You are on page 1of 5

PK07/3

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TUNGGAL

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SK BUKIT TUNGGAL BIL.4/(2021)

Tarikh : 09 Desember 2021


Masa : 12:00 tengahari
Tempat : Wadah Muzakarah SK Bukit Tunggal
Medium : Google Meet(https://meet.google.com/ajv-gbcs-jfz)
Pengerusi : Pn. Hairina Binti Abdullah (Guru Besar)
Kehadiran(Bilangan) : 12 orang
Turut Hadir : Tiada

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas keberadaan semua guru.


1.2 Pengerusi juga menyentuh situasi semasa di sekolah iaitu jangkitan covid-19 di kalangan warga
sekolah menjadi kekangan di peringkat pengurusan sekolah apabila terdapat 1 kes positif covid, 6
guru di kuarantin, guru CRK dan lain-lain.
1.3 Dengan menerima pandangan dan nasihat PKD Segamat, murid tahap 1 diberi pelepasan dan
perlu kuarantin di rumah.
1.4 Terima kasih kepada team pentadbir yang dapat meneruskan operasi sekolah
1.5 Menurut kenyataan media KPM di pautan https://www.moe.gov.my/ takwim mulai 15
November 2021 berkuat kuasa serta merta. :

1.5.1 Sesi persekolahan penggal 3, 2021/2022 akan bermula pada 2 Januari hingga 20 Mac 2022
bagi sekolah di negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan & Trengganu)
1.5.2 Kalender Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023.
(rujuk lampiran 1)
Tindakan: Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Dicadangkan untuk disahkan oleh - Cikgu Nurul Aina binti AB. Halim
Disokong untuk pengesahan oleh - Cikgu Roziah binti Wasimin

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada
PK07/3

4. FOKUS MESYUARAT

4.1 Pengurusan & Pentadbiran

4.1.1 Penilaian Kendiri SKPMg2 Fasa Akhir 2021

4.1.1.1 Memandu sekolah ke arah proses kerja yang betul


4.1.1.2 Pemantauan berterusan secara kendiri
4.1.1.3 Meningkatkan akauntabiliti
4.1.1.4 Menjadikan SKPMg2 sebagai milik sekolah dan dilaksanakan untuk kepentingan
sekolah mengikut acuan sendiri
4.1.2. Proses menyiapkan Buku Pengurusan Sekolah & Takwim Persekolahan Sesi 2022/2023
4.1.3. Cuti persekolahan bermula 10 hingga 31 Disember 2021.
4.1.4 Pertemuan pada 1 Januari 2021 bagi memastikan sekolah dalam keadaan baik dan bersedia
Tindakan: Semua guru

4.2 Pengurusan Kurikulum

4.2.1 Kursus Oreintasi Semakan KSSR Tahun 6


4.2.1.1 Cikgu Ahmad Fahazil selaku PGB 1 mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang
telah melengkapkan kursus orientesi KSSR Tahun 6 bagi semua mata pelajaran. Bagi
yang belum selesai bolehlah meneruskan kursus tersebut sehingga 20 Desember
2021.
4.2.2 PBD 2021
4.2.2.1 Dua kali pelaporan setahun. Laporan yang telah lengkap perlu dihantar kepada ibu
bapa penjaga sebelu tarikh 23 Desember 2021.
4.2.2.2 Menggunakan aplikasi digital, seperti yang telah dibuat sebelum ini. Tarikh akhir
untuk melengkapkan pengisian ialah pada 15 Desember 2021. Sebarang masalah
boleh rujuk kepada penyelaras PBD sekolah iaitu Cikgu Nurul Aina.

Tindakan: Penyelaras PBD


4.2.3 Pentaksiran Setara Standard -PSS
4.2.3.1 PSS akan dijalankan pada 12 & 13 Disember 2021 iaitu minggu hadapan bagi murid
tahun 1 dan Tahun 2 yang dicutikan kerana kuarantin.
4.2.3.2 Jadual PSS akan diberi.
4.2.3.3 PSS akan dijalankan secara GM dan mohon anak-anak patuhi hari dan waktu yang
telah ditetapkan.
4.2.3.4 Ibu bapa boleh mengambil soalan pentaksiran di Pondok Keselamatan pada hari
Jumaat waktu pejabat
Tindakan: Guru mata pelajaran
4.2.4 KPM PerkasaKU (Sedutan Taklimat Cikgu Ahmad Fahazil)
4.2.4.1 Matlamat Catch-Up Plan (CUP)- Membantu murid untuk memperkasakan
kemahiran asas literasi dan numerasi serta meningkatkan penguasaan murid dalam
mata pelajaran lain.
PK07/3

4.2.4.2 Objektif CUP


4.2.4.2.1 Meningkatkan penguasaan murid bagi kandungan kurikulum tahun
semasa secara optimum
4.2.4.2.2 Merapatkan jurang pembelajaran murid yang wujud semasa krisis
4.2.4.2.3 Menyediakan sokongan kurikulum kepada guru bagi melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran
4.2.4.2.4 Memastikan murid bersedia mengikuti kurikulum tahun persekolahan
2022
4.2.5 Maklumat lanjut tentang KPM PerkasaKU (PROGRAM PEMERKASAAN PELAKSANAAN
KURIKULUM) guru-guru boleh rujuk dalam aplikasi telegram sekolah JBA7020 dalam
paparan slaid power point.
Tindakan: semua guru

