You are on page 1of 11

Mesyuarat Panitia Matematik Kali kedua, 2021

Tarikh : 13 Oktober 2021


Hari : Rabu
Masa : 10:00 pagi
Tempat : Stesen / Kediaman masing-
masing
Pautan: Google meet

Kehadiran:

1. En. Zulkibli bin Mohd Hashim Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
2. Pn. Rosmawati binti Mamat Ketua Panitia
3. En. Fakhruzi bin Osman Setiausaha
4. Pn. Kasma binti Shariff AJK
5. Pn. Noor Syuhana binti A. Bakar AJK
6. Pn. Humaira Seranie Ngaoh AJK
7. En. Mohd Zarifi Shah bin Mohd Zilu AJK
8. Pn. Fazlina binti Rosli Guru Pemulihan Tahap 1
9.0.

Tidak Hadir:
1 En. Mohd Aziehan bin Sa’ri Bersebab
2 Pn. Zainab binti Abdul Ghani Bersebab
1.0 : PERUTUSAN PENGERUSI

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al- Fatihah dan mengucapkan
jutaan terima kasih kerana sudi menghadiri mesyuarat Panitia Matematik Kali kedua,
2021. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid selaku wakil guru besar, guru-guru ajk Panitia Matematik di atas kerjasama yang
telah diberikan dalam menjayakan aktiviti panitia pada tahun ini walaupun kita
berhadapan dengan COVID 19 dan hanya bersekolah dalam tempoh yang singkat.
2. Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada dua orang ahli panitia baharu iaitu En.
Mohd Zarifi Shah yang baru bertukar dari Pulau Langkawi dan Pn. Humaira Seranie
Ngaoh yang bertukar dari Sarawak.

Tindakan: Makluman

2.0 UCAPAN WAKIL GURU BESAR / WAKIL


3. Terima kasih pengerusi dan semua ahli panitia matematik kerana sudi meluangkan masa
pada hari ini secara atas talian menerusi aplikasi google meet untuk mengadakan
mesyuarat panitia matematik kali kedua.
4. En. Zulkibli mengucapkan selamat datang kepada Cikgu Mohd Zarifi Shah dan Puan
Humaira Seranie Ngaoh ke Sekolah Kebangsaan Kodiang. Sekiranya terdapat sebarang
masalah boleh rujuk ahli panitia yang dah lama di sekolah ini.
5. En. Zulkibli berharap semua ahli Panitia meneruskan usaha murni untuk mendidik anak-
anak Sk Kodiang supaya terus memacu TS25 yang diwar-warkan sebagai kohort pertama.
6. Selain itu, berharap kita semua jangan lupa dengan bahan utama rujukan kita sebagai guru
iaitu DSKP dan buku teks dalam bidang Pendidikan dan juga RPH yang kita pegang SPI
bilangan 3 tahun 1999 di mana ada 3 perkara iaitu berkaitan dengan objektif, cara
mencapai objektif dan refleksi.
7. En. Zulkibli selaku penasihat dan AJK Panitia ingin menyampai pesanan daripada pihak
pentadbir iaitu guru besar berkaitan panitia iaitu :
7.1 membincangkan berkaitan dengan intervensi untuk murid yang mendapat TP 2
untuk mengatasi bagi meningkatkan ke TP yang lebih tinggi.
7.2 Intervensi berkaitan isu PdPR yang murid tidak mengikuti dan tidak hadir PdPR
samada untuk membantu mereka dengan menyediakan modul berfokus atau
sediakan program-program lain yang bersesuaian dengan mereka.
7.3 Berkaitan dengan kewangan panitia iaitu boleh guna duit panitia sebagai motivasi
kepada murid seperti anugerah momento yang terdahulu dan memilih lebih ramai
murid untuk mendapat anugerah atau ganjaran. Selain itu, duit panitia boleh
digunakan untuk membeli keperluan panitia untuk dijadikan bahan serta
diletakkan di sudut untuk dijadikan Kawasan sekolah bermaklumat selaras dengan
sekolah TS25
8 Akhir sekali En. Zulkibli menyampaikan salam daripada tuan guru besar kerana beliau ada
mesyuarat yang lain.

