You are on page 1of 24

ABDULLAH YUSOFF DAN CHE RABIAH MOHAMED

MASALAH PEMBELAJARAN:
TANDA DAN SIMPTOM
KECACATAN KOMUNIKASI
LISAN MURID PENDIDIKAN
KHAS
(Learning Difficulties: Signs and Symptoms of Oral
Communication Disorders in Special-Education Students)
Abdullah bin Yusoff
dr.aby.pekak@gmail.com
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,
Jalan Maktab, Pengkalan Chepa,
16109, Kota Bharu, Kelantan, MALAYSIA.
Tel.: +609-7717700.
Che Rabiaah Mohamed
aleef@hotmail.com
Pusat Pengajian Sains Kesihatan
Kampus Kesihatan, USM
16150, Kubang Kerian, Kelantan, MALAYSIA.
Abstrak
Kajian tinjauan keratan rentas ini bertujuan mengenal pasti prevalen
murid yang mengalami kecacatan komunikasi lisan dalam kalangan
murid pendidikan khas kategori bermasalah pembelajaran. Kajian ini
juga mengenal pasti simptom umum dan simptom spesifik kecacatan
komunikasi lisan yang dihadapi oleh murid berkenaan. Teknik
pensampelan secara penyesuaian. Sampel terdiri daripada 1125
murid pendidikan khas dalam program integrasi di 56 buah sekolah
di Kelantan. Senarai semak kecacatan pertuturan atau bahasa oleh
Hannel berskala 4 Likert digunakan bagi mengutip data yang dilakukan

301

JURNAL BAHASA JILID 14 BIL. 2 2014

melalui semakan dokumen profil murid, pemerhatian terhadap tingkah


laku dan temu bual dengan ibu bapa. Kajian mendapati enam peratus
(n=67) daripada murid yang dikaji mengalami kecacatan komunikasi
lisan. Daripada perbandingan min, didapati simptom umum lambat
dalam belajar untuk bercakap merupakan simptom yang sangat
berkaitan dengan kecacatan komunikasi. Kajian mencadangkan
guru yang mengajar murid ini menggunakan komunikasi augmentatif
dan alternatif bagi memaksimumkan kefahaman mereka.
Kata kunci: pendidikan khas, kecacatan komunikasi, tinjauan keratan
rentas, masalah pembelajaran, komunikasi lisan
Abstract
The aim of this cross-sectional survey is to identify the prevalence of
learning-disabled children who have language and communication
disorders. Besides that, this study also investigates the general and
specific symptoms of language and communication disorders in
these children. The study applied the adaptive sampling technique
and involved 1125 special-education children from 56 integrated
schools in Kelantan. The Speech or Language Impairment Checklist
of Hannell, with a 4-point Likert scale, was used to collect the data,
which was gleaned from the childrens profile documents, observations
of their behaviour and interview with parents. The study found that 6
per cent (n=67) of the children in the study were considered as having
difficulty with verbal communication. When comparing the mean
score, the general symptom Delay in learning to communicate is
the most common symptom of communication disorder. Therefore,
it is recommended that teachers who teaching such students use
augmentative and alternative communication (AAC) to optimize
students understanding.
Keywords: special education, communication disorders, crosssectional study, learning disabilities, oral communication

PENGENALAN
Pendidikan khas secara formal di Malaysia bermula berdasarkan kegiatan
aktiviti yang berteraskan masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan.
Kedatangan British membawa perubahan terhadap corak pendidikan khas
daripada tidak formal kepada formal seawal tahun 1920-an. Semenjak
itu, pendidikan khas terus berkembang maju hingga hari ini. Pada
302

ABDULLAH YUSOFF DAN CHE RABIAH MOHAMED

peringkat awal, pendidikan khas lebih tertumpu pada murid buta dan
pekak. Pendidikan untuk murid yang dikategorikan sebagai bermasalah
pembelajaran bermula pada tahun 1988 hasil daripada perkembangan
dan pembangunan pendidikan dalam dan luar negara. Sejajar dengan itu,
pelbagai kemajuan dari segi tenaga pengajar, peruntukan kewangan, alat
bantu mengajar dan kelengkapan lain dipertingkatkan dari semasa ke
semasa yang memperlihatkan pendidikan untuk murid pendidikan khas
diberikan perhatian oleh kerajaan.
Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia
bertanggungjawab dalam menentukan pengurusan pendidikan khas di seluruh
negara. Murid pendidikan khas terdiri daripada murid yang bermasalah dari
segi penglihatan, pendengaran dan pembelajaran. Secara spesifik, bahagian
ini mengkategorikan murid bermasalah pembelajaran bercirikan sindrom
Down, autisme ringan, gangguan hiperaktif defisit perhatian atau attention
deficit hyperactive disorder (ADHD), terencat akal minimum dan bermasalah
dalam pembelajaran spesifik (Jabatan Pendidikan Khas, 2004:1).
Kajian ini memfokuskan kumpulan murid dalam kategori bermasalah
pembelajaran sahaja kerana pelbagai kategori murid tersebut belajar
dalam kelas yang sama yang memungkinkan ramai dalam kalangan
mereka mengalami masalah komunikasi.
PERNYATAAN MASALAH
Kebanyakan guru tidak mendapat latihan dan pendedahan untuk
menangani murid yang mengalami masalah komunikasi lisan. Walau
bagaimanapun, kurikulum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) opsyen Pendidikan Khas telah memasukkan kursus berkaitan
kecacatan komunikasi sebagai kursus major (IPGM, 2007). Hal ini
memperlihatkan kepentingan pengetahuan ini dikuasai oleh guru. Dalam
konteks kajian ini, komunikasi lisan merujuk kebolehan murid bertutur
dan memahami pertuturan orang lain. Masalah komunikasi lisan pula
merujuk ketidakbolehan murid berkomunikasi secara lisan dan tidak
memahami komunikasi orang lain.
Ketidakupayaan murid menggunakan bahasa lisan (khususnya
bahasa ibunda bahasa Melayu) membawa impak besar dalam proses
mendapatkan pendidikan. Sebagai contoh, jika mereka bermasalah dalam
penghasilan pertuturan, mereka sukar menyampaikan maklumat yang
ingin disampaikan. Begitu juga jika mereka mengalami masalah dalam
penerimaan bahasa, mereka akan menghadapi masalah dalam memahami
303

