You are on page 1of 14

KERTAS CADANGAN

PROGRAM
TRANSISI
TAHUN SATU
(PTTS 2.0)
2024/2025
Anjuran :
Unit Kurikulum & Unit Hal Ehwal Murid

1
[No. Ruj.]

KERTAS CADANGAN
PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU (PTTS) 2.0
Yang Berusaha Guru Besar,

PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU (PTTS) 2.0


___________________________________________________________________________

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Program Transisi Tahun Satu (PTTS) 2.0 dirangka bertujuan menyediakan murid daripada
pelbagai latar belakang dan tahap penguasaan untuk menghadapi perubahan, menyesuaikan
diri serta membina keyakinan diri dalam persekitaran baharu di sekolah rendah. Program ini
dirangka dengan mengambil kira kurikulum prasekolah dan Tahun Satu dengan penekanan
terhadap lima aspek iaitu sosioemosi, sikap dan nilai, kognitif, kreativiti dan estetika serta
kesejahteraan fizikal dan kesihatan. Kelima-lima aspek ini disepadukan dalam pelaksanaan
PTTS 2.0. Bagi memastikan program ini dilaksanakan dengan berkesan, kerjasama dan
sokongan pentadbir, guru dan ibu bapa/penjaga amat diperlukan. Persekitaran sekolah dan
rumah juga memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan program ini.

3. OBJEKTIF PROGRAM

a) Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau


prasekolah/ tadika kepada pendidikan formal.
b) Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.
c) Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
d) Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial
serta pembelajaran.
e) Membantu murid mengurus diri sendiri.
f) Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran
seterusnya.

4. KUMPULAN SASAR

Semua murid Tahun 1 2024/2025

2
5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

PTTS 2.0 distrukturkan dalam dua fasa iaitu Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan seperti
berikut:

FASA TARIKH PENGISIAN/MODUL


PENYESUAIAN 11 – 22 MAC 2024 Modul Orientasi:
i) Rutin Kelas
ii) Perbualan Awal
iii) Aktiviti Fizikal
iv) Aktiviti Suai Kenal
v) Aktiviti Pembelajaran
vi) Rehat
KESEDIAAN 25 MAC – 5 APRIL 2024 Modul:
a) Pendekatan Bertema
b) Pembelajaran Berasaskan
Projek

6. JAWATANKUASA KERJA

6.1 Jawatankuasa Induk

Pengerusi : (Guru Besar)


Timb. Pengerusi : Pn. Rohaini binti Mustari (Pen. Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : En. Othman bin Suja’ (Pen. Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Aminah binti Basri (Pen. Kanan Ko-Kurikulum)
Naib Pengerusi 3 : En. Firdaus bin Bakri @ Hashim (Pen. Kanan PPKI)
Penyelaras : Cik Ainil Fauzani bt. Rosmadi
Setiausaha : Cik Nor Fadhilah bt. Shihabudin
Ahli Jawatankuasa : Pn. Nurul Yakin binti Supeni
En. Muhamad Omar bin Zainuddin
En. Wan Mohd Khairi bin Wan Ibrahim
Pn. Siti Nadrah bt. Mohd Marzuki
En. Azhar bin Abdul Aziz
Pn. Nor Laily Samsinar binti Ahmad Zawawi
Pn. Noraisah binti Hashim
Pn. Nor Sohaila binti Abd Hamid
En. Rizal bin Osman
Pn. Nurulhuda bt. Adam
Pn. Siti Mahanum bt. Jayalani
3
6.2 Penyelaras Aktiviti : Cik Ainil Fauzani bt. Rosmadi

7. IMPLIKASI KEWANGAN

7.1. Sumber kewangan

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1. PIBG 748.00
2. Sumbangan Ibu Bapa Tahun 1 2024 690.00
JUMLAH 1438.00

