You are on page 1of 8

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

FORMAT MINIT MESYUARAT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PESISIRAN PERDANA, TANGKAK

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN 6/ 2021

3 JULAI 2021
Tarikh : .......................................................................................................................
9.00 malam
Masa : .......................................................................................................................
Medium Google Meet
Tempat : .......................................................................................................................
PN NOR HASLINA BINTI MD YUSOP (PENGETUA)
Pengerusi : .......................................................................................................................

Kehadiran(Bilangan) : ........8/8 .RUJUK KEHADIRAN..................................................................

Turut Hadir (Jika ada) : .......................................................................................................................

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas kehadiran ahli mesyuarat
pengurusan dan berharap semua kumpulan pentadbir dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera.
1.2 Mesyuarat kali ini khusus membincangkan dan mengenal pasti beberapa keberkesanan dalam
setiap pelaksanaan yang telah dilakukan.
1.3 Pengetua memaklumkan mesyuarat ini terpaksa diadakan pada waktu malam memandangkan Puan
Azian akan menghadiri kursus selama 2 hari dan beliau akan berkursus di IAB bermula 6 Julai
2021.
Tindakan : Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT.


2.1 Dicadangkan oleh Cik Hayati Binti Rimin
2.2 Disokong oleh En Zulkipli Bin Ismail
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Perkara 3.2 Pn Edlin Maria memaklumkan mesyuarat panitia ke-2 bidang Sains dan Matematik telah
telah dijalankan pada 31 Mei 2021

3.2 Perkara 3.3 Pn pengetua memaklumkan bayaran sewa kantin ditangguhkan sepanjang kantin tidak
beroperasi. En Zulkipili menjelaskan Unit HEM telah menghantar nama pengusaha kantin untuk
menerima bantuan RM 500 daripada kerajaan Johor manakala bantuan RM 1000 sehingga hari ini
belum ada maklumat lagi.
.
Tindakan : Makluman

3.3 Perkara 3.4 Pn Azian memaklumkan pemarkahan penilaian pertama PPPB diisi bersama Pn Aspalila.
Buat masa ini laman sesawang PPPB belum dibuka lagi sehingga Julai. Oleh itu, proses pertukaran JK
PPPB masih belum dilakukan.

Tindakan : Penolong Kanan Pentadbiran

3.4 Perkara 3.5 Jadual kelas tambahan (intensif) dan JOM Rempit tingkatan 5 tergendala kerana PKP.
Oleh itu Pn Pengetua mencadangkan agar kelas tambahan boleh digabungkan dengan Tuisyen YPJ.

1
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Pn Azian akan menyediakan jadual baru kelas intensif cuti sekolah yang akan bermula pada 16 Julai
sehingga 24 Julai 2021.
Tindakan : Penolong Kanan Pentadbiran

3.5 Perkara 3.6 Pn pengetua menjelaskan SU LADAP Pn Azizah telah memantau jumlah latihan guru-
guru dan AKP dengan baik. Majoriti mata merit guru-guru dan AKP sudah mencapai 42 merit namun
begitu sekiranya ada mana-mana guru yang masih lagi belum melepasi mata merit tersebut boleh
maklumkan kepada Pn Azizah.

Tindakan : SU LADAP

3.6 Perkara 3.8 bilik antidadah akan diserahkan kepada PPKi dan Puan Azizah akan memindahkan
barang-barang di bilik antidadah ke Butik Perdana
Tindakan : Pn Azizah

3.7 Perkara 3.9 En Zulkipli menjelaskan bantuan awal persekolahan YPJ telah selesai dan baki duit telah
dikembalikan semula kepada pihak YPJ.

3.8 Perkara 3.11 Puan Kamariah memaklumkan tempahan tshirt KOKO dah selesai dan dalam proses
penghantaran oleh pembekal. Pn pengetua mohon tempahan tshirt tambahan untuk Puan Azian dan
En Zainurin.

