You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM BANTU MEMBACA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) PERINGKAT SEKOLAH


KEBANGSAAN SUNGAI PASIR KECHIL

Tarikh : 19. 09. 2022

Hari : Isnin

Masa : 12.30 tgh hari

Tempat : Bilik Mesyuarat

AGENDA i Perutusan Pengerusi

ii Perutusan Pentadbir

iii. Perincian Program Bantu Membaca

iv Penutup

BIL. NAMA JAWATAN


1. En. Mohd Asri bin Ahmad Guru Besar
2. En. Zakariah bin Harun P. Kanan Pentadbiran
3. Pn. Rozana binti Mavi Ketua Panitia
4. Pn. Munirah binti Talib Setiausaha
5. Pn. Siti Mariyam binti Yusof AJK
6. Pn. Siti Rahmah binti Darus AJK
7. Pn. Shamsidar binti Desa AJK
8. En. EmamMohd Tawfeek bin Che Ariff AJK
9. Pn. Nazliza bt. Ismail AJK
10. Pn. Rosnah binti Japlawi AJK
11. Pn Siti Aishah binti Saad AJK
12. En. Emam Mohd Tawfeek bin Che Arif AJK
13. Pn Hasmadina binti Mokhtar AJK
14. Pn. Nor Shahri binti Mohd Yusof AJK
15. En. Nurul Aswad bin Abdul Rahman AJK
16. Pn. Faizah binti Rasat AJK
17. Pn. Noraini bt. Abdullah AJK
18. Pn. Mahfuzah binti Abd Ghani AJK
19. Pn. Noor Fazilah binti Abdul Razak AJK
20. En Zuraidi bin Mohamad AJK
21. En. Mohd Afdzan Hafizie bin Mohamad Jamil AJK
22. En Azmadi bin Mat AJK
23. Pn Rashina binti Hashim AJK
24. Pn. Farhana binti Yusop AJK
25. Pn. Siti Hawa binti Abd Rahman AJK
26. Pn. Noor Aini binti Ishak AJK
I PERUTUSAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat turut serta
dalam Mesyuarat Penyelarasan Program Bantu Membaca Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) Peringkat Sekolah yang bertempat di bilik mesyuarat Sekolah
Kebangsaan Sungai Pasir Kechil. Pengerusi mengalukan kehadiran En. Mohd
Asri bin Ahmad dan En. Zakariah bin Harun selaku wakil Pentadbir dalam
mesyuarat pada hari ini .

2. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas komitmen semua guru dalam
mesyuarat kali ini.

Makluman: Semua Guru

II PERUTUSAN PENTADBIR

3. Encik Mohd Asri mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana
menghadirkan diri dalam mesyuarat ini dan memberi penerangan ringkas tentang
Program Bantu Membaca.
4. Guru Besar juga memaklumkan Program Bantu Membaca ini dilaksanakan di
semua sekolah di seluruh Malaysia bagi memenuhi permintaan Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM)

Makluman: Semua Guru

III PERINCIAN PROGRAM BANTU MEMBACA

5. Program Bantu Membaca ini adalah di bawah kendalian Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu.

6. Program ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu murid yang belum tahu membaca
dan membaca dengan bimbingan. Program ini dilaksanakan pada waktu
pengajaran dan pembelajaran

7. Program ini juga perlu dilaksanakan dalam 3 fasa iaitu :

(a) Fasa 1 pada 12/9 hingga 30/9/2022 - dilaksanakan pada setiap hari waktu
pengajaran dan pembelajaran selama 30 minit.
(b) Fasa 2 pada 1/10 hingga 30/10/2022 - dua hingga 3 kali seminggu
selama30 minit pada waktu pengajaran dan pembelajaran

(c) Fasa 3 pada 1/11 hingga 30/11/2022 - dilaksanakan sekali seminggu


selama 30 minit dalam waktu pengajaran dan pembelajaran.

8. Pada 1 hingga 4/12/2022 pula ialah proses kutipan data bagi Program ini.

9. Modul asas literasi Bahasa Melayu dan bahan-bahan bacaan yang bersesuaian
boleh digunakan oleh semua guru dalam melaksanakan program bantu membaca
ini.

10. Guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu daripada Tahun 1 hingga tahun 6 perlu
menyenaraikan nama-nama pelajar yang terlibat dalam program ini. Nama-nama
murid tersebut perlu dibahagikan kepada 2 kategori seperti yang diterangkan oleh
Tuan Guru Besar.

11. Seramai 126 murid terlibat dalam program ini bagi Tahap 1 dan bagi Tahap2
pula….
Makluman : semua guru Bahasa Melayu

IV PENUTUP

10. Guru Besar meminta semua guru memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada
panita Bahasa Melayu dalam melaksanakan program ini. Tanpa kerjasama dan
komitmen daripada semua guru program ini tidak dapat dilaksanakan dengan
jayanya

11. Beliau juga berharap semua guru dapat menjalakankan program ini dengan
bersungguh-sungguh kerana dengan adanya program seperti ini dapat membantu
murid-murid yang masih tidak mengenal huruf dan tidak tahu membaca akibat
daripada pendamik Covid 19 yang melanda negara.

19. Mesyuarat ditangguhkan pada satu masa akan datang.


Disediakan oleh Disemak oleh :

.............................................. ........................................
( MUNIRAH BINTI TALIB) ( )
Setiausaha, Ketua Panitia Bahasa Melayu
Panitia Bahasa Melayu SK. Sungai Pasir kechil
SK Sungai Pasir Kechil

Tarikh :

You might also like