7.2. Anggaran perbelanjaan

HARGA JUMLAH
BIL PERKARA KUANTITI
SEUNIT (RM) (RM)
1. Buku Aktiviti Minggu Transisi Tahun 1 2024 69 buah 6.50 448.50
Bahan Murid
- Kertas A4 (putih), kertas Warna A4, pensel
2. tulis, pensel warna, pemadam, pengasah 69 3.50 241.50
pensel, fail poket, tag nama, plastisin, gam,
gunting, belon, hadiah murid
JUMLAH A 690.00
3. Banner Program 1 90.00 90.00
4. Buku Program 140 0.20 28.00
5. Makanan Ibu Bapa 210 3.00 630.00
JUMLAH B 748.00
JUMLAH BESAR A + B 1438.00

7.3. Kelulusan pindah peruntukan

- Tiada

8. ULASAN JPN/PPD (sekiranya perlu)

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

4
9. PENUTUP

Program Transisi Tahun Satu pada tahun 2024 ini diharap dapat berjalan dengan baik hasil
kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibubapa / penjaga. Justeru, diharap semua pihak
dapat bekerjasama dalam menjayakan program ini.

Disediakan Oleh : Disemak oleh :

…………………………………………………………………… ……………………………………………………………………

(Ainil fauzani bt. Rosmadi) (Rohaini bt. Mustari)


Jawatan: Penyelaras Program Transisi Tahun Satu Jawatan : Pen. Kanan Pentadbiran
(PTTS) 2.0 Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Batu 38
Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Batu 38 Tarikh : 4 Mac 2024
Tarikh: 1 Mac 2024

5
[No. Ruj ]

KERTAS CADANGAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU (PTTS) 2.0

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program Transisi Tahun Satu (PTTS) 2.0

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program Transisi Tahun Satu (PTTS) 2.0

Ulasan:

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………
(ROHAINI BT. MUSTARI)
Pen. Kanan Pentadbiran
b.p Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Batu 38
Tarikh: 4 Mac 2024

6
Lampiran A

PELAN TINDAKAN PTTS 2.0 2024/2025

Bil Perkara Tarikh Tindakan

1. Menerima surat arahan daripada KPM/JPNS 15/1/2024 Guru Besar

2. Menerima Kit Program Transisi Tahun 1 2.0 Januari 2024 Penyelaras


2024/2025
3. Bengkel Penyelarasan Program Transisi Tahun 23/1/2024 Penyelaras
Satu (PTTS 2.0) untuk Penyelaras
4. Taklimat PTTS 2.0 untuk Guru Besar 31/1/2024 Guru Besar

5. LDP Fasa 1 (bersama semua guru) 5/2/2024 Penyelaras

6. Merancang Jadual Pelaksanaan PTTS 2.0 Mac 2024 Penyelaras


2024/2025
7. LDP Fasa 2 Pelaksanaan PTTS 2.0 (bersama Guru 5/3/2024 Penyelaras
Matapelajaran Tahun 1)
8. Taklimat PTTS 2.0 untuk Ibu Bapa/Penjaga 8/3/2024 Guru Tahun 1 &
Ibu bapa / Penjaga
9. Pendaftaran murid Tahun 1 2024/2025 11/3/2024 Guru Kelas Tahun
1
10. Pelaksanaan PTTS 2.0 11/3-5/4 2024 Guru
Matapelajaran
Tahun 1
11. Lawatan Verifikasi dan Bimbingan Kesediaan Mac/April 2024 PPD/JPNS
Pelaksanaan PTTS 2.0 oleh PPD/JPNS
12. Penangguhan Program Transisi Murid Tahun 1 5/4/2024 Guru Besar dan
2024/2025 Guru
Matapelajaran
Tahun 1
13. Penghantaran laporan ke PPD 16/4/2024 Penyelaras

