You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN ST DUNSTAN (M)

94950 SEDUKU, LINGGA SARAWAK

_______________________________________________________

Minit Mesyuarat Dialog Prestasi 1/2017

Tarikh : 18 Januari 2017 (Rabu)


Masa : 02.00 pm
Tempat : Bilik Guru SKSD

Kehadiran :

1. En. Augustine ak Beckwell - Guru besar


2. En. Downey ak George - Penolong Kanan 1
3. Pn. Rabeah bt Maduni - Penolong Kanan HEM
4. En. Awgku Omar bin Awgku Mahmud - Penolong Kanan Kokurikulum
5. En. Spencer Ahjie
6. En. Abang Hastanal Madani
7. Pn. Wetner ak Joing
8. En. Syahrul Majid
9. Pn. Amelia ak Chakoi
10. Pn. Siti Zubaidah bt Wahab
11. Pn. Norbaizura bt Kiprawi - Setiausaha
12. Pn. Nurul Afiqah bt Mohd Riffin

1.0 Kata alu-aluan

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir ke
dialog prestasi yang pertama.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa dialog prestasi merupakan perancangan yang
berjadual untuk pemantauan dari segi prestasi untuk mencari penyelesaian masalah.
1.3 Semua guru subjek teras tahun 6 dikehendaki membuat ketetapan target bagi subjek
UPSR 2017.
1.4 Pengerusi memohon setiausaha rujuk takwim sekolah dalam usaha membuat takwim
Dialog Prestasi 2017.

Tindakan: Semua guru


2.0 PELANTIKAN JAWATANKUASA DIALOG PRESTASI 2017

Pengerusi : En.Augustine ak Beckwell (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : En. Downey ak George (PK1)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Pn. Rabeah bt Maduni (PK HEM)
Naib Pengerusi : En. Awgku Omar bin Awgku Mahmud (PK1)
Ahli : Semua guru dan AKP sekolah

Tindakan: Untuk makluman


3.0 PENETAPAN TOV DAN ETR KEHADIRAN MURID

- Guru besar memohon agar buku kehadiran dihantar kepada Penolong Kanan HEM tiga
hari selepas rumusan hujung bulan dibuat.
- Murid yang tidak cukup kehadirannya harus dibuat intervensi di mana guru kelas
hendaklah mengenalpasti masalah atau punca murid yang tidak hadir.
- Guru kelas dikehendaki mengemaskini maklumat dalam apdmuntuk memudahkan
permohonan RMT.
- Keputusan: Setiap guru kanan harus melengkapi apdm pada atau sebelum hari Isnin
setiap minggu.

Tindakan: Guru kelas


4.0 PENETAPAN TARGET UPSR (PK 1)

- Semua guru subjek teras dikehendaki menetapkan target untuk kelas masing-masing.
- Penolong Kanan 1 memaklumkan bahawa GPS sekolah adalah 3.75. ini akan dijadikan
sebagai TOV untuk menetapkan sasaran yang baru. Hasil dari TOV tersebut sekolah
mensasarkan GPS sekolah 3.10.

Tindakan: Guru subjek teras


5.0 LAWATAN SIP DAN SISC PARTNER

- Guru besar menyatakan dapatan dari lawatan tersebut. Semua guru dikehendaki
memberikan kerjasama dalam usaha memajukan pengurusan sekolah. Dapatan dari
lawatan tersebut ialah:

a) Sekolah telah menyediakan semua fail. Semua guru dikehendaki mengemaskini fail
masing-masing. Semua bengkel, mesyuarat, taklimat, dan program haruslah
didokumentasikan.
b) Pembelajaran abad ke 21. Guru yang pernah mengikuti kursus pembelajaran abad
ke 21 perlu menyebarluaskan maklumat tersebut kepada semua guru.

Tindakan: En. Awgku Omar

c) Professional Learning Community (PLC) Pada tahun ini matapelajaran matematik


dikehendaki melaksanakan Lesson Study demi memastikan keberhasilan dalam pdp.
d) Semua ketua panitia dikehendaki membuat pelan strategik. Dokumen tersebut
haruslah disimpan di dalam fail panitia dan PK1.

Tindakan: Ketua Panitia

6.0 HAL-HAL LAIN

- Cikgu Afiqah memaklumkan bahawa NILAM untuk guru akan mula dilaksanakan seawal
Februari. Cikgu Afiqah juga menyentuh mengenai guru bertugas pagi hendaklah
membudayakan bersalam dengan murid dalam usaha menjayakan Program Guru
Penyayang di dalam sekolah.
- Cikgu Downey mengusulkan penyediaan soalan bagi subjek teras dalam bentuk format
baharu untuk murid tahun 3.
- Cikgu Rabeah memaklumkan memohon untuk jadual waktu individu ditandatangani dan
disahkan oleh guru besar. Beliau juga memohon agar buku rekod prestasi murid
diselaraskan agar seragam. Namun begitu atas sebab semua markah diisi secara online
melalui tapak SAPS, fail akan digunakan untuk simpanan slip keputusan murid.

9.0 PENUTUP

Cikgu Syahrul Majid mencadangkan mesyuarat ditangguhkan dan disokong oleh Pn. Amelia
ak Chakoi. Dialog Prestasi berakhir pada pukul 3.30 pm.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

................................................................. .................................................................
( Pn.Norbaizura bt Kiprawi) ( En. Downey ak George)
Setiusaha Dialog Prestasi Pen. Kanan Kurikulum
SKSD 2017 SKSD 2017

Disahkan oleh:

.................................................................
( En. Augustine ak Beckwell)
Guru Besar
SKSD 2017

You might also like