JURNAL BAHASA JILID 14 BIL. 2 2014

maklumat yang disampaikan oleh orang lain (Taylor, Smiley & Richard,
2009). Jika keadaan ini berlaku kepada murid sekolah terutamanya murid
pendidikan khas, mereka akan bermasalah dalam komunikasi. Oleh itu,
guru perlu dibekalkan ilmu asas dalam mengenal pasti tanda dan simptom
murid berpotensi mengalami masalah ini.
Dalam pendidikan, komunikasi lisan merupakan teras kecemerlangan
akademik dan lebih tertumpu pada transformasi pelbagai ilmu dan
kemahiran. Komunikasi lisan dikatakan tunjang dalam pendidikan, yang
bermatlamat untuk perkembangan dan pembangunan insan seperti yang
dinyatakan dalam falsafah pendidikan negara. Oleh itu, jika seseorang
murid bermasalah dalam komunikasi lisan, mereka akan mengalami
kesukaran untuk menonjolkan potensi mereka.
Apabila seseorang murid mula melangkah ke alam persekolahan
mereka dibimbing dan diajar oleh guru untuk menguasai pelbagai
ilmu serta kemahiran mengikut peringkat demi peringkat berpandukan
kurikulum yang disediakan (Abdullah et al., 2011). Murid yang bermasalah
dalam komunikasi lisan mungkin menghadapi kesukaran menguasai ilmu
dan kemahiran yang disampaikan oleh guru. Oleh hal yang demikian, guru
perlu memiliki pengetahuan berkaitan dengan tanda dan simpton untuk
mengenal pasti murid yang mengalami masalah dalam komunikasi lisan
supaya mereka dapat dibimbing untuk mendapat ilmu dan kemahiran
sebagaimana murid yang lain.
Kebanyakan murid bermasalah komunikasi lisan (MKL) sukar
mengikuti pembelajaran dan mereka memerlukan perhatian dan tumpuan
khusus oleh guru. Di samping itu juga, disebabkan bermasalah dalam
komunikasi lisan, kebanyakan mereka juga bermasalah dalam emosi
dan tingkah laku. Oleh itu, proses pembelajaran mereka perlu diberikan
perhatian. Dalam menangani situasi tersebut, cara dan pilihan komunikasi
hendaklah disesuaikan dengan kebolehan mereka (Vaughn & Bos,
2012). Jika murid tersebut tidak dapat dikenal pasti oleh guru pada
peringkat awal persekolahan, besar kemungkinan murid berkenaan tidak
mendapat pendidikan yang sepatutnya apabila mereka melangkah ke alam
persekolahan pada peringkat yang lebih tinggi.
Murid yang bermasalah dalam komunikasi dan bahasa juga tidak
dapat menonjolkan potensi mereka jika guru gagal mengenal pasti dan
mendiagnos masalah mereka lebih awal. Di samping itu, guru perlu
mengubah cara mengajar dan cara murid belajar (Kuder, 2003). Guru
boleh mencadangkan supaya murid berkenaan dirujuk kepada pakar dalam
bidang berkaitan seperti jurupulih pertuturan.
304

ABDULLAH YUSOFF DAN CHE RABIAH MOHAMED

Jika hal ini tidak dapat dilakukan, murid berkenaan sukar belajar
dan menguasai kemahiran berdasarkan kurikulum. Mereka juga tidak
dapat ikut serta dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum serta tidak
mendapat keseronokan dalam pembelajaran. Mereka akan ketinggalan
dan lemah dalam akademik (Kuder, 2003). Oleh itu, guru perlu menguasai
kemahiran komunikasi alternatif, penggunaan pedagogi yang sesuai bagi
membolehkan murid ikut serta dalam pengajaran dan pembelajaran seperti
murid yang lain. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti prevalen, tanda
dan simpton umum dan spesifik kecacatan komunikasi lisan yang dihadapi
oleh murid pendidikan khas kategori masalah pembelajaran.

KEPENTINGAN KAJIAN
Dapatan kajian dapat memberikan kesedaran kepada guru tentang
kepentingan memahami tanda dan simpton murid MKL. Pengetahuan
dan kesedaran tentang tanda dan simpton ini dapat meningkatkan kualiti
komunikasi lisan antara guru-murid terutamanya dalam pendidikan khas,
yang kebanyakan daripada murid pendidikan khas bermasalah dalam
komunikasi lisan (Heward, 2011). Jika pengesanan awal dapat dilakukan
terhadap murid bermasalah dalam komunikasi lisan, guru dapat merancang
dan menyediakan komunikasi alternatif bagi membolehkan murid
berkenaan melibatkan diri dan mendapat kefahaman semasa pengajaran
berlangsung (Harding et al., 2011). Di samping itu, guru juga dapat
menyediakan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan masalah yang
dihadapi mereka. Oleh itu, kajian ini membawa kepentingan tersendiri
kepada guru pendidikan khas dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran.
MASALAH PEMBELAJARAN DAN KECACATAN KOMUNIKASI
Kajian luar negara banyak membuktikan bahawa murid yang bermasalah
pembelajaran mengalami MKL. Antaranya, Johnson (1995), mendapati
80 peratus murid bermasalah pembelajaran yang dikaji mengalami MKL
yang membawa kesan kepada masalah lain seperti membaca, bercakap dan
mendengar walaupun murid ini boleh berkomunikasi secara bukan-verbal.
Kajian Rouke (1995) pula mendapati murid yang bercirikan sindrom
Aspergers, hiperlaksia, sindrom William dan murid yang mengalami
kerosakan otak secara traumatik mengalami MKL. Di samping itu, kajian
juga membuktikan bahawa murid autisme menunjukkan simptom masalah
305

JURNAL BAHASA JILID 14 BIL. 2 2014

komunikasi lisan dan interaksi sosial yang dapat dikesan seawal kanakkanak berumur dua tahun (Haynes & Pindzola, 2008). Kasari et al. (2008)
melalui kajiannya terhadap penggunaan bahasa semasa murid bermain
mendapati 25 peratus hingga 50 peratus murid autisme berusia antara 10
hingga 13 tahun mempunyai tahap atau kebolehan berkomunikasi yang
rendah. Tanda dan simptom sedemikian menunjukkan murid ini bercirikan
autisme bermasalah dalam bahasa dan komunikasi lisan. Kebanyakan
murid tersebut berada dalam kategori murid pendidikan khas sama ada
dalam atau luar negara kerana mengalami masalah dalam pembelajaran.

