You are on page 1of 12

SMK AMINUDDIN BAKI, CHEMOR

MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA KURIKULUM


KALI PERTAMA SESI 2011
Tarikh : 30hb Disember 2011
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 pg 11.00 pg.

Kehadiran:
Pn Zuraida binti Zainal Abidin En Nor Hisan bin Nordin
Pn Rusnah bt Ahmad En Muhammad Ali Hanafiah bin Mohd Yusof
Pn Norsiah bt Aziz @ Zainol En Ahmad Fauzie b Rasdi
Pn Zaileha bt Yunus Pn Yin Siew Lye
Pn Hajah Latifah binti Omar Pn Mariya bt Dasir
Pn Asmariah binti Harun Cik Salinawati bt Isa
Pn Sopiah bt Ejab En Alias b Yahya
En Sahaimi b. Abu Nasir Cik Azmin Binti Hashim
Cik Lai Mei Li En Suresh Kumar a/p Joseph
Pn Cheong Yuet Mooi En Said Jamalulai b Said Samat
Pn Noor Hazlin bt Abd Rahman En Ahmad Kamal b. Abdul Kahar
Cik Hjh Shakirah bt Damanhuri Pn Kumuthavally a/p Krishnan
Pn Noor Azizan bt Abdul Aziz Cik Suhaila bt Othman
Pn Rosnani bt Ghazali
Pn Roshidah bt Ahmad Tidak Hadir
Pn Noor Ashikin bt Nadar Tn Hj Murad bin Salim(Di SMK Seri Ipoh)
Pn Maizatul Aiza bt Zaidi Pn Nor Hasimah bt Abdul Karim
Cik Nor Hidayah bt Abdul Karim
Pn Noraini bt Saad
Cik Lee Keng Wah
Pn Haslina bt Mat Kasirin
Pn Intan Rafizah bt Mat Saat
Pn Halijah bt Hamid
Cik Norehan bt Yusoh
Pn Sarimah bt Md Sharif
Pn Wan Maizawati bt Wan Nong
Pn Charanjit Kaur a/p Dara Singh
Pn Azura bt Yusoff
En Pachappan a/p Palanie
Pn Kalaimathy a/p Maniam
Pn Juliana bt Ali
Pn Maharom bt Sarman
Pn Juhaida Nor bt Hamdan
Encik Jamaludin b. Abu Kassim







Ucapan Pengerusi Majlis.

Mesyuarat Kurikulum pada kali ini dipengerusikan olehPK Pentadbiran,Pn Zuraida bt
Zainal Abidin yang mengucapkan terima kasih di atas kesudian semua AJK hadir ke
mesyuarat pada kali ini.Beliau memaklumkan bahawa sekolah telah mendapat pengetua
baru iaitu Tn Hj Murad b.Salim tetapi tidak dapat hadir pada mesyuarat kali ini kerana
menpengerusikan Mesyuarat Guru Pertama di sekolah lama beliau iaitu SMK Seri Ipoh.
Pengerusi juga telah memaklumkan bahawa Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 2012
adalah seperti berikut dengan penambahan Ahli Jawatankuasa baru iaitu Pegawai
Perhubungan Sekolah 1 iaitu Cik Hajah Shakirah dan Pegawai Perhubungan Sekolah 2
iaitu CikAzmin Hashim .

Pengerusi : Tn. Hj. Murad bin Salim
N. Pengerusi 1 : Pn. Zuraida binti Zainal Abidin
N. Pengerusi 2 : En. Mohd Ali Hanafiah bin Mohd Yusof
N. Pengerusi 3 : Pn. Rusnah binti Ahmad
Setiausaha : Pn. Norsiah binti Aziz @ Zainol
Pegawai Perhubungan Sekolah 1 : Cik Hajah Shakirah binti Ahmad Damanhuri
Pegawai Perhubungan Sekolah 2 : Cik Azmin binti Hashim
Ahli Jawatankuasa : Guru-Guru Kanan
: Ketua-Ketua Panitia Matapelajaran
: Penyelaras Rancangan Penididikan Khas
: Ketua AJK Pengurusan Peperiksaan
: Ketua Penyelaras Tingkatan
: Penyelaras-Penyelaras Tingkatan
: Guru Perpustakaan dan Media
: Guru Bimbingan dan Kaunseling
: Ketua Guru Disiplin
: Guru Data
: Penyelaras ICTL

