You are on page 1of 5

SK TAMAN SRI MUDA,

JALAN NYAMAN 25/20, SHAH ALAM

MINIT MESYUARAT KURIKULUM


BILANGAN 3 TAHUN 2022

Tarikh : 19 September 2022 (Isnin)


Masa : 11.30 pagi (sesi petang), 1.00 tengahari (sesi pagi)
Tempat : Dewan Sekolah
Kehadiran :

Bil. Nama Jawatan


1 Arifin bin Awang Guru Besar
2 Yusnidar bt Mohd GPK Pentadbiran
3 A. Aladin bin Che Amat GPK Hal Ehwal Murid
4 Nurul Huwaina bt Md Abdul Salam GPK Kokurikulum
5 Kartini bt Zainal Abidin GPK Petang
6 Rohizat bt Baharudin Setiausaha Kurikulum, Setiausaha RBT
7 Hafiza bt Kassim SUP & KP RBT
8 Muhammad Aiman Faris bin Mohd Zainudin Setiausaha PBD
9 Nuurul Izzah bt Mohamed Guru Bimbingan dan Kaunseling
10 Thillairaj a/l Kalipan Guru Data
11 Mohd Firdaus bin Ibrahim Penyelaras ICT, Setiausaha PJPK
12 Puziah bt Abd. Rahman Guru Media dan Perpustakaan
13 Mazlina bt Othman Guru Pemulihan Khas
14 Nur Safiza bt Shafie KP Bahasa Inggeris
15 Mohamad Faiezuddin bin Nurul Adzmi KP Bahasa Inggeris
16 Aizal Arman bin Mohamad KP Matematik
17 Jesffri bin Zakaria KP Sains
18 Mohd Zairi bin Drahman KP Pend. Islam, Penyelaras Tahun 4
19 Azren bt Che Othman KP Pendidikan Seni, Penyelaras Tahun 3
20 Yetty Natalia bt Abdullah KP Muzik
21 Amalina bt Othman KP PJPK
22 Darwina bt Ahmad KP Bahasa Arab
23 Rubini Devi a/p Raman KP Bahasa Tamil
24 Kumathavalli a/p Ramana KP Pendidikan Moral
25 Nor Shamsuria bt Mohd Yaakob KP Sejarah
26 Wan Suhana bt Wan Salam Penyelaras Prasekolah
27 Sadiah anak Obu Penyelaras PPKi
28 Jarina bt Sulaiman Penyelaras Tahun 1
29 Yusnita bt Mokhtar Penyelaras Tahun 2, Setiausaha Matematik
30 Salwahalhana bt Ahmad Tajudin Penyelaras Tahun 5
31 Annam a/p Muthusamy Penyelaras Tahun 6
32 Muhammad Nur Arif Shafiq bin Mohd Nor Hisham Setiausaha Bahasa Melayu
33 Nurul Ashikin binti Mazlan Setiausaha Bahasa Inggeris
34 Komala a/p Balas Subramaniam Setiausaha Sains
35 Mohd Azwan bin Mohd Basri Setiausaha Bahasa Arab
36 Mahessuvari a/p Kupan Setiausaha Bahasa Tamil
37 Normurni bt Jusoh Setiausaha Pendidikan Islam
38 Saemas bt Samsudin Setiausaha Pend. Moral
39 Nur Sabrina binti Nashiruddin Setiausaha Pendidikan Seni
40 Safwanah binti Musa Setiausaha Sejarah
41 Siti Farihan bt Samsudin Guru Prasekolah
42 Shahariah bt Zainal Guru Prasekolah
43 Azlen bt Tuah Guru Bahasa Melayu
44 Ezzah bt Md Zain Guru Bahasa Melayu
45 Raihan bt Ismail Guru Bahasa Inggeris
46 Khaizatul Hisyam bin Miswan Guru Bahasa Inggeris
47 Abdul Muizz bin Mohd Rasani Guru Bahasa Inggeris
48 Nurul Asyikin bt Mazlan Guru Bahasa Inggeris
49 Nurul Hidayah bt Yahya Guru Sains
50 Mohd Zaizo Izani bin Mohd Daud Guru Sains
51 Muhamad Burhanuddin bin Mat Idris Guru Pendidikan Islam
1
52 Siti Norsyahida bt Muhamad Guru Pendidikan Islam
53 Muhamad Izzat bin Zainuddin Guru Pendidikan Islam
54 Mohamad Qayyum bin Azmi Guru Pendidikan Islam
55 Mohd Fazlee bin Abdul Wahab Guru Pendidikan Islam
56 Siti Aishah bt Mohd Nawi Guru Pendidikan Islam
57 Nurdiana bt Mohamad Guru Pendidikan Islam
58 Aminah bt Ismail Guru Pendidikan Islam
59 Derma Wati bt Deraman Guru Bahasa Arab
60 Wan Shah Wahedan bin Wan Jamaludin Guru PPKi
61 Emme Nurelyana bt Sazali Guru PPKi

