You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAYA

MINIT MESYUARAT INDUK KURIKULUM


BIL 2 / TAHUN 2021

Tarikh : 06 April 2021


Masa : 1.30 petang - 3.45 petang
Tempat : Balai Wawasan
Pengerusi : Tn. Hj. Salehuddin Bin Meor Hassan
Kehadiran : 45 / 45 orang

BIL NAMA YANG HADIR JAWATAN


1. Tn. Hj. Salehuddin B. Meor Hassan Guru Besar
2. Pn. Hjh. Maziah Bt. Ismail GPK Kurikulum/ KP Moral
3. Pn. Magdalina Bt. Chuaidi GPK HEM
4. En. Mohd Nor Sofuan b. Makhtar GPK Koku/ Penyelaras HIP
5. Pn. Mayamarni Bt. Shamsu Zaman GPM/ S/u SAPS
6. Pn. Siti Aminah Bt. Ab. Razak Guru Bimbingan & Kaunseling
7. Pn. Nor Azrin Bt. Maskut Guru Pemulihan
8. Cik Norshahnizah Bt. Mohamad S/u PBS/ KP Bahasa Inggeris
9. Pn. Zalifah Bt. Tahir S/u Peperiksaan
10. Pn. Ainul Fatmy Bt. Shamsuddin KP B. Melayu
11. Pn. Noor Farhana Bt. Abd Latif KP Matematik
12. Cik Nurdiana Bt. Jasni KP Sains
13. Pn. Habibah bt. Che Awang KP P. Islam
14. Pn. Siti Norhazlina bt Ismail KP Sejarah
15. En. Mohd Zulfadli b. Mohd Aini KP TMK / S/u UPSR
16. Pn. Nurool Aine Bt. Zakaria KP RBT / S/u Muzik
17. Cik Nurhazirah bt Abd Rahman KP PSV & Kesenian
18. Pn. Syaza Wajihah bt Zulkefli KP PJPK
19. Pn. Nuramiza Bt. Fauzi KP Muzik
20. Pn. Norhayati Bt. Ismail Penyelaras Prasekolah
21. En. Mohd Nazir b. Majid S/u Panitia Bahasa Melayu
22. Pn. Rebecca Kamala a/p Irathaia Dass S/u Panitia Bahasa Inggeris
23. Pn. Subaasini a/p Vellayan Reddy S/u Panitia Matematik
24. En. Norhisham b. Mamat S/u Panitia Sains
25. Pn. Fatimah bt. Mohd Yusoff S/u Panitia P. Islam
26. Cik Syahira Athirah bt. Mohd Sofian S/u Panitia PJPK
27. Cik Sharifah Norumi Umairah bt Syed Jamaluddin S/u Panitia RBT/ Sejarah
28. Pn. Arbiatul Alawiyah bt. Zainal Abidin S/u Panitia B. Arab
29. Pn. Norizan bt Ab. Rahman Guru
30. Pn. Harlina bt Hamdan Guru
31. Pn. Nadiratul Fathi bt Othman Guru
32. Pn. El Meza bt Kassim Guru
33. Pn. Hjh. Azlina bt Ariffin Guru
34. Pn. Farah Hanin bt Zukipeli Guru
35. Pn. Revathi a/p Munusamy @ Bernard Guru
36. Pn. Siti Aluyah bt Saidin Guru
37. En. Mohd Yassin b Salleh Guru
38. Pn. Najahatus Sholehah bt Hj. Ibrahim Guru
39. Pn. Siti Nur 'Ain Shazana bt Lukman Guru

1
40. Pn. Nadirah bt Mustaffa Guru
41. Pn. Asma bt Malik Guru
42. Pn. Siti Shahirah bt Abdul Ghafar Guru
43. Ustz. Muhammad Amir b Samsuri Guru
44. Ustz. Muhammad Norman b Muhammad Suhaimi Guru

HADIR BERSAMA

Tiada

TIDAK HADIR DENGAN KEBENARAN / KENYATAAN


Tiada

URUS SETIA
BIL NAMA JAWATAN
1. Pn. Farah Hanim Bt.Ahmad Khidzar Setiausaha Kurikulum

CATATAN MESYUARAT :
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah.

1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Induk Kurikulum


Bil 2 / 2021.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 1 TAHUN 2021


2.1 Minit Mesyuarat Induk Kurikulum Bil 1 /Tahun 2021 disahkan tanpa pindaan.
Cadangan : Pn. Mayamarni bt Shamsu Zaman
Sokongan : Sebulat suara

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Merujuk perkara 4.2.9, terdapat beberapa panitia yang belum membelanjakan duit
panitia. Oleh itu, diminta Ketua Panitia untuk mengisi nota minta.

