You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH DAERAH HULU SELANGOR

BILANGAN 1 TAHUN 2018

Tarikh : 06 Februari 2018


Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Serendah

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan


1. En Zulhisham bin Nasir Guru Besar SK Serendah (Pengerusi)
2. Pn Sarini binti Asa’adudin Guru sejarah SK Serendah (Setiausaha)
3. Pn Jauharriah binti Ahmad Guru sejarah SK Tun Abdrl Razak
4. Pn Rohilah binti Omar Guru sejarah SK Bandar Baru Batang Kali
5. Pn Sanisah binti Hj Yusoff Guru sejarah SK Kuala Kubu Bharu 2
6. Pn Zizah binti Jaman Guru sejarah SK Batang Kali
7. Pn Marshella binti Manshor Guru sejarah SK Lembah Beringin
8. Pn Hasliza binti zakaria Guru sejarah SK Bukit Beruntung 1
9. Pn Lai Kok Ling Guru sejarah SJK ( C ) Bukit Tangga
10. En Suhaimi bin Saidin Guru sejarah SK Taman Bunga Raya 2
11. Pn Nor Lela binti Mohamad Yunus Guru sejarah Antara Gapi
12. En Maszlan bin Mokhtar Guru sejarah SK Seri Fajar
13. En Mustafa Kamal bin Husin Guru sejarah SK Gedangsa
14. Puan Rahimah binti Kassim Guru sejarah SK Kuala Kubu Bharu
15. Pn Azniratimala binti Awang Guru sejarah SK Ulu Yam Bharu
16. Pn Chuan Hsiau Sze Guru sejarah SJK ( C ) Rasa
17. Pn Noor Laila binti Mohd Yusoff Guru sejarah SK Bukit Sentosa
18. Pn Gan San Ann Guru sejarah SJK ( C ) Chong Chee
19. Pn Rahimah binti Mohd Zin Guru sejarah SK Bukit Beruntung 2
20. Pn Ng Kwai Lam Guru sejarah SJK ( C ) Batang Kali
21. Pn Wong Kim Hong Guru sejarah SJK(C) Serendah
22. En Shuib bin Hussein Guru sejarah SK Taman Bunga Raya 1
23. En Muhamad Rozi bin Mat Zain Guru sejarah SK Bandar Sungai Buaya
24. En Yussri bin Abdullah Guru sejarah SK Sg Selisik
25. Pn Shamsiah binti Bakri Guru sejarah SK Kalumpang
26. Pn Selvamani a/p Padavettan Guru sejarah SJK(T) Ladang Sg Choh
27. Pn Padavetta a/p Sambasivam Guru sejarah SJK(T) Ladang Kerling
28. Pn Rehnuga a/p Mayil Wahanam Guru sejarah SK Sungai Buaya
29. Pn Ong Siew Boon Guru sejarah SJK(C) Khing Ming
30. Pn Moganavalli a/p Narayanan Guru sejarah SJK(T) Ladang Escot
31. Pn Hema Mageswary a/p Vijayan Guru sejarah SJK(T) Ladang Kalumpang
32. Pn Thulasi a/p Kandasamy Guru sejarah SJK(T) Changkat Asa
33. Pn Bathmah Chanasse Guru sejarah SJK (T) Kuala Kubu Bharu
34. Pn Rajeswari a/p Appalanarsu Guru sejarah SJK(T) Batang Kali
35. Pn Amutha a/p M.Govinden Guru sejarah SJK(T) Bukit Beruntung
36. Pn Long Chiou Peng Guru sejarah SJK (C) Kg Gurney
37. Pn Liew Siew Chin Guru sejarah SJK (C) Kerling
38. Pn Tan Lay Ean Guru sejarah SJK(C) Kalumpang
39. En Jamsari bin Mohd Ghazali Guru sejarah SK Kuala Kubu Bharu 1
40. Pn Noor Hafiza bt Abdul Raub Guru sejarah SK Kerling
41. Pn Suhaila binti Khairuzaman Guru sejarah SK Ulu Yam Lama
42. Pn Norashikin binti Mohd Yusof Guru sejarah SK Rasa
43. Pn Monasangkari a/p Tarumalingam Guru sejarah SJK(T) Ladang Lima Belas
44. En Faizal bin Roslie Guru sejarah SK Sri Keledang
45. En Muhd Firdaus bin Kamaruddin Guru sejarah SK Kg Kuantan
46. Pn Rosmah bt Ahmad Nawawi Guru sejarah SK Hulu Bernam
47. En Mohd Helmi bin Basunan Guru sejarah SK Ampang Pecah
48. Pn Marliza binti Umar Guru sejarah SK Gesir Tengah
49. En Hilmi bin Muhammad Guru sejarah SK Kg Soeharto