Turut Hadir (Jika Ada) : Tiada

Tidak Hadir (Bersebab) :


1. Muhamad Zaki bin Ahmad Saghir (cuti sakit)

Urus Setia Mesyuarat :


1. Rohizat binti Baharudin (Setiausaha Kurikulum)

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Ucapan terima kasih kepada semua yang dapat hadir pada mesyuarat kurikulum kali ketiga
bagi tahun 2022.
Makluman

1.2 Tahniah dan terima kasih kepada semua guru SK Taman Sri Muda yang telah menjalankan
tanggungjawab dan amanah yang dipertanggungjawabkan sepanjang sesi persekolahan
yang telah berlangsung sepanjang 6 bulan bagi sesi 2022/2023.
Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Pengesahan minit mesyuarat bilangan 2 tahun 2022 dicadangkan oleh Puan Siti Farihan bt
Samsudin dan disokong oleh Encik Aizal Arman bin Mohamad .

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN

4.1 Program Bantu Membaca KPM 2022 :

4.1.1 Bagi membantu murid-murid tahun 1 hingga tahun 6 yang masih berada dalam kategori
Belum Boleh Membaca dan Boleh Membaca Sedikit Dengan Bimbingan berdasarkan
data yang dikutip oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)
Makluman

4.1.2 Sasaran adalah murid dari tahun 1 hingga tahun 6 yang telah dikenalpasti oleh guru-
guru Bahasa Melayu berdasarkan dua kategori tersebut.
Makluman

4.1.3 Program ini akan melibatkan guru Panitia Bahasa Melayu dan semua guru
(Prasekolah, PPKi dan Perdana) di mana setiap guru (mentor) akan diagihkan dengan
3-4 orang murid yang disasarkan untuk dibimbing sebagai mentee dalam program ini.

Makluman

2
4.1.4 Tempoh pelaksanaan adalah bermula pada 12 September hingga 30 November 2022.

Makluman

4.1.5 Bahan atau modul ada disediakan di mana guru-guru boleh menyatakan bilangan
salinan bahan atau modul yang diperlukan untuk diperbanyakkan kepada Ketua Panitia
Bahasa Melayu. Guru juga boleh menggunakan bahan atau modul lain yang dirasakan
sesuai dalam melaksanakan program ini.
Makluman

4.1.6 Bilangan murid yang disasarkan untuk terlibat dengan program ini adalah sebanyak
118 orang yang terdiri daripada murid tahun 1 hingga tahun 6.
Makluman

4.1.7 Kaedah pelaksanaan adalah bergantung kepada guru sendiri iaitu guru boleh
membimbing mentee pada masa senggang guru atau pada waktu pulang yang hanya
melibatkan 10-30 minit bagi satu sesi bimbingan.
Makluman

4.1.8 Guru juga dikehendaki mengisi laporan Pogram Bantu Membaca yang akan
dikongsikan oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu melalui platform Telegram Rasmi
sekolah.
Makluman

