You are on page 1of 4

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

FORMAT MINIT MESYUARAT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PESISIRAN PERDANA, TANGKAK

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN 02/ 2022

27 MAC 2022
Tarikh : .......................................................................................................................
8.00 PAGI
Masa : .......................................................................................................................
BILIK MESYUARAT
Tempat : .......................................................................................................................
PN NOR HASLINA BINTI MD YUSOP (PENGETUA)
Pengerusi : .......................................................................................................................

Kehadiran(Bilangan) : ........8/8 . .ORANG......................................................................................

Turut Hadir (Jika ada) : ..................................................................................................................

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang meluangkan masa untuk
menghadiri mesyuarat kali ini.

1.2 Pengerusi memaklumkan beliau telah menerima Anugerah Khas Pendidkan Kepimpinan MPSM
kerana lonjakan saujana SPM 2020. Anugerah ini sebenarnya untuk semua warga sekolah yang
telah berusaha untuk meningkatkan kemajuan sekolah.

1.3 Terima kasih kepada Pn Azian dan Pn Nurzanna yang telah menyiapkan buku pengurusan.
Cadangan pada tahun depan, pihak sekolah akan menyediakan buku nota untuk tetamu atau pelawat.

1.4 Satu mesyuarat guru kali ke-2 akan diadakan memandangkan pada minggu lepas ramai guru yang
tidak dapat hadir dan banyak perkara penting perlu disampaikan selepas satu taklimat libat urus
bersama PPD pada 22/3/2022.

Tindakan : Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT.
2.1 Dicadangkan oleh En Zulkipli Bin Ismail
2.2 Disokong oleh Pn Azian Binti Omar
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Perkara 3.2 Pn pengetua memaklumkan Catch Up Plan3 (CUP 3), perlu dilaksanakan selepas
sekolah dibuka secara bersemuka. Melibatkan 4 subjek teras iaitu BM BI Sainsdan Matematik. Guru
mata pelajaran tahun 2021 diminta menyenaraikan nama pelajar yang tersenarai dalam CUP 3.
Jadual pelaksanaan akan disediakan oleh Pn Azian Omar. Cadangan pelaksanaan pada waktu
KOKO dan dikendalikan oleh guru subjek tahun lepas.(2021)
Tindakan : GKMP

3.2 Perkara 3.3 Cuti peristiwa tidak akan digunakan untuk Hari Raya Aidil Fitri kerana cuti sempena Hari
Raya Aidil Fitri sudah mencukupi selama 9 hari yang diperuntukkan oleh KPM

3.3 Perkara 4.1 Peperiksaan ulangan SPM 2021 bermula 4/4/2022 yang melibatkan seramai 21 calon
sekolah.

1
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

3.4 Perkara 4.4 Guru-guru yang menanda SPM akan menanda di sekolah bukanlah di rumah seperti
tahun lepas. Mereka dikecualikan daripada relief

3.5 Perkara 4.7 Pn pengetua memaklumkan menerima 2 orang guru baru iaitu Siti Fareha dan Nurul
Jannah. Pn Kamariah mencadangkan Nurul Jannah diberi relief tetap satu kelas tingkatan satu mata
pelajaran Bahasa Inggeris .

3.6 Pn pengetua menjelaskan pengurusan PBPPP pendaftaran senarai nama Pegawai Yang Dinilai telah
selesai dan telah dihantar ke PPD.

3.7 Pn pengetua memaklumkan Dialog Prestasi perlu dilaksanakan diperingkat sekolah dan melibatkan
semua tingkatan dan bukan kelas peperiksaan sahaja.

Tindakan : Makluman

4. Pengurusan Sekolah

4.1 Puan pengetua memaklumkan beliau telah menghadiri taklimat urus dengan PPD pada 22/03/2022.
Tuan PPD menekankan tentang Hala Tuju Pendidikan dengan menekankan sekolah kualiti,
kemenjadian murid, dan pdpc berkualiti. Daerah Tangkak menyasarkan kedudukan 5 terbaik di
negeri Johor menjelang tahun 2025. Oleh itu sekolah menetapkan GPS SPM 5.40 dengan
kedudukan 10 terbaik daerah Tangkak.

4.2 Fokus sekolah berkaitan pengurusan sekolah , Dialog Prestasi, program-program untuk
meningkatkan prsestasi sekolah dan bimbingan daripada PPD.

4.3 Pn pengetua menjelaskan , guru-guru perlu mengingatkan para pelajar budaya salam, memberi
ucapan terima kasih dan beradab ketika bersama guru , rakan-rakan atau pun pelawat.

4.4 Sesi persekolahan 2022/2023 telah bermula. Oleh itu murid-murid lain akan menjalani PDPR
selama 2 minggu bermula 21/3/2022 – 31/03/2022. Sesi bersemuka pada 4/04/2022 tanpa
penggiliran kerana pelajar tidak melebihi 600 orang.

Tindakan : Makluman

4.5 Kehadiran para pelajar ke sekolah digalakkan berpakaian lengkap sekolah kecuali uniform
sekolah tidak muat dan ibu bapa tidak mampu membeli uniform sekolah yang baru..

4.6 Pn pengetua memohon Unit HEM memantau kehadiran pelajar . Mereka yang tidak hadir, ibu bapa
perlu maklumkan kepada pihak sekolah.

