You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT KO-KURIKULUM BIL.

3 SESI 2021/2022

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA LAWIH, BETONG

TARIKH : 22.02.2022

HARI : Selasa

MASA : 2.30 PETANG

TEMPAT : BILIK GURU SK NANGA LAWIH

KEHADIRAN :

Nama staf Gred Jawatan

1. Cikgu James Madi ak Budol DG42 KUP ( Guru Besar)


2. Cikgu Radat bin Anal DG42 KUP ( Guru Pen. Kanan 1 )
3. Cikgu Rajali bin Brahim DG44 KUP (Guru Pen. KO-Ku)
4. Cikgu Andrew bin Modingin DG44 KUP ( Guru Data )
5. Cikgu Jantai ak Jubin DG44 KUP ( Guru akademik biasa )
6. Cikgu Olivia ak Tarang DG 44 KUP ( Guru akademik biasa )
7. Cikgu Martin ak Sandin DG44 KUP ( Guru akademik biasa )
8. Cikgu Martin Nicholas Juna DG 44KUP ( Guru pemulihan )
9. Cikgu Sylvester Jonny Dg41 ( Guru akademik biasa )
10. Cikgu Charles Bruce Andra DG 41 ( Guru akademik biasa )
11. Cikgu Florence ak Munai DG 41 [ Guru Akademik Biasa]
12. Ustaz Amirnurrshid bin Ismail DG 41 (Guru Akademik Biasa)
13. 16. En. Zulhasyim N19 ( Pembantu Tadbir ( P/O)
17. En. Farish Bali N22 ( Pembantu Pengurusan Murid]
18. En. Brain Buda ak Jenang N11 ( Pembantu Operasi)
14. 21. En. Medea ak Lanyau N1 ( Pembantu Operasi
15. En. Indut ak Gelanggang N11 ( Pembantu Operasi)
16. Zuraini Mantai N22
17. Julaiha

Tidak Hadir Bersebab:

1. Cikgu Gindi ak Tadeng DG44 KUP ( Guru Pen. Kanan HEM)


2. Cikgu Khairulnisa bt Kaseh DG 41 (Guru Prasekolah)
3. Puan Alina Binti Kamil N22 (Pembantu Pengurusan Murid)

Agenda :

1.0 Ucapan aluan Pengerusi / Amanat Guru Besar

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.2/2021

3.0 Perkara Berbangkit

4.0. PAJSK

5.0 Hal-hal Lain

6.0 Penangguhan Mesyuarat


1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI / AMANAT GURU BESAR
1.1 Terima kasih di atas kesudian guru-guru hadir ke mesyuarat Ko-Kurikulum Bil.3
2021/2022. Pengerusi mengucapkan terima kasih semua guru di atas kerjasama
dalam pelaksanaan program Ko-Kurikulum bagi tahun 2021

1.2 Tuan Pengerusi menyatakan walaupun tahun lepas agak susah untuk melaksanakan
aktiviti Ko-Kurikulum namun beliau menzahirkan rasa terima kasih si atas penyertaan
murid sekolah ini sama ada dalam MSSM, EMASS dan juga aktiviti anjuran pihak
luar. Pengurusi mengucapkan tahniah kepada setiap penyertaan sama ada dapat
kedudukan ataupun yang terbaik.

1.3 Tuan Pengerusi berharap, walaupun tahun lepas(2021) tidak banyak yang boleh
dilakukan, beliau berharap tahun ini akan lebih banyak penyertaan aktiviti Ko-
Kurikulum agar dapat meningkatkan lagi markah dalam PAJSK.

1.4 Guru Besar menyatakan aktiviti Gerko adalah wajib dilaksanakan. Sementara
pemilihan Kelab dan Persatuan adalah terpulang kepada pihak sekolah. Dimana
masa diperuntukan adalah 12 kali perjumpaan dalam setahun.

1.5 Guru Besar turut menekankan bahawa jika SOP sebelum ini tidak mengizinkan
perlaksanaan aktiviti Gerko untuk bersemuka, namun bagi tahun ini beliau berharap
ahli jawatankuasa Ko-kurikulum dapat merancang satu takwim bersemuka untuk
membantu sekolah dan juga murid itu sendiri terutamanya bagi mencapai JERI.

1.6 Guru Besar juga berharap pihak Ko-kurikulum dapat merancang aktiviti yang
berfaedah bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku ketika adanya waktu
lapang ketika waktu petang terutamanya bagi murid asrama.

