You are on page 1of 4

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SMK SERI AMAN, KOTA TINGGI, JOHOR.

MINIT MESYUARAT BIDANG SAINS DAN MATEMATIK BIL.1 / 2018

Tarikh : 28 Disember 2017

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik Matematik

Pengerusi : En.Zulkarnain bin Esa

Kehadiran (Bilangan) : 1. En. Zulkarnain bin Esa


2. Pn. Hamidah binti Hamid
3. Pn. Suhaila binti Ishak
4. Pn. Shazwani binti Mohamad
5. Pn. Haslimanzi binti Hassan
6. Pn. Siti Umaiyah binti Mohd Yatin
7. Pn. Norsyuhada binti Abdul Muin
8. Pn. Noraini binti Aripin
9. En. Mohd Al-Amin bin Azman
10. En. Yosri bin Ngahdiman

TIDAK HADIR
1. Pn. Zakiah binti Mohd Jani (Kenyataan)
2. Pn. Suhailah binti Saadon (Kenyataan)
3. Pn. Maizatul Fadaziah binti Sairon (Kenyataan)
4. Pn. Norzilawati binti Sakiman (Kenyataan)
5. En. Arman bin Salikin (Kenyataan)
6. Tn. Hj. Daud bin Yahya (Kenyataan)

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

En.Zulkarnain mengucapkan terima kasih kepada semua guru bidang Sains dan Matematik
kerana dapat menyempurnakan tugas dengan baik pada tahun 2017. En.Zulkarnain
berharap guru-guru terus dapat berkhidmat dengan cemerlang pada tahun 2018. En.
Zulkarnain meneruskan agenda mesyuarat Pengurusan Kurikulum Bil.1/2018.

Makluman : Semua guru

2.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadangkan oleh : Pn.Hamidah binti Abd.Hamid


Disokong oleh : En.Yosri bin Ngahdiman

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit.

4.0 PEMBENTANGAN

1
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.1 FOKUS UTAMA BIDANG SAINS DAN MATEMATIK 2018

En.Zulkarnain membentangkan Fokus Utama Bidang Sains dan Matematik bagi tahun 2018
iaitu :

FOKUS 1: Pengurusan Panitia


FOKUS 2: Peperiksaan dan Pentaksiran
FOKUS 3: Pengurusan Jadual Waktu Guru
FOKUS 4: RPT, RPH, Contoh Refleksi
FOKUS 5: Perancangan Strategik Panitia

Makluman : Semua Guru

4.2 FOKUS 1: Pengurusan Panitia

En.Zulkarnain memaklumkan kepada semua Ketua Panitia bahawa semua surat berkenaan
panitia hendaklah disimpan dalam fail putih. Minit mesyuarat panitia mestilah sekurang-
kurangnya 3 kali setahun (dengan menyesuaikan post-mortem PT3, peperiksaan
pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun). En.Zulkarnain menekankan juga supaya
isi kandungan dalam fail panitia sentiasa dipatuhi.

En.Zulkarnain memaklumkan bahawa Ketua Panitia perlu membelanjakan 90 % PCG panitia


masing-masing dan meninggalkan lebih kurang 10 % untuk kegunaan awal tahun 2019.

Tindakan: Ketua-ketua Panitia

4.3 FOKUS 2: Peperiksaan dan Pentaksiran

En.Zulkarnain memaklumkan bahawa jumlah latihan yang perlu diberi kepada pelajar adalah
5 soalan setiap hari dan mengikut keperluan. Guru diminta menanda latihan yang diberi
kepada pelajar dan soalan peperiksaan yang dibuat mestilah mengikut JSI. Nisbah soalan
rendah, sederhana dan tinggi adalah 3:4:3 dan mestilah boleh dijawab oleh pelajar aras
rendah. En.Zulkarnain mengingatkan guru supaya mematuhi SOP pentadbiran ujian dan
peperiksaan.

Bagi pencapaian PT3 2017, post mortem bagi subjek Matematik dibuat oleh Pn.Hamidah bt
Abd.Hamid dan subjek Sains dibuat oleh Pn.Siti Umaiyah binti Mohd Yatin dan perlu
dihantar sebelum 4 Januari 2018. En.Zulkarnain mengingatkan guru-guru supaya
menghantar Headcount SPM selewat-lewatnya pada 21 Januari 2018.

Makluman : Semua Guru

4.4 FOKUS 3: Pengurusan Jadual Waktu Guru

En.Zulkarnain mengingatkan semula pesanan Tn.Pengetua supaya LCD sendiri tidak


digunakan di sekolah. En.Zulkarnain juga memaklumkan bahawa waktu PdPc bagi subjek
Sains dilebihkan supaya guru dapat memanfaatkan waktu tersebut untuk PdPc Sains.

Makluman : Guru Sains dan semua guru

4.5 FOKUS 4: PLC dan CPD

2
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

En.Zulkarnain mengingatkan guru-guru supaya merekodkan PLC yang dilaksanakan. Beliau


juga mengingatkan guru-guru supaya terus mengembangkan potensi diri dengan menyertai
mana-mana kursus yang berkaitan dengan STEM, PAK21 dan kursus/bengkel yang
berkaitan.

Makluman : Semua Guru

4.6 FOKUS 5 : Pengurusan JKD

Jawatankuasa Panitia Daerah ( JKD ) bagi panitia-panitia dibawah Bidang Sains dan
Matematik adalah seperti berikut :

Sains : SMK Air Tawar


Matematik : SMK Semenchu
Kimia : SMK Laksamana
Biologi : SMK Bandar Penawar
Fizik : SMK Air Tawar
Matematik Tambahan : SMK Laksamana

Makluman : Semua Guru

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Guru-guru Sains memohon LCD untuk PdPc di dalam makmal Sains.
5.2 Guru-guru Sains memaklumkan bahawa terdapat barang dan bahan yang dibekalkan
oleh pembekal tidak berkualiti menyebabkan eksperimen tidak dapat dijalankan dengan
lancar.

Tindakan : GKMP

6.0 PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................………. ……...............................……….
( SHAZWANI BINTI MOHAMAD )
Setiausaha Bidang Sains dan Matematik
Tarikh : 01.01.2018 Tarikh :

3
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

You might also like