Tindakan : PKHEM

4.7 Pn pengetua meminta guru tingkatan dan guru bilik-bilik khas mengenal pasti kekurangan kerusi
meja dan mengisi borang Laporan Aset untuk mengatasi masalah kerosakan di bilik masing-masing.
Guru tingkatan juga diminta menyusun kedudukan pelajar mengikut penjarakan SOP 3.0. Beliau
berharap pada hari pertama persekolahan bersemuka pdpc dapat dilaksanakan dengan lancar dan
tiada para pelajar berkeliaran mencari kerusi meja.
Tindakan : PKHEM & Guru Tingkatan

4.8 Pn pengetua menjelaskan terdapat pekeliling yang membenarkan pelajar-pelajar membawa laptop
atau tablet tetapi telefon bimbit tidak dibenarkan.

2
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.9 Pemantauan hari pertama sekolah dibuka secara bersemuka pada 4/4/2022. Pada 5/4/2022 Pengarah
JPN akan berada di Tangkak. Mohon pihak sekolah bersedia dan guru-guru bertugas datang awal

Tindakan : Makluman

5. KURIKULUM

5.1 Pn pengetua menjelaskan terdapat surat pekeliling daripada KPM berkaitan waktu penandaan kertas
SPM. Guru-guru akan menanda di sekolah dan masuk kelas PDPC seperti biasa namun mereka tidak
akan diganggu dengan tugasan lain seperti kelas relief.

5.2 Pn Kamariah menjelaskan jadual waktu versi 2 akan dikeluarkan selepas 3 orang guru baru melapor
diri ada 4 April 2022. Untuk mengatasi masalah kekurangan guru Bahasa Inggeris tingkatan 1 agihan
kelas tersebut diagihkan kepada Cikgu Nurakmal dan Cikgu Nurul Jannah sebagai guru relief tetap
tingkatan 1 Zamrud dan 1 Berlian..
Tindakan : JK Jadual Waktu

5.3 Pn Azian memaklumkan LADAP untuk Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS) untuk semua bidang
akan diadakan pada minggu depan. Setiap unit HEM , KOKO dan panitia dikehendaki membuat
pembetulan pelan tektikal dan operasi untuk ditukar kepada PINTAS dan OPPM. Oleh itu GKMP
diminta mengumpul PINTAS dan OPPM dalam bentuk softcopy dan simpan dalam Google Drive.
Tarikh akhir serahan kepada Penolong Pentadbiran pada 29/3/2022

5.4 Dialog prestasi Penilaian Akhir Tahun Tingkatan 4 akan diadakan pada 31/3/2022. DP ini melibatkan
GKMP dan Ketua Panitia subjek SPM. Selepas itu setiap Bidang akan melaksanakan DP secara milkro.
Kenal pasti jurang pencapaian pelajar lelaki dan perempuan dan susun intervensi secara berfokus
agar memberi impak berkesan kepada pelajar. Setiap intervensi yang dibuat perlu ada pemantauan dan
pelan penambahbaikan

Tindakan : GKMP

5.5 Pn Azian memaklumkan agihan pelajar tingkatan 4 yang tidak seimbang terutama kelas 4 Zamrud
yang mencecah 30 orang berbanding 4 Delima 18 orang dan 4 Berlian 20 orang. Oleh itu satu ujian
kelayakan tingkatan 4 untuk subjek Matematik dan Sains akan diadakan pada 5/4/202 melibatkan 4
Zamrud dan 4 Berlian. Masa ujian seperti berikut :

Matematik - 8.00 – 9.00 pagi


Sains - 9.15 – 10.15 pagi
Beliau mohon Pn Edlin Maria (GKMP Sains Matematik) menyediakan soalan berbentuk objektif
sebanyak 40 soalan
Tindakan : GKMP Sains & Matematik

6. HAL EHWAL MURID

6.1 Pn pengetua memaklumkan unit HEM perlu bersedia dengan garis pandun SOP 3.0 selagi tiada SOP
baru dikeluarkan. Pastikan penjarakan fizikal di bilik darjah, bilik guru dan kantin.

6.2 En Zulkipli memaklumkan alat pengimbas suhu , ujian kendiri , sanitasi tangan , garis panduan SOP 3.0
. pelan terarah, dan tanda-tanda SOP sudah disediakan.

6.3 Pn pengetua menjelaskan guru-guru tidak perlu imbas suhu sebaliknya wajib imbas mySejahtera.
Manakala para pelajar perlu imbas suhu di luar pagar sekolah dan rekod dalam buku log suhu.

6.4 Waktu rehat diselaraskan semua tingkatan pada pukul 10.00 -10.30 pagi dan pelajar akan makan di
dalam kelas pada waktu rehat. Seperti biasa makanan akan order dari kantin. Pada waktu rehat guru
bertugas mingguan akan memantau pelajar semasa waktu rehat.
6.5 AJK kantin diminta berbincang dengan pihak kantin untuk mengurangkan harga makanan kerana
pelajar kurang berkemampuan untuk membeli makanan.

6.6 Waktu balik secara berperingkat seperti berikut :


3
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Tingkatan 1 hingga 3 pada pukul 1.30 petang


Tingkatan 4 – 1.30 – 2.00 petang
Tingkatan 5 – 2.00 -2.30 petang

Tindakan : Makluman

7. KO KURIKULUM

7.1 En Zainurin memaklumkan surat siaran KPM yang membenarkan aktiviti kokurikulum dalam kawasan
sekolah dan warga sekolah sahaja. Sekiranya ada jemputan untuk pihak luar perlu dapat kebenaran
daripada PPD

8. PENUTUP

8.1 Pengetua mohon agar guru-guru kanan memberi sokongan padu kepada beliau dalam menguruskan
perjalanan sekolah. Semoga komitmen tersebut dapat membantu beliau untuk mencapai kemajuan
sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.30 pagi

Disediakan oleh,
Setiausaha Mesyuarat
04 April 2022

You might also like