You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA YAN

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


06900 YAN, KEDAH DARUL AMAN.
Tel : 04-4657366 Faks : 04-4659253 Email : kra9001@moe.edu.my

Rujukan Kami : SMKAY.100-6/2/1 ( )


Tarikh : 24 Januari 2021

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI 1/2021

Tarikh : 17 Januari 2021


Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan lukman Hakim, SMKA Yan
Pengerusi : Tn. Hj. Ishak bin Zulkifli

Agenda:
1.0 Perutusan Pengerusi
2.0 Laporan atasan (PPD dan JPN)
3.0 Pembentangan oleh Tuan Pengetua
4.0 Pembentangan oleh Penolong Kanan Pentadbiran
5.0 Taklimat Penjajaran Kurikulum 2.0
6.0 Hal-hal lain

Kehadiran:

BIL JAWATAN NAMA


1 Pengetua Tuan Haji Ishak bin Zulkifli
2 Penolong Kanan Pentadbiran En. Mohd. Norazam bin Ahmad
3 Penolong Kanan HEM En. Mohd Rosli bin Salleh
4 Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Nor Haslizawati binti Hassan
5 Penyelaras / GKM Bahasa Pn. Haliza binti Md. Zain
6 GKM Teknik & Vokasional Cik Azliza binti Azizan
7 GKM Kemanusiaan Pn. Che Norlia binti Mat
8 GKM Sains & Matematik Pn. Halifah binti Jamin
9 GKM Pendidikan Islam & Bahasa Arab Encik Muhammad Zahir bin Mahmud
10 Setiausaha Kurikulum Pn. Noranis binti Mohd Ali
11 Penolong s/u kurikulum Pn. Rasidah binti Aziz
12 Ketua Panitia Bahasa Melayu Pn. Rashida binti Abdul Rahman
13 Ketua Panitia Bahasa Inggeris Pn. Rubiatul Fijriah binti Azizan
14 Ketua Panitia Matematik En. Shukeri bin Osman
15 Ketua Panitia Matematik Tambahan En. Mazlan bin Abu Bakar
16 Ketua Panitia Sains En. Wan Razali bin Wan Esa
17 Ketua Panitia Fizik Pn. Noranis binti Mohd Ali
18 Ketua Panitia Kimia Pn. Siti Hajar binti Hamid
19 Ketua Panitia Biologi Pn. Noora’ini binti Din
20 Ketua Panitia Pendidikan Islam Pn. Najihah binti Mokhtar
21 Ketua Panitia Bahasa Arab Pn. Lubna binti Othman
22 Ketua Panitia Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah Pn. Rasidah binti Aziz

1
23 Ketua Panitia Pendidikan Syariah Islamiah Pn. Ilham binti Hasan
24 Ketua Panitia Kelas Kemahiran Quran En. Khairuddin bin Zainun
25 Ketua Panitia Reka Bentuk Teknologi En. Mohd Nor Azlan bin Abd Salam
26 Ketua Panitia Prinsip Perakaunan Pn. Noor Hafizah binti Hassan
27 Ketua Panitia Perniagaan Pn. Fauziah binti Othman
28 Ketua Panitia Sejarah Pn. Norhasliza binti Ahmad Husni
29 Ketua Panitia Geografi En. Norhisyam bin Mohamad
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
30 En. Nazri bin Ibrahim
Kesihatan
31 Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual Pn. Hilwani binti Ishak
32 Setiausaha Pusat Sumber Sekolah Pn. Saidatu Shima binti Suaib
33 Setiausaha SAPS Pn. Noor Fazlina binti Mohamed Noor
34 Setiausaha SPM Pn. Noor Hamiroh binti Hamid
35 Setiausaha PT3 Pn. Nor Shahira binti Mohd Nor
36 Setiausaha PT2 Pn. Afifah binti Abu Bakar
37 Setiausaha PT1 Pn. Hilwani binti Ishak
38 Setiausaha PBS Pn. Zurina binti Ahmad@Hassan
39 Setiausaha ICT En. Farhan bin Othman
40 Setiausaha LDP/Kaunselor Pn. Roshidatul Farihah binti Ismail

AGENDA I : PERUTUSAN PENGERUSI

1. Pengerusi Majlis mengalukan kedatangan guru-guru ke mesyuarat guru bilangan 1.

2. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Suhaimi bin Sudin.

