You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG AING

95000, SRI AMAN, SARAWAK.


YBA2109
TEL/FAX: 083-322282/083-321327
========================================================================

MEMO DALAMAN

DARIPADA : GURU BESAR, SK ABANG AING


KEPADA : SEMUA GURU PENOLONG KANAN
PERKARA : PERJUMPAAN MINGGUAN 1
TARIKH : 21 JANUARI 2019(ISNIN)
MASA : 1020-1120
TEMPAT : BILIK GURU BESAR

Kehadiran:
1. Encik Bohan bin Hj. Sahar, Guru Besar SK Abang Aing
2. Encik Mohamad bin Bujang, GPK Pentadbiran
3. Ustazah Rosty bt Bujang, GPK Hal Ehwal Murid
4. Encik Kamsul bin Mohd Pon, GPK KK
5. Puan Siti Taurah bt Hj. Mustapha, GPK PPKI
6. Puan Halimah bt Juki, PT Kewangan

Pengerusi:
1. Encik Bohan bin Hj. Sahar, Guru Besar SK Abang Aing.

Laporan Dapatan Hasil Perjumpaan

1. Takwim 21 Jan – 1 Feb 2019 mohon buat perancangan bagi setiap perkara yang
perlu tindakan segera, contohnya perjumpaan ilmiah bagi Panitia Matapelajaran
Teras.
a. Perjumpaan mingguan pentadbir seminggu sekali pada hari Isnin mulai minggu ini
akan bersama juga Puan Halimah bt Juki bagi melaporkan perkara perkara yang
berkaitan dengan AKP yang lain.
- Pencatat untuk setiap kali perjumpaan, segala keputusan akan dimaklumkan
dalam perjumpaan Selamat Pagi Guru(SPG) atau aplikasi Whatsap Rasmi
Sekolah Abang Aing.
- Pergerakan staf guru dalam minggu tersebut atau masa akan datang haruslah
lebih teratur dan mengikut prosedur.
- Guru besar mohon papan putih Pergerakan Staf digantung di dalam Bilik Guru
dan Pejabat Am untuk mencatat pergerakan staf SK Abang Aing.
- Perkara atas sebab kecemasan dalam waktu bekerja harus juga dicatat di atas
Papan Putih Pergerakan Staf pada hari tersebut. Tugas pencatat ialah En. Abang
Mohd Preudrus bin Abang Mentaril atau Puan Rosni Awan.
- Puan Mazuin bt Ahmad Kiprawi cuti sakit sebab pembedahan dari 14 Jan 2019
hingga 24 Feb 2019.

b. Mesyuarat Jawatankuasa MaCS 2019


- Akan diadakan esok 22 Jan 2019 di PKG, antara perkara yang akan
dibincangkan ialah Majlis Penetapan Sasaran Tahun 6 dan program
kecemerlangan bagi kelas Peperiksaan yang cadangkan pada bulan Mac.
SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG AING
95000, SRI AMAN, SARAWAK.
YBA2109
TEL/FAX: 083-322282/083-321327
========================================================================

c. Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran teras


- Mesyuarat Panitia ini akan diadakan menggunakan masa ilmiah hari Selasa
hingga Jumaat jam 1020 hingga 1120 pagi.

d. Latihan Rumah Sukan


- Petang 21 Jan 2019 Isnin Jam 3:00 petang akan diadakan mesyuarat Hari Sukan
Sekolah SK Abang Aing. Latihan bagi 4 buah rumah sukan sudah dijalankan
mulai minggu lepas.
(Tindakan: GPK KK)
- Sekolah tidak dapat membantu mengadakan makan dan minum murid-murid
pada hari sukan sekolah.

e. Pertandingan Bola Jaring/sepak takraw


- Cikgu Yunus akan menjadi guru pengiring membawa peserta Pemilihan Sepak
Takraw ke SK Melugu pada 23 Jan 2019 (Rabu).
- Cikgu Dayang Faridah dan 2 orang PPM sebagai guru pengiring membawa
peserta Pemilihan Bola Jaring di SK St Luke pada 24 Jan 2019 ( Khamis).

