You are on page 1of 7

SPSK PK 07/2

01

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BADONG


BATU 3, KAMPUNG BUKIT BADONG,
45600 BESTARI JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.

__________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT UNIT HEM BIL 1 / 2022


Tarikh : 16 MAC 2022 ( Rabu )
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Rafulin

Hadir
1. En. Ahmad Daud bin Ab Hamid Guru Besar
2. Pn. Siti Zuraini bt. Mohd Zaidi PK Pentadbiran
3. Pn. Nor Azlina bt Yahya PK Hal Ehwal Murid
4. Pn. Nurin bt Jabar PK Kokurikulum
5. Pn. Seri Anita binti Md Khalil Setiausaha HEM
6. Pn. Noor Erna binti Bunain Naib Setiausaha HEM
7. En. Abdul Rais bin Othman
8. Pn ‘Aini Sakinah bt. Abdullah
9. En. Azman bin Mustaffa 24. Pn. Nor Azizah bt. Abd Wahab
10. En. Elevarasu A/L Davrajoo 25. Pn. Nor Azizan bt. Selamat
11. Pn. Farahiyah bt Bariman 26. Pn. Nor Fadilah bt Abd Jabar
12. Cik Husniyyah bt Abdul Hamid 27. Pn. Norazlin bt. Mohd Nawi
13. Pn. Isah bt Kamidin 28. Pn. Norazlina bt Nor Ain
14. Pn. Maliah bt. Asmawi 29. Pn. Norhayati bt Alwi
15. Pn. Masrina bt. Urmin 30. Pn. Norlian bt Ab Hamid
16. Pn. Midzatiah bt Mohanan 31. Pn. Rosaini bt. Mohd Hanipa
17. En. Mohd Adib bin Zahidi Baki 32. Pn. Roslaila bt. Mat Zin
18. Tn. Hj Mohd Zaini bin Abdul 33. Pn. Roslila bt Che Isa
Samad 34. Pn. Rosnah bt. Salleh
19. En. Muhammad Fauzi bin Takuan 35. Pn. Rozisuaidah Nasution bt
20. En. Muhammad Khairi bin Zainol Razali
Abidin 36. Pn. Salasiah bt Romlan
21. En. Muhammad Taufiq bin Miskon 37. Pn. Shaulihah bt Darus
22. En. Muhammad Zaki bin Mastuki 38. Pn. Siti Jumaijah bt Sarmo
23. Pn. Noor Aida bt. Abdul Wahab 39. Pn. Siti Murni bt Abd Halim

1
SPSK PK 07/2
01

40. Pn. Siti Nurbayah bt Zakaria


41. Pn. Siti Zulaikha bt Ahmad
Ubaidah
42. Pn. Suhaila bt. Salikolati
43. Tn. Syed Asri bin Syed Sohor
44. Pn. Zainab bt Mat Zin
45. En. Zulbakri bin Zawawi
46. Pn. Zuliani bt Zainal
47. Pn. Siti Mariam bt. Buniran
48. Pn. Siti Aisyah bt Ab Karim
49. Pn. Lily Shahida bt.Abd Kadir
50. Pn. Juliana bt Abdul Ghapar
51. Pn. Zubaidah bt Amit
52. En.Mohd Asyraf bin Mohamad
Agus
53. En. Abdul Halim bin Yusof
54. Pn. Noor Hasyimah bt Zakaria
55. Pn. Nurul Asyikin bt Zaini