TANDA DAN SIMPTOM SERTA MASALAH MURID


DENGAN MKL
Murid yang bermasalah berkomunikasi lisan memiliki dua kesukaran
dari segi berbahasa. Yang pertama mereka tidak dapat menyatakan apa
yang ingin mereka sampaikan melalui pertuturan dan yang kedua, mereka
sukar memahami percakapan orang lain. Jika situasi ini tidak dapat
dikesan pada peringkat awal persekolahan mereka akan ketinggalan dalam
persekolahan. Mereka juga ketinggalan dalam pelbagai aspek lain yang
berkaitan dengan komunikasi lisan. Berdasarkan Shames dan Wiig (2001),
pada kelazimannya dari aspek penghasilan bahasa, MKL yang dihadapi
oleh murid dapat diklasifikasikan sebagai kecacatan artikulasi, suara dan
kelancaran. Kecacatan tersebut menyebabkan pertuturan mereka sukar
difahami. Dari aspek penerimaan bahasa pula, mereka bermasalah dalam
kefahaman walaupun untuk memahami ayat mudah seperti ayat arahan
dan penyata.
Mengikut kajian perkembangan kanak-kanak, semasa berumur 13
bulan, murid sudah mula bertutur. Jika berumur melebihi 17 bulan dan
masih belum boleh berbahasa (bertutur), murid tersebut dikatakan memiliki
kecacatan bahasa lisan. Murid tersebut perlu mendapat pemeriksaan dan
pengesahan doktor tentang masalah ini supaya masalah tersebut dapat di
atasi.
Kuder (2003) melihat murid yang bermasalah komunikasi dan bahasa
memiliki tanda dan simpton tertentu yang dapat dilihat pada domain
akademik, interaksi sosial, kognitif dan tingkah laku yang dirumuskan
seperti Jadual 1.
Maklumat tersebut penting sebagai panduan kepada ibu bapa dan guru
pendidikan khas dalam memahami dan menangani kanak-kanak MKL.
306

ABDULLAH YUSOFF DAN CHE RABIAH MOHAMED

Jadual 1 Tanda dan simpton masalah komunikasi berdasarkan domain Kuder.


Kebolehan
Akademik
- Tidak berminat
dalam
perbincangan
- Sukar
menstrukturkan
idea
- Sukar
mengecam
perbezaan
bunyi
- Sukar dalam
penyebutan
- Gagal menuruti
arahan

Interaksi Sosial

Kognitif

Tingkah Laku

- Tidak berminat
berinteraksi
dengan murid
lain

- Sukar mengingati
maklumat lalu

- Tahap kecewa
yang tinggi

- Lambat memberi
respons

- Disisihkan oleh
murid lain

- Sukar memberi
perhatian

- Berkelahi
dengan rakan
sebaya

- Sukar untuk
menyambung
perbincangan

- Menarik diri
daripada
bergaul

- Bermasalah
dalam mengikuti
peraturan
permainan

- Sukar
menamakan
benda dengan
betul

PROGRAM INTERVENSI UNTUK MENINGKATKAN


KEUPAYAAN KOMUNIKASI
Pencegahan awal dilakukan terhadap seseorang supaya masalah tidak
berlaku atau aktiviti terancang dilakukan supaya situasi yang dialami
tidak bertambah buruk. Dalam hal ini Harding et al. (2011) telah
melaksanakan kajian mengenai kepentingan penggunaan komunikasi
alternatif dan augmentatif dalam kalangan murid yang mengalami
masalah pembelajaran. Kajian ini dikendalikan di Amerika terhadap dua
orang murid bermasalah pembelajaran berumur enam tahun. Objektif
kajian adalah untuk menilai penggunaan komunikasi alternatif dan
augmentatif dalam membantu perkembangan komunikasi murid yang
mengalami masalah pembelajaran. Kajian mendapati tahap komunikasi
kedua-dua murid tersebut telah berkembang dengan bantuan penggunaan
komunikasi alternatif dan augmentatif. Kajian ini juga membuktikan
bahawa pentingnya pelaksanaan program intervensi difahami oleh guru.
307

JURNAL BAHASA JILID 14 BIL. 2 2014

El Sayed dan Hemmat (2008) menjalankan kajian terhadap 90 orang


murid (39 perempuan dan 51 lelaki) dengan min umur 42.6 bulan yang
mengalami kerencatan mental yang sederhana di Mesir. Hasil kajian
menunjukkan bahawa keluarga memainkan peranan yang penting dalam
membantu perkembangan bahasa anak-anak yang mengalami MKL.
Noor Aini Ahmad et al. (2011) melaksanakan kajian tentang pengajaran
kemahiran komunikasi terhadap murid bermasalah pembelajaran yang
bertujuan mengenal pasti pendekatan pengajaran yang dapat membantu
meningkatkan mutu pembelajaran mereka. Kajian mendapati perlunya
pengajaran menggunakan gerak badan (body language) berbantukan
gambar bagi memudahkan murid terlibat dalam pembelajaran. Kajian juga
mendapati guru perlu mengetahui cara melaksanakan terapi pertuturan
kepada murid mereka.
Kajian tersebut memperlihatkan terdapat murid pendidikan khas
bermasalah pembelajaran mengalami masalah komunikasi. Kelemahan
dalam komunikasi menyebabkan murid sukar untuk mengikuti pengajaran
dan pembelajaran.

REKA BENTUK KAJIAN, LOKASI DAN PERSAMPELAN


KAJIAN
Kajian ini berbentuk tinjauan keratan rentas (cross-sectional survey) yang
bertujuan untuk mengenal pasti tanda dan simpton masalah komunikasi
lisan murid yang berada dalam program pendidikan khas bermasalah
pembelajaran.
Kajian ini dilakukan di Kelantan yang melibatkan 56 buah sekolah yang
mempunyai program integrasi pendidikan khas masalah pembelajaran.
Pemilihan sekolah berdasarkan tempat mengajar semua guru sandaran
tidak terlatih (GSTT) yang mengikuti Program Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah (KPLI) di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu yang
mengambil masa selama dua tahun. Mereka merupakan guru sandaran
yang dilantik oleh jabatan pendidikan negeri setelah melalui proses
tertentu seperti menepati syarat yang ditetapkan dan lulus dalam proses
temu duga. Guru pelatih tersebut dilatih dan dilantik sebagai pembantu
penyelidik untuk memungut data kajian.
Kajian ini melibatkan 1125 murid dalam program pendidikan khas.
Kaedah pemilihan sampel dalam kajian ini berdasarkan pensampelan
penyesuaian (convenient sampling). Mengikut Majid Konting (2000), kaedah
ini sesuai untuk kajian tinjauan yang bermatlamat untuk menghuraikan
308

