You are on page 1of 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AMPANG PECAH (BESTARI)

JALAN HAMZAH, 44000 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT GURU


KALI PERTAMA 2015

Tarikh : 29 Disember 2014 (Isnin)


Hari : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Ampang Pecah

Kehadiran :

1. En. Rozali B Mazlan Pengetua


2. EN. Suhaimi Bin Abdullah PK Tadbir
3. Pn. Norlida Bt Rahmat PK HEM
4. Pn. Manisah Bt Md Sharif PK Koku
5. Pn. Mazlina Bt Mohamad PK P.Khas
6. Pn. Nor Azizah Bt Ahmad KB Bahasa
7. En. Hoe Sew Chau KB Kemanusiaan
8. Pn. Saloma Bt Abdullah KB Sains & Matematik
9. Pn. Fadilah Bt Musa KB Tek & Vok
10. Pn. Norhayati Bt Mohd Yusop Kaunselor
11. Pn. Nurul Atikah Bt Abdul Wahabi Kaunselor
12. Pn. Saemah Bt Mat Sahir Penyelaras ICT
13. En. Mat Rahim B Yom Penyelaras PSS
14. Pn. Rita Akhtar Bt ahmad Termizi 5 Gemilang
15. Pn. Syazwani Bt Mat Yazit 5 Cemerlang
16. En. Mahadir Anak Nawar 5 Jauhari
17. Pn. Wahizah Bt Wahid 5 Harapan
18. En. Salihudin B Lot 5 Wawasan
19. Pn. Jamaidah Bt Samah 4 Gemilang
20. Pn Fairuzzah Bt Zainol 4 Jauhari
21. Pn. Salmiah Bt Abd Latif 4 Iltizam
22. Pn. Azilawani Bt Hasbullah 4 Harapan
23. En. Khusaini Amir B Puteh Wahab 4 Wawasan
24. Pn. Nurhalina Bt Ali 3 Gemilang
25. Pn. Noor Lailatuhayati Bt Yahya 3 Cemerlang
26. En Zamri B Md Isa 3 Jauhari
27. Pn. Nur Suhana Bt Mohamad 3 Iltizam
28. Pn. Zalina Bt Md Hussin 3 Harapan
29. Pn. Suhaizaa Bt Johari 3 Wawasan
30. Pn. Nor Hasibah Bt Ab Sattar 2 Gemilang
31. Pn. Siti Hafidah Bt Md Hamami 2 Cemerlang
32. Pn. Noorliza Bt Zulkifly 2 Jauhari
33. En. Nor Akmam B Janil 2 Harapan
34. Pn. Suhanida Bt Che Sulaiman 2 Wawasan
35. Pn. Nur Emilia Bt Azmi 1 Gemilang
36. Pn. Haslina Bt Hat 1 Cemerlang

1
37. Pn. Surayah Bt Suker 1 Jauhari
38. Pn. Kamalia Bt Suandi 1 Iltizam
39. Pn. Noor Salmiah Bt Derisa 1 Harapan
40. Pn. Siti Hajar Bt Ahmad Zubdi 1 Wawasan
41. Pn. Kow Sheau Minh Peralihan
42. En. Mohd Khairi B Samsudin P.Khas
43. Pn. Zarina Bt Mohamed P.Khas
44. En. Mohd Norhizar B Umar P.Khas
45. Pn. Farahida Bt Sazali P.Khas
46. Pn Nazirah Bt Zaini P.Khas
47. Pn. Hanisah Bt Hj Chik P.Khas
48. Pn. Yap Siaw Ngo
49. Pn. Rohaimi Bt Ariffin
50. Pn. Izelina Bt Ibrahim
51. Pn. Tan Loi
52. Pn. Aziani Bt Ibrahim
53. En. Khaliludin B Itam
54. En. Raduan B Zainal Abidin
55. En. Ismail B Mohd Salleh
56. En. Shaharudin B Othman
57. En. Abu Bakar B Deraman
58. Pn. Enezah Bt Jamali
59. Pn. Misyati Bt Saliman
60. En. Azlan Kamal Nazyunniyah B Arifin
61. Pn. Norhasnida Bt Abd Hamid
62. Pn. Noor Ruladha Bt Mohamed
63. En. Mohd Farizal B Sabiani
64. Pn. Sabariah Bt Abdullah
65. Pn. Fazuha Naili Bt Ab Rahman
66. Pn. Azni Bt Mohd
67. Pn. Norzilawati Bt Abu Bakar
68. Pn. Haryati Bt Juwaini
69. Pn.Ranvender Jit Kaur A/P Banga Singh
70. En. Mohd Nazarudin B Ismail
71. En. Amir Amran B Abd Hamid
72. En. Ainul Amry Hafifi B Ahmad
73. Cik Siti Zainab Bt Sheikh Harun

