kepada kepimpinan seorang guru besar
dan guru-guru di sekolah.

Dapatan daripada Program Pembangunan Prestasi (KPM, 2010),


menunjukkan bahawa sebanyak 209 sekolah rendah dan 428 sekolah menengah
berada dalam band 6 dan 7. Analisis data daripada School Improvement Toolkit (SIT)
juga menjelaskan bahawa sekolah-sekolah band 6 dan 7 perlu diberikan bantuan
2

dalam Program School Improvement Partner (SIPartner) dan School Improvement


Coaches (SIC). Dengan itu, dalam memperkasakan sekolah sebagai sekolah
berprestasi tinggi memerlukan semua warga sekolah iaitu guru-guru melaksanakan
suatu strategi yang menyeluruh misalnya prose pembelajaran dan pengajaran (P&P).
Strategi ini sudah semestinya akan melibatkan seluruh anggota organisasi
melaksanakan segala perancangan yang dirancang. Oleh yang demikian, dalam
memenuhi keperluan NKRA memerlukan pemimpin dan guru-guru di sekolah yang
berupaya memberi impak kecemerlangan sekolah. Justeru untuk menyahut seruan
dan transformasi serta globalisasi dalam sistem pendidikan ini, guru-guru
memainkan peranan yang penting di dalam melahirkan pelajar-pelajar yang dapat
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.

Kesungguhan pihak kerajaan di dalam memastikan pendidikan di negara kita


menjadi keutamaan ialah dengan mewujudkan beberapa program yang telah
dimasukkan ke dalam NKRA seperti program literasi dan numerasi (LINUS)
(KPM:2010). Malah perlaksanaan KSSR di sekolah rendah menunjukkan KPM
mengambil berat terhadap kebolehan pelajar-pelajar menguasai aspek Membaca,
Menulis dan Mengira. Oleh yang demikian, pihak sekolah terutamanya guru-guru
perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan pencapaian
terutamanya akademik pelajar tercapai.

1.2

Latar Belakang Kajian

Guru memainkan peranan yang penting dalam pembentukan masyarakat berilmu


sejak dahulu lagi. Peranan guru sebagai agen sosial yang membentuk tingkah laku
dan pemikiran pelajar-pelajar semasa di alam persekolahan tidak dapat dinafikan.
Justeru, guru harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu, teknik dan P&P
terkini. Ini selari dengan peredaran zaman yang telah membawa perubahan dan
cabaran terhadap profesian keguruan termasuk pengubahsuaian peranan dan fungsi
guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada pemudahcara dalam P&P, agen
perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. Guru juga perlu kreatif dan inovatif
untuk menjadikan sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran menjadi
efektif, menarik dan menyeronokkan di dalam kelas.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1988) dalam Laporan Jawatankuasa


Kabinet yang mengkaji perlaksaan dasar pelajaran mendapati

taraf pencapaian

murid dalam Bahasa Melayu mempunyai pertalian yang rapat dengan mutu
pengajaran dan pembelajarannya di sekolah. Setakat ini pada amnya taraf
pencapaian, mutu pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran ini adalah
memuaskan tetapi boleh diperbaiki lagi terutamanya di Sekolah Jenis Kebangsan
Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Malah laporan mendapati pengajaran
Bahasa Melayu ini tidak keseluruhan dikendalikan oleh guru-guru yang telah dilatih
khas untuk mengajar matapelajaran ini.

Seterusnya dalam mengatasi masalah ini, antara tindakan yang dilakukan


oleh KPM ialah menghantar guru-guru yang mengajar subjek ini berkursus dan
diberi latihan khas untuk meningkatkan lagi kefahaman dan teknik pengajaran
4

mereka. Melalui langkah tersebut guru-guru mengajar Bahasa Melayu dapat


meningkatkan lagi kemahiran, teknik, pendekatan dan strategi mengajar yang terkini
dan berkesan pada masa sekarang untuk diterjemahkan dalam bilik darjah.

Sebagai guru kita selalu menghadapi masalah berkaitan dengan pelajarpelajar yang tidak memahami atau kurang jelas dengan sesuatu konsep yang diajar
kepada mereka. Masalah ini sekiranya tidak diatasi dengan segera akan melemahkan
semangat mereka untuk menerima P&P dan akan menganggapnya sebagai satu mata
pelajaran yang sangat susah untuk dipelajari. Menurut Alias Baba (1987) mendapati
ramai pelajar menganggap pelajaran Bahasa Melayu kertas penulisan sebagai mata
pelajaran yang susah dan dengan itu kurang meminatinya. Oleh kerana itu, adalah
menjadi tanggungjawab kita sebagai guru untuk mencari satu penyelesaian yang
dapat mengatasi masalah ini.

Kurangnya kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep itu selalunya


mengalakkan

mereka

menghafal

seperti

memberi

sesuatu.

Mereka

akan

menggunakan bahasa buku teks dan tidak dapat menggunakan perkataan sendiri
untuk menjelaskan sesuatu konsep dalam penulisan mereka. Mereka tidak dapat
mengaitkan setiap perkataan kepada idea-idea yang penting. Misalnya, seorang
pelajar mungkin boleh mencari isi-isi penting dalam penulisan karangan tetapi tidak
dapat menghuraikan dengan betul dan gramatis atau sebaliknya.

Oleh itu, sebagai guru yang mengajar Bahasa Melayu harus mempersiapkan
diri dengan pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Menurut Zainal
Masleh (2012), guru harus memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar
5

atau pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi
mengajar Bahasa Melayu. Tambahnya lagi, dalam pengajaran seharusnya pelajar
merasai dan dapat memahami guru mereka lebih mahir dan lebih mengetahui
sesuatu tajuk yang dibincangkan. Jika sebelum ini, guru lebih menggunakan sifat
konvensional dan tradisional dalam pengajaran seperti komunikatif, deduktif dan
induktif. Kini sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu perlu menerokai kepada
pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian
pelajar, tajuk diajar dan sebagainya. Antara pendekatan tersebut ialah pendekatan
kontekstual, koperatif, kolaboratif, masteri dan sebagainya.

Penyelidikan dalam bidang ini telah lama cuba untuk memberi jawapan
kepada masalah ini. Ramai tokoh yang terlibat dalam bidang ini, salah seorangnya
ialah ahli psikologi iaitu Ausubel. Menurut Ausubel (1978), pembelajaran secara
kognitif banyak memberi sumbangan sebagai panduan dan juga arah kepada
penyelidikan tentang proses kefahaman konsep dalam P&P. Maksudnya, pelajarpelajar akan mengaitkan pengetahuan kepada rangka struktur yang sedia ada dalam
fikiran pelajar berkenaan. Dengan kata lain, pelajar akan mengunakan setiap ideaidea yang telah di cari untuk dijadikan sebuah penulisan yang gramatis.

Di negara kita, KPM merupakan badan yang berperanan dalam bidang


pendidikan. Oleh hal yang demikian, KPM harus memastikan guru-guru sentiasa
mencapai tahap perkembangan diri yang tinggi dan dinamik dalam pelbagai aspek
P&P. Contohnya, pelbagai program seperti latihan, bengkel dan kursus telah
diwujudkan oleh KPM supaya guru-guru terus menimba pengetahuan dan
kemahiran dalam menjadi guru yang berkualiti dan kompeten. Ini selaras dengan
6

hasrat kerajaan dalam NKRA oleh jawatankuasa PEMANDU untuk meningkatkan


60 peratus peningkatan dalam kualiti guru dalam P&P dan 40 peratus peningkatan
outcome murid dalam pendidikan rendah telah menjadi tumpuan utama kerajaan
(KPM: 2010). Malah, kerajaan juga telah mewujudkan program-program seperti
LINUS dalam aspek Bahasa Melayu untuk memastikan semua murid dapat
menguasai kemahiran 3M pada tiga tahun pertama mereka belajar.

Bidang penulisan merupakan aktiviti yang kompleks kerana melibatkan


aktiviti mental dan kemahiran menyelesaikan masalah serta kebolehan komunikasi
yang kompleks. Menurut Allen (1991), penulisan melibatkan kemahiran menulis
untuk pelbagai tujuan dan konteks bukan setakat mempelajari struktur dan
pembendaharaan kata sesuatu bahasa tersebut. Tambah beliau lagi, apabila muridmurid menulis, mereka bukan penerima bahasa yang pasif tetapi berperanan sebagai
interaktor aktif yang saling bertindak dengan bahasa yang digunakan.

Tidak dinafikan, penulisan karangan memerlukan kemahiran mengeluarkan


idea, merancang dan menyiapkan teks penulisan mengikut penulisan standard
(Graham et al: 1991). Tambahnya lagi, penulisan karangan memerlukan kemahiran
memahami apa dan bagaimana komunikasi berlaku di kalangan pelajar dan guru.
Mengikut kajian Chia et al (2003), terhadap kemahiran menulis karangan dikalangan
pelajar-pelajar mendapati kebanyakkan murid selalunya bergantung kepada guru
dalam menghasilkan penulisan. Murid tidak berasa yakin terhadap kemampuan diri
sendiri dalam menghasilkan karangan.

Untuk mengatasi masalah penulisan karangan dikalangan murid, bimbingan


dan tunjuk ajar daripada guru kepada guru amat penting. Guru perlu prihatin
terhadap kelemahan pelajar terutamanya aspek penulisan karangan kertas dua dalam
subjek Bahasa Melayu. Pelbagai pendekatan dan kaedah dapat digunakan oleh guru
dalam mengatasi penulisan karangan dikalangan murid. Guru dapat menggunakan
kaedah seperti ujian diognastik untuk membolehkan guru mengenal pasti kelemahan
aspek penulisan pelajar-pelajar. Daripada ujian tersebut, setiap kelemahan dapat
digunakan oleh guru untuk memperbaiki atau penambahbaikan dalam proses P&P
supaya dapat meningkatkan prestasi pelajar tersebut.

Dalam kajian tindakan ini, penyelidik memilih kaedah penggunaan peta


minda bagi membantu pelajar-pelajar dalam aspek penulisan karangan Bahasa
Melayu. Kaedah peta minda sesuai digunakan kerana dapat membantu murid
menjana idea dan mencatat isi-isi penting sebelum membuat karangan yang lengkap.

1.3

Penyataan Masalah
Pendidikan yang berkualiti memerlukan guru yang berkualiti dalam proses

pengajaran. Walaupun kejayaan dalam proses pembelajaran dipengaruhi oleh


pelbagai faktor seperti keadaan fizikal bilik darjah, kemudahan alat bantu mengajar
tetapi yang paling penting ialah kualiti interaksi yang wujud antara guru dan pelajar.
Menurut Mohd. Najib (1999) dalam Zainal Abidin Masleh (2012), guru-guru pada
abad abad ke-21 perlu memiliki kekuatan minda, kemantapan idealisme,,
ketangkasan daya cipta dan kekuatan diri. Profesionalisme dan disiplin kendiri yang
positif menjadi paksi utama kejayaan utama kepada budaya kecemerlangan kejaya
8

sorang guru. Sehubungan itu, seorang guru Bahasa Melayu perlu mempunyai tahap
pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik untuk menyampaikan bahan
pengajaran semasa proses P&P.

Pengajaran guru memerlukan guru memberikan perhatian terhadap


penyediaan aktiviti pengajaran, tugasan atau pengalaman kepada setiap pelajar yang
berjaya membawa peningkatan terhadap jenis pembelajaran seperti ilmu
pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan sikap pelajar yang diharapkan oleh guru.
Oleh itu, guru hendaklah menyediakan pengalaman melalui pengajaran dengan
menyediakan alam sekeliling dan menstrukturkan keadaan untuk merangsang tindak
balas yang diinginkan daripada pelajar. Hal ini dinyatakan oleh Tyler (1973) yang
membincangkan kepentingan komponen kognitif dan afektif terhadap pembelajaran
berkesan iaitu mengambil kira dan nilai yang boleh membawa kesan kepada
pertukaran tingkah laku positif atau negatif.

Untuk memastikan pengajaran berkesan, guru perlu mengetahui tentang


tahap kognitif pelajar. Setiap pelajar adalah berbeza tahap kognitifnya. Demikian
juga pelajar yang belajar Bahasa Melayu yang akan mempengaruhi tahap
penguasaan dan kemahiran mereka. Oleh demikian, guru perlu mengambil kira
keupayaan pelajar semasa proses P&P berlaku seperti pemberian tugasan, soalan
yang dikemukakan, aktiviti perbincangan dan sebagainya. Dengan ini, penting bagi
seorang guru memilih pendekatan dan strategi pengajaran yang sesuai dan kreatif
dalam merancang aktiviti P&P untuk menarik minat pelajar belajar Bahasa Melayu.

Pengajaran guru juga menarik perhatian Ahmad Zaidi (1990), beliau


menfokuskan kepada tingkah laku pengajaran guru. Beliau mendapati bahawa para
pelajar memberi persepsi yang baik kepada kemesraan guru, tingkah laku kognitif
guru dan kesanggupan dorongan guru. Salah satu komponen pengajaran guru
berkesan adalah berkaitan pengurusan pengajaran. Hal ini kerana minat pelajar tidak
akan pudar jika kepelbagaian bahan dan aktiviti digunakan dalam suatu pelajaran
(Coombs, 1999). Kemahiran pengajaran seseorang guru yang membezakan seorang
guru istimewa keberkesanannya dengan yang sederhana, dan gejala berkenaan yang
dikatakan unsur seni dalam pengajaran (Rahimah, 1991). Amalan pengajaran
berkesan berkaitan dengan pengurusan aktiviti kelas kerana kebanyakan masa
pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas.

Pengurusan aktiviti bilik darjah iaitu P&P mempunyai kaitannya dengan


prestasi dan pencapaian peperiksaan pelajar. Perkara tersebut disentuh oleh Good
dan Brophy (1986) yang telah menyenaraikan beberapa aspek tingkah laku
pengajaran dan pembelajaran seperti; a) Menguasai isi pengajaran dan bahan yang
berkaitan dengan pengajaran, b) Masa yang diperuntukan untuk pengajaran. Pelajar
akan belajar lebih banyak apabila peruntukan masa sesuai untuk aktiviti pengajaran,
c) Penggunaan masa. Pelajar akan belajar lebih banyak sekiranya nisbah masa
dilebihkan kepada tugas belajar, d) Kejayaan yang konsisten. Pelajar akan belajar
lebih banyak sekiranya peluang kejayaan adalah tinggi dan konsisten, e) Pengajaran
aktif. Pelajar akan belajar lebih banyak sekiranya pengajaran aktif berbanding
dengan pelajar yang belajar tanpa bimbingan.

