You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT THOMAS 2022/2023

Tarikh : 12 Februari 2022


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Hotel Cathayana, Kuantan
Kehadiran : Guru Besar
: GPK Pentadbiran
: GPK Hal Ehwal Murid
: GPK Kokurikulum
: 28 orang guru
: 6 orang guru tidak dapat hadir bersebab

AGENDA

1. Ucapan Pengerusi
1.1. Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nawawi bin Derahim. En. Mohd Razali bin
A Rahman selaku pengerusi mesyuarat hari ini mengalu-alukan kehadiran dan
mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir hari ini. 6 orang guru tidak
dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.

Dicadangkan oleh : En. Khairul Effendi bin Abdullah


Disokong oleh : Pn. Wan Rohana binti Hassan

3. Perkara berbangkit.
3.1. Perkembangan murid tahun 1 TP1. (Pn. Nor’Abidah binti Mohd Hatar dan Pn. Noraini
binti Talib)

Bil Nama murid Kelas Perkembangan


1 Areel Zafreel bin Sameer 1 Ermin ada perubahan
2 Mikazill Safrayqal bin Mohd 1 Ermin masih perlukan bimbingan
Salizam
3 Jayaselan a/l Maithli 1 John sudah boleh membaca suku kata
terbuka
4 Adam Anaqi bin Mohd Fazly 1 John masih perlukan perhatian eksklusif

3.2. Perkembangan murid pemulihan untuk subjek Sains, dikendalikan oleh En. Abd.
Rahman bin Sarim. Mikazill Safrayqal masih perlukan bimbingan yang mantap
untuk menguasai sebarang kemahiran.
3.3. Terima kasih kepada En. Rozlan bin Nasir dan Pn. Noorainsah binti Mohd Hashim
kerana melibatkan diri membimbing murid-murid pemulihan ini.
3.4. Panitia terlibat perlu merancang program baru untuk sesi persekolahan Mac
2022, supaya dapat membantu murid menguasai tahap penguasaan yang lebih
baik.
3.5. Makluman untuk semua guru, perlu bersedia menerima mana-mana murid yang
baru diterima masuk ke SK Saint Thomas kerana pihak sekolah perlu
mengekalkan jumlah murid ≥ 350 orang murid supaya kuota guru tidak
berkurang.
3.6. Guru kelas perlu membuat pengesahan sistem APDM sebelum 14 Februari 2022.
Sebarang kemaskini yang dilakukan oleh ibubapa, perlu disahkan baru akan
berkuatkuasa didalam sistem.
3.7. Masalah air di tandas guru perempuan akan diselesaikan oleh En. Mohd Nazir bin
Awang Hamat bersama rakan guru yang lain sebelum sesi persekolahan baru.
3.8. Setelah mendapat nasihat mengenai tahap kesihatan daripada doktor yang
merawat, Kak Wan (pekerja kedai buku) sudah boleh mengambil alih kedai buku
sepenuhnya.
3.9. Pn. Nur Amini binti Mat Zaid memaklumkan bahawa terdapat buku-buku teks SK
Teruntum yang sudah tidak boleh digunakan lagi tetapi masih disimpan di bilik
BOSS. Perkara ini dalam makluman Tuan Guru Besar untuk tindakan selanjutnya.
3.10. Catch-Up Plan telah selesai dilaksanakan oleh semua guru.
3.11. Semua guru perlu melengkapkan bahan SKPMg2 sebelum 15 Februari 2022.
3.12. Sistem P.A (Siaraya) telah dibaikpulih dan sudah boleh digunakan dengan baik.
En. Rozlan bin Nasir dan En. Mohd Famir bin Zakaria bertanggungjawab untuk
menguruskan sistem P.A sekolah.

4. Pengurusan Sekolah
4.1. Tempoh masa keberadaan guru untuk sesi persekolahan baru ialah 6 jam 30 minit.
Sesi pagi : 7.25 a.m. hingga 1.55 p.m.
Sesi petang : 11.30 a.m. hingga 6.00 p.m.

4.2. Etika pemakaian : Guru mestilah berpakaian sopan dan kemas, tidak mencolok
mata.

Hari Pakaian
Isnin Pakaian kerja @ pejabat
Selasa Pakaian kerja dan kot. Kot tidak boleh dipakai
dengan baju kurung
Rabu Pakaian uniform pengakap (bukan baju korporat
pengakap).
Khamis Pakaian batik.
Jumaat Pakaian kebangsaan @ pakaian pejabat

4.2.1. Pakaian korporat tidak boleh dipakai di dalam kawasan sekolah. Hanya dipakai
ketika aktiviti rasmi di luar sekolah.
4.2.2. Semua kod pakaian ini dikecualikan kepada guru yang mengajar Pendidikan
Jasmani.
4.3. Cuti
4.3.1. Kebenaran bercuti tidak perlu dipertikai kerana cuti diberi atas budi bicara
pentadbir. Guru perlu memohon cuti hanya apabila perlu. Disarankan untuk
merancang cuti dengan baik untuk kegunaan yang lebih penting. Mohon cuti lebih
awal sekiranya merancang untuk bercuti untuk memudahkan pihak pentadbiran.
4.3.2. Kebenaran keluar ketika waktu bekerja ialah di atas budi bicara sekolah. Guru
mestilah berhati-hati kerana masih keberadaan di sekolah. Masa yang ditulis dan
laluan yang digunakan ketika keluar dan masuk mesti tepat untuk memudahkan
penjelasan sekiranya berlaku kemalangan.

5. Hal-hal lain
5.1. Laporan penggunaan wang kelab guru untuk jamuan kesyukuran arwah suami Pn.
Dayang Zukyatusaniah oleh En. Wan Roslan bin Wan Seman. Terima kasih kepada
semua guru kerana membayar yuran kelab guru seperti yang dipersetujui.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.10 pagi.

Tarikh : 11 Mac 2022


Disediakan oleh :

(SYAHIDA BINTI SALLEH)


Guru Bertugas Minggu 46
SK Saint Thomas

Disemak oleh :

(EN. MOHD RAZALI BIN A RAHMAN)


Guru Besar
SK Saint Thomas

You might also like