You are on page 1of 16

PERKARA : MESYUARAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH BILANGAN 4/2017

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAWAU


TARIKH : 29 NOVEMBER 2017 (RABU)
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BATU KERAMAT
PENGERUSI : TUAN HAJI DARMAN SHAH BIN HAJI ASAKIL
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TAWAU

KEHADIRAN :
01. Tuan Hj. Darman Shah Bin Hj. Asakil
Pegawai Pendidikan Daerah Tawau

02. Encik Veae Bin Sarima


Ketua Unit Teknik dan Vokasional

03. Puan Rozalinah Binti Said


Ketua Unit Bahasa

04. Encik Johan Bin Ishak


Ketua Unit Pendidikan Islam

05. Puan Hjh. Maimunah Binti Ali Osman


Ketua Unit Kemanusiaan

06. Encik Salamah Bin Paita


Ketua Unit Pembangunan dan Kemanusiaan

07. Encik Abdul Halik Bin AbduSukor


Pegawai Jaminan Kualiti

08. Encik Basri Bin Nusu


Penyelia KOKUM

09. Puan Musniah Binti Abdullah


Pegawai SISC+

10. Encik Mohamad Bin Said


Pegawai SISC+

11. Puan Andi Muliati Binti Andi Paramata


Pegawai SISC+
1
12. Tuan Hj. Haerom Bin Marjuki
Pegawai SISC+

13. Tuan Hj. Adanan Bin Hj. Abdul Rahman


Pegawai SISC+

14. Puan Hjh. Norshakila@ Janet Dele Cruz


Pegawai SISC+

15. Encik Chok Mui Fah


Penyelia Bahasa

16. Encik Suzamreh Bin Salleh


Penyelia Pemulihan Khas

17. Encik Sandy Kahar Bin Kaharuddin


Pegawai FasiLINUS Numerasi

18. Puan Siow Lee Kian


Pegawai FasiLINUS Numerasi

19. Cik Ramlah Binti Alui


Pegawai FasiLINUS Literasi BM

20. Puan Siti Asidah Binti Yakim


Pegawai FasiLINUS Literasi BM

21. Puan Suhaila Binti Hj. Ahmad


Pegawai FasiLINUS Literasi BI

22. Cik Rusanna Binti Paty


Penyelia Pendidikan

23. Puan Chia Mui Yun


Penyelia Pendidikan

24. Puan Julaidah Binti Ambo Dalli


Penyelia Pra Sekolah

25. Encik Nasir Bin Nusur


Guru Besar SK Merotai Besar

2
26. Encik Kafli @ Masri Bin Mossli
Guru Besar SK Kuala Merotai

27. Encik Md. Najib Bin Bohari


Guru Besar SK Tanjong Batu

28. Encik Arola Bin Abdullah


Guru Besar SK Bandar Tawau II

29. Tuan Haji Mohd. Ekbal Bin Haji Khalid


Guru Besar SK Perdana

30. Tuan Haji Chumi Bin Angan


Guru Besar SK Bandar Tawau

31. Encik Hassan Bin Kadir


Guru Besar Cemerlang SK Kg. Titingan

32. Encik Samson Bin Sahibul


Guru Besar SK Andrassy

33. Encik Abd. Mustapa Bin Massa


Guru Besar SK Kukusan

34. Encik Mohd Fazil Abdullah@Yee Yun Keong


Guru Besar SK Balung

35. Encik Haidir Bin Tasmin


Guru Besar SK Kalabakan

36. Puan Masnah Binti Maran


Guru Besar SK Desa Subur

37. Encik Abidin Bin Moen


Guru Besar SK Umas-umas

38. Encik Rahmat Bin Ariffin @ Mohd Ariffin


Guru Besar SK Tanjung Batu Keramat

39. Encik Muhammad Jupri Bin Abdul Karim


Guru Besar SK Ulu Kalabakan

3
40. Encik Alias Bin Ali
Guru Besar SK Kem Kabota

41. Encik Ismail Bin Banchir


Guru Besar SK Bahagia

42. Puan Surtinah Binti Amran


Guru Besar SK Brumas

43. Encik Sapili Bin Nurisid


Guru Besar SK Bukit Quoin

44. Encik Suhaidi Bin Hj. Adinin


Guru Besar SK Kinabutan Besar

45. Encik Sulaiman Bin Wabi


Guru Besar SK Kg. Jawa

46. Tuan Haji Johan Bin Buah


Guru Besar SK Ranggu

47. Encik Beddu Bin Dollah


Guru Besar SK Serudong Baru

48. Puan Kong Siew Chan @ Sofiah Binti Mohd Ali