10

Pengajaran adalah menjadi fokus penting apabila bercakap tentang


pendidikan seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 yang telah memberikan
penekanan tentang hal ini di bahagian mukadimahnya dengan pernyataan berikut
Bahawasanya mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara
dan penyelamat bangsa (Akta Pendidikan 1996: Akta 550: Peraturan-peraturan
terpilih, 1999). Para guru yang memikul tanggungjawab sebagai pendidik amat
penting dalam mencapai hasrat ini.

Namun demikian, kita seringkali mendengar rungutan guru hari ini akibat
semakin kurangnya minat dan tumpuan pelajar semasa pengajaran dan
pembelajaran. Kelemahan ini mungkin ada kaitan dengan kegagalan para guru
mengambil kira perbezaan dalam gaya pembelajaran pelajar. Menurut Dunn dan
Dunn (1979), setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu. Oleh itu, guru
perlu didedahkan kepada pengetahuan tentang gaya pembelajaran dan bagaimana
menyesuaikan gaya pengajaran pembelajaran pelajar dengan pengajaran guru agar
dapat mencapai pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang.

Menurut Habibah (1992) pada satu masa dahulu, pengajaran dianggap


sebagai penyampaian pengetahuan daripada guru kepada pelajar. Pola penyampaian
guru lebih berupa penyampaian sehala maklumat daripada guru kepada pelajar.
Pelajar sebagai pendengar dan penerima maklumat yang agak pasif. Pengetahuan
tentang gaya pembelajaran pelajar dan gaya pengajaran penting bagi guru untuk
memilih pendekatan pengajaran dan aktiviti yang sesuai; merangsangkan kreativiti,
motivasi dan penyertaan pelajar secara aktif, menimba pengalaman baru, serta
mencungkil potensi dan memaksimumkan kekuatan pelajar.
11

Kejayaan pelajar mendapat markah yang cemerlang dalam peperiksaan amat


bergantung kepada peranan tenaga pengajar untuk memenuhi harapan pelajar dan
mencapai objektif mereka. Keberkesanan pengajaran telah diperjelaskan lagi oleh
kajian Jackson et al., (1999) mengenai penilaian pelajar terhadap keberkesanan
pengajaran guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kualiti dan keberkesanan
pengajaran adalah berkaitan dengan penguasaan subjek oleh guru, hubungan yang
rapat dengan pelajar, reka bentuk dan nilai kursus serta keadilan dalam pemarkahan.

Guru yang produktif ialah guru yang berkesan dalam pengajarannya dan
bimbingannya dengan menghasilkan pelajar yang pandai dan terdidik, iaitu pelajar
yang mampu mencapai taraf prestasi yang tinggi dalam peperiksaan (Rahimah,
1991). Kejayaan dan keberkesanan guru dalam menyampaikan pengetahuan
mengenai mata pelajaran tertentu adalah penting. Dalam hubungan ini, Busher dan
Harris (2000) menyatakan bahawa pengajaran berkesan merupakan asas penting
dalam proses melahirkan pelajar cemerlang melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan.

Menurut Azizi (1999) yang melaporkan bahawa dalam aspek pengajaran


berkesan menunjukkan guru telah menggunakan strategi pengajaran dan
pembelajaran dengan betul. Di antara strategi yang termasuk dalam pengajaran ini
adalah seperti perbincangan, kerja kumpulan, penyelesaian, masalah, penyelidikan,
kajian kes, simulasi, main peranan dan tunjuk cara. Malah aspek yang tersebut
merupakan strategi penting dalam meningkatkan prestasi peperiksaan pelajar.
Pengajaran yang berkesan sering dikaitkan dengan penekanan terhadap pendidikan

12

di kelas dan peranan guru sebagai faktor utama proses pembelajaran dan prestasi
peperiksaan.

Menurut Keefe (1989) para pendidik cenderung untuk mengajar mengikut


kecenderungan pembelajaran mereka dan mengabaikan gaya pembelajaran pelajar
yang kadang-kala tidak bersesuaian dengan strategi dan aktiviti yang dipilih. Hal ini
menyebabkan pengajaran tidak begitu berkesan kerana ketiadaan padanan di antara
gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran pelajar boleh mengakibatkan
pemindahan pembelajaran yang kurang sempurna. Tambah beliau lagi, didapati guru
cenderung untuk mengajar mengikut kecenderungan pengajaran mereka sendiri dan
mengabaikan gaya pembelajaran pelajar yang kadang-kala tidak bersesuaian dengan
strategi dan aktiviti yang dipilih. Ketiadaan padanan di antara gaya pengajaran guru
dengan gaya pembelajaran pelajar boleh mengakibatkan proses pembelajaran yang
kurang sempurna.

Daripada pengalaman penyelidik mengajar subjek Bahasa Melayu, didapati


ramai pelajar tahap dua yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 lemah dalam
aspek penulisan karangan Bahasa Melayu. Pelajar-pelajar sukar mendapat markah
yang cemerlang terutamanya dalam bahagian B penulisan karangan. Keadaan ini
telah mempengaruhi markah keseluruhan kertas penulisan pelajar-pelajar tersebut.
Penyelidik juga mendapati pelajar-pelajar tidak mempunyai isi-isi karangan yang
mencukupi seperti yang sepatutnya selain ayat yang berulang-ulang semasa
menghuraikan isi tersebut. Masalah ini lebih ketara apabila murid menjawab
karangan yang berbentuk format seperti surat kiriman rasmi, syarahan, pidato,
laporan dan sebagainya. Jika masalah ini tidak diatasi segera, sudah pasti akan
13

menyebabkan murid tidak dapat menguasai aspek penulisan karangan dengan baik.
Kesannya, ia akan menjejaskan keputusan mata pelajaran Bahasa Melayu dalam
peperiksaan UPSR khasnya dan keputusan keseluruhan sekolah amnya.

Oleh yang demikian, penyelidik berpendapat perlu mengambil inisiatif dan


pendekatan yang sepatutnya untuk mengatasi masalah tersebut. Penyelidik
merasakan penggunaan kaedah peta minda diharapkan dapat membantu pelajarpelajar untuk menguasai kemahiran aspek penulisan karangan Bahasa Melayu.

1.4

Objektif Kajian

Antara objektif khusus kajian ini ialah;


1.4.1

Mengenalpasti latar belakang responden kajian dari segi aspek demografi.

1.4.2

Menentukan amalan pengajaran yang digunakan dalam penulisan karangan


dengan kaedah peta minda.

1.4.3

Meningkatkan

penguasaan

kemahiran

penulisan

karangan

dengan

menggunakan kaedah peta minda.


1.4.4

Mengenalpasti perbezaan markah melalui penggunaan teknik peta minda


dalam meningkatkan penulisan karangan pelajar.

1.4.5

Mengenalpasti perbezaan markah antara ujian Pra dengan Ujian Pasca.

14

1.5

Persoalan Kajian

Daripada objektif kajian yang telah ditetapkan, berikut adalah beberapa persoalan
yang akan dijawab oleh penyelidik. Antaranya ialah;
1.5.1

Melihat tahap penguasaan murid dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.

1.5.2

Adakah penggunaan kaedah peta minda dapat menambah baik P&P dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu.

1.5.3

Adakah terdapat perbezaan markah pelajar berdasarkan jantina responden.

1.5.4

Adakah terdapat perbezaan markah Ujian Pra dan Ujian Pasca selepas
penggunaan kaedah Peta Minda.

1.6.

Hipotesis Kajian

Berdasarkan objektif dan persoalan kajian yang dibentuk, berikut adalah dua
hipotesis yang akan dijawab dalam kajian ini.
Ho1

: Tidak terdapat perbezaan antara markah Ujian Pra berdasarkan jantina.

Ho2

: Tidak terdapat perbezaan antara markah Ujian Pasca berdasarkan jantina.

Ho3

: Tidak terdapat perbezaan antara markah Ujian Pra dengan markah Ujian
Pasca selepas menggunakan teknik Peta Minda.

1.7

Batasan Kajian

Kajian tindakan ini hanya dijalankan ke atas sekolah penyelidik sahaja iaitu Sekolah
Kebangsaan Saint Philip, Bugu, Serian. Sekolah kajian merupakan Sekolah Kurang
Murid dengan jumlah enrolmen keseluruhan murid seramai 95 orang. Oleh itu,
Penyelidik menggunakan semua murid tahun empat dan tahun lima sebagai sampel
15

kajian iaitu seramai 36 orang pelajar sahaja. Dapatan kajian ini adalah terbatas di
sekolah kajian ini sahaja. Dapatan kajian tidak menggambarkan secara keseluruhan
prestasi pelajar-pelajar dalam penulisan karangan Bahasa Melayu di sekolah seluruh
negeri Sarawak dan Malaysia.

Batasan seterusnya ialah kekangan masa dalam membuat kertas cadangan


ini. Penyelidik hanya mempunyai tempoh masa selama tiga minggu untuk
menyediakan kertas cadangan ini. Kekangan masa juga menyebabkan penyelidik
sukar mencari maklumat dan kajian lepas yang sesuai dengan tajuk kajian
penyelidik ini. Sumber rujukan juga terbatas disebabkan kurangnya penyelidikan
oleh pengkaji lain tentang tajuk ini.

1.8

Kepentingan Kajian

Kajian ini diharap dapat memberi faedah kepada pihak sekolah khasnya bagi
mengatasi permasalahan penulisan karangan Bahasa Melayu. Dengan ini, pihak
pentdbiran sekolah dapat merancang pelan tindakan yang sesuai untuk menangani
masalah tersebut secara efektif berdasarkan dapatan kajian nanti. Hal ini adalah
sangat penting bagi memastikan keputusan dan peratusan pencapaian pelajar dalam
penulisan karangan meningkat dan mencapai keputusan yang cemerlang
terutamanya dalam UPSR.

Kajian ini diharapkan juga dapat memberi panduan kepada pihak guru
sekiranya faktor guru merupakan penyebab pelajar kurang menguasai kemahiran
penulisan karangan Bahasa Melayu. Diharapkan guru-guru Bahasa Melayu khasnya
16

dapat mempelbagaikan kaedah-kaedah yang sesuai untuk keberkesanan pengajaran


dan pembelajaran guru dalam bilik darjah. Selain itu, melalui dapatan kajian para
guru juga dapat mengenalpasti perkara yang dapat meningkatkan penulisan
karangan Bahasa Melayu dikalangan pelajar-pelajar.

Kajian ini juga dapat memberi sedikit maklumat kepada para penyelidik
yang berminat untuk menjalankan kajian yang serupa pada masa akan datang.
Diharapkan penyelidik akan datang dapat meluaskan lagi skop kajian ini dengan
mengambil populasi dan sampel yang besar yang terdiri daripada beberapa sekolah
terpilih. Dengan itu, kajian yang dijalankan lebih sah, tepat dan mengambarkan
keseluruhan permasalahan yang dikaji.

1.9

Definisi Istilah dan Operasional.

Terdapat beberapa istilah atau rangkai kata yang perlu diberi penjelasan untuk
kefahaman, keperluan skop kajian dan ruang lingkup kajian ini. Dalam kajian ini
penyelidik telah memberi definisi konsep adalah seperti berikut;

1.9.1

Penulisan

Kamus Dewan (2007) mendefinisikan penulisan ialah perihal atau kegiatan menulis
atau mengarang. Penulisan merupakan kebolehan dan kemahiran pelajar menulis
askara pada perantaraan dengan tujuan untuk membentuk perkataan dan ayat-ayat
yang sesuai dan betul dalam menghasilkan sebuah karangan. Penulisan ini perlulah
mematuhi setiap aspek tatabahasa, pembendaharaan kata dan ayat yang betul.

17

Penulisan dalam kajian ini ialah pelajar-pelajar akan mengarang sebuah isi dengan
menggunakan ayat yang betul dan gramatis daripada semua aspek bahasa.

1.9.2

Peta Minda

Peta minda (map mapping) merupakan kaedah yang dapat digunakan oleh guru
untuk mendapatkan maklumat daripada ingatan atau isi-isi penting untuk ditukarkan
kepada bentuk yang boleh dibuat atau penulisan karangan penuh. Menurut Tony
Buzan (2007:138) Peta Minda ialah kaedah menyimpan, menyusun dan
mengutamakan maklumat selalunya pada kertas dalam bentuk grafik dan berangkairangkai menggunakan imej dan kata pencetus atau kata penting. Setiap satunya akan
merakam memori khusus dan mengalakkan idea dan pmikiran baru. Seterusnya
setiap memori yang dicetuskan dalam Peta Minda adalah kunci mendedahkan fakta,
idea dan maklumat dan juga mendedahkan pontensi sebenar minda yang
menakjubkan.

Peta minda dalam kajian ini ialah pelajar akan mencatat isi-isi penting
tentang tajuk karangan yang diberikan oleh guru dalam bentuk Peta Minda sebelum
membuat karangan penuh.

1.9.3

Karangan

Karangan mengikut definisi Kamus Dewan (2007:677) ialah ciptaan, gubahan,


mengarang dan karya seperti lagu, novel, cerpen, puisi, cerita dan dan lain-lain.
Kararangan dalam kajian ini ialah pelajar akan mengarang sebuah cerita berdasarkan
tajuk yang diberikan oleh guru dengan membuat penulisan karangan formal

18

berdasarkan isi-isi penting yang dibuat melalui kaedah Peta Minda yang telah
didedahkan dan diajar oleh guru.

1.10

Rumusan

Latar belakang kajian seperti yang dibincangkan di atas secara umumnya


menerangkan keseluruhan kajian ini. Bab seterusnya akan membincangkan tentang
kajian literatur yang berkaitan dengan kajian ini iaitu penggunaan kaedah peta
minda dalam meningkatkan penguasaan penulis karangan Bahasa Melayu.

19

BAB II

LITERATUR KAJIAN

2.1

Pengenalan

Kajian ini dibuat untuk mengenalpasti penggunaan kaedah peta minda dalam
meningkatkan kemahiran penulisan karangan Bahasa Melayu di Sekolah
Kebangsaan Saint Philip, Bugu, Serian. Oleh itu, bab ini akan meninjau beberapa
kajian yang telah dijalankan sama ada di dalam atau di luar negeri oleh beberapa
penyelidik lain yang berkaitan dengan tajuk kajian ini.