Turut Hadir:
1. En Ahmad Nasir bin Mohd Salleh PPPD Sains Kemanusiaan

Urus Setia Mesyuarat:


1. Pn Sarini bt Asa’adudin

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Ucapan En Zulhisham bin Nasir
1.1.1 Mengucapkan salam dan kata-kata aluan serta mengalukan kedatangan En Ahmad Nasir
selaku pegawai unit kemanusian PPD Hulu Selangor dan mengucapkan terima kasih kepada
semua guru sejarah yang hadir.

1.2 Ucapan En Ahmad Nasir bin Mohd Salleh


1.2.1 Mengucapkan salam dan ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru. En Ahmad Nasir
berharap guru sejarah daerah Hulu Selangor dapat mengapliaksikan KBAT dan PAK21 dalam
pdpc masing-masing.
1.2.2 Mengucapkan terima kasih kepada SK Serendah kerana menjadi pengerusi mesyuarat daerah
bagi kali yang kedua dan berharap segala perancangan dan aktiviti yang bakal dijalankan
akan dilaksanakan dengan cemerlang.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
Cadangan : Pn Nor Lela binti Muhammad Yunus
Menyokong : En Jamsari bin Mohd Ghazali

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Catatan Minit Mesyuarat
3.1.1 Hanya beberapa perkara sahaja yang memerlukan tindakan oleh guru. Catatan yang lain hanya
sebagai makluman. Perkara yang memerlukan tindakan guru perlu ada maklum balas selepas
dua minggu bermesyuarat.
Tindakan: Setiausaha
4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / ISU / LAPORAN
4.1 Sejarah bukan mata pelajaran UPSR
4.1.1 Sejarah merupakan mata pelajaran yang dipinggirkan. Pihak PPD perlu melihat semula
kaedah pentaksiran kerana wujud jurang diantara pentaksiran yang fleksibel bagi peringkat
sekolah rendah dan tingkatan satu hingga tiga. Manakala pentaksiran yang rigid bagi murid
tingkatan empat hingga lima menyebabkan murid hilang semangat untuk belajar.
Tindakan :Makluman
4.1.2 Walaupun mata pelajaran sejarah tidak termasuk dalam peperiksaan UPSR, guru perlu ada
teknik yang pelbagai bagi menarik minat murid mempelajari sejarah. Guru perlu menggunakan
PAK21 dan menerapkan 4K1N iaitu komunitatif, kolaboratif, kritis dan kreatif , 1N ialah
nilai-nilai murni atau nilai moral yang mesti diterapkan dalam pdpc.
Tindakan: Makluman

4.2 Program-program Akademik (KPM,JPN,PPD) 2018


4.2.1 Antara program KPM ialah semakan KSSR/CEFR, SKPMg2, DTP, TIMSS PISA, STEM,
KBAT/KIDT, DLP, PAK21/PLC, VLE Frog, TS25, HIP, e-Best, Kajian Tindakan. MBMMBI, PIMA
dan PBS. En Nasir menegaskan VLE Frog perlu digunakan dengan maksimum kerana KPI Hulu
Selangor berada di tempat ke sepuluh dalam negeri Selangor. Semua ketua panitia diminta
membuat jadual penggunaan VLE Frog. Strategi VLE Frog akan dikuatkuasakan pada tahun ini
bagi meningkatkan penggunannya. Program TS25 dan HIP hanya melibatkan beberapa buah
sekolah.
Tindakan: Makluman
4.2.2 Antara program JPN ialah Program Champion diubah kepada SUKSES,INTAN, LULUS
( lonjakan untuk lulus SPM Selangor),HEBAT dan Pecutan Akhir (PAI).
Tindakan: Makluman
4.2.3 Program PPD ialah Operasi skor, We Care, Normaliti, MAI serta program jaringan dan
jalinan dengan beberapa institusi pengajian tinggi.
Tindakan: Makluman