Guru Besar SK Sentosa

49. Encik A.Malek Bin Mat


Guru Besar SK Bombalai

50. Encik Sarulla Bin Hj. Mamma


Guru Besar SK Sg. Tongkang

51. Encik Mohd. Maksid Bin Haji Masrie


Guru Besar SK Ladang Tiger

52. Puan Mariamah Binti Kuntum


Guru Besar SK Jambatan Putih

53. Puan Majidah Binti Kanafiah


Guru Besar SK Sg. Imam

4
54. Encik Fred Lajot JR
Guru Besar SK St. Patrick

55. Puan Patimah Binti Herman


Guru Besar SK Melodi

56. Puan Hasmah Binti Hamzah


Guru Besar SK Batu Payong

57. Puan Mariani Binti Kassim


Guru Besar SK Panglima Habibullah

58. Encik Abdul Samad Bin Uda


Guru Besar SK Pasir Putih

59. Encik Ahmad Bin Makmon


Guru Besar SK Indersabah

60. Encik Muhamad Bin Salleh


Guru Besar SK Luasong

61. Puan Hjh. Salina Binti Abdul Rahman


Guru Besar SK Wakuba

62. Tuan Haji Samsudin Bin Kastari


Guru Besar SK Batu 4 Jalan Apas

63. Encik Johny Gumbiled


Guru Besar SK Holy Trinity

64. Encik Ayidulbahri Bin Misbah@Bahari


Guru Besar SK Sungai Hj. Matahir

65. Encik Yunus Bin Patarai


Guru Besar SK Melati

66. Tuan Haji Aman@Nasir Bin Sabang


Guru Besar SK Bergosong

67. Puan Hjh. Rasinah Binti Bansil


Guru Besar SK Blok 31

5
68. Encik Kasim Bin Muhammad
Guru Besar SK Mentadak Baru

69. Puan Haminah Binti Lintang


Guru Besar SK Wallace Bay

70. Encik Harman Bin Jaya


Guru Besar SABK Islamiah

71. Encik Chau Kam Choi


Guru Besar SJK(C) Chung Hwa

72. Puan Chu Voon Fui


Guru Besar SJK(C) Sin Hwa

73. Puan Chang Li Yun


Guru Besar SJK(C) Yuk Chin

74. Puan Chang Siew Chin


Guru Besar SJK(C) Kuok Ming

75. Puan Chou Fung Siang


Guru Besar SJK(C) Phui Yuk

76. Puan Chung Min Lee


Guru Besar SJK(C) Hing Hwa

Tidak Hadir Bersebab

01. Encik Awangku Tahir Bin Pg. Assim


Guru Besar SK Batu 22 Balung

02. Puan Hjh. Masinah@Masnah Binti Lama


Guru Besar SK Kuala Apas

03. Encik Abu Bakar Bin Tahasan


Guru Besar SK Muhibbahraya

04. Puan Fatimah Binti Makhdirol


Guru Besar SK Taman Tawau

05. Encik Hassan Bin Ahmat


Guru Besar SK Brantian
6
06. Encik Sapri Bin Raupu
SK Merotai Kecil

07. Puan Chu Pee Ang


Guru Besar SJK(C) Kung Ming

08. Puan Sainum Binti Salio


Guru Besar SK Abaka

Turut Hadir

01. Encik Jiplin Bin Asin


PK Pentadbiran SK Batu 22 Balung

02. Puan Hjh. Norlela Binti Salleh


PK Pentadbiran SK Kuala Apas

03. Puan Hjh.Erna Binti Yudin


PK Pentadbiran SK Muhibbahraya

04. Encik Ismail Bin Biko


PK Pentadbiran SK Taman Tawau

05. Encik Edwin Lumban Radsa


PK HEM SK Brantian
06. Encik Ahmad Bin Ab. Rahman
PK Pentadbiran SK Abaka

07. Encik Mohd Tahir Bin Mohd Jahiri


PK HEM SK Merotai Kecil

08. Puan Lim Hoi Lun


PK Pentadbiran SJK(C) Kung Ming

1.0 Perutusan Pengerusi

1.1 Mengucapkan salam dan terima kasih kepada Urus Setia Mesyuarat, semua Guru Besar
Cemerlang, Guru Besar, wakil guru besar serta semua ahli mesyuarat yang menghadiri
mesyuarat pada pagi itu.

Tindakan : Makluman

7
1.2 Mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru besar yang telah berusaha meningkatkan
pencapaian UPSR 2017.

Tindakan : Makluman

1.3 Dua (2) fokus utama Kementerian Pendidikan yang juga menjadi Gagasan KPPM dalam
Gelombang 2 PPPM, iaitu Kualiti Sekolah dan Kualiti Kemenjadian Murid.