2.2

Teori-Teori Pembelajaran

Terdapat beberapa teori pembelajaran akan dibincangkan dalam kajian ini untuk
menjelaskan lagi penggunan kaedah peta minda di dalam P&P. Antara teori-teori
pembelajaran tersebut ialah;

2.2.1

Teori Pembelajaran Burner

Mengikut kajian Burner tentang perkembangan kognitif yang melibatkan beberapa


peringkat umur dalam individu dimana pada peringkat 5-7 tahun kanak-kanak sudah
mempunyai kebolehan berfikir mengunakan bahasa secara superordinat dan
kompleksif (Ea Ah Meng: 1993). Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah dapat
menguasai penggunaan konsep atau hukum seiring dengan perkembangan
keupayaan mental dan umur seseorang individu tersebut. Ini bermaksud semakin
20

berkembangnya permikiran individu semakin bertambahnya konsep-konsep baru


yang dapat diperolehi atau dipelajari oleh mereka.

Teori Burner ini juga menekankan pembelajaran secara konsep dan


mengkategorikan sesuatu maklumat seperti pembelajaran secara induktif. Ianya
menekankan keupayaan berfikir secara analitis dan kritis seperti penggunaan rajah
dan peta minda. Teori ini sesuai dalam konsep peta minda untuk penulisan karangan
pelajar-pelajar kerana murid akan berfikir secara kritis tentang tajuk yang diberikan
oleh guru sebelum membuat penulisan yang lengkap.

2.2.2

Teori Pembelajaran Ausubel

Teori Pembelajaran Ausubel cuba menerangkan bagaimana pembelajaran berlaku


dan bagaimana pelajar memproses maklumat tersebut dalam struktur kognitifnya.
Salah satu strategi P&P yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar ialah melalui
penggunaan pemetaan. Pemetaan dapat menolong pelajar menyusun konsep-konsep
yang berkaitan di antara isi-isi atau idea-idea yang telah dicari. Malah penglibatan
pelajar dalam kaedah peta minda secara langsung dapat memberi peluang kepada
mereka mendalami lagi kefahaman mereka terhadap pelajaran yang diberi.

Selain itu, ciri kaedah atau P&P ini ialah berbentuk hierarki dimana isi-isi
yang penting akan diletakkan di atas manakala yang kurang penting akan diletakkan
di bawah sebagai turutan. Walau pun begitu, setiap isi-isi ini akan digabungkan
menjadi satu penulisan yang penuh. Antara ciri-ciri yang terdapat dalam teori
pembelajaran Ausubel ini ialah;
(a)

Dapat menentukan idea-idea atau isi-isi yang penting.


21

(b)

Menunjukkan kaitan dan antara kaitan di antara isi-isi tersebut.

(c)

Ia mempunyai cabang-cabang yang dapat dijelaskan.

(d)

Mengaitkan penyataan yang mengaitkan satu idea dengan idea yang lain.

(e)

Gambar berbentuk Peta Minda.

2.3

Kaedah Peta Minda dalam Penulisan Karangan

Pelbagai definisi penulisan telah diutarakan oleh pakar-pakar penulisan dan bahasa,
antaranya melihat penulisan sebagai satu cara melahirkan bahasa manusia melalui
simbol-simbol yang dapat dilihat (Barnow: 1989). Tambahnya lagi, penulisan
memerlukan kemahiran memahami apa dan bagaimana berkomunikasi yang berlaku
dikalangan

masyarakat.

P&P penulisan

di

sekolah

pula

memperlihatkan

kcenderungan kebudayaan masyarakat dominan.

Pada zaman sekarang, tugas guru semakin mencabar sejajar dengan


perkembangan era pendidikan dan letusan maklumat. Guru-guru di sekolah diberi
ekspektasi yang begitu tinggi supaya menggunakan pelbagai kaedah moden dalam
P&P terutamanya penulisan karangan Bahasa Melayu. Dengan mempelbagaikan
kaedah dan pendekatan P&P ini, ianya dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk
meminati aspek penulisan karangan. Kebanyakkan pelajar-pelajar yang mendapat
markah lemah dalam penulisan karangan memberi alasan mereka tiada idea, tidak
tahu mengarang, tidak suka menulis karangan dan sebagainya.

Di dalam membantu membuat penulisan karangan atau esei, Peta Minda


dapat mengantikan nota linear yang panjang lebar ditulis oleh pelajar sebelum ini
22

kepada pengambilan elemen yang penting, memilih idea yang sesuai, menunjukkan
perkaitan isi atau idea yang penting. Gabungan semua ini akan mewujudkan sebuah
penulisan karangan yang padu dan padat (Tony Buzan, 2007:181-182). Ini kerana
pelajar dapat membuat hala tuju dan perjalanan semasa membuat karangan
penulisan.

Dengan menggunakan kaedah peta minda dalam P&P, pelajar akan dapat
meningkatkan kemahiran menulis karangan. Ini kerana peta minda dapat
menghubungkan kefahaman pelajar dengan isi-isi yang penting. Ini selaras dengan
definisi yang diberikan oleh Vanessa Steele (2005), mengatakan peta minda ialah;

A mind map, or spidergram, is a strategy for making notes on a topic, proir


to writing. Its is a structured strategy, which show the relationship of ideas,
as opposed an unstructured stratgy, such as brainstroming, in which students
produce notes at random on paper. Making a map should be a spontaneous
pre-eriting activity. Students start which a topic at the centre and then
generate a web of ideas from that, developing and relating these ideas as
their mind makes associations.

Jelaslah daripada penerangan di atas, peta minda dapat membantu pelajarpelajar menjana idea serta menghubungkan idea-idea supaya menjadi satu karangan
penulisan yang baik. Kajian oleh Phoon Lichu (2001) tentang aspek karangan
mendapati ianya terdiri daripada tiga aspek utama iaitu isi, struktur dan gaya bahasa.
Beliau mengesyorkan teknik pemikiran pancar digunakan dalam pengarangan
kerana ianya satu kaedah yang kreatif dan berkesan. Malah, beliau mendapati teknik
23

ini dapat membantu murid untuk memenuhi dua aspek penting dalam penulisan
karangan pelajar iaitu isi yang padat, berstruktur dan teratur.

2.4

Dapatan Kajian Lepas Luar dan Dalam Negara

Pelbagai bentuk kajian yang mendalam telah dijalankan hasil daripada keprihatinan
terhadap masalah penulisan di kalangan pelajar-pelajar dalam bahasa ibunda
masing-masing (Eldelsky,1982). Menurut Tony Buzan (2006), kaedah peta minda
lebih menitikberatkan grafik dan kata kunci di mana lebih efektif berbanding dengan
kaedah biasa. Tambahnya lagi, peta minda merupakan kaedah yang paling berkesan
untuk mendapatkan semula maklumat dalam ingatan untuk ditukar kepada bentuk
yang dilihat iaitu penulisan penuh. Malah melalui kaedah Peta Minda kita dapat
menyusun maklumat dan diperkukuhkan melalui gambaran dan tulisan secara tepat
dan mudah difahami. Malah Peta Minda menurut Tony Buzan (2007:144) lebih baik
daripada pengambilan nota standard kerana ianya mempunyai beberapa kebaikan
iaitu;
(a)

Idea utama ditakrifkan dengan lebih jelas.

(b)

Kepentingan relatif setiap idea dikenal pasti dengan jelas.

(c)

Idea yang lebih mustahak mudah dikenali dengan cepat di tengah-tengah Peta
Minda.

(d)

Kaitan antara konsep utama mudah dikenal pasti menerusi kata kunci dan
mengalakkan perkaitan idea.

(e)

Melihat gambaran maklumat dengan lebih efektif dan pantas.

(f)

Struktur Peta Minda mebolehkan konsep tambahan dimasukkan dengan lebih


mudah.
24

(g)

Setiap Peta Minda merupakan rekaan unik yang akan membantu mengingatkan
kembali dengan tepat dan pantas.

Di negara kita, penulisan merupakan satu aspek pengajaran yang diberikan


penekanan dalam kurikulum sekolah, terutamanya bagi tujuan menduduki
peperiksaan seperti UPSR. Pengajaran penulisan karangan di sekolah sebagai satu
langkah permulaan bagi mengajar murid tentang aspek bahasa, amalan nilai dan
budaya. Penulisan juga mengukuhkan kemahiran berfikir pada peringkat yang
tertinggi seperti menganalisis, mengaplikasi dan menilai maklumat yang diberikan.
Dengan kata lain, melalui P&P penulisan pelajar-pelajar dapat membentuk sebuah
karangan yang betul, gramatis dan berkualiti.

Pada peringkat sekolah rendah lagi, pelajar-pelajar sering diberi pendedahan


kepada penulisan karangan dari segi struktur pembinaan ayat, cerita dan fungsinya.
Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan besar murid yang memulakan alam
persekolahan mempunyai kemahiran menulis yang amat rendah. Murid yang
menghadapi masalah penulisan perlu dibimbing dan diberi tunjuk ajar oleh guru
melalui P&P. Guru juga harus prihatin terhadap aspek kelemahan dalam penulisan
karangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar. Oleh itu, menurut Sulis Merfanti
(2006), melalui Peta Minda ianya membolehkan pelajar-pelajar membuat perkaitan
dengan lebih mudah dan cepat berdasarkan isi-isi penting yang telah dicatatkan.

Kebanyakkan kajian yang dijalankan adalah untuk membandingkan prestasi


pencapaian penulisan antara pelajar-pelajar berpencapaian rendah dengan rakan
sebaya mereka yang tiada masalah dalam aspek penulisan karangan (Graham &
25

Haris: 1989). Menurut Graves et al (1990), mendapati kebanyakkan kajian memberi


fokus kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan kurang sekali menggunakan pelajar
sekolah menengah. Ini menunjukkan bahawa penguasaan aspek penulisan karangan
amat penting di sekolah rendah kerana murid perlu diberi bimbingan serta P&P yang
berkesan. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian yang serius oleh guru sudah
pasti masalah ini akan berlarutan ke sekolah menengah.

Dapatan kajian Graham (1982) juga menunjukkan bahawa pelajar-pelajar


berpencapaian rendah dalam aspek penulisan ketinggalan berbanding dengan rakanrakan mereka yang berpencapaian tinggi. Punca ialah terdapat kekurangan
pengajaran penulisan yang efektif oleh guru-guru. Oleh yang demikian, guru-guru
harus menggunakan pelbagai kaedah dan pedagogi dalam P&P antaranya peta minda
untuk mengajar penulisan karangan pelajar-pelajar yang lemah ini.

Satu bentuk ujian penaksiran dapat digunakan untuk membolehkan guru


mengenal pasti kelemahan aspek penulisan karangan pelajar-pelajar, khususnya
aspek tatabahasa, organisasi struktur penulisan atau susunan kandungan dan
sebagainya. Kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh pelajar ini perlu diperbaiki
oleh guru-guru. Melalui data daripada ujian tersebut juga, guru-guru boleh
menyediakan dan merancangkan satu program pemulihan bagi pelajar yang lemah
dan program pengayaan bagi pelajar yang pandai.

Tidak dinafikan salah satu kaedah yang sangat berguna dalam P&P aspek
penulisan karangan ialah penggunaan kaedah peta minda. Ini disokong oleh dapatan
kajian Carole (2004) yang menyatakan;
26

Prior research indicates that mind mapping can easily and quickly taught
to students and that once taught, technique can be used with large group
with minimal assistance froem teachers.

Namun penggunaan peta minda ini adalah bergantung kepada tujuan dan
tajuk P&P yang diajar. Guru boleh menggunakan peta minda untuk membentangkan
isi-isi penting tajuk karangan untuk memudahkan kefahaman pelajar-pelajar. Di
samping itu, pelajar-pelajar juga boleh menggunakan peta minda untuk mencari dan
mencatatkan isi-isi penting berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru.

Berasaskan maklumat yang dikumpul, konsep peta minda merupakan salah


satu kaedah P&P yang kreatif, lebih menarik dan berkesan. Ianya bukan sahaja dapat
menarik minat pelajar mengikuti P&P malah menghilangkan kebosanan terhadap
kaedah yang sama digunakan oleh guru-guru. Melalui konsep peta minda, ianya
memaparkan ciri-ciri yang mendorong penghasilan penulisan yang padat isi serta
struktur karangan yang teratur dan sistemastik. Ianya dapat mengatasi masalah
umum yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di sekolah terutamanya bagi pelajar yang
lemah dalam penguasaan kemahiran penulisan karangan (Chia, et al: 2003).

Kajian oleh Tony Buzan (1991, 2007) yang berpengalaman dalam bidang ini
pernah membincangkan konsep pemikiran pancaran Radiant Thinking serta
memperkenalkan cara penggunaannya. Beliau menyatakan bahawa peta minda boleh
membantu dalam tiga aspek iaitu;
27

(a)

Persediaan dan Pengarangan.

(b)

Peperiksaan, dan

(c)

Laporan.

Malah beliau telah menyenaraikan lima kelebihan penggunaan peta minda


dalam penulisan karangan iaitu;
(a)

Dapat mengurangkan tekanan dan ketidakpuasan yang disebabkan oleh


perancangan kurang sempurna, takut gagal dan halangan serta blok dalam
proses pemikiran.

(b)

Dapat mencabar maklumat dan idea seterusnya menggayakan lagi kreativiti


dan keaslian hasil kerja pelajar.

(c)

Dapat menjimatkan masa yang diperlukan untuk persediaan, pembentukkan


dan penulisan sesuatu karangan dan pembentangan.

(d)

Dapat mendorong seseorang untuk mengawal secara berterusan dalam proses


penganalisisan dan kreativiti dalam membuat kerja.

(e)

Membantu penghasilan pembentangan, penulisan karangan dan laporan yang


lebih berfokus dan teratur strukturnya.

Selain itu, terdapat satu kajian yang berkaitan penggunaan peta minda dalam
P&P di Malaysia. Kajian yang dijalankan Rosnih @ Angela Tundin (2001) di SMK
Bahang, Sabah mendapati beberapa maklum balas dan komen daripada pelajarpelajar yang diajar menggunakan kaedah atau aktiviti peta minda. Antara
maklumbalas tersebut ialah;
(a)

Kaedah tersebut banyak membantu dalam aspek pembelajaran terutamanya


menulis karangan.
28

(b)

Dapat menguji dan menjana minda serta idea.

(c)

Menyeronokkan.

Kajian ini disokong oleh Zalekha Elle (2005) yang menjalankan kajian
bertajuk meningkatkan prestasi pelajar murid tahun lima dalam penulisan Bahasa
Melayu menggunakan kaedah peta minda mendapati pelajar-pelajar menunjukkan
peningkatan yang positif walau pun belum mencapai tahap cemerlang.
Kesimpulannya, amalan pengajaran menggunakan kaedah peta minda dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu menunjukkan perubahan yang sangat positif
dikalangan pelajar-pelajar.