Tindakan : Pn Kamariah

3.9 Perkara 4.2 Puan Edlin Maria memaklumkan beliau mengambil alih tugas daripada En Mohd Nasir
dan terpaksa menyemak dan memperbaik semula Pelan Strategik yang dihantar oleh guru-guru.
Beliau akan menyerahkan draf Pelan strategik kepada pengetua selewat-lewatnya minggu depan. Pn
pengetua menjelaskan Pelan Strategik ini telah dirangka sebelum PPD mengadakan pertemuan
dengan pihak pentadbiran dan beberapa perancangan yang dibentangkan tidak selari dengan Pelan
Startegik yang telah dirangka.. Oleh itu, pihak pentadbiran mengambil keputusan untuk
menggunakan Pelan Strategik yang telah siap dirancang. Pn pengetua mohon agar Puan Edlin
menyerahkan draf Pelan Strategik sebelum cuti sekolah

Tindakan : Pn Edlin Maria

3.10 Perkara 4.3 Pada tahun 2021 SMK Pesisiran Perdana tersenarai dalam sekolah potensi bagi subjek
Bahasa Inggeris dan Sains. Setakat ini belum ada pemantauan dan bimbingan daripada pihak PPD
memandangkan selepas cuti penggal persekolahan, sekolah masih belum dibuka. Pn pengetua
berharap pada tahun hadapan sekolah kita tidak lagi diletakkan di bawah sekolah potensi.

Tindakan : Makluman

3.11 Perkara 4.6 Cik Hayati maklumkan telah mencerapkan 3 orang guru di bawah bidang Teknik dan
Voksional dan Pn Kamariah telah mencerap 2 orang guru di bawah bidang Bahasa. Pn pengetua
berharap pihak pentadbiran yang belum buat pencerapan pertama guru-guru diminta bertindak
segera. Setakat ini seramai 5 orang guru telah dicerap PDPR oleh pihak PPD berdasarkan jadual
yang dihantar namun pencerapan ini mengikut kesesuaian tarikh dan masa yang pihak PPD. Oleh
itu, pn pengetua mengingatkan guru-guru sentiasa bersedia dengan RPH kerana kemungkinan
pencerapan PPD berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Tindakan : Pihak pentadbiran

3.12 Perkara 4.8 berkenaan relief sepanjang PDPR tiada masalah memandangkan guru-guru yang tidak
hadir PDPR akan menggantikan kelas PDPR tersebut pada waktu yang sesuai.

2
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

.
3.13 Perkara 4.10 Pn pengetua memaklumkan projek baik pulih bangunan sekolah yang rosak telah
selesai dan tempoh 6 bulan dalam proses pemerhatian

3.14 Perkara 4.14 Pn Kamariah memaklumkan Bulan Bahasa telah dijalankan dengan jayanya. Namun
kekangan PKP menyebabkan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang masih tertunda. Lagi.

Tindakan : Makluman

3.15 Perkara 4.21 En Zulkipli menjelaskan beberapa kelas yang telah menyimpan semula buku kawalan
kelas di pejabat sebelum cuti sekolah dan beberapa buku kawalan masih lagi berada di dalam kelas.

Tindakan : Guru Kelas

3.16 Perkara 4.24 Mesyuarat Kewangan telah selesai manakala mesyuarat aset masih lagi tertangguh
memandangkan PT NorAshikin masih cuti bersalin dan akan kembali bertugas pada bulan Ogos.
Sepanjang beliau cuti bersalin banyak hal-hal berkaitan kewangan yang tertangguh dan PT Parit
Bunga Tn Hj Aspar datang membantu menyelesaikan beberapa isu kewangan sekolah kita.

