You are on page 1of 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN KEBAKAT JAYA


16250 WAKAF BHARU, KELANTAN
TEL : 011-65733099
Emel : dba6335@moe.edu.my

Ruj. Kami : SKKJ


Tarikh : 28 Disember 2020

Semua Guru,
Sekolah Kebangsaan Kebakat Jaya,
16250 Wakaf Bharu, Kelantan.

Tuan,

MESYUARAT PENJAJARAN KURIKULUM BIL.1/2021

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dijemput hadir ke mesyuarat


sebagaimana ketetapan di bawah :

Tarikh : 4 Januari 2021


Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Wawasan
Pakaian : Rasmi
Kehadiran : Wajib
Pengerusi : En. Mohamad Razali bin Omar

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :


3.1 Perutusan Pengerusi
3.2 Penjajaran Kurikulum
3.3 Hal-hal lain

3. Semua guru diwajibkan hadir. Kehadiran dan kerjasama tuan/puan dalam


memudahkan urusan mesyuarat didahuli dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Saya yang menjalankan amanah,

........................................ ..............
(MOHAMAD RAZALI BIN OMAR)
Guru Besar
(1)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN KEBAKAT JAYA
16250 WAKAF BHARU, KELANTAN
TEL : 011-65733099
Emel : dba6335@moe.edu.my
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MINIT MESYUARAT PENJAJARAN KURIKULUM BIL.1/2021

Tarikh : 4 Januari 2021


Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Wawasan
Pengerusi : En. Mohamad Razali bin Omar
Bilangan : 38/38 orang
Kehadiran :
1. En. Mohamad Razali b Omar (Guru Besar SK Kebakat Jaya)
2. En Mohd Harmizi bin Hamzah (PKP SK Kebakat Jaya)
3. Pn. Norhaslinda bt Zakaria (PK HEM SK Kebakat Jaya)
4. En. Md Azami bin Wan Yaacob (PK Ko- Kurikulum SKKJ)
5. Pn. Norhayati bt Muhamad
6. Pn. Wan Mahani bt Wan Ahmad
7. En Irme bin Ismail
8. En. Mohd Sharul Anuar b Zainudin
9. Pn. Zailatul Afzan bt Che Zainal
10. Pn Engku Zahrah bt Engku Yaakub
11. Pn. Noraini bt Hamzah
12. Pn. Mariani binti Husain
13. Pn.Norazlina bt Omar
14. Pn. Aziam binti Ab. Rahman
15. Pn. Norhayati binti Mohamed
16. Pn. Wan Zulaikha binti Sazali
17. Pn. Mas Rahayu binti Che Mohd Suldin
18. Pn. Nor Shaira binti Mohammad
19. Pn. Wan Asmah binti Hassan
20. Pn. Amalina binti Ahmad Shukri
21. Pn. Roslena binti Hamid
22. Pn. Hartina binti Che Ali
23. En. Mokhtar bin Taib
24. Pn. Rozita binti Yusof
25. Pn. Noor Azlina binti Mohd Ghazi
26. En. Halim bin Ali
27. Pn. Dayang Rodziah bin Abang Serdin
28. En. Mohd Azhan bin Hanifah

(2)
29. Pn. Salwa Anis binti Che Din
30. Pn. Faizah binti Zainol
31. Pn. Norhayati binti Mohd Yusoff
32. Pn. Razali bin Mohamad
33. En. Mohd Nasir bin Muhammad
34. Pn Maslinda binti Ahmad Jajuli
35. Pn. Raja Hasniza binti Raja Daud
36. En. Mohd Syahril Faiza bin Zakaria
37. Pn. Suzana binti Mohd Sharif
38. Pn. Noor Ismalina binti Ismail