Kajian seterusnya oleh Chong, Y. S (2000) yang menjurus kepada


penggunaan peta minda dalam P&P penulisan karangan menunjukkan pelajar dapat
menggunakan kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif untuk menganalisis dan
menyusun isi berpandukan gamabar dengan lebih mendalam. Dapatan kajian beliau
mendapati 50 peratus pelajar telah mendapat gred A setelah mengikuti pembelajaran
dengan menggunakan peta minda, diikuti 35 peratus mendapat gred B dan 15
peratus mendapat gred C dalam penulisan karangan. Kesimpulan, daripada dapatan
kajian

menunjukkan

penggunaan

peta

minda

dapat

membantu

dan

mempertingkatkan kebolehan penulisan karangan pelajar-pelajar di sekolah.

Menurut Ea Ah Meng (1993), Peranan guru untuk memastikan P&P berjaya


dilaksanakan serta diterima oleh pelajar-pelajar sangat penting. Oleh itu, guru-guru
perlu mengambil beberapa langkah untuk memastikan setiap P&P yang
dilaksanakan berjaya dicapai. Antaranya ialah;
29

(a)

Kaedah pembelajaran perlulah dipelbagaikan agar dapat memenuhi


perbezaan kesediaan pelajar belajar.

(b)

Isi pelajaran perlu disusun mengikut aras kesukaran yang berbeza.

(c)

Aktiviti atau tajuk yang diajar disediakan dengan teratur dan rapi.

(d)

Guru harus memfokuskan kepada individu yang lemah dalam setiap P&P
serta memberi perhatian yang lebih.

(e)

Guru mempelbagaikan sumber P&P seperti penggunaan carta, model, peta


minda dan sebagainya supaya P&P lebih berkesan.

Daripada kajian-kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik


terdahulu menunjukkan teknik peta minda dapat meningkatkan minat pelajar
khasnya dalam proses menulis karangan Bahasa Melayu. Tidak mustahil melalui
kaedah ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam menulis karangan
selain mengubah sikap dan budaya pembelajaran murid yang takut membuat
penulisan karangan. Oleh yang demikian, penggunaan kaedah pengajaran peta
minda yang menarik oleh guru-guru dapat menarik minat pelajar belajar seterusnya
meningkatkan lagi kualiti penulisan karangan pelajar.

2.5

Rumusan

Tinjauan literatur dalam bab ini menunjukkan kaedah peta minda dalam proses P&P
dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran penulisan karangan Bahasa
Melayu. Perbincangan terperinci tentang kajian-kajian lepas juga menunjukkan peta
minda sangat berguna dalam proses P&P terutama aspek penulisan karangan.

30

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Bab ini, penyelidik akan membincangkan tentang perancangan yang menentukan


cara kajian ini dijalankan untuk menemukan jawapan kepada permasalahan kajian
yang telah ditetapkan. Penyelidik juga menyediakan deskripsi dan justifikasi
metodologi yang digunakan untuk mempersembahkan kajian seperti menetapkan
reka bentuk kajian, pemilihan populasi dan persampelan kajian, instrumen kajian,
prosedur pengumpulan data dan penganalisisan data yang akan digunakan.

3.2

Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian ini ialah gabungan kuantitatif dan kualitatif dengan


menggunakan

kajian tindakan. Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan

kaedah peta minda dalam meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar Tahap Dua


menulis karangan Bahasa Melayu. Menurut David Lim dan rakan-rakannya (2010),
kajian tindakan merupakan kajian yang kerap digunakan pada masa ini untuk kajian
pendidikan. Ini kerana, ianya satu inkuiri berbentuk reflektif-kendiri yang
mempersoal, mengkritik dan menteorikan andaian-andaian berdasarkan idea,
pemahaman dan amalan penyelidik sendiri. Menurut Mohd Najib (1999) pula, kajian
tindakan digunakan kerana usaha untuk memperbaiki permasalahan yang berlaku
sepanjang masa sehingga terdapatnya penyelesaian masalah yang terbaik tercapai.
31

Kajian ini sesuai dijalankan dalam bidang pendidikan terutamanya melihat kaedah
dan pendekatan dalam proses P&P guru.

3.3

Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka konseptual kajian ini dibuat dan dibentuk oleh penyelidik sendiri
berdasarkan andaian-andaian, penelitian literatur kajian, idea dan pengalaman
penyelidik sendiri mengajar yang menggunakan berbagai-bagai kaedah dalam P&P
seharian. Kerangka konseptual kajian ini dapat dilihat pada rajah 3.1 dibawah;

Pemboleuh Ubah Bebas

Pemboleh Ubah Bersandar

Peningkatan

Kemahiran
Penulisan
Karangan Bahasa
Melayu

Prestasi
Kaedah Peta

Penulisan Karangan

Minda

Bahasa Melayu
Pelajar

Rajah 3.1: Kerangka Konseptual Kajian, Kaedah Peta Minda dan Peningkatan
Prestasi Penulisan Karangan

Daripada rajah 3.1, pemboleh ubah bebas dalam kajian ini ialah kaedah P&P
iaitu peta minda manakala pemboleh ubah bersandar ialah kemahiran penulisan
karangan Bahasa Melayu. Di dalam kajian ini, kemahiran penulisan karangan
32

Bahasa Melayu pelajar-pelajar dipengaruhi oleh kaedah P&P yang digunakan oleh
guru. Sekiranya kaedah P&P yang digunakan oleh guru sesuai dan berkesan maka
kemahiran dan prestasi pelajar dalam menguasai sesuatu kemahiran yang diajar akan
meningkat.

Kerangka ini dibuat kerana penyelidik mendapati kemahiran pelajar-pelajar


menulis karangan Bahasa Melayu agak lemah di sekolah penyelidik sendiri. Ini
berdasarkan pencapaian markah yang mereka perolehi dalam ujian atau peperiksaan
yang dijalankan. Oleh yang demikian, penyelidik berpendapat supaya satu kaedah
baru perlu digunakan untuk mengatasi masalah ini. Oleh itu, penyelidik akan
menggunakan kaedah peta minda di mana pelajar-pelajar diajar untuk mencatat isiisi penting sebelum membuat karangan yang lengkap. Selepas diajar dengan kaedah
peta minda, diandaikan kemahiran penulisan karangan pelajar akan meningkat
berbanding sebelumnya melalui latihan, markah ujian dan peperiksaan yang
dijalankan.

3.4

Populasi dan sampel kajian

Menurut Gay & Airasian (2003), mengatakan populasi adalah sekumpulan sasaran
pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan. Manakala
sampel kajian pula ialah responden-responden yang dipilih untuk mewakili sesuatu
populasi. Oleh itu, penetapan populasi dan sampel kajian penting dalam setiap
kajian. Dalam kajian ini, populasi kajian ialah seramai 95 orang pelajar. Populasi
kajian ini sedikit memandangkan sekolah kajian ialah kategori sekolah kurang
murid. Penyelidik telah memilih 21 pelajar dari Tahap Dua iaitu tahun 4 dan tahun 5
33

sebagai sampel kajian. Pemilihan sampel ini kerana penyelidik mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu kelas tersebut. Populasi dan sampel kajian dapat dilihat
pada jadual 3.1 dibawah:

Jadual 3.1
Jumlah Populasi SK St Philip, Bugu, Serian dan Sampel Kajian
Tahap Dua
Tahun 5

Tahun 4
Perkara
Bilangan Pelajar
Jumlah
Jumlah Keseluruhan

3.5

Tahap 1
59
95

13

Tahun 6
15

36
95

Instrumen Kajian

Pengutipan data kajian sama ada kualitatif dan kuantitatif memerlukan instrumen
kajian yang sesuai dan tepat untuk menjawab objektif dan persoalan-persoalan
kajian yang telah digariskan. Dalam kajian ini, penyelidik akan menggunakan
kaedah pemerhatian, ujian, temubual dan rujukan dokumen untuk mendapatkan data
kajian. Menurut Mohd Majid Konting (1990), pemilihan alat kajian penting kerana
merupakan alat ukur yang digunakan dalam penyelidikan pendidikan untuk
mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan
dan sebagainya.

3.5.1

Pemerhatian

34

Pemerhatian merupakan satu teknik pengutipan data dengan memerhatikan tingkah


laku responden kajian secara langsung. Penyelidik akan memerhatikan tabiat dan
mendokumenkan atribut responden yang dikaji. Menurut Mohd Najib (1999),
pemerhatian ialah kaedah yang popular digunakan kerana penyelidik dapat membuat
pemerhatian terhadap perlakuan dan tindak balas responden kajian secara langsung.

Dalam kajian ini, penyelidik akan membuat pemerhatian semasa P&P guru
mengajar kemahiran penulisan Bahasa Melayu dijalankan. Aspek yang akan
diperhatikan ialah cara-cara dan bagaimana pelajar-pelajar menjana idea dan
mencatat isi-isi penting menggunakan peta minda berdasarkan tajuk karangan diberi
guru sebelum mereka mengarang karangan penuh. Guru akan membina item
pemerhatian dan memasukkan data ke dalam borang tersebut semasa proses
pemerhatian dijalankan dalam P&P. Borang pemerhatian dibentuk setelah penyelidik
berbincang dengan beberapa guru Bahasa Melayu di sekolah untuk mendapatkan
kesahan dan kebolehpercayaan terhadap instrumen tersebut. Hasil dapatan kajian
akan dihuraikan dalam peratusan.

3.5.2

Temubual

Menurut David Lim et al (2010), temubual merupakan satu teknik pengutipan data
dengan menemubual subjek kajian secara langsung. Dalam kajian ini penyelidik
akan menjalankan temubual kepada beberapa orang pelajar yang dipilih untuk
mendapat refleksi mengenai kaedah peta minda yang digunakan oleh guru di bilik
darjah. Antara soalan tersebut ialah menyentuh kelemahan dan kekuatan kaedah peta
minda. Soalan dan temubual berstruktur akan dijalankan dimana penyelidik akan
membina beberapa item untuk menjawab persoalan kajian. Soalan temubual akan
35

dibentuk oleh penyelidik semasa kajian sebenar dijalankan nanti. Manakala dapatan
kajian temubual mengenai kelemahan dan kekuatan kaedah peta minda di dalam
proses P&P yang digunakan oleh guru akan dianalisis secara peratusan.

3.5.3

Rujukan Dokumen

Dalam rujukan dokumen, penyelidik akan merujuk kepada rekod markah ujian atau
peperiksaan yang diperolehi oleh pelajar-pelajar sebelum ini. Penyelidik akan
meminta setiap rekod tersebut daripada Penolong Kanan I atau guru kelas setiap
pelajar tersebut. Melalui rekod tersebut, penyelidik dapat mengetahui dan
mengenalpasti pencapaian markah setiap responden kajian dalam kertas penulisan.
Melalui pencapaian markah tersebut juga, penyelidik mendapat gambaran awal
tentang kemampuan setiap pelajar dalam aspek penulisan karangan. Selain itu, ianya
dapat dijadikan perbandingan markah yang diperolehi pelajar dalam ujian pra dan
pasca nanti. Melalui dapatan ini, penyelidik dapat mengenalpasti secara keseluruhan
pencapaian pelajar secara umum.

3.5.4

Ujian Pra dan Ujian Pasca

Dalam mengutip data melalui kaedah ujian, penyelidik akan memberi satu ujian pra
berbentuk karangan naratif (pre-test) kepada pelajar untuk membuat penulisan
karangan penuh. Ujian pra ini dibuat oleh penyelidik untuk mengetahui perkaraperkara seperti berikut;
(a)

Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar dalam menulis karangan.


(b)

Melihat penguasaan murid dari segi menjana dan mencatat isi-isi penting
dan idea sebelum dan semasa mengarang karangan.

36

(c)

Melihat kaedah yang digunakan oleh murid mencatat isi-isi penting dalam
penulisan karangan.

Selepas mengadakan ujian pra tersebut untuk mengetahui kemampuan


mengarang pelajar-pelajar, penyelidik akan menggunakan kaedah peta minda dalam
P&P untuk menjawab soalan karangan yang berbentuk naratif di dalam kelas biasa.
Penyelidik juga akan memberi beberapa latihan penulisan tambahan untuk
mengenalpasti tahap penguasaan murid mengarang dalam mengaplikasikan kaedah
peta minda tersebut. Selepas tiga minggu penyelidik menggunakan kaedah peta
minda dalam proses P&P, penyelidik akan memberikan satu ujian secara formal
kepada responden kajian. Penyelidik akan mengikut standard penulisan karangan
UPSR di mana responden kajian diminta untuk menulis sebuah karangan penuh dan
panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan dalam masa 30 minit.
Ujian ini merupakan instrumen terakhir yang digunakan penyelidik untuk meneliti
dan merumuskan perkara-perkara berikut;
(a)

Melihat peningkatan kemahiran murid mencari dan mencatat isi-isi penting


dengan menggunakan kaedah peta minda.

(b)

Melihat kesesuaian dan keberkesanan penggunaan kaedah peta minda untuk


untuk pelajar mengarang karangan Bahasa Melayu.

(c)

Melihat adakah terdapat perbezaan diantara markah pra dan pasca ujian
berdasarkan jantina responden.

(d)

Melihat adakah terdapat hubungan antara ujian pra dan pasca ujian selepas
menggunakan teknik peta minda.

37

3.6

Prosedur Pengumpulan Data

Sebelum menjalankan kajian ini, penyelidik telah berbincang dengan tutor penyelia
untuk menetapkan tajuk kajian yang sesuai dijalankan. Sebelum kajian dijalankan,
penyelidik telah berbincang dengan pihak pentadbiran di sekolah untuk
mendapatkan kebenaran menggunakan responden sebagai subjek kajian. Selepas
mendapatkan kebenaran, penyelidik akan menjalankan kajian ini dalam beberapa
peringkat iaitu;
(a)

Mendapatkan rujukan dokumen iaitu markah ujian dan peperiksaan terdahulu


pelajar pelajar daripada Penolong Kanan I.

(b)

Membuat pemerhatian terhadap pelajar di dalam kelas semasa proses P&P


dijalankan.

(c)

Membuat ujian pra secara formal mengarang karangan Bahasa Melayu


mengikut standard UPSR sebenar.

(d)

Mengenalpasti masalah sebenar pelajar berdasarkan ujian pra, dan


mengaplikasian penggunaan kaedah peta minda dalam proses P&P biasa.

(d)

Membuat pasca ujian secara formal mengarang karangan Bahasa Melayu


mengikut standard UPSR sebenar.