Agenda 1:Dasar Kurikulum Dan Pekeliling Terkini.
1.1 Mesyuarat Kurikulum dan Mesyuarat Panitia
1.1.1 Pengerusi memaklumkan Dasar Kurikulum dan Pekeliling Terkini bagi
Jawatankuasa Kurikulum iaitu ;

Mesyuarat JK Kurikulum / Mesyuarat Panitia diadakan sekurang-kurangnya 4
kali setahun di mana notis panggilan Mesyuarat Kurikulum dan Mesyuarat
Panitia akan di muat naik ke dalam portal oleh SU Kurikulum.
AJK Kurikulum dikehendaki muat turun dan membuat cetakan sendiri untuk
simpanan dalam fail panitia mengikut konsep paperless yang telah dilaksanakan
oleh JPN &PPD Perak bagi mengurangkan kos penggunaan kertas.
Minit mesyuarat Kurikulum perlu disiapkan oleh SU Kurikulum dalam tempoh
14 hari dari tarikh mesyuarat dan akan dimuat naik ke portal sekolah
Tindakan : SU Kurikulum


Ketua Panitia dikehendaki muat turun minit dari portal,mencetak dan
membawa bersama semasa Mesyuarat Kurikulum seterusnya untuk disahkan dan
disimpan dalam fail panitia .
Laporan maklum balas hendaklah disiapkan dalam tempoh 2 minggu dari
tarikh mesyuarat dimana semua Ketua Panitia dikehendaki untuk mengisi borang
maklum balas dari portal dan email kepada SU Kurikulum.
Penilaian kajian impak bagi setiap program/aktiviti perlu dibuat selewat-
lewatnya seminggu selepas program dilaksanakan untuk tujuan penambahbaikan
dimana borang penilaian boleh dimuat turun dari portal.
Program & penilaian program persatuan ko-akademik seperti Persatuan BM
,Persatuan BI,Persatuan Sains dan lain-lain yang berkaitan dengan subjek wajib
dijadikan agenda mesyuarat panitia bagi memastikan aktiviti yang dijalankan
adalah selari dengan dasar untuk meningkatkan peningkatan akademik.
Tindakan : Ketua Panitia

Mulai tahun 2012 mesyuarat Panitia Sains & Matematik akan dipisahkan
dimana GK Sains akan hadir pada kedua-dua mesyuarat tersebut.
Tindakan : GK Sains & Matematik

1.2 Pengurusan Fail Panitia:
1.2.1 Pengerusi menegaskan bahawa pengurusan Fail Panitia adalah seperti berikut,

Di bawah tanggungjawab Ketua Panitia dimana Fail Panitia adalah terdiri
daripada;
a) Fail Utama
b) Fail Sokongan
c) Fail Arkib

Pengerusi meminta untuk semua Ketua Panitia mengemaskini kandungan fail
seperti Carta Organisasi 2012 dan Biodata Guru yang baru mengajar subjek
masing-masing dan merujuk Lampiran Senarai Semak Fail Panitia MP .
Penyemakan fail panitia oleh Guru Kanan akan dilaksanakan 2 kali setahun iaitu
bulan Mac dan bulan Ogos
Dokumen Lampiran Senarai Semak Fail Panitia MP perlu disahkan oleh
Guru Kanan yang berkenaan dan dilampirkan di dalam fail panitia masing-masing
Tarikh akhir Kemaskini 30.3.2012
Tindakan : Ketua Panitia

1.2.2 Fail Panitia di pejabat (fail kad putih) akan dikawal selia oleh SU Kurikulum dan PK
Pentadbiran

Tindakan:SU
Kurikulum







Agenda 2: Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran
2.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Sukatan Pelajaran,Huraian Sukatan Pelajaran &
Rancangan Pelajaran Tahunan yang disediakan hendaklah yang terkini di mana Rancangan
Pelajaran Tahunan perlu diselaraskan dengan takwim sekolah 2012 dan semua dokumen di
tersebut perlu disahkan oleh Guru Kanan Bidang masing-masing.
2.1.2 Semua dokumen tersebut perlu dimasukkan dalam Buku Rekod Persediaan Mengajar
dan jika agak tebal, dimuatkan dalam fail individu guru dan dibuat catatan untuk makluman
lokasi dokumen tersebut.
Tindakan : GK / Ketua Panitia /Guru Mata Pelajaran