7
SENARAI NAMA GURU MATAPELAJARAN TAHUN 1
SESI 2024/2025

BIL MATAPELAJARAN NAMA GURU

1. BAHASA MELAYU • AINIL FAUZANI BT. ROSMADI

• NOR SOHAILA BT. ABD HAMID

2. BAHASA INGGERIS • NOR LAILY SAMSINAR BT. AHMAD


ZAWAWI

• SITI NADRAH BT. MOHD MARZUKI

3. MATEMATIK • AZHAR B. ABD AZIZ

4. SAINS • RIZAL B. OSMAN

• NOR LAILY SAMSINAR BT. AHMAD


ZAWAWI

5. PENDIDIKAN ISLAM • NURULHUDA BT. ADAM

• SITI MAHANUM BT. JAYALANI

6. PENDIDIKAN SENI VISUAL • NURUL YAKIN BT. SUPENI

• WAN MOHD KHAIRI B. WAN IBRAHIM

7. PENDIDIKAN JASMANI & • SITI NADRAH BT. MOHD MARZUKI


KESIHATAN
• MUHAMAD OMAR B. ZAINUDDIN

8. PENDIDIKAN MUZIK • SITI MAHANUM BT. JAYALANI

• NURULHUDA BT. ADAM

9. BAHASA ARAB • NORAISAH BT. HASHIM

10. TASMIK • WAN MOHD KHAIRI B. WAN IBRAHIM

• SITI MAHANUM BT. JAYALANI

• NURULHUDA BT. ADAM

8
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

MINGGU: 1 HARI: ISNIN TARIKH: 11 MAC 2024

Lagu Tema: KAMI MURID BARU


(Minus one: https://www.youtube.com/watch?v=ULENn-dEDaQ)
(Lirik & Vocal: https://youtu.be/Cgs50DJPRXA?si=LOYT7HJlSYPqJX7i)

FASA PENYESUAIAN MINGGU 1: 11.3.2024 – 15.3.2024


WAKTU KANDUNGAN TINDAKAN/
CATATAN
Menerima kehadiran murid Guru kelas/
7.10 – 7.30 pagi • Guru kelas/guru pembantu menerima kehadiran murid di luar Guru pembantu
kelas.
(20 minit) • Murid beratur di luar kelas. • Kelas 1 Adil
• Murid bergerak masuk ke kelas. • Kelas 1 Arif
RUTIN KELAS Guru kelas/Guru
Pengurusan Kelas matapelajaran
Objektif: Pada akhir PDP murid dapat,
• Belajar dalam keadaan yang kondusif dan selamat.
• Mengamalkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Murid
berkumpul di
7.30 – 8.00 pagi Aktiviti: dalam kelas
• Adab dan tatacara masuk ke kelas. masing-masing
(30 minit) • Ambil kedatangan, ucapan salam, bacaan doa. bersama guru.
• Menerangkan peraturan sekolah, di dalam kelas dan sewaktu
rehat.
• Nyanyian lagu tema, KAMI MURID BARU. Nilai Murni:
Kerajinan
PERBUALAN AWAL Guru kelas/Guru
Adakah Kamu Gembira? matapelajaran
8.00 – 8.30 pagi Objektif: Pada akhir PDP murid dapat,
• Mengenali guru dan rakan-rakan sekelas.
(30 minit) • Menyatakan perasaan semasa berada di kelas.

Aktiviti:
• Guru memulakan perbualan santai bersama murid.
• Guru memperkenalkan diri di hadapan murid.
• Murid menyebut nama guru kelas dengan betul.
• Murid diperkenalkan dengan sekolah dan menyebut nama
sekolah dengan betul.
• Murid diperkenalkan oleh guru kelas.
• Murid menyebut nama di hadapan rakan-rakan kelas.