Tindakan : Makluman

1.4 Hala tuju pendidikan Tahun 2018 memberi penekanan kepada Memacu Kecemerlangan. Empat
(4) pendekatan dalam usaha memacu kecemerlangan ;

1.4.1 Perspektif Sistem

1.4.2 Merangkaikan titik-titik

1.4.3 Sudut Pandangan

1.4.4 Mudah capai

Tindakan : Makluman

1.5 Kualiti Sekolah diukur berdasarkan 5 standard menggunakan SKPMg2 sebagai dokumen
standard dan instrumen pengukuran, manakala Kualiti Kemenjadian Murid memfokuskan
kepada kemenjadian murid melalui keberkesanan pelaksanaan dan pelaporan PBS.

Tindakan : Makluman

1.6 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) perlu diperkasa dan diberi perhatian di peringkat sekolah.
Pengajaran guru mestilah mengutamakan PAK 21 iaitu pembelajaran berpusatkan murid.

Tindakan : Makluman

1.7 Hala tuju pendidikan berkonsepkan Pembelajaran Berorientasikan Pertumbuhan (Growth).


Kemenjadian murid dalam tempoh Fasa Awal 9 Tahun (Tahun 1 – Tingkatan 3) berfokus kepada
Elemen Pembinaan Kemahiran, manakala Pasca 9 Tahun berfokus kepada Elemen
Kecemerlangan berorientasikan akademik.

Tindakan : Makluman

1.8 Dialog Prestasi hendaklah dilaksanakan di peringkat sekolah sebanyak 4 kali setahun.

Tindakan : Makluman

1.9 Menjelang Tahun 2025 semua sekolah akan melaksanakan Program Transformasi Sekolah
(TS25). Semua sekolah akan melaksanakan pdpc berpusatkan murid.

Tindakan : Makluman

8
1.10 Perancangan Strategik Tahun 2018 hendaklah menuju ke arah SKPMg2 dan kemenjadian murid.

Tindakan : Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit Mesyuarat Kurikulum Sekolah Rendah Bil. 3/2017 telah dicadang untuk disahkan
tanpa sebarang pindaan oleh Encik Rahmat Bin Ariffin, Guru Besar SK Tanjung Batu
Keramat dan disokong oleh Encik Ismail Bin Banchir, Guru Besar SK Bahagia.
Tindakan : Makluman

3.0 Perkara Berbangkit dan Maklum Balas Mesyuarat


3.1 Tidak ada perkara-perkara berbangkit yang dibincangkan dalam Minit Mesyuarat Kurikulum
Sekolah Rendah Bil. 3/2017.
Tindakan : Makluman

3.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua sekolah kerana telah memberi maklum balas
kepada Mesyuarat Kurikulum Bil.3/2017.
Tindakan : Makluman

4.0 Pembentangan Laporan

4.1 Pembentangan SKPMg2


Pembentang : Encik Abdul Halik Bin AbduSukor

4.1.1 Penarapan SKPMg2 dilaksanakan tiga kali setahun iaitu :


4.1.1.1 Fasa 1 - Januari hingga Mac
4.1.1.2 Fasa 2 - April hingga Julai
4.1.1.3 Fasa 3 - Ogos hingga November.
Tindakan : Makluman
4.1.2 Lima standard dalam SKPMg2 yang perlu dikuasai :
4.1.2.1 Standard 1 - Kepimpinan
4.1.2.2 Standard 2 - Pengurusan Organisasi
4.1.2.3 Standard 3 – Pengurusan Kurikulum, Kokurikum dan Hal Ehwal Murid
4.1.2.4 Srandard 4 - Pembelajaran dan Pemudahcaraan
4.1.2.5 Standard 5 - Kemenjadian Murid

Tindakan : Makluman

9
4.1.3 Selaras dengan Gagasan KPPM iaitu Kualiti Sekolah dan Kemenjadian Murid maka pihak
sekolah diingatkan agar menyediakan perancangan :
4.1.3.1 Takwim sekolah
4.1.3.2 Fail Meja
4.1.3.3 Perancangan Strategik
Tindakan : Guru Besar

4.2 Laporan PAJSK


Pembentang : Encik Basri Bin Musu

4.2.1 Rumusan PAJSK bagi Tahun 6 2017 -- Seorang Murid SK Indersabah telah mendapat
gred E. Guru Besar memaklumkan bahawa murid tersebut tidak hadir ke sekolah dan
tidak dapat dikesan keberadaannya.