Agenda 3: Buku Persediaan Mengajar.
3.1.1 Semua guru diminta untuk merujuk Buku Panduan Pengurusan Pentadbiran dan
Takwim 20112 bagi mengisi Buku Persediaan Mengajar di mana perkara yang wajib diisi
pada hari pertama iaitu;
Profil guru
Takwim sekolah
Jadual waktu terkini (yang lama ditulis BATAL)
Rekod Persediaan Mengajar Harian hari pertama

3.1.2 Profil guru wajib ada gambar guru

3.1.3 Buku Persediaan Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat untuk pengesahan pada
setiap hari Jumaat atau hari akhir persekolahan minggu tersebut. mengikut jadual yang
disertakan.
Tindakan : Semua Guru

Agenda 4: Pengajaran dan Pembelajaran

4.1.1 Pengerusi memaklumkan semua ahli bahawa Agihan Waktu Setiap Matapelajaran
seperti Buku PANDUAN PENGURUSAN PENTADBIRAN & TAKWIM 2012 (ms 49)
adalah seperti yang telah ditetapkan oleh mesyuarat pengurusan;
Tingkatan Peralihan - 2 kelas
Tingkatan 1 ,2, 3, dan 5 - 8 kelas
Tingkatan 4 - 9 kelas

4.1.2 Agihan waktu pelajar tingkatan 3 telah ditambah 1 waktu bagi subjek Sejarah
manakala bagi Tingkatan 4K3 hanya mengambil 2 subjek elektif sahaja iaitu Perdagangan
dan Pendidikan Seni.Kelas 4K3 ini akan dibubarkan jika ramai pelajarnya mendapat
tawaran ke Kolej Vokasional dan baki pelajar yang tinggal akan diserap ke kelas 4K2
manakala pelajar 4K2 akan ke 4K1.

Tindakan : Penyelaras Tingkatan 4

4.1.3 Pengerusi memaklumkan lokasi kedudukan kelas adalah mengikut peta sekolah pada
Buku PANDUAN PENGURUSAN PENTADBIRAN & TAKWIM 2012

4.1.4 Pengerusi minta semua guru untuk mulakan seawal yang mungkin sesi pengajaran
& pembelajaran dalam kelas dan memulakannya dengan;

Sesi suaikenal
-Puan Pengerusi minta guru untuk menerapkan budaya Ucapan Selamat dengan
menyebut nama guru subjek supaya pelajar lebih mengenali guru subjek masing-
masing serta menerangkan kebolehan dan kepakaran sedia ada guru untuk
menambah keyakinan dan rasa hormat pelajar terhadap guru.
Taklimat/Pengenalan sukatan yang terlibat
-Perlu diterangkan sebelum mulakan silibus.
Taklimat mengenai Format terkini PBS/peperiksaan/pentaksiran
-Wajib bagi Tingkatan 3 dan 5 .KP Sejarah juga diminta untuk maklumkan ahli
Panitia berkaitan Format terbaru Sejarah 2012

Tindakan: Ketua Panitia / Guru Mata Pelajaran

4.1.5 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar adalah amat digalakkan dengan
menggunakan sepenuhnya Bahan Bantu Mengajar yang sedia ada.

4.1.6 Pengerusi meminta supaya semua Ketua Panitia supaya;
Bincangkan Keperluan Tambahan untuk Bahan Bantu Mengajar
Pembelian peralatan IT atau perisian IT hendaklah mendapat kebenaran dari
JPN terlebih dahulu Pembelian I-Bank perlu mendapat kebenaran dari JPN
juga.
Anggaran perbelanjaan di semak untuk pembelian bermula Mac.
Berikan keutamaan kepada yang paling mustahak apabila membeli
Bahan P&P boleh disimpan di PSS
Tindakan : Ketua Panitia

4.1.6 Penggunaan lokasi lain selain dari bilik darjah juga digalakkan untuk proses
Pengajaran& Pembelajaran seperti;
Bilik APD
Pusat Sumber Sekolah
Makmal ICT
Kantin
Dewan Serbaguna
Tindakan : Ketua Panitia /Guru Mata Pelajaran





Agenda 5 : Penilaian dan Peperiksaan
5.1 Pengerusi minta semua ahli untuk merujuk Buku PANDUAN PENGURUSAN
PENTADBIRAN & TAKWIM 2012 ( ms 13) dan peka kepada tarikh-tarikh
peperiksaan yang akan dijalankan pada Sesi Persekolahan 2012.

