You are on page 1of 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN WAKUBA


PETI SURAT 61835, 91028 TAWAU
SABAH, MALAYSIA
No. Telefon : 011 65749393
Email : xea3072@gmail.com
xea3072@moe.edu.my
________________________________________________________________________________________________________________________________________

Ruj. Tuan : XEA3072/100-8/1/10/2021(01)


Ruj. Kami :
Tarikh : 29 JAN 2021

PERKARA : MINIT MESYUARAT BIDANG TVET PERTAMA BIL 1/ 2021

Tarikh : 28 JANUARI 2020

Masa : 10.30 - 12.20 TENGAH HARI

Tempat : WAR ROOM, SMK WAKUBA TAWAU

Agenda : Ucapan Pengerusi

Ucapan Pengetua

Ucapan PK1

Penggubal soalan

RPT/RPH

Perancangan Strategik

Program Peningkatan Akademik

PBD

PLC

Belanjawan PCG

Fail panitia

Hal-hal lain

Kehadiran : 1. En. Dzulkifli Bin Ali Basha ( Pengetua )

2. En Abd LAtif Antong ( Pen Kanan 1 )

2. En Rasman Akil ( Ketua Bidang TVET )


4. Pn Nursyahrillah Bt Sabri

5. Pn. Saadiah Mingah (KP Perniagaan)

6. Pn. Nurhaiyati Reduan ( KP RBT )

7. Pn Harniah Lokolong

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Ucapan terima kasih dari ketua bidang di atas kehadiran semua guru dan komitmen dari
semua guru
1.2 Pengerusi memberikan kata-kata aluan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada
barisan pentadbir yang sudi hadir
1.3 Pengerusi mengharapkan pengurusan bidang dan panitia untuk tahun 2021 lebih baik dari
2020

2.0 Ucapan Pengetua


2.1 Pengetua memberikan kata-kata aluan dan ucapan terima kasih kepada semua guru atas
komitmen pada tahun 2020
Tindakan: Makluman semua guru
3.0 Ucapan PkK 1
3.1 PK1 memberikan kata -kata aluan dan ucapan terima ksih kepada ahli TVET khususnya
kepada KB Baharu TVET atas kesudian menerima jawatan ini.. Beliau memaklumkan
perlantikan beliau mengikut kelayakan dan mengutamakan orang dalaman
terlebih dahulu
3.2 Beliau juga membicarakan berkenaan silibus baharu pada masa sekarang iaitu KSSM
3.3 Selain itu, PK1 juga menyuarakan tentang perancangan akademik pada tahun 2022 iaitu
5pembukaan subjek elektif baharu iaitu Matematik Tambahan dan Prinsip Perakaunan
dengan harapan ada peningkatan pada masa akan datang
Tindakan : Makluman semua guru

3.4 Beliau juga menyentuh berkenaan tentang keperluan sekurang-kurangnya dua orang guru
bagi setiap subjek sebagai langkah berjaga-jaga ketika waktu yang tidak diduga selain
menyentuh tentang pembahagian masa subjek seminggu dimana terdapat subjek yang
hanya berjumpa pelajar hanya sekali seminggu .Pn Norhaiyati memberi respon bahawa
subjek RBT memerlukan masa yang panjang ekoran keperluan mengangkat barang dan
ketiadaan bengkel yang sesuai untuk pembelajaran. Pn Norhaiyati juga mengatakan Pdpc
tidak dapat dijalankan sekiranya dalam tempoh yang pendek
Tindakan : KP RBT
4.0 Penggubal Soalan
4.1 Pengerusi meminta KP menyediakan nama penggubal soalan bagi semua peperiksaan/Ujian
Tindakan : Semua KP

5.0 RPT/RPH
5.1 Pengerusi meminta semua guru perlu mempunyai RPT dan RPH yang mudah dicapai
sekurang-kurangnya dalam bentuk softcopy
5.2 Pengerusi berkata akan menyelaraskan penghantaran RPH
5.3 PK1 meminta semua RPH diseragamkan bagi setiap subjek
Tindakan : Makluman semua ahli