Turut Hadir :
-
Tidak Hadir (Bersebab) :

1. Pn. Munirah Bt Ahmad

Urus Setia Mesyuarat :


1. Pn. Suhanida Bt Che Sulaiman SU Mesyuarat Guru
2. Pn. Rita Akhtar Binti Ahmad Termizi Pen. SU Mesyuarat Guru

2
AGENDA MESYUARAT

2.0 PERUTUSAN PENGERUSI (En. Rozali B Mazlan)

2.1 Beliau memulakan mesyuarat dengan bacaan al-fatihah dan mengalu-alukan


kehadiran guru ke mesyuarat kokurikulum kali pertama tahun 2015 ini.

2.2 Pengumuman PT3: Keputusan terbaik PT3 2014 adalah seorang sajaha pelajar yang
memperoleh 8A 1B dan matapelajaran Bahasa Tamil lulus 100 peratus kerana
bilangan calon hanya dua orang sahaja. Secara keseluruhannya, keputusan PT3 2014
kurang memuaskan.

2.3 Laporan Kewangan 2013: Keputusan laporan kewangan yang telah dinilai oleh audit
adalah memuaskan. Teguran dibuat kerana pihak sekolah tidak memasukkan hasil
kutipan yuran pada hari yang sama yuran dikutip.

2.4 Kejayaan Kokurikulum dan Sukan: En. Rozali mengucapkan tahniah diatas kejayaan
pihak sekolah melahirkan jaguh dalam bidang sukan tertentu iaitu Johan bola sepak
peringkat daerah, johan pralimpik peringkat daerah dan johan pengurusan
dimenangi oleh Panitia Agama Islam, kejayaan pelaksanaan program sekolah
bersama PIBG atau PPD.

2.5 Pengubalan Soalan peperiksaan 2015: Pengetua meminta dibuat penambahbaikan


pada Plan Operasi dan Plan Tindakan bersesuain dengan kualiti pelajar SMK Ampang
Pecah.

2.6 KPI Sekolah 2015:

Penilaian Menengah Rendah (PMR) = 2.5


Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) = 4.70

2.7 Dasar Kerajaan (KPM):


1.7. 1 Semua warga sekolah perlu menghayati dan memahami dan memahami
dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan – Tranformasi Pendidikan
Kerajaan.
1.7. 2 PPPM – Tiga gelombang bermula pada tahun 2013 hingga 2025
1.7. 3 PBS, KBAT, I-THINK, MBMMBI, 1M 1S - perlu difahami oleh semua warga
pendidik.
1.7. 4 PBSMR – telah bermula pada 2014 dengan tumpuan diberikan kepada 4
matapelajaran utama iaitu BM, BI, Sains dan Matematik.

2.8 Pentaksiran: Guru-guru perlu melaksanakan pentaksiran formatif sepanjang tahun


mengikut kepada PdP yang telah dirancang. Manakala pentaksiran sumatif akan
dijalankan kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Jabatan Pelajaran
Negeri hanya menyimpan rekod pentaksiran pada bulan Mei dan Oktober.

3
2.9 1Bestarinet VLE: Pelajar diminta menggunakan kemudahan ini sekurang-kurangnya
30 minit seminggu.

2.10 Perhimpunan Rasmi Sekolah Pekeliling SPI Bil 2/1982:


1.10. 1 Masa perhimpunan 40 minit sahaja.
1.10. 2 Aturcara perhimpunan dimulai dengan bacaan doa, nyanyian 4 buah
lagu, ikrar, ucapan guru bertugas dan ucapan pentadbir.
1.10. 3 Semua guru wajib hadir

2.11 Ketepatan waktu: Guru-guru kelas diingatkan untuk memestikan ketua atau
penolong ketua atau wakil kelas menghantar kehadiran ke pejabat sebelum pukul
sembilan pagi.