5.2 Pengerusi seterusnya mohon dalam Mesyuarat Panitia ,semua Ketua Panitia untuk;

Bincangkan penyedia soalan untuk setiap tingkatan dan setiap jenis
peperiksaan serah kepada SU Kurikulum Senarai Penyedia Soalan
Bincangkan masa diperuntukkan :
Ujian bulan 2 1 jam untuk setiap matapelajaran dan tingkatan
Peperiksaan Pertengahan Tahun terpulang kepada Panitia untuk
tetapkan kecuali Tingkatan 5 & 3 mesti mengikut format Lembaga
5.3 Pengerusi telah memaklumkan bahawa pada tahun 2012 semua peperiksaan tiada lagi
soalan selaras termasuk Peperiksaan Percubaan mengikut arahan dari KPPM.


Agenda 6: Program Peningkatan Akademik
6.1 Pengerusi minta semua ahli mesyuarat untuk merujuk Buku PANDUAN
PENGURUSAN PENTADBIRAN & TAKWIM 2012 ( ms 58 ms 62 )
Program terbahagi kepada :
1. Utama
2. Sokongan
3. Sampingan

6.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Semua Panitia atas kerjasama yang
diberi untuk menyerahkan PPA 2012.

6.3 Pengerusi menegaskan setiap program yang hendak dilaksanakan mesti menpunyai
kertas kerja terutama program yang melibatkan kewangan sekolah.
6.4 Prosedur Penyediaan Kertas kerja rujuk Buku PANDUAN PENGURUSAN
PENTADBIRAN & TAKWIM 2012 ( ms 69 ),

1. Bincang tajuk 1 bulan sebelum tarikh cadangan pelaksanaan
2. Sediakan Cadangan Kertas Kerja
3. Bincangkan bersama K/Panitia - Guru Kanan Penolong Kanan
Pengetua
4. Sediakan Kertas Kerja yang sebenar dan serah kepada Pengetua untuk
kelulusan
5. Serah 1 salinan kepada SU Kurikulum, 1 salinan kepada Ketua Pembantu
Tadbir dan 1 salinan untuk simpanan Panitia.


@ muat turun borang dari portal


6.5 Pelaksanaan Program
1. Setelah Kertas Kerja diluluskan program boleh terus dilaksanakan
2. Perbelanjaan kurang dari RM100 boleh dituntut secara tunai dari KPT
dengan segera dan resit perlu dikemukakan
3. Perbelanjaan lebih dari RM101 hendaklah menggunakan prosedur LO
4. Cek hanya boleh disediakan jika bil/invois telah diterima oleh KPT
5. Pastikan LO ditandatangan jika Barangan/perkhidmatan telah diterima
dengan sempurna.
6. Untuk Barangan stok hendaklah dimasukkan serta merta
7. Setelah pembayaran dibuat, pastikan resit diserah oleh pembekal.


6.6 Program NILAM
6.6.1 Pengerusi maklumkan jika menurut sasaran sebenar Program Nilam adalah seperti
berikut;
100 % penglibatan murid pada tahap JAUHARI .
20 % murid mendapat pengiktirafan tahap JAUHARI
15 % penglibatan murid dalam Rakan Pembaca
20 % murid mendapat pengiktirafan tahap Rakan Pembaca
Melaksanakan sekurang-kurangnya 3 program galakan membaca

6.6.2 Menurut maklum balas dari Guru Media, Pn Norashikin peratus pelajar SMK
Aminudin Baki yang telah mendapat tahap JAUHARI pada tahun 2011 ialah 3.76% iaitu
sedikit peningkatan dari tahun sebelumnya iaitu 2.74% manakala 37 orang sahaja telah
mencapai tahap Rakan Pembaca iaitu 2.3% pada 2011.