(e)

Membuat temubual untuk mendapatkan refleksi dan penilaian daripada


pelajar tentang kaedah peta minda yang digunakan oleh penyelidik.

(f)

Berdasarkan data-data yang dikumpulkan, penyelidik menghuraikan dapatan


kajian tersebut untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah peta minda
yang telah dilaksanakan.

38

3.7

Perancangan Tindakan

Setelah segala perancangan dilakukan, penyelidik telah melaksanakan kajian ini


bermula dari pertengahan Ogos hingga September 2012. Data yang dikutip selama
sebulan ini akan dianalisis dan dihuraikan pada peringkat seterusnya. Sebelum P&P
menggunakan kaedah peta minda, penyelidik telah memberikan ujian pra karangan
berbentuk naratif Bahasa Melayu kepada semua responden kajian. Selepas
memberikan ujian pra tersebut, penyelidik telah menggunakan kaedah peta minda
dalam P&P. Penyelidik telah memperuntukkan 2 waktu (1 jam) dalam seminggu
untuk mengajar menggunakan kaedah ini. Daripada 1 jam tersebut, penyelidik
menggunakan 30 minit untuk perbincangan dan 30 minit untuk mengarang karangan
lengkap. Ujian pasca telah dibuat pada minggu ketiga selepas ujian pra untuk
melihat keberkesanan kaedah peta minda ini. Perancangan tindakan yang digunakan
oleh penyelidik dalam kajian ini dalam P&P yang dijalankan dapat dilihat pada
ringkasan rajah dibawah;

39

Perb in ca n g a n m e n g e n a i
p e n u tu p ka ra n g an

M en ca ta t is i-is i p en tin g
m en g g u na ka n Peta M ind a

La tih an m en g a ra n g d a n
ru m u sa n ten ta n g ta ju k

Perb in ca ng a n m en g en a i s tru k tu r
ka ra n ga n n a rat if

P &
P

Perb in ca ng a n m en g en a i ca ra -ca ra
m en g g u n a ka n Pet a M in d a

S et In d u ks i d a n
b ers o a l ja w a b

Rajah 3.2. Langkah P & P menggunakan Kaedah Peta Minda


membuat Karangan.

Dalam proses P &P menggunakan kaedah peta minda, penyelidik telah


menyoal murid-murid tentang perkara yang berkaitan dengan tajuk karangan yang
diberikan bertujuan untuk menarik minat dan perhatian mereka.

Selepas

set

induksi,

langkah

pertama

dilakukan

penyelidik

ialah

menerangkan kepada murid-murid tentang apa itu karangan naratif. Penyelidik juga
akan menerangkan mengenai penggunaan kaedah peta minda untuk murid yang
pertama kali didedahkan dengan kaedah ini. Penyelidik juga akan menerangkan iaitu
peta minda secara fizikalnya berbentuk seperti anak-anak ranting yang keluar

40

daripada satu rumpun yang digunakan untuk mencatat isi-isi penting yang berkaitan
dengan tajuk.

Langkah kedua ialah, penyelidik memulakan perbincangan dengan


membincangkan perenggan pendahuluan di mana penyelidik menerangkan bahawa
dalam perenggan pendahuluan, murid-murid dapat menggunakan perkataan sendiri
untuk menerangkan tentang tajuk atau mengemukakan isu semasa berkaitan dengan
tajuk.

Pada langkah ketiga, penyelidik membincangkan struktur karangan naratif


atau binaan plot dalam sesebuah karangan. Penyelidik menjelaskan struktur umum
sebuah karangan dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu;
(a)

Peringkat Eksprosisi atau permulaan iaitu digunakan untuk memperkenalkan watak


seperti watak utama dan perwatakannya. Peringkat ini juga menjelaskan gambaran
atau suasana latar tempat dan masyarakat persekitaran.

(b)

Peringkat Perkembangan iaitu menerangkan watak utama dan watak-watak yang


saling berhubungan serta mewujudkan cerita yang semakin berkembang. Selain itu,
pada peringkat ini, terdapat persoalan-persoalan mengenai cerita dapat diwujudkan.

(c)

Peringkat Perleraian iaitu menerangkan watak utama berjaya atau sebaliknya


mengatasi atau menyelesaikan konflik yang memuncak dalam dirinya.

Seterusnya, langkah keempat ialah mencari isi-isi penting mengikut plot


kronologis dengan menggunakan peta minda. Plot kronologis ialah plot dibina
menurut urutan masa iaitu yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
Ianya terdiri tiga tahap yang utama iaitu Permulaan, Klimaks dan Penyelesaian.
41

Selepas itu, penyelidik telah merumuskan semua kepada murid-murid supaya lebih
faham dan bersedia menggunakan kaedah peta minda apabila membuat karangan
berbentuk naratif. Penyelidik menerangkan kepada murid-murid bahawa mereka
akan diuji membuat karangan untuk mengetahui tahap penguasaan mereka
mengarang karangan berbentuk naratif.

3.8

Kaedah Analisis Data

Setelah selesai mengutip data melalui kaedah pemerhatian, rujukan dokumen,


latihan dan ujian dan temubual, penyelidik akan membuat penilaian dan interprestasi
data. Data-data yang diperolehi di dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan
kaedah statistik deskriptif iaitu menjelaskan peratusan, min dan frekuansi dan
kualitatif. Menurut Mohd Majid Konting (1993), maklumat dan keputusan dari hasil
pemprosesan data bertujuan untuk mendapat keputusan yang bermakna daripada
data yang telah dikutip.

3.8.1

Kaedah Deskriptif

Kaedah deskriptif ini merujuk kepada penggunaan taburan skor seperti peratus, min,
median dan mod. Untuk menjawab objektif kajian penyelidik juga akan
menggunakan peratusan markah dan kategori Gred Markah untuk markah pelajar
dalam karangan naratif. Skor markah ini adalah mengikut penilaian UPSR sebenar
berdasarkan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Gred markah tersebut dapat dilihat
pada jadual 3.2;
Jadual 3.2. Kategori Gred Markah
Markah

Gred
42

80 100
60 78
40 59
0 39

A ( Cemerlang )
B ( Baik )
C (Sederhana )
D ( Tidak Memuaskan )

(Sumber: JNS, 2004)

3.8.2

Kaedah Inferens

Untuk menjawab persoalan kajian empat dalam objektif kajian, penyelidik akan
menggunakan program Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 17.0.
SPSS digunakan untuk menganalisis kajian inferens iaitu data kajian ialah Ujian-T
digunakan untuk menguji hipotesis nol (Ho), dengan aras signifikan ditetapkan pada
0.05 (p 0.05).

Tiga hipotesis telah dibentuk oleh penyelidik, dimana ketiga-tiga hipotesis


akan diuji menggunakan ujian-t (T-Test) iaitu melihat sama ada terdapat perbezaan
markah ujian pra dan ujian pasca yang diperolehi responden berdasarkan jantina.
Hipotesis ketiga yang dibentuk untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang
signifikan antara markah ujian pra dan ujian pasca selepas responden diajar dengan
menggunakan kaedah peta minda menulis karangan.

3.8.3 Rumusan Analisis Data


Jadual 3.3 menunjukkan rumusan jenis analisis dan alat pengukuran yang telah
dilakukan untuk menjawab semua objektif dan persoalan kajian.

Jadual 3.3. Rumusan Kaedah Analisis Data


Bil

Jenis Analisis

Alat Pengukuran
43

Menghuraikan faktor-faktor demografi responden kajian, Peratusan

markah ujian dan peperiksaan pelajar.


Menghuraikan dapatan pemerhatian dan temuduga

Mengenal pasti perbezaan signifikan di antara markah Ujian-t

pelajar berdasarkan jantina responden.


Mengenal pasti perbezaan signifikan di antara markah pra Ujian-t

Peratusan.

dengan pasca ujian pelajar selepas kaedah peta minda


digunakan.

3.9

Rumusan

Dalam bab ini, penyelidik akan menjalankan kajian berdasarkan metodologi kajian
seperti yang telah dihuraikan di atas. Penyelidik juga telah menerangkan dengan
terperinci instrumen kajian, prosedur pengutipan data dan analisis data yang akan
digunakan semasa menjalankan kajian sebenar nanti.

BAB IV

DAPATAN KAJIAN

4.1

Pengenalan

44

Bab ini akan melaporkan dapatan analisis data yang dijalankan. Kajian yang
dijalankan ini melibatkan seramai 21 orang pelajar murid tahun 4 dan tahun 5.
Proses pengumpulan data dijalan pada bulan Ogos dan September. Data yang
diperolehi bergantung kepada maklumbalas sampel dalam populasi terhadap
temubual, borang pemerhatian, markah pra ujian dan pasca ujian dan rujukan
dokumen. Analisis inferensi digunakan untuk menjawab ujian hipotesis yang
dijalankan dalam kajian ini. Analisis deskriptif dilakukan bagi faktor demografi
untuk meringkaskan data-data berkenaan demografi responden dan seterusnya
mengenal pasti gambaran awal taburan data. Dapatan kajian ini dimulakan dengan
deskriptif frenkuansi bagi temubual, markah ujian dan rujukan dokumen.

4.2

Analisis Faktor Demografi Responden

4.2.1

Jantina
Seramai 21 orang responden yang telah dipilih dalam kajian ini. Daripada 22

orang murid didapati responden lelaki seramai 10 orang atau 47.6 % manakala
responden perempuan seramai 11 orang atau 52.4 %. Jadual 4.1 menunjukkan
analisis profil jantina responden.

Jadual 4.1
Taburan Responden Mengikut Jantina

Jantina

Frekuansi

Peratusan

Lelaki

10

47.6

Perempuan

11

52.4
45

Jumlah

4.2.2

21

100

Etnik Responden
Daripada 21 orang responden majoriti ialah kaum Bidayuh dengan jumlah

murid seramai 19 orang atau 90.5 peratus manakala dua orang responden atau 9.5
peratus ialah kaum Iban. Jadual 4.2 menunjukkan taburan responden mengikut
kaum.

Jadual 4.2
Taburan Responden Mengikut Etnik

Jantina

Frekuansi

Peratusan

21

100

Iban
Bidayuh
Jumlah

4.2.3

Kelas Responden
Sampel kajian terdiri daripada murid Tahap Dua. Sembilan orang atau 42.8

peratus responden kajian ialah murid tahun Lima manakal selebihnya iaitu 12 orang
atau 57.2 peratus terdiri murid tahun Empat. Jadual 4.3 dibawah menunjukkan
taburan responden mengikut kelas.

46

Jadual 4.3
Taburan Responden Mengikut Kelas

Kelas

4.3

Frekuansi

Peratusan

Tahun 4

12

57.2

Tahun 5

42.8

Jumlah

21

100

Analisis Deskriptif Kajian


Analsisis data deskriptif kajian ini akan menganalsis maklumat yang

diperolehi melalui borang pemerhatian, temuduga dan rujukan dokumen untuk


mengenalpasti tahap dan sejauh mana kaedah peta minda membantu murid dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu di sekolah kajian.

4.3.1

Dapatan Kajian Rujukan Dokumen


Penyelidik telah membuat rujukan dokumen iaitu mendapatkan maklumat

lepas tentang keputusan markah penulisan Bahasa Melayu pada Ujian Progresif Satu
dan Peperiksaan Pertengahan Penggal Satu pada tahun 2012. Rujukan dokumen
digunakan untuk mendapatkan maklumat awal tentang prestasi pelajar dan membuat
perbandingan dengan kaedah peta minda. Jadual 4.3 menunjukkan markah dan gred
yang diperolehi oleh pelajar;

Jadual 4.4. Markah Penulisan Bahasa Melayu bagi Ujian Progresif Satu
dan Peperiksaan Pertengahan Penggal, 2012.
47

Nama

Markah Ujian

Gred

Markah Peperiksaan

Gred

Progresif
Pertengahan Penggal
Murid 1
25
D
23
D
Murid 2
48
C
45
C
Murid 3
63
B
62
B
Murid 4
58
C
67
B
Murid 5
55
C
55
C
Murid 6
25
D
27
D
Murid 7
50
C
52
C
Murid 8
62
B
60
B
Murid 9
50
C
60
B
Murid 10
50
C
40
C
Murid 11
22
D
18
E
Murid 12
7
E
12
E
Murid 13
47
C
38
D
Murid 14
72
B
73
B
Murid 15
73
B
62
B
Murid 16
32
D
25
D
Murid 17
18
E
30
D
Murid 18
15
E
32
D
Murid 19
15
E
18
E
Murid 20
57
C
58
C
Murid 21
25
D
38
D
Purata
41
C
42
C
Daripada jadual 4.3,daripada maklumat Ujian Progresif Satu majoriti pelajar
mendapat markah antara 40 hingga 59 iaitu gred C sebanyak lapan orang atau
38.1%. Ini diikuti dengan markah antara 20 hingga 39 iaitu gred D seramai lima
orang atau 23.8%. Bagi pelajar yang mendapat gred B ialah empat orang iaitu 19.1%
dengan markah antara 60 hingga 79. Bagi gred E yang mendapat markah antara 0
hingga 19 ialah seramai empat orang atau 19.1%. Purata markah ialah 41 peratus
iaitu gred C.

Bagi Peperiksaan Pertengahan Penggal, majoriti pelajar mendapat markah


antara 20 hingga 39 atau gred D iaitu tujuh orang ( 33.3%) diikuti gred B seramai
enam orang atau 28.6%. Pelajar yang mendapat markah antara 40 hingga 59 iaitu
gred C seramai lima orang atau 23.8% dan gred E mendapat markah 0 hingga 19
48

seramai tiga orang atau 14.3%. Purata markah ialah 42 peratus iaitu gred C.
Daripada ujian progresif satu dan peperiksaan pertengahan penggal didapati pelajar
yang lulus seramai 11 orang atau 52.3 % manakala yang gagal seramai 10 orang atau
47.7 %.

Seterusnya perbandingan gred markah yang diperolehi oleh pelajar pada


Ujian Progresif Satu dan Peperiksaan Pertengahan Penggal dapat dilihat pada rajah
4.1 histogram;

Peratus

40
35
30
25
20
15
10
5
0
Gred A

Gred B

Gred C

Gred D

Gred E

Gred Markah

Rajah 4.1. Perbandingan Markah Mengikut Gred Pelajar bagi Ujian Progresif
Satu dan Peperiksaan Pertengahan Penggal 2012.