2
SPSK PK 07/2
01

Tidak hadir bersebab


1. Pn. Zamirah binti Jubri
2. En. Mohd Syahril bin Mohd Bakhair

Urus setia
Unit Hal Ehwal Murid

1. UCAPAN PENGERUSI ( En. Ahmad Daud bin Ab Hamid )


1.1 Guru Besar, En. Ahmad Daud bin Ab Hamid memberi ucapan salam dan
terima kasih di atas kehadiran semua guru pada mesyuarat kali ini.
1.2 Ucapan tahniah kepada semua guru kerana telah menceriakan kawasan
sekolah mengikut SOP uang telah ditetapkan.
1.3 Ucapan tahniah juga kepada semua guru kerana dengan semangat
kerjasama sekolah telah Berjaya membaikpulih dan menaiktaraf Surau Bilal
bin Rabah. Ucapan terima kasih kepada guru pendidikan Islam yang telah
menguruskannya.
1.4 Guru Besar telah menayangkan wajah barisan Kepimpinan KPM dan
berharap semua guru mengenali barisan kepimpinan terbaru KPM.
1.5 Kelulusan ABM 2022:
1.5.1 Kelas : 25 buah
1.5.2 Pra Sekolah : 3 buah
1.5.3 Bilangan guru : 60 orang
1.5.4 Bilangan AKP : 9 orang
1.5.5 Guru Arus Perdana : 57 orang
1.6 Enrolmen murid sehingga Mac 2022 ialah seramai 1032 orang murid.
1.7 Kehadiran murid setiap hari hendaklah mencapai 90%. KPI yang ditetapkan
ialah 96%. Kehadiran murid hendaklah dikemaskini dalam APDM sebelum
jam 9.00 pagi setiap hari.
Tindakan: Unit HEM
1.8 Rekod SSDM (Salah laku murid) 0%. Tiada kes besar dilaporkan.
1.9 Semua guru diharapkan datang awal ke sekolah selewat-;ewatnya jam 7.20
pagi walaupun PdPc bermula 7.30 pagi

3
SPSK PK 07/2
01

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Tiada pengesahan minit mesyuarat

3. PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit kerana semua telah dilaksanakan.

4. PERKARA – PERKARA BAHARU

4.1 Unit Hal Ehwal Murid ( Puan Nor Azlina binti Yahya – PK HEM )

4.1.1 Mengumumkan perlantikan Jawatankuasa Induk Unit HEM tahun 2022


4.1.1.1 Setiausaha : Pn. Seri Anita binti Md Khalil
4.1.1.2 Naib Setiausaha : Pn. Noor Erna binti Bunain
4.1.1.3 Jawatankuasa lain boleh rujuk Buku Pengurusan 2022. Jawatankuasa
lama masih dikekalkan kecuali Jawatankuasa Kantin dan RMT terdapat
perubahan.
4.1.2 Jawatankuasa Kantin : Pn. Roslaila binti Mat Zin (Ketua)
Jawatankuasa RMT : Pn. Zainab binti Mat Zin
4.1.3 Ucapan tahniah dan terima kasih kepada Pn. Hjh Fatimah yang telah
menjalankan tugas sebagai Jawatankuasa Kantin dengan sangat baik sehingga
beliau bersara. Diharap jawatankuasa baru dapat meneruskan kecemerlangan
tersebut.
Tindakan : Makluman
4.1.4 SSDM
4.1.4.1 Unit Disiplin diharap dapat mengenalpasti masalah disiplin murid di
sekolah. Segala tindakan dan hukuman yang diambil mestilah dengan budi
bicara berhikmah dan bertindak dengan bijak.
4.1.4.2 Kehadiran murid, murid yang tidak hadir ke sekolah disebabkan
masalah kesihatan tidak menjadi kesalahan tetapi guru kelas sila maklumkan
kepada ibu bapa untuk menghantar surat maklumat/ sijil cuti sakit murid.
4.1.4.3 Murid yang tidak hadir tanpa sebab, hendaklah dikenalpasti dan
diambil tindakan bersama Unit Disiplin dan Unit Bimbingan Kaunseling.
4.1.4.4 Prosedur Surat Amaran :
Amaran 1: Murid ponteng 3 hari berturut-turut atau 10 hari berselang.
Amaran 2: Selepas 7 atau 10 hari Surat Amaran 1 dikeluarkan.
Amaran 3: 20 hari selepas Surat Amaran 2 dikeluarkan walaupun
murid tidak hadir berturut.

4
SPSK PK 07/2
01

Tindakan : Semua guru


4.1.5 Tugas Guru Kelas :
4.1.5.1 Daftarkan nama murid baru dalam Buku Besar. Murid Tahun 1
hendaklah didaftarkan dahulu sehingga akhir Mac.
4.1.5.2 Pastikan Fail Peribadi Murid lengkap mengikut bilangan dalam kelas
dan kumpulkan di Bilik Kesihatan.
4.1.5.3 Pastikan bilangan meja dan kerusi mencukupi.
4.1.5.4 Susun atur meja mengikut SOP yang ditetapkan.
4.1.5.5 Bersihkan kelas dan pastikan kelas bersedia menerima murid di awal
persekolah dengan mengambil semua SOP yang ditetapkan.
4.1.5.6 Kemaskini Maklumat APDM dalam bulan Mac.

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Mohon Jawatankuasa Kantin 2022 bantu pihak pengusaha kantin untuk menceriakan
kantin. Konsep keceriaan dipenuhi dengan informasi contoh: Makanan yang sihat dan berat
badan ideal.