ABDULLAH YUSOFF DAN CHE RABIAH MOHAMED

fenomena semasa yang ditemui semasa kajian dilaksanakan. Semua murid


dijadikan sampel asalkan mereka bersekolah di sekolah berkenaan pada
tempoh masa kajian dilakukan. Kriteria inklusi pelajar yang dimasukkan
dalam kajian ini termasuklah: tidak boleh bertutur atau kebanyakan masa
tidak bertutur dan boleh sekali-sekala memberikan respons dalam bentuk
lisan serta berdaftar sebagai pelajar pendidikan khas. Murid yang tidak
termasuk dalam kajian ini pula termasuklah murid pekak dan murid yang
boleh berkomunikasi lisan serta memahami komunikasi lisan.
INSTRUMEN KAJIAN
Kajian ini menggunakan dua jenis instrumen, iaitu senarai semak dan rekod
murid. Senarai semak ialah instrumen utama untuk mendapatkan data
kajian. Data kajian melalui penggunaan senarai semak diperoleh melalui
kaedah pemerhatian secara langsung dan tidak langsung. Maklumat yang
tidak diperoleh melalui pemerhatian diperoleh melalui temu bual dengan
ibu bapa sampel kajian. Umpamanya temu bual dengan ibu bapa dilakukan
untuk mendapatkan maklumat tentang pemerolehan dan penggunaan
bahasa lisan sampel semasa kecil sehingga memasuki alam persekolahan.
Senarai semak yang digunakan dalam kajian ini diadaptasi daripada
senarai semak kecacatan pertuturan atau bahasa (check list of speech or
language disorder) yang dihasilkan oleh Hannell, (2005) yang diterjemah
dengan kaedah back to back (terjemahan dengan pelbagai pendekatan agar
dapat difahami oleh penerima sasaran). Senarai semak ini mengandungi
sembilan kategori, yang setiap satu kategori berkaitan dengan penggunaan
atau aktiviti bahasa secara umum. Dalam kajian ini, sembilan kategori
tersebut diklasifikasikan sebagai tanda dan simpton umum. Item dalam
setiap kategori tersebut berkaitan dengan berbahasa secara spesifik yang
dikenali sebagai tanda dan simpton spesifik. Terdapat 51 item spesifik
kesemuanya. Item spesifik dalam setiap kategori tanda dan simpton
umum tidak sama bilangannya. Tanda dan simpton umum/spesifik seperti
Jadual 2.
Rekod murid digunakan bagi mendapatkan profil murid serta
pengesahan doktor tentang kategori murid berdasarkan borang yang
disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Di samping itu,
terdapat beberapa item dalam senarai semak yang memerlukan maklumat
daripada rekod murid dan temu bual ibu bapa.

309

JURNAL BAHASA JILID 14 BIL. 2 2014

Jadual 2 Tanda dan simpton umum dan spesifik.


Kategori Tanda dan
Simpton Umum

Contoh Aktiviti Berbahasa

Bilangan Tanda
dan Simpton
Spesifik

1. Lambat belajar
bercakap dan bertutur

Lambat boleh bertutur dan belajar


bercakap berbanding murid biasa.
Memerlukan khidmat ahli terapi
pertuturan untuk latihan bertuturan. Jika
bercakap bermasalah menggunakan
tatabahasa yang betul.

2. Menghadapi
kesukaran dalam
menyusun bahasa

Sukar menggunakan bahasa untuk


bercerita secara urutan. Bermasalah
membaca abjad, lagu murid, jadual dan
susunan hari. Lambat dalam membilang
dan membaca serta kerap tersasul di
tengah ayat apabila bercerita.

3. Kesukaran mencari
perkataan sesuai.

Sukar mencari perkataan yang


bersesuaian apabila bercakap.
Bermasalah menggunakan kata ganti
nama. Terlupa nama sesuatu atau
perkataan untuk dijadikan rujukan.
Bermasalah dalam mengingat nombor
dan abjad.

4. Bukan pengucap yang


berkeyakinan.

Kurang berkeyakinan untuk bercakap


dengan orang lain.
Tidak suka bercakap secara sukarela
atau melalui telefon dan dengan orang
yang tidak dikenali.

5. Sukar menggunakan
bahasa penghuraian

Bermasalah dalam menghurai


sesuatu dan lebih suka mendiamkan
diri daripada melibatkan diri dalam
perbualan. Mengutamakan bahasa
isyarat dan gerak badan (body language)
berbanding bercakap.

6. Bermasalah dalam
memahami bahasa

Memperlihatkan tidak faham terhadap


percakapan orang lain seolah-oleh
bermasalah dalam pendengaran.
Kelihatan seperti berada dalam dunia
sendiri dalam kebanyakan masa. Gemar
melihat aksi orang lain dan dijadikan klu
untuk mendapat kefahaman percakapan.
Jangka masa tumpuan percakapan
singkat.

310

ABDULLAH YUSOFF DAN CHE RABIAH MOHAMED


Kategori Tanda dan
Simpton Umum

Contoh Aktiviti Berbahasa

Bilangan Tanda
dan Simpton
Spesifik

7. Kesukaran fonologi

Bermasalah dalam penyebutan dan


sering bertukar ganti dengan perkataan
berpasangan sebutan minimal. Agak
sukar memulakan penyebutan bunyi
awal perkataan dan bermasalah dalam
kaedah membaca berasaskan fonik.

8. Kesukaran dengan
bahasa sosial

Bermasalah dalam penggunaan


bahasa untuk sosialisasi. Banyak
ketika menggunakan kekuatan fizikal
dalam menyelesaikan masalah. Sukar
memahami nada suara dalam percakapan
serta memahami bahasa berbentuk
jenaka dan gurauan. Sukar menggunakan
bahasa sapaan serta bermasalah dalam
menyatakan kesedihan mahupun
kegembiraan.

9. Bermasalah
dalam memperoses
pendengaran

Sukar memahami percakapan dalam


suasana bising. Sensitif dengan bunyian
yang kuat dan sering terganggu dalam
memproses maklumat.

10

PROSEDUR KAJIAN
Kajian melalui proses atau prosedur yang telah ditentukan. Proses yang
diikuti bertujuan memastikan kajian ini mempunyai kebolehpercayaan dan
keesahan yang tinggi. Di samping itu, bagi memudahkan kajian ulangan
dilakukan oleh mana-mana pihak yang berminat untuk melihat fenomena
sama yang berlaku (Mohd Majid, 2000).
Pengumpulan data dilakukan oleh pembantu penyelidik yang telah
dilatih khas secara intensif tentang tatacara melaksanakan kajian semasa
mengikuti latihan perguruan. Pengumpulan data mengambil masa selama
dua bulan. Kesemua pembantu penyelidik mempunyai pengalaman antara
satu hingga dua tahun mengajar sampel yang dikaji. Oleh itu, mereka
mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap sampel dan aspek
yang diberikan penekanan dalam kajian.
311

JURNAL BAHASA JILID 14 BIL. 2 2014

Berdasarkan urutan, prosedur yang diikuti adalah seperti yang berikut:


