You are on page 1of 4

a

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGEI PASSIN,


96200, DARO.

MINIT MESYUARAT UNIT KURIKULUM BIL 3:


PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) TAHUN 2021

TARIKH 18 JANUARI 2021 (ISNIN)

MASA 8:00 PAGI

TEMPAT BILIK BOSS, SK SUNGEI PASSIN

Yang Hadir:
1) Cik Tham Siew Mei (Guru Besar)

2) Encik Thien Huat Choy (PK Pentadbiran – Dalaman)

3) Cik Clara Beatrice Anak Logie (GAB/Setiausaha Unit Kurikulum)

4) Encik Nazmi Adhwa Bin Nahar (PK Ko-Kurikulum- Dalaman)

5)Cik Juwita Binti Shamsudin (PPM)

Agenda/Kandungan Mesyuarat :

1. Kata-kata Aluan Pengerusi

2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lepas

3. Perkara-perkara berbangkit

4. Perbincangan Agenda Baharu/Pembentangan Kertas Kerja

5.Hal-hal lain

6.Penutup

Ucapan/Kata-Kata Pengerusi

1.1 Guru Besar selaku pengerusi mengucapkan selamat datang ke mesyuarat Pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) Tahun 2021.
1.2 Pengerusi berterima kasih atas kerjasama serta tindakan semua guru yang bekerjasama dalam
menjayakan pelaksanaan PDPR ini dalam tempoh penutupan sekolah ini.

Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas


2.1 Tiada minit mesyuarat yang lepas untuk disahkan.

Tindakan: Makluman semua guru

Perkara-Perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara-perkara berbangkit.

Tindakan: Makluman semua guru

4.1 Perbincangan Agenda Baharu/Pembentangan Kertas Kerja

1) PDPR

-akan memanggil ketua rumah panjang/penghulu untuk meminta feedback mereka tentang pelaksanaan
PDPR.

-pihak sekolah mesti merancang cara pelaksanaan PDPR yang sesuai dengan keadaan sekarang.

-kita tidak digalakkan untuk menggunakan kaedah “ruai meet” lagi.

-buku teks tidak akan diagihkan buat sementara waktu.

-murid tidak akan tahu tentang sukatan pelajaran yang akan mereka pelajari kerana tiada pengagihan
buku teks akan dilakukan.

-Perbincangan adalah melibatkan proses pendaftaran prasekolah dan Tahun 1 2021 dan juga
pelaksanaan PDPR.

-pendaftaran prasekolah hanya melibatkan 4 orang murid yang akan memasuki prasekolah bagi umur 5
tahun.

-Bagi Tahun 1, dan prasekolah, akan disediakan borang pengesahan pendaftaran.

-PDPR akan dilaksanakan selama 2 minggu bermula Rabu.

-Murid prasekolah akan diberi modul pembelajaran yang telah disediakan.

-Bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 6, PDPR melibatkan 4 subjek teras.


-murid perdana juga akan diedarkan kertas atau lembaran kerja mengikut sukatan pelajaran.

-kaedah pengedaran:

 Setiap tuai rumah atau wakil rumah Panjang akan mengambil bahan belajar murid
mengikut rumah Panjang masing-masing di pondok pengawal keselamatan pada setiap
Rabu bermula 20 haribulan.
 Pada Isnin, mereka akan menghantar kerja rumah murid di tempat yang sama.
 Kaedah ini akan melibatkan hari Rabu (mengambil bahan) dan hari Isnin pada minggu
seterusnya (menghantar hasil kerja murid).

-penetapan waktu untuk wakil rumah Panjang untuk mengambil/menghantar bahan belajar murid
adalah antara 8 pagi hingga 9 pagi.

-setiap bahan belajar akan diletakkan dalam sampul untuk setiap murid.

-bagi data keberadaan murid, akan dibuat satu lagi borang keberadaan murid di mana tuai rumah akan
menulis nama murid d setiap rumah panjang masing-masing dan mencatat keberadaan murid sama ada
berada di kampung, di Sibu atau lain-lain tempat.

-borang keberadaan murid akan memudahkan guru untuk menyediakan jumlah bahan yang akan
diedarkan nanti.

-borang pendaftaran prasekolah/Tahun 1 2021 dan borang keberadaan murid akan diambil oleh tuai
rumah pada pukul 10 pagi nanti (18 Januari 2021) setelah selesai sesi perjumpaan dan perbincangan -
bersama mereka.

-borang-borang tersebut mesti dihantar esok (19 Januari 2021) sebelum pukul 2 petang.

-bagi persiapan prasekolah, bahan makanan murid belum lagi dibuat penempahan susulan penutupan
sekolah.

-pada hari esok (19 Januari 2021), kita akan mengadakan sesi mesyuarat Kurikulum, HEM dan Ko-
kurikulum bagi persediaan sesi pembukaan sekolah kelak.

Tindakan: semua staf

6.0 Ucapan Penangguhan/Penutup


.Pengerusi berharap apa yang dibincangkan mesti diambil berat. Penangguhan mesyuarat telah
dicadangkan oleh Encik Nazmi Adhwa dan disokong oleh Cik Juwita.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.00 pagi.

18 Januari 2021

You might also like