You are on page 1of 16

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 36

SELANGAU
Tel & Fax : 01165749611
Email : skbatu36 @ gmail.com.my

Minit Mesyuarat Panitia Reka Bentuk & Teknologi ( RBT) Bil 1/2022
Tarikh : 14 April 2022 (KHAMIS)
Masa : 12.45 tengahari
Tempat : Makmal Komputer, Sk Batu 36
Pengerusi : Cikgu Kong Fui Lin (KP Panitia RBT)

Kehadiran :-
1. Cikgu Dominic Layang anak Ukit
2. Cikgu Foo Tai Ling
3. Cikgu Lina Wong Yung Hua
4. Cikgu Norhayati binti Iskandar
5. Cikgu Wong Siong Jiung
6. Cikgu Kong Fui Lin

Agenda Mesyuarat
1. Kata-kata aluan Ketua Panitia
2. Jawatankuasa RBT dan pembahagian guru yang mengajar subjek
RBT Sesi 2022/2023
3. Perkongsian Sesi Randau Profesional Panitia RBT Peringkat Daerah
Selangau Bil.1/2022
4. Takwim Panitia RBT
5. RPT/DSKP/RPH
6. Semakan buku latihan murid
7. Laporan PBD Fasa 4 2022, TOV &ETR
8. Borang Transit
9. PLC
10. PBL
11. Minggu RBT-36’s Creator
12. Pertandingan anjuran pihak luar atau PPD Selangau serta STEM
13. Hal-hal lain
14. Penutup
AGENDA MESYUARAT
1.0 KATA-KATA ALUAN KETUA PANITIA
1.1 Ketua Panitia RBT, Cikgu Kong Fui Lin, mengalu-alukan kehadiran
semua ahli panitia. Ketua Panitia juga menyatakan penghargaan atas
sumbangan guru RBT dalam menjayakan program panitia pada tahun 2021.

1.2 Ketua Panitia juga menyuarakan bahawa panitia RBT perlu berusaha dan
bekerjasama untuk meningkatkan kemenjadian dan pencapaian murid bagi
Sesi 2022/2023.

TINDAKAN : UNTUK MAKLUMAN

2.0 JAWATANKUASA PANITIA RBT DAN PEMBAHAGIAN


GURU YANG MENGAJAR MATA PELAJARAN RBT SESI 2022/2023
2.1 Jawatankuasa Panitia RBT Sesi 2022/2023

TINDAKAN : UNTUK MAKLUMAN


2.1 Pembahagian Guru yang mengajar mata pelajaran RBT Sesi 2022/2023

TINDAKAN : UNTUK MAKLUMAN

3.0 PERKONGSIAN SESI RANDAU PROFESIONAL PANITIA RBT


PERINGKAT DAERAH SELANGAU BIL.1/2022
3.1 Bengkel bimbingan pengurusan panitia RBT sekolah rendah Bil 1/2022 pada
14 April 2022 yang dipengerusikan oleh Cikgu Kiah anak Sakudan, SISC+
Bidang TVET ada menekankan beberapa perkara iaitu:-
3.1.1 Peranan Ketua Panitia sebagai penyelaras, perancang,
pemantau dan pencerap bagi pembangunan guru dalam panitia.
3.1.2 Perancangan tahunan Panitia hendaklah merangkumi elemen
seperti
a. Perancangan strategik
b. DSKP, RPT dan RPH
c.Takwim semakan buku latihan murid
D. Progran pembangunan akademik sesi 2022/2023

3.1.3 Semasa pemantauan dan pencerapan ke sekolah, Ketua Panitia


wajib menyediakan jadual pencerapan, penilaian serta
intervensi berfokus bagi murid-murid yang masih menguasai
TP 1 dan TP 2.
3.1.4 Ketua Panitia memainkan peranan sebagai pengerusi mesyuarat,
menetapkan sasaran panitia, menganalisis keputusan serta
mengumpul inervensi bagi murid-murid yang masih menguasai
TP1 dan TP2.
3.1.5 Dalam bidang pembangunan guru, semua guru mata pelajaran
haruslah menganalisis keperluan latihan ,PLC, Ladap dan
mengambil peluang menjadi Coach atau mentor.

3.1.6 Pelaksanaan PBD di sekolah hendaklah menekankan


pelaksanaan yang betul dengan menggunakan instrument
pentaksiran yang bersesuaian, penggunaan borang transit,
penggunaan tapak pelaporan yang betul, analisis pelaporan,
program intervensi serta pertimbangan professional yang
sewajarnya.
3.1.7 Setiap guru mata pelajaran perlu menyediakan serta
melengkapkan borang transit untuk tujuan menilai tahap
penguasaan murid dan murid-murid hendaklah diajar membuat
lakaran.
3.1.8 Perkongsian Inovasi Daerah bagi Tahun 2022 yang
menekankan IDEA + ACTION = INNOVATION
3.1.9 Penyertaan pelajar dalam aktiviti contohnya seperti Program
I’m A Creator Peringkat Daerah, penghasilan projek murid dan
Project Based Learning.
3.1.10 Penyertaan sekolah dalam 1 SEKOLAH 1 FIESTA STEM di
mana ia merupakan satu aktiviti di bawah gabungan Panitia
Sains, Matematik dan RBT dalam mencipta satu inovasi di
bawah program STEM.
3.1.11 Penyertaan guru dalam WALS (WORLD ASSOCIATION OF
LESSON STUDY) di mana pihak PPD Selangau
mengharapkan banyak penyertaan guru RBT sebagai
pembentang.
3.1.12 Perkongsian penggunaan Google Drive di peringkat Daerah
Selangau yang berpotensi sebagai tapak untuk memudahkan
guru-guru RBT berkongsi bahan PdP dan dokumen lain
menggunakan email email : Y032utvet@gmail.com dan kata laluan
Tvety032 serta TIBANG SPb SISC+ TVET ( https://mylink.la/spb-ppd-
selangau)

TINDAKAN : UNTUK MAKLUMAN

4.0 TAKWIM PANITIA RBT


5.0 PENYEDIAAN DSKP, RPT, RPH

5.1 Guru subjek perlu menyediakan DSKP dan RPT mengikut kesesuaian
mata pelajaran masing-masing. Bagi penulisan RPH pula, Ketua Panitia
mengingatkan semua guru subjek untuk menulis mengikut format TS25
yang telah diselaraskan oleh pihak sekolah. Format RPH dilampirkan
pada Lampiran slides.
6.0 SEMAKAN BUKU LATIHAN MURID PANITIA RBT
6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa buku latihan serta buku nota murid
akan disemak sebulan sekali oleh Ketua Panitia.
6.2 Hanya 5 buah buku latihan murid yang akan disemak dan dipilih secara
rawak.
6.3 Murid-murid digalakkan untuk melekat lembaran nota serta lembaran
kerja dalam buku nota RBT mereka.
6.4 Nota yang diberikan murid digalakkan diberi menggunakan peta iThink.

TINDAKAN : UNTUK MAKLUMAN


7.0 LAPORAN PBD FASA 4 SESI 2021/2022,TOV DAN ETR
7.1 Pengerusi membentangkan Laporan PBD Fasa 4 Sesi 2021/2022 seperti
dalam lampiran slides di bawah.
7.1.1 Laporan PBD secara keseluruhan

7.1.2 Laporan PBD RBT Tahun 4


7.1.3 Laporan PBD RBT Tahun 5

7.1.4 Laporan PBD RBT Tahun 6

7.2 Semua guru mata pelajaran perlu menetapkan TOV dan ETR bagi
kelas yang diajar.
7.3 TOV akan diambil daripada keputusan PBD Fasa 4 sesi 2021/2022 bagi
kelas Tahun 5 & 6 manakala bagi kelas Tahun 4 perlu diadakan ujian
diagnostik.

TINDAKAN : UNTUK MAKLUMAN


8.0 CONTOH BORANG TRANSIT
8.1 Pengerusi membentangkan contoh borang transit yang telah diselaraskan
dan akan digunakan untuk mata pelajaran RBT Sesi 2022/ 2023 seperti
dalam lampiran slides di bawah.

TINDAKAN : UNTUK MAKLUMAN

9.0 PLC
9.1 Pengerusi memberitahu bahawa Panitia RBT mesti melaksanakan 5 kali
PLC bagi Sesi 2022/2023.
9.2 PLC Lesson Study akan dilaksanakan seperti dalam ketetapan tarikh dalam
lampiran slides di bawah.

TINDAKAN : UNTUK MAKLUMAN


10.0 CADANGAN PBL
10.1 Pengerusi mencadangkan PBL bagi Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6
seperti dalam lampiran slides di bawah.
10.2 Cadangan PBL ini adalah mengikut DSKP RBT bagi Tahun 4, 5 dan 6.
Walau bagaimanapun, murid-murid adalah digalakkan untuk
menghasilkan projek mereka mengikut kreativiti dan inovasi masing-
masing.

10.3 Cadangan PBL


10.3.1 PBL Tahun 4

10.3.2 PBL Tahun 5


10.3.3 PBL Tahun 6

TINDAKAN : UNTUK MAKLUMAN

11.0 MINGGU PANITIA RBT - 36’S CREATOR


11.1 Pengerusi mencadangkan Minggu RBT -36’s Creator diadakan pada
bulan November 2022.
11.2 Antara cadangan aktiviti yang akan dijalankan adalah :
a, Pameran hasil kerja murid
b. Jualan hasil kerja murid
c. Gerai jualan sayur-sayuran, hasil kerja murid serta buah-buahan
11.3 Aktiviti ini adalah di bawah kolaborasi dengan ibu bapa- jualan dan
sebagai salah satu program Outreach.
11.4 Perbincangan secara berterusan akan dijalankan .

TINDAKAN : UNTUK MAKLUMAN


12.0 PERTANDINGAN ANJURAN PIHAK LUAR, PPD SELANGAU DAN
STEM
12.1 Semua murid akan diberi peluang dan galakan bagi menyertai
pertandingan RBT anjuran pihak luar, pihak PPD serta STEM
12.2 Pertandingan ini memberi peluang kepada murid-murid untuk
mencungkil bakat mereka yang terpendam serta kreativiti mereka
dalam menghasilkan sesuatu yang baharu.

TINDAKAN : UNTUK MAKLUMAN

13.0 HAL-HAL LAIN


13.1 Pengerusi menyatakan bahawa peruntukan kewangan bagi Panitia akan
digunakan untuk membeli bahan-bahan yang dapat membantu murid
melakukan projek atau pertandingan.

13.1.1 Cadangan bahan dan peralatan yang akan dibeli

13.2 Pengerusi menyatakan hasrat untuk membersihkan dan menceriakan


bengkel RBT pada tahun 2022 serta menaiktaraf Bengkel RBT
menggunakan duit sebanyak RM250.00 hasil kemenangan dalam
pertandingan I’M A CREATOR 1.0 tahun 2020.

13.3 Kajian Tindakan : PLC Lesson Study meningkatkan kefahaman


pedagogi guru RBT dalam topik Pengaturcaraan Tahun 5 di SK Batu
36.

13.4 Pesanan Cikgu Kiah anak Sekudan ,SISC+ TVET semasa lawatan
pemantauan Panitia RBT pada 7 April 2022
a. Tajuk lakaran mesti dan wajib diajar

b. Murid-murid hendaklah berfikir di luar kotak

c. Projek yang diajar atau bakal dihasilkan oleh murid tidak boleh

100% mengikut seperti yang terdapat dalam buku teks.

d. Murid-murid perlu diberi peluang untuk mencipta dan menghasilkan


projek sendiri berdasarkan sumber yang sedia ada

e. Murid-murid yang masih di TP1 dan TP2 harus dibantu melalui


penghasilan projek

f. Intervensi TP1 dan TP 2 haruslah jelas dan menyeluruh

TINDAKAN : UNTUK MAKLUMAN

14.0 PENUTUP

14.1 Ketua Panitia berharap agar kerjasama yang erat diantara panitia dan
pihak sekolah dapat diteruskan demi meningkatkan kemenjadian murid
di SK Batu 36.

Mesyuarat ditangguhkan pada 2.30 petang.

Dicadangkan oleh: Cikgu Wong Siong Jiung

Disokong oleh : Cikgu Norhayati binti Iskandar


Disediakan oleh, Disemak Oleh Disahkan oleh:

_________________________ _________________ _________________


(NORHAYATI BINTI ISKANDAR) (KONG FUI LIN) (ALAS BIN RAMBLI)
Setiausaha Panitia RBT, Ketua Panitia RBT, Guru Besar
SK Batu 36. SK Batu 36 SK Batu 36
EVIDEN BERGAMBAR MESYUARAT PANITIA RBT BIL.1/2022- 2023

You might also like