Tindakan : Makluman

4.2.2 Terdapat 57 orang murid mendapat gred D. Meminta Guru Besar agar dapat membantu
murid-murid yang mendapat gred D.

Tindakan : Makluman

4.2.3 Laporan Ujian SEGAK- Analisis lebihan Berat Badan (Obesiti)

4.2.3.1 Tiga sekolah yang mencatat obsesiti tertinggi (murid lelaki)

i SK Ranggu – 41.50%

ii SJKC Sin Hwa – 30.67%

iii SK Merotai Kecil – 30.61%

4.2.3.2 Tiga sekolah yang mencatat obsesiti tertinggi (murid perempuan)

i SK Perdana - 38.24%

ii SK Ranggu – 36.5%

iii SJKC Chung Hwa – 31.1%

Tindakan : Makluman

4.3 Laporan Analisis Pencapaian UPSR 2017


Pembentang : Puan Siow Lee Kian

4.3.1 Mengucapkan tahniah kepada semua Guru Besar kerana telah berusaha meningkatkan
pencapaian UPSR daerah Tawau.

Tindakan : Makluman

10
4.3.2 Analisis mengikut mata pelajaran

4.3.2.1 BM Pemahaman – meningkat dari 94.84% ke 97%

4.3.2.2 BM Penulisan – meningkat dari 94.11% ke 96.06%

4.3.2.3 BI Pemahaman –meningkat dari 82.06% ke 85.23%

4.3.2.4 BI Penulisan – menurun dari 72.58% ke 69.12%

4.3.2.5 Matematik – meningkat 73.03% dari 81.49%

4.3.2.6 Sains – meningkat 93.53% dari 96.15%

4.3.2.7 BC Pemahaman – meningkat 72.51% dari 80.85%

4.3.2.8 BC Penulisan – menurun 87.35% ke 77.89%

Tindakan : Makluman

4.3.3 Peratus pencapaian UPSR meningkat dari 60% ke 63.05% dan GPD meningkat dari 3.31
ke 2.98. Semua mata pelajaran mengatasi pencapaian negeri manakala mata pelajaran
Sains mengatasi pencapaian Kebangsaan. Pencapaian BI Penulisan dan BC Penulisan
masih di bawah negeri.
Tindakan : Makluman

4.4 Laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


Pembentang : Tuan Hj. Adanan Bin Abdul Rahman

4.4.1 Semua sekolah telah melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Semua mata
pelajaran perlu ditaksir dan dilaporkan mengikut tahun.

Tindakan : Makluman

4.4.2 Meminta guru besar agar memastikan PBD selaras dengan pencapaian UPSR dan
mempunyai kolerasi.

Tindakan : Makluman

4.4.3 Masih ramai guru yang tidak menyediakan Borang Transit semasa melaksanakan
pentaksiran. Borang ini penting sebagai evidence bahawa guru telah mentaksir.

Tindakan : Guru Besar

4.4.4 Meminta pihak sekolah melantik semula setia usaha PBS yang ada pada tahun hadapan.

Tindakan : Makluman

11
4.5 Laporan Psikometrik
Pembentang : Encik Salama Bin Paita

4.5.1 Semua sekolah telah melaksanakan pentaksiran psikometrik.

Tindakan : Makluman

4.5.2 Ada beberapa sekolah yang tidak mencapa seratus peratus. Murid tidak menduduki
aptitude Tahun 6

4.5.2.1 SK Brumas – 1 orang


4.5.2.2 SK Kg. Titingan – 2 orang
4.5.2.3 SK Kg. Jawa – 1 orang
4.5.2.4 SK Taman Tawau – 1 0rang
4.5.2.5 SK Perdana – 3 orang.

Tindakan : Makluman

4.6 Laporan LINUS2.0


Pembentang : Encik Sandy Kahar Bin Kaharuddin

4.6.1 Pencapaian LINUS2.0 peringkat JPN Sabah :

4.6.1.1 Literasi Bahasa Melayu (LBM)

Tahun 1 – 70.07%

Tahun 2 – 87.29%

Tahun 3 – 98.30%

4.6.1.2 Literasi Bahasa Inggeris (LBI)

Tahun 1 - 59.44%

Tahun 2 – 79.63%

Tahun 3 – 94.00%

4.6.1.3 Numerasi

Tahun 1 - 79.36%

Tahun 2 – 91.48%

Tahun 3 -98.86%

Tindakan : Makluman

12
4.6.2 Daerah Tawau tidak mencapai KPI untuk semua komponen. Ianya bermaksud bahawa
murid belum lagi menguasai kemahiran 3M. Meminta guru besar memikirkan strategi
dan merancang program agar murid dapat menguasai 3M.

