You are on page 1of 2

Minit Mesyuarat PIBG Bil 2 2019

Minit Mesyuarat PIBG Bil. 2 Sesi 2019/2020


SJK(C) Yuk Hua Rembau

Tarikh : 14-6-2019 (Jumaat)


Masa : 3.00 p.m.
Tempat : Makmal komputer
Pengerusi : En. Yau Chin Joo
Setiausaha : Pn. Gam Mee Fong
Pencatat : Pn. Yap Heng Hoon, Pn. Tan Chai Ping

1. Ucapan YDP
1.1. Mengalu-alukan kedatangan semua ahli dan merakamkan terima kasih ke
atas kehadiran semua jawatankuasa ke mesyuarat pada hari ini.
1.2. Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan aktiviti sekolah seperti
yang berikut:
- Sukan Tahunan
- Langsir Bilik Darjah
2. Ucapan Guru Besar
2.1. Mengalu-alukan kehadiran semua AJK PIBG.
2.2. Pihak sekolah menjemput para AJK untuk menghadiri sukan tahunan
Sekolah.
2.3. Pihak sekolah telah mendapat memperoleh 15 set bangku dan meja murid
berkayu.
2.4. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada AJK
PIBG yang telah bertungkus-lumus dalam penyediaan sambutan hari guru
pada tahun ini.
2.5. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada AJK
PIBG yang sudi datang ke sekolah untuk membantu kerja-kerja
penyelenggaraan pintu kelas, tingkap dan sebagainya.
2.6. Pentalksiran pertengahan tahun telah diadakan pada minggu ke-3 bulan
Mei.
2.7. Hari perjumpaan tiga penjuru akan diadakan pada 23 Jun. Ibu bapa murid
Tahun 1-3 dialu-alukan untuk datang ke sekolah berjumpa dengan huru
kelas untuk mengetahui pelaporan pentaksiran dan perkembangan
pembelajaran anak-anak. Untuk murid Tahun 4 – 6, ibu bapa akan
mengambil kad kemajuan dari guru kelas.
3. Pelaporan kewangan
3.1. Sehingga 31-5-2019, laporan kewangan adalah berikut:
a) Cash in hand RM 277.20
b) Simpanan dalam bank RM 20522.22
4. Pengesahan minit yang lalu
Dicadangkan oleh : Pn. Chew Mee Fong
Disokong oleh : En. Tey Boon Lay
5. Perkara berbangkit

1
Minit Mesyuarat PIBG Bil 2 2019

5.1. Tiada
6. Perkara perbincangan
6.1. Sukan Tahunan 2019
a) Tarikh : 23/6/2019(Ahad)
b) Masa : 7.30am – 1.00pm
c) Tempat : Dewan sekolah
d) Aktiviti : Sukaneka dan acara keibubapaan
e) Makanan : Sarapan pagi 30 bungkus nasi lemak (guru dan AJK
PIBG) ; 150 roti (murid) ; makan tengah hari 35
bungkus mihun goreng ayam (guru,VIP dan AJK
PIBG)
f) Olahraga : Diadakan di Padang MDR pada pagi Rabu
g) Pingat olahraga : 80 (RM4/pingat) akan dibiayai oleh pihak sekolah
h) Hadiah sukaneka : Tempat pertama-RM3; Tempat kedua-RM2
6.2. Pertukaran langsir
6.2.1. Semua kelas dan bilik-bilik khas.
Disokong sebulat suara dalam mesyuarat.
6.2.2. Mesyuarat juga sebulat suara memutuskan bahawa meja-meja
di makmal komputer dibuat skirting dan komputer di kelas
dibuat kain penutup.
6.3. Pembelian televisyen
6.3.1. Televisyen di YH Café dan komputer di Tahun 6 telah rosak.
Mesyuarat memutuskan bahawa komputer akan dibeli terlebih
dahulu untuk kegunaan PdPc.
7. Hal-hal lain
7.1. Pihak sekolah memohon RM10000 daripada Menteri Pengangkutan tetapi
hanya RM5000 diluluskan dan dibank-inkan pada bulan Julai.
7.2. Cikgu Chiak mengalu-alukan AJK PIBG untuk menyertai English Fun
Day pada bulan Julai.
7.3. Naib YDP bersetuju untuk membeli cat bagi mengecat kekisi bola
keranjang yang telah berkarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5 petang.

Disediakan oleh,

___________________
(CHIAK CHIN SOON)
Penolong Setiausaha PIBG
SJK(C) Yuk Hua Rembau

You might also like