You are on page 1of 4

MINIT

MESYUARAT PENGURUSAN HEM BIL 1/2018


SMK ABDUL RAHIM 2, KUDAT, SABAH

Tarikh : 04 Januari 2018


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik ICT, SMK Abdul Rahim II, Kudat

Hadir
20. Cik Najihah A Kasim
1. En Abdullah Akop
21. En Nawandey Warry Nawari
2. Pn Juliana Ampion
22. Cik Nazliza Hashim
3. En Tan Yew Eng
23. En Nain Mundian
4. En Ahmad Sukri Osman
24. Cik Rozaini Mustaffar
5. Pn Anita Jimmy
25. Pn Soong Hui Er
6. En Abu Bakar Ibrahim
26. Pn Salmina Mat Ghani
7. Pn Adlsia Agustinus
27. En Saifullah Ab Razak
8. Pn Aisha Ali Daud
28. Pn Sarinah Lahasan
9. En Azwan Mohamad
29. Cik Sh Nurfarhana Syed Roseli
10. En Djohan Boy Wenge Abdul Rahman
30. Cik Shazana Suhaimi
11. Cik Erica Olivia Henry
31. Cik W Nur Hanani W Aziz
12. Cik Erra Ezrra Natahlia Yunis
32. Pn Zaidah Phaper
13. Pn Fadzleha Juanas
33. En Ahmad Shahrir Hj Ali Akbar
14. Pn Jaiton Ujod
34. Cik Nolisa Madrim
15. En Jasni Masiram
35. Pn Nur Adillah Mohd Yassin
16. Pn Jukiah Inok
36. Pn Arvyness Augustine
17. Pn Martah Erupun
18. En Mohd Fairul Malek
19. En Mohd Zulkiflie Zainuddin

Tidak Hadir: Sebab


1. En Abdul Waris Iman Goy Bersebab
2. Pn Anastasia Michael Bersebab
3. Pn Mernah Amir Hamza Bersebab
4. Pn Nuurnaimah Ismail Bersebab
5. Pn Siti Talha Haron Bersebab
6. Pn Yong Po Li Bersebab
7. Pn Syavitrie Muhitam Bersebab

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 PK HEM (Pengerusi) mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan terima kasih


kepada semua guru yang hadir ke Mesyuarat Pengurusan Hal Ehwal Murid kali
pertama bagi tahun 2018.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit mesyuarat telah disahkan tanpa pindaan


3.0 Perkara berbangkit

3.1 Rujuk Lampiran 1

4.0 Pengurusan Murid


4.1 APDM
4.1.1 Semua guru kelas diminta agar mengemaskini data murid masing-masing
terutamanya tingkatan 2 hingga 5 bagi memudahkan semua urusan berkaitan
pengagihan bantuan dijalankan.
4.1.2 Guru-guru kelas diminta mendaftarkan terus mana-mana murid yang baru
masuk ke kelas masing-masing ke dalam APDM dan meminta no. daftar
daripada guru berkaitan.
4.1.3 Guru-guru yang terlupa “I.D” dan kata laluan APDM boleh berhubung dengan
En. Fairul untuk “reset” kata laluan tersebut.

4.2 Murid Bukan Warga


4.2.1 Masih terdapat dua orang murid yang belum dapat didaftarkan di APDM kerana
belum mendapat pengesahan dari JPN
4.2.2 Beberapa orang murid yang telah selesai membuat pembayaran dan sudah
mengemukakan resit pembayaran kepada pihak sekolah, adalah dibenarkan
meneruskan pembelajaran di sekolah dan boleh didaftarkan di APDM.
4.2.3 Sebilangan lagi murid yang juga telah selesai membuat pembayaran tetapi tidak
dapat mengemukakan resit kepada pihak sekolah (kerana masalah percetakan
dari pihak PPD) pula, Tuan Pengetua bersetuju membenarkan mereka
meneruskan pembelajaran tetapi menangguhkan pendaftaran di APDM
sehingga penyerahan resit rasmi dibuat.

4.3 No. Daftar Murid


4.3.1 Pn. Soong telah melengkapkan no. daftar murid-murid SMK Abdul Rahim 2 di
dalam Buku Daftar Murid
4.3.2 Semua guru kelas yang mempunyai masalah berkenaan no. daftar murid
masing-masing bolehlah merujuk kepada buku tersebut.
4.3.3 Guru kelas juga diminta untuk menyediakan satu senarai murid terkini di kelas
masing-masing (yang lengkap dengan nama penuh, no. Kad Pengenalan, No.
Daftar dan no. telefon murid) untuk diserahkan kepada PK HEM untuk
difailkan.