(1) Membina, mendapat dan menetapkan instrumen
Setelah kajian kepustakaan dilakukan, penyelidik mendapati
menggunakan instrumen yang piawai dan telah digunakan secara
meluas adalah lebih baik daripada yang dibina sendiri. Penyelidik
menggunakan senarai semak semak kecacatan pertuturan atau
bahasa oleh Hannell (2005).
(2) Melantik dan melatih pembantu penyelidik
Seramai 39 orang pembantu penyelidik dilatih. Tatacara pemerhatian
secara langsung dan tidak langsung didedahkan dan simulasi untuk
menandakan ciri yang dipamerkan oleh murid yang berkaitan dengan
aktiviti berbahasa sebagaimana dalam senarai semak dilakukan
sehingga mereka berasa berkemampuan untuk melaksanakan kajian
ini.
(3) Menterjemahkan instrumen senarai semak dalam bahasa Melayu
Terjemahan dilakukan melalui kaedah back to back translation oleh
penyelidik. Kemudian senarai semak dalam versi bahasa Melayu
tersebut disemak oleh tiga pakar dalam bidang pendidikan khas
dan seorang pensyarah bahasa Inggeris untuk memastikan keesahan
kandungannya.
(4) Mengenal pasti murid MKL
Dilakukan melalui pemerhatian dan pengalaman berinteraksi
(mengajar) oleh pembantu penyelidik dan rujukan profil diri murid.
Murid yang dipilih sebagai sampel merupakan mereka yang tidak
boleh berkomunikasi lisan dan memperlihatkan sukar memahami
komunikasi lisan. Murid pekak dan autisme teruk dikeluarkan dalam
senarai sampel.
(5) Menyemak profil murid
Dilakukan bagi mendapatkan pengesahan murid yang berpotensi
mempunyai tanda dan simpton komunikasi lisan. Menemu bual
ibu bapa bagi mendapatkan maklumat berkaitan tanda dan simpton
bermasalah komunikasi lisan semasa murid peringkat bayi sehingga
mula memasuki alam persekolahan sebagaimana item dalam senarai
semak.
312

ABDULLAH YUSOFF DAN CHE RABIAH MOHAMED

(6) Membuat pemerhatian dan merekodkan respons murid berdasarkan


item senarai semak yang digunakan.
Senarai semak daripada pasukan pembantu penyelidik dikumpulkan
oleh penyelidik dan dikodkan bagi mengenal pasti tanda dan simpton
dengan menggunakan program EXCEL untuk dianalisis.

ANALISIS DATA
Data dikodkan dengan mengguna program EXCEL. Skor nombor 0, 1, 2
dan 3 digunakan bagi menggambarkan tingkah laku murid berdasarkan
item dalam senarai semak. Tingkah laku tersebut berdasarkan maklumat
daripada rekod murid, temu bual dan pemerhatian yang membawa
makna seperti yang berikut.
0

Tiada kaitan langsung atau tidak berkenaan


Menunjukkan item ini tidak ada kaitan dengan sampel yang dikaji
atau sampel tidak menunjukkan ciri yang dinyatakan, diperhatikan
atau dikehendaki.

Sedikit, dapat dilihat sekali-sekala, berkaitan pada tahap tertentu


Menunjukkan tingkah laku sampel mempunyai kaitan dengan item
dalam bentuk kekerapan sekali-sekala.

Sederhana, banyak kali dapat dilihat, memang berkaitan


Menunjukkan tingkah laku sampel memang berkaitan dengan item
dalam bentuk banyak kali.

Sangat, sentiasa dapat dilihat, amat berkaitan


Menunjukkan tingkah laku sampel amat berkaitan dengan item dalam
bentuk sentiasa dapat dilihat pada bila-bila masa.

Murid bermasalah komunikasi lisan, dikenal pasti berdasarkan


aktiviti dan tingkah laku semasa dalam kelas yang diperhatikan oleh
pembantu penyelidik. Murid yang dikategorikan mempunyai MKL
apabila mereka memperlihatkan tanda dan simpton tidak bercakap dan
kurang memberikan respons terhadap interaksi lisan (Hannell, 2005).
Tanda dan simpton umum/spesifik MKL dikira berdasarkan respons yang
ditunjukkan oleh setiap sampel yang dikodkan dengan nombor 0 hingga
3. Min bagi setiap tanda dan simpton spesifik dalam kategori tanda dan
313

JURNAL BAHASA JILID 14 BIL. 2 2014

simpton umum MKL dikira. Susunan min dari besar ke kecil dilakukan
untuk mendapat susunan simptom umum dan spesifik.
Tanda dan simptom MKL dikira berdasarkan peratusan sampel yang
menunjukkan respons terhadap setiap item. Jika bilangan skor 3 bagi
setiap item melebihi 50 peratus (34 murid) yang ditunjukkan oleh pelajar
maka item tersebut dikira sebagai simptom yang sangat berkaitan dengan
murid bermasalah komunikasi lisan. Teknik perkiraan ini diadaptasi
daripada Gregory (1997). Beliau telah menggunakan perkiraan yang sama
dalam kajian beliau bagi menentukan ayat berstruktur bahasa isyarat
British terhadap masalah penulisan murid pekak di Britain. Jika ayat ditulis
oleh pelajar pekak dilakukan oleh lebih 50 peratus pelajar, ayat tersebut
dikategorikan sebagai mempunyai unsur pengaruh isyarat.

DAPATAN KAJIAN
Prevalen Murid Bermasalah Komunikasi Lisan Berbanding
Jenis Masalah Lain
Kajian mendapati prevalen murid MKL ialah enam peratus, iaitu seramai
67 murid daripada sejumlah 1125 murid bermasalah pembelajaran yang
diperhatikan. Dua puluh lapan perempuan (28) dan 39 ialah lelaki.
Perbandingan murid MKL dengan murid pendidikan khas kategori lain
seperti Rajah 1.

Rajah 1 Bilangan dan peratus prevalen murid bermasalah komunikasi lisan.

314

ABDULLAH YUSOFF DAN CHE RABIAH MOHAMED

Kategori Tanda dan Simpton Umum Masalah Komunikasi


Lisan (MKL) Berdasarkan Susunan Min
Terdapat sembilan kategori tanda dan simpton umum MKL telah dikaji.
Berdasarkan susunan min daripada tinggi kepada rendah terhadap tanda
dan simpton umum diperlihatkan dalam Jadual 3.
Kajian mendapati tanda dan simpton umum kategori lambat
dalam belajar bertutur merupakan aspek yang sangat berkaitan yang
diperlihatkan dalam sampel seperti dalam Jadual 3. Kategori bermasalah
dalam memproses bunyi bahasa pula merupakan tanda dan simpton
umum yang sedikit berkaitan yang diperlihatkan dalam sampel. Kajian
juga mendapati kategori berkaitan dengan penghasilan bahasa mendapat
min yang tinggi, iaitu kategori susunan nombor 1 hingga nombor 6.
Hal ini menunjukkan murid MKL mengalami kesukaran dalam menyusun
bahasa, pertuturan atau memproduksi bahasa dan menggunakan bahasa
berbanding dengan kefahaman bahasa. Kefahaman bahasa berada pada
susunan nombor 8 dan 9. Puratanya lebih rendah berbanding dengan
purata susunan kategori nombor 1 hingga 6.
Jadual 3 Susunan kategori tanda dan simpton umum MKL daripada sangat
berkaitan kepada tidak berkaitan.
Susunan

Kategori Tanda dan Simpton Umum

Skor
Purata

Skor Sisihan
Piawai (STD)

Lambat belajar untuk bercakap atau bertutur.

