You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PENUTUPAN SEKOLAH

SJKT MAHATHMA GANDHI KALASALAI

Tarikh :24/2/2022
Hari :Khamis
Masa : 1. 30 pm
Tempat : BILIK GERAKAN, SJKT MAHATHMA GANDHI KALASALAI

Hadir

1. En.Muthuselvan A/L Tanimallai - Guru Besar


2. Cik.Malathy A/P Daramalingam - Guru Penolong Kanan Pentadbiran
3. Pn.Azizah Begam Binti Muhd.Ismail - Guru Penolong Kanan HEM
4. En.Thinagharan A/L Siba Mayum - Guru Penolong Kanan Ko-Ko
5. Cik.S.Dharmawathy Chandra
6. Cik.Dhivya Praba A/P Sugumaran
7. Pn.Mahaletchumi Durga Devi A/P V.Krishnan
8. Pn Prema @ Rukumani A/P Sivagandhi
9. Pn. Sangeetha A/P Mahadevan
10. Pn. Sivalakchmi A/P Guruguloo
11. Pn. Yogeswari A/P Krishnasamy
12. Pn. Umaselvi A/P Periasamy
13. Pn. Sisiliya A/P Joseph
14. En. Perekash A/L Jayaraman
15. Pn. Krishnaveni A/P Muniandy
16. Pn. Gunasundari A/P Subramaniam
17. En. Kalidas A/L Balankrishnan
18. En. Loganathan A/L Manian
19. Pn. Hemavathy A/P Muruggiah
20. Pn. Sumithra A/P Vijayakumar
21. Pn. Thurgadevi A/P Sekaran
22. Pn. Nurul Syazana Binti Ahmad Fauzi
23. Pn. Sheela Kavitha Bt Abdullah
24. Pn. Priyatarisini A/P Manokaram
25. Cik. Pulomina A/P Joseph
26. Pn. Nanthini A/P Supermaniam
27. Pn. Nurul Husna Binti Hasan
28. En.Ganesh A/L Kandasamy
29. Pn. Mariammal A/P A.Muniandy
30. Pn. Puvanes
31. Pn. Emamalini A/P Nyanasekharan

Tidak Hadir
1.0 UCAPAN ALUAN

1.1 Guru besar mengalu-alukan kedatangan penolong kanan Pentadbiran,


Kokurikulum dan guru-guru ke mesyuarat.

2.0 PERUTUSAN GURU BESAR

2.1 Guru besar menekankan mesyuarat yang perlu dipatuhi oleh guru-guru.
Antaranya,
- Jaga penjarakan
- Ambil catatan
- Kurang perbualan antara rakan sejawat
- Penggunaan telefon bimbit harus dielakan
2.2 Guru besar menyatakan persekolahan bagi tahun 2021/2022 akan akhir
pada esok. Beliau mengucapkan terima kasih yang memberi komitmen atas
kecemerlangan sekolah.
2.3 Beliau menyatakan sekolah kita telah membuat banyak program tetapi tidak
mewar-warkan dan beliau minta mulai sesi akan dating kita perlu mewar-
warkan pencapaian sekolah.
2.4 Beliau menyatakan fail-fail panitia dan fail-fail yang melibatkan urusan
sekolah perlu disimpan di pejabat esok sebelum cikgu-cikgu pulang ke
sekolah.
2.5 Beliau menekankan guru-guru untuk meningkatkan tahap penguasaan murid
sekurang-kurangnya kepada TP3.
2.6 Beliau menyatakan buat masa ini sebanyak 4 kelas iaitu 2 Anbu, 2 Arivu, 4
Arivu & 5 Arivu telah ditutup untuk tujuan kuarantin dan PdPR dijalankan.
Guru-guru yang mengajar kelas-kelas ini perlu mengisi data dalam SPDPR.
2.7 Beliau menyatakan pada masa cuti ini guru-guru sentiasa perlu peka tentang
maklumat-maklumat yang dikongsikan dalam kumpulan telegram dan
whatsapp sekolah.
2.8 Beliau meminta guru-guru untuk merancang PdP, Intervensi dan Ketua
Panitia untuk membuat SWOT panitia agar TP murid dapat ditingkatkan.
2.9 Beliau meminta guru-guru untuk menghantar buku teks ke bilik SPBT.
2.10 Beliau meminta Kerjasama guru-guru untuk memberi komitmen setelah
tugas baru dan jadual waktu PdPc diberikan kepada guru.
2.11 Beliau juga menyatakan bahawa beliau telah menghadiri mesyuarat
Redeployment dan akan ada pertukaran guru yang telah berkhidmat di
sekolah ini melebihi 10 tahun pada masa akan datang.
2.12 Beliau meminta guru-guru untuk membuat kerja lebih awal terutamanya
apabila PPD ataupun pihak atasan meminta data.
2.13 Beliau juga meminta guru-guru untuk mengelakan mengisi isu dan
intervensi terlalu umum. Beliau menyatakan LADAP.
2.14 Cikgu-cikgu perlu membuat kerja mengikut tugas-tugas yang diberikan
sebelum GB bagitau. Jangan menunggu sehingga GB memberi arahan.
2.15 Beliau meminta guru-guru untuk menjawab panggilan dari pentadbir
dalam masa cuti ini.
2.16 Beliau mengucapkan tahniah kepada Panitia -panitia yang bergerak aktif.
2.17 Pada 25.2.2022 Majlis perpisahan murid tahun 6 akan diadakan pada
pukul 11.
2.18 Beliau menekankan mulai sesi akan datang hanya 5 murid atau kurang
daripada itu akan dipilih dari satu kelas untuk mengikut kelas pemulihan.
Guru subjek dan guru kelas perlu mengambil Langkah yang wajar untuk
mengurangkan atau hampir menyifarkan bilangan murid yang mendapat TP
2 dan ke bawah.
2.19 Markah prestasi guru akan diberikan atas komtimen guru untuk
meningkatkan tahap penguasaan murid dan mengurangkan bilangan murid
pemulihan dan PLaN.

3.0 HAL LAIN-LAIN


Tiada

4.0 UCAPAN PENANGGUHAN


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_________________________________ _________________________________

(DHIVYA PRABA A/P SUGUMARAN) (MUTHUSELVAN A/L TANIMALLAI)

SETIAUSAHA MESYUARAT GURU GURU BESAR

You might also like