4.3.2

Dapatan Kajian Pemerhatian


Penyelidik telah membuat pemerhatian secara langsung di dalam kelas

semasa pelajar-pelajar membuat pasca ujian iaitu selepas diajar menggunakan


kaedah peta minda. Sebanyak 10 item telah dibentuk oleh penyelidik dan keputusan
pemerhatian dapat dilihat pada jadual 4.5 di sebelah;
49

Jadual 4.5. Keputusan Pemerhatian Penggunaan Kaedah Peta Minda


Bil

Item Pemerhatian

Murid-murid menerima kaedah peta minda dengan

Peratus
Ya
Tidak
100
0

segera setelah diajar oleh guru.


Murid-murid menunjukkan keseronokan

95.2

4.8

karangan.
Setelah di ajar dengan kaedah peta minda, murid-murid

9.5

90.5

masih menggunakan kaedah sendiri.


Dengan kaedah peta minda, murid-murid membuat

90.5

9.5

perancangan dengan kemas dan teratur.


Dengan menggunakan kaedah peta minda, murid-murid

85.7

14.3

85.7

14.3

apabila

menggunakan kaedah peta minda dalam membuat

dapat menulis karangan dengan tanpa bantuan rakan6

rakan lain
Dengan menggunakan kaedah peta minda, murid-murid
dapat menghasilkan karangan dalam masa yang

ditetapkan.
Dengan kaedah peta minda ianya dapat membantu

80.9

19.1

murid-murid menjana idea dengan berkesan


Dengan kaedah peta minda, murid-murid

dapat

90.5

9.5

mencatat isi-isi penting dengan jelas


Dengan kaedah peta minda, murid-murid

dapat

90.5

9.5

menghasilkan karangan yang padat dengan isi-isi


50

10

penting
Dengan kaedah peta minda, murid dapat menghasilkan
karangan

yang

baik

dan

bermutu

yang

dijalankan,

95.2

4.8

majoriti

pelajar

berbanding

sebelumnya.
Daripada

pemerhatian

didapati

menunjukkan tindakan yang positif dalam menghasilkan karangan penulisan.


Daripada sepuluh item yang dibentuk, item satu menunjukkan semua responden atau
100% menerima dengan segera kaedah Peta Minda selepas diajar . Bagi item dua
dan item sepuluh, sebanyak 20 responden atau 95.2% telah menunjukkan
keseronokan menggunakan kaedah Peta Minda semasa membuat karangan dan dapat
menghasilkan karangan yang baik serta bermutu berbanding sebelumnya.

Bagi item tiga, didapati hanya dua orang atau 9.5% responden masih
mengunakan kaedah sendiri setelah diajar dengan kaedah Peta Minda manakala
90.5% atau 19 orang sebaliknya. Bagi item empat, lapan dan sembilan didapati 19
responden atau 90.5% bersetuju dengan mengunakan kaedah Peta Minda mereka
dapat membuat perancangan dengan kemas dan teratur, mencatat isi-isi penting
dengan jelas dan menghasilkan karangan yang padat dengan isi-isi penting.

Bagi item lima dan item enam, didapati setelah diajar dengan kaedah Peta
Minda 85.7% atau 18 orang responden dapat menulis karangan tanpa bantuan rakanrakan lain dan menghasilkan karangan dalam masa yang ditetapkan. Item tujuh iaitu
kaedah peta minda dapat membantu menjana idea dengan berkesan menunjukkan
80.9% atau 17 responden berjaya melakukannya.

51

4.3.3

Dapatan Kajian Temuramah


Temuramah yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara langsung

daripada responden mengenai teknik penggunaan peta minda dalam membantu


mencari isi-isi penting penulisan karangan. Sebanyak lapam item soalan telah
dibentuk oleh penyelidik untuk mendapatkan maklumat mengenai keberkesanan
kaedah Peta Minda dalam membuat karangan. Dalam kajian ini, penyelidik telah
menemu ramah sembilan orang pelajar yang dipilih berdasarkan markah yang
diperolehi oleh mereka dalam ujian pasca. Setiap tiga orang pelajar mewakili yang
mendapat markah cemerlang, lulus dan gagal. Jadual 4.6 di sebelah menunjukkan
keputusan temuramah;
Jadual 4.6. Analisis Dapatan Temuramah
Bil

Item Soalan

Ya

Tidak
Bil
%
0
0

Adakah anda mencatat isi-isi penting sebelum

Bil
9

%
100

menulis karangan.
Pernahkah anda mengunakan peta minda untuk

33.3

66.7

menulis karangan.
Adakah anda dapat menghasilkan karangan

71.4

28.6

88.9

11.1

71.4

28.6

88.9

11.1

71.4

28.6

dengan menggunakan peta minda dalam masa


4

ditetapkan.
Adakah peta minda dapat membantu anda
mencatat

karangan.
Penulisan

isi-isi

penting

karangan

anda

sebelum

menulis

lebih

berkesan

menggunakan kaedah peta minda berbanding


6

teknik penulisan sebelumnya.


Dengan menggunakan kaedah peta minda, adakah
ianya membantu anda menghasilkan karangan

yang mempunyai isi yang padat dan betul.


Dengan menggunakan kaedah peta minda, adakah
ianya membantu anda menghasilkan karangan
yang mempunyai isi yang tersusun dan kemas.

52

Pada pendapat anda, kaedah Peta Minda dapat

100

meningkatkan teknik penulisan karangan anda


Daripada temuramah menunjukkan semua responden atau 100% bersetuju
dengan item satu iaitu

mereka mencatatkan isi-isi penting sebelum menulis

karangan. Begitu juga dengan item sembilan dimana semua responden atau 100%
bersetuju bahawa kaedah Peta Minda dapat meningkatkan teknik penulisan karangan
mereka. Manakala bagi item dua hanya tiga orang responden atau 33.3% yang
bersetuju mereka pernah menggunakan teknik Peta Minda sebelum ini manakal 6
orang atau 66.7% menyatakan sebaliknya.

Item tiga menunjukkan 7 orang responden atau 71.4% bersetuju bahawa


mereka dapat menghasilkan karangan dalam masa yang ditetapkan setelah
menggunakan kaedah Peta Minda. Begitu juga dengan item empat iaitu 8 orang
responden atau 88.9% mengatakan kaedah Peta Minda dapat membantu mereka
mencatat isi-isi penting sebelum menulis karangan. Daripada sembilan responden,
tujuh orang iaitu 71.4% bersetuju dan dua orang atau 28.6% sebaliknya tentang item
lima iaitu penulisan karangan yang dihasilkan lebih berkesan berbanding teknik
sebelumnya.

Dapatan item enam menunjukkan lapan orang responden atau 88.9 %


bersetuju kaedah Peta Minda

dapat membantu menghasilkan karangan yang

mempunyai isi yang padat dan betul. Begitu juga dengan item tujuh didapati tujuh
orang responden atau 71.4% bersetuju

kaedah Peta Minda dapat membantu

menghasilkan karangan yang mempunyai isi yang tersusun dan kemas..

53

4.3.4

Dapatan Kajian Ujian Pra dan Ujian Pasca


Penyelidik telah mengadakan dua ujian untuk pelajar iaitu Ujian Pra dimana

pelajar menjawab soalan penulisan karangan dengan kaedah sendiri seperti yang
digunakan sebelum ini. Ujian pasca dijalankan selepas tiga minggu ujian pra di
mana penyelidik telah menerangkan teknik dan pengajaran dengan menggunakan
kaedah peta minda. Pelajar digalakkan untuk menjawab soalan karangan semasa
ujian pasca dengan menggunakan kaedah peta minda.

Ujian pra telah dijalankan pada 4 September 2012 iaitu hari Selasa pada
minggu pertama. Ujian ini dijalankan bagi mendapatkan markah sebagai maklumat
awal tentang tahap penguasaan pelajar menulis karangan Bahasa Melayu. Markah
ujian progresif satu dan peperiksaan pertengahan penggal tidak digunakan oleh
penyelidik kerana jarak masa yang terlalu jauh antara ujian Pra dan ujian Pasca yang
akan dijalankan.

Ujian pasca telah dijalankan pada 25 September 2012 iaitu hari Selasa
selepas tiga minggu kemudian. Ujian ini dijalankan selepas guru menerangkan dan
menggunakan kaedah peta minda kepada pelajar untuk menjawab soalan karangan.
Melalui ujian pasca, keberkesanan teknik dan kaedah peta minda dalam menjawab
penulisan karangan dapat dilihat melalui markah yang diperolehi oleh pelajar.
Perbandingan markah antara ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk menentukan
keberkesanan dan kejayaan menggunakan kaedah peta minda berbanding kaedah
sebelumnya. Markah ujian pra dan ujian pasca dapat dilihat pada jadual 4.7;

54

Jadual 4.7. Jumlah Markah dan Gred Penulisan Karangan


Ujian Pra dan Ujian Pasca
Responden

Ujian Pra

Ujian Pasca

(4 September 2012)

(25 September 2012)


Catatan

Markah
Murid 1
Murid 2
Murid 3
Murid 4
Murid 5
Murid 6
Murid 7
Murid 8
Murid 9
Murid 10
Murid 11
Murid 12
Murid 13
Murid 14
Murid 15
Murid 16
Murid 17
Murid 18
Murid 19
Murid 20
Murid 21
Purata

(%)
23
50
65
57
60
30
54
67
52
50
25
15
45
75
70
30
20
20
18
60
30
44

Gred

Markah

Gred

D
C
B
C
B
D
C
B
C
C
D
E
C
B
B
D
D
D
E
B
D
D

(%)
35
68
75
62
65
40
68
80
58
56
35
20
54
80
76
35
22
35
22
74
40
53

D
B
B
B
B
C
B
A
C
C
D
D
C
A
B
D
D
D
D
B
C
B

Meningkat
Meningkat
Meningkat
Meningkat
Meningkat
Meningkat
Meningkat
Meningkat
Meningkat
Meningkat
Meningkat
Meningkat
Meningkat
Meningkat
Meningkat
Meningkat
Meningkat
Meningkat
Meningkat
Meningkat
Meningkat
Meningkat

55

Daripada jadual di atas, markah purata yang diperolehi pelajar pada ujian pra
ialah 44 peratus dan gred kekerapan ialah D. Pada ujian pra pelajar yang mendapat
gred B dan gred C ialah enam orang atau 29 peratus, gred D seramai tujuh orang
33.3 dan gred E seramai dua orang iaitu 9.5 peratus. Jumlah pelajar yang lulus ialah
12 orang atau 57.1 peratus dan gagal seramai 10 orang 42.9 peratus.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan markah yang diperolehi


oleh pelajar pada Ujian Pasca. Daripada 21 pelajar, dua orang mendapat gred A iaitu
9.5 peratus, diikuti gred B seramai tujuh orang pelajar atau 33.3 peratus dan gred C
seramai lima orang atau 23.8 peratus. Pelajar yang mendapat Gred D ialah tujuh
orang atau 33.3 peratus. Didapati tiada pelajar yang mendapat gred E pada Ujian
Pasca. Jumlah pelajar yang lulus ialah 14 orang atau 66.7 peratus dan yang gagal
seramai tujuh orang atau 33.3 peratus. Dapatan kajian menunjukkan terdapat
peningkatan markah untuk semua pelajar dari Ujian pra dengan Ujian pasca yang
dijalankan. Markah purata juga meningkat daripada 44 peratus kepada 53 peratus
dan tiada murid yang mendapat gred E pada ujian pasca.

Perbandingan markah murid-murid dalam karangan Bahasa Melayu dalam


ujian pra dan ujian pasca dapat dilihat pada carta histogram dibawah;

56

90
80
70
60
50
Markah (%) 40
30 Pra
Ujian
Ujian Pasca
20
10
0
1 2 3 4 5 6 7 8 9101112131415161718192021
Murid

Rajah 4.2 Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca.

4.4

Ujian Analisis Inferensi Bagi Ujian Hipotesis Kajian

4.4.1

Hipotesis Kajian Satu

Ho1

: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min markah ujian pra

berdasarkan jantina responden.

Bagi menguji hipotesis ini, analisis yang digunakan iaitu Independent Sample T-Test
bagi menentukan sama ada markah ujian pra dipengaruhi oleh perbezaan jantina
iaitu lelaki dan perempuan. Jadual 4.8 menunjukkan keputusan Independent Sample
T-Test bagi markah ujian pra berdasarkan jantina responden.

57

Jadual 4.8
Ujian Independent-Samples T Test bagi Markah Ujian Pra
Berdasarkan Jantina Responden

Jantina

Min

SD

Markah Ujian Lelaki

10

49.50

19.580

Pra

11

38.27

18.628 1.343

Perempuan

df

Sig.

1.346

19

.194

18.582

.195

Berdasarkan ujian di atas, min bagi lelaki ialah 49.50 (SD=19.580) dan min
bagi perempuan ialah 38.27 (SD=18.628). Ujian signifikan 2-tailed menunjukkan
nilai p = iaitu .194 dan .195 dimana nilai tersebut lebih besar dari .05 (p > 0.05) iaitu
tidak signifikan pada aras keyakinan 95%. Keputusan ujian ini menunjukkan tidak
terdapat kecenderungan perbezaan markah pra yang diperolehi pelajar berdasarkan
jantina. Maksudnya tidak terdapat perbezaan yang signifikan min markah ujian pra
berdasarkan jantina responden. Oleh itu, kita tidak mempunyai bukti yang cukup
untuk menolak hipotesis nul.

4.4.2

Hipotesis Kajian Dua

Ho2

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min markah ujian pasca

berdasarkan jantina responden.

58

Bagi menguji hipotesis ini, analisis yang digunakan iaitu Independent Sample T-Test
bagi menentukan sama ada markah ujian pasca dipengaruhi oleh perbezaan jantina
iaitu lelaki dan perempuan. Jadual 4.9 menunjukkan ujian Independent Sample TTest bagi markah ujian berdasarkan jantina responden.

Jadual 4.9
Ujian Independent-Samples T Test bagi Markah Ujian Pasca
Berdasarkan Jantina Responden

Jantina

Min

SD

Markah Ujian Lelaki

10

57.20

20.071

1.038

Pra

11

48.00

20.469

1.039 18.877

Perempuan

df

19

Sig.

.312
.312

Berdasarkan jadual di atas, min bagi lelaki ialah 57.20 (SD=20.071) dan min
bagi perempuan ialah 38.27 (SD=20.469). Ujian signifikan 2-tailed menunjukkan
nilai p = iaitu .312 dan .312 di mana nilai tersebut lebih besar dari .05 (p > 0.05)
iaitu tidak signifikan pada aras keyakinan 95%. Keputusan ujian ini menunjukkan
tidak terdapat kecenderungan perbezaan markah pasca yang diperolehi pelajar
berdasarkan jantina. Ini bermaksud tidak terdapat perbezaan yang signifikan min
markah ujian pasca berdasarkan jantina responden. Oleh itu, kita tidak mempunyai
bukti yang cukup untuk menolak hipotesis nul.