6.6.3 Antara masalah dikenalpasti pada tahun 2011 ialah kebanyakan pelajar hanya
menpunyai Buku Nilam tetapi tidak menjalankan Program Nilam itu sendiri.
6.6.4 Hasil perbincangan mesyuarat bagi tujuan menarik pelajar untuk menyertai
Program Nilam maka mesyuarat telah menerima cadangan untuk memberi tambahan 5
markah bagi subjek Bahasa Melayu jika pelajar membaca 20 buah buku sama ada buku B
Melayu,B Inggeris, B Tamil atau B Cina bagi tahun semasa pelajar.10 buah perlu
dihabiskan sebelum tarikh yang akan diumumkan kemudian dalam perhimpunan bagi Ujian
1 dan 10 bagi Ujian 2 .

6.6.5 Guru subjek mengikut bacaan pelajar(BM,BI,BT atau BC) dikehendaki
mengesahkan bacaan pelajar tersebut dalam Buku Nilam sebelum pelajar menyerahkan
Buku Nilam untuk tindakan guru BM memberi tambahan 5 markah bagi subjek BM pelajar
tersebut pada masa yang akan diumumkan oleh guru BM nanti.
Tindakan: KP Bahasa /Guru Bahasa

6.6.6 Cik Lee Keng Wah maklumkan pelajar Peralihan ada jadual PSS untuk
menjalankan Program Nilam ini di PSS .Puan Pengerusi mohon Guru Media memastikan
guru mengawasi pelajar yang dibawa ke PSS.
Tindakan : Guru Media / Guru Mata Pelajaran




6.7 Membudayakan headcount.
6.7.1 Pengerusi minta semua Ketua Panitia untuk menbincangkan di peringkat panitia/unit
TOV dan target 2012 (ETR) dimana 100 % guru faham dan berupaya memanfaatkan
headcount ( kelas, panitia dan sekolah )
6.7.2 Pn Zaileha dimohon untuk memastikan markah PAT tgk 1,tgk 2dan tgk 4 2011
diupload ke portal dan 100 % guru diwajibkan menyediakan headcount dan dilampirkan
dalam Buku Persediaan Mengajar dengan memuat turun dari portal markah pat 2011 kelas
terlibat iaitu tgk 2,tgk3 dan tgk 5 2012.
6.7.3 Status pencapaian ujian/peperiksaan semasa dibentangkan dalam mesyuarat JK
Kurikulum & JK Peningkatan Akademik, dan Panitia MP
- TOV & Target
- Status pencapaian semasa
- Post-Mortem (sediakan data near miss kualiti & kuantiti
- Cadangan aktiviti penambahbaikan

Agenda 7: Analisis Keputusan PMR dan Tindakan Susulan
7.1 Pembentangan dari Cik Suhaila selaku SU PMR di mana % LulusPMR meningkat
sebanyak 2.99%.
7.1.1 Analisis Peperiksaan PMR 2011 mengikut mata pelajaran adalah seperti lampiran
disertakan dimana mata pelajaran yang menunjukan peningkatan & penurunan kuantiti dan
kualiti adalah seperti berikut;

PEPERIKSAAN PMR 2011 ANALISIS MATAPELAJARAN MENGIKUT SEKOLAH
(KESELURUHAN)

no
M /p A LULUS TIDAK
HADIR
BILL % 2010 BILL % 2010 BEZA
1 B.MELAYU (02) 34 11.2 18.5 274 90.4 87.8 +2.6 7
2
B.INGGERIS
(12)
25 8.2 11.2 230 75.4 65.4 +10 5
3 SEJARAH (21) 40 13.3 12.8 285 94.7 88.1 +6.6 9
4 GEOGRAFI (23) 56 18.6 12.2 233 77.4 82.1 -4.7 9
5
PEN. ISLAM
(45)
32 16.9 14.3 165 87.3 92.2 -4.8 3
6
MATEMATIK
(50)
61 20.1 19.8 262 86.5 88.5 -2.0 7
7 SAINS (55) 59 19.3 16.4 267 87.5 90.0 -2.5 5
8
K.HIDUP P.1
(76)
12 10.9 10.2 99 90.0 87.5 +2.5 8
9
K.HIDUP P.2
(77)
23 17.8 15.7 128 99.2 98.5 +0.7 0
10
K.HIDUP P.4
(79)
20 31.7 24.6 63 100 100 0 0
11 B.CINA (32) 12 14.8 16.3 66 81.5 88.8 -7.3 6
12 B.TAMIL (33) 1 6.7 0 12 80.0 57.1 +22.9



