You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat PIBG Bil 1 2021

Minit Mesyuarat PIBG Bil. 1 Sesi 2021/2022


SJK(C) Yuk Hua Rembau

Tarikh : 26-10-2021 (Selasa)


Masa : 2.00 p.m.
Tempat : KFC Rembau
Pengerusi : En. Yau Chin Joo
Setiausaha : Pn. Yap Heng Hoon
Pencatat : Pn. Gam Mee Fong, En. Chiak Chin Soon

1. Ucapan YDP
1.1. Mengalu-alukan kedatangan semua ahli dan merakamkan terima kasih
ke atas kehadiran semua jawatankuasa ke mesyuarat pada petang ini.
1.2. Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan aktiviti sekolah
seperti yang berikut:
- Kutipan Yuran PIBG
- Hari Kanak-kanak
- Majlis Sambutan Hari Guru
2. Ucapan Guru Besar
2.1. Mengalu-alukan kehadiran semua AJK PIBG.
2.2. Selepas sekolah ditutup selama 6 bulan, akhirnya sekolah dibuka
secara berfasa seperti biasa berdasarkan arahan dan pekeliling KPM
mengikut ketetapan SOP semasa.
Tarikh pengoperasian sekolah mengikut fasa adalah seperti berikut:
- 04/10/2021 Pra Sekolah
- 18/10/2021 Tahun 1, 2 dan 3
- 01/11/2021 Tahun 4, 5 dan 6
2.3. Sekolah dibuka dengan kehadiran sepenuhnya tanpa sistem penggiliran
kerana enrolmen murid yang kurang dari 150 orang.
2.4. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para
ibu bapa kerana memberi kepercayaan yang sepenuhnya kepada pihak
sekolah dengan sudi menghantar anak-anak ke sekolah walaupun
masing-masing bimbang akan risiko pandemik Covid-19. Untuk ibu
bapa yang tidak menghantar anak-anak ke sekolah, mereka
dikendahaki memaklumkan kepada pihak sekolah secara bertulis.
2.5. Murid-murid dibenarkan memakai pakaian yang bersesuaian ke
sekolah sekiranya pakaian seragam sekolah tidak lagi sesuai.
2.6. Semua langsir di dalam bilik darjah dibuka untuk meningkatkan system
pengudaraan. Pihak sekolah telah mengarahkan pekerja pembersihan
untuk menjalankan sanitasi bilik darjah dan kawasan sekolah.
2.7. Murid-murid dikehendaki memakai pelitup muka sepenuh masa di
sekolah. Pelitup muka berganda adalah amat digalakkan.

1
Minit Mesyuarat PIBG Bil 1 2021

2.8. Kantin sekolah beroperasi secara biasa tetapi tidak dibuka untuk ‘dine-
in’. Pihak pengusaha kantin akan menghantar makanan ke setiap kelas
dan murid-murid akan makan di tempat masing-masing.
2.9. Pihak sekolah menyeru agar pihak ibu bapa sentiasa mengambil
langkah berjaga-jaga akan kesihatan anak-anak dalam tempoh
pandemik ini dengan tidak menghantar anak ke sekolah jika tidak sihat.
2.10. Para ibu bapa tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah tanpa
urusan penting. Sekiranya perlu, hanya mereka yang lengkap dua dos
vaksin dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
2.11. Proses penyelenggaraan dan pembaikian bangunan sekolah oleh KPM
telah selesai pada bulan September 2021. Antara projek
penyelenggaraan termasuk penukaran bumbung bangunan Tahun 2 dan
Tahun 3 serta sistem saluran paip tandas.
2.12. Pihak sekolah mendapat tambahan 2 orang pekerja pembersihan
tambahan oleh pihak KPM.
3. Perkara Perbincangan
3.1. Aktiviti Tahunan Sekolah:
3.1.1 Hari Kanak-kanak Disember 2021
3.1.2 Hari Anugerah Kecemerlangan Januari 2022
3.1.3 Sambutan Tahun Baru Cina Januari 2022
3.1.4 Mesyuarat Agung PIBG Mac 2022
Makluman
3.2. Kutipan Yuran PIBG
3.2.1 Mesyuarat Agung PIBG 2021/2022 yang diadakan pada bulan
April yang lalu dengan sebulat suara telah meluluskan kutipan
yuran PIBG sebanyak RM80 per seisi keluarga untuk
menampung tabung PIBG. Usul ini telah mendapat kelulusan
bertulis daripada pihak JPN.
3.2.2 Disebabkan pandemic Covid-19, sekolah telah ditutup selama 5
bulan. Pihak AJK PIBG memutuskan untuk mengurangkan
kutipan yuran PIBG dengan hanya mengutip RM40 bagi tahun
semasa.
Dicadangkan oleh : Pn. Mu Jar Mee
Disokong oleh : Pn. Chew Mee Fong
Tindakan : Guru Kelas Tahun 1 – Tahun 6
3.2.3 Bagi tahun ini, pihak PIBG tidak akan meminta sumbagan
daripada pihak ibu bapa untuk majlis sambutan hari kanak-
kanak.
Makluman
3.3. Hari Kanak-kanak
3.3.1 Hari Kanak-kanak akan disambut pada 10/12/2021, Jumaat
secara norma baharu.

2
Minit Mesyuarat PIBG Bil 1 2021

3.3.2 Antara aktiviti sambutan adalah seperti menonton video


pendek, ucapan Guru Besar dan wakil murid, cabutan bertuah
dan penyampaian bungkusan hadiah hari kanak-kanak.
Tindakan : Penyelaras Jawatankuasa Hari Kanak-kanak
3.3.3 Murid-murid dibenarkan memakai pakaian yang cantik ke
sekolah untuk menyertai sambutan ini.
3.3.4 Jumlah bungkusan hadiah hari kanak-kanak adalah sebanyak
150 termasuk murid-murid, guru-guru dan warga sekolah.
3.3.5 Pembelian barangan tambahan bungkusan hari kanak-kanak
akan dibuat menggunakan dana PIBG sekiranya barang-barang
sumbangan tidak mencukupi.
3.3.6 Barang-barang sumbangan perlu sampai di sekolah selewat-
lewatnya pada 6/12/2021 bagi memudahkan kerja-kerja
pembungkusan.
Tindakan : AJK PIBG
3.3.7 Sambutan hari kanak-kanak pada tahun ini akan disambut
secara norma baharu mengikut SOP sedia ada. Dengan ini,
semua AJK PIBG tidak akan dijemput untuk hadir bersama.
Makluman
3.4. Sambutan Hari Guru
3.4.1 Sambutan hari guru pada tahun ini akan disambut secara
dalaman atas sebab pandemik Covid-19 yang masih dalam
keadaaan yang membimbangkan.
Keputusan : Mesyuarat dengan sebulat suara memutuskan
bahawa PIBG akan membelanja guru-guru set makan tengah
hari yang bernilai RM30.
3.4.2 Ketetapan sambutan hari guru akan dibincangkan kemudian.
Makluman
4. Hal-hal lain
-Tiada-

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh,

___________________
(CHIAK CHIN SOON)
Penolong Setiausaha PIBG
SJK(C) Yuk Hua Rembau

You might also like