4.1.9 Senarai nama mentor dan mentee juga akan dikongsikan di platform Telegram Rasmi
sekolah.

4.1.10 Guru juga digalakkan untuk melibatkan ibubapa mentee dalam melaksanakan program
ini agar program ini lebih berjaya.
Makluman

4.2 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) :

4.2.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan,
kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif
sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.
Makluman

4.2.2 PBD ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua
mata pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara
seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat
perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru
menambah baik pengajaran mereka.
Makluman

4.2.3 PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD
dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti pemerhatian, penulisan,
lisan juga melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran,
berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.
Makluman

4.2.4 Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran


murid yang dibuat oleh guru secara beretika menggunakan pengetahuan, kemahiran
dan pengalaman berdasarkan Standard Prestasi dan data perkembangan penguasaan
murid dalam pembelajarannya.
Makluman

3
4.2.5 Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan
dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada
peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.
Makluman

4.2.6 Kehadiran murid ke sekolah bukan ukuran dalam memberikan Tahap Penguasaan
(TP) di mana murid layak ditaksir jika hadir ke sekolah walau sehari.
Makluman

4.2.7 TP3 adalah TP minimum yang perlu diberi kepada murid kecuali untuk kes murid yang
tidak hadir langsung ke sekolah dan tidak dapat dihubungi, murid ini layak diberi TP1.

Makluman

4.3 Hari Dialog Prestasi 2022 :

4.3.1 Dijadualkan pada 4 Oktober 2022 (Selasa) mengikut ketetapan berikut :

 Sesi pagi : 8.30 pagi – 12.00 tengahari


 Sesi petang : 1.30 tengahari – 4.00 petang
Makluman

4.3.2 Slip pentaksiran akan dicetak oleh Setiausaha Peperiksaan (SUP) di mana
perbincangan di antara guru dan ibubapa lebih berfokus kepada pentaksiran yang telah
dijalankan sebelum ini. Salinan slip pentaksiran juga akan diberi kepada ibubapa yang
hadir pada hari Dialog Prestasi.
Makluman

4.3.3 Bagi murid tahap 1 (tahun 1 hingga tahun 3), guru kelas dikehendaki mencetak PBD
untuk diserahkan kepada ibubapa yang hadir dan perbincangan boleh berdasarkan
data PBD.
Makluman

4.3.4 Guru kelas dan guru damping akan bergilir dalam bertemu ibubapa murid kelas
masing-masing.
Makluman

4.3.5 Borang kehadiran ibubapa pada Hari Dailog Prestasi akan dikongsikan di platform
Telegram sekolah untuk digunapakai oleh guru kelas pada hari kejadian.
Makluman

4.3.6 Guru diingatkan untuk menggunakan bahasa yang bersesuaian dan berhemah
semasa sesi bertemu ibubapa dalam membincangkan prestasi murid.
Makluman

4.3.7 Pastikan juga keadaan kelas bersih, kondusif serta susun atur meja dan kerusi yang
teratur di dalam kelas. Guru juga perlu menyediakan 5 hingga 10 kerusi di luar kelas
sebagai ruang menunggu giliran ibubapa untuk bertemu guru.
Makluman

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah akan diadakan pada 11 – 13


November 2022 di Kem Rimba Tamu, Batang Kali yang melibatkan 80 orang murid
tahap 2 (tahun 4 hingga tahun 6)
Makluman

4
5.2 Guru diingatkan untuk mengemaskini papan kenyataan Kokurikulum di laluan Blok A
dengan segera selewatnya pada 24 September 2022.

Makluman

5.3 Guru juga dikehendaki menghantar buku laporan kokurikulum dan mengemaskini fail
unit masing-masing selewatnya pada 7 Oktober 2022
Makluman

6 PENUTUP

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dan mesyuarat seterusnya akan diadakan
pada 26 November 2022.

Disediakan oleh;
Jawatankuasa Kurikulum
SK Taman Sri Muda, Shah Alam
Tarikh : 23 September 2022

You might also like