3. Pengetua mengalu-alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat guru kali pertama

4. Pengetua memanjatkan kesyukuran dan mengucapkan ucapan selamat kembali ke sekolah kepada
semua guru. Beliau juga mengingatkan semua guru akan musibah yang diturunkan oleh Allah kepada
kita adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kita. Walau bagaimanapun kehidupan mesti diteruskan.

5. Pengetua memperingatkan kepada semua guru ayat Al-Quran Surah Al-Maidah ayat ke 2 yang
bermaksud,
“ ..... Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa dan
janganlah kamu tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran (ajaran Allah).”

Oleh itu, Pengetua menzahirkan penegasan bahawa kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan dan
bersatu padu dalam semua kebaikan yang dilakukan.

6. Pengetua memberitahu enrolmen guru bagi tahun 2021 seramai ialah 68 orang guru dan 30 buah
kelas berbanding 31 kelas pada tahun 2020. Tahun ini juga satu kelas ICT iaitu kelas untuk pelajar
Tingkatan Empat (4 al-Razi) telah diluluskan.

Makluman : Semua guru

AGENDA II : LAPORAN ATASAN

2
7. Pengurusan pembukaan sekolah mengikut SOP yang telah ditetapkan.

8. Sidang media terkini menyatakan bahawa PdPc akan dilakukan secara online, manakala bagi pelajar
Tingkatan 5 2020 PdPc akan dilakukan secara bersemuka.

9. Penarafan KBAT hendaklah merujuk Pelan Strategik


Guru-guru hendaklah memuat turun dokumen KBAT dalam e-BRM atau link
http://online.anyflip.com/kbsl/eheq/mobile/index.html
Tindakan : Semua ahli panitia

10. Penulisan Kajian Tindakan boleh dikongsi oleh 3 orang guru untuk satu kajian tindakan.

11. Pengetua mengingatkan semua RPH perlu ada elemen KBAT dan perlu diselaraskan. Oleh itu,
pengetua meminta guru-guru membuat anjakan paradigma dalam tugasan.

12. Pengetua mengumumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan telah dianugerahkan
Trasformasi Sekolah 25 pada bulan Februari 2021.

Makluman : Semua guru

AGENDA III : PEMBENTANGAN OLEH TUAN PENGETUA

Manual Pengurusan Sekolah (MPS)

13. Rukun Roqom Wahid menjadi Prinsip dan Panduan. Pengetua meminta guru-guru mengaplikasikan
Rukun Roqom Wahid dalam kehidupan.

14. Selain itu, Aspirasi murid juga perlu dihayati. Semua guru dikehendaki untuk menerapkan 6 aspirasi
murid ini dalam pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar.

15. 4 Fokus 2021 yang diambil dari tahun 2020 (Lampiran 1)

a. Pelaksanaan KBAT
- Semua aktiviti dalam PdPc mestilah ada elemen KBAT. Setiausaha dan penyelaras mestilah
merujuk kepada Pasukan Pelaksanaan Standard (PPS).

b. Hal Ehwal Murid


- Ada penambahan jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Murid dan Pengurusan Bencana.
- Perancangan Strategik KBAT – QR code
- Guru diminta untuk memantau prep berkesan mengikut jadual yang ditetapkan. Guru bertugas
hendaklah menghantar laporan pada hari bertugas sebelum jam 10.30 malam.