59

4.4.3

Hipotesis Kajian Ketiga

Ho3

: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min markah ujian pra dan

ujian pasca selepas menggunakan kaedah Peta Minda.

Bagi menguji hipotesis ini, analisis yang digunakan iaitu Independent Sample T-Test
bagi menentukan sama ada terdapat perbezaan markah ujian pra dan ujian pasca.
Jadual 4.10 menunjukkan ujian One-Sample T-Test bagi markah ujian pra dan ujian
pasca.

Jadual 4.10
Ujian Independent-Samples T Test bagi Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Min

SD

df

Sig.

Ujian Pra

10.26

43.62

19.46

20

.000

Ujian Pasca

11.81

52.38

20.32

20

.000

Berdasarkan ujian di atas, min ujian pra dan ujian pasca ialah 43.62
(SD=19.46) dan 52.38 (SD=20.32). Ujian signifikan 2-tailed menunjukkan nilai p =
0.00 di mana nilai tersebut lebih kecil daripada p=.05 iaitu signifikan pada aras
keyakinan 95% yang ditetapkan. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan antara markah ujian pra dan markah ujian pasca yang
diperolehi pelajar. Ini bermaksud markah yang diperolehi pelajar meningkat pada
ujian pasca berbanding ujian pra selepas diajar menggunakan kaedah Peta Minda.
Ini bermaksud terdapat perbezaan yang signifikan antara min markah ujian pra dan

60

min markah ujian pasca selepas menggunakan kaedah Peta Minda. Dengan itu, kita
mempunyai bukti yang cukup untuk menolak hipotesis nul.

4.5

Rumusan

Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah Peta Minda


dapat membantu pelajar mendapat keputusan yang lebih baik dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu. Pemerhatian dan temu ramah mendapati pelajar lebih
seronok dan yakin semasa menulis karangan yang mengandungi isi yang padat dan
kemas selepas menggunakan kaedah Peta Minda. Selain itu, berdasarkan ujian
inferans membuktikan tidak terdapat perbezaan markah yang diperolehi pelajar
dalam ujian berdasarkan jantina. Akhir sekali, juga dapat dibuktikan bahawa
terdapat perbezaan yang signifikan dalam markah yang diperolehi pelajar dalam
ujian pasca selepas menggunakan kaedah Peta Minda.

61

BAB V

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

5.1

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan dengan lebih teliti dapatan kajian yang telah
diperolehi daripada bab sebelumnya. Penyelidik akan membuat perbandingan
dapatan kajian dengan beberapa dapatan kajian lain seperti yang telah dinyatakan
dalam literatur kajian. Beberapa implikasi daripada kajian ini akan dibincangkan.
Penyelidik juga telah mengemukan cadangan kajian lanjutan kepada penyelidik akan
datang.

5.2

Perbincangan Dapatan Kajian

5.2.1

Rujukan Dokumen
Berdasarkan pencapaian markah penulisan karangan Ujian Progresif Satu

dan Peperiksaan Pertengahan Penggal didapati majoriti pelajar mendapat gred C


dengan purata markah iaitu 41 peratus dan 42 peratus. Mengikut Jemaah Nazir
Sekolah (2004) gred C menunjukkan pencapaian yang Sederhana. Pada gred C ini
markah yang diperolehi pelajar antara 40 peratus hingga 59 peratus. Secara
keseluruhan prestasi pencapaian pelajar pada kedua-dua ujian ini pada tahap
sederhana. Daripada keputusan ujian didapati markah purata penulisan karangan
pelajar pada Peperiksaan Pertengahan Penggal meningkat satu peratus berbanding
Ujian Progresif Satu. Keputusan ini mungkin disebabkan oleh kaedah yang
62

digunakan oleh guru semasa P&P penulisan karangan tidak bersesuaian atau masih
mengunakan pendekatan tradisional. Oleh yang demikian, pelajar akan mengunakan
kaedah atau cara tersendiri semasa menjawab dan menulis karangan.

Tiada pendedahan tentang teknik dan pendekatan yang sesuai oleh guru
kepada pelajar akan memberi kesan kepada jawapan dan struktur penulisan karangan
pelajar. Keadaan ini disokong oleh Zainal Masleh (2012) menyatakan guru lebih
menggunakan sifat konvensional dan tradisional dalam P&P seperti komunikatif,
deduktif dan induktif. Oleh hal yang demikian dalam meningkatkan penguasaan
pengajaran Bahasa Melayu, guru harus memahami dan menguasai pelbagai
kemahiran mengajar atau pedagogi yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan
strategi terkini. Ini kerana sebagai guru kita perlu memastikan diri sentiasa
mengemaskinikan ilmu pengetahuan dan kemahiran, teknik dan kaedah pengajaran
serta mengikut konteks pelajar. Hal ini demikian aspek utama pembelajaran terus
kekal dan tetap walaupun bidang pendidikan sentiasa berubah mengikut peredaran
zaman ( Akhiar et al, 2012:188-189).

5.2.2

Pemerhatian dan Temuramah


Dapatan daripada pemerhatian dan temuramah penyelidik terhadap responden

menunjukkan perubahan yang positif dalam amalan dan kaedah penulisan karangan.
Didapati pelajar lebih seronok dan mula menggunakan kaedah Peta Minda dalam
membuat penulisan karangan selepas didedahkan. Daripada pemerhatian juga
didapati pelajar telah mencatat isi-isi penting dan idea secara tersusun, padat, kemas
dan jelas sebelum dan semasa membuat karangan mengunakan kaedah Peta Minda.

63

Ini dibuktikan melalui markah ujian pasca yang diperolehi pelajar meningkat
berbanding dengan kaedah sebelumnya.

Selepas didedahkan kaedah Peta Minda, pelajar-pelajar telah dapat


menghasilkan karangan mengikut masa ditetapkan serta dapat menjana idea yang
berkesan dan bernas. Selain daripada itu, majoriti responden menunjukkan
peningkatan yang baik dalam penulisan karangan selepas mengunakan kaedah Peta
Minda. Daripada ujian pasca, guru mendapati karangan yang dihasilkan oleh pelajar
lebih bermutu, isi yang dihuraikan lebih padat dan tersusun. Malah terdapat
sebahagian pelajar yang lemah dapat menunjukkan peningkatan dari segi susunan
ayat, isi dan idea dalam membuat karangan. Apabila temuramah dijalankan tentang
item lapan didapati semua responden bersetuju bahawa kaedah Peta Minda telah
dapat meningkatkan teknik penulisan karangan Bahasa Melayu. Kesimpulan
daripada pemerhatian dan temuramah menunjukkan penggunaan kaedah Peta Minda
dapat membantu pelajar membuat karangan yang bermutu, bernas, padat dan
tersusun sekaligus meningkatkan pencapaian markah mereka.

Dapatan ini disokong oleh kajian Rosnih @ Angela Tundin (2001) yang
mendapati maklum balas pelajar-pelajar mengatakan kaedah Peta Minda banyak
membantu mereka dalam aspek pembelajaran terutamanya menulis karangan. Hal
ini kerana kaedah Peta Minda dapat menjana minda dan idea serta mewujudkan
suasana

pembelajaran

yang

menyeronokkan.

Oleh

demikian,

guru

perlu

mempelbagai kaedah, pendekatan, teknik dan strategi pengajaran penulisan


karangan seperti menggunakan kaedah Peta Minda. Pemilihan kaedah pengajaran

64

dan pembelajaran yang sesuai dapat membantu meningkatkan pencapaian markah


dan gred pelajar.

Keberkesanan penggunaan kaedah Peta Minda dalam amalan pembelajaran


terbukti dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Mengikut kajian kes pelajar yang
menggunakan Peta Minda iaitu Lana Israel dalam amalan pembelajarannya
mendapati telah mencapai gred A dalam semua subjek semasa belajar di Universiti
Harvard. Kejayaan yang diperolehi disebabkan oleh kaedah Peta Minda yang
membantunya dalam persiapan peperiksaan dan penulisan karangan (Tony Buzan,
2007: 175).

Ini disokong oleh Azizi (1999) menyatakan aspek pengajaran berkesan


menunjukkan guru telah menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan
betul dan berkesan seperti perbincangan, kerja kumpulan, penyelesaian, masalah,
penyelidikan, kajian kes, simulasi, main peranan dan tunjuk cara. Malah aspek yang
tersebut merupakan strategi penting dalam meningkatkan prestasi peperiksaan
pelajar. Keadaan ini bertepatan dengan kaedah Peta Minda kerana menekankan
kesesuaian belajar dalam kumpulan kecil, isi utama disusun dan dicatat dengan baik
serta mudah difahami serta perkaitan antara isi dikenal pasti dengan mudah (Tony
Buzan, 2007).

5.2.3

Ujian Pra dan Ujian Pasca


Dapatan kajian daripada ujian pra dan ujian pasca menunjukkan peningkatan

markah penulisan karangan. Semua markah pelajar meningkat pada ujian pasca
erbanding ujian pra selepas didedahkan dengan kaedah Peta Minda. Pada ujian pra
65

majoriti pelajar mendapat gred D dan purata markah ialah 44 peratus dan ianya
meningkat kepada 53 peratus dan majoriti mendapat gred B pada ujian pasca.
Terdapat dua orang pelajar yang telah mendapat gred A pada ujian pasca berbanding
tiada pelajar mendapat gred A pada ujian pra. Keputusan ini menunjukkan
keberkesanan kaedah Peta Minda dalam membuat penulisan karangan selepas diajar
oleh guru. Selain itu, ianya membuktikan bahawa kaedah Peta Minda yang
digunakan oleh pelajar berjaya membantu meningkatkan kemahiran dan seterusnya
membuat karangan yang baik.

Dapatan kajian ini menyamai kajian yang dijalankan oleh Zalekha Elle
(2005) mendapati pelajar-pelajar menunjukkan peningkatan yang positif walau pun
belum mencapai tahap cemerlang setelah mengunakan kaedah Peta Minda dalam
membuat karangan. Ini menunjukkan sekiranya pelajar-pelajar didedahkan dengan
kaedah Peta Minda dalam jangka masa yang panjang tidak mustahil mendapat
keputusan yang cemerlang. Hal ini kerana dalam jangka masa panjang pelajar akan
dapat memahami dan mengetahui teknik membuat Peta Minda yang baik dan
seterusnya diterjemahkan dalam aspek penulisan karangan.

Penggunaan Peta Minda dalam membuat penulisan karangan terbukti dapat


meningkatkan pencapaian markah pelajar. Ini dibuktikan Chong, Y. S (2000) yang
menjalankan kajian mengenai penggunaan peta minda dalam P&P penulisan
karangan menunjukkan peningkatan 50 peratus pelajar mendapat gred A dan 35
peratus pelajar mendapat gred B. Hal ini demikian melalui kaedah Peta Minda
pelajar dapat menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk

66

menganalisis dan menyusun isi-isi penting berpandukan gambaran dengan lebih


mendalam.

Keberkesanan kaedah Peta Minda dalam amalan P & P pelajar dapat


membantu mencapai keputusan markah dan gred yang lebih baik. Mengikut kajian
kes iaitu seorang pelajar bernama James Lee yang tidak bersekolah selama enam
bulan kerana masalah kesihatan telah berjaya lulus dalam peperiksaan menengah
dan peperiksaan kemasukan ke Universiti. Menurutnya, rahsia kejayaan dikecapi
kerana beliau telah menggunakan kaedah Peta Minda untuk membantunya membuat
ulangkaji sebagai persediaan menghadapi peperiksaan dalam masa tiga bulan. Malah
semasa menduduki peperiksaan sepuluh subjek beliau telah mendapat tujuh A dan
tiga B (Tony Buzan, 2007: 184-185).

5.2.4

Ujian Inferens Kajian


Dalam ujian inferens, penyelidik telah membina tiga hipotesis kajian.

Berikut ialah dapatan kajian dan perbincangan mengenai hipotesis yang dibentuk;

Ho1

: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min markah ujian pra

berdasarkan jantina responden.

Hipotesis satu telah di uji dengan Independet Sample T-Test. Dapatan kajian
hipotesis satu menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min
markah ujian pra berdasarkan jantina responden. Nilai p yang diperolehi lebih besar
daripada .05 menunjukkan tidak terdapat kecenderungan perbezaan markah pra
berdasarkan jantina responden. Ini bermaksud markah yang diperolehi pelajar pada
67

ujian pra iaitu sebelum menggunakan kaedah Peta Minda tidak berbeza dari segi
jantina lelaki dan perempuan pelajar. Kecenderungan markah yang diperolehi pelajar
adalah sama dan tidak berbeza sama ada lelaki atau perempuan yang mendapat
markah lebih besar atau lulus. Keputusan ini membuktikan jantina responden
bukanlah satu faktor yang mempengaruhi keputusan ujian setiap pelajar. Ini
dibuktikan melalui pemerhatian penyelidik apabila responden membuat penulisan
karangan dalam ujian pra didapati majoriti mereka mengikut cara atau kaedah
sendiri.

Ho2

: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min markah ujian pasca

berdasarkan jantina responden.

Bagi menguji hipotesis ini, penyelidik telah menggunakan Independent


Sample T-Test. Tujuan hipotesis ini dibina untuk melihat sama ada terdapat
perbezaan markah yang diperolehi dari segi jantina selepas menggunakan kaedah
Peta Minda. Daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara ujian pasca yang diperolehi pelajar dari segi jantina. Dapatan
ini menunjukkan tiada kecenderungan markah yang diperolehi oleh pelajar semasa
ujian pasca berdasarkan jantina mereka. Dengan kata lain, markah ujian pasca
pelajar sama ada lelaki dan perempuan tidak menunjukkan perbezaan yang ketara.
Hipotesis yang dibentuk membuktikan bahawa kaedah penggunaan Peta Minda
dalam menjawab soalan karangan membantu semua pelajar mendapat markah yang
lebih baik berbanding sebelumnya. Malah penyelidik juga mendapati semasa
pemerhatian menunjukkan 90.5 peratus atau 19 orang menggunakan kaedah Peta
68

Minda setelah diajar. Jelas daripada dapatan kajian menunjukkan markah yang
diperolehi oleh pelajar bukan dipengaruhi oleh faktor jantina tetapi faktor lain
seperti kaedah, strategi, pendekatan yang digunakan oleh guru tersebut. Dapat
diperkatakan bahawa kaedah P&P yang digunakan oleh guru adalah penting dalam
meningkatkan dan membantu murid mendapat keputusan markah yang baik.

