You are on page 1of 4

SK FELDA JENDERAK SELATAN

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

BIL.1/2022

Tarikh : 30 MAC 2022

Masa : 1.00 petang

Hari : RABU

Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran :

1. Encik Syed Aiduddin - wakil pentadbir


2. En. Abdul Rahim bin Hainin
3. En. Mohd Sobri bin Shamsudin
4. Pn. Siti Fatimah Azzaharah bt Mohd Aminuddin
5. Pn. Fatimah Ayu bt Abdul Malik - Guru Pemulihan

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1. Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab.
1.2. Mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas kehadiran guru-guru yang terlibat dan guru-guru
yang turut menghadiri Mesyuarat Panitia Matematik kali ini.
1.3. Kerjasama yang di antara guru-guru amat diperlukan bagi memastikan kecemerlangan murid dapat
diteruskan pada tahun ini dan tahun-tahun berikutnya.
1.4. Mengharapkan semua ahli panitia menjaga diri dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan walau di
mana berada.
Tindakan : Makluman

2. UCAPAN WAKIL PENTADBIR


2.1. Mengucapkan terima kasih kerana dijemput ke Mesyuarat Panitia Matematik, bil.1 2022 dan
mengucapkan tahniah kerana pihak panitia dapat mengadakan mesyuarat panitia.
2.2. Beliau berharap pastikan apa sahaja aktiviti ada eviden terutamanya minit mesyuarat dan dapat disediakan
dalam masa yang ditetapkan.
2.3. Program Bijak Sifir harap diteruskan dengan penambah baikan.
2.4. Pdpr kali ini rancanglah Latihan dengan baik, beri contoh dan modul yang bersesuaian dgn murid.

Makluman

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


3.1. Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Fatimah Ayu
3.2. Disokong untuk pengesahan oleh En. Wan Abdul Shakur

Tindakan : Makluman
4. PERKARA BERBANGKIT
4.1. Tiada Perkara Berbangkit

5. PELANTIKAN JAWATANKUASA SESI 2021 DAN PERSIAPAN AWAL TAHUN


5.1 Senarai Jawatankuasa Panitia Matematik sesi 2021.
Pengerusi: En. Zulkurnain bin Ishak (Guru Besar)
Timb. Pengerusi: En. Mohd Sarifuddin bin Mat Jidin (PK Kurikulum)
Ketua Panitia: 1. En. Abdul Rahim bin Hainin (6B/5B/5C/4B)
Ahli: 2. Pn. Siti Fatimah Azzahrah bt Mohd Aminuddin (3B/1B)
3. En. Mohamad Redhzwan Ariff bin Khairul Anwar (2B)
4. Pn. Fatimah Ayu bt Malik (Guru Pemulihan)
5. En. Wan Abdul Syakur bin Wan Abdul Majid (Guru Pra)
Mesyuarat melantik Setiausaha: Pn. Siti Fatimah Azzahrah

Tindakan : Makluman

6. AGIHAN BELANJA MENGURUS / KEWANGAN PANITIA


6.1 Jumlah peruntukan wang bagi panitia Matematik 2022 ialah sebanyak RM
6.2 Semua ahli panitia boleh menyenaraikan keperluan dan alatan yang hendak
digunakan untuk dibeli bagi tahun 2022.
6.3 Semua keperluan dan alatan yang telah dibeli pada tahun-tahun lepas disimpan di
almari cermin di bilik guru dan bolehlah diguna pakai sebaiknya.