2.5

0.22

Menghadapi kesukaran dalam menyusun


bahasa.

2.4

0.18

Kesukaran fonologi.

2.4

0.30

Sukar menggunakan bahasa penghuraian.

2.2

0.28

Sukar mencari perkataan yang sesuai.

2.1

0.29

Bukan pengucap yang berkeyakinan.

2.1

0.17

Kesukaran dengan bahasa sosial.

2.0

0.09

Bermasalah dalam memahami bahasa.

1.9

0.25

Bermasalah dalam memproses pendengaran.

1.7

0.20

315

JURNAL BAHASA JILID 14 BIL. 2 2014

Jadual 4 Item melebihi 50 peratus berdasarkan kategori tanda dan simpton umum.
Kategori T & S
Umum

Bilangan
Item

1. Lambat
dalam belajar
untuk bercakap.

3 daripada 3

2. Kesukaran
dalam
menyusun
bahasa.

3. Kesukaran
fonologi.

4. Sukar
menggunakan
bahasa
penghuraian.

316

4 daripada 4

5 daripada 6

3 daripada 5

Item Melebihi 50 Peratus

Peratus
Pelajar
(N=67)

a Lambat dalam belajar untuk bercakap.

59.7

b Telah menerima atau memerlukan


terapi pertuturan.

73.1

c Perlahan (dulu/sekarang) daripada


purata untuk menggunakan tatabahasa
yang betul.

56.7

a Mendapati sukar untuk bercerita secara


tersusun.

67.2

b Mendapati sukar untuk membaca lagu


murid, jadual, susunan hari, abjad.

53.7

c Perlahan (dulu/sekarang) dalam


membilang dan membaca abjad.

56.7

d Tersesat di tengah ayat.

52.2

a Memiliki kesukaran artikulasi awal.

64.2

b Lemah dalam menutur perkataan


berirama.

53.7

c Lemah dalam menutur aliterasi


(perkataan yang mempunyai persamaan
bunyi awal).

65.7

e Mendapati sukar mengeja


menggunakan fonik.

55.2

f Bertukar perkataan yang mempunyai


bunyi yang sama.

50.7

c Sukar untuk menyatakan sesuatu.

62.7

d Mengalah dalam memberi penjelasan


dengan mengatakan Tak mengapalah.

52.2

e Menggunakan isyarat, mimik muka dll.

58.2

ABDULLAH YUSOFF DAN CHE RABIAH MOHAMED


Kategori T & S
Umum
5. Kesukaran
mencari
perkataan
sesuai.

Bilangan
Item
3 daripada 8

Item Melebihi 50 Peratus

Peratus
Pelajar
(N=67)

a Selalu sukar untuk mencari perkataan


yang diperlukan.

61.2

g Mendapati sukar untuk membaca


perkataan melalui penglihatan.

59.7

h Sukar dan tidak lancar dalam


pembacaan.

70.1

6. Bukan
pengucap yang
berkeyakinan.

1 daripada 3

a Tidak suka bercakap dengan orang


yang tidak dikenali.

53.7

7. Kesukaran
dengan
memahami
bahasa.

Tiada
daripada 9

a Tidak menggunakan bahasa untuk


menyelesaikan masalah sosial; mungkin
menggunakan tenaga fizikal.

59.7

8. Kesukaran
dengan
memahami
bahasa.

Tiada
daripada 9

Semua item tiada berkaitan.

<50.0

9. Bermasalah
dalam
memproses
pendengaran.

Tiada
daripada 3

Semua item tiada berkaitan.

<50.0

Secara lebih terperinci, item yang melebihi 50 peratus berkaitan


dengan sampel yang dikaji berdasarkan kategori tanda dan simpton umum
adalah seperti dalam Jadual 4.

TANDA DAN SIMPTON SPESIFIK MASALAH


KOMUNIKASI LISAN
Kajian mendapati 20 daripada 51 item dianggap sebagai tanda dan simpton
spesifik MKL dalam sampel. Dua puluh tanda dan simpton tersebut yang
berdasarkan 50 peratus atau lebih sampel seperti Jadual 5, yang disusun
daripada peratusan tinggi kepada rendah.
Berdasarkan 20 item yang diklasifikasikan sebagai tanda dan simpton
spesifik, kajian mendapati item lambat mengguna tatabahasa yang betul
317

JURNAL BAHASA JILID 14 BIL. 2 2014

Jadual 5 Item tanda dan simpton secara spesifik.


Susunan

318

Item Spesifik

Kekerapan
(n=67)

Peratus

Secara purata, lambat menggunakan


tatabahasa yang betul.

49

73.1

Lambat dalam belajar bercakap.

47

70.1

Tidak menggunakan bahasa untuk


menyelesaikan masalah sosial (menggunakan
tenaga fizikal).

45

67.2

Sukar untuk menyatakan sesuatu.

44

65.7

Sukar memulakan percakapan.

43

64.2

Lebih suka menggunakan isyarat, mimik


muka dan lain-lain bentuk komunikasi.

42

62.7

Tidak suka bercakap dengan orang yang


tidak dikenali.

41

61.2

Memerlukan terapi pertuturan semenjak


kecil.

40

59.7

Lemah dalam menyebut konsonan awal


secara berulang-ulang.

40

59.7

10

Bertukar ketika menggunakan perkataan


yang mempunyai bunyi yang sama.

40

59.7

11

Sukar mengeja menggunakan fonik.

39

58.2

12

Sukar bercerita secara urutan dan tersusun.

38

56.7

13

Lemah menuturkan perkataan berirama.

38

56.7

14

Tersasar di tengah ayat apabila bercakap.

37

55.2

15

Sukar dan tidak lancar dalam pembacaan.

36

53.7

16

Sukar untuk membaca perkataan yang


dilihat.

36

53.7

ABDULLAH YUSOFF DAN CHE RABIAH MOHAMED


Susunan

Item Spesifik

Kekerapan
(n=67)

Peratus

17

Sukar membaca lagu murid, jadual dan


susunan hari.

36

53.7

18

Selalu bermasalah mencari perkataan yang


diperlukan.

35

52.2

19

Lambat dalam membilang dan membaca


abjad.

35

52.2

20

Mengalah dalam memberi penjelasan dengan


mengatakan Tak mengapakah ...