2.12 Guru Tidak Hadir Bertugas: Sekiranya guru tidak hadir untuk bertugas, guru perlu
memaklumkan kepada pengetua atau Penolong Kanan.

2.13 Buku Persediaan Mengajar: Semua guru perlu menghantar Buku Persediaan
Mengajar pada hari Jumaat atau pada hari Isnin bagi guru yang bertugas atau
berkursus di luar sekolah. Rancangan Pelajaran Harian mesti lengkap dengan Tajuk,
Objektif, Aktiviti dan Refleksi Sekurang-kurangnya.

2.14 Semakan Kerja Murid: Latihan / Nota / Kerja murid perlu disemak dan direkodkan.
Guru juga diingatkan untuk memulangkan semula buku pelajar selewat-lewatnya
dalam tempoh satu minggu. Setiap kali di hujung penandaan mesti disertakan
dengan teguran atau ganjaran.

2.15 Pencerapan Guru Tahun 2015: Guru-guru boleh melihat jadual pencerapan didalam
Buku Perancangan Strategik. Pencerapan ini akan dibuat sebanyak dua kali setahun.

2.16 Akta Keselamatan Murid: Guru-guru diingatkan untuk tidak membiarkan pelajar
melakukan aktiviti seperti bersukan, keceriaan kelas, perjumpaan tanpa kehadiran
atau pemantauan guru.

2.17 Sesi Persekolahan 2015: Sesi persekolahan 2015 akan bermula 5 Januari 2015
hingga 20 November 2015. Sesi persekolahan dilewatkan seminggu akibat bencana
banjir yang melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pn. Salmah Bt Wahid -mencadang


2.2 Pn. Enezah Bt Jamali -menyokong

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada

4
4.0 Ucapan Encik Mohd Suhaimi Bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran

4.1 Pemantauan KPM: Encik Suhaimi mengingatkan guru-guru bahawa pihak KPM akan
mengadakan pemantau secara mengejut. Maka guru-guru diminta melengkapkan
Buru Rancangan Mengajar.

4.2 Buku Perancangan Strategik: Guru-guru diminta menyemak tugas-tugas yang telah
ditetapkan.

4.3 Ciri-ciri Guru Abad Ke 21: Beliau menyenaraikan beberapa ciri-ciri guru terkini
diantaranya menguasai subjek, berkemahiran kaunseling, berkemahiran dalam bidang
teknologi, tidak berputus asa dan berkemahiran mendengar.

4.4 Dasar Kerajaan (KPM):


4.4. 1 Semua warga sekolah wajib tahu dasr-dasar kerajaan (KPM)
4.4. 2 PPPM melalui tiga gelombang iaitu 2013 – 2015, 2016 – 2020 dan 2021 –
2025.
4.4. 3 5 Aspirasi (KEPAK): Kualiti, Ekuiti, Perpaduan, Akses dan Kecekapan
4.4. 4 6 Aspirasi Murid (PIE3K): Pengetahuan, Identiti Nasional, Etika dan
Kerohanian, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin dan Kemahiran
Dwibahasa.

4.5 Buku Rekod Mengajar :


4.5. 1 Mesti lengkap dengan Tarikh, Masa, Tingkatan, Matapelajaran, Tajuk,
Objektif, Aktiviti, BBM dan Refleksi.
4.5. 2 Cuti berganti dikira manakala cuti penggal tidak dikira dalam kiraan minggu
belajar.
4.5. 3 Refleksi mesti ditulis dalam bentuk angka seperti 30/35 orang pelajar
menguasai objektif.
4.5. 4 Lengkapkan markah peperiksaan pelajar di bahagian belakang Buku Rekod
Mengajar.
4.5. 5 Amaran diberikan oleh pihak pentadbir, surat tunjuk sebab akan dikeluarkan
kepada mana-mana guru yang tidak menghantar Buku Rekod Mengajar
sebanyak dua kali.

4.6 Buku Nota / Kerja / Latihan : Setiap pelajar mesti ada sekurang-kurangnya satu buku
tulis dan buku tulis tersebut mesti disemak, ditanda dan diberi komen. Jikalau
terdapat pembetulan, guru mesti pastikan pelajar berkenaan membuat pembetulan
tersebut.

4.7 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS): Beliau mengingatkan guru-guru menerusan


PBS kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Mesyuarat PBS juga perlu
dilakukan sekurang-kurangnya empat kali setahun.