4.3 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

4.3.1 Cikgu Norbaya binti Haron selaku PGB HEM telah mendedahkan situasi terkini jangkitan
covid-19 dikalangan murid dan guru. Katanya, ianya sangat mencabar bagi tahun 2021.
4.3.2 Bagi murid Tahun 2 yang baru disahkan positif covid tindakan susulan akan dibuat oleh pihak
sekolah.
4.3.3 PENGURUSAN SARINGAN KENDIRI COVID-19 DI SEKOLAH
4.3.3.1 Mohon murid membawa tisu yang untuk kegunaan semasa melaksanakan saringan.
4.3.3.2 Pastikan tempat ujian mempunyai pengudaraan yang baik (lapang dan tingkap
dibuka luas)
4.3.3.3 Sekiranya dilaksanakan di dalam ruang / dewan terbuka pastikan kipas ditutup
(untuk mengelakkan penyebaran virus melalui udara)
4.3.3.4 Guru boleh dengan menggunakan Face Shield, Sarung Tangan Getah dan Face Mask
dan perlu sentiasa patuhi SOP semasa menguruskan saringan.
4.3.3.5 Jawatankuasa yang melaksana Ujian Kendiri Covid-19 tidak perlu terlalu ramai /
digalakkan guru AJK yang sama setiap minggu.
4.3.3.6 Pelan Laluan pergerakan murid yang disyaki positif (laluan khas dari tempat ujian
saringan ke bilik isolasi perlu disediakan - dipasangkan tali).
4.3.3.7 Perlu disediakan Carta Alir tindakan bagi kes positif RTK-AG sebagai rujukan pihak
sekolah.
4.3.3.8 No telefon PKD yang perlu dihubungi dipaparkan dengan jelas di Bilik Kesihatan/
Pejabat supaya mudah dihubungi.
Tindakan: AJK Covid-19
4.3.4 PENGURUSAN DOKUMEN KIT KENDIRI COVID -19 (TINDAKAN PK HEM)
4.3.4.1 Pastikan kit ujian kendiri (bekalan September) digunakan utk kes bergejala sahaja.
4.3.4.2 Kit Ujian Kendiri di sekolah adalah untuk KEGUNAAN MURID SAHAJA.
4.3.4.3 JK perlu pastikan kit disimpan di tempat yang selamat semasa cuti sekolah.
4.3.4.4 Pastikan penerimaan kit telah direkodkan dalam Borang KEW PS-3 dan
Penggunaan/pengeluaran kit di dalam Borang KEW PS-8.
4.3.4.5 Lampiran Pengguna Kit Kendiri Covid-19 perlu dilengkapkan dan disimpan di
sekolah.
PK07/3

4.3.4.6 Rujuk Slaid Pengurusan Dokumen Ujian Kendiri Covid-19 (Tindakan yang perlu
diambil oleh Sekolah) seperti yang dilampirkan.
4.3.4.7 Ustazah Fasihah, Cikgu Hayati dan Cikgu Norbaya telah dipilih sebagai AJK untuk
pengurusan covid-19 bagi SK Bukit Tunggal.
Tindakan: AJK Covid-19

4.5 PENGURUSAN KO KURIKULUM

4.5.1 Cikgu Azmi bin Othman selaku PGB Ko-Kurikulum telah mengucapkan terima kasih
kepada semua pihak yang telah bersama-sama membantu perjalanan ko-kurikulum di
sekolah ini.
4.5.2 Sepanjang tahun 2021 murid-murid banyak terlibat dengan aktiviti dalam talian sahaja.
Penyertaan di kalangan murid SKBT kurang memberansangkan.
4.5.3 Hanya 12 murid sahaja yang menyertai aktiviti merentas desa anjuran MSN Johor yang
lalu. Tahun 6 langsung tiada wakil.
4.5.4 Beberapa murid juga telah menyertai aktiviti pengakap peringkat daerah dan juga negeri.
Di kalangan mereka ada yang telah berjaya. Antaranya ialah Rania dari tahun 4 dan Aina
Karmila dari tahun 5.
4.5.5 Ujian SEGAK telah dapat dilaksanakan dengan baik.
4.5.6 Saranan Guru besar agar murid diberi semangat supaya lebih banyak penyertaan dapat
disertai sama ada di peringkat daerah, negeri mahupun di peringkat national sekalipun.
Memandangkan ianya lebih mudah.
Tindakan : semua guru

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Bayaran tertangguh Mesin Fotostat dari Syarikat M2 Copier & Service berjumlah RM 2950.16
(Ringgit Malaysia : Dua ribu, sembilan ratus dan enam belas sen) bermula 19.12.2019 sehingga
April 2021.
5.2 Jamuan awal tahun 2022 dijangkakan pada 1Januari 2022.
Tindakan: KGS
5.3 Tahniah kepada Cikgu Amirul Zamani yang telah dapat melaksanakan kursus pra sekolah
peringkat daerah secara dalam talian dengan baik.

PENUTUP

Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 01:30 tengahari

Disediakan oleh,

URUS SETIA
Mesyuarat Pengurusan Sekolah.

Tarikh : 9 Desember 2021.


PK07/3

You might also like