16. 4 fokus SMKAY ialah:-


a. Pengurusan

b. Kurikulum – Penerapan KBAT dan kelas DLP iatu tambahan satu @ 2 kelas

3
c. Kokurikulum – Penekanan elemen KBAT iaitu dinyatakan dalam penulisan laporan program.
Projek Sukan dan Balapan di bawah cikgu Nazri dan cikgu Hayat ialah mendapatkan emas
dalam kejohanan MSSD. Perlu ada peserta baru bagi program Kelestarian SPI.

d. HEM – perlu perkasa kepimpinan murid dan membentuk murid melalui SUMUR.

17. Pelan Taktikal perlu disiapkan segera dan boleh merujuk Pelan Strategik Sekolah 2021-2023.
Tindakan : Ketua Panitia

18. PdPR perlu dirujuk dengan guru kanan. Pembelajaran Tingkatan 5 (2020) ialah secara bersemuka dan
Tingkatan 1-5 adalah secara PdPR.

19. Penjajaran kokurikulum perlulah difahami. Bagi pelajar yang tidak dapat kuasai pelajaran pada tahun
2020, guru –guru hendaklah menerapkannya pada tahun 2021.

20. Tahun 2021 ini akan dilaksanakan PdPR seperti hujung tahun 2020.

21. e-BRM perlu disiapkan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh mesyuarat ini. Semua guru dikehendaki
untuk menghantar dalam Google Classroom pada 28 Januari 2021, manakala e-RPH hendaklah
dihantar pada minggu pertama 21 Januari 2021.
Tindakan : Semua ahli panitia

22. Ujian Penilaian bagi pelajar Tingkatan 4 akan dilakukan secara online untuk penentuan aliran. Mata
pelajaran yang akan diuji ialah Sains, Matematik dan bahasa Arab.

23. Pengetua mengakhiri pengucapannya dengan laungan Roqom Wahid.


Makluman : Semua guru

AGENDA IV : PEMBENTANGAN OLEH PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

24. Penolong Kanan Pentadbiran mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat guru bilangan 1.

25. Penolong Kanan Pentadbiran mengucapkan tahniah kepada Tuan Pengetua kerana dinaikkan
pangkat sebagai Pegawai PPD Kota Setar.

26. Persekolahan ditangguhkan sehingga tarikh yang akan diberitahu kemudian. PdPR adalah untuk
tingkatan 2, 3, 4 dan 5 manakala Tingkatan 5 (2020) secara bersemuka. 20 Januari 2021 dikira sebagai
hari pertama persekolahan.

27. Menurut JPN jumlah minimum hari persekolahan ialah 190 hari.

28. Semua guru diingatkan supaya melaporkan jika ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

29. Sebarang aktiviti rakaman video dalam kawasan sekolah wajib mendapat kebenaran JPN untuk
disebarkan.

30. Peperiksaan SPM (2020) akan bermula pada 22 /2/2021 hingga 25/3/2021.

4
31. Bilangan murid yang terlibat dengan PdPc secara bersemuka ialah 171 orang (Tingkatan 5 2020)
manakala PdPR pula melibatkan 159 murid ( Tingkatan 2 ), 178 murid ( Tingkatan 3), 183 murid
( Tingkatan 4 ) dan 152 murid ( Tingkatan 5 ).

FOKUS UTAMA PENGURUSAN

32. Penolong Kanan Pentadbiran mengingatkan semua guru tentang kajian tindakan. Sekolah masih
menetapkan 1 Guru – 1 Kajian Tindakan. Boleh juga 1 Kajian Tindakan terdiri daripada 3 guru. Satu
symposium akan dibuat diperingkat sekolah. Kajian tindakan tersebut juga boleh dihantar ke
peringkat PPD/JPN. Kajian tindakan juga akan dibukukan. Boleh diisi dalam SPLKPM.

33. Penolong Kanan Pentadbiran juga mencadangkan supaya menggerakkan Permuafakatan Strategik
bersama ALUMNI, PIBG, PIBK dan swasta perlu dipertingkatkan.

34. Penolong Kanan Pentadbiran mengingatkan supaya pengurusan data yang optimum dalam
melahirkan guru yang berkualiti dan menghasilkan intervensi yang berfokus.