4.8 Peperiksaan: Tulisan mesti jelas menggunakan saiz tulisan 12.

4.9 Pencerapan PdP: Penilaian guru-guru akan dibuat berdasarkan elemen 4 SKPM 2010.
Guru-guru juga mesti dinilai sekurang-kurangnya sekali setahun.

5
4.10 LADAP: Guru-guru perlu menghadiri kursus sekurang-kurangnya tujuh kali setahun.
Taklimat juga boleh dijadikan sebagai LADAP. Kemudian perlu direkodkan secara
online di SPLG.

4.11 Kelas Bimbingan: Kelas bimbingan Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 akan diadakan
sebanyak sekali seminggu, pada hari Selasa atau hari Khamis. Sebarang permasalahan,
guru-guru boleh merujuk kepada Encik Hoe Sew Chau dan Puan Fadilah Bt Musa.

4.12 Agihan Waktu Mengajar: Semua guru-guru akan diberikan masa mengajar sebanyak
23 atau 24 waktu seminggu.

4.13 Masa kedatangan: Guru-guru perlu sampai ke sekolah awal dan perlu ‘punch card’
kedatangan. Bagi guru-guru yang lewat sampai iaitu selepas pukul 7.30 pagi, kadnya
akan diambil oleh En. Mohd Shahir.

4.14 E-Operasi: Beliau juga meminta kerjasama guru-guru untuk mengemaskini data
masing-masing dan mengesahkannya. Tarikh akhir pengesahan eoperasi adalah
31/1/2015 dan sebarang permasalahan boleh merujuk kepada guru data iaitu Puan
Izelina Bt Ibrahim.

5.0 Hal-hal lain:

5. 1 En. Mat Rahim memaklumkan bahawa plan kedudukan Tingkatan 3 dan Tingkatan 5
ada sedikit kesalahan.

5. 2 En. Ismail membuat aduan, tandas guru lelaki terdapat kebocoran di bahagian paip
tandas pelajar lelaki ditingkat atas. Puan Norlida memberi jawapan, akan membuat
perbincangan.

5. 3 En.Ismail juga membuat aduan kemudahan di bilik guru sudah usang. Beliau juga
meminta guru-guru mengosongkan ‘destop’ komputer untuk melancarkan sistem
kerja komputer. Puan Saemah pernah meminta kerjasama guru-guru untuk
mengambil ‘fail’ masing-masing dan simpan sendiri. Oleh itu, tempoh masa
seminggu diberikan (12 hingga 18 Januari 2015) untuk guru-guru mengambil ‘fail’
masing-masing sebelum Pn. Saemah ‘reprogram’ semua komputer di bilik guru.

6.0 PENUTUP

6.1 Mesyuarat ditangguhkan jam 11.30 pagi

Urus Setia
Penolong Setiausaha Mesyuarat Guru
SMK Ampang Pecah(Bestari)

6
5.0 Ucapan Puan Norlida Binti Rahmat,

4.2 Beliau seterusnya memaklumkan beberapa perubahan pelaksanaan aktiviti


kokurikulum dalam takwim sekolah memandangkan sesi persekolahan
ditangguhkan sehingga 12 Januari 2015. Perubahan adalah seperti berikut:

Aktiviti Tarikh asal Tarikh baru


1. Mesyuarat Agung Badan Beruniform 06.01.2015 13.01.2015
Selasa Selasa
2. Mesyuarat Agung Kelab/ Persatuan 07.01.2015 14.01.2015
Rabu Rabu
3. Mesyuarat Agung Sukan/Permainan 08.01.2015 15.01.2015
Khamis Khamis
4. Mesyuarat Agung Rumah Sukan 13.01.2015 20.01.2015
Selasa Selasa

.(Tindakan : Semua guru)

4.3 Perjumpaan aktiviti kokurikulum akan diadakan sekali seminggu pada hari Rabu,
bermula pada pukul 2.45 petang hingga 3.45 petang (sesi 1) dan 4.00 petang hingga
5.00 petang (sesi 2). Manakala Perkhemahan Perdana dan Kejohanan olahraga akan
diadakan pada hari Sabtu.
.(Tindakan : Semua guru)

4.4 Beliau juga memaklumkan bahawa perbarisan rasmi badan beruniform yang
diadakan pada minggu ke-3 setiap bulan akan bermula pada bulan Februari.
4.5 Semua guru digalakkan memakai pakaian mengikut badan beruniform masing-
masing pada hari Rabu dan semasa Perbarisan Rasmi Badan Beruniform.