5.2 Pengusaha kantin hendaklah membuat permohonan kepada pihak sekolah sekiranya
mereka bercadang untuk menaikkan harga jualan makanan di kantin dan tidak mengikut
harga yang ditetapkan dalam surat tawaran. Mohon Jawatankuasa Kantin memantau harga
makanan di kantin.

Tindakan : Jawatankuasa kantin

5.3 Senarai Tugas Guru Penyayang bagi Tahun 2022 telah disediakan. Diharap semua
guru dapat menjalankan tugas dengan baik dan datang awal masa waktu bertugas. Suhu
badan murid masih perlu diambil di awal pagi tetapi tidak perlu dicatat. Sanitasi masih perlu
dan penting dan ingatkan semua murid untuk kerap sanitasi tangan.

5.4 BAP – telah selesai diserahkan kepada murid pada 9 – 10 Mac 2022. Tambahan BAP
seramai 22 orang dan masih menunggu peruntukan diturunkan. Borang BAP bagi murid
Tahun 1/2022 akan diedarkan dalam kelas.

Tindakan : Makluman

5.5 RMT / PSS – Bilangan Murid RMT Tahun 2 – 6 adalah seramai 160 megikut PGK 2019
dan akan bermula pada 21Mac 2022. PSS belum ada maklumat diterima.

5.6 Pn. Norfadilah diminta untuk membantu Pn. Zainab untuk menguruskan RMT.

5.7 Jawatankuasa RMT perlu mengambil ukuran tinggi dan timbang berat kepada semua
murid RMT dan direkodkan.

Tindakan : Jawatankuasa RMT dan PSS

5
SPSK PK 07/2
01

5.8 KKM Bestari Jaya akan datang ke sekolah pada 22/6/2022 hingga 28/7/2022 untuk
Pemeriksaan Kesihatan Tahun 1

5.9 Unit Kesihatan diminta untuk mengurus edar kit covid -19 kepada murid pada setiap hari
Selasa dan dapatkan keputusan ujian daripada murid pada hari Rabu untuk di hantar
laporan ke PPD. Bagi kelas Pra Sekolah akan diedar sebanyak 5 kotak untuk setiap kelas.

Tindakan : Jawatankuasa Unit Kesihatan

5.10 Semua Jawatankuasa rujuk Takwim Unit HEM dan tetapkan tarikh Mesyuarat kali
pertama dan maklumkan kepada Unit HEM. Selesai bermesyuarat sila serahkan Minit
Mesyuarat.

Tindakan : Makluman semua unit

5.11 Unit Disiplin diminta menetapkan tarikh Perlantikan Watikah Pengawas seawall yang
boleh.

5.12 Program “Masih Ada Yang Sayang” akan diteruskan tahun ini di bawah Unit Kebajikan,
Ia bertujuan untuk membantu meringankan beban yang dihadapi oleh murid-murid.

Tindakan : Unit Kebajikan

5.13 Ucapan terima kasih kepada Pn. Farahiyah yang banyak membantu mengurus APDM
sekolah.

5.14 Pn. Siti Zuraini, PK Pentadbiran memaklumkan bahawa guru bertugas di kantin
hendaklah mengutamakan waktu relief . Guru RMT telah di “Tagging” dalam jadual waktu.

5.15 Guru Pra Sekolah dan Guru PJK hendakalah melaksanakan Program Intervensi
Tangani Obesiti pada minggu kedua dan ketiga dalam waktu PJ. Program ini dilaksanakan
kepada murid bermula 5 hingga 9 tahun.

Tindakan : Guru Pra Sekolah dan PJK

5.16 Sesi Persekolahan Mac: Penggiliran bagi murid Tahun 3, 4 dan 5. Murid Tahun 1, 2
dan 6 tiada penggiliran.

Tindakan : Makluman

6. PENANGGUHAN

6.1 Pengerusi meminta semua guru agar terus melaksanakan segala tugasan yang
telah dipertanggungjawabkan dengan dedikasi.
6.2 Semua guru yang menjalankan program di bawah Unit HEM hendaklah
menghanatar laporan sebaik sahaja program selesai. Begitu juga laporan
bulanan seperti laporan Aades, kantin dan RMT hendaklah dihantar pada masa
yang ditetapkan.
6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.20 pagi

6
SPSK PK 07/2
01

Disediakan oleh,
Setiausaha Unit HEM sesi 2022
SK Bukit Badong

You might also like