34

50.7

merupakan yang paling banyak terdapat pada sampel kajian, diikuti dengan
item lambat bercakap, kemudiannya diikuti dengan penggunaan
kekuatan fizikal untuk menyelesaikan masalah sosial.

PERBINCANGAN
Kemahiran berbahasa melibatkan dua komponen besar, iaitu penghasilan

dan penerimaan (Kuder, 2003). Bahasa juga sebagai alat sosialisasi. Dalam
bidang pendidikan, dua aspek tersebut dimanifestasikan melalui kemahiran
mendengar dan membaca yang bersifat penerimaan bahasa, manakala
kemahiran bertutur dan menulis merupakan kemahiran penghasilan
bahasa. Menguasai kemahiran tersebut membolehkan seseorang pelajar
bersosialisasi.
Aktiviti kemahiran penghasilan lebih bersifat eksplisit kerana dapat
dilihat melalui tingkah lakunya berbanding kemahiran penerimaan yang
lebih bersifat implisit kerana tingkah lakunya agak sukar dilihat. Sebagai
contoh, bertutur dan menulis dapat dilihat aktivitinya berbanding
mendengar dan membaca kerana sifatnya lebih kepada kefahaman,
yang prosesnya banyak berlaku pada peringkat kognitif kecuali membaca
peringkat mekanis.
Kebanyakan murid pendidikan khas mengalami masalah dalam
penghasilan dan penerimaan bahasa seperti yang diperlihatkan dalam
kajian ini. Dalam kalangan murid MKL, aspek pelahiran bahasa lebih
terserlah berbanding dengan penerimaan bahasa. Hal ini termasuklah
lambat bercakap dan belajar bertutur, kesukaran dalam menggunakan
319

JURNAL BAHASA JILID 14 BIL. 2 2014

bahasa, bermasalah dalam mengeluarkan bunyi pertuturan yang tepat,


sukar menggunakan bahasa apabila membuat penghuraian tentang
sesuatu dan sering menghadapi masalah dalam pemilihan perkataan yang
bersesuaian apabila ingin menyatakan sesuatu.
Tanda dan simptom umum tersebut diperlihatkan oleh sampel yang
membuktikan kebanyakan murid pendidikan khas mengalami masalah dan
kesukaran dalam aspek pelahiran bahasa. Apabila dicerakinkan, didapati
mereka bermasalah dalam fonetik, iaitu kesukaran mengeluarkan bunyi
bahasa secara tepat. Dalam morfologi pula mereka sukar memilih perkataan
yang sesuai untuk dijadikan rujukan apabila bercakap. Lemah dalam
menyusun perkataan untuk membentuk ayat yang bermakna merupakan
aspek sintaksis yang dialami murid pendidikan khas. Sehubungan itu,
mereka juga mengalami masalah dalam menggunakan bahasa bagi tujuan
sosialisasi.
MKL yang berkaitan dengan murid adalah untuk memproduksi
pertuturan, penggunaan komunikasi lisan dan kefahaman lisan. Hal ini
bermaksud bahawa majoriti murid yang mempunyai simptom bermasalah
dalam melahirkan pertuturan. Pertuturan mereka tidak jelas, sebutan
mereka juga menyeleweng daripada bunyi bahasa yang sepatutnya.
Akibatnya, pertuturan mereka sukar difahami oleh mereka yang dilawan
bercakap. Di samping itu, mereka juga mengalami masalah kefahaman,
iaitu mereka sukar memahami percakapan orang lain.
Ada juga dalam kalangan murid ini bermasalah dalam komunikasi
lisan sejak kecil lagi, seperti lambat bertutur. Apabila mereka membesar,
mereka mengalami masalah dalam penyebutan dan kefahaman. Disebabkan
MKL sangat berkaitan dengan memproduksi, penggunaan dan kefahaman,
mana-mana murid bermasalah dalam satu aspek tersebut akan mengalami
masalah lain secara serentak (Taylor, Smiley & Richard, 2009). Selain
pelbagai usaha yang dilakukan oleh ahli keluarga bagi membantu murid
MKL, pelibatan profesional, seperti ahli terapi pertuturan, ahli psikologi
pendidikan dan ahli perubatan diperlukan (Heward, 2011).
Dalam konteks pendidikan, guru merupakan individu yang mulamula berkomunikasi dengan murid MKL secara formal. Tanpa komunikasi
dan saling memahami, banyak masalah akan timbul berkaitan dengan
pengajaran, tingkah laku, emosi dan pelaksanaan kokurikulum (Kuder,
2003). Mereka sukar memahami pengajaran dan akibatnya tingkah laku
negatif yang ditonjolkan murid sukar dikawal yang membawa kepada
masalah emosi. Selain itu, rentetan daripada masalah komunikasi lisan,
320

ABDULLAH YUSOFF DAN CHE RABIAH MOHAMED

kegiatan kokurikulum juga tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.


Semuanya bermula daripada gejala MKL.
Oleh itu, guru perlu menggunakan komunikasi alternatif seperti
renungan mata, ekspresi wajah, isyarat dan gambar apabila
berkomunikasi dengan murid berkenaan (Taylor, Smiley & Richard,
2009). Maklumat berkaitan komunikasi dalam kajian ini dapat menjana
transformasi minda pengamal pendidikan khas kerana merekalah guru
pertama yang berkomunikasi secara formal apabila murid menjejakkan
kaki ke alam persekolahan.
Dapatan kajian ini memperlihatkan terdapat persamaan dengan yang
dilaporkan oleh Taylor, Smiley dan Richard (2009) bahawa prevalen murid
MKL di Amerika tidak setinggi murid dengan kategori masalah lain. Walau
bagaimanapun, usaha perlu dilakukan supaya murid simptom MKL dapat
menggunakan komunikasi lisan apabila umur mereka meningkat. Hal ini
dapat dilakukan dengan mengubah faktor persekitaran pelajar (Shame &
Wiig, 2003). Faktor genetik, persekitaran berbahasa, kecederaan bahagian
otak berkaitan dengan komunikasi lisan dan alat artikulator adalah antara
sebab yang membawa kepada berlakunya MKL dalam kalangan murid
(Taylor, Smiley & Richard, 2009).
Jika seseorang murid bermasalah dalam penggunaan komunikasi lisan,
guru perlu mencari komunikasi alternatif bagi membolehkan guru dan murid
berkomunikasi. Kuder (2003) mencadangkan komunikasi bentuk bukanverbal digunakan. Antara komunikasi yang dicadangkan oleh Kuder (2003)
termasuklah seperti menggunakan isyarat dan gambar. Taylor & Smiley
& Richard (2009) pula mencadangkan guru menggunakan komunikasi
berbentuk augmentatif dan alternatif, atau dalam bahasa Inggeris dikenali
sebagai alternative and augmentative communication (AAC). Komunikasi
bentuk ini merupakan satu bentuk bantuan komunikasi kepada mereka yang
tidak boleh berkomunikasi melalui pertuturan. Bentuk komunikasi bentuk
ACC ialah bunyian melalui mulut (bukan pertuturan), bahasa badan, bahasa
isyarat, simbol, bunyi pertuturan yang diubah suai dan sebarang bantuan
komunikasi berasaskan komputer. Bentuk-bentuk komunikasi tersebut
bertujuan membantu murid mendapat kefahaman semasa berinteraksi.