4.6 Pengagihan unit-unit kelab/persatuan, sukan/permainan dan badan beruniform


pelajar tingkatan 1 akan dilakukan oleh guru kelas masing-masing dengan

7
mengambil kira ahli unit kokurikulum dan penglibatan murid semasa di sekolah
rendah.
(Tindakan : Guru tingkatan 1)

4.7 Beliau juga memaklumkan motto kokurikulum SMKAP iaitu “Kokurikulum Menjana
Kecerdasan”.

4.8 Beliau berharap semua guru dapat bekerjasama semasa menjalankan aktiviti
kokurikulum dan memaklumkan ketidakhadiran kepada beliau supaya tindakan
dapat diambil. Kehadiran guru semasa aktiviti kokurikulum hendaklah di catat dalam
Buku Kehadiran Kokurikulum Guru. Selain itu keselamatan pelajar semasa aktiviti
kokurikulum hendaklah dipantau dan diutamakan. Buku laporan aktiviti kokurikulum
hendaklah diserahkan kepada beliau sebaik sahaja aktiviti selesai pada hari itu dan
paling lewat adalah pada pagi hari Khamis.
(Tindakan : Guru Penasihat/ SU unit kokurikulum)

4.9 Pn. Manisah juga mencadangkan supaya setiap murid mempunyai satu baju-t yang
berlencana sekolah untuk dipakai semasa aktiviti kokurikulum dan Pendidikan
Jasmani. Oleh itu beliau mengalu-alukan reka bentuk baju yang sesuai daripada
guru-guru.

5.0 Hal-hal lain

5.1 Pn. Manisah akan meneliti cadangan Pn. Syazwani supaya setiap pelajar diberi kad
identiti ahli unit kokurikulum untuk mengelakkan pelajar “lompat” unit
kokurikulum.

5.2 Pembugaran Kad/Buku Kehadiran Kokurikulum akan dilakukan seperti yang


dicadangkan oleh Pn.Salmah dengan cara pelajar menyimpan sendiri Kad/Buku
tersebut supaya tidak berlaku salah faham sekiranya kad/buku hilang. Disamping
dapat menerapkan sikap bertanggungjawab pelajar.

5.3 Pn. Manisah juga berharap guru-guru dapat memberi pelajar yang aktif, sijil yang
selayaknya bagi setiap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum agar memudahkan
proses pemberian markah.

5.4 Pn. Zalina meminta agar Pk Kokurikulum dapat menjelaskan sama ada pelajar
perlu membeli kad kehadiran kokurikulum atau Buku Kehadiran Kokurikulum. Pn.
Manisah menjelaskan bahawa Buku Kehadiran Kokurikulum memang digunakan
untuk mencatat aktiviti kokurikulum dihadiri pelajar. Bagaimanapun pelajar yang
kehilangan Buku Kehadiran Kokurikulum boleh menggunakan Kad Kehadiran
Kokurikulum.

5.5 Pn. Wahizah selaku ketua Badan Beruniform KAPA 2015 ingin tahu status KAPA di
SMKAP sama ada telah didaftarkan di PPD atau tidak memandangkan ia adalah
badan beruniform yang baharu sahaja ditubuhkan di sekolah. Pn. Manisah berjanji
akan membuat susulan mengenai perkara ini.

8
5.6 En. Mat Rahim meminta kebenaran untuk mengambil rak kad/Buku Kehadiran
kokurikulum memandangkan ia tidak digunakan lagi, untuk kegunaan Kelab Guru
dan Kakitangan.

5.7 En. Ismail berharap beliau akan digantikan oleh orang lain sebagai ketua Badan
Beruniform Pengakap memandangkan beliau telah lama menyandang jawatan
tersebut. Pn. Manisah meminta beliau memegang jawatan tersebut bagi tahun
2015 ini dan berusaha untuk menggilirkan jawatan ketua , supaya semua guru
boleh menimba pengalaman.

6.0 PENUTUP

6.1 Mesyuarat ditangguhkan jam 11.30 pagi

Urus Setia
Penolong Setiausaha Kokurikulum
SMK Ampang Pecah(Bestari)
Tarikh : 6 Januari 2015

You might also like