Tindakan : Makluman

4. PENGURUSAN SEKOLAH

4.1 Pn pengetua memaklumkan mesyuarat guru akan diadakan pada hari Isnin 5 Julai 2021 jam 9.00
pagi. Fokus utama untuk membincangkan Dialog Prestasi bersama guru- guru secara “surface”
memandangkan pada 6 Julai 2021 beliau akan menghadiri kursus di IAB.

4.2 Dialog prestasi secara mikro pada 11 Julai dan 12 Julai mengikut bidang-bidang dan Pn Azian
diminta untuk menyusun jadual Dialog Prestasi tersebut.

Tindakan : Penolong Kanan Pentadbiran

4.3 Puan pengetua mohon agar GKMP berbincang bersama-sama ahli panitia untuk menyediakan slaid
yang akan dibentangkan dalam dialog prestasi tersebut dengan mengemukakan beberapa program
dan strategik panitia yang akan hendak dilaksanakan kepada pelajar-pelajar SPM tahun 2021

Tindakan : GKMP

4.4 Pn Pengetua memaklumkan Pn Edlin Maria mohon dilepaskan daripada jawatan Su Kokurikulum
memandangkan sekarang beliau mengambil alih tugas GKMP Sains dan Matematik. Berdasarkan
mesyuarat, pihak pengurusan telah bersetuju sebulat suara melantik beberapa orang guru untuk
mengambil alih tugas-tugas Pn Edlin Maria seperti berikut:

Penyelaras Kantin - Pn Hamisah Binti Salleh


Setiausaha KOKO - Cik Iza Rafiqa Binti Kamarudin
Pencatat minit mesyuarat Guru - Pn Hamisah Binti Salleh dan Cik Iza Rafiqa Binti Kamarudin

4.5 Pn pengetua memaklumkan pengisian pelaporan PDPR tiada sebarang masalah dan sekolah kita
semua guru berjaya mengisi pelaporan PDPR pada minggu kedua. Terdapat tiga orang guru yang
dikecualikan mengisi pelaporan PDPR ialah Puan Ainul Radiah (Kaunselor), Encik Dewi Soffian
( telah bersara) dan Puan Hidayah yang masih cuti sakit lagi.
4.6 Pn pengetua menjelaskan medium PDPR yang disediakan ialah on line atau off line dan bukan
offside. Maksud offside kelas PDPR di lapangan berbeza contoh di dewan. Terdapat guru yang
tersilap mengisi medium tersebut sedangkan sepanjang PKP tiada PDPR dibuat secara offside.

3
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Isu seterusnya guru-guru memilih tempoh PDPR melebihi 2 jam sedangakan dalam jadual waktu
maksimum satu kelas hanya satu setengah jam

Tindakan : Makluman

4.7 Pn pengetua menjelaskan beliau sedang berusaha untuk membeli rak untuk menyimpan modul
menggunakan duit sumbangan Hj Nasir malang kebanyakan kedai tutup. Cik Hayati memaklumkan
pembelian rak-rak tersebut satu pembaziran kerana cepat rosak dan penggunaan rak tersebut tidak
efisien pada musim PKP memandangkan para pelajar dan ibu bapa tidak dibenarkan hadir ke
sekolah untuk mengambil atau menghantar modul. Oleh itu, pihak pengurusan bersetuju
menangguhkan dahulu pembelian rak-rak untuk modul namun persetujuan akan dibincangkan dalam
mesyuarat guru.
.
4.8 En Zulkipli menjelaskan pihak PPD meminta laporan ketidakhadiran pelajar dalam PDPR pada
minggu pertama dari 13 Jun sehingga 17 Jun 2021 dan kaunselor telah mengumpulkan maklumat
dan menghubungi pelajar serta ibu bapa. Seramai 42 orang pelajar yang tidak pernah menghadiri
kelas PDPR dalam tempoh tersebut. Ada beberapa faktor ketidakhadiran mereka seperti tiada
peranti, tiada data atau sikap pelajar. Unit HEM dan Unit Kunseling akan mengambil beberapa
tindakan dan merancang beberapa program untuk menangani masalah ketidakhadiran dalam kelas
PDPR.