3.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU

9 Setiausaha memohon semua ahli menyemak minit mesyuarat lalu dari segi kesilapan ejaan
dan fakta.
10 Encik Fakhruzi bin Osman membentangkan minit mesyuarat panitia kali pertama (2021)
untuk disahkan.
Cadangan disahkan : Puan Kasma binti Sharif
Sokongan : Puan Fazlina binti Rosli

4.0 : PERKARA BERBANGKIT / MAKLUM BALAS MESYUARAT


11 Perkara 29, Pn. Rosmawati memaklumkan berkaitan dengan perkara yang dirancang belum
sempat dilaksanakan berikutan sesi persekolahan 2021 hanya 2 bulan sahaja secara
bersemuka. Manakala, pemantapan google classroom telah dijalankan.
12 Perkara 40, dminta kepada semua ahli panitia bersedia untuk menyiapkan bahan
pencerapan Pdpr secara online. Bahan maklumat yang dikehendaki telah dimasukkan oleh
Penolong Kanan Pentadbiran Cikgu Na Raai dalam group official sekolah.
13 Perkara 43, Pn. Rosmawati membangkit isu berkaitan peralatan ABM Matematik yang
diletakkan di meja guru disebabkan tiada bilik khas untuk menyimpan peralatan ABM
Matematik.
14 Perkara 45, berkaitan ujian, peperiksaan dan pentaksiran En. Zulkibli memaklumkan buat
masa sekarang tiada maklumat berkaitan dengan ujian bertulis, Cuma guru besar meminta
guru menekankan pentaksiran bilik darjah iaitu PBD secara lebih padu.

5.0 ANALISIS DAN POST MORTEM PBD

15 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia diatas pentaksiran yang
dilaksanakan untuk penggal pertama.
16 Setiausaha, membentangkan powerpoint berkaitan analisis PBD mengikut tahun seperti
dilampiran 1
17 Pn. Fazlina memaklumkan berkaitan PBD tahun 1 yang mendapat TP1, buat masa sekarang
tiada makluman daripada guru mata pelajaran. Cuma dari kelas 1IBK sahaja didapati murid
yang bermasalah kearah kelas pemulihan.
18 Pn. Fazlina memaklumkan berkaitan murid pemulihan tahun 2 yang bermasalah iaitu Aidiel
Hezriq yang tidak langsung mengikuti kelas Pdpr dan murid ini juga bermasalah dalam
pembelajaran.
19 Pn. Humaira memaklumkan beliau tidak mengenali murid sepenuhnya lagi untuk penilaian
PBD, hasil kerja murid yang dihantar oleh murid kebanyakkan betul.
20 Pn. Fazlina memaklumkan tiada TP1 untuk Tahun 3 dan seramai 12 orang untuk TP2 yang
melibatkan murid pemulihan.
21 Pn. Fazlina memaklumkan TP1 untuk tahun 4 adalah murid pemulihan tegar dan telah
dicalonkan untuk kelas Pendidikan Khas.
22 En. Zulkibli meminta guru mata pelajaran tahun 6 menyenaraikan murid bermasalah dalam
Pdpr untuk dibincangkan untuk Tindakan selanjutnya. Tahun 6 amat penting dalam PBD
akhir untuk kemasukan ke sekolah menengah nanti.
Tindakan: Semua ahli
panitia

6.0 PROGRAM PENAMBAHBAIK PDPR

23 Pengerusi memaklumkan penambahbaik dalam Pdpr iaitu mengadakan kelas atas talian
secara bersemuka samada melalui Google Meet, Video Chat Telegram dan apa sahaja
yang sesuai untuk guru dan murid untuk bersemuka.
24 Pengerusi menyatakan penggunaan modul tidak perlu untuk tahap 1 berikutan murid
mempunyai buku aktiviti sendiri yang dibekalkan oleh Kementerian.
25 En. Mohd Zarifi menyatakan Pdpr yang dilaksanakan di sekolah lama beliau di Langkawi
iaitu menggunakan kaedah modul sepenuhnya.
26 En. Fakhruzi mencadangkan modul untuk tahap 2 disediakan kepada murid yang
bermasalah dari segi pautan internet,tidak mengikuti Pdpr dan sebagainya. Modul hanya
disediakan kepada sesetengah murid sahaja.
Tindakan: Semua ahli
panitia