Tindakan : Ketua Panitia

3.2 Merujuk perkara 4.2.10, Pn Maziah memaklumkan pencerapan akan dijalankan


sekurangnya dua kali iaitu dari bulan April sehingga akhir tahun iaitu sebelum tarikh
tutup pengisian SKPMG2.

3.3 Merujuk perkara 4.2.12, Pn. Maziah meminta semua guru untuk menyemak hasil
kerja murid semasa pembelajaran secara bersemuka dan semasa PdPR secara
berkala.
Tindakan : Semua guru

2
3.4 Merujuk perkara 4.2.13.3, Pn Maziah mengucapkan terima kasih kepada semua
ketua panitia kerana telah memastikan format penulisan RPH diselaraskan
mengikut panitia masing-masing.

3.5 Merujuk perkara 4.2.14, Pn Maziah mengingatkan supaya papan kenyataan panitia
dan unit-unit lain di bawah Induk Kurikulum dikemaskini megikut tahun semasa.

Tindakan : Ketua Panitia

3.6 Merujuk perkara 4.2.20, HIP Corner akan dijalankan pada tahun ini.

Tindakan : Penyelaras HIP

3.7 Merujuk perkara 5.3, PBD sedang dijalankan. Semua guru telah menyediakan
borang perekodan murid.

Makluman

4. PERBINCANGAN
4.1 UCAPAN GURU BESAR

4.1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Induk Kurikulum
Bil. 2/ 2021.

4.1.2 Guru Besar mengingatkan semua guru untuk sentiasa menjaga SOP ketika
berada dalam kawasan sekolah. Guru-guru juga perlu memastikan semua murid
mengikut SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM.

4.1.3 Guru Besar memaklumkan semua guru perlu bersedia sekiranya pandemik
ini berlanjutan dan kes covid 19 semakin tinggi, berkemungkinan besar
sekolah akan ditutup dan guru-guru perlu menjalankan PdPR.

4.1.4 Guru Besar meminta semua guru peka dan prihatin dengan tugas dan kerja
buat masing-masing.

Tindakan: Semua guru

4.2 TAKLIMAT PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

4.2.1 Pn. Maziah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa
Induk Kurikulum kerana dapat bersama-sama menghadiri Mesyuarat Induk
Kurikulum Bil. 2 /2021.

3
4.2.2 Pn. Maziah memaklumkan templet pencerapan kendiri SKPMG2 akan dikongsikan kepada
semua guru. Setiausaha Kurikulum akan menyebarluaskan templet tersebut melalui aplikasi
whatsapp.Semua guru diminta mengisi templet tersebut dan mencetaknya untuk diserahkan
kepada PK Pentadbiran selewatnya pada 12 April.

4.2.3 Pn. Maziah meminta semua guru meletakkan penanda atau sticky note pada RPH yang telah
dijalankan penilaian kendiri untuk ditandatangani oleh pihak pentadbir.

4.2.4 Pn. Maziah memaklumkan semua unit iaitu Unit Kurikulum, Unit HEM dan Unit Kokurikulum
perlu mengisi SKPMG2 Standard 4.

4.2.5 Pn. Maziah meminta semua guru mengisi borang keberhasilan bagi penggal pertama dan
menyerahkan borang terebut kepada pegawai penilai selewatnya pada 19 April. Pn. Maziah
memberikan makluman awal iaitu bagi penggal kedua borang keberhasilan tersebut perlu
dihantar pada bulan 15 Oktober dan sebarang pindaan akan dimaklumkan kemudian.

Tindakan: Semua guru


TS25 ( Kohort 5)
4.2.6 Pn. Maziah mengingatkan semua guru bahawa SK Bukit Raya merupakan kohort ke 5 bagi
Sekolah TS25. Bagi tahun 2020, sekolah telah menjalankan program 'Book Panda' sebagai
amalan terbaik sekolah. Bagi tahun 2021, pihak sekolah merancang untuk mengetengahkan
tulisan jawi sebagai amalan terbaik sekolah. Pn Maziah minta jasa baik semua panitia untuk
turut sama mengadakan amalan terbaik dalam panitia masing-masing dan dikongsikan dengan
warga sekolah.
Tindakan: Ketua Panitia & Ahli Panitia

4.2.7 Pn. Maziah memaklumkan SISC+ akan mencerap Ketua Panitia terlebih dahulu kemudian
SISC+ bersama Ketua Panitia akan mencerap guru-guru terpilih yang lain untuk tujuan
penambahbaikan dan perkongsian untuk meningkatkan lagi kualiti PdPc.