SMK AMINUDDIN BAKI, CHEMOR


7.2 Analisis mengikut Pusat

NO PUSAT AC231 AC 232
BIL CALON 182 128
BIL LULUS 157 29
% LULUS 86.26 % 22.6%
BIL calon Lulus PMR 2011 186
% Lulus PMR 2011 60.13%
% Lulus PMR 2010 57.14%
Beza + 2.99%

7.3 Senarai Pelajar Cemerlang PMR 2011
1.Muhammad Hanif Bin Muhamad Rosdi 8A
2.Tang Tze Khai 8A
3. Joel Peter A/L David-7A
4.Chong Kar Kee 8A
5.Nur Izzati Bt Mohd Nor 8A
6.Siti Maslina Bt Abdul Halim 8A
7. Liew Mei Kuan 8A
8.Chong Rong Cheng -8A
9.Tan Shing Ming 8A
10.Subashini A/P Narayana -7A
11.Liew Chun Hoe 7A 1B
12.Ong Zee Feia 7A 1B
13.Law Pei Pei -7A 1B
14.Harshvint A/L Ravichandran 7A 1B
15.Lai Ke En 7A 1B
16.Wong Lee Kien 7A 1B
17.Syed Aliff Haiqal Bin Syed Muhammad 7A 1B
18.Afiqah Suhailah Bt Ahmad Tarmizi 7A 1B
19.Chan Pei Wan 7A 1B
20.Nur Hanani Izzatie Bt Azman- 7A 1B
21.Intan Noor Suzeana Bt Mohd Kamal 6A 2B
22.Dina Syazwani Bt Abdullah 6A 2B
23.Yaaswini A/P Jaya Krishnan 6A 1B
24.Chan Jiet Ying 7A 1B
25. Nur Shirani Bt Hasni 7A 1B
26.Nurul Akma Bt Mokhtar 7A 1B
27. Mohammad Adri Zainuddin 6A 2B
28.Shahmi Nafi'e B Shahrun Nizam 6A 1B 1C
29.Nurul Husna Syazwani 7A 1B







7.4 Analisisi Pelajar Near-miss Cemerlang mengikut subjek PMR 2011

7.5.1 Pn Zaileha selaku Penyelaras Peperiksaan memaklumkan bahawa hanya 10 dari 28 calon
target kualiti(cemerlang) telah mencapai target 8A..
7.5.2 Daripada 56 calon target Lulus ,55 calon telah mencapai target.
7.5.3 Daripada target kelompok Lulus, 3 orang calon telah mendapat cemerlang dalam PMR
* 1. Nur Shirani 7A 1B
* 2. Nurul Husna 7A 1B
* 3. Nurul Akma Bt Mohamad Saleh 7A 1C
7.5.4 Dari Kelompok Galus,seorang calon telah mendapat cemerlang dalam PMR 2011
*1. Chan Jiet Ying 7A 1,1B
7.5.5 Dari kelompok Kritikal 1, 48 calon telah lulus semua mata pelajaran dan dari Kelompok
Kritikal 2, 5 orang calon telah lulus semua mata pelajaran.
7.5.6 Oleh yang demikian bagi Tgk 2 dan Tgk 3,berdasarkan PAT pelajar dapat C akan
dikategorikan sebagai target cemerlang.

7.6 Puan pengerusi mengingatkan Ketua Panitia supaya melaksanakan Post-Mortem mengikut
format yang telah ditetapkan.
Tindakan : Ketua Panitia


Agenda 8 : Program Peningkatan Profesionalisme Guru
8.1 Pengerusi menekankan Modul Guru Ganti sebagai satu LADAP dalam Panitia dan
Guru Kanan perlu nyata tarikh akhir untuk penyerahan modul tersebut.



