You are on page 1of 5

கோல கெட்டில் தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளி

SJK(T) LADANG KUALA KETIL


09300 KUALA KETIL
KEDAH DARUL AMAN
TEL: 019-4585008
E-mel:sjktldgkualketil@gmail.com

________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT PANITIA RBT/TMK BIL 2/2022-2023

Tarikh : 18.09. 2022 (Ahad)


Masa : 1.30-3.00 petang
Tempat : Bilik ICT
Kehadiran : 7 orang

KEHADIRAN :

BIL NAMA JAWATAN

1 Pn.Letchemy a/p Murugiah Guru Besar


2 En.Kartigesan a/l Poongavanam PK Pentadbiran
3 Pn.Perimala Devi a/p Karthigesan PK HEM
4 Pn.Ammaneswari a/p Ramasamy PK Koku
5 Pn. Rajeswari a/p Moorthi Guru Penolong
6 Cik Thamilaarasi a/p Segaran Guru Penolong
7 Pn.Karppagavalli a/p Taganathan Ketua Panitia / Setiausaha Panitia

AGENDA:
i) Perutusan Pengerusi
1. Pengerusi memulakan majlis dengan mengucapkan terima kasih kepada semua
guru di atas kehadiran mereka ke mesyuarat kali ini.
2. Pengerusi berharap mesyuarat kali kedua bagi tahun 2022 akan memantapkan
lagi kecemerlangan Panitia RBT/TMK SJKT Ladang Kuala Ketil.
3. Mesyuarat panitia perlu dilakukan ikut takwim yang telah dirancang. Minit
mesyuarat hendaklah berformat seperti yang terdapat dalam lampiran.
4. Guru Besar meminta mengemaskini fail pada akhir bulan November.
5. Kandungan pewujudan fail telah diberikan.
6. Beberapa isu-isu murid iaitu masalah kehadiran dan kurang mengambil perhatian
dalam bacaan telah dikemukakan serta intervensi telah dibincangkan.
Tindakan: Ketua
Panitia dan Guru RBT/TMK

ii) Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu


7. Minit mesyuarat yang lalu dibacakan oleh Ketua Panitia.

cadangan : Pn.Ammaneswari a/p Ramasamy


sokongan : En.Karthigesan a/l Poongavanam

Makluman: Semua guru


iii) Perkara Berbangkit
10. Penglibatan murid dalam pertandingan dalam talian kurang memuaskan.
11. Murid-murid dan ibu bapa murid kurang mengambil berat serta kurang berusaha
untuk melibatkan diri dalam sebarang pertandingan. (selalu alas an tidak ada
akses internet, tidak ada masa dan sebagainya)
12. PDPC RBT/TMK telah ditetapkan mengikut ketetapan pekeliling.
13. Pengendalian buku Latihan murid kurang memuaskan dan perlu mengambil
tindakan susulan (menyemak buku latihan setiap kali setelah PDPC selesai,
memastikan murid-murid membuat pembetulan bagi setiap kesalahan).
14. Guru perlu pantau penulisan murid dari segi tarikh, hari dan bentuk tulisan setiap
kali waktu PDPC.
15. Semua fail panitia telah dikemaskini dan disahkan oleh Guru Besar pada awal
bulan April.
16. DSKP dan Rancangan Tahunan setiap Tahun telah dihantar oleh semua guru
RBT/TMK.
17. Aktiviti telah dirancang dan akan dijalankan pada bulan November nanti.
18. Pentaksiran PBD sedang dijalankan seperti ditetapkan dan pelaporan PBD akan
dibuat sebanyak dua kali dalam setahun iaitu pada pertengahan tahun dan akhir
tahun.
19. Guru besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru RBT/TMK atas
kerjasama dan usaha dalam proses PDPC RBT/TMK.
Makluman: Semua guru

iv) Pengurusan Panitia


1. Analisis PBD penggal 1/2022

Rujuk lampiran 1

Berikut Adalah Analisis Pencapaian Tahap Penguasaan PBD Pertengahan Tahun 2022

TAHUN / JUMLAH 1 2 3 4 5 6
GRED MURID
(Bil Murid)

TAHUN 1 0

TAHUN 2 4

TAHUN 3 3

TAHUN 4 4 4

TAHUN 5 1 1

TAHUN 6 3 3

Seramai 5 orang murid dari Tahun 4 dan Tahun 3 memperolehi TP 3. Ketiga-tiga murid
Tahun 6 memperolehi TP 4 dalam RBT/TMK

Tindakan: Makluman

2. Program Panitia
20. Disebabkan kekangan masa aktiviti panitia akan diadakan pada Perkhemahan
Badan Beruniform pada bulan Disember 2022.

Tindakan: Ketua Panitia dan Guru RBT/TMK


3. PCG/ Perbelanjaan
21. Pengerusi menyatakan bahawa peruntukan untuk RBT/TMK bagi tahun 2022
digunakan sepenuhnya untuk pembelian bahan keperluan panitia seperti yang
dirancang.
Tindakan: Ketua Panitia dan Guru RBT/TMK

v) Hal-Hal Lain
22. Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru perlu menyediakan
eviden/dokumentasi bagi setiap program yang telah dilaksanakan.
23. Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru perlu menyediakan
eviden/dokumentasi bagi setiap kali PBD dilaksanakan.
24. Carta ganjaran telah disediakan di setiap kelas dan mohon guru mata pelajaran
kemaskini dari semasa ke semasa.
25. Sudut pidato digunakan pada waktu rehat atau pada sesi PDPC untuk mencungkil
bakat murid-murid.
26. Peperiksaan penggal 2 bagi tahap 2 akan diadakan pada bulan Januari 2023.

Tindakan: Ketua Panitia dan Guru RBT/TMK

vi) Ucapan Penangguhan


27. Mesyuarat ini ditangguhkan 3.00 petang dengan ucapan terima kasih oleh Ketua
Panitia.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………............................ .....................................
(PN. KARPPAGAVALLI A/P TAGANATHAN) (PN. LETCHEMY A/P MURUGIAH)
SETIAUSAHA PANITIA RBT/TMK GURU BESAR
SJKT LADANG KUALA KETIL SJKT LADANG KUALA KETIL

You might also like