4.3 Pengurusan Panitia


4.3.1 Guru perlu mengisi senarai semak fail panitia. Tandakan mengikut item dan pastikan
ada evidens. Bilangan fail panitia perlu mengikut ketetapan SPSK. Guru boleh merujuk kepada
guru pengurusan kualiti sekolah masing-masing.
Tindakan: Makluman
4.3.2 Perancangan Strategik(PS) tidak perlu buat banyak program. Walaupun sejarah bukan
berorientasikan peperiksaan, namun tetap mempunyai KPI. Contoh data KPI bagi subjek
sejarah ialah seperti peratus menguasai tahap minimum, peratus cemerlang dan pengurangan
bilangan murid yang mendapat E. Guru perlu membetulkan PS bagi penetapan KPI.
Tindakan: Makluman
4.3.3 Program kecemerlangan perlu ada dalam PS dan perlu dibincangkan dalam mesyuarat panitia
peringkat sekolah. Buat juga dalam bentuk carta Gantt / borang OPPM. Antara program yang
boleh dilaksanakan ialah program IQ test bagi menjana minda murid. Program ini boleh dibuat
pada awal pagi sebelum bermula pdpc. Guru juga boleh memberikan hadiah sebagai ransangan.
Setiap program perlu dimasukkan dalam rekod pelaksanaan dan penilaian (jadual 4).
Tindakan : Makluman
4.3.4 Guru perlu merujuk SPI dalam semua perkara, termasuklah penulisan rancangan pengajaran
harian. Semua panitia perlu merujuk SPI yang sama. Masukkan elemen 4K1N dan pelbagaikan
aktiviti.
Tindakan: Makluman
4.4 Perancangan Program Peningkatan Akademik 2018
4.4.1 Program Jalinan UPSI. Program ini akan dijalankan selama dua hari. Beberapa pakar sejarah
akan membentangkan tajuk sejarah secara spesifik dan teknik mengajar sejarah atau kaedah
baru. Program ini memerlukan sedikit kos bagi tujuan makanan dan sijil. Sebanyak dua ratus
tempat akan disediakan, Setiap sekolah perlu menghantar sekurang-kurangnya seorang wakil.
Program ini dicadangkan dibuat dalam bulan Mei.
Tindakan: Makluman
4.4.2 Pertandingan Kuiz Sejarah peringkat daerah. Mesyuarat penyelarasan akan diadakan bagi
membincangkan pertandingan ini secara terperinci dan akan dimaklumkan kelak. Penyertaan
daripada setiap sekolah adalah wajib. Sasaran murid adalah murid tahun empat dan tahun lima.
Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM50 bagi setiap sekolah. Antara AJK yang terlibat
ialah guru-guru dari:

- SK Serendah
- SK TBR1
- SK Lembah Beringin
- SK Gedangsa
- SK Batang Kali
- SK Antara Gapi
- SJK ( C ) Kg Gurney
- SJK (T) Batang Kali
- SJK (T) Sg Choh
Tindakan: AJK

4.4.3 Penyelarasan soalan. Program ini bertujuan menyediakan bank soalan bagi pertandingan kuiz
sejarah daerah. Semua ketua panitia sejarah setiap sekolah perlu menyediakan beberapa soalan
mengikut DSKP. Soalan kuiz perlu dibina dalam bahasa Melayu sepenuhnya walaupun murid
SJK (C) dan SJK(T) menggunakan bahasa ibunda masing-masing ketika di sekolah. Soalan kuiz
yang dibina dihantar ke email panitia sejarah
Tindakan: Semua guru
5 HAL-HAL LAIN

5.1 Pn Hasliza bertanyakan format peperiksaan. En Nasir memaklumkan format peperiksaan mata
pelajaran sejarah kekal seperti tahun 2017 iaitu 100%.
- 60% ( Bahagian A) – Objektif
- 40% ( Bahagian B) – Subjektif

Tindakan: Makluman
6 PENUTUP
6.1 En Ahmad Nasir mengharapkan semua ketua panitia perlu mengikut ketetapan dalam mesyuarat dan
berharap program yang dirancang dapat dilaksanakan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang
dan pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru.
Urus Setia
Panitia Sejarah
SK Serendah
Tarikh: 13 Februari 2018

You might also like