4.9 En Zulkipli juga memaklumkan penglibatan para pelajar tingkatan 5 agak kritikal berbanding
tingkatan 4. Dikenal pasti seramai 10 orang yang tidak pernah hadir dalam kelas PDPR.

Tindakan : Unit HEM dan Kaunseling

4.10 Pn pengetua menjelaskan data ketidakhadiran yang diminta oleh pihak PPD tidak menggambarkan
situasi yang sebenarnya tentang ketidakhadiran pelajar dalam PPDPR. Ini kerana terdapat
sesetengah pelajar yang memilih subjek yang digemari sahaja sebaliknya subjek yang kurang
diminati jumlah penglibatan pelajar sangat rendah.

4.11 Pn pengetua mohon agar pemantauan pencerapan perlu dilakukan pihak pentadbiran kepada
pegawai yang dinilai. Seramai 5 orang guru telah dicerap oleh PPD seperti berikut

Bidang Bahasa - Pn Nurzana Binti Shamsuddin – Bahasa Melayu


Bidang Sains Sosial - Pn NorShahida Binti Musa – Sejarah
Bidang Teknik Dan Voksional – En Sufian Bin Ahmad – Prinsip Akaun
- Pn Siti Hadijah Binti A Ghani - Perniagaan
Bidang Sains dan Matematik – Pn Ida Rahayu Binti Shamsuddin - Biologi

Tindakan : Pentadbiran

4.12 Pn Kamariah menjelaskan taklimat pelaksanaan Tuisyen YPJ telah diadakan dan pelaksanaan
tuisyen ini akan bermula pada 4 Julai sehingga 31 Oktober 2021. Satu group whatshap telah
diwujudkan untuk memudahkan sebarang maklumat disampaikan kepada guru-guru yang terlibat.
Pn pengetua berharap beliau dan Pn Azian juga perlu berada dalam group tersebut untuk
mengetahui perjalanan tuisyen tersebut
Tindakan : Penyelaras YPJ

4.13 Pn pengetua memaklumkan masalah bayaran bahan fotostat sebelum ini belum dapat dijelaskan
sebanyak RM 700 dan menyebabkan kedai fotostat tersebut enggan menerima bahan fotostat lagi.
Oleh itu, sekiranya ada guru yang ingin fotostat modul untuk kelas tuisyen boleh menggunakan duit
sumbangan daripada Hj Nasir sebanyak RM 300 dan sumbangan Encik Hakim (Kontraktor) dengan
menyerahkan resit bayaran fotostat kepada Pn Azian Binti Omar

4
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Tindakan : Penolong Kanan Pentadbiran

4.14 Pelaksanaan bulan Bahasa dan Minggu Sains dan Matematik sudah selesai. Namun begitu majlis
penutupan belum dapat dilaksanakan memandang kekangan pandemiK Covid19. Pn Edlin Maria
memaklumkan penglibatan lebih ramai daripada pelajar menengah rendah berbanding pelajar
menengah atas. Pn Pengetua mencadangkan hasil kerja dan karya para pelajar ini perlu disebar luas
dalam Facebook. Oleh itu bahan tersebut perlu diserahkan kepada Cik Iza Rafiqa untuk dipaparkan
dalam laman Facebook.

4.15 Pn Pengetua mencadangkan majlis penutupan bulan akademik boleh dibuat bersama-sama semua
bidang menggunakan Channel Youtube Encik Wan Nasuha.