35. Penolong Kanan Pentadbiran mencadangkan supaya guru di sekolah memohon Guru Cemerlang
supaya bilangan guru cemerlang bertambah. Kebaikannya laluan pantas bagi guru dan boleh sampai
ke Jusa C. Seterusnya dapat diangkat menjadi ikon dan tokoh guru.

36. Pengurusan menetapkan bahawa:


a. Mesyuarat Pengurusan Sekolah ialah 10 kali setahun.
b. Bilangan PLC sebanyak 500 setahun pada peringkat panitia.
c. Audit dalaman sebelum bulan Mac.
d. Pelaporan online dan boring-borang akan menggunakan google form supaya dapat dianalisa
dengan cepat.
e. Pakaian guru seperti sebelum ini iaitu tahun lepas.
f. Dialog Prestasi bagi semua bidang hendaklah dilakukan 3 kali setahun.
g. Rebranding 2021 –Roqom Wahid
i. Pusat Sumber Sekolah
ii. Bilik BOSS
iii. Green Screen Corner
iv. Bilik Kaunseling
v. Project Based Learning
vi. Surau
vii. Future Classroom

37. Cuti Rehat Khas (CRK) hendaklah dimohon 3 hari sebelum bercuti dan ikut yang dibenarkan.
Permohonan hendaklah melalui PKP sebelum diluluskan oleh Pengetua.

KURIKULUM

38. Sekolah KBAT


a. Meliputi 7 bidang
b. 100% lulus semua mata pelajaran
c. Fokus kualiti iaitu bilangan A dalam semua mata pelajaran dengan TP6 bertambah.
d. Kelas DLP dan ICT ganti Prinsip Perakaunan bagi kelas 4AR.
e. Ujian TOV dijalankan

5
f. Melaksanakan Flipped classroom.

39. Ketetapan Kurikulum :


a. Aliran STEM 60% dan Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas 40%.
b. Guru mestilah melaksanakan PAK21.
c. Amalan KBAT dalam Pdpc selaras dengan inisiatif KPM iaitu sekolah penarafan KBAT.
d. Mesyuarat kurikulum sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
e. Mesyuarat panitia mata pelajaran sekurang-kurangnya 4 kali setahun. (Januari, April,
Julai,November)
f. Setiap program atau aktiviti yang telah dilaksanakan didokumentasikan berdasarkan eleman
6P.

40. Semua dokumen hendaklah dimuatnaik dalam Google Classroom.

41. Bagi pelaksanaan PdPR, setiap RPH yang akan dihantar hendaklah mengandungi Refleksi yang
menyatakan kehadiran pelajar. Setiap tugasan yang dihantar di kira sebagai kehadiran pelajar.

42. Sesi persekolahan mengandungi 190 hari persekolahan iaitu 42 minggu.

43. Penarafan KBAT perlu dimasukkan dalam aktiviti PdPR.


a. Pelan Strategik KBAT. SMKAY selesai sehingga Pelan Taktikal.
b. Peringkat Panitia
i. Bengkel Penulisan RPH KBAT
ii. Pembudayaan KBAT melalui bilik khas dengan pemasangan banner atau poster.
iii. Boleh guna duit PCG untuk poster dan banner.
iv. Pastikan PBL mengandungi unsur KBAT.
v. Walaupun Pdpr, RPH mesti dimasukkan elemen KBAT.

44. Penolong Kanan Pentadbiran mengingatkan guru-guru supaya menulis maklumat penting seperti kata
laluan APDM, e-operasi, HRMIS dan sebagainya di dalam diari. Hal ini dapat memudahkan kerja guru.