Makluman

Latihan Personel
4.2.8 Pn. Maziah mengingatkan semua guru agar melengkapkan 5 hari berkursus sebelum
penghujung bulan Mei. Selain itu, guru-guru perlu memastikan cukup 42 mata kredit sebelum
penghujung September.

Tindakan: Semua guru

4
Peperiksaan

4.2.9 Pn. Maziah memaklumkan setakat ini Peperiksaan Pertengahan Tahun akan dijalankan
sebelum cuti pertengahan tahun iaitu pada 24 Mei hingga 28 Mei 2021. Berkemungkinan
besar Modul Latihan Pertengahan Tahun ( MLPT) akan dijalankan seperti tahun 2020
sekiranya pandemik ini berlarutan. Bagi murid tahap 1 pula , PBD dijalankan secara
berterusan dan guru-guru perlu mentaksir murid sepanjang tahun.

Tindakan : S/u Peperiksaan


Laporan Aktiviti
4.2.10 Pn. Maziah meminta jasa baik semua penyelaras unit kurikulum dan ketua panitia untuk
menyediakan satu salinan laporan aktiviti untuk salinan fail induk kurikulum. Selain itu, Pn
Mayamarni akan memberikan satu templet laporan ringkas untuk salinan PSS kepada semua
penyelaras dan ketua panitia untuk diisi dan dipulangkan semula pada GPM.
Tindakan : Penyelaras dan Ketua Panitia

5.0 PEMBENTANGAN

5.1 Analisa Ujian Sumatif 1

Pn Maziah membentangkan Analisa Keseluruhan Ujian Sumatif 1 bagi tahun 2021.

NO KELAS GPMP CATATAN


1 4 CEMERLANG 2.08
2 4 DINAMIK 3.04
3 4 WAWASAN 4.04
4 5 CEMERLANG 1.75
5 5 DINAMIK 2.93
6 5 WAWASAN 3.23
7 6 CEMERLANG 1.75
8 6 DINAMIK 2.76
9 6 WAWASAN 3.59

Jadual 1

Pn Maziah memaklumkan analisa yang lebih terperinci mengikut kelas dan mata pelajaran boleh
dilihat pada lampiran A.

5
5.2 Unit Pusat Sumber & Media

5.2.1 Pn. Mayamarni memaklumkan unit PSS telah menjalankan program swafoto digital pada
bulan Mac yang lalu dan akan diikuti dengan Program Bulan Bahasa pada bulan April.
Tiga panitia bahasa akan terlibat dengan program ini iaitu Panitia Bahasa Melayu,
Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Arab. Mengikut perancangan, Bulan
Bahasa tersebut akan dijalankan pada 12 April.
Tindakan : Panitia BM, BI & B. Arab

5.2.2 Pn. Mayamarni juga memaklumkan ada perancangan untuk mengadakan pertandingan
membina pondok atau wakaf buku untuk Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Sebarang makluman akan dimaklumkan kemudian.
Makluman

5.2.3 Pn. Mayamarni memaklumkan bagi program NILAM dalam situasi pandemik ini, akan ada
sedikit penambahbaikan dimana setiap kelas akan dibekalkan dengan 1 kotak yang berisi
60 buah buku untuk bacaan murid. Guru kelas dan semua murid perlu memastikan
bilangan buku tersebut cukup ketika sesi penukaran buku dan juga ketika sesi
pemulangan pada hujung tahun. Kotak buku ini bertujuan untuk memudahkan program
NILAM dijalankan di dalam kelas kerana murid tidak boleh berada di pusat sumber dalam
situasi pandemik.
Makluman
Bilik Bahan Bantu Belajar (BBB)
5.2.4 Pn Mayamarni minta jasa baik semua ketua dan ahli panitia untuk menyediakan senarai
semak bahan yang masih elok dan boleh digunakan sebagai bahan bantu belajar. Selain
itu, unit PSS akan memperbanyakkan bahan BBB untuk kegunaan guru dan murid.

Unit ICT
5.2.5 En. Zulfadli memaklumkan buat masa ini murid masuk ke dalam makmal komputer
mengikut jadual TMK dan perlu mengikut SOP seperti memakai pelitup muka dan hand
sanitizer.

