You are on page 1of 7

SMK ABDUL RAHIM 11, KUDAT

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN TARIAN SEMARAK TARI
TAHUN 2019

PADA

DI

DEWAN SMK ABDUL RAHIM 2

Tema:

“SENI BUDAYA CERMINAN KETEGUHAN WARISAN BANGSA”

1
1.0 PENDAHULUAN

Kokurikulum merupakan salah satu elemen penting dalam bidang pendidikan. Ia merupakan satu aspek penting yang
menjadi pelengkap kepada bidang kurikulum sekolah. Oleh yang demikian penganjuran pertandingan ini merupakan
satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala
sosial. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan lagi kemantapan fizikal, emosi dan rohani pelajar. Secara keseluruhannya
pertandinga ini diharapkan dapat menyokong kejayaan pelajar dalam kedua-dua bidang tersebut. Selain itu, aktiviti ini
turut memberi pendidikan asas seni tari kepada pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah serta meningkatkan
ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya

2.0 PROGRAM

Pertandingan Tarian Semarak tari

3.0 OBJEKTIF
Murid dapat:

3.1 Menggalak serta menarik minat pelajar mengenali dan mempelajari asas-asas seni tari.
3.2 Mendedahkan pelajar kepada satu kaedah pembelajaran tari zapin, inang, joget, asli serta tarian rakyat yang
sistematik.
3.3 Menggalakkan pelajar bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni budaya.
3.4 Ke arah mewujudkan sebuah kumpulan tarian di kalangan pelajar sekolah.
3.5 Sebagai altenatif mengisi masa lapang pelajar.

4.0 TEMA

“SENI BUDAYA CERMINAN KETEGUHAN WARISAN BANGSA”

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh :
Tempat : DEWAN SMK ABDUL RAHIM 2, KUDAT

6.0 SASARAN

Semua pelajar SMK Abdul Rahim 2, Kudat

2
7.0 JAWATANKUASA INDUK / URUS SETIA

Penasihat : En. Johari bin Hajat (Pengetua)


Pengerusi : En. Tan Yew Eng (PK Ko-Kurikulum)
Naib Pengerusi : Pn. Juliana binti Ampion (PK Hal Ehwal Murid)
Penyelaras Program : Pn. Erica Olivia
Penolong Penyelaras : En. Rafli bin Sum
Setiausaha : Pn. Adlsia Agustinus
Bendahari : Pn. Sharifah Gamalasari

8.0 PERINCIAN TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

Bil Jawatan Nama Guru Tugas / Tanggungjawab


1. Pengerusi En. Tan Yew Eng Sebelum
 Merancang program dengan berbincang dengan pengetua
berkenaan tarikh, masa, tempat, tema, tetamu kehormat dan
raptai.
 Mengadakan taklimat/ mesyuarat perancangan dengan JK
Pelaksanaan
 Memantau proses kerja JK Pelaksanaan dari masa ke semasa
Semasa
 Memantau kelancaran pelaksanaan program
Selepas
 Memastikan laporan dokumentasi disediakan mengikut masa
yang ditetapkan

2. Penyelaras Pn. Erica Olivia Sebelum


Program  Merancang program dengan berbincang dengan pengetua
berkenaan tarikh, masa, tempat, tema, tetamu kehormat dan
raptai.
 Menyediakan kertas kerja dan membentuk JK Program
 Membuat senarai semak perkara dan tindakan penting
program seperti mendapat surat kebenaran dari JPN/PPD,
aturcara program dan bajet
 Mengadakan taklimat/ mesyuarat perancangan dengan JK
Pelaksanaan
 Memantau proses kerja ketua-ketua JK Pelaksanaan dari
masa ke semasa
Semasa
 Memantau kelancaran pelaksanaan program
Selepas
 Memastikan laporan disediakan mengikut masa yang
ditetapkan

3
3. Penolong En. Rafli bin Sum Sebelum
Penyelaras  Merancang bersama penyelaras program dengan berbincang
dengan pengetua berkenaan tarikh, masa, tempat, tema,
tetamu kehormat dan raptai.
 Menyediakan kertas kerja dan membentuk JK Program
 Membuat senarai semak perkara dan tindakan penting
program seperti mendapat surat kebenaran dari JPN/PPD,
aturcara program dan bajet
 Membantu memantau proses kerja ketua-ketua JK
Pelaksanaan dari masa ke semasa
 Mengeluarkan surat jemputan dan makluman kepada sekolah-
sekolah jemputan
Semasa
 Memantau kelancaran pelaksanaan program
Selepas
 Membantu menyediakan laporan dan post morterm
 Memastikan laporan disediakan mengikut masa yang
ditetapkan