4.16 Hadiah kepada pemenang pun belum disediakan memandangkan banyak kedai masih ditutup.
Penyampaian hadiah kena tunggu sekolah dibuka sebaliknya nama para pemenang boleh
dimaklumkan melalui Facebook atau Channel Youtube
Tindakan : GKMP dan KP

4.17 Pn pengetua meminta Pn Azian selaku PK Pentadbiran memaklumkan kepada guru-guru tingkatan
mengeluarkan dan menyerahkan keputusan penggal pertama pentaksiran bilik Darjah (PBD) kepada
ibu bapa pada 14 Julai 2021 (RABU) dengan menggunakan kaedah muat turun melalui Google Drive
atau pun Padlet.
Tindakan : Pn Azian Binti Omar

4.18 Pn pengetua memaklumkan majlis pengetua Daerah Tangkak telah menghantar soalan peperiksaan
pertengahan tahun 2021 untuk tingkatan 5. Pihak sekolah diminta menyediakan satu perancangan
dan kaedah peperiksaan pertengahan tahun hendak dilaksanakan.

4.19 Pihak pentadbiran bersetuju mengadakan peperiksaan pertengahan tahun secara bersemuka untuk
tingkatan 4 dan 5 . Guru-guru diminta menyediakan soalan pertengahan untuk tingkatan yang lain
sebagai persediaan sekiranya sekolah dibuka secara bersemuka nanti. GKMP perlu memastikan
soalan-soalan yang dibina perlu berdasarkan topik atau silibus yang sudah diajar.

4.20 Puan pengetua meminta GKMP mendapatkan maklum balas daripada ahli panitia topik atau silibus
yang sudah diajar dengan menggunakan borang SPSK PK01/04 (Rekod Pengesanan Sukatan
Pelajaran). Borang tersebut perlu diserahkan kepada GKMP selewat-lewatnya pada 26 Julai 2021.

Tindakan : GKMP

5. Unit Hal Ehwal Murid

5.1 En Zulkipli memaklumkan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) telah dimasukkan dalam akaun
sekolah. Beliau mohon agar PT dapat menyemak akaun sekolah bagi memastikan wang tersebut
telah dimasukkan. Seramai 35 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan PPKi yang
akan menerima RM 150 setiap seorang. Namun begitu pengagihan wang tersebut ditangguhkan
sehingga dimaklumkan oleh PPD.

5.2 En Zulkipli juga memaklumkan wang bantuan awal persekolahan sebanyak RM 2,400 telah
dimasukkan ke dalam akauan sekolah. Mohon PT menyemak wang tersebut dan dikeluarkan untuk
diserahkan semula kepada bendahari PIBG atas pinjaman bayaran bantuan awal persekolahan.

Tindakan : Pengetua

5.3 Karnival HEM peringkat negeri Johor sedang berlangsung dari Julai sehingga September. En Zulkipli
telah memohon guru-guru di bawah unit HEM untuk menyertai pertandingan yang diadakan seperti
pertandingan Tik Tok di bawah bimbingan Pn Azizah PPDA, bahagian disiplin pertandingan video

5
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

pendek dan pidato di bawah bimbingan Pn Nurul Haniah dengan bantuan guru bahasa. Sijil
penyertaan peringkat negeri akan diberikan kepada pelajar yang terlibat.

5.4 En Zulkipli memaklumkan beliau telah berbincang dengan kaunselor untuk mengadakan beberapa
program untuk menggalakkan penglibatan pelajar-pelajar dalam PDPR seperti IKON PDPR, dan
hadiah atau sijil on line kepada kelas tertinggi jumlah kehadiran PDPR. Pn Ainul Radiah akan
menyediakan satu kertas kerja dan akan berbincang dengan pn pengetua sebelum program ini
dihebahkan kepada pelajar. Hadiah akan disampaikan setelah sekolah dibuka semula.