7.0 PROGRAM KECEMERLANGAN PANITIA

27 En. Fakhruzi meminta agar program yang dibincangkan pada mesyuarat pertama dapat
diteruskan pada tahun ini.
28 Pengerusi memaklumkan sudut panitia matematik di laluan bangunan belakang tidak sesuai
disebabkan Kawasan yang terbuka dan menyebabkan bahan menjadi rosak kerana angin
dan hujan yang tempias.
29 Pengerusi mencadangkan bilik sebelah bilik J-Qaf dijadikan bilik matematik untuk
menyimpan peralatan panitia yang ada. En. Zulkibli akan mencadangkan penggunaan bilik
tersebut kepada tuan guru besar nanti untuk kelulusan.
Tindakan: Semua ahli
panitia

8.0 PROGRAM KOAKADEMIK

30 Pengerusi meminta ahli panitia yang berkebolehan dan berbakat dalam sesuatu bidang
terutamanya STEM untuk melatih murid untuk menyertai pertandingan berkaitan
matematik.
Tindakan: Semua ahli
panitia

9.0 KEWANGAN

31 Pengerusi membentang penyata kewangan seperti di lampiran 2.


32 Pengerusi memaklumkan baki wang PCG panitia matematik sebanyak RM 662.10
33 En. Zulkibli memaklumkan bahawa jika Sk, Kodiang menetapkan perlu tinggal 10% baki
wang panitia, pihak panitia perlu akur dengan arahan yang diberikan.
34 Pengerusi memaklumkan bahawa baki wang panitia boleh digunakan untuk membeli untuk
sudut panitia berdasarkan yang dibincangkan bersama guru besar.

10.0 HAL-HAL LAIN

35 Pengerusi membincangkan berkaitan anugerah momento siri 2 iaitu perbincangan berkaitan


kategori anugerah dan bilangan murid.
36 En. Zulkibli memaklumkan untuk anugerah momento siri 2 setiap panitia diberikan
tanggungjawab untuk memilih sendiri murid untuk menerima hadiah berdasarkan
penglibatan murid dalam Pdpr. Jadi, setiap panitia perlu menyediakan kertas kerja yang
lengkap untuk menggunakan duit panitia bagi melaksanakan program tersebut.
37 Pn. Kasma memaklumkan untuk anugerah momento memerlukan kewangan yang agak
tinggi seperti guru besar maklumkan dalam panitia Bahasa Inggeris. Sekiranya, tidak
mencukupi guru besar akan tambahkan dana untuk setiap panitia.
38 En. Zulkibli memaklumkan sekiranya terdapat guru ingin menyampaikan hadiah kepada
murid yang memerlukan waris hadir ke sekolah untuk mengambil hadiah perlu
dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pentadbir.
39 Ucapan akhir, harapan daripada pihak pentadbir En. Zulkibli meminta kita ahli panitia
matematik sentiasa bekerjasama dalam menentukan hala tuju supaya panitia menjadi lebih
cemerlang lagi.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12:00 tengahari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………. ………………..…………………….
( EN. FAKHRUZI BIN OSMAN) (PN. ROSMAWATI BINTI MAMAT)
Setiausaha Panitia Matematik, Ketua Panitia Matematik
SK Kodiang SK Kodiang
LAMPIRAN 1

ANALISIS PENTAKSIRAN BILIK DARJAH


(PBD) JUN 2021 TAHUN 1 HINGGA 6

Tahun 1

Tahun 2
Tahun 3

Tahun 4
Tahun 5

Tahun 6
LAMPIRAN 2

Penyata kewangan panitia matematik 2021


Bagi tempoh 1 januari hingga 20 september 2021
LAMPIRAN 3

Rekod bergambar sesi google meet mesyuarat panitia


matematik
LAMPIRAN 4

Rekod kehadiran
mesyuarat panitia matematik KALI KEDUA/2021

BIL NAMA GURU KEHADIRAN

1 EN. ZULKIBLI BIN MOHD HASHIM

2 PN. ROSMAWATI BINTI MAMAT

3 EN. FAKHRUZI BIN OSMAN

4 PN. KASMA BINTI SHARIF

5 PN. NOOR SYUHANA BINTI A. BAKAR

6 PN. FAZLINA BINTI ROSLI

7 EN. MOHD ZARIFI SHAH BIN MOHD ZILU

8 PN. HUMAIRA SERANIE NGAOH BINTI ABDULLAH

9 PN. ZAINAB BINTI ABDUL GHANI

10 EN. MOHD AZIEHAN BIN SA’RI

You might also like