4.4 Ujian Diagnostik (Tingkatan 1)


4.4.1 Keputusan Ujian Diagnostik telah diperolehi dan akan ditapis untuk
menentukan kedudukan kelas.
4.4.2 Murid-murid tingkatan 1 mungkin akan mengalami perubahan kelas setelah
keputusan ini ditapis sepenuhnya kelak.

5.0 Pengurusan Fail

5.1 Fail Peribadi Murid


5.1.1 Guru-guru kelas boleh mula mengemaskini fail murid masing-masing dan
diletakkan di dalam bilik fail.
5.1.2 PK HEM mencadangkan tarikh gotong-royong Pengemaskinian Fail pada 8 & 9
Januari di bilik fail. Gotong royong ini akan disertai oleh semua Guru kelas &
pembantu guru kelas.
5.2 Fail Unit HEM
5.2.1 Ketua-ketua unit diminta untuk menyediakan semua dokumen berkaitan untuk
dimasukkan ke dalam fail unit masing-masing.
5.2.2 Antara dokumen wajib adalah seperti carta organisasi, surat panggilan
mesyuarat, minit mesyuarat & perancanagn strategik mengikut unit.
5.2.3 Semua unit diminta supaya menetapkan cadangan tarikh mesyuarat dan
menyerahkan satu salinan tarikh tersebut kepada PK HEM.

6.0 Hal-Hal Lain

6.1 Merit-Demerit
6.1.1 G9 bersetuju untuk memansuhkan sistem merit-demerit yang sebelum ini
diguna pakai untuk menentukan markah individu pelajar dalam penilaian
sahsiah. Namun begitu, di asrama sistem ini masih lagi digunakan untuk
membantu menangani kes disiplin dalam kalangan penghuni asrama.

6.2 Guru Bertugas Mingguan


6.2.1 Guru-guru pelatih akan turut membantu sebagai guru bertugas mingguan bagi
menggantikan guru-guru yang cuti bersalin.

6.3 BKP
6.3.1 Borang permohonan BKP akan diedarkan oleh Guru Biasiswa iaitu Pn. Adlsia

7.0 Penutup

7.1 PK HEM mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua guru yang hadir ke
mesyuarat ini danmengharapkan agar guru-guru berkaitan dapat mengambil tindakan
(sekiranya perlu) dengan pantas.
7.2 PK HEM seterusnya menangguhkan mesyuarat pada pukul 04.00 petang

Bertarikh:

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(ROZAINI MUSTAFFAR) (JULIANA AMPION)


Setiausaha HEM PK HEM
SMK Abdul Rahim 2 SMK Abdul Rahim 2

Encl;

Fail sekolah
Fail HEM

Cadangan Pengesahan Minit

Dicadangkan oleh; Disokong oleh;

________________ _________________
Lampiran 1

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

PER. ITEM ISU BERBANGKIT (Mesy HEM kali MAKLUMBALAS / TINDAKAN


kedua)
3 3.0 3.2 Pendaftaran pelajar yang Masih terdapat murid yang digantung
mempunyai jumlah pendaftaran yang hadir ke sekolah
Persediaan ketidakhadiran ke sekolah sedangkan tempoh penggantungan
akhir tahun melebihi 25 hari ditahan. Pelajar adalah sehingga 9 januari 2018
persekolaha perlu hadir perjumpaan bersama
n 2017 ibubapa pada 16.11.2017 Guru-guru perlu mengingatkan murid-
murid ini supaya tidaj perlu hadir
sehingga tempoh yang telah ditetapkan
untuk pendaftaran dan perjumpaan
khas bersama Pengetua.

3.3 Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 Pendaftaran murid tingkatan 1 telah


pada 13 November 2017 dan selesai dan jumlah terkini adalah
jumlah pelajar 139 orang seramai 113 orang.

Jumlah ini berkemungkinan besar


akan berkurangan sekiranya
permohonan murid ke MRSM, SBP
dan lain-lain keluar kelak.

5 5.0 5.5 Pengagihan Buku teks Urusan pengagihan BukuTeks oleh


Hal-hal lain unit SPBT telah selesai dilaksanakan.

You might also like