You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT GURU PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

PPKI BIL. 4 TAHUN 2019

Tarikh : 16 Oktober 2019


Hari : Rabu
Masa : 12.45 – 2.30 petang
Tempat : Bilik Guru PPKI Sekolah Kebangsaan Kamil 2

Kehadiran:

1. Pn. Hjh Mona Losani Binti A. Rasid (PK P.Khas)


2. Pn. Noor Zaharina Bt Mohd Noor
3. Pn. Norazian Binti Arifin
4. Pn. Norbazuraazlina Binti Mohd Nawi
5. Pn. Rohani Binti Mohammad
6. Pn. Shela Binti Yusoff
7. Pn. Wasilah Bt Che Kub
8. En. Abdullah Sani Bin Mohd Desa
9. En. Mohd Zaki bin Mohd Noor
10. Pn. Nor Akmar bin Mohd Seman
11. Pn. Nor Wahidah bt Ibni Hajar
12. Pn. Hasrubiwati bt Mohammad
13. Pn. Anida bt Ibrahim
14. Pn. Rohaidah bt Ismail

Tidak hadir:

1. Pn. Latifah Binti Omar - CRK


1.Perutusan Pengerusi

1.1 GPK Hjh Mona Losani memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah
dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan ppm yang
hadir.
1.2 Kehadiran semua guru dan ppm penting bagi membincangkan aktiviti murid
PPKI.

Tindakan : Semua ajk

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 3 Tahun 2019

2.1 Cadangan : Puan Rohani bt Mohammad

2.2 Sokongan : En Abdullah Sani bin Mohd Desa

3. Perkara Berbangkit
3.1 Tiada berkara berbangkit

4. Perbincangan Majlis Tautan Kasih


4.1 Pn Hjh Mona Losani memberitahu majlis apresiasi peringkat Pasir Puteh
dibatalkan dan peringkat negeri akan dijalankan pada 17/10/2019.

5. Penilaian Berasaskan Bilik darjah (PBD) akhir tahun


5.1 Pn. Hjh Mona Losani memaklumkan pengisian laporan PBD perlu dilakukan
oleh semua guru subjek tahun 1-3 dan perlu dicetak sebelum diedarkan dan
ditandatangani oleh ibubapa semasa perjumpaan yang akan diadakan pada
14/11/2019 nanti.
5.2 Beliau juga memaklumkan murid tahun 4 perlu menjalani peperiksaan akhir
tahun dan guru tahun 4 boleh mencetak soalan untuk diberikan kepada murid
nanti.
5.3 Merujuk kepada PBD Pn Hjh Mona Losani menerangkan PBD mempunyai
tiga tahap iaitu tahap 1 (tidak menguasai), tahap 2 (menguasai dengan
bimbingan guru) dan tahap 3 (menguasai dengan baik).
Tindakan : Semua ajk

6. Lawatan Sambil Belajar


6.1 Pn Hjh Mona Losani memberitahu lawatan sambil belajar murid PPKI pada
tahun ini ialah ke Cameron Higlands dan telah diluluskan oleh JPN.
6.2 Pn Noor Zaharina memberitahu penginapan dan tempat tinggal bagi guru
dan murid untuk dua hari satu malam di Apartment Makmur Tanah Rata
Belakang Balai Polis.
6.3 Pn Hjh Mona Losani memaklumkan bahawa masa bertolak pada pukul 8.30
pagi dengan menaiki bas dan murid berpakaian baju sekolah. Seramai 20 orang
murid telah dipilih untuk menyertai lawatan ini.
6.4 Tempat lawatan yang akan dilawati antaranya
- Agro Teknologi MARDI
- Bee Farm
- Cameron Valley Tea
- Ladang Anggur Bertam Valley
- Lavender Garden
- Pasar Malam Cameron Higlands
Tindakan : Semua ajk

7. Hal hal lain


7.1 En Abdullah Sani bertanyakan bayaran lawatan ke Cameran Higlands. Pn
Hjh Mona Losani menjelaskan tiada bayaran diambil sepanjang lawatan tersebut.
7.2 Pn Norazian mencadangkan membuat nasi lemak untuk sarapan pagi
semasa di Cameran Higlands dan telah dipersetujui oleh semua guru.
7.3 Pn Rohani Mohamad meminta supaya sediakan plastik kecil untuk murid
semasa didalam bas.
8. Penutup
8.1 Hjh Mona Losani mengucapkan terima kasih kepada semua guru PPKI SK
Kamil 2 kerana banyak membantu dalam aktiviti bersama guru aliran perdana,
serta menaikkan nama SK Kamil 2 dan mengekalkan kecemerlangan. Beliau
juga berharap agar guru- guru menjadi contoh yang baik kepada murid – murid
dan ibu bapa serta masyarakat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

( NOOR ZAHARINA BT MOHD NOOR ) (HJH MONA LOSANI BT A. RASID )


Setiausaha PPKI, Penolong Kanan PPKI,
Sekolah Kebangsaan Kamil ( 2 ). Sekolah Kebangsaan Kamil ( 2 ).

You might also like