BIL A.GILIRAN NAMA KEPUTUSAN PMR M/PELAJARAN
NEARMISS
1. AC231 K172 LIEW CHUN HOE 7A 1B BAHASA MELAYU
2. AC231 K176 ONG ZEE FIA 7A 1B BAHASA MELAYU
3. AC231 K171 LAW PEI PEI 7A 1B SEJARAH
4. AC231 K147 HARSHVINT 7A 1B SEJARAH
5. AC231 K170 LAI KE EN 7A 1B KH(4)
6. AC231 K017 WONG LEE KIEN 7A 1B BAHASA MELAYU
7. AC231 K154 SYED ALIFF HAIKAL 7A 1B BAHASA INGGERIS
8. AC231 K156 AFIQAH SUHAILAH 7A 1B BAHASA INGGERIS
9. AC231 K165 CHAN PEI WAN 7A 1B SEJARAH
10. AC23 K160 NUR HANANI IZZATIE 7A 1B BAHASA INGGERIS
11. AC231 K124 NUR SHIRANI 7A 1B MATEMATIK
12. AC231 K161 NURUL HUSNA 7A 1B BAHASA INGGERIS
13. AC231 K 164 CHAN JIET YING 7A 1B BAHASA CINA
14. AC231 K099 NURUL AKMA BT MOHAMAD
SALEH
7A 1C BAHASA INGGERIS
15. AC231 K158 INTAN NUR SUZEANA 6A 2B B.ING/SEJ
16. AC231 K168 DINA SYAZWANI 6A 2B B.M/B.ING
17. AC231 K YAASWINI A/P JAYA 6A 1B B.ING
18. AC231 K151 MUHAMMAD ADRI
ZAINUDDIN
6A 2B B.M/AG
19. AC231 K114 SHAHMI NAFI SHAHRUN
NIZAM
6A 1B 1C BI/MAT
Agenda 9 : Pemantauan dan Pencerapan
9.1 Pengerusi mohon semua guru merujuk Buku PANDUAN PENGURUSAN
PENTADBIRAN & TAKWIM 2012 (ms 53) .
9.2 Pemantauan & Penyeliaan berkesan adalah di mana berlaku Pencerapan guru
dan buku latihan serta 100% guru dicerap dengan minimum 2 kali setahun .
9.3 Pencerapan Bil.1/2012 bertarikh akhir pada pertengahan April (persediaan
untuk SKPM) menggunakan instrumen SKPM 2010
9.4 Dapatan pencerapan hendaklah diserah kepada Penyelaras dan difailkan.
Tindakan : Pegawai Pencerap /Pegawai Dicerap

Agenda 10 : Program Pendidikan Khas
10.1 Maklumbalas dari Pn. Juhaida selaku Penyelaras Program menyatakan bahawa
seramai 18 orang pelajar tahun 2011 dan 9 pelajar akan mendaftar apabila sekolah bermula
menjadikan jumlah keseluruhan adalah seramai 27 orang pelajar dalam program ini.
10.2 Program Peningkatan Pembangunan Sahsiah Pelajar tahun 2012 ialah ;
Rancangan Pendidikan Individu yang melibatkan ujian dan penilaian individu
Program Nilam yang hanya melibatkan pelajar yang boleh membaca sahaja
Kelas Pekebunan bagi subjek Kemahiran Hidup Lelaki dan Kelas Jahitan bagi
perempuan apabila ada sumber kewangan nanti.
Car Wash dan Dobi

10.3 Program Inklusif melibatkan seorang pelajar di Tgk 2A iaitu Mohd Zaidi yang
akan menduduki ujian dan peperiksaan seperti pelajar normal yang lain.Oleh yang
demikian Penyelaras mohon kerjasama guru mata pelajaran Kelas 2A untuk simpan rekod
ujian pelajar terbabit

Tindakan Selepas Mesyuarat;

Dokumen untuk diserah kepada SU Kurikulum selewat-lewatnya 1 minggu
selepas mesyuarat Panitia;
1. Minit Mesyuarat
2. Maklumbalas minit mesyuarat
2. Senarai Nama Penyedia Soalan
3. Post Mortem Keputusan PMR untuk
matapelajaran masing-masing













Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.


Disediakan oleh, Disemak dan Disahkan oleh,



.
(Pn Norsiah bt Aziz @ Zainol) (Pn Zuraida bt Zainal Abidin)
Setiausaha Kurikulum 2011, Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Aminuddin Baki,Chemor SMK Aminuddin Baki,Chemor

You might also like