You are on page 1of 3

BORANG PENCATAT MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 46

SK KUBANG BATANG SESI 2022

TARIKH : 25 Jun 2022


HARI : Sabtu
MASA : 3.00 petang
TEMPAT : Dewan Sri Meranti
KEHADIRAN :

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Beliau mengalu-alukan kedatangan YB Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi; Ahli
Parlimen Tumpat atas kesudian hadir merasmikan Mesyuarat Agung Pibg Kali – 46.
1.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ibubapa dan penjaga yang
ramai bagi mesyuarat agung pada tahun ini berbanding sebelum ini yang menggunakan
platform googlemeet.
1.3 Beliau mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar dan guru-guru serta
jawatankuasa PIBG kerana kerjasama mengadakan Mesyuarat Agung pada kali ini.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 45


2.1 Puan Che Aisyah bt Yunus mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung kali Ke- 45
disahkan dan disokong oleh Encik Ahmad Saifuddin.

3.0 PERKARA – PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tn Hj Zulkifli bin Abdullah menyatakan pada agenda 9.4 perlantikan baru belum dibuat
untuk mengantikan En Raezi bin Ismail dan En. Ismail bin Yunos.
3.1.1 Beliau mencadangkan Tn Hj Ikram mengantikan En. Mohd Raezi bin Ismail
3.1.2 Imam Muda mencadangkan Marzuki bin Mohd Zikri (pegawai Bomba) sebagai
penganti En. Ismail bin Yunos.

4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN


4.1 Rujuk minit mesyuarat Agung ke 45 pada halaman 11; Encik Azmi selaku bendahari
membuat rumusan perbelanjaan mulai 01.01.2021 hingga 31.12.2021 sebanyak RM1766.80
dan baki wang pada 31.12.2021 adalah sebanyak RM4429.31
5.0 PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN YANG TELAH DITERIMA
5.1 Singkatkan masa Fardu Ain
- Tuan Guru Besar menyatakan perubahan masa tidak boleh diubah sesuka hati
kerana fardu ain dibawah selia JAKIM termasuk gaji guru kafa dan juga sukatan
pelajaran. Kementeriaan Pendidikan Malaysia hanya menyediakan tempat sahaja.

5.2 Cadangan Mansuhkan kelas Fardu Ain bagi tahun 1 dan 2


- Ibubapa yang tidak ingin menghantar anak mereka ke kelas fardu ain boleh
membuat surat kepada JAKIM.

5.3 Tempat berteduh untuk ibubapa menunggu


- Akan dipanjangkan kerana melibatkan banyak pihak termasuk JKR jika melibatkan
pembinaan di luar sekolah.

5.4 Guru tahap 1 diminta tidak terlalu garang elak murid tidak hadir ke sekolah
- Tuan guru besar telah memaklumkan kepada semua guru mengenai isu ini dan
memohon kerjasama semua agar bertoleransi.

5.5 Menyediakan bumper untuk melintas sebab lampu isyarat kadang-kadang rosak
- Sekolah sudah mohon dengan JKR dari tahun 90an namun tidak diluluskan

5.6 Longkang besar tepi pagar tidak ditutup


- Perkara ini akan diambil tindakan segera oleh pihak sekolah

5.7 Sediakan koridor dari pagar hingga ke kelas sekiranya hujan


- sekolah akan usahakan dan meneliti alternatif yang sesuai

5.8 Buku Teks tinggal di sekolah untuk elak beg berat


- kebarangkali untuk buku hilang tinggi jika tinggal di sekolah jadi mohon ibubapa
dan penjaga untuk sentiasa pantau jadual waktu anak jagaan mereka kerana setiap
hari hanya 4-5 matapelajaran sahaja.

5.9 Sediakan lebih banyak tangki air untuk elak isu ketiadaan air
- Dalam tempoh 2 bulan ini sekolah tiada lagi isu masalah air kerana sudah menukar
enjin air yang baru.
6.0 UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Tuan Guru Besar
6.1.1 Keluar masuk sekolah – ibu bapa tidak dibenarkan masuk menghantar anak jagaan
dengan kenderaan kecuali murid PPKI dan pra sekolah yang melalui pintu belakang.

6.1.2 Jika ibubapa terdapat sebarang masalah dan kesulitan mengenai anak mereka boleh
terus berjumpa dengan beliau dan juga pentadbir sekolah dan elakkan menggunakan kuasa
viral bagi mengulas isu di sekolah.

6.1.3 Selepas pasca pendemik , ramai murid yang masih tidak menguasai kemahiran
membaca bagi tahun 1 jadi sekolah menggunakan alternatif menempatkan satu kelas untuk
mengajar mereka semua.

6.1.4 Terdapat penilaian yang mengantikan peperiksaan seperti PBD, PBS, PAJSK, SEGAK,
Psikometrik dan PSSK (peperiksaan khas untuk sekolah khas). Diharap murid dapat
meneruskan kecemerlangan mereka dalam semua bidang.

6.2 PK HEM (Encik Zamri bin Omar)


6.2.1 Kemaskini APDM – segala bantuan seperti RMT, Bantuan awal persekolahan dan
kwamp melalui APDM. Mohon ibubapa mengemaskini pendapatan dan juga isi rumah jika
terdapat perubahan.
6.2.2 Pendaftaran tahun 1 telah dibuka sehingga 31 disember 2022 secara online.
6.2.3 Kehadiran murid di sekolah semakin menurun, harap ibubapa memberi kerjasama
dengan menghantar anak ke sekolah

6.3 NYDP
6.3.1 Yuran PIBG kekal sebanyak RM10 perkepala murid
6.3.2 Jumlah wang yang berjaya dikutip bagi tabung PIBG sebanyak RM140 manakala
untuk tabung surau sekolah sebanyak RM400.
6.3.3 YB telah menyumbang sebanyak RM2000 kepada PIBG
6.3.4 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.10 petang

You might also like