5.5 Pn Azian mencadangkan agar hebahan program ini perlu dihebahkan di laman Facebook.

5.6 Pn Kamariah mencadangkan agar guru kelas juga perlu diberi sijil penghargaan kerana usaha
mereka sepanjang masa memujuk para pelajar menghadiri kelas PDPR. Kriteria pemilihan
berdasarkan peratus tertinggi kehadiran kelas dalam PDPR.
Tindakan : Unit HEM
5.7 Pn Azian mengingatkan setiap aktiviti seperti karnival HEM yang disertai para pelajar, markah mereka
perlu dimasukkan dalam PAJSK peringkat negeri. Semua nama-nama yang dimasukkan perlu
disenaraikan untuk rujukan sekiranya diminta oleh PPD.
Tindakan : Unit KOKO
5.8 Pn pengetua berharap kehadiran PDPR terutama tingkatan 5 perlu diberi perhatian.

5.9 Pn Azian mohon pandangan unit HEM, tindakan yang diambil terhadap para pelajar yang tidak hadir
kelas PDPR.

5.10 En Zulkipli menjelaskan unit HEM dan Kaunseling telah menjalankan Ziarah Cakna melalui telefon
kepada para pelajar tersebut berserta dengan ibu bapa sekali. Ini kerana kekangan pandemik apabila
negara masih lagi dalam Fasa 1 PKP menyebabkan segala pergerakan amat tehad

Tindakan : Unit HEM dan Kaunseling

6. Unit Kokurikulum

6.1 En Zainurin memaklumkan perkembangan KOKO berkongsi maklumat daripada laman PAJSK dan
Kokurikulum. Ada beberapa program yang melibatkan pelajar sekolah. Sebelum hebahan dibuat dalam
laman rasmi sekolah beliau akan masukkan dahulu ke dalam LAMAN KOKO S-PADA untuk tapisan.

6.2 Untuk makluman yang terkini berkaitan KOKO iaitu Buku KOKO atas talian dan beliau sedang
menyemak dan melihat penggunaan buku koko talian untuk memudahkan tugas guru mencatat
kehadiran dan program yang dijalankan di peringkat sekolah.

6.3 En Zainurin juga menjelaskan terdapat beberapa pertandingan peringkat sekolah di bawah unit KOKO
diadakan pertandingan Art Challenge di bawah Persatuan Seni Visual, Minggu Sains dan Matematik ,
STEM dan cabaran KRS.

6.4 En Zainurin menggalakkan setiap unit-unit KOKO untuk meyertai setiap program yang telah dijadualkan
dan boleh menggunakan duit KOKO dengan menyediakan kertas kerja memandangkan PCG KOKO
masih banyak dan belum digunakan lagi.

6.5 Pengisian data perjumpaan di bawah unit-unit KOKO selewat-lewatnya 8 Julai 2021 dan beliau akan
meminta bantuan En Norazif dan Iza Rafiqa untuk mengisi data tersebut.

Tindakan : Makluman

6.6 Pn pengetua menjelaskan terdapat beberapa perubahan dalam aktiviti KOKO walaupun secara talian
seperti pertandingan azan dan lagu patriotrik yang lebih menarik . Aktiviti KOKO setiap minggu perlu
dijalankan walaupun dalam talian tetapi sambutan daripada pelajar kurang menggalakkan. Oleh itu unit

6
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

KOKO perlu memikirkan cara untuk menggalakkan penyertaan dan membuat hebahan setiap
penyertaan atau hasil karya para pelajar agar pelajar lain boleh melihat hasil kerja rakan-rakan
mereka.

6.8 Pn pengetua mohon agar unit KOKO menyenaraikan kemenjadian pelajar di peringkat kebangsaan ,
negeri atau antarbangsa dan perlu dokumentasikan sebagai rujukan sekiranya diminta oleh pihak PPD

6.9 Cik Hayati menjelaskan minggu Teknik dan Voksional akan diadakan bermula 11 Julai sehingga 15
Julai 2021. Poster digital akan dihebahkan ke kelas-kelas manakala Pn Norpatimah memaklumkan
di bawah bidang sains sosial akan mengadakan bulan Kebangsaan pada bulan Ogos

6.10 Pn Edlin Maria menjelaskan bahawa perjumpaan unit KOKO iaitu persatuan dan kelab, Unit beruniform
, kelab permainan sebanyak 6 kali perjumpaan. Untuk makluman, beliau telah pun mengisi data
perjumpaan setiap unit KOKO tersebut dalam tapak yang disediakan.

