You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI BIL.

2/2023

Tarikh : 21 Ogos 2023


Hari : Isnin
Masa : 12.45 tengah hari
Tempat: Bilik Mesyuarat

Kehadiran:
1. Cikgu Zainol anak Emus Penolong Kanan Pentadbiran
2. Cikgu David anak Fabian Libau Penolong Kanan HEM
3. Cikgu Larry anak Tandang Ketua Panitia RBT
4. Cikgu Ademalek bin Julaihi
5. Cikgu Sofian bin Mohamad

Tidak Hadir Bersebab:


1. Tiada

Agenda:
1. Ucapan aluan pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lepas
3. Perkara berbangkit
4. Ahli Jawatankuasa 2023
5. Penyemakan buku latihan
6. Pentaksiran RBT
7. Professional Learning Community
8. Hasil kerja murid
9. Peruntukan Panitia RBT 2023
10. Pendekatan Bertema
11. Hal-hal lain
1. Ucapan aluan pengerusi
1.1 Cikgu Larry anak Tandang mengucapkan salam sejahtera kepada semua ahli panitia mata
pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi.
Tindakan: Makluman semua.

2. Pengesahan minit mesyuarat lepas


2.1 Pencadang: Ademalek
2.2 Disokong: Sofian
Tindakan: Makluman semua.

3. Perkara berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit.
Tindakan: Makluman semua.

4. Ahli jawatan kuasa Panitia RBT 2023


Pengerusi: Cikgu Chua Khai Gii (Guru Besar)
Naib Pengerusi: Cikgu Zainol anak Emus (PK 1)
Ketua Panitia: Cikgu Larry anak Tandang
Setiausaha: Cikgu Sofian bin Mohamad
Guru MP RBT 4A: Cikgu David anak Fabian Libau
Guru MP RBT 4B: Cikgu Ademalek
Guru MP RBT 5A: Cikgu Sofian
Guru MP RBT 5B: Cikgu Larry anak Tandang
Guru MP RBT 6A: Cikgu Sofian
Guru MP RBT 6B: Cikgu Ade
Tindakan: Makluman semua

5. Penyemakan buku latihan murid


51. Pastikan guru-guru tidak terlupa menghantar buku latihan murid sebanyak 10 naskah sahaja
(4 lemah, 3 sederhana, 3 pandai) kepada pihak pentadbiran bagi tujuan penyemakan seperti
ketetapan dibawah ini:
5.2 Penyemakan kali pertama – 19 April 2023 (PK Hem) – Sudah laksana.
5.3 Penyemakan kali kedua – 26 Mei 2023 (PK KK) – Sudah laksana.
5.4 Penyemakan kali ketiga – 27 September 2023 (PK Hem) – Belum laksana.
5.5 Penyemakan kali keempat – 31 Oktober 2023 (PK KK) – Belum laksana.
Tindakan: Makluman semua

6. Pentaksiran RBT
6.1 Setakat tarikh 21 Ogos 2023, tiada arahan daripada pihak pentadbir sekolah untuk guru mata
pelajaran mengadakan pentaksiran setara di peringkat sekolah.
6.2 Guru-guru mata pelajaran RBT boleh membuat pentaksiran atau ujian sendiri di dalam kelas
melalui ujian topikal ataupun ujian bulanan bagi mengesan tahap penguasaan murid di dalam
kelas masing-masing.
Tindakan: Makluman semua

7. Professional Learning Communities (PLC)


7.1 Pada 18 Julai 2023 yang lepas, pegawai meja RBT di PPD Sibu mengarahkan setiap sekolah
mengadakan PLC sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
7.2 Fasa 1: Cikgu Larry anak Tandang
7.3 Fasa 2: Sofian (bulan Disember)
Tindakan: Makluman semua

8. Hasil kerja murid


8.1 Guru-guru mata pelajaran hendaklah menyediakan satu sudut ruang di dalam kelas untuk
meletak dan mempamerkan hasil kerja projek yang telah dihasilkan di dalam kelas yang diajar.
8.2 Pamerkan hasil kerja yang terbaik sahaja.
Tindakan: Makluman semua

9. Peruntukan panitia RBT 2023


9.1 Setakat 21 Ogos 2023, Encik Lahan memberitahu peruntukan untuk mata pelajaran RBT
belum masuk ke dalam akaun sekolah.
9.2 Belum dapat memesan barang, sekiranya guru-guru ada cadangan untuk membuat pesanan
boleh diusulkan kepada ketua panitia.
Tindakan: Makluman semua

10. Pendekatan bertema


10.1 Panitia RBT hendaklah melaksanakan sekali pengajaran pendekatan bertema sepanjang
bulan Ogos 2023.
10.2 Dijalankan mengikut ketetapan berikut:
 Guru MP: Cikgu Larry anak Tandang
 Kelas: 5B
 Tarikh: 24 Ogos 2023
 Hari: Jumaat
 Jam: 0740-0840
 Tema: Sains dan Teknologi
Tindakan: Makluman semua

11. Hal-hal lain


11.1 Format RPH – tiada ketetapan RPH untuk RBT pada peringkat sekolah tetapi di dalam RPH
mesti mempunyai perkara wajib seperti Objektif pembelajaran, aktiviti pengajaran dan refleksi
yang bertulis tangan.
11.2 Amanat daripada pegawai meja RBT – Guru RBT dikehendaki untuk menjalankan
pengajaran PAK21 dan Pembelajaran Terbeza di dalam RPH RBT masing-masing.
11.3 Penghantaran laporan ke PPD – tidak perlu menggunakan hard copy lagi. Panitia RBT
hanya perlu memasukkan laporan itu ke dalam Google-drive PPD Sibu yang hanya boleh diakses
oleh ketua panitia RBT sekolah sahaja.
11.4 Papan mikro pengawal – Cikgu Ademalek memohon untuk membeli 2 set papan mikro
pengawal yang berharga RM110/seunit untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas.
Tindakan: Makluman semua
12. Penangguhan Mesyuarat
12.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 petang.
Pencadang: Cikgu David anak Fabian Libau
Disokong: Cikgu Ademalek bin Julaihi

Disediakan: Disemak: Disahkan:

_______________________ ________________________ ________________________


(SOFIAN BIN MOHAMAD) (LARRY ANAK TANDANG) (CHUA KHAI GII)
Setiausaha, Ketua Panitia, Guru Besar,
Panitia RBT, Panitia RBT, SK Hua Hin English.
SK Hua Hin English. SK Hua Hin English. Tarikh:_________________
Tarikh:_________________ Tarikh:__________________

You might also like