5.2.6 En. Zulfadli memaklumkan juga penghawa dingin di bahagian depan makmal mengalami
kerosakan. Oleh itu, makmal komputer tidak sesuai dijadikan sebagai tempat untuk
menjalankan apa-apa aktiviti atau program kerana ruang makmal komputer yang terhad
hanya dapat menampung kapasiti yang kecil.
Makluman

6
5.3 Pentaksiran - (KSSR/PBS) Borang Perekodan Murid

5.3.1 Cik Norshanizah memaklumkan Borang Perekodan Murid 2021 perlu disediakan oleh
semua guru mata pelajaran dan menamakannya 'Borang Perekodan Murid Bahasa
Inggeris 1 Cemerlang' contohnya. Ketua Panitia boleh seragamkan muka depan
borang mengikut panitia masing-masing.

5.3.2 Cik Norshahnizah memaklumkan semakan borang perekodan murid akan dijalankan
pada bulan April iaitu selewatnya pada 16 April. Borang tersebut perlu diserahkan
pada Ketua Panitia masing-masing untuk semakan awal.

5.3.3 Cik Norshahnizah juga meminta semua guru bersedia dengan kutipan fasa 1 PBD
iaitu pada penghujung bulan Mei atau awal bulan Jun.

5.3.4 Borang Perekodan Murid 2021 tidak disediakan format. Namun begitu, semua guru
perlu menyediakan format yang menepati Standard Pembelajaran mengikut PPK
Penjajaran 2.0.

5.3.5 Borang Perekodan Murid 2021 hendaklah dibawa bersama semasa PdPc atau PdPR
untuk membuat perekodan.
Tindakan: Semua guru

5.3.6 Cik Norshahnizah mengingatkan juga berkenaan program peningkatan akademik bagi
murid-murid tahun 6. Porgram tersebut perlu dijalankan dalam usaha meningkatkan
prestasi akademik murid-murid tahun 6 SKBR.
Tindakan: Semua guru Tahun 6
5.4 Bimbingan & Kaunseling
5.4.1 Pn. Siti Aminah memaklumkan bahawa Unit Bimbingan & Kaunseling telah
menjalankan Ujian Psikometrik. Murid-murid yang tidak hadir pada minggu lepas boleh
mengambilnya pada minggu ini iaitu antara 7 April hingga 9 April.

5.4.2 Pn Siti Aminah memaklumkan sesi kaunseling individu dijalankan secara bersemuka.
Terdapat seorang murid telah menjalani sesi kaunseling akibat sering tidur di dalam
kelas. Hal ini berpunca daripada bermain gajet sehingga lewat malam. Kesannya murid
tidak dapat fokus ketika PdPc dan sering tidur dalam kelas.
Makluman

7
5.4.3 Pn Siti Aminah meminta jasa baik semua guru kelas memberikan nama kepada beliau
sekiranya ada murid yang kerap tidak hadir ke sekolah.
Tindakan : Guru kelas

5.4.4 Perasmian Program Jom ke sekolah dan Amalan guru penyayang akan diadakan di
depan pagar sekolah pada Isnin depan iaitu pada 12 April. Semua guru yang tidak
terlibat dengan kelas perlu hadir ke tapak parkir di hadapan pagar untuk memeriahkan
perasmian tersebut.
Makluman

5.5 Pemulihan dan Pengayaan

5.5.1 Pn. Nor Azrin memaklumkan unit pemulihan akan menjalankan Saringan lisan,
bertulis dan Matematik untuk murid-murid yang telah diberi nama atau dicalonkan
untuk masuk kelas pemulihan.

5.5.2 Pn. Nor Azrin juga memaklumkan sekiranya ada calon untuk menjalani ujian
diagnostik, beliau akan menjalankan ujian tersebut.

Makluman

5.6 Prasekolah

5.6.1 Pn. Norhayati memaklumkan instrumen IPBK prasekolah perlu diisi 2 kali setahun.
Instrumen tersebut dijalankan dalam kelas mengikut SOP. Semua murid prasekolah
terlibat dengan instrumen ini seperti contoh untuk subjek Sains, murid perlu
membawa bahan kitar semula ke sekolah.

Makluman

6. HAL-HAL LAIN

6.1 Pn Maziah memaklumkan Unit Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid (HEM)
akan mengadakan bengkel sebelum pengisian penskoran SKPMG2. Sebarang
makluman atau pindaan akan dimaklumkan kemudian.

8
7. PENUTUP
7.1 Mesyuarat diakhiri dengan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr. Mesyuarat
ditangguhkan pada jam 3.45 petang.

7.2 Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kesetiaan guru-guru menghadiri
Mesyuarat Induk Kurikulum Bil.2 / 2021.

Urus Setia
Mesyuarat Induk Kurikulum Bil.2 /2021
SK Bukit Raya

You might also like