6.0 Perancangan Strategik


6.1 Pn Harniah berkata Pelan Strategik tengah dalam perbincangan dan akan diubah bersama
PK1 dan dalam proses menyerahkan kepada semua KB atau KP untuk membuat
penambahbaikan sebelum 12 Februari 2021
6.2 Pengetua memberi cadangan agar hanya KB/KP yang mengubahsuai sendiri tapi agak susah
bagi Pn Harniah untuk berbuat demikian.Oleh itu,beliau dengan rela hati yang akan
mengubahsuai sendiri selepas KB/KP membuat perubahan secara manual
6.3 Pengetua juga mencadangkan membuat penjenamaan semula bagi Pelan Strategik dan
meminta pelan tersebut hanya untuk tempoh 3 tahun sahaja iaitu dari 2021-2023
6.4 Pengetua juga meminta pelan strategik ini mesti mencapai tahap gelombang ketiga yakni
terdapat perubahan dari gelombang-gelombang sebelum ini.
Tindakan : Pn Harniah/Semua guru

7.0 Program peningkatan Akademik


7.1 Pengerusi meminta semua guru ada perancangan tersendiri terutama untuk PT3 dan SPM
7.2 PK1 menyuarakan semua guru perlu mempromosikan subjek masing-masing dan
mencadangkan melakukannya semasa perhimpunan rasmi sekolah sebagai teknik
pembelajaran di luar kelas pada tahun 2022.Pn Saadiah memberi respon supaya KB yang
membuat jadual penggiliran bagi subjek dibawah bidang masing-masing dan perlu
disuarakan semasa mesyuarat pengurusan kelak
7.3 Pengetua mahu semua guru-guru mengambil tindakan untuk mengelakkan keciciran pelajar.
Hal ini menyebabkan pihak sekolah merancang untuk menawarkan semula subjek yang
membolehkan pelajar SMK Wakuba dapat pergi ke peringkat yang lebih tinggi pada masa
akan datang sekaligus mengurangkan pelajar berpindah ke sekolah lain.Beliau melihat
terdapat pelajar yang berpotensi tetapi tidak berada di jalan yang betul
7.4 Pengetua turut memaklumkan bahawa penambahbaikan fasiliti dan kemudahan sekolah
akan diusahakan dan terdapat sabahagiannya daripadanya dalam proses penambahbaikan.
7.5 Beliau juga mahu Jadual PdPr diperkasakan lagi kerana tempoh PdPr ini dijangka berlanjutan
sehingga bulan Februari.
7.6 Pengetua juga mahu semua guru menghantar semua RPH minggu pertama kepadanya untuk
tujuan penyemakan.
Tindakan : Makluman semua guru.

8.0 PBD
8.1 Pengerusi mahu PBd dijalankan mengikut DSKP subjek masing-masing dan mengharapkan
adanya borang transit untuk penilaian pelajar
Tindakan : Makluman semua guru.

9.0 PLC

9.1 Pn Harniah dilantik sebagai penyelaras PLC bidang


9.2 PLc boleh dijalankan dimana-mana sahaja
Tindakan : Makluman semua guru
10.0 Belanjawan PCG
10.1 Pengetua berkata semua peruntukan digunakan sebaik mungkin dan habiskannya
dalamtempoh yang telah ditetapkan.
10.2 Pengerusi berkata peruntukan untuk subjek perdagangan ialah sebanyak RM384 manakala
bagi subjek RBT pula sebanyak RM9k
10.3 PK1 meminta merancang awal sebarang projek berkaitan akademik di bawah bidang
masing-masing kerana memudahkan kerja bila memperoleh peruntukan tanpa menunggu
lama lagi
11.0
11.1 Pn Nurhaiyati menyuarakan berkenaan kekurangan guru RBT dan minta dapat diselesaikan
dengan segera.
11.2 PK1 meminta guru yang mengajar bukan opsyen menanggapnnya sebagai satu cabaran
seorang guru
11.3 Pn Saadiah menyatakan isu kekurangan komputer riba dan mesin pencetak untuk kegunaan
subjek Perniagaan dan RBT dan meminta ada tindakan yang boleh diambil untuk
menyelesaikannya.
11.4 PSS juga diminta untuk membuat penambahbaikan kemudahan dan Pn Harniah berkata PSS
dalam proses penambahbaikan.

Mesyuarat ditangguhkan pada 12.17 tengahari

Disediakan Oleh , Disahkan Oleh,

___________________ ______________________
(Pn. Nursyahrillah Bt Sabri ) ( En. Rasman Bin Akil )
Setiausaha Bidang TVET Ketua Bidang TVET
SMK Wakuba Tawau SMK Wakuba Tawau

You might also like