You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMING JAYA

43300 BALAKONG, SELANGOR.

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


BIL. 1/2022

TARIKH : 17 Mac 2022


MASA : 10-11.45 pagi
TEMPAT : Bengkel RBT

Kehadiran :
1 En. Muhamad Hafiz bin Mazlan Ketua Panitia Reka Bentuk dan Teknologi
2. En. Ahmad Ibrahim bin Che Omar Setiausaha Panitia RBT

Turut Hadir :
1. Tuan Haji Azmi bin Md Isa Guru Besar SKTJ
2. En. Mohd Alfan bin Abu Bakar Guru RBT
3. Pn Noraini binti Muhd Supian Guru RBT
4. Pn Haspah Zuraini binti Husin Guru RBT

AGENDA :

1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan selamat tahun baharu 2022, mengalu-alukan kehadiran


semua guru dan ucapan terima kasih kepada guru yang hadir bersama

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah berjaya
melaksanakan setiap program panitia RBT yang dirancang dengan jaya
sepanjang tahun 2021

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pn Haspah Zuraini binti Husin mencadangkan minit mesyuarat Panitia Reka Bentuk
& Teknologi 2021 disahkan dan disokong sebulat suara.

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Ruang pameran hasil kerja murid perlu diwujudkan semula untuk memberi galakan
kepada murid melakukan aktiviti dengan sempurna

3.2 Susun atur bengkel akan diubah dan baik pulih dari masa ke semasa untuk
mewujudkan suasana kondusif dan kemas

3.3 Susun atur peralatan dan kelengkapan yang sempurna perlu disediakan dan
diperbaiki dari masa ke semasa supaya murid dapat belajar dengan sempurna

Tindakan : Semua guru


4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / ISU / LAPORAN

4.1 Penyediaan Rancangan pengajaran Tahunan dan DSKP 2018

- Tahun 4 En. Ahmad Ibrahim bin Che Omar


- Tahun 5 En. Mohd Alfan bin Abu Bakar
- Tahun 6 En. Muhamad Hafiz bin Mazlan

4.2 Penggubal Soalan Peperiksaan

- Tahun 4 En. Ahmad Ibrahim bin Che Omar dan Pn Nor Aini binti Supian
- Tahun 5 En Mohd Alfan dan Pn Haspah Zuraini binti Husin
- Tahun 6 En Mohd Hafiz

4.3 Penulisan rancangan pengajaran harian yang lengkap seperti


tahun 2021

4.4 Perlaksanaan aktiviti

4.4.1 Semester 1
- Tahun 4 : Projek pen 3D
- Tahun 5 : Projek kit model kereta elektronik
- Tahun 6 : Projek sistem elektromekenikal

Semester 2
- Tahun 4 : Projek bekas makanan
- Tahun 5 : Projek penyemaian biji benih dan penyediaan sajian
- Tahun 6 : Projek penanaman secara Hidroponik

4.5 Bahan Bantu mengajar dan Belajar

4.5.1 Semua guru panitia menyenaraikan alatan tangan yang diperlukan


sepanjang tahun 2022. Beberapa alatan tangan perlu dibeli dengan kadar
segera supaya murid dapat menggunakan pada projek yang pertama

4.5.2 Tambahan alat dan bahan pen 3D tahun 4 kerana tidak mencukupi kuota
murid dan penggantian yang telah rosak.

4.4 Buku Rujukan / Buku Latihan

Semua guru RBT telah memutuskan untuk menggunakan Buku Teks RBT dan Buku
tulis No 1 sebagai buku rujukan dan buku latihan murid. Selain itu lembaran kerja
merupakan latihan tambahan sebagai pengukuhan / pengayaan setiap tajuk.

4.4 Kewangan

4.5.1 Baki kewangan pada tahun 2022 akan digunakan untuk membeli
alatan dan bahan yang diperlukan untuk projek murid bagi semester
1/2022
Makluman : Semua Guru

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Alatan tangan akan disimpan dalam peti alatan dan disusun pada rak supaya
memudahkan urusan penyelenggaraan dan penggunaan murid.

5.2 Guru diingatkan supaya melapor dan merekodkan setiap bahan yang rosak supaya
tindakan segera akan dilakukan. Pembelian bahan dan alat dibuat 2 kali setahun
awal dan akhir tahun.

Tindakan : Semua guru

6. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.45 pagi. Pengerusi mengucapkan terima
kasih kepada semua guru yang hadir.