2. Jadual waktu persekolahan


2.1 Jadual waktu terkini yang melibatkan perubahan dan pertimbangan selepas
mendapat maklumbalas daripada beberapa orang guru dan mengambilkira
kesesuaian dan bilangan masa seminggu.
2.2 ABM PPKI tambah dan rancang untuk menambah bilangan kelas.
(Tindakan: GPK PPKI)
2.3 Semakan buku/fail persediaan mengajar guru dicadangkan 2 minggu sekali ikut
kumpulan dan pusingan. Akan bermula selepas tahun baharu cina.
(Tindakan: GPK Pentadbiran)
2.4 Penulisan Refleksi selepas PDPC hendaklah juga mengambilkira perkara yang
berlaku/mempengaruhi perkembangan PDPC pada masa tersebut juga tentang
keupayaan dan kebolehan murid menguasai Objektif pembelajaran pada masa
tersebut.
2.5 Lampu Susur Gajah, dataran berbumbung, lampu tiang dibahagian belakang
dan lampu di luar pagar akan di pasang selewat lewatnya sehingga minggu cuti
Tahun Baharu Cina.
2.6 Saluran paip bawah tanah dan lubang dibelakang bilik guru mohon dapatkan
maklumbalas segera.
(Tindakan: GPK Pentadbiran)

3. Pergerakan staf 21 Jan hingga 1 Feb 2019


3.1 Pada 22 Jan 2019 Selasa Tuan Guru Besar dan GPK KK akan hadir mesyuarat
di PPD.
3.2 Pada 24 Jan 2019 Khamis Puan Monaliza PPM PPKI akan bercuti (CRK)
3.3 Pada 28 Jan 2019 hingga 1 Feb 2019 Cikgu Yunus dijemput sebagai pengadil
sepak Takraw.

4. Buku Pengurusan Pentadbiran Sekolah


SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG AING
95000, SRI AMAN, SARAWAK.
YBA2109
TEL/FAX: 083-322282/083-321327
========================================================================
4.1 setiap unit dan Panitia perlu ada buku pengurusan dan diletakkan di dalam fail
pengurusan masing-masing.
4.2 Tempahan meja 21 buah untuk bakal Bilik Mesyuarat SK Abang Aing
menggunakan bilik cetak di blok C dan Bilik Mini Mesyuarat menggunakan bilik
Koperasi Lama.
4.3 Jadual Waktu Induk dalam Bilik Guru akan disusun semula setelah jadual waktu
terkini selepas Tahun Baharu Cina.
4.4 Susun atur dalam Bilik Guru akan di ubah suai.

5. Laporan Unit
a. Unit Kurikulum
b. Unit HEM
c. Unit Ko-Kurikulum
d. GPK PPKI
- Dalam perjumpaan akan dating setiap unit akan membuat laporan.

6. Hal-hal lain
6.1 Selepas setiap kali mesyuarat, Minit Mesyuarat dan surat Panggilan mesyuarat
di masukkan dalam fail di Pejabat Am.
6.2 Majlis Pelancaran Ziarah Cakna di PPD Sri Aman pada 28 Jan 2019 Isnin akan
dihadiri oleh Guru Besar SK Abang Aing, GPKHEM, GB&K dan guru kelas
Tahun 5 Maju.
6.3 Pemilihan murid ziarah cakna, daripada 4 calon, seorang calon terpilih menepati
kriteria miskin & berpontensi cemerlang dalam akademik; Adik Nur Ezzani bt
Tujuddin dari 5 Maju.
6.4 Kertas Kerja Lawatan Tahun 6 mohon disediakan awal untuk mohon peruntukan
dari pihak tertentu(SACOFA).
6.5 Tulis surat kebenaran untuk Lawatan ke Kampung Budaya.
( Tindakan:GPK HEM)

Perjumpaan ditangguhkan pada jam 12:00 tengahari.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………… ……………………………
(ROSTY BINTI BUJANG) (BOHAN BIN SAHAR)
GPK HEM Guru Besar,
SK Abang Aing, Sri Aman. SK Abang Aing, Sri Aman

You might also like