9
AKTIVITI FIZIKAL Guru
Hopscotch Hands & Feet matapelajaran
Objektif: Pada akhir PDP murid dapat,
• Meningkatkan kemahiran motor kasar (Gross Motor Skill).
• Meransang perkembangan kognitif. Nilai Murni:
8.30 – 9.00 pagi Bersemangat
Aktiviti
(30 minit) • Senaman ringan, ringkas dan mudah.
• Guru menyusun lembaran Hopscotch di atas lantai. BBM:
• Memberi penerangan cara melaksanakan aktiviti Hopscotch. Lembaran
• Murid berjalan, merangkak dan berdiri mengikut lembaran Hopscotch
Hopscotch yang telah disusun oleh guru.
• Murid bergilir-gilir melakukan aktiviti.

AKTIVITI SUAI KENAL Guru


Jom Kenali Sekolah Kita! matapelajaran
9.00 – 10.00 Objektif: Pada akhir PDP murid dapat,
pagi • Mengenali fasiliti-fasiliti di sekolah.
• Menerapkan adab yang baik di dalam diri murid. Aktiviti lawatan
(60 minit) secara bergilir di
Aktiviti: suatu lokasi.
Tatacara dan adab ke tandas
• Lawatan ke tandas murid.
9.00 – 9.30 pagi → 1 Arif
9.30 – 10.00 pagi → 1 Adil
• Adab meminta izin ke tandas.
• Adab masuk dan keluar tandas.
• Peraturan menggunakan tandas.

10
Aktiviti:
Tatacara dan adab ke kantin
• Lawatan ke kantin sekolah.
9.00 – 9.30 pagi → 1 Adil
9.30 – 10.00 pagi → 1 Arif
• Beratur di luar kelas.
• Peraturan ketika beratur di kantin.
• Penerangan tatacara membeli makanan dan minuman.
• Penerangan tentang adab-adab sebelum dan selepas makan.
REHAT Guru kelas/ Guru
10.00 – 10.20 Saya Kenyang, Saya Bersyukur matapelajaran
pagi Aktiviti:
• Murid membasuh tangan dengan betul.
(20 minit) • Murid beratur di luar kelas dan bergerak ke kantin bersama EMK:
guru. Pendidikan
• Membaca doa sebelum dan selepas makan. Moral,
• Membuang bungkusan makanan ke dalam tong sampah dan Pendidikan
membersihkan meja. Islam
• Mengutip sisa makanan yang tumpah.

AKTIVITI PEMBELAJARAN – Literasi Asas Guru


Pratulis matapelajaran
Objektif: Pada akhir PDP murid dapat,
10.20 – 10.50 • Menyebut huruf A - Z dengan betul. Nilai Murni:
pagi • Memegang pensel dengan cara yang betul. Bersungguh-
sungguh
(30 minit) Aktiviti:
• Nyanyian lagu huruf ABC. EMK:
• Murid diberi penekanan cara memegang pensel dengan betul. Bahasa Melayu
• Murid menyambung garisan putus-putus dan warna.
BBM:
Lembaran kerja
ABC
AKTIVITI SUAI KENAL Guru kelas/Guru
10.50 – 11.50 Kenali Diri & Rakan-Rakan matapelajaran
pagi Objektif: Pada akhir PDP murid dapat,
• Menyatakan warna kegemaran masing-masing
(60 minit) • Menyebut nama rakan yang mempunyai warna kegemaran Nilai Murni:
yang sama. Mengasihi orang
• Menzahirkan perasaan di sekolah melalui memek muka dan lain.
perbuatan.

Aktiviti 1:
• Setiap murid diberi sehelai kertas.
BBM:

11
• Murid dikehendaki melukis jari tangan dan mewarna Kertas A4,
menggunakan satu warna kegemaran masing-masing. Pensel, Pensel
• Semua murid menunjukkan kertas yang sudah diwarnakan. Warna.
• Murid bersuai kenal dengan rakan yang mempunyai warna
jari tangan yang sama.
• Murid menyebut nama rakan yang mempunyai warna yang
sama.
• Catatan: Aktiviti diulang dengan warna yang berlainan.