Urus Setia
Panitia Reka Bentuk dan Teknologi
Sk Taming Jaya
Tarikh : 20 Mac 2022
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMING JAYA
43300 BALAKONG, SELANGOR.

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


BIL. 2/2020

TARIKH : 06 MAY 2019


MASA : 1.30-2.30 TENGAH HARI
TEMPAT : BENGKEL REKA BENTUK TEKNOLOGI (RBT)

Kehadiran :
1. En. Azmi bin Zakaria Guru Besar
2. En. Shuhaimi bin Abdul Rani Guru Penolong Kanan 1
3. En. Muhamad Hafiz bin Mazlan Ketua Panitia Reka Bentuk dan Teknologi

Turut Hadir :
1. En. Mohd Alfan bin Abu Bakar Guru RBT
2. Cik Nabilah binti Abdul Rahman Guru RBT
3. En. Shahizam Mohd Nor Guru RBT
4. En. Muhammad Hanif W Nawang Guru RBT
5. Pn. Noraini MUhd Supian Guru RBT

AGENDA :

1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru RBT ke mesyuarat
panitia kali kedua 2020.

1.2 Analisis terhadap Peperiksaan Pertengahan Tahun (PKSR) Reka Bentuk


Teknologi(RBT) di peringkat sekolah pada bulan Mei yang lalu.

1.3 Keberhasilan positif projek-projek yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 2


semester mengikut aliran setiap tahap.

1.4 Ucapan terima kasih kepada semua guru RBT atas daya usaha menceriakan dan
mengubahsuai bengkel ke arah yang lebih kondusif dan menarik.

Tindakan : Makluman semua guru

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 En Alfan bin Abu Bakar mencadangkan minit mesyuarat Panitia Reka Bentuk
& Teknologi Bil 1/2018 disahkan dan disokong sebulat suara.
3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Kekangan masa yang terhad dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti dan projek RBT
mengikut rancangan tahunan di sebabkan . Pada masa akan datang, aktiviti dan
projek perlu di susun mengikut masa yang lebih sesuai dan semua murid dapat
melakukan sehingga sempurna.

3.2 Ucapan tahniah kepada semua guru RBT kerana telah berjaya mengubahsuai dan
mewujudkan suasana baharu dalam bengkel RBT yang lebih kondusif, bersih dan
menarik serta susun atur yang sistematik bagi setiap alatan kerja.

3.3 Keberhasilan dalam mewujudkan sudut masakan Tahun 5 masih belum mencapai
tahap kerana ruang yang terhad dan tahap keselamatan yang tidak kondusif untuk
murid melakukan projek. Akan tetapi semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan
mengubahsuai menu mengikut keadaan sekeliling.

Tindakan : Semua guru

4. PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / ISU / LAPORAN

4.1 Analisis Peperiksaan PKSR 1

Semua guru dimaklumkan bahawa post-mortem matapelajaran Reka Bentuk


Teknologi telah dibuat dan keputusan peperiksaan amat memberangsangkan.
Semua murid mencapai tahap makmimum dan lulus 100%.

4.1.1 Pemberatan bagi peperiksaan RBT adalah 50% peperiksaan manakala 50%
markah kerja amali.

4.2 Projek Pengubahsuaian dan Keceriaan Bengkel RBT

Perlaksanaan projek pengubahsuaian dan keceriaan bengkel berjalan seperti yang


dirancang. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah berusaha dalam
merealisasikan matlamat projek.

4.2.1 Susun atur, aktiviti mengecat dan membuat mural pada dinding bengkel
berjaya mewujudkan suasana baharu dan lebih kondusif.

4.2.2 Peruntukan kerusi bengkel yang baharu masih belum berganti atas faktor
dana dan peruntukan yang tidak mencukupi. Murid masih menggunakan
kerusi lama yang telah dibaiki bagi menjamin keselamatan dan kuantiti
keperluan hakiki.

Tindakan : Semua guru


5. HAL-HAL LAIN

5.1 Pada 1 Nov 2020, beberapa orang murid akan menyertai Pertandingan Karnival
Genius RBT di SK Bandar Rinching dalam pelbagai bidang yang di anjurkan

Tindakan : Makluman semua guru

6. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang. Pengerusi mengucapkan terima
kasih kepada semua guru yang hadir.

Disediakan oleh,

Urus Setia
Panitia Reka Bentuk dan Teknologi Maklumat
SK Taming Jaya
Tarikh : 15 MAY 2019

You might also like