CADANGAN
(1) Guru pendidikan khas perlu mendapat pendedahan dan kemahiran
untuk menilai dan mengesan tanda dan simptom murid bermasalah
komunikasi lisan.
321

JURNAL BAHASA JILID 14 BIL. 2 2014

(2) Khidmat kepakaran dalam bidang komunikasi perlu diberikan kepada


mereka yang terlibat dalam pendidikan khas.
(3) Koloborasi antara agensi berkaitan dengan perkembangan murid
perlu dilibatkan dalam membangunkan program pendidikan khas.
KESIMPULAN
Walaupun kajian ini memberikan tumpuan pada murid pendidikan khas,
dapatan kajian sangat bermakna kepada guru lain. Hal ini demikian kerana
kurikulum latihan perguruan untuk guru pelatih dalam bidang selain
pendidikan khas kurang memberikan penekanan tentang aspek MKL
dalam kalangan murid. Kita berharap pengetahuan berkaitan Pendidikan
Khas akan diperluas dalam latihan perguruan supaya guru pelatih
mendapat maklumat awal dan apabila mereka bertugas nanti, mereka
dapat menangani murid MKL secara lebih bermakna.

RUJUKAN
Abdullah Yusoff & Che Rabiaah Mohamed, 2009. Recognising Language of
the Deaf Community: The Concept of Communication, Language, Speech,
Signing and Their Relationship with the Means of Communication Used
by Deaf People. International Seminar on Sign Language Research,
University of Malaya: 30 - 31 Mei 2009, MySL Research Team, Faculty of
Language and Linguistics, University of Malaya.
Abdullah Yusoff, Safani Bari & Mokhtar Taha, 2009. Pengenalan Pendidikan
Khas. Kuala Lumpur: Open University Press.
Abdullah Yusoff, Ruslan Idris & Nor Laini Che Mat, 2012. A Survey on
Communication Disorder Among Children with Learning Disabilities.
Jogja International Conference on Communication (JICC): 21-22
November 2012, Department of Communication Studies, Faculty of Social
and Political Sciences. University of Pembangunan Nasional Veteran
Yogyakarta, Indonesia.
Abdullah Yusoff, Shukri Ismail, Azhari Muhamood & Nik Azhar Nik Ab Rahman,
2011. Pengurusan Kurikulum Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran:
Satu Kajian Penerokaan Dan Keperluan Inovasi. Kertas kerja dalam
The International Conference on Early Childhood and Special Education
(ICRCSE) USM Penang: 10-12 Jun 2011. Dewan Budaya, USM Penang,
Malaysia.
Anderson, D., In Or Out: Surprises in Reading Comprehension Instruction
dlm. Intervention in School and Clinic 41:3, hlm. 175-79, 2006.

322

ABDULLAH YUSOFF DAN CHE RABIAH MOHAMED

El Sayed S. & Hemmat B., Psychosocial Factors Affecting Language


Developmental Among Mild Mentally Retarded Childrens dlm. Egyptian
Journal of Psychiatry 31:2, 2008.
Gregory, S., 1997. Deaf Childrens Writing: The influence of BSL on Written
Language. Kertas kerja International Simpousium on Niliguailisium.
9-12 April, 1997. Dentle School University of New Castle upon Tyne.
Hannell, G. (ed)., 2005. Identifying Children with Special Needs: Checklists and
Action Plans for Teachers. California: Crown Press.
Hannell, G., 2005. The Speech or Language Impairement Checklist in
Identifying Children with Special Needs: Checklists and Action Plans for
Teachers. California: Crown Press.
Hallahan, D. & Kauffman, J., 2006. An Introduction to Special Education:
Exceptional Learners. New York: Pearson.
Harding, C., et al. 2011. Implementing AAC with Children with Profound
and Multiple Learning Disabilities: A Study in Rationale Underpinning
Intervention dlm. Journal of Research in Special Educational Needs 11:2,
hlm. 12029,June 2011.
Haynes, W. & Pindzola, R., 2008. Diagnosis and Evaluation in Speech Pathology.
New York: Pearson.
Heward, L., 2011. Exceptional Children: An Introduction to Special Education.
New York: Prentice Hall.
Jabatan Pendidikan Khas, 2004. Maklumat Pendidikan Khas 2004. Kuala Lumpur:
Jabatan Pendidikan Khas.
Johnson, D., An Overview of Learning Disabilities Psychoeducational
Perspectives dlm. Journal of Child Neurology, 10:1, hlm. 2-5, 1995.
Kasari, C., Paparella, T, Freeman, S.N., & Jahromi, L., Language Outcome
in Autism: Randomized Comparison of Joint Attention and Play
Interventions dlm.Journal of Consulting and Clinical Psychology 76,
hlm. 125-37, 2008.
Kuder, S., 2003. Teaching Students with Language and Communication
Disabilities. Bostan: Pearson Education, Inc.
Little. L., The Misunderstood Child: The Child With a Nonverbal Learning
Disorder dlm. Journal of the Society of Pediatric Nurses 01, July, 1999.
Mohd. Majid Konting, 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
DBP.
Noor Aini Ahmad et al., Pengajaran Kemahiran Komunikasi bagi Murid-Murid
Bermasalah Pembelajaran Teruk dlm. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
2:2, Nov. 2012.
Rohaty, M. M. & Shafie, M.N., Simptom Disleksia Murid-murid Prasekolah
dlm. Jurnal Pendidikan 30:X, hlm. 319, 2005.
Rouke, B.P., 1995. Syndrome of Nonverbal Learning Disabilities:
Neurodevelopmental Manifestation. New York: Guilford Press.

323

JURNAL BAHASA JILID 14 BIL. 2 2014

Shames, G. & Wiig, E., 2003. Human Communication Disorders: An Introduction.


London: Chales E. Merrill Publishing Company.
Taylor, Smiley & Richard, 2009. Execptional Students: Preparing Teachers for
the 21 st Century. Boston: McGRAW HILL.
Vaughn, S. & Bos, C.S., 2012. Strategies for Teaching Students with Learning and
Behavior Problems. New Jersey. Pearson Education Inc.

324

You might also like