Aktiviti 2:
• Guru mengajak murid menyanyi lagu ‘Kalau Rasa Gembira..’
dan melakukan pergerakan kreatif.
• Link: https://www.youtube.com/watch?v=Up0jEv7aaZs
• Menyanyi lagu bersama rakan-rakan kelas dan guru.
• Murid melahirkan emosi pada hari pertama persekolahan.
AKTIVITI PEMBELAJARAN – Numerasi Asas Guru
Bijak Nombor (1 – 10) matapelajaran
Objektif: Pada akhir PDP murid dapat,
11.50 – 12.20
• Mengira nombor 1 hingga 10 dengan betul. Nilai Murni:
tengahari • Menyebut dan mengecam nombor 1 hingga 10. Bersungguh-
(30 minit) sungguh
Aktiviti:
• Nyanyian lagu ‘Sayang Ibu’. EMK:
• Link: https://youtu.be/onLZHDXvvtA?si=WgtPXBncxY8YLAZz Matematik
• Murid menyebut angka dari kad nombor yang ditunjuk secara
rawak. BBM:
• Murid menyurih nombor. Kad nombor,
• Latih tubi menyebut nombor mengikut jumlah objek seperti Buku Transisi
meja, kerusi dan murid secara rawak. MGB m/s 5
• Murid buat latihan di dalam lembaran kerja yang diberi.

Jom Kemas Kelas! Guru kelas/Guru


12.20 – 12.50 • Membersihkan kelas, menyusun meja dan kerusi. matapelajaran
• Menyapu sampah dan mengemas beg.
tengahari
• Beratur di dalam kelas.
(30 minit) • Membaca doa sebelum balik.
• Bawa murid ke tempat menunggu ibu bapa.

12
BROSUR HARI ORIENTASI PTTS 2.0
2024 / 2025

13
PERANAN & TANGGUNGJAWAB BAGI PELAKSANAAN
PROGRAM TRANSISI

1. PENTADBIR SEKOLAH

i. Memahami konsep dan pelaksanaan PTTS 2.0.


ii. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program.
iii. Mengenal pasti guru yang terlibat
iv. Bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
v. Mengadakan taklimat kepada guru dan ibu bapa/penjaga.
vi. Merancang dan melaksanakan pemantauan.
vii. Memastikan kelancaran program.
viii. Memberi sokongan dan bimbingan kepada guru.
ix. Memastikan program dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

2. GURU

i. Memahami konsep dan pelaksanaan program.


ii. Mengadakan perbincangan dan merancang pelaksanaan program dengan guru lain yang
terlibat.
iii. Melaksanakan program mengikut fasa yang ditetapkan.
iv. Mengetahui tahap perkembangan dan kepelbagaian murid bagi membantu mereka
mengikuti pembelajaran seterusnya.
v. Melaksanakan pentaksiran dari semasa ke semasa dari aspek penyesuaian diri, sikap
terhadap pembelajaran serta penguasaan literasi asas dan numerasi asas.
vi. Menyediakan persekitaran kelas yang bersih, kondusif dan selamat.
vii. Menyediakan ruang pembelajaran seperti sudut bacaan, sudut hasil kerja murid dan
papan maklumat.
viii. Berkomunikasi dengan ibu bapa/penjaga dari semasa ke semasa.
ix. Berbincang dengan ibu bapa/penjaga sekiranya murid mempunyai ciri-ciri berkeperluan
khas untuk tindakan selanjutnya.

3. IBU BAPA
i. Menyediakan anak dari aspek mental, sosioemosi dan mental.
ii. Memberi dorongan dan gambaran positif tentang pembelajaran di Tahun Satu.
iii. Memerhati tingkah laku, perkembangan dan pembelajaran anak.
iv. Membantu meningkatkan keyakinan anak dalam pembelajaran.
v. Mengadakan interaksi dengan guru tentang perkembangan anak mereka dari semasa ke
semasa.

14

You might also like