Tindakan : Unit KOKO

6.11 Pn Edlin Maria menjelaskan SEGAK bukan di bawah KOKO tetapi di bawah unit Kurikulum. Setakat ini
ujian segak tidak dapat dilaksanakan lagi memandangkan aktiviti PJPK di dalam kelas sahaja
.
6.12 Pn Azian menjelaskan belum menerima arahan daripada PPD berkaitan kemasukan markah SEGAK.

Tindakan : KP PJPK

7. HAL-HAL LAIN

7.1 Pn pengetua menjelaskan penyelenggaran sekolah berjalan lancar dan tiada sebarang masalah yang
timbul. Setiap aduan diterima dan diambil Tindakan daripada pihak kontraktor. Tempoh 6 bulan dalam
pemerhatian dan sebarang kerosakan dalam tempoh tersebut perlu segera dimaklumkan untuk dibaik
pulih. En Hakim telah menyumbang RM 2000 untuk kegunaan para pelajar di sekolah kita

Tindakan : Makluman

7.2 Pn pengetua memaklumkan program PIBK dengan pelbagai pihak telah berlangsung walaupun dalam
tempoh PKP. Baru-baru ini Pn Azian telah menghubungi seorang pekerja JPAM untuk memusnahkan
lima sarang tebuan di atas pokok. Selain itu, sekolah kita telah menjadi pusat vaksin pada 28 Jun 2021
dan 16 Julai 2021. Setiap program PIBK perlu dibuat laporan dan didokumentasikan.

Tindakan : Pn Nursyahida Galiban

7.3 Pn pengetua mohon cadangan untuk majlis perpisahan guru yang telah berpindah sekolah kerana
pergerakan naik pangkat. Pn Kamariah mencadangkan majlis diadakan pada 18 Julai 2021 jam
11.00 pagi secara Google Meet. Majlis akan diuruskan oleh Kelab Staf.

Tindakan : Kelab Staf

7.4 Pn Kamariah mohon agar pekerja swasta terutama pekerja kebersihan diberi bantuan memandangkan
pendapatan mereka terjejas. Pn pengetua memaklumkan beliau akan meminta Ustaz Kharunnahar
untuk bagi taklimat program agihan bantuan kepada warga sekolah yang terjejas pada mesyuarat
dialog prestasi nanti.
.

7.5 Pn pengetua menjelaskan tiada aktiviti sempena Hari Raya Haji seperti aktiviti korban. Namun begitu
untuk tahun ini memandangkan musim pandemik agak sukar untuk menguruskan aktiviti korban. Aktiviti
ini mungkin boleh dilaksanakan pada tahun hadapan sekiranya masa mengizinkan.

Tindakan : Makluman

7.6 Program-program panitia seperti bengkel kecemerlangan akan dibincangkan dalam mesyuarat Dialog

7
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Prestasi . Pn pengetua memaklumkan panitia yang hendak melaksanakan program ini perlu
menyediakan kertas kerja dan boleh menggunakan sumber kewangan daripada PCG panitia atau
PIBG.

7. PENUTUP

7.1 Pengetua menasihati semua guru mematuhi setiap keputusan mesyuarat yang telah dibuat kerana
setiap keputusan itu telah dipersetujui bersama. Beliau mohon G8 yang merupakan orang kanan agar
menyokong dan akur setiap keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat. Sekiranya ada perubahan
atau idea boleh dimaklumkan kepada pengetua melalui mesyuarat yang boleh kita putuskan bersama-
sama. Setiap G8 perlulah menghormati setiap keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 malam

Disediakan oleh,
Setiausaha Mesyuarat
6 JULAI 2021

You might also like