You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PANJANG

MINIT MESYUARAT PANITIA RBT BIL 1/2023

Tarikh : 19 Mac 2023

Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi

Tempat : Makmal Komputer

Pengerusi : Muhammad Asrullah Bin Amran (Ketua Panitia RBT)

Kehadiran : 1. Hj Karimi (Setiausaha RBT)

Tidak Hadir :

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran ahli

Panitia RBT ke mesyuarat kali pertama untuk sessi 2023/2024.

Tindakan : Pengerusi

2. PERKARA BERBANGKIT

2.1 Pengerusi meminta guru-guru menyediakan rancangan tahunan dan DSKP mengikut
tahun yang diajar. Guru-guru juga diminta untuk menyerahkan jadual waktu guru dan
biodata guru untuk dimasukkan dalam fail panitia.

2.2 Pengerusi juga mencadangkan untuk membuat video pengenalan guru-guru RBT untuk
Tahun 4

2.3 Papan kenyataan panitia RBTdalam kelas perlu diwujudkan dan dikemaskini dari masa

ke semasa dengan mempamerkan hasil kerja murid. Pengerusi juga mencadangkan

2.4 Menyediakan sudut RBTdi tangga bagi mempamerkan hasil kerja murid yang berseni

dan menarik. Ini untuk memberi dorongan dan pengiktirafan serta menaikkan semangat

murid.

2.5 Murid-murid akan diperkenalkan dengan INOVASI SOLAR. Guru akan mendedahkan
barang yang perlu ada dalam INOVASI SOLAR. Selain daripada itu, perlu ada buku nota untuk
mencatat nota-nota penting.
2.6 Guru diminta untuk menggunakan 5 minit pertama untuk memperkasakan murid

dengan ilmu dmengikut kesesuaian topik yang diajar. Guru juga perlu

memberi tajuk terlebih dahulu dan menggalakkan murid untuk meneroka dalam internet

untuk memperdalamkan pengetahuan dalam bidang tertentu.

Tindakan : Semua Ahli RBT

3.0 PERANCANGAN TAHUNAN

3.1 Pengerusi mencadangan untuk mengadakan minggu RBT pada bulan OKTOBER
sempena bulan Reka cipta.

3.2 Pertandingan membuat Kereta solar akan diwajibkan dalam pdpc dan

digunakan sebagai perhiasan untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Merdeka.

3.3 Pengerusi menggalakkan guru untuk memberi semangat dan mendorong murid untuk
mengambil bahagian dan menyertai pertandingan anjuran pihak luar.

3.4 Guru perlu mendedahkan murid untuk mempamerkan hasil kerja dan memberi
penerangan mengenai hasil kerja mereka. Cara pengendalian adalah bebas bergantiung
pada kreativiti guru, samada dalam bentuk video, permainan atau menggunakan platform
yang sedia ada seperti YouTube, TikTok, FB dan sebagainya yang bersesuaian.

Tindakan : Semua Ahli RBT

4.0 PEMANTAUAN KURIUKULUM BERKUALITI

4.1 Semua guru RBT dikehendaki mengantar ERPH mengikut ketetapan tarikh dan waktu
yang telah ditentukan pada setiap minggu.

4.2 Guru-guru juga diminta merujuk jadual pencerapan dan penyeliaan yang telah diberikan
dan berhubung dengan pencerap masing-masing lebih awal dan membuat persediaan yang
sepatutnya.

Tindakan : Semua Ahli RBT

5.0 PLC

5.1 Menganjurkan Bengkel pemarkahan bagi hasil kerja murid dan bengkel melukis untuk
guru dan murid seperti menggunakan teknik-teknik lukisan ataupun bermotifkan batik.

Tindakan : Panitia RBT


6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Guru RBT Tahun 5 perlu membimbing murid untuk membuat pameran. 1 projek
sebulan sudah memadai. Projek boleh disesuaikan dengan potensi pelajar dalam kelas.

6.2 Pengajaran boleh dijalankan mengikut topik yang mudah ke yang lebih mencabar
asalkan mengikut RPT dan DSKP.

Tindakan : Makluman

7.0 PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………………. ……………………………………………………

(Haji Md Karimi Bin Abd Talib ) (Muhammad Asrullah Bin Amran)

Setiausaha Panitia RBT Ketua Panitia RBT

Tarikh : 20 Mac 2023

You might also like