You are on page 1of 4

Minit mesyuarat panitia RBT Bil 1 2022/2023

MINIT MESYUARAT PANITI REKA BENTUK & TEKNOLOGI


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) KAJANG
Bil.1 2022/2023

Tarikh: 24 Mac 2022


Masa: 12.45tgh
Tempat: Bilik Mesyuarat

KEHADIRAN:
Bil Nama Jawatan
1. Pn.S.Bijealachemy Guru Besar
2. Pn.A.Vanmathi PK Kurikulum
3. En.M.Jaya kumar Ketua Panitia RBT
4. Pn.S.Gandimathi
5. Pn.A.Kavitha
6. Pn.Sabura Majis
7. Pn.M.Gayatry
8. Pn.M.Kasturi
9. Pn.T.Thavamani

Hadir Bersama
Tiada

Tidak Hadir (Bersebab)


1.Pn.R.Tanjamal wani
2.Pn.W.Puspa
3.Pn.M.Kanmani
4.Pn.K.Kasturi

Urus Setia Mesyuarat :


1. Pn.S.Gandimathi b/p Setiausaha Panitia
RBT

AGENDA MESYUARAT:

1.0 Ucapan Aluan Guru Besar


1.1 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru atas
kehadiran mesyuarat Bil.1 2022/2023
Minit mesyuarat panitia RBT Bil 1 2022/2023

1.2 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada guru-guru baharu RBT Tahun 2022/2023
1.3 Guru Besar meminta Kerjasama guru-guru lama agar membimbing guru-guru yang
baru mengajar RBT tahun ini.
1.4 Guru Besar meminta guru-guru merujuk E-RPH yang disediakan oleh En.Arasu
dan meminta guru-guru menyemak maklumat yang terkandung dalam E-RPH itu.
1.5 Guru Besar meminta guru-guru membiasakan diri dengan transformasi seperti
E-RPH dan E-PBD yang akan dilaksanakan di sekolah kita.
1.6 Guru Besar meminta perancangan teliti dari panitia RBT dan meminta panitia
RBT gabungjalin progam “Smart Farming” sekolah dengan panitia.
1.7. Guru Besar memesan guru-guru RBT membuat “Smart Farm” dalam bilik darjah
dan memberi ilmu berkebun kepada semua pelajar sekolah.
1.8. Guru Besar menyatakan bahawa Panitia RBT boleh menggunakan PCG panitia
untuk menjayakan program “Smart Farm” ini.
1.9. Guru besar juga memesan semua guru RBT agar mengadakan lebih banyak program
agar dapat memupuk minat terhadap matapelajaran RBT dalam kalangan pelajar.

Makluman: Semua guru RBT


2.0 Ucapan Pengerusi
2.1 En.Jayakumar selaku Ketua Panitia RBT mengalu-alukan semua guru dan
mengucapkan terima kasih kepada semua guru RBT yang hadir pada hari itu.
2.2 Ketua Panitia juga menyatakan bahawa beliau akan kongsi DSKP dan RPT untuk
matapelajaran RBT dari tahun 4-6 dalam kumpulan telegram RBT.Guru-guru
RBT diminta edit mengikut tahun yang diajar dan kesesuaian murid masing-masing
2.3 Ketua Panitia meminta guru-guru merujuk kepada lampiran yang disertakan pada
hari mesyuarat iaitu :
i) Minit mesyuarat Bil 4 2021
ii) Dialog Prestasi
iii) PLC
iii) Pertandingan Inovasi Murid dan Guru
2.4 Ketua Panitia mencadangkan agar menggunakan hanya satu buku log untuk
matapelajaran RBT.
2.5 Ketua Panitia meminta semua guru agar menggunakan bahan BBM semasa
PDPC dan boleh mendapatkan bahan-bahan tersebut dari stor RBT.
Minit mesyuarat panitia RBT Bil 1 2022/2023

2.6 Ketua Panitia juga memesan semua guru RBT agar memesan bahan yang
diperlukan
untuk PDPC matapelajaran RBT dan tulis dalam nota minta.
2.7 Ketua Panitia juga menerangkan kandungan baharu dalam buku teks RBT Tahun
6 dimana guru-guru perlu memperkenalkan topik Robotik. Guru-guru boleh
mendapatkan bimbingan dari Cikgu JayaKumar atau Pn.Gandimathi yang
berpengalaman.
2.8 Ketua Panitia juga menyatakan hasrat meminta seorang penceramah luar untuk
memberi taklimat dan tunjuk ajar kepada semua guru RBT tentang tajuk Robotik
ini. Penceramah akan dibayar menggunakan duit PCG RBT
2.9 Ketua Panitia meminta semua guru RBT membuat penilaian PBD yang telus
sepanjang tahun dan memasukkan penilaian PBD dalam softcopy yang
disediakan.

Makluman: Semua guru RBT


3.0 UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
3.1 Penolong Kanan Pentadbiran (PK1) PN.Vanmathi meminta semua guru RBT agar
menggunakan bahan-bahan RBT dengan sebaiknya dan meminta merekod dalam
buku inventori peminjaman dan penggunaan bahan-bahan tersebut.
3.2 PK1 meminta semua guru agar menjaga keselamatan murid-murid Ketika membuat
aktiviti- akviti dalam RBT.
3.3 PK1 juga memesan agar dapatkan TOV murid sebelum mengambil alih kelas dari
guru lain dan perlu selesaikan masalah TP 2 dalam kelas masing-masing.
3.4 PK1 mencadangkan untuk mengadakan peperiksaan sumatif bagi matapelajaran
RBT dan perlu memastikan agar semua murid perlu memcapai sekurang-kurangnya
TP 4 dalam matapelajaran RBT.
3.5 PK1 meminta semua guru RBT agar berkerjasama dan membersihkan bilik RBT
untuk kegunaa semua.
3.6 PK1 menjelaskan bahawa maklumat tentang pentaksiran akan diberikan dalam
mesyuarat akan dating.
3.7 PK 1 mencadangakan penetapan peperiksaan seperti berikut :-
i) Peperiksaan 50%
ii) Projek 50 %
Minit mesyuarat panitia RBT Bil 1 2022/2023

Makluman: Semua guru RBT

4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


Tiada

4.0 PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1 Ketua panitia mengucapkan terima kasih dan meminta kerjasama ajk untuk
menguruskan Panitia RBT dengan baik dan berkesan.

4.2 Ketua panitia meminta pandangan ajk lama supaya pengurusan panitia dapat dibuat
dengan hala tuju yang betul.

4.3 Ketua Panitia juga meminta guru-guru mengamalkan pengisian PBD bagi tahun 4 dan
5 dan sistem Band untuk tahun 6 supaya pencapaian murid dalam kemahiran tertentu
dapat dikesan dan dinilai dengan berkesan.

Makluman: Semua guru RBT

5.0 HAL-HAL LAIN


-Tiada _

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 ptg

Disediakan oleh,
Setiausha Ketua Panitia RBT
Bertarikh: 27 Mac 2022

You might also like