Tindakan : Makluman

7. PBD MATEMATIK BERAKHIR 25 FEBRUARI 2022


CATCH UP PLAN 2

Kelas Bil. Tahap Penguasaan


Murid TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6
1 Bijak 30 0 3 14 5 3 4
2 Bijak 37 0 1 18 8 6 4
3 Bijak 25 0 1 5 4 9 6
4 Bijak & 4 Cekal 42 0 5 26 6 5 0
5 Bijak 28 0 0 18 8 2 0
6 Bijak & 6 Cekal 38 0 0 5 13 11 9

Tindakan : Makluman
8.0 PERANCANGAN TAHUNAN, STRATEGIK DAN PELAN TINDAKAN AKADEMIK
8.1 Program peningkatan akademik sekolah.
8.2 Antara cadangan program panitia adalah:
1.Program 5 minit fakta asas Matematik
2.Minggu matematik
3. Program Guru Muda
4.Bengkel menjawab soalan (Tahun 4,5 dan 6)
5.Kelas Bimbingan/ Klinik Matematik
6.Sudut Keceriaan Matematik
7.Info Matematik (Papan Kenyataan / meja kantin)
8.Kursus Dalaman / PLC

8.3 Pencerapan PdPc dan semakan buku latihan murid akan diadakan mengikut takwim
yang disediakan.

8.4 Setiap guru dikehendaki menghantar buku latihan tersebut kepada ketua panitia
berdasarkan masa yang ditetapkan.

8.5 Pencerapan PdPc adalah berdasarkan kepada borang pada SKPMG2.

Tindakan : Makluman

9. Penggubalan RPT
9.1 Menyediakan RPT mengikut tahun di ajar
9.2 Terdapat penjajaran dalam penyediaan RPT
Tindakan : Makluman

10.Buku Rekod Mengajar


10.1 Sila patuhi format rasmi penulisan RPH
10.1 Format penulisan rph adalah sama seperti yang lepas
Tindakan : Makluman

11. Penetapan Jumlah Buku Latihan

Tahap 1 - 2 buah buku kotak besar dan buku aktiviti


Tahap 2 - 2 buah buku kotak kecil
Agihan Latihan
Agihan latihan murid
Tahap 1 – 30 soalan seminggu
Tahap 2 – 50 soalan seminggu
Latihan yang diberi perlukan bersesuaian dengan tahap pencapaian murid
Buku latihan ataupun buku aktiviti hendaklah disemak sekurang-kurangnya dalam masa
seminggu selepas pdpc.
Tindakan : Makluman

12. PBD
12.1 Menjalankan PBD dan menyimpan data di dalam komputer di bilik guru.
12.2 Guru Pemulihan bantu murid yang lemah (TP1 dan TP2)
Tindakan : Makluman

13. Senarai bilangan murid pemulihan


T1 – org
T2 – 5 org
T3 – 1 org
T4 – 1 org
T5 – 2 org
T6 – 1 org

Calon MBK juga akan diuruskan apabila keadaan mengizinkan


Tindakan : Makluman

14. PLC / Peningkatan Profesionalisme Guru Dalam


Mengadakan PLC bersama ahli panitia dan meminitkannya
Tindakan : Makluman

15. HAL-HAL LAIN

15.1 Pdpc norma baru – guru mesti memastikan SOP dipatuhi semasa PDPC.
15.2 Tulis kriteria pelajaran dan objektif pelajaran pada papan putih sebelum mula pdpc.
15.3 Sistem buku ganjaran bagi mengatasi masalah murid tidak menyiapkan kerja sekolah.
15.4 Cikgu Fatimah Ayu harap dapat mengaktifkan group whatsapp kelas pemulihan agar
lebih mudah utk membuat pdpr.
Tindakan : Makluman

16. UCAPAN PENANGGUHAN


16.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua
guru dan mengharapkan segala perancangan tahun 2022 akan terlaksana dengan
baik.
16.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.15 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………………………. …………………………………………………..
(PN. SITI FATIMAH AZZAHRAH BT MOHD (EN. ABDUL RAHIM BIN HAININ)
AMINUDDIN) KETUA PANITIA MATEMATIK
SETIAUSAHA PANITIA MATEMATIK SK (F) JENDERAK SELATAN
SK (F) JENDERAK SELATAN

You might also like