Tindakan : Guru Besar

4.6.3 Meminta pihak sekolah agar mengambil berat tentang LINUS2.0 dan tidak mengambil
tindakan di saat-saat akhir sebelum saringan.

Tindakan : Makluman

4.7 Pembentangan Jadual Waktu KSSR


Pembentang : Puan Maimunah Binti Ali Osman

4.7.1 Kurikulum dibina mengikut jam setahun yang telah ditetapkan untuk setiap mata
pelajaran.

Tindakan : Makluman

4.7.2 Tasmik 32 waktu dilaksanakan di luar jadual waktu dan tidak boleh dicampur dengan 6
waktu masa Pendidikan Islam.

Tindakan : Makluman

4.7.3 Guru hendaklah memenuhi jam mengajar yang diperuntukkan dan sekiranya guru keluar
meninggalkan sekolah maka masa itu perlu diganti, sama ada dengan mengadakan kelas
tambahan atau jual beli.

Tindakan : Makluman

4.7.4 Ada sekolah yang masih belum menghantar laporan kursus dalaman penataraan KSSR
(Semakan). Meminta pihak sekolah agar mengambil tindakan untuk menghantar laporan
tersebut.

Tindakan : Guru Besar

4.7.5 Meminta guru besar agar memastikan sekolah melaksanakan KKSR sepenuhnya
berpandukan DSKP.

Tindakan : Makluman

4.8 Program Pendidikan Inklusif (PPI) Murid Berkeperluan Khas (MBK)


Pembentangan : Encik Suzamreh Bin Hj. Salleh

4.8.1 Program Pendidikan Inklusif (PPI) boleh dilaksanakan jika terdapat Murid Berkeperluan
Khas di sekolah.

Tindakan : Makluman

13
4.8.2 PK HEM akan memantau pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di peringkat
sekolah.Pihak sekolah perlu menubuhkan jawatankuasa Program yang diperakukan oleh
Guru Besar.

Tindakan : Makluman

4.9 Laporan PraSekolah


Pembentang : Puan Julaidah Binti Ambo Dalli

4.9.1 Data Analisis Standard Kualiti Prasekolah (SKP) semester 2 2017 (6 Tahun)
4.9.1.1 BM Membaca – 91.02%
4.9.1.2 BM Menulis – 98.72%
4.9.1.3 Awal Matematik – 91.54%
4.9.1.4 Bahasa Inggeris - 80.70%

Tindakan : Makluman

4.9.2 Tarikh penghantaran Data Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK) dan
Standard Kualiti Prasekolah bagi Tahun 2018 :
4.9.2.1 04.05.2018
4.9.2.2 04.10.2018
Tindakan : Makluman

4.10 Perkongsian Amalan Terbaik PAK 21


Pembentang : Encik Mohammad Bin Said

4.10.1 Pelaksanaan amalan pedagogi PAK 21 telah disampaikan melalui bengkel dan PLC,
berfokus kepada pengajaran berasaskan aktiviti dan BBM.

Tindakan : Makluman

4.10.2 Semua guru bagi semua mata pelajaran hendaklah melaksanakan PAK 21 dan bukan
hanya tertumpu kepada mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan
Matematik sahaja.

Tindakan : Makluman

5.0 Hal-hal Lain

5.1 Memaklumkan bahawa selagi SK Ranggu belum mendapat surat kebenaran untuk mengadakan
sekolah 2 sesi maka sekolah akan kekal beroperasi sebagai 1 sesi.

Tindakan : Makluman

14
5.2 Puan Maimunah memaklumkan bahawa surat mengenai pelaksanaan Program Transisi 2018
telah diedarkan ke semua sekolah. Transisi akan dilaksanakan bermula pada 2 Januari hingga 21
Januari 2018 dan laporan hendaklah dihantar pada 1 Februari 2018.

Tindakan : Makluman

5.3 Berdasarkan hasil pemantauan mendapati bahawa sebilangan sekolah tidak melaksanakan
Modul TMK . Guru besar diminta memastikan penataran dilaksanakan selewat-lewatnya pada
minggu pertama bulan Januari.

Tindakan : Guru Besar

6.0 Penangguhan Mesyuarat

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.10 petang.

Sekian.

Disediakan oleh,

RAMLAH BINTI ALUI


Urus Setia Mesyuarat Kurikulum Sekolah Rendah
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

Disemak oleh,

ROZALINAH BINTI SAID


Ketua Unit Bahasa
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

Disahkan oleh,

HJ. DARMAN SHAH BIN HJ. ASAKIL


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

5 Disember 2017
15
16

You might also like