45. Jadual guru akan diumumkan kelak. Jadual merangkumi masa PdPc maya dan juga bersemuka bagi
pelajar Tingkatan 5 2020.

Makluman : Semua guru

AGENDA V : TAKLIMAT PENJAJARAN KURIKULUM 2.0

PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH 2021

46. Penjajaran Kurikulum 2.0


a. Ikut jam minima setahun
b. Semua panitia hendaklah merujuk slide perbezaan Penjajaran Kurikulum 1.0 dan 2.0.
c. Semua guru panitia diingatkan supaya menyusun Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
mengikut Penjajaran Kurikulum 2.0.
d. Jika tidak habis silibus pada tahun lepas, kena masukkan ke tahun 2021. Pastikan tidak
berlaku deposit.
Tindakan : Semua ketua panitia

6
47. Pelajar tingkatan 2,3,4 dan 5 secara online pada 19 Januari 2021.

48. SOP peraturan dan kawalan di asrama.


a. Pemantauan harian asrama 2 kali sehari dan hanya merekodkan suhu 37.5 ke atas.

49. Kantin sekolah tidak menyediakan kerusi bagi menjaga SOP pelajar dan guru.

50. Pengurusan Kelas 2021. 8 perkara penting:-


a. Organisasi
b. Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan
c. e-kehadiran secara manual dan online
d. Pengurusan APDM
e. Pengurusan SSDM
f. Bantuan Murid (Biasiswa, zakat dan SPBT)
g. SOP norma baharu
h. Pentaksiran

51. Pengurusan Asrama

52. Penarafan Surau Imarah- sasaran tahun 2021.


a. Inovasi Aktiviti seperti pelaksaana solat tanpa telekung
b. Inovasi Fizikal seperti sisa air wudhuk disalurkan ke tanaman.

AGENDA VI : HAL-HAL LAIN

53. Pengetua memberitahu laman web sekolah telah dibuat penambahbaikan. Pengetua melancarkan
laman web baru, smkay.edu.my. Laman web ini penting untuk memberi info kepada pengguna. Ahli
Jawatankuasa laman web sekolah ialah En. Norazizi dan En. Khalid. Bahan - bahan yang hendak
dimuatnaik hendaklah diserahkan kepada mereka untuk dimasukkan dalam laman web tersebut.

54. Panitia- panitia boleh mula menyediakan soalan-soalan berbentuk KBAT, kemudian buat banner dan
tayangkan di bilik-bilik khas.
Tindakan : Ketua Panitia

55. Guru-guru perlu mengingatkan pelajar bagi menyertai sebarang program atau pertandingan secara
online.

56. Setiap Pelan Taktikal perlu ada Pelan Kotengensi.

57. Semua guru membuat KPI untuk keberhasilan. Pilih sekurang-kurangnya 5 item.

58. Projek baru tanaman pisang dibawah seliaan Kelab Pelapis Tani dengan kerjasama PIBG dan Aras
Niaga.

Mesyuarat ditangguhkan dengan tasbih kaffarah dan Surah al-Asr pada jam 12.20 tengahari.

7
MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI 1/2021

BIL PERKARA MAKLUM BALAS


9. Penarafan KBAT hendaklah merujuk Pelan Strategik Telah diselesaikan pada 28
Guru-guru hendaklah memuat turun dokumen KBAT dalam Januari 2021
e- BRM atau link
1.
http://online.anyflip.com/kbsl/eheq/mobile/index.html
Tindakan : Semua ahli panitia

17. Pelan Taktikal perlu disiapkan segera dan boleh merujuk Pelan
Strategik Sekolah 2021-2023.
2.
Tindakan : Ketua Panitia

21. e-BRM perlu disiapkan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh Selesai dilaksanakan
mesyuarat ini. Semua guru dikehendaki untuk menghantar
dalam Google Classroom pada 28 Januari 2021, manakala e-
3. RPH hendaklah dihantar pada minggu pertama 21 Januari
2021.
Tindakan : Semua ahli panitia

46c. Semua guru panitia diingatkan supaya menyusun Rancangan Selesai dilaksanakan
Pengajaran Tahunan (RPT) mengikut Penjajaran Kurikulum
4 2.0.
Tindakan : ketua panitia

54. Panitia- panitia boleh mula menyediakan soalan-soalan


berbentuk KBAT, kemudian buat banner dan tayangkan di bilik-
5 bilik khas.
Tindakan : Ketua Panitia

You might also like