Tidak Hadir :Tiada

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Ucapan salam daripada Tuan Pengerusi dan mesyuarat dimulakan dengan bacaan
Ummu Kitab Al-Fatihah.
1.2 Bersyukur ke hadrat Allah kerana dapat meneruskan agenda mesyuarat kurikulum
yang merupakan nadi kepada kerja buat. Berkaitan dengan masa, masa perlu
ditepati kecuali ada musaqah.
1.3 Jumlah guru yang ada setakat ini ialah seramai 38 orang guru. Impian Pengerusi
adalah untuk menjadikan SKKJ sekolah yang hebat. Oleh itu, beliau berharap
supaya diadakan program-program yang memberi impak yang besar kepada
keberhasilan murid.
1.4 Beliau menekankan program yang menjurus kepada pertuturan dalam kalangan
warga sekolah.
1.5 Program Minda A akan ditambahkan baik dengan beberapa program yang akan
dilaksanakan pada tahun ini dengan bantuan PKP.
1.6 Kehadiran guru mestilah tidak melebihi 7.30 pagi setiap hari manalaka guru
bertugas mingguan ialah 7.00 pagi. Jika ada sebarang masalah sila maklum kepada
guru besar. Buku RPH boleh diambil di pejabat. RPH mestilah ditulis tangan
seperti yang diarahkan. Guru ganti mestilah mematuhi jadual guru ganti. Jadual
ganti adalah waktu kerja dan menjalankan Pdp.
Tindakan : Semua guru
1.7 Guru kelas akan diberikan RM 100 untuk persediaan menceriakan kelas.
Tindakan : Guru Kelas

2. PENAJAJARAN KURIKULUM
2.0 Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Mohd Harmizi menyatakan bahawa Penyebaran
Penjajaran Kurikulum 2.0 bermula apabila sesi persekolahan dibuka dan perlu
dibincangkan secara terperinci di dalam mesyuarat panitia masing-masing untuk
dimasukkan di dalam RPT dan RPH. Terdapat 2 kaedah dan tetap menggunakan
DSKP yang dikeluarkan oleh BPK. Guru-guru mestilah menulis RPH dengan
menggunakan penjajaran.

(3)
- Kaedah pertama, RPT tahun 2020 yang tidak dapat dikuasai oleh murid diajar
semula pada awal tahun sehingga April.
- Kaedah kedua guru-guru menggunakan DSKP 2020 sebagai sisipan di dalam
RPH 2021. Sisipan ini boleh digunakan sepanjang tahun.
Tindakan : Semua guru
2.1 Mengumumkan Puan Wan Zulaikha sebagai penyelaras Tahun 2.
2.2 Program Transisi Tahun 1 bermula 20 Januari selama 43 hari. Modul sudah
dibekalkan dan akan dibincangkan secara terperinci dalam Taklimat Transisi.
Tindakan: Semua guru Tahun 1
2.3 Dengan pengagihan jadual waktu mengajar, maka ketua panitia bukan teras
bolehlah merancang dan menjalankan mesyuarat panitia masing-masing.
Tindakan : Ketua Panitia
2.4 Hari pertama persekolahan sekolah akan dilawati oleh pegawai PPD dan
polis penghubung sekolah (PPS). Guru bertugas mestilah memastikan
bilangan penyukat suhu mencukupi dan tempat diurus dengan baik.
2.5 DSKP diambil dalam laman sesawang BPK dan dimuat turun seperti biasa.
2.6 Fail semakan/transit disediakan sebelum 20 Januari.
Tindakan : Semua guru
2.7 Minit mesyuarat mestilah dilengkapkan belanjawan panitia dengan sebaiknya
dan mengisi nota minta jika hendak membuat pembelian.
Tindakan : Ketua Panitia

3. HAL-HAL LAIN
Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar semua warga sentiasa selamat dan murid
murid dapat belajar dengan baik sehingga akhir tahun ini. Semoga semua guru dapat
menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik untuk menjaga kecemerlangan,
kesejahteraan sekolah dan kebajikan murid. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00
petang dengan Surah Al-Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................................. .............................................................
(NORHAYATI MUHAMAD) (MOHD HARMIZI BIN HAMZAH)
Setiausaha Kurikulum Penolong Kanan Pentadbiran

Disahkan oleh,

........................... .................................
(MOHAMAD RAZALI BIN OMAR)
Guru Besar

(4)
(5)

You might also like