Ho3

: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min markah ujian pra dan

ujian pasca selepas menggunakan kaedah Peta Minda.

Untuk menguji hipotesis ini, penyelidik telah menggunakan One Sample TTest. Nilai p yang diperolehi adalah kecil dari .05 (p< .05) menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan
yang signifikan antara markah ujian pra dengan markah ujian pasca yang diperolehi
pelajar selepas diajar menggunakan kaedah Peta Minda. Dapatan kajian ini
membuktikan bahawa kaedah Peta Minda yang diajar dalam P & P untuk menulis
karangan dapat meningkatkan markah dan gred yang diperolehi pelajar. Ini
membuktikan bahawa kaedah Peta Minda merupakan salah satu kaedah yang sesuai
digunakan oleh guru-guru dalam P&P di bilik darjah. Sehubungan dengan itu, tidak
selah sekiranya semua guru mempraktikan kaedah ini untuk membantu pelajar
untuk mendapat gred dan markah yang cemerlang semasa ujian dalaman dan UPSR
khasnya terutamanya dalam subjek karangan Bahasa Melayu.

69

5.3

Rumusan Dapatan Kajian


Kajian ini bertujuan melihat keberkesanan kaedah Peta Minda dalam

membantu pelajar membuat penulisan karangan Bahasa Melayu. Daripada dapatan


kajian yang telah dijalankan, berikut adalah rumusan kajian ini;
(a)

Pada Ujian Progresif Satu dan Peperiksaan Pertengahan Penggal markah


keseluruhan penulisan karangan pelajar adalah tahap sederhana iaitu gred C. Hal ini
berpunca kerana pelajar tidak diajar cara yang khusus dan sesuai untuk membuat
penulisan karangan. Pelajar menggunakan cara sendiri semasa menulis karangan
menyebabkan hasil penulisan tidak baik, kemas dan isi tidak tersusun dan padat.

(b)

Hasil daripada pemerhatian penyelidik, setelah diajar dengan kaedah Peta Minda
pelajar telah menunjukkan keseronokan belajar, dapat mencatat isi-isi penting dan
idea utama, menyusun ayat dengan kemas, teratur dan padat semasa menulis
karangan. Murid juga dapat membuat karangan tanpa bantuan rakan serta dalam
masa ditetapkan. Selain itu, hasil pemerhatian juga mendapati pelajar juga dapat
menghasilkan karangan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

(c)

Daripada temuramah yang dijalankan ke atas sembilan orang pelajar terpilih


mendapati semua mereka bersetuju bahawa kaedah Peta Minda dapat membantu
mereka membuat penulisan karangan yang baik, bermutu, kemas dan tersusun.

(d)

Hasil dapatan daripada ujian pra dan ujian pasca, didapati terdapat peningkatan
markah semua responden pada ujian pasca. Hal ini berlaku kerana pelajar telah
didedahkan cara menggunakan kaedah Peta Minda dalam membuat karangan.

(e)

Dapatan kajian inferens iaitu terdapat perbezaan yang signifikan markah ujian pra
berdasarkan jantina responden menunjukkan

(f)

Dapatan kajian inferens iaitu hipotesis tiga menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan antara markah ujian pra dengan markah ujian pasca. Dapatan ini
70

membuktikan

bahawa

penggunaan

kaedah

Peta

Minda

dapat

membantu

meningkatkan markah ujian pelajar.

Kesimpulannya, penggunaan kaedah Peta Minda yang digunakan oleh


penyelidik dapat menambah baik amalan pengajaran penyelidik sebagai guru. Dari
segi pembelajaran, kaedah Peta Minda dapat membantu pelajar membuat karangan
yang baik dan bermutu seterusnya meningkatkan pencapaian markah ujian mereka.

5.4

Implikasi Kajian
Daripada dapatan kajian ini, terdapat beberapa implikasi yang dapat

dipraktikan oleh pelbagai pihak. Antaranya ialah guru dimana guru-guru perlu
menggunakan teknik, kaedah, pendekatan dan strategi yang pelbagai dalam proses
P&P seharian. Guru tidak seharusnya menggunakan kaedah yang sama semasa
proses P&P kerana ianya akan mewujudkan perasaan bosan dan tidak menarik minat
pelajar belajar. Seterusnya akan menyebabkan pelajar tidak mahu mengikuti P&P
yang dirancang oleh guru. Oleh yang demikian, untuk menghasilkan pelajar yang
cemerlang dalam di sekolah terdapat pelbagai kaedah pedagogi boleh digunakan
oleh guru.

Selain itu, pihak bertanggungjawab seperti sekolah atau Pejabat Pelajaran


Daerah juga memainkan peranan penting. Pihak sekolah perlu menghantar guruguru berkursus untuk menambahkan ilmu kemahiran dan pengetahuan pedagogi
terkini dalam P&P. Begitu juga Pejabat Pelajaran Daerah dengan kerjasama pihak
Institut Pendidikan Guru, Jabatan Pelajaran Negeri dan lain-lain boleh
71

menganjurkan kursus-kursus yang berkaitan dengan peningkatan pedagogi guru.


Melalui kursus, bengkel dan latihan dalam perkhidmatan ini guru dapat
mengemaskini kemahiran dan pengetahuan diri seiring dengan perubahan dalam
bidang pendidikan pada masa sekarang. Hasil daripada pengetahuan dan kemahiran
yang diperolehi ini dapat diterjemahkan oleh guru ke dalam proses P&P di kelas.
Apabila keadaan ini berlaku maka keberkesanan proses P&P akan berlaku dan
seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang.

5.5

Cadangan Kajian Lanjutan

Daripada hasil dan penemuan kajian ini, penyelidik merasakan perlunya ada satu
kajian lanjutan bagi mengembangkan dan memperincikan lagi skop kajian ini.
Antara cadangan kajian lanjutan bagi penyelidik akan datang seperti di bawah;

a)

Kajian ini hanya melibatkan murid tahap II iaitu tahun empat dan tahun lima
sahaja dengan sampel yang kecil iaitu 21 orang. Penyelidik akan datang
boleh memperluaskan sampel kajian sehingga tahun enam dan tahun tiga.
Dengan menjadikan tahun tiga sebagai sampel kajian, penyelidik dapat
daripada hasil kajian sama ada perlu atau tidak kaedah Peta Minda diajar
pada peringkat awal di sekolah.

b)

Penyelidik akan datang dapat membuat kajian berbentuk eksperimen


terhadap penggunaan kaedah Peta Minda dengan menwujudkan kumpulan
kawalan dan kumpulan eksperimen. Melalui dapatan kajian, penyelidik dapat
menentukan kaedah yang manakah sesuai untuk digunakan dalam penulisan
karangan.
72

c)

Kajian ini mengambil masa yang singkat iaitu selama tiga minggu dalam
aspek mengumpul data seperti pemerhatian, temuramah, ujian pra dan ujian
pasca. Dalam tempoh yang singkat ini pelajar didedahkan cara menggunakan
Peta Minda dalam membuat penulisan karangan. Diharapkan penyelidik
akan datang menjalankan kajian yang lebih lama supaya dapatan kajian yang
diperolehi lebih mantap dan jitu.

d)

Penyelidik akan datang boleh menggunakan soal selidik untuk mengutip


data. Melalui soal selidik keputusan ujian inferen dapat dijalankan dan
dapatan kajian

lebih sahih. Selain itu ujian yang dijalankan dapat

dipelbagaikan seperti ujian korelasi dan anova dalam menjawab pelbagai


objektif dan persoalan kajian.
e)

Penyelidik akan datang juga boleh membuat kajian tentang perbandingan


beberapa kaedah, pendekatan, teknik dan strategi dalam P&P untuk membuat
penulisan karangan. Daripada dapatan perbandingan ini penyelidik dapat
mengenal pasti kaedah manakah yang lebih sesuai digunakan.

5.6

Rumusan

Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatkan dalam markah yang diperolehi


pelajar selepas menggunakan kaedah Peta Minda. Walaupun demikian, dapatan
kajian ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara markah yang
diperolehi dengan jantian pelajar dalam menggunakan kaedah peta minda menulis
73

karangan. Kajian juga mendapati pelajar-pelajar bersetuju bahawa kaedah Peta


Minda telah membantu mereka mencatat isi-isi penting sebelum menulis karangan.
Malah karangan yang dihasilkan mempunyai isi yang betul, padat, kemas dan
tersusun.

Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan dan maklumat


kepada pihak terbabit dalam meningkatkan teknik dan kaedah P&P guru-guru
Bahasa Melayu. Penyelidik juga telah memberikan beberapa cadangan kajian
kepada penyelidik yang akan datang untuk mengkaji dengan lebih terperinci tentang
kaedah, teknik, pendekatan dan strategi lain yang lebih berkesan. Dengan mengkaji
dan membuat perbandingan kepelbagaian proses P&P ianya dapat membantu dalam
meningkatkan pencapaian pelajar di sekolah.

RUJUKAN
Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin dan Muhamad Kushairi Jusoh. (2012). Asas
Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons.

74

Akta Pendidikan (1996). ( Akta 550) & Peraturan-peraturan Terpilih, 1999, Kuala
Lumpur: International Law Book Services.
Alias Baba. (1987). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Konsep
Pemetaan. Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia. Vol 70: 25-29.
Allen, V. G. (1991). Teaching Bilingual and ESL children. New York: Macmilan.
Azizi Yahaya, (1999). Keberkesanan Pelaksanaan Program Kemahiran Hidup di
Sekolah-Sekolah Menengah di Malaysia Berdasarkan Model Penilaian
Konteks, Input, Proses dan Produk. Tesis PhD, Universiti Putra Malaysia.
Barnow, L. (1989). International Encyclopedia of Communications. New York:
Oxford University Press.
Busher, H., & Harris, A., (2000). Subject Leadership and School Improvement,
London: Paul Chapman Publishing: Ltd.
Buzan, L. (1991). The Mind Map Book. New York: Penguin.
Carole, A. J (2004). The Introduction of Concept Mapping To Primary School
Science Teachers. Kota Kinabalu: MPG.
Chia, Y. L, Yeat, E.C & Fui, T. C (2003). Penggunaan Peta Minda dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Karangan Bergambar. Kota Kinabalu: MPG.
Chong, Y, Si. (2000). Penggunaan Peta Minda dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Penulisan karangan Berpandukan Gambar Tunggal. Jurnal
Pendidikan MPS. Jilid 4, No 1: 82-92.
Coombs, B., (1999). Pengajaran Cemerlang, (Terjemahan), Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan Negara Malaysia Bhd.
David L. C. L. & et al. (2010). Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan. Selangor:
Open University Malaysia.
Dunn, R.S., & Dunn, K.J., (1979). Learning Styles/teaching Styles: Should
TheyCan They.be Matched? Educational Leadership. 36:238-244.
Ea Ah Meng. (1993). Pedagogi: Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.
Edelsky, C. (1982). Writing in A Bilingual Programme: The Relation of L1 and L2
texts. TESOL Quarterly Vol: 16 (4): 211-228.
Feldman, K.A., (1976). The Superior College Teacher From the Students View,
Research in Higher Education. 5:243-288.
75

Gay, L. R. & Airasian, P. (2003). Educational Research: Competencies For Analysis


and Applications (7th ed). Upper Saddle River. NJ: Pearson Education Inc.
Good, T.L., & Brophy, J.E., (1997). Looking in Classrooms. (9th ed), New York:
Addison Wesley Longman, Inc.
Graham, S. (1982). Composition Research and Practice: A Unified Approach. Focus
on Exceptional Children. Vol 14(8): 1-16
Graham, S. & Harris, K. R. (1989). Component Analysis of Cognitive Strategy
Instruction: Effects on Learning Disabled Studends Compositions and selfEfficacy. Journal Educational Psychology. Vol 8 (3): 353-361.
Graves, A., Montague, M., & Wong, Y.L (1990). The Effects of Procedural
Facilitation on the Story Composition of Learning Disabled Students.
Learning disabilities Research. Vol 5 (2): 88-93.
Habibah Elias, (1992). Strategi Pengajaran Ekonomi KBSM, Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.
Jabatan Perdana Menteri. (2010). NKRA Pendidikan. Pemandu: Kuala Lumpur.
Jackson, D.L., Teal, C.R., Raines, S.J., Nansel, T.R.,Force, R.C., & Burdsal, E.A.,
(1999). The Dimensions of Students Perceptions of Teaching Effectiveness.
Dalam, Educational & Psychological Measurement. 59,4:580-598.
Jemaah Nazir Sekolah (2004). Standard kualiti. Putrajaya: Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Kamus Dewan. (2004). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Keefe, J. W., (1989). Learning Style Profile Handbook: Accommodating Perceptual,
Study and Instructional Preferences, Reston, Virginia: National Association
of Secondary School Principals.
KPM (1988). Laporan Jawatan Kuasa Kabinet Mengkaji Perlaksaan Dasar
Pelajaran. Kuala Lumpur: KPM.
KPM (2010). NKRA Pendidikan. Unit Pengurusan Prestasi Dan Perlaksanaan
(PEMANDU). Jabatan Perdana Menteri.
Mohd Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpr:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.
76

Rahimah Ahmad, (1991). The Excellent Manager, Towards a Dynamic School


Culture.
Masalah pendidikan 15:49-57.
Rosnih@ Angela Tundin (2001). Penyelidikan Tindakan Strategi Penyelesaian
Masalah Sukar Menggunakan Idea Penting untuk Mengarang. Jurnal
Ilmiah. Bil 8. Kota Kinabalu: MPG.
Sulis Merfanti. (2006). Belajar Berkesan Dengan Peta Minda.
Tony Buzan. (1990). The Mind Map. London: BBC Books.
Tony Buzan. (2006). Effective Technic to Taking Note. London: BBC Books.
Tony Buzan. (2007). Panduan Kemahiran Belajar Buzan: Cara Mudah Mencapai
Kejayaan Dalam Pengajian Anda dengan Teknik Peta Minda, Bacaan Laju
dan Penguasaan Daya Ingatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan
Distributions Sdn. Bhd.
Tyler, R. W., (1973). Assessing Educational Achivement in the Effective Domain,
Measurement in educational Journal. 4:1-8.
Zainal

Abidin

Masleh

(2012).

Pembugaran

Pendidikan

Bahasa

Melay:

Memperkasakan Guru dan Pelajar. Seminar Pembugaran Pendidikan Bahasa


Melayu (MBM) Peringkat Kebangsaan 2012. IPG Kampus Batu Lintang.

77

You might also like