4. Setiausaha Pn. Adlsia Agustinus Sebelum


 Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkan minit sebelum
mesyuarat akan datang
 Membantu mengumpulkan semula semua surat maklumbalas
kehadiran ibu bapa dan borang deklarasi pelajar
 Menyediakan buku/ fail pendaftaran peserta dan menyerahkan
kepada JK pendaftaran
 Menyediakan rekod keluar masuk guru, peserta dan urusetia
kem
Semasa
 Membantu Penyelaras Program dari masa ke semasa
Selepas
 Membantu mengedarkan borang post moterm
 Membuat laporan dokumentasi mengikut masa yang
ditetapkan

5. Bendahari Pn Sharifah Gamalasari Sebelum


 Menerima dan merekod urusan penerimaan kutipan
sumbangan pelajar dengan sistematik daripada JK
 Mengeluarkan resit penerimaan dan pembayaran bagi setiap
urusan kewangan yang telah dibuat
 Berurusan dengan Bendahari PIBG (akaun tumpang)
Semasa
 Mencatatkan akaun kewangan dengan sistematik

4
Selepas
 Menyediakan penyata kewangan
 Memberikan laporan untuk post moterm dan dokumentasi

9.0 SENARAI KATEGORI PERTANDINGAN

i. KATEGORI A
Rampaian TIGA tarian tradisional (Zapin, Joget, Inang, Asli) dan BUKAN gerak tari KONTEMPORARI / KREASI
BARU.
ii. KATEGORI B
SATU tarian rakyat negeri-negeri atau SATU tarian etnik di Malaysia.

10.0 SENARAI SIJIL HADIAH/ CENDERAMATA

BIL. KATEGORI HADIAH


JOHAN
1. Kategori Rampaian Tarian Tradisional NAIB JOHAN
TEMPAT KETIGA
JOHAN
2. Kategori Tarian Rakyat / Etnik NAIB JOHAN
TEMPAT KETIGA

11.0 ATURCARA PROGRAM

Tarikh Masa Aktiviti Tempat Tindakan


JK Pengurus pentas
1:30-5:00
Jumaat  Raptai JK Penyelia Majlis
petang
JK Siaraya
6:30 pagi Pendaftaran peserta JK Pendaftaran

7.00 pagi Taklimat pertandingan Juru Acara


Pegawai Teknikal
7:30 pagi Pertandingan Bermula Semua JK bertanggungjawab
 Kategori Rampaian Tradisional Semua guru
1:00 petang Rehat Sesi 1
11/02/17
Sabtu
2:00 petang Pertandingan diteruskan Semua JK bertanggungjawab
 Kategori Tarian Rakyat / Etnik Semua guru
4:00 petang Pertandingan tamat JK Penyelaras Majlis
Persediaan Majlis Penangguhan JK Pengurus pentas
Penutupan JK Hadiah
JK Juru Acara
Semua guru

5
4:30 petang Majlis penyampaian hadiah JK Penyelaras Majlis
JK Hadiah
JK Juru Acara
Semua guru
Majlis bersurai JK Kebersihan
Pertandingan ditangguhkan JK Penyediaan tempat
Semua guru

12.0 SUMBER KEWANGAN

i. Bantuan Kokurikulum
ii. Yuran penyertaan
iii. Tajaan

13.0 BAYARAN PERBELANJAAN


Peruntukkkan perbelanjaan digunakan untuk;

i. Aktiviti
ii. Makanan dan Minuman
iii. Pengurusan Teknikal & Pengangkutan

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran

15.0 PENUTUP

Adalah diharapkan pengelolaan program ini dapat membentuk jati diri pelajar menjadi insan yang berjiwa kental, bersih
dan bersemangat. Selain itu, ia dapat menimbulkan rasa kecintaan dan menghargai seni warisan budaya agar tidak terkubur
dek zaman millenium ini. Kerjasama dan komitmen semua pihak amatlah dihargai dalam menjayakan program ini. Semoga
program ini mendapat manfaat semua pihak dan dapat berjalan dengan lancar.

Disediakan oleh: Disemak dan dipersetujui bersama:

_________________________ ____________________________________
(EN RAFLI BIN SUM) (EN TAN YEW ENG)
Penolong Penyelaras Program Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Abdul Rahim 2, Kudat SMK Abdul Rahim 2, Kudat

________________________
(EN. JOHARI BIN HAJAT)
Pengetua
SMK Abdul Rahim 2, Kudat

6
LAMPIRAN

ANGGARAN PERBELANJAAN

A. HADIAH & CENDERAHATI

BIL. KATEGORI HADIAH HARGA


JOHAN 120
Kategori Rampaian Tarian
1. NAIB JOHAN 80
Tradisional
TEMPAT KETIGA 50
JOHAN 120
2. Kategori Tarian Rakyat / Etnik NAIB JOHAN 80
TEMPAT KETIGA 50
JUMLAH 500

You might also like