1.7 Guru Besar turut memaklumkan bahawa takwim SEGAK dan juga modul
perlaksanaan BMI untuk tahun satu hingga enam sudah diedarkan dan perlu
dilaksanakan. Sementara takwim Ko- kurikulum sama ada dari pihak sekolah
ataupun PPD perlu dimaklumkan lebih awal dan diharap pegawai yang dilantik dapat
bertindak.

1.8 Penyelaras ataupun guru penasihat untuk kelab dan permainan sepak takraw kini
hanya tinggal Encik Indut sahaja dan diharap pihak Ko-kurikulum dapat mencari
pasangan beliau.

1.9 Diharap markah PAJSK pada tahun ini dapat meningkat serta SKPMG juga. Pesanan
baju PJ untuk murid dari tahun satu hingga tahun enam juga perlu dirancang dengan
lebih awal.
Tindakan : Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Bil.2/2021


Dicadang oleh : Cikgu Andrew b. Modingin
Disokong oleh : Cikgu Radat bin Anal

3.0 Perkara-perkara berbangkit


Tiada perkara berbangkit diusulkan.
4.0 PAJSK

4.1 Markah SKPMG iaitu Pengurusan Ko-Kurikulum dalam standard 3.2 untuk tahun
2021/2022 adalah 73.15% dan ianya ada sedikit penurunan berbanding tahun
sebelum ini.

4.2 Sementara markah bagi PAJSK bagi tahun 2021 sebanyak 60% dan juga ada
penurunan. Ini disebabkan pengurusan untuk aktiviti Kelab dan Persatuan, Sukan
dan Permainan serta Sukan untuk semua tidak dapat dilaksanakan kerana tiadanya
persekolahan bersemuka disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

4.3 Guru Besar menegaskan perancangan awal untuk aktiviti Ko-kurikulum perlu
dilaksanakan dan segala kelemahan dan kelebihan perlu diberi perhatian dan diambil
tindakan. Jurulatih untuk segala program dan juga aktiviti Ko-kurikulum perlulah
dilantik dengan lebih awal.

4.4 Cikgu Radat mencadangkan agar dialog prestasi perlu dilaksanakan untuk mengesan
segala kelemahan dan juga kelebihan PAJSK bagi SK Nanga Lawih.

4.5 Pengerusi menyatakan markah PAJSK menurun disebabkan oleh masalah COVID-19
yang telah melanda negara pada ketika ini. Dimana pihak sekolah cuma dapat
berharap kepada ibu bapa dan murid semata-mata. Sebelum COVID-19 PAJSK
senantiasa meningkat. Pada sesi 2022/2023 kali ini, kekurangan ini akan cuba
diperbaiki dan mengatasi penurunan dengan melaksanakan program-program
tertentu.

Tindakan : Makluman

5.0 Hal-hal Lain

5.1 Pembubaran Jawatankuasa Ko-kurikulum sesi 2021/2022

5.2 Sesi 2022/2023 penubuhan jawatankuasa baharu bersama dengan aktiviti-aktiviti


baharu.

5.3 Markah SKPMG dalam standard 3.2 untuk Ko-kurikulum pada tahun 2020 adalah
79.11%

5.4 Aktivit Ko-kurikulum perlu dilaksanakan mengikut SOP dimana menggunakan ruang
50% sahaja bagi mengelakkan aktiviti yang bersentuhan.

5.5 Laksanakan juga aktiviti Ko-Akademik yang melibatkan aktiviti keluar sekolah.

5.6 Apabila sekolah dibuka mesyuarat Ko-Kurikulum akan segera dilaksanakan.

5.7 Setiausaha Ko-kurikulum cikgu Martin memperjelaskan bahawa, PASJK adalah


dalam bidang Ko-kurikulum sementara SEGAK dalam bidang Akademik ini kerana
SEGAK berada dalam subjek Pendidikan Jasmani.

5.8 Ko-kurikulum dan akademik dalam asrama perlu diberi perhatian.


Tindakan : Makluman

6.0 Penangguhan Mesyuarat

Memandangkan tiada perkara lain yang diusulkan lagi , Cikgu Rajali berharap agar semua
guru dapat mengekalkan prestasi yang baik dalam menjayakan semua program Ko-
Kurikulum pada tahun 2022/2023.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang

Dicadang oleh : Cikgu Jantai ak Jubin


Disokong oleh : Cikgu Aminurrashid bin Ismail

Disediakan oleh : Disemak oleh; Disahkan oleh;

………………………………… ………………………… ……………………………


(Martin Anak Sandin ) ( Rajali b. Brahim) ( James ak Madi)
Setiausaha